CONTOH-CONTOH PERMAINAN BAHASA
Radio Ajaib
Objektif: Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.
Bahan: Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-
lain.
Cara bermain: Berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda.
(persediaan yang
rapi diperlukan).
3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.
4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan
lawan akan
mendapat markah bonus.
Nota: Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman
mestilah daripada mudah
kepada sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian
fenomena alam,
suasana sekolah dan diakhiri dengan perbualan.
Membentuk Perkataan
Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-
huruf yang
diberi.
Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan
Langkah:
1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul
susunan ejaannya.
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya
membentuk
perkataan yang betul ejaannya.
3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.
Nota:
Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk
ayat. Dalam
permainan ini anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi
perkataan untuk
disusun membentuk ayat yang betul. Untuk meningkatkan tahap
pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan masa
yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh
menambahkan lagi
tarikan dan keseronokan pelajar.
Permainan Teka Lukisan/Lakaran
Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik
Bahan: Kertas dan Pensel
Cara bermain: Kelas/Berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda
meneka apakah
objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan
berdasarkan
peringkat lukisan atau lakaran.
3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira
pemenang.
4. Aktiviti melukis ini pula diikuti
oleh wakil kumpulan masing-masing manakala
kumpulan lawan membuat tekaan.
Pemainan Telefon Rosak
Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu
dan menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.
Bahan: Kad yang mengandungi ayat tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan.
Langkah:
1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai
bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti
oleh setiap kumpulan.
3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau
ayat yang perlu diingati.
4. Ketua kumpulan tersebut
5. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu
kepada orang
kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan
seterusnya kepada orang terakhir.
6. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari
melalui bisikan tersebut.
7. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.
Permainan Kotak Beracun
Objektif: Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab
soalan.
Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi
soalan.
Cara bermain: Kumpulan/Kelas.
Langkah:
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan
meyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begirulah
seterusnya.
3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak
itu akan didenda.
4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil
lipatan kertas yang mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki
membaca denda itu dengan kuat.
5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan.
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
7. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar
terakhir yang memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut
arahan yang terdapat pada lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak
tersebut.
Permainan Fikir dan Nyatakan
Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.
Cara bermain: Kumpulan
Langkah:
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan yang
dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan
huruf yang
hendak diteka. Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___
3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang
bersesuaian yang perlu diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan
yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru akan melukis
orang lidi satu persatu bermula dengan kepala, diikuti badan, tangan,
dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka
lakukan.
4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi
tersebut dikira tewas.
Nota: Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan
mengikut peruntukan masa yang dihadkan.
Permainan Teka Lakonan
Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik
Bahan: Kertas arahan (sampul)
Cara bermain: Kelas/berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Anda perlu membuat satu lakonan.
3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan
berdasarkan arahan dalam sampul yang dipilih.
5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan
kumpulan. Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.
Contoh: Menyebut huruf vokal dengan gerakan muzik
1. Murid mendengar rakaman lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’
menggunakan komputer riba dan liriknya dipaparkan di papan
tulis.
2. Murid menyanyi beramai-ramai berpandukan lirik yang
dipaparkan dengan iringan muzik dari komputer riba.
Contoh:
Pak Mamat ada kebun, a, e, i, o, u
Di kebunnya banyak haiwan a, e, i, o, u,
3. Murid-murid diminta menyebut dan mengulang berkali-kali vokal a,
e, i, o, uyang terdapat dalam lagu.
4. Setiap kumpulan murid diberikan tugasan untuk mencatat nama
haiwan yang bermula dengan vokal a, e, i, o, u.
5. Wakil murid menyebut nama haiwan tersebut. Contohnya a- ayam,
arnab, angsa.
Contoh: Permainan Membina Ayat Tunggal
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan
Kumpulan B (satu kumpulan 6 hingga 8 orang).
2. Setiap kumpulan murid itu diberi nombor 1 hingga 6.
3. Murid diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing
mengikut susunan nombor yang telah diberi.
4. Kad perkataan diletakkan di dalam bakul di tengah-tengah antara
kedua-dua kumpulan tersebut.
5. Apabila guru menyebut nombor ahli kumpulan, misalnya nombor
3, murid dari kedua-dua kumpulan tersebut akan berlari ke arah
bakul untuk mengambil kad perkataan itu.
6. Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad perkataan itu,
akan menyebut perkataan yang diperolehnya. Misalnya murid
nombor 3 dari kumpulan A yang telah berjaya, dia akan
mempamerkan kad perkataan kepada kelas dan menyebutnya,
‘rumah’
7. Murid nombor 3 dari kumpulan B mesti membina ayat tunggal
dengan menggunakan perkataan ‘rumah’. Sekiranya murid
tersebut tidak berjaya membina ayat dalam tempuh yang tertentu,
satu markah hanya diberikan kepada kumpulan A sahaja. Aktiviti
ini akan dilakukan berulang kali mengikut nombor yang berlainan.
Contoh: Menyusun Ayat Mudah Mengikut Urutan yang Betul
1. Murid mendengar penerangan guru mengenai cara bermain dam
ular yang ditayangkan melalui komputer riba. Mereka bermain secara
kumpulan (tiga atau empat orang sekumpulan). Apabila dadu yang
dilontar itu menunjukkan angka dua atau empat, kumpulan murid itu
perlu menyusun ayat yang diletakkan oleh guru di dalam sebuah bakul.
2. Wakil kumpulan akan melontar dadu mengikut giliran
kumpulan. Kumpulan yang melontar dadu selain dari angka dua dan
empat boleh menggerakkan buah damnya pada slaid dam ular. Mereka
tidak perlu menyusun ayat.
3. Wakil kumpulan yang melontar dadu terkena pada angka dua atau
empat perlu menyusun ayat. Misalnya kumpulan A melontar dadu dan
mendapat nombor dua. Mereka akan menyusun semula ayat seperti;
Syafi payung merah ada disusun menjadi Syafi ada payung merah.
TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN
1.0 PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan
biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru
yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat
murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan
tidak berpusatkan murid.
Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main
peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang
dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan
bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di
dalam kelas.
Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya
pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang
hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan
sikap yang ingin dipupuk.
2.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M.
Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.
Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat
komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu
teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan
rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan
sedang dilaksanakan.
2.1 TEKNIK IMPROVISASI
2.1.1 Pengenalan Improvisasi
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia
boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau
imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara
spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau
kreativiti mereka sendiri.
Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif
dan kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini
juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan
apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid
agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan.
2.1.2 Langkah-langkah Improvisasi
i. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan
cerita atau gambar.
ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.
iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di
hadapan kelas.
iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk
membentuk keyakinan murid beraksi.
v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.
vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka
untuk berimprovisasi.
2.2 TEKNIK MAIN PERANAN
2.2.1 Pengenalan Main Peranan
Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu
peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian
bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah
ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau
‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan
dalam situasi kumpulan.
Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan
berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan
tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang
sebenar, para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat
maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan
atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh
juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
2.2.2 Langkah-langkan Main Peranan
i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan
ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang
terlibat dalam situasi itu dan tempoh berlakon
iii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.
iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian
masalah yang timbul dalam situasi .
v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara
menyelesaikan masalah
vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.
2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA
2.3.1 Pengenalan Teater Bercerita
Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca
skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan
penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat
memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di
hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti
yang dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita
melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain
boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre
drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Melibatkan seorang pencerita dan
digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.
i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
ii. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.
iii. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut.
v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.
2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA
2.4.1 Pengenalan Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu
daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik
ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap
pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk
bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan
kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa
merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya
dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.
2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa
i. Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan
ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran
permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah
membahagikan murid dalam banyak kumpulan.
ii. Secara Berpasangan
Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam
melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh
memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih
mudah untuk mengawal pasangan murid.
iii. Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.
2.5 TEKNIK BERCERITA
2.5.1 Pengenalan Bercerita
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan.
Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting
dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan
kebosanan.
Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid.
Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa
terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang
menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan
dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.
2.5.2 Langkah-langkah Bercerita
i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-
murid.
ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain
Bahan Bantu Mengajar.
viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
3.0 TEKNIK IMPROVISASI
3.1 Pengenalan Improvisasi
Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)
melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja.
Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa.
Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan
berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan
membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan
ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti
kanak-kanak dicerna secara maksimum.
Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan
dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta
satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri.
Improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.
Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara
spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan
berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.
Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa,
unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,
gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid
bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.
3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI
3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan
Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan
sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika
keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid.
Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan
atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.
3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna
Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau
keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan
sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.
3.2.3 Menyediakan saranan
Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk
menjana idea murid dalam improvisasi.
3.2.4 Tidak perlu penonton
Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini
demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi
dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka
dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan
perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan.
Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan
aksi spontan rakan mereka.
3.2.5 Aktiviti berkumpulan
Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan
natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih
luas.
3.2.6 Bijak melayani permintaan
Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa
mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.
3.3 PERANAN IMPROVISASI
3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi
Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau
mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga
dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis.
meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih
berfikir
3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa
Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping
dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam
kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran
berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.
Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum
berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara
pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh
menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan
situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak
formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.
3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.
Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam
kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan
berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.
Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia
dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk
berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan
beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya,
melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.
3.3.4 Pembelajaran kolaboratif
Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara
kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli
dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara
bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu,
mereka akan berkembang untuk menjadi murid kolaboratif.
3.3.5 Pengurusan masa
Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid
diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan.
Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi
yang diberikan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan guru.
3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri
Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-
masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi
dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan
khalayak penonton.
3.4 AKTIVITI IMPROVISASI
3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi
Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan.
Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.
teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan
walaupun situasi yang sama.
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua
mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?
contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas
anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana
anda semua melayaninya?
3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar
Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid
menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam
kumpulan atau secara individu.
3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita
Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid
dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan
adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.
3.4.4 Improvisasi berdasarkan objek
Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan
melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak
patung, surat khabar dan kostum.
3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak
Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti
Hang Tuah.
3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyi
Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan
lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.
3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI
Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-
kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:
3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )
Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan
peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan
kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.
Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.
Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti
anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu.
3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )
Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak
balas secara spontan berdasarkan kesesuaian denagn situasi yang diberikan. Murid-
murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mendengar serta mengamati pendapat orang lain.
Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas
secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan
membina idea baru berdasarkan idea orang lain.
Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk
membuat persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea,
melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi
sesuatu situasi yang dihadapi.
3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )
Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog
berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga boleh
menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan
sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan
seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat
dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau
berkumpulan.
3.5.4 Main Peranan ( Role Play )
Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan
berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-
kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap
sesuatu situasi.
Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan
justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama
penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi
atau minat, keadaan kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak
yang di lakonkan. Disamping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis diskripsi
watak, melukis potret, dan membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk
kegunaan watak.
Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran murid,
cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang
pernah ditonton serta berdasarkan gambar.
3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )
Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan
kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi
tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.
Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas
berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.
3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )
Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui
untuk meneroka isu-isu baru.
Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti
menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman tersebut
untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.
3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI
Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan idea;
3.6.1 Diubah
Mengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang, andai jika
Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya akan hidup
bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti mengubah serita Batu Belah
Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar ibunya hingga ke gua Batu
Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat masuk ke dalam gua tersebut, adakah
mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka?
3.6.2 Dikecilkan
Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup dalam habitat
serangga seperti karya “ Honey! I Shrunk The Kids” dan “Rama-Rama” karya Syed
Ali Syed Hassan.
3.6.3 Dibesarkan
Gambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia zaman dynasour.
Apakah yang akan murid lakukan untuk m,enghadapi ancaman dynasour tersebut?
3.6.4 Digantikan
Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti
menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan watak baru yang difikirkan lebih
cerdik.
3.6.5 Disusun semula
Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang seperti
cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh Betong.
3.6.6 Diterbalikkan
Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh:
i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?
ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?
iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?
3.6.7 Digabungkan
Menggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi sebuah cerita baru.
4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh : 1Julai 2010
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari ( 60 minit )
Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)
Tema : Cerita Teladan
Tajuk : Monyet Yang Pintar
Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.
HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton,dibaca atau dialami
5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi
dan gaya pembacaan yang sesuai
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditonton
atau dibaca
HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayatserta sebutan dan intonasi yang baik, jelas
dan teratur.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.
11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara
umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya
bahasa.
HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasi
dan penghayatan yang sesuai.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya, sebutan dan intonasi yang sesuai.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang diberikan.
Pengisian Kurikulum :
Sistem Bahasa :
i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,
ayat penyata
ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa
iii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah, herdik
Kemahiran Bernilai Tambah
i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan
Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,
ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasan
iii) Kajian Masa Depan
iv) Pembelajaran Konstruktivisme
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid
Kemahiran generik : Kemahiran Belajar
Penekanan Konsep 5P
i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis
ii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasama
iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan
intonasi yang betul
iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa
berserta maksud yang terdapat dalam petikan.
v) Penilaian : Mengisi borang grafik
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
i) Bahan Multimedia :LCD, CD
ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerja
iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatang
Pengetahuan Perlu Ada :
i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.
ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit) 1. Kotak Ajaib
2. Teka-teki;
rasanya manis sedap sekali,
berkulit kuning banyak khasiat,
tumbuh subur di tepi kali,
dibuat kuih dibuat lepat. • Guru membacakan teka-teki kepada murid.
• Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut.
• Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan dengan isi
pelajaran pada hari ini.
Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)
Langkah 1
(8 minit) Petikan cerita;
Monyet Yang Pintar
(Lampiran A) • Murid diberikan petikan.
• Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.
• Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat.
• Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.
SP:Koperatif
PP(Berpusatkan murid)
Langkah 2
(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;
1. Improvisasi Verbal
( Verbal Improvisation )
• Sambung dialog
2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play )
• Watak binatang dalam petikan
• Murid –murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang.
• Murid dikehendaki
berbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang tersebut.
• Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita atau menambahkan watak
dalam cerita tersebut.
• Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta murid.
PP(Berpusatkan murid)
SP:Koperatif dan Kolaboratif
KBT
-Verbal linguistik
SP:Kontek luar
Nilai: kerjasama
Langkah 3
(25 minit) Persembahan improvisasi
• Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan setiap seorang mewakili
watak binatang.
• Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam improvisasi murid tadi.
• Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan mereka mengenai watak
dan perwatakan.
KB
(mempersembah-kan maklumat)
Langkah 4
( 7 minit) Latihan 1
Melengkapkan borang grafik (Lampiran B)
• Menulis watak dan perwatakan
• Pengayaan
- mengecam dan menulis simpulan bahasa
• Guru mengedarkan borang grafik.
• Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan yang terdapat
dalam teks dan juga dari improvisasi kumpulan.
• Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan)
Penutup
( 5 minit ) Lagu ‘pisang goreng’
(Lampiran C)
• Murid menyanyikan lagu pisang goring
• Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang
terdapat semasa aktiviti hari ini. KG;TMK
5.0 PENUTUP
Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka,
meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka,
mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi,
yakin diri serta kemahiran berkomunikasi.
Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk berlakon secara
spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat
membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka
Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh juga
memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif
terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang
mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka
lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang
keputusan.