~8--C»----It--E-~~C-"--~--"------------------------------------------~------®-JU-M-U-J-1-OS-E-PT-EM-B-:-R -20-13--tIt;l
+
NURUL AZIZI SHAFIE
~~
Dokumen ini adalah detik bermulanya penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963"
Dokumen perisytiharan merdeka khazanah bernilai
Kandungan teks jadi bukti penubuhan sebuah negara bebas, berdaulat
S etiap kali membicarakan mengenai kemerdekaan, pastinya nama Tunku Abdul Rahman Putra akan turut dibicarakan. Sebagai Bapa Kemerdekaan
dan Bapa Malaysia, sesungguhnya beliau dan kemerdekaan adalah begitu sinonim. Segalajasa, sumbangan dan pengorbanan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman tidak akan dapat dilupakan.
Kegigihan,. keazaman dan pengorbanan Tunku dalam mengusahakan jalan untuk mencapai kemerdekaan patut diingati dan dihargai seluruh rakyat Malaysia. Sejak dari awal lagi pendekatan Tunku untuk mendapatkan kemerdekaan adalah melalui rundingan dengan pihak British kerana Tunku tidak mahu setitik darah pun tumpah dalam memperjuangkan kemerdekaan ini. Ternyata langkah' diambil berserta kebijaksanaan Tunku akhirnya usaha mendapatkan kemer- . dekaan berjaya dicapai.
Rombongan kemerdekaan diketuai Tunku ke London Mengenang kembali sepintas lalu detik bersejarah negara diisytiharkan merdeka semuanya bermula dari tarikh 1 Januari 1956, di mana rombongan kemerdekaan yang terdiri daripada lima wakil kerajaan Persekutuan yang diketuai Tunku berangkat ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada pemerintahan British.
Misi yang dibawa rombongan ini nyata tidak menghampakan harapan rakyat ketika itu kerana pada 6 Februari 1956 pemerintah British telah bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada 8 Februari 1956 perjanjian kemerdekaan telah ditandatangani Tunku dengan Setiausaha Jajahan British, Allan Lennox-Boyd.
Kejayaan rombongan ini telah tersebar ke seluruh pelosok negara melalui corong radio dan seluruh rakyat ketika itu tidak sabar-sabar menanti kepulangan rombongan ini. Pada 20 Februari 1956,. rombongan kemerdekaan telah tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dan disambut oleh lebih kurang 1,000 orang perwakilan UMNO, MCA dan MIC.
Dari Lapangan Terbang Batu Berendam, rombongan ini seterusnya diarak ke Padang Pahlawan., Bandar Hilir Melaka yang mana di sinilah Tunku memberi ucapan dan membaca pengisytiharan tarikh kemerdekaan negara yang jatuh pada 31 Ogos 1957. Pengisytiharan tarikh keramat ini disambut dengan laungan "Merdeka" oleh lebih kurang 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok negara tanpa mengira bangsa, keturunan, jantina, dan usia.
Bertitik tolak dari ini, pelbagai per~iapan dan persediaan dibuat bagi
'~ f.J: ,. _ , '.,,''iii.';: I'u . _
Tunku Abdul Rahman ketika meloungkon pengisytihoron kellJ1e,rd~,klJ'lJn
meraikan ketibaan tarikh bersejarah itu. Antara persiapan penting ialah penyediaan Dokumen Perisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, iaitu dokumen khazanah negara yang tiada nilai dan gantinya. Dokumen ini berukuran 71.9sm x 49.6sm yang diperbuat daripada kulit kambing. Ia adalah dokumen penting negara yang menjadi tonggak dan as as kepada struktur dan pentadbiran sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat berpaksikan kepada sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan berdasarkan demokrasi cara berparlimen.
Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaCUl negara yang ke-56 ini, Arkib Negara ingin menguar-uarkan serta berkongsi dengan seluruh rakyat Malaysia, kandungan teks Pemasyhuran Kemerdekaan yang dibacakan Tunku pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Sebagai rakyat Malaysia sejati, seharusnyalah kita mengenali dokumen penting ini serta sarna-sarna mengetahui, memahami dan menghayati kandungan pemasyhuran itu yang menjadi kebanggaan serta bukti kepada terbentuknya sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Dokumen ini adalah detik bermulanya penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebelum pembentukan Malaysia pad a 16 September 1963.
Pemasyhuran kem erdekaan "Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Mengasihani. Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan se lawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya oleh kerana teiah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai tara!suatu bangsa yang Merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa di sell1ruh dunia.
Dan bahawasanya oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Tahun 1957 yang diperbuat di antara DLili Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia RajaRaja Negeri Melayu maka telah dipersetujui bahawa negeri-negeri Melayu iaitu lohor, Pahang, Negeri Sembi/an, Selangor, Kedah, Per/is, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinan1akan Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai daripada 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak dalam perjanjian yang tersebut iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh yang tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Dtlli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa jua kedaulatan Baginda di atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu .
Dan bahawasanya oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang tersebut iaitu Perjalljian Persekutuan Tanah Melayu Tahun 1948, dan segala perjanjian-perjanjian lain yang ada sekarang di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Du/i-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada Baginda-Baginda itu sebelum tarikh ya ng tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa-kuat kuasa dan hak-hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat yang tersebut itu ataupun yang berhubung dengannya atau Negeri-Negeri Melayu ataupun Persekutuan Tanah Melayu st!luruhnya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya oleh kerana Du/i Yang Maha Mu/ia Baginda Queen, DuliDuli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom
dan Majlis-Maj/is Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu te/oh meluluskan Perjanjian Persekutuan Tallah Meiayu Tahuri 1957 itu berja lan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya oleh kerana sebuah Per/embagaan bagi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktq.mad baginya.
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebu t itu maka ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan ke· utamaan DLlli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen.
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaal1 Persekutuan yang tersebut itu telah dililiuskan oleh suatu undangundang yang diadaka n oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakal1 oleh Negeri-Negeri Melayu dan dengan ketetapah-ketetapan di dalam Maj/is Unda ngan Negeri Me/aka dan Pu/au Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kLiat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ibni ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang
. Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat PersekLltuan Tanah Melayu bahawa mulai darip ada tiga puluh satu hari bulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya negeri-
-----_._-------_._---20 SEPTEMBER 2013 Gl JUMAAT
negeri lohor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Per/is, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah Subhanahu Wataala akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang Merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa."
Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan ini jelas menunjukkan Persekutuan Tanah Melayu Ckemudian Malaysia) adalah menjadi sebuah negara berdaulat yang mengamalkan sis tern Raja Berperlembagaan berdasarkan demokrasi cara berparlimen mulai 31 Ogos 1957. Negara ini juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kanun dan ketetapan yang bertindak untuk menjaga dan memelihara hak asasi dan kebebasan seluruh rakyat yang bernaung di bawah payung kedaulatan negara.
Dokumen asal dua versi Dokumen asal Pemasyhuran Kemerdekaan ini masih tersimpan dengan baik di Arkib Negara Malaysia dan ada dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bertulisan Jawi. Arkib Negara Malaysia juga turut memiliki dokumen Pemasyhuran Malaysia yang turut dimasyhurkan oleh Tunku pada Hari Malaysia 16 September 1963.
Bagi mengabadikan sejarah perjalanan kemerdekaan negara, Arkib Negara telah menubuhkan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir Melaka pada 31 Ogos 1985. Arkib Negara juga menubuhkan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada 11 November 1994 bagi memaparkan jasa dan sumbangan negarawan ulung berkenaan dalam menerajui kepe- . mim1Jinan negara. Orang ramai dialualukan melawat memorial ini bagi menyegarkan semula pengetahuan sejarah dan memupuk rasa kecintaan terhadap tanah air kita. Masuk adalah percuma.
D~ Penulis 1::1 ia lah Pegawai Arkib di Arkib Negara /
7 /
Fungsi Suruhanjaya Cobbold dalam penubuhan Malaysia
Lahirnya Malaysia pada 16 Septemher 1963 mencatatkan sejarah yang amat ber
makna. Ia merakamkan satu lagi perubahan pad a kedudukan geopolitik rantau Kepulauan ' Melayu apabila beberapa negeri dan wilayah di rantau ini bergabung ke dalam satu unit pentadbiran. Lebih bermakna lagi, apabila kelahiran Malaysia membawa bersama kemerdekaan dan kebebasan buat Borneo utara, Sarawak dan Singapura daripada penjajahan British.
Penubuhan Malaysia bermatlamat membendung penularan ideologi dan pengaruh komunisme daripada menguasai dan menggugat kestabilan politik serantau. Ia juga bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo utara (Sabah) dan Sarawak, mengimbangi aspek ~ependudukan serta meniogkatkan kerna juan ekonomi wilayah terbabit.
Namun, gagasan Malaysia menerima tentangan hebat sebelum dapat direalisasikan pada 16 September 1963. Pelbagai Iiku, cabaran dan halangan dihadapi sebaik cadangannya disuarakan Tunku Abdul Rahman Putra pada 17 Mei 1961.
Cabaran penubuhan gagasan Malaysia Antara cabaran ialah kebimbangan dan ketidakfahaman mengenai konsep Malaysia oleh beberapa pemiropin parti negeri yang terbabit serta tentangan daripada Gabenor British di Borneo utara dan Sarawak.
Serentak itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Consultative Committee (MSCC) ditubuhkan pada 23 Julai 1961 untuk memberi penerangan lebih jelas mengenai Malaysia. Pandangan pemimpin dan rakyat Borneo utara dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia turut diberi perhatian.
Ketua-ketua negeri Borneo telah dibawa melawat dan menyaksikan sendiri keadaan pentadbiran dan kemajuan pembangunan lua r bandar, kemudahan awam serta taraf pendidikan dan kesihatan yang dicapai Persekutuan Tanah Melayu termasuk hak keistimewaan diberi kepada kaum Bumiputera dalam Pers~kutuan.
Satu episod penting dalam sejarah penubuhan Malaysia berlaku ketiJ,<a perbincangan diadakan di London pad a 20 hingga 22 November 1961, iaitu ketika satu keputusan dicapai untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pendapat dan pandangan rakyat di Borneo Utara dan Sarawak berhubung
gagasan Malaysia. Susulan itu, pada 16 Januari 1962, sebliah suruhanjaya bebas dan berkecuali dibentuk.
Penyata SuruhaI\laya Cobbold jadi bukti Suruhanjayaitu dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold, memainkan peranan sangat penting dalam rentetan penubuhan Malaysia. Pelaksanaan tugas oleh suruhanjaya ini menghasilkan laporan penting yang dikenali sebagai Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak. Penyata inilah yang melljadi asas rujukan dan bukti persetujuan oleh majoriti rakyat Borneo Utara dan Sarawak untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura membentuk persekutuan baru Malaysia.
Lima ahli Suruhanjaya Cobbold terdiri daripada Pengerusi (Lord Cobbold) dan empat orang ahIi. Dua ahlinya, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston adalah ahli yang dilantik oleh kerajaan British manakala dua ahli lagi iaitu Datuk Wong Pow Nee dan Muhantmad Ghazali Shafie dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Me-layu. .
Tanggungjawab dan tugas Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran rakyat di Borneo Utara dan Sarawak berkenaan kemasukan kedua-dua negeri itu ke dalam Persekutuan Malaysia dan seterusnya membuaf syor selepas mempertimbangkan fikiran berkenaan.
Sebelum memulakan penyiasatan, suruhanjaya terlebih dulu meneliti syor dalam Memorandum mengenai Malaysia yang dikemukakan oleh MSCC pada 3 Februari 1962. Syor yang terkandung dalam memorandum khas ini lebih menyentuh syarat dan hak· perlindungan berperlembagaan yang khusus untuk rakyat di Borneo.
Kertas putih juga disebarkan kepada rakyat di kedua-dua negeri supaya mereka mendapat pemahaman lebih jelas mengenai Malaysia serta faham tujuan kehadiran anggota suruhanjaya
untuk menjalankan tinjauan berkenaan.
Sepanjang tempoh dua bulan bermula dari 19 Februari hingga 18 April 1962, ahli-ahli suruhanjaya melakukan lawatan di 35 tempat sekitar Borneo Utara dan Sarawak termasuk kawasan pedalaman yang membabitkan 50 perjumpaan dengan sejumlah 4,000 orang.
Dalam siri lawatan dan tinjauan yang dibuat, suruhanjaya melaporkan rnenerima 2,200 surat dan memorandum daripada pelbagai persatuan, parti politik, pertubuhan keagamaan, kemasyarakatan dan kesatuan sekerja, dewan perdagangan, ketua kaum, orang kenamaan serta individu di kedua-dua negeri berkenaan.
Laporan penyiasatan suruhanjaya di Sarawak dan di Bor-
neo Utara ini dimuatkan secara berasingan dalam Penyata Cobbold disusuli dengan syor suruhanjaya.
'Enam lampiran dikepilkan 'dalam Penyata Cobbold untuk rujukan seperti jaduallawatan suruhanjaya, cabutan banci, dasar utama British, istilah dan maksud 'Bumiputera' dalam perundangan, kertas kerajaan Borneo Utara dan Sarawak mengenai Malaysia dan Memorandum mengenai Malaysia yang dikemukakan oleh MSCC. Turut dikepilkan ialah peta negeri Borneo 1953 (Pindaan 1962).
Penyata Cobbold yang · siap pada 21 Jun 1962, diterbitkan dan diumumkan pada 1 Ogos 1962. Penyata utama disediakan dalam bahasa Inggeris dengan naskhah terjemahan dibuat dalam bahasa Melayu dan Cina.
Asas persetlYuan Berdasarkan hasil tinjauan dilakukan, suruhanjaya mendapati majoriti rakyat Borneo Utara dan Sarawak menyokong ke-
. masukan ke dalarn Malaysia . Suruhanjaya Cobbold dengan itu menyokong penubuhan Malaysia.
Dalam syor yang dikemukakan, perkara penting yang dipersetujui ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu di-
jadikan asas kepada Perle mbagaan Malaysia dan nama Malaysia o.ijadikan nama persekutuan yang baru.
Perkara lain dipersetujui ialah, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dengan wilayah Borneo diberi peruntukan sepuluh tahun bagi melaksanakan dasar ini, Islam sebagai agarna rasmi dengan hak kebebasan beragama diberi kepada yang bukan Islam, dan ' kaum pribumi di Borneo dapat menikmati hak istimewa seperti orang Melayil di Semenanjung.
Serentak dengan pengumuman Penyata Cobbold pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan satu kenyataan bersama. Dengan menerima hampir semua syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold, kedua-kedua kerajaan memutuskan Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 dan berserta dengan syarat iaitu segala perkara berkaitan Perlembagaan diselesaikan.
Susulan itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan atau Lansdow- . . ne Committee (IGC) ditubuhkan : : untuk merangka peraturan Per- + lembagaan dan cara mengadakan jarninan bagi memelihara kepentingan negeri Borneo dalam Persekutuan baru. Jaminan ini akan meliputi perkara berkaitan kebebasan beragama, pelajaran, perwakilan dalam Parlimen Persekutuan, kedudukan anak negeri, kawalan imigresen, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri.
Selepas mesyuarat dan perbincangan dengan wakil Borneo Utara, IGC menghasilkan draf '20 Perkara' yang menyentuh kepentingan Borneo Utara dalam Malaysia. Begitujuga dengan Sarawak, kompromi yang dicapai digarap dalam '18 Perkara'. Persefahaman melalui '20 Perkara' dan '18 Perkara' inilah yang menja,di pengikat dan as as per- . Iindungan kepada hak-hak penduduk di Borneo Utara dan Sarawak dalam Malaysia.
Rundingan akhir penubuhan Malaysia yang diadakan di London pada pertengahan 1963 me'meterai persetujuan semua pihak yang terbabit terhadap semua syarat untuk percantuman di bawah Malaysia. Susulan itu, Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 8 Julai 1963 di antara Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak. Malaysia akhirnya dirasmikan pada 16 September 1963 dalam satu upacara gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pada hari yang sarna juga, upacara pengisytiharan Malaysia turut dilakukan di Sabah dan Sarawak.