Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
1. KERTAS KERJA AKTIVITI RIMUP ZON
TANAH MERAH
1.1 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan seabuah Negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang
diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan
tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat
Malaysia. Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang suadah
diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu.
Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh
kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional yang dipilih
oleh kami ialah sepak raga bulatan untuk murid lelaki dan congkak untuk murid
perempuan.
1.2 PROGRAM
Pertandingan Sepak Raga Bulatan Hang Tuah dan Congkak Tun Teja.
1.3 MATLAMAT
Memberi perluang kepada para guru untuk memperoleh pengalaman dalam
mengelola sesuatu aktiviti
Mengeratkan silaturrahim antara sekolah dan murid.
Memberi perluang kepada murid untuk didedahkan pelbagai jenis permainan
tradisional.
Guru dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat
berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan
dalam diri murid.
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
1.4 RASIONAL
Penganjuran aktiviti RIMUP ini, diharap dapat memberi pendedahan, pengetahuan dan
pengalaman mengenai permainan tradisional kepada generasi baru khususnya
dikalangan peserta pertandingan.
Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga
dapat dipupuk dalam kalangan peserta pertandingan.
Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan penting dalam menyediakan murid-
murid yang benar-benar proaktif. Sebagai satu alternative kea rah melahirkan insan
yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan social. Sukan mampu menjana jiwa
guru yang matang dan sedia mengahdapi cabaran pada masa hadapan. Daya
ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan
tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.
Berdasarkan keperluan inilah, kumpulan Zon Tanah Merah berusaha menyediakan satu
pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat merialisasikan kemantapan
rohani dan jasmani seterusnya melahirkan murid yang cergas.
1.5 OBJEKTIF
Membina kerjasama dan mengeratkan hubungan antara para guru dan murid
yang pelbagai kaum.
Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, social dan budaya.
Memdapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan
menghargai warisan permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia serta
menjadikannya sumber dalam pendidikan.
Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi terutama ketika murid
bertanding antara pasukan.
Membina kerjasama dan hubungan erat di antara para guru dan murid yang
berlainan sekolah.
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
1.6 KUMPULAN SASARAN
Guru-guru Sekolah Zon Tanah Merah
Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Genting
Murid Tahun 6 Sekolah Zon Tanah Merah.
1.7 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : SK TANAH MERAH
Naib Pengerusi : SK GUAR KEPAYANG
Setiausaha : SK CHAROK KUDUNG
Bendahari : SK PAYA RAWA
Ahli Jawatankuasa : SK BUKIT GENTING
SK BENDANG RAJA
1.8 JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK Kertas Kerja & Pendaftaran : SK TANAH MERAH
AJK Jamuan dan Brosur : SK PAYA RAWA
AJK Persiapan Tempat & Siaraya : SK BUKIT GENTING
AJK Dokumentasi : SK BENDANG RAJA
AJK Hadiah & Pengacara Majlis : SK GUAR KEPAYANG
AJK Pengadi, Hakim & Peralatan : SK CHAROK KUDUNG
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
1.9 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Sumber Pendapatan Perbelanjaan Nilai
1 PPD Pendang RM1520.00 Banner RM45.00
Makanan Murid Pagi dan Tengah Hari
(RM10 x72 orang)
RM720.00
Makanan Guru Pagi dan Tengah Hari
(RM10 x 25 orang)
RM250.00
Hadiah 12 Kumpulan X
RM40.00
RM480.00
Runcit RM25.00
Jumlah RM1520.00 Jumlah RM1520.00
2. MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 9 November 2014
Hari : Ahad
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Padang SK Bukit Genting
Acara : Sepak Raga Hang Tuah dan Congkak Tun Teja
Penyertaan : Murid tahun 6 dari 6 buah sekolah Zon Tanah Merah
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
3. TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi - Berkumpul di SK Bukit Genting
- Pendaftaran
- Taklimat oleh Ketua Pengadil Pertandingan
- Minum pagi
9.00 pagi - Pusingan pertama pertandingan
- Rehat
- Pusingan kedua pertandingan
- Rehat
11.00 pagi - Majlis penutup dan penyampaian hadiah
12.00 tgh - Makan tengah hari
12.30 tgh - Bersurai
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Pendaftaran Para Peserta
Para peserta Sepak Raga Bulatan Hang Tuah
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Taklimat kepada para peserta
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Pertandingan Sepak Raga Hang Tuah
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Pertandingan Congkak Tun Teja
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Acara Penyampaian Hadiah Oleh Penolong PPD Koakademik En Roslan bin Rosli
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Acara Penyampaian Hadiah Oleh Penolong PPD Koakademik En Roslan bin Rosli
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
PERTANDINGAN SEPAK RAGA BULATAN HANG TUAH
NAMA KUMPULAN
PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3 JUMLAH
MATA KEDUDUKAN
SK PAYA RAWA
121 127 119 367 6
SK CHAROK KUDUNG
122 147 124 393 5
SK BENDANG
RAJA 120 140 149 409 4
SK BUKIT GENTING
150 172 225 547 1
SK GUAR KEPAYANG
165 167 165 497 3
SK TANAH MERAH
155 184 204 543 2
PERTANDINGAN CONGKAK TUN TEJA
KEDUDUKAN SEKOLAH
TEMPAT PERTAMA SK TANAH MERAH
TEMPAT KEDUA SK GUAR KEPAYANG
TEMPAT KETIGA SK CHAROK KUDONG
TEMPAT KEEMPAT SK PAYA RAWA
TEMAPT KELIMA SK BENDANG RAJA
TEMPAT KEENAM SK BUKIT GENTING
Dokumentasi Aktiviti RIMUP Zon Tanah Merah 2014
4. REFLEKSI
RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu program yang
diadakan pada setiap tahun di sekolah-sekolah rendah di Malaysia amnya dan di daerah Pendang
khasnya. Pertandingan Sepak Raga Bulatan Hang Tuah dan Congkak Tun Teja ini merupakan
permainan tradisional yang dipilih oleh Zon Tanah Merah yang menggabungkan enam sekolah
yang rata-rata pelajarnya berbilang kaum.
Sekolah Kebangsaan Bukit Genting sangat bertuah kerana pada tahun ini dapat menjadi
tuan rumah bagi program RIMUP ini dan ditugaskan untuk membantu melancarkan program ini.
Seramai 72 orang pelajar terlibat dalam program ini.
Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat di lihat
terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatupadukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta
mampu berkomunikasi sesama mereka dengan komunikasi yang baik.
Aktiviti yang diatur dan disusun oleh AJK mengikut masa yang ditetapkan menjadikan
setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan
penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti
terebut adalah Sepak Raga Bulatan Hang Tuah untuk pelajar lelaki manakala Congkak Tun Teja
untuk pelajar perempuan.
Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktivitiyang
dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing dalam mengelola aktiviti ini membantu
menyumbang kepada hasil yang menarik danberkesan.
Di akhir program, Penolong PPD Koakademik, Encik Roslan bin Rosli telah dapat
bersama-sama hadir untuk majlis penyampaiah hadiah kepada para pemenang.
Kesimpulannya program ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan
program ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.