UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PROFESION
PERGURUAN DI KALANGAN PELAJAR LELAKI TAHUN EMPAT (PERDANA) ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya NOORHIDAYAH BINTI ABD WAHAB
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: EN. MOHD. ZOLKIFLI BIN ABD. HAMID Kuaters Klinik Kesihatan Paloh, Nama Penyelia 86600 Paloh, Kluang, Johor. Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN DI
KALANGAN PELAJAR LELAKI TAHUN EMPAT (PERDANA) ALIRAN TEKNIK
DAN VOKASIONAL DI FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOORHIDAYAH BINTI ABD WAHAB
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam ).”
Tandatangan : ….…………………………………………….
Nama Penyelia : EN. MOHD. ZOLKIFLI BIN ABD. HAMID
Tarikh : ……………………………………………….
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penulis : NOORHIDAYAH BINTI ABD WAHAB
Tarikh : ……………………………………………
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ibuku,
Jainam Bt Wagiman
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu kini telah ku tunaikan jua
dan terima kasih atas segalanya.
Buat kekandaku,
Noorsyahidah Bt. Abd Wahab, Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui
dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Buat yang teristimewa,
Shah Rizal Shaharuddin
&
Buat rakan seperjuangan,
As, Sham, Linda, Uya, dan Ida
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita bersama.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat
dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Encik Mohd.
Zolkifli bin Abd. Hamid yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk
ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang
mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada semua warga Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat dan membantu secara langsung dalam
penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas ibu yang tanpa jemu mendoakan kejayaan
saya serta harapan yang tinggi untuk anakmu ini ke menara gading dan tidak lupa juga
buat kakak dan abang yang tersayang yang banyak memberi dorongan dan
menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.
Akhir sekali untuk rakan seperjungan terutamanya 4 SPA yang banyak
berkorban untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan. Terima kasih di atas segala
pengorbanan, sokongan dan kasih sayang ikhlas tanpa batas.
ABSTRAK
Kajian dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan
profesion perguruan di kalangan pelajar lelaki di Fakulti Pendidikan, UTM. Responden
yang terlibat adalah seramai 55 orang pelajar lelaki tahun empat (perdana) aliran Teknik
dan Vokasional di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Penganalisisan data dibuat
menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Hasil
analisis menunjukkan faktor keinginan untuk menyampaikan ilmu,
memperkembangkan kemahiran serta mendidik anak bangsa merupakan motif utama
pemilihan kerjaya ini. Manakala faktor cuti, kesesuaian waktu kerja serta masa yang
cukup untuk bersama keluarga juga mempengaruhi pemilihan profesion ini. Faktor
seterusnya ialah faktor minat, ini di ikuti oleh faktor dorongan keluarga terutamanya ibu
bapa. Faktor gaji dan rakan sebaya kurang mempengaruhi responden dalam pemilihan
kerjaya ini.
ABSTRACT
This research was conducted to identify the factor that influenced the male
students in Faculty of Education to choose teaching profession. A total of 55 fourth
year students from department of Technical and Vocational Education, University
Technology of Malaysia, Skudai were used as sample. Data gathered were analyzed
using SPSS. Result was presented in the form of frequencies and percentages. The
study found that the main factors that lead them in choosing teacher profession are the
desire to teach and expanding personal skills. Meanwhile other factors are extensive
leave, sufficient working hour and enough time to spend with family. Others factors
that found related to this study are interest in teaching profession and also parents
support. However, the wage and fear factors were in moderate level in influencing them
to choose the career.
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA
SURAT
TAJUK
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
xii
xiv
xv
xvi
BAB I
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1
1
3
5
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Profesion
1.8.2 Perguruan
1.8.3 Minat
1.8.4 Rakan Sebaya
1.8.5 Keluarga
1.9 Penutup
6
7
8
9
9
9
10
10
10
10
11
BAB II
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Teori Pemilihan Kerjaya
2.3 Faktor Minat dalam Pemilihan
Kerjaya
2.4 Faktor Rakan Sebaya dan Keluarga
2.5 Faktor Keinginan Menyampaikan Ilmu
2.6 Faktor Ganjaran dan Cuti
2.7 Kesimpulan
12
12
12
16
18
19
21
23
BAB III
BAB IV
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Sampel Kajian
3.4 Tempat Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Pengumpulan Data
3.8 Penganalisisan Data
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Data
4.3 Analisis Bahagian A: Biodata
Responden
4.4 Analisis Bahagian B
4.4.1 Faktor Minat
4.4.2 Faktor Dorongan Keluarga
4.4.3 Faktor Rakan Sebaya
4.4.4 Faktor Keinginan
Menyampaikan Ilmu
4.4.5 Faktor Ganjaran
4.4.6 Faktor Cuti
4.5 Analisis Keseluruhan
4.6 Kesimpulan
24
24
24
25
25
25
28
28
28
30
30
30
31
34
35
39
41
43
45
47
48
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN,
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Kesimpulan
49
49
49
50
5.4 Perbincangan
5.4.1 Faktor Minat
5.4.2 Faktor Rakan Sebaya
5.4.3 Faktor Keluarga
5.4.4 Faktor Keinginan
Menyampaikan Ilmu
5.4.5 Faktor Cuti
5.4.6 Faktor Ganjaran
5.5 Cadangan Kajian
5.6 Cadangan Kajian Akan Datang
52
53
54
55
56
58
59
60
61
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN
RUJUKAN 62
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Taburan Responden Kajian Mengikut Pengkhususan 25
3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar
Belakang Responden
26
3.3 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan Faktor
yang Mempengaruhi Pemilihan Profesion Perguruan
27
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 27
3.5 Pengelasan Skor Skala Likert 29
3.6 Penilaian Peratusan Terhadap Fakta 29
4.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Kursus
31
4.2 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Bangsa
32
4.3 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Umur
32
4.4 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Kelulusan Akademik Tertinggi
33
4.5 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Bilangan Ahli Keluarga yang Menceburi Profesion
Perguruan
33
4.6 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Pemilihan Profesion Perguruan Sebelum ke IPTA
34
NO JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
4.7 Taburan Responden Kajian Mengikut Kekerapan dan
Peratusan bagi Faktor Minat
35
4.8 Taburan Resonden Mengikut Kekerapan dan
Peratusan bagi Faktor Dorongan Keluarga
37
4.9 Taburan Resonden Mengikut Kekerapan dan
Peratusan bagi Faktor Rakan Sebaya
39
4.10 Taburan Resonden Mengikut Kekerapan dan
Peratusan bagi Faktor Keinginan Menyampaikan
Ilmu
41
4.11 Taburan Resonden Mengikut Kekerapan dan
Peratusan bagi Faktor Ganjaran
43
4.12 Taburan Resonden Mengikut Kekerapan dan
Peratusan bagi Faktor Cuti
45
4.13 Taburan Peratus Keseluruhan bagi Faktor Pemilihan
Profesion Perguruan
47
SINGKATAN DAN SIMBOL
SMT : Sekolah Menengah Teknik.
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia.
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
JPT : Jabatan Pendidikan Teknikal.
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
PTV : Pendidikan Teknik dan Vokasional
f : Kekerapan
n : Bilangan
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
Hasil Analisis Data Kajian Rintis
67
B Soal Selidik 68
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Guru merupakan agen masyarakat yang bertanggungjawab mengajar dan
mendidik anak bangsa. Menurut Noran Fauziah Yaakub ( 1993), guru adalah golongan
manusia yang memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan
fizikal setiap manusia. Tugas sebagai guru adalah mulia dan bakti yang dicurahkan akan
membawa faedah untuk selama-lamanya sebagai pembentuk keperibadian bangsa tanah
air.
Guru bukan sahaja perlu sentiasa bergerak dinamik dan mempunyai inisiatif
mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan untuk disampaikan kepada pelajar,
tetapi juga memikul tanggungjawab yang besar. Guru turut berdepan dengan pelbagai
karenah pelajar dan perlu menangani setiap isu secara bijaksana. Ini kerana mereka sering
terdedah dengan tindakan melulu sesetengah ibu bapa.
Semua ibu bapa mahukan pendidikan yang sebaik-baiknya untuk anak-anak
mereka. Mereka juga mahu supaya anak-anak mereka akan berkembang dengan baik dan
sesuai dengan keadaan semasa serta dapat menguruskan diri mereka dengan sempurna.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya masyarakat mengambil berat dan sangat
berminat terhadap golongan yang diamanahkan untuk memberi ilmu dan kemahiran,
menanam sikap positif terhadap hidup dan memberi bimbingan, galakan serta pendidikan
kepada anak-anak mereka. Golongan tersebut ialah kaum guru.
Ee Ah Meng (1998) menyenaraikan tugas guru ialah mengajar, menguji, menilai,
membimbing dan memulihkan pelajar, juga menguruskan rekod pelajar, biasiswa, buku
teks, yuran, surat kepada ibubapa, disiplin, kecerian sekolah, panitia mata pelajaran ,
juga dalam gerak kerja kokurikulum seperti penasihat persatuan dan kelab, jurulatih,
pengangkutan dan jaminan keselamatan serta tugas perhubungan awam seperti
perbincangan dengan ibubapa, masyarakat dan juga agensi kerajaan / swasta.
Sementara Asmah Ahmad (1991) menyatakan bahawa seseorang guru memainkan
berbagai peranan di sekolah . Peranan–peranan yang rencam ini adalah berkait secara
langsung dan tidak langsung antara satu sama lain. Peranan guru adalah seperti pemberi
maklumat pelajar dan pengerak kurikulum, pendisiplin, penganti ibu bapa,sebagai
kaunselor dan pembimbing, penasihat atau pengerak kegiatan kokurikulum, pembentuk
peraturan sekolah, pembina sahsiah, kadang kala sebagai jurutaip, kerani dan pekerja am
dan juga sebagai pelajar.
Tugas guru dalam pembangunan masyarakat dan negara tidak ternilai. Mereka
yang membentuk anak muda dan menentukan masa depan sesuatu masyarakat. Seorang
guru perlu mempunyai pengetahuan dan teknik-teknik pengajaran untuk menjadikannya
seorang guru yang benar-benar berkualiti kerana ilmu pengetahuan yang hendak
disampaikan itu tidak terdapat pada masa seseorang itu dilahirkan.
Cabaran utama yang terpaksa ditempuhi oleh guru menjelang alaf baru adalah
berkaitan perkembangan minda serta pengetahuan. Oleh itu, sebagai seorang guru,
mereka tidak boleh ketinggalan zaman dan harus sentiasa mengikut perkembangan
bidang pendidikan.
1.2 Latar belakang Masalah
Dalam era globalisasi kini, tugas guru sebenarnya menjadi lebih rumit dan
kompleks. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-
terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih
mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu
dihadapi secara profesional dan kreatif. Hanya guru-guru yang komited dan intelek
sahaja yang mampu mendepani cabaran-cabaran dalam dunia alaf baru ini.
Menurut Syarifah Alawiyah Alsagof (1987), profesion perguruan adalah satu
bidang yang memberi perkhidmatan yang unik, tetap dan yang diperlukan oleh
masyarakat. Ini adalah kerana individu dalam profesion perguruan itu sahaja yang boleh
memberi perkhidmatan dalam bidangnya.
Perubahan pesat yang berlaku dalam teknologi tidak pernah mengurangkan
kepentingan tugas guru terutama dalam pendidikan. Mok Soon Sang (1992) menyatakan
bahawa Reformasi Pendidikan yang bermula awal 80an menuntut komitmen yang lebih
tinggi dari pendidik. Teknologi maklumat contohnya membawa kepada kepelbagaian
alatan atau teknik baru dalam pengajaran. Selari dengan itu guru mestilah memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menguasai dan mengendali sumber
tersebut. Kepentingan tugas guru bukan bermakna guru ataupun profesion perguruan
suatu tugas yang mudah. Malah semakin hari profesion perguruan menghadapi pelbagai
cabaran, kritikan , cemuhan dan rungutan terutamanya dari aspek mutu dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Suatu ketika dulu profesion perguruan disifatkan antara kerjaya yang kurang
mencabar, memerlukan kesabaran yang tinggi dan sering menjadi pilihan terakhir pelajar
yang gagal mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi. Kebanyakan masyarakat
sekarang melihat tinggi rendah seseorang itu berdasarkan apa yang mereka miliki. Oleh
kerana ganjaran yang kurang menarik berbanding profesion yang lain , profesion
perguruan dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari kerja. Apabila mereka
tidak mendapat pekerjaan yang mereka idamkan mereka akan beralih kepada profesion
perguruan. Apakah fenomena ini menunjukkan mereka yang memilih profesion
perguruan sebahagiannya bukanlah mereka yang berminat atau bercita – cita menjadi
guru?
Tanggungjawab mendidik dan memastikan generasi muda menerima pendidikan
secukupnya ditambah dengan pemberian gaji yang dianggap tidak setimpal dengan beban
yang ditanggung menyebabkan profesion ini kurang digemari dan tidak popular terutama
di kalangan lelaki.
Berdasarkan daripada jadual 1.1 yang menunjukkan bilangan sekolah, enrolmen,
guru dan kelas di sekolah rendah mengikut jenis sekolah dan jantina pada 6 Januari 1997,
dapat dilihat perbezaan antara bilangan guru lelaki berbanding guru perempuan.
Jadual 1.1 : Bilangan Sekolah, Enrolmen, Guru dan Kelas di Sekolah Rendah
Mengikut Jenis Sekolah dan Jantina pada 6 Januari 1997
Jenis Sekolah
Bil. Sek.
Enrolmen Penuntut Guru Bil. Kelas
SK/SRK 5244 1110676 (Lelaki) 1057678 (Perempuan) 2168354 (Jumlah)
50337 (Lelaki) 66641 (Perempuan) 116978 (Jumlah)
65606
SRJK (Cina)
1282 311058 (Lelaki) 290833 (Perempuan) 601891 (Jumlah)
6099 (Lelaki) 20963 (Perempuan) 27062 (Jumlah)
16685
SRJK (Tamil)
530 47760 (Lelaki) 50312 (Perempuan) 98072 (Jumlah)
2356 (Lelaki) 3752 (Perempuan) 6108 (Jumlah)
3983
SR Khas 28 1280 (Lelaki) 1070 (Perempuan) 2350 (Jumlah)
178 (Lelaki) 355 (Perempuan) 533 (Jumlah)
295
Sebilangan masyarakat sekarang menganggap guru sebagai satu pekerjaan yang
paling sesuai dan istimewa untuk kaum wanita. Walau bagaimanapun, masih terdapat
sebahagian generasi muda, khususnya lelaki memandang rendah terhadap profesion
perguruan. Keadaan ini menyebabkan profesion perguruan dikuasai oleh golongan
wanita berbanding lelaki. Kewibawaan guru wanita tidak perlu dipertikaikan tetapi
kekurangan guru lelaki tidak wajar dipandang remeh kerana pelbagai masalah lain
mungkin timbul akibatnya. Memandangkan betapa pentingnya peranan guru dalam
masyarakat dan isu kekurangan guru lelaki di negara kita, pengkaji ingin mengenalpasti
faktor-faktor yang mendorong pelajar lelaki sarjana muda teknologi serta pendidikan
memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.
Dari persoalan ini pengkaji membuat keputusan untuk membuat kajian apakah
yang menyebabkan mereka memilih bidang perguruan sebagai kerjaya. Dari
perbincangan di atas , pengkaji menetapkan faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah
minat terhadap profesion perguruan, faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor
keinginan menyampaikan ilmu, faktor ganjaran dan faktor cuti.
1.3 Pernyataan Masalah
Pertambahan beban tugas guru masa kini dan ketidakseimbangan beban tugas
guru lelaki dan wanita tidak wajar dipandang remeh. Pelbagai masalah lain kemungkinan
akan timbul sekiranya penyelesaian segera tidak diambil. Kajian ini dijalankan untuk
mengetahui sama ada pemilihan pelajar lelaki tahun empat (perdana) aliran Teknik dan
Vokasional, di Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia di dalam profesion
perguruan ini dipengaruhi oleh faktor minat, keluarga, rakan sebaya, keinginan
menyampaikan ilmu, faktor ganjaran atau cuti.
1.4 Persoalan Kajian Pengkaji merasakan kajian ini perlu dijalankan kerana beberapa persoalan perlu dijawab.
Di antara persoalan-persoalannya ialah:
1.4.1 Adakah minat menjadi faktor dalam pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan
pelajar lelaki tahun empat (perdana) aliran Teknik dan Vokasional, di Fakulti
Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia?
1.4.2 Adakah dorongan keluarga mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di
kalangan pelajar lelaki tahun empat (perdana) aliran Teknik dan Vokasional, di
Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia?
1.4.3 Adakah rakan sebaya mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan
pelajar lelaki tahun empat (perdana) aliran Teknik dan Vokasional, di Fakulti
Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia?
1.4.4 Adakah keinginan menyampaikan ilmu menjadi pendorong pemilihan kerjaya
sebagai guru di kalangan pelajar lelaki tahun empat (perdana) aliran Teknik dan
Vokasional, di Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia?
1.4.5 Adakah ganjaran yang ditawarkan dalam profesion perguruan mempengaruhi
pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan pelajar lelaki tahun empat (perdana
aliran Teknik dan Vokasional, di Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi
Malaysia?
1.4.6 Adakah faktor cuti mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan
pelajar lelaki tahun empat (perdana) aliran Teknik dan Vokasional, di Fakulti
Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia?
1.5 Objektif Kajian -Objektif am
Kajian dijalankan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lelaki
memilih profesion perguruan sebagai kerjaya
-Objektif khusus
Berdasarkan kepada pernyataan di atas, objektif kajian berikut adalah untuk:
1.5.1 Mengenalpasti sejauhmana minat menjadi faktor yang mempengaruhi pemilihan
kerjaya sebagai guru di kalangan pelajar lelaki tahun empat (perdana) aliran
Teknik dan Vokasional, di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
1.5.2 Mengenalpasti sejauhmana dorongan keluarga menjadi faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan pelajar lelaki tahun
empat (perdana) aliran Teknik dan Vokasional, di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
1.5.3 Mengenalpasti sejauhmana pengaruh rakan sebayai menjadi faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya sebagai guru dikalangan pelajar lelaki tahun
empat (perdana) aliran Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
1.5.4 Mengenalpasti sejauhmana keinginan menyampaikan ilmu menjadi faktor yang
mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan pelajar lelaki tahun
empat (perdana) aliran Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
1.5.5 Mengenalpasti sejauhmana ganjaran yang ditawarkan menjadi faktor yang
mendorong pemilihan kerjaya sebagai guru di kalangan pelajar lelaki tahun empat
(perdana) aliran Teknik dan Vokasional, di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
1.5.6 Mengenalpasti sejauhmana cuti menjadi faktor yang mempengaruhi pemilihan
kerjaya sebagai guru dikalangan pelajar lelaki tahun empat (perdana) aliran
Teknik dan Vokasional, di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia