EDISI PERTAMA 2015
EDISI PERTAMA 2015
[ BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEDIA & PENULISAN ARTIKEL POLITEKNIK MALAYSIA]
Terbitan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERUTUSAN KETUA PENGARAH 1
SIDANG EDITORIAL 2
PENDAHULUAN 3
1.0 PENGENALAN 8 - 11 2.0 PENYEDIAAN JEMPUTAN MEDIA 2.1 Penghasilan Jemputan Media 2.2 Status Kehadiran Media 3.0 KENYATAAN MEDIA
3.1 Penghasilan Kenyataan Media Untuk Media Kit 4.0 SIDANG MEDIA 4.1 Sebelum Sidang Media 4.2 Semasa Sidang Media 4.3 Selepas Sidang Media 5.0 PENYEDIAAN KIT MEDIA 5.1 Bahan Untuk Kit Media 6.0 PENULISAN ARTIKEL/ADVETORIAL MEDIA CETAK 6.1 Penghasilan Penulisan Artikel Media Cetak Berimpak Tinggi 6.1.1 Penggunaan Sigma 5w 1h Dalam Penulisan Artikel/Advertorial 7.0 SET SOALAN WAWANCARA MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK 7.1 Penghasilan Set Soalan Wawancara LAMPIRAN 1 12 14
LAMPIRAN 2 15 17
LAMPIRAN 3 18 21
LAMPIRAN 4 22 - 26
EDISI PERTAMA 2015
[BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEDIA & PENULISAN ARTIKEL POLITEKNIK MALAYSIA]
Terbitan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik 1
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Garis Panduan
Pengurusan Media dan Penulisan Artikel Politeknik Malaysia ini telah diterbitkan. Syabas,
tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah
bekerjasama dalam memberi sepenuh komitmen sehingga terhasilnya garis panduan ini.
Seperti yang sedia maklum, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Pendidikan Politeknik
merupakan unit yang bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti promosi dalam
memperkasakan jenama Politeknik Malaysia. Oleh itu, Garis Panduan ini diterbitkan oleh UKK
untuk dijadikan sebagai rujukan kepada Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Politeknik
Malaysia, Rakan UKK di Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) atau mana-mana pegawai dan pihak
yang terlibat dalam pengurusan promosi di media.
Justeru itu, Garis Panduan ini dilihat sebagai satu pendekatan yang terbaik bagi pihak yang
terlibat dalam pengurusan promosi bagi memperkasakan jenama Politeknik Malaysia. Garis
Panduan ini juga diharapkan dapat memudahkan gerak kerja pegawai UKK dan PRO.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya. Dengan sokongan yang ditunjukkan oleh
seluruh warga Politeknik mampu menjadikan institusi ini sebagai peneraju pendidikan dalam
bidang teknik dan vokasional negara yang akan melahirkan modal insan yang akan cemerlang
dan berkualiti.
Sekian.
DATUK HAJI MOHLIS BIN JAAFAR
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi
EDISI PERTAMA 2015
[BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEDIA & PENULISAN ARTIKEL POLITEKNIK MALAYSIA]
Terbitan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik 2
SIDANG EDITORIAL
PENAUNG
Datuk Haji Mohlis bin Jaafar Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik
PENASIHAT
Puan Hajjah Rusmina binti Ismail Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik
Tuan Haji Nazaruddin bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik
PENGERUSI JAWATANKUASA
Encik Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik
PENULIS
Encik Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik
EDITOR
Puan Nurhasnani binti Abdul Wahab Pegawai Perhubungan Awam Politeknik
Merlimau
Cik Ivy Stephen Sekai Pegawai Perhubungan Awam
Politeknik Mukah
Puan Amalina Shazwani binti Md Suhaimi Pegawai Perhubungan Awam
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Cik Anis Suriany binti Che Mohd Shukree Penolong Pengarah Unit Komunikasi
Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik
Encik Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan
Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Pendidikan Politeknik
Cik Suhaibi binti Mat Nor Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Pendidikan Politeknik
PENERBITAN
Encik Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Pendidikan Politeknik
Puan Siti Juhairah binti Ahmad Pembantu Tadbir Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Pendidikan Politeknik
PENGHARGAAN
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia
Pegawai Perhubungan Awam Politeknik Malaysia
URUSETIA
EDISI PERTAMA 2015
[BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEDIA & PENULISAN ARTIKEL POLITEKNIK MALAYSIA]
Terbitan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik 3
PENDAHULUAN
Buku garis panduan ini merangkumi panduan dalam penyediaan bahan promosi di media cetak
dan media elektronik. Bahan promosi yang disediakan adalah berbentuk kit media, penulisan
artikel dan set soalan bagi tujuan wawancara oleh pengamal media cetak dan elektronik.
Garis panduan ini diterbitkan sebagai rujukan kepada Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
Politeknik Malaysia, Rakan UKK di Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) serta mana-mana
pegawai dan pihak yang terlibat atau ingin terlibat dalam pengurusan promosi di media.
Rujukan yang dilakukan melalui Garis Panduan ini akan dapat membantu melicinkan proses
persediaan dan pelaksanaan sebarang gerak kerja dalam melakukan promosi di media sekaligus
mempercepatkan gerak kerja pegawai UKK dan PRO.
Garis panduan ini akan menerangkan proses yang terlibat bermula daripada jemputan media,
penghasilan bahan media melalui format dan maklumat yang sesuai dan betul agar dapat
digunakan dalam terbitan di media cetak dan elektronik.
EDISI PERTAMA 2015
[BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEDIA & PENULISAN ARTIKEL POLITEKNIK MALAYSIA]
Terbitan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik 4
1.0 PENGENALAN
Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Pendidikan Politeknik merupakan
sebuah unit yang bertanggungjawab untuk mengurus aktiviti promosi yang
menyumbang kepada pemerkasaan jenama Politeknik Malaysia.
Antara perancangan strategik UKK ialah ke arah memperkasakan jenama
Politeknik Malaysia adalah dengan menyiarkan berita-berita yang berunsur
positif mengenai kejayaan dan perkembangan Politeknik Malaysia di media cetak
dan elektronik.
Kaedah promosi yang digunakan di media adalah seperti berikut:
i. Siaran Media; ii. Kit Media;
iii. Penulisan artikel; iv. Soalan wawancara.
Kaedah ini melibatkan penyediaan bahan dalam bentuk penulisan mahupun
maklumat yang disediakan oleh PRO Politeknik Malaysia dan Pegawai UKK JPP.
Penerbitan ini akan digunakan di media cetak dan elektronik bagi membantu
wartawan untuk menulis berita mengenai Politeknik Malaysia.
2.0 PENYEDIAAN JEMPUTAN MEDIA
Jemputan media merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan dalam
melakukan promosi dan publisiti. Ianya merupakan jemputan rasmi kepada
pihak media untuk hadir bagi melakukan liputan atau wawacara dalam sidang
media dalam sesebuah program.
Jemputan media ini perlu dilakukan dalam tempoh seminggu sebelum pihak
media hadir di dalam majlis atau program tersebut.
2.1 PENGHASILAN JEMPUTAN MEDIA
Jemputan media yang baik akan memastikan pihak media mengetahui
beberapa maklumat yang penting dan menjadi ukuran kepada nilai berita
tersebut. Antara maklumat penting yang diperlukan ialah :
i. Objektif program yang akan dilaksanakan; ii. Tarikh dan masa program;
EDISI PERTAMA 2015
[BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEDIA & PENULISAN ARTIKEL POLITEKNIK MALAYSIA]
Terbitan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik 5
iii. Alamat penuh lokasi program; iv. Nama tetamu kehormat/perasmi; v. Nombor telefon pegawai seranta media.
Tentatif lengkap program perlu disertakan dalam bentuk lampiran. Pihak
media perlu dimaklumkan mengenai butiran yang lengkap mengenai majlis
atau program tersebut bagi memudahkan pihak media untuk hadir.
Contoh jemputan media adalah seperti lampiran 1
2.2 MEMASTIKAN KEHADIRAN MEDIA
Pegawai Perhubungan Awam (PRO) perlu menghubungi dan membuat
panggilan susulan 3 hari sebelum majlis atau program untuk mendapatkan
status kehadiran pihak media. Surat jemputan perlu dihantar semula
sekiranya pihak media tidak mendapat sebarang jemputan media.
3.0 KENYATAAN MEDIA
Kenyataan Media merupakan satu bahan informasi yang dihasilkan secara
ringkas tetapi padat dengan informasi yang berkaitan dengan majlis atau
program yang sedang berlaku.
3.1 PENGHASILAN KENYATAAN MEDIA UNTUK KIT MEDIA
Kenyataan Media dilakukan apabila wartawan hadir untuk membuat liputan
bagi sesebuah program.
Isi kandungan Kenyataan Media adalah intipati sesebuah majlis ata