Isi Kandungan
Bil Perkara Muka Surat
1 Tugasan Individu 1(Penulisan Esei)
1-11
2 Tugasan Individu 2(Meneliti Artikel & rumusan)
12-20
3 Bibliografi 21
Tugasan Individu (Tugasan 1)
Penulisan Esei
… sebuah Negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina satu masyarakat
yang harmonis dan bersatu padu menjadi semakin mencabar. Walaupun Negara kita
telah merdeka 56 tahun dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara bersama
dalam suasana harmoni, tugas untuk memelihara perpaduan kaum adalah satu
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak boleh lalai dan
leka kerana kecenderunganke arah polarisasi kaum sentiasa wujud dan jika tidak
dibendungia akan memberikan kesan yang amat buruk terhadap keharmonian
masyarakat dan kestabilan Negara…
YAB Tan Sri Dato’ Hj.Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Teks Ucapan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
2013
Berdasarkan teks ucapan di atasan, bincangkan akauntabiliti guru terhadap masyarakat
dan kemakmuran masyarakat masyarakat dan Negara seperti yang digariskan dalam
kod etika keguruan.
Tugasan 1
Pengenalannya Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin
membangun. Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk
mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara
menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai
perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan
banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang
dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan
Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain – lain lagi yang bertujuan ke
arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah
diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu
profesion.
Daripada teks Ucapan Hari Guru Tahun lalu, menyatakan sistem pendidikan
Negara yang bagus adalah faktor utama kepada penghasilan modal insan yang
berkualiti seperti yang dihasratkan negara. pelbagai usaha dan langkah yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah
baik dari semasa ke semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan
profesion keguruan.
Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan
pemartabatan profesion keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang kerjaya
guru yang diiktiraf sebagai suatu profesion. Pada era 2000, kerjaya guru kurang
mendapat perhatian masyarakat berikutan ledakan kemajuan negara ketika itu
menjadikan penjanaan peluang pekerjaan yang berasaskan kemajuan infrastruktur,
teknologi maklumat, perindustrian dan perkilangan. Namun kini, telah berubah apabila
kerjaya guru menjadi rebutan khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM. Pada setiap
tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat. Sedangkan tempat yang
ditawarkan adalah terhad (Syed Ismail dan Ahmad, 2012). Hal ini ekoran kesukaran
para lulusan universiti mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Bagi
memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang betul dan dijamin
kualitinya, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan dan mewajibkan
bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran baharu sesuai dengan arus
globalisasi.
Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk
membolehkannya melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012)
menyatakan, menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan khas. Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya yang digolongkan
sebagai profesion haruslah mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama, mereka
golongan profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang
kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan itu,
merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk
masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan yang menggunakan banyak keupayaan
dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Kemudian mereka golongan
pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa
menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi
terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan
semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli satu
organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal
mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu
kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan
bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya.
Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara
ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu,
bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh hal yang
demikian, adalah pasti bahawa kerjaya guru merupakan suatu profesion berdasarkan
ciri-ciri dalam kerjaya guru yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman.
Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama pada
zahirnya, tetapi berlainan pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk
diketahui dan difahami. Pertama konsep perguruan dan kosep keguruan. menurut
Kamus Dewan (1989), konsep perguruan diertikan sebagai pengajaran, misalnya
kepada guru pelatih, pelajar dan sebagainya. Konsep keguruan adalah perkara yang
berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya. Kemudian,
konsep profesion keguruan dan konsep profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan
(1989) juga, konsep profesion keguruan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan
peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Manakala, konsep profesion
perguruan adalah pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tnggi dan
latihan khas.
Dalam konteks keguruan, guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri
kemahiran professional guru iaitu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Ciri
seterusnya, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Ciri
ketiga, ialah terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid.
Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan
positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan
berdasarkan perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah
memartabatkan profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan
profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan
guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang
tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion
keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti
menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan cara memperketat syarat dan
kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian
Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian
bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti pendidikan di universiti.
Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dan cara pembawaan,
pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal perasaan dan
keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi temuduga
dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu yangmempunyai
kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan baik,
perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup tidak dapat dikesan. Tindakan
tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru tidak memilih opsyen
perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.
Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah
memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah
permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain
yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah
pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai
satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses
mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan
hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada
pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting
dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas
dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak
mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar,
teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan,
pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk
dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang
Muhyiddin, beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan profesion
keguruan ialah program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya menjelang
2015, kita akan mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus
di sekolah menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM (Kementerian Pelajaran
Malaysia) telah mengadakan pelbagai program pensiswazahan. Antara program
pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM adalah Program Khas Pensiswazahan
Guru (PKPG). Program ini memsiswazahkan guru-guru sekolah menengah dan
merupakan program khas KPM yang telah dimulakan pada tahun 1999. Program ini
melibatkan kerjasama antara IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dengan IPG (Institut
Pendidikan Guru). Namun begitu, PKPG telah ditamatkan ambilannya pada tahun 2006
setelah Keputusan Jemaah menteri yang berkaitan Memorandum Bersama Kementerian
Pelajaran Malaysia memutuskan ambilan terakhir pelatih seramai 1500 orang dalam
PKPG penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Kedua,
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Program ini khsusus ditawarkan kepada
guru-guru sekolah rendah untuk memberikan peluang kepada mereka menyambung
pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). Program ini bermula
dengan ambilan November 2008. Program yang menggunakan mod Kursus Dalam Cuti
(KDC) adalah tempoh pengajiannya selama 4 tahun. Hal ini bermakna, guru-guru yang
mengikuti program PGSR akan mengikuti pengajian hanya pada waktu cuti sekolah dan
pada hari-hari lain mereka meneruskan kerjaya mengajar seperti biasa. Seterusnya
Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dilaksanakan oleh Institut
Aminuddin Baki dalam memastikan bahawa Guru Besar di sekolah memiliki ijazah.
Program yang dijalankan secara kolaborasi dengan Inuversiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim ini merupakan program pengajian selama 3 tahun.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan profesion
keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan untuk
perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati sektor perkhidmatan yang
lain. Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran Berprestasi Tinggi bagi
menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah
Berprestasi Tinggi. Begitu juga keputusan kerajaan mewujudkan jawatan Guru Wibawa
dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertingi dalam perkhidmatan awam.
Semua ini sepatutnya boleh dilihat sebagai isyarat jelas betapa kerajaan amat serius
dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.
Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem
pendidikan negara, diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sistem
ini adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam
sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai
Piawai Pendidikan Kebangsaan (sekolah), (Noriati et al, 2010). Antara tujuan SKPM
adalah satu inisiatif yang memberikan fokus kepada pemantapan profesionalisme
tenaga pendidik di sekolah yang dapat meningkatkan standard kualiti pendidikan di
sekolah dapat dilaksanakan. Seterusnya ia sebagai satu nilai tara atau sukatan tahap
kecemerlangan pada sekolah dapat dilakukan. Sistem ini juga bertujuan supaya
peningkatan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah yang bermatlamat
akhirnya ialah peningkatan tahap pencapaian murid.
Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang
yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi
keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat
kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik taraf
maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang
selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah
berubah apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah
rendah.
Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan
yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap
aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya
sanagat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang
cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat
merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan
cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang
cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara
keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung
kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.
Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat
membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai
telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru. Guru yang
profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut
mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri
murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru
tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru
berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan.
Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat
penyayang akan memberi impak yang baik.
Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada
masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam
sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa
perubahan dalam masyarakat dan sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu
pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti
terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan
pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat
dalam kehidupan harian mereka.
Etika Profesion Keguruan yang dimaksudkan seperti satu sistem dasar akhlak,
adat tingkak laku atau kesusilaan (Dewan Bahasan & Pusaka, 1995), Prinsip moral
(Kamaus Oxford, 1994) , dan dari persepktif islam , etika merujuk kepada tingkah laku
betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Semua garis panduan yang
bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dab displin dalam perkhidmatan
dengan member penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan
dan peradapan, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.Kod Etika
merupakan suatu sistem yang menjelaskan tindakan-tindakan berkaitan dengan betul
yang perlu dasar akhlak dan diikuti dan tindakan- tingkah laku bagi tindakan salah yang
sesuatu kumpulan perlu dihindari oleh manusia atau individu-individu organisasi dalam
sesuatu profesion. Meliputi aspek- aspek moral yang baik dan yang buruk. Bertujuan
untuk mengekalkan integriti moral dan memberi garis sesuatu panduan kepada
profesion ahli-ahli berkenaan.
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti; di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangungjawab terhadap sesuatu.Menurut
Tan Sri Ahmad Sarji , koncep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan
jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang
berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.Akaunbiliti juga adalah
mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima
kebertanggungjawapan terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran megikut kaedah dan teknik yang berkesan.Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
lain.Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-
pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, factor jasmani, emosi, mental, politik, sosial
dan perkara-perkara lain.Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di
bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya
guru sekali-sekala perlu member hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan
mereka berminat terhadap proses pembelajaran.Memberi contoh telanda yang baik
dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas
harus juga diamalkan supaya murid memperolehi model yang baik.Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang dihormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian
perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci, dipandang
kesedihan dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya.
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.Emosi hendaklah dikawal oleh
guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang keteganan jiwa yang boleh
mengganggu tugasnya.Sebagai seorng guru hendaklah bijak menguruskan kewangan
dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.Ini adalah kerana
jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran
yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah.Guru juga
digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap
peristiwa di sekeliling melalui media masa atau elekronik supaya mudah memberikan
imput yang berguna terhadap profesionnya.Guru juga boleh melibatkan diri dalam
sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat
dari segi mental dan fizikal. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu,
guru juga bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran
sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti
terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar,
guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti guru displin, kaunselor,
setiausaha peperiksaan, setiausaha PIBG, panita mata pelajaran dan jawatan-jawatan
lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang guru, beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan
cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara. Guru hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan
masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas
dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan
persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah
bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti social bagi mewujudkan
suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab
terhadap masyarakat dan Negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri
setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan
dan agama . Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru
tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sabagai ahli masyarakat. Guru juga
perlu menggalakkan kerjasama antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta
mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini
kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti
atau tanggunjawab seorang guru merangkumi akauntabiliti terhadap sekolah, diri
sendiri, murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatan sekiranya guru itu
benar-benar menjalankan tanggungjawapnya sebagai seorang pendidik dengan
berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti
seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu
guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh
dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran
kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap amanah yang diberikan.
Tugasan Individu (Tugasan 2)
Anda dikehendaki meneliti artikel daripada jurnal yang berkaitan dengan factor guru
merupakan penyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi sekolah. Sediakan
rumusan dendan memberikan justifikasi dan contoh yang sesuai berasaskan
pengalaman anda: Sila lampirkan bersama artikel yang berkaitan.
Pengetua teraju kecemerlangan sekolahOleh TAN SRI ALIMUDDIN MOHD [email protected] ialah bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengetua merupakan orang penting yang boleh mencorakkan pencapaian cemerlang sesebuah sekolah melalui keterampilan, dedikasi dan keperibadian yang ada pada dirinya.
Ilmu kepengetuaan pula ialah memiliki kemahiran mentadbir dan mengurus, kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan lain-lain kemahiran yang boleh membantu mempercepatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan sekolah.
Demikianlah antara intisari ucapan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia kali ke-50 di Subang Jaya, Selangor, Jun lalu.
Persidangan tersebut dianjurkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah dengan tema 'Kepimpinan Holistik Menjana Transformasi Pendidikan Negara'.
Bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, transformasi dalam bidang pendidikan perlu dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal insan yang holistik yang mampu mengharungi segala cabaran sama ada di peringkat domestik atau global.
Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan negara. Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan itu, peranan kepimpinan pengetua sering dijadikan fokus utama.
Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial, fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan.
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang signifikan.
Kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan atau cemerlang.
Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh pengetua, antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan.
Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah mempunyai perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga sekolah.
Sebahagian daripada pengetua yang hadir pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah
Malaysia ke-50 Tahun 2011 di Subang Jaya, Selangor, Jun lalu.
Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelan dan garis panduan tertentu untuk dilaksanakan oleh semua sekolah.
Justeru pengetua mestilah berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-dasar yang telah disediakan, keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran tertentu yang dimiliki oleh pengetua berkenaan.
Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa.
Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas dengan lancar. Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya kepimpinan akan dapat mempengaruhi orang bawahannya supaya bekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan akan dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru merupakan aset penting kepada sekolah.
Dengan memberikan 'empowerment' dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan yakin dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan.
Pengetua yang berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu diadakan secara berterusan.
Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar dengan pihak-pihak di luar sekolah terutama dengan ibu bapa.
Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran masa depan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3AosQv6nv © Utusan Melayu (M) Bhd
Tugasan 2 : Ulasan Artikel
Pendahuluan, seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju
organisasi yang berkesan. Ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke
arah lebih baik atau lebih hebat.dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang
berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi.
Pemimpin atau peneraju dan merupakan orang yang akan menentukan halatuju
organisasi dan kaitangan. Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan di sekolah
mempunyai perkaitan dan pengaruh yang kuat ke atas kualiti produk (guru-guru dan
kakitangan serta pelajar). Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya
berusaha mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah proses
mempengaruhi kelompok, mengarah aktiviti mencapai matlamat yang sama.
Kepimpinan tidak boleh lari dari pengaruh mempengaruhi pemimpin dan orang yang
dipimpin. Pemimpin penting dalam pembentukan dan hala tuju organisasi. Kepimpinan
berlaku apabila seorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk
berusaha kearah pencapaian sesuatu objektif organisasi.
Artikel ini berperanan guru sebagai pemimpin pengajaran dalam mempengaruhi
sesebuah organisasi sekolah. Artikel berkaitan peranan dan kepimpinan Guru-guru dan
Pengetua di sekolah. Kejayaan ini adalah satu unit daripada systemic change yang
melanda yang akan mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah.
Perbezaan dalam pencapaian pelajar dalam sekolah juga dipengaruhi oleh perbezaan
yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah
sekolah.
Artikel ini membincangkan ketidaktepatan persepsi guru mengenai kepimpinan
bilik darjah. Guru beranggapan bahawa kepimpinan hanya terletak di bahu Guru Besar,
sedangkan gurulah sebenarnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran manakala
pentadbir sebagai penyelaras sahaja. Guru tidak mengutamakan kepimpinan bilik
darjah, hanya mengutamakan pengurusan bilik darjah sahaja, iaitu pengurusan
pengajaran dan pembelajaran dan sedikit pengurusan kelas dalam hal-hal berkaitan
kebersihan dan disiplin bilik darjah. Hal ini mengatakan perkara ini mungkin disebabkan
oleh program latihan guru lebih berfokus dan menekankan kepada amalan didalam
pengurusan bilik darjah.
Banyak contoh tentang maksud kepimpinan mengikut orientalis dan pemikir barat
juga disertakan. Pentadbir juga dilihat berperanan dalam memberi arahan, sumber dan
sokongan kepada guru dan pelajar bagi memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, secara tidak langsung menyerlahkan peranan guru sebagai pemimpin
pengajaran. Seterusnya kepimpinan itu sendiri mempunyai hubungan secara langsung
dengan proses-proses pengajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum saling
berinteraksi. Kepimpinan pengajaran guru inilah akhirnya bertindak sebagai pemangkin
pembelajaran pelajar-pelajar.
Contoh-contoh kesan wujudnya kepimpinan guru dalam kejayaan sesebuah sekolah
juga dijelaskan di dalam artikel ini, antaranya ialah :
1 melahirkan modal insan yang holistik .
2. kemahiran intelek, sosial, fizikal dan
3. berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan.
Penurunan kuasa (empowerment) kepada pelajar juga adalah kesan kepimpinan
berkesan di dalam bilik darjah. Dikatakan bahawa kepimpinan berkesan akan
mewujudkan dua jenis pemimpin dalam bilik darjah iaitu ;
1. Guru kelas atau guru subjek,
2. Pelajar yang diberi kuasa memimpin di dalam kelas tersebut.
Di samping kemahiran yang dijelaskan di atas, saya turut menyelitkan pandangan
Shippen & Shippen (2004), tentang lima ciri kepimpinan berkesan seorang guru :
1. Boleh membentuk dan menyampaikan visi di bilik darjah,
2. Boleh memimpin, fleksibel dan bersikap terbuka terhadap pelajarnya
3. Boleh memimpin dan menjadi teladan pelajarnya,
4. Bijak membuat keputusan tanpa menjejaskan dasar sekolah,dan
5. Tidak pentingkan diri sendiri tetapi mementingkan pelajarnya,
Faktor-faktor yang mempengaruhi dalam bilik darjah juga diterangkan di dalam artikel
ini, bagaimana bilik darjah yang efektif itu sendiri seperti suasana harmoni, hubungan
interpersonal antara guru-pelajar, keselamatan yang terjamin, keselesaan (kemudahan
fizikal) serta kebersihan bilik darjah apabila diadun dengan agenda bilik darjah iaitu
pematuhan kepada hak setiap anggota atau ahli, kebertanggungjawaban ahli, mematuhi
peraturan dan rutin harian akan dapat mencapai kepimpinan bilik darjah yang berkesan.
Selain itu, dari pandangan yang amat menarik tentang konsep kepimpinan guru
dan pengaruhnya kepada iklim bilik darjah. Isu yang dibincangkan sangat menyeluruh
dan pelbagai aspek telah disentuh dan dibincangkan dengan baik dan berkesan. Ia jelas
membincangkan tentang bilik darjah sebagai satu entiti kecil di sekolah yang
sebenarnya merupakan penyebab berjaya atau tidaknya sekolah tersebut dalam
mencapai matlamat dan dasar yang ditentukan (visi dan misi). Kegagalan pelajar di bilik
darjah amnya dan kegagalan guru sebagai agen kepimpinan khasnya akan
mempengaruhi pencapaian atau kejayaan sekolah sebagai satu organisasi. Jelas disini
bahawa guru juga berperanan sebagai pentadbir dan pengurus di sekolah.
Tidak keterlaluan jika saya melabel guru sebagai ‘model hidup’ dimana tingkah
laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai –nilai murni yang ditonjolkan oleh
guru di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.
Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang besar bagi mewujudkan suasana kelas \
yang kondusif bukan sahaja untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan kepada pelajar, juga sebagai platform bagi pelajar untuk
‘mendewasakan’ diri mereka secara fizikal dan mental. Sikap positif dan berekspektasi
tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa kepada kecemerlangan
pelajar. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan kerjasama,
berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu membimbing pelajar ke arah nilai positif.
Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan islam.
Menurut perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin
pula ialah orang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat
keredhaan Allah, membuat segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan
dan kepatuhan kepada agama. Tidak kiralah sama ada guru tersebut beragama Islam,
Kristian, Hindu ataupun Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka
mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada
kepercayaan kepada agama ini lah yang akan mencernakan peribadi terpuji selaras
dengan tuntutan agama. Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya
memberi kekuatan jati diri kepada para guru yakni pemimpin di dalam memimpin
sesebuah organisasi terutamanya memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah.
Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin
yang berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah
melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga
adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk pelajar ke arah
merealisasikannya dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Guru sebagai pengajar
perlu berusaha untuk memahamkan pelajar berkaitan konsep dengan mudah,
sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai
individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para pelajar.
Justeru, guru perlulah melonjakkan kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan boleh
menyesuaikan diri dengan keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan
yang sesuai. Contohnya, dalam zaman globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-
rata pelajar terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK). Maka, sebagai guru, kita perlu lah mengambil langkah yang
lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring dengan
perkembangan budaya dan persekitaran pelajar.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan
kesungguhan guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi
sekolah. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan profesionalisme
keguruan malah turut menjulang kepimpinan guru. Seorang guru yang berkarisma
dalam memimpin sesuatu organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan
dalam diri rakan sejawatannya dan seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel
untuk sebarang bentuk kerjasama antara mereka. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu,
sekolah yang berjaya dan berkesan biasanya dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru
dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam kalangan
komuniti tersebut.
Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih luas
dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan kepimpinan yang
berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak
sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang
menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial pelajar. Guru yang berwibawa
memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan
formal kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dan guru yang tidak hanya
terbatas di atas meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang kolaborasi yang lebih
dinamik serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru dalam aspek
pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka.
Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang sedang
mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada
cuma persinggahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik pengemudiaanya maka
penumpang (pelajar) akan dapat berlabuh dengan selamat. Ibu bapa pula adalah
bebaling yang menyokong dan memastikan kapal sampai ke destinasi yang hendak
dituju sepertimana diharapkan. Analogi ini memberikan gambaran akan betapa
pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan insan
dalam melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. Kepimpinan pendidikan di
peringkat sekolah melibatkan satu set proses pengaruh yang kompleks dan aktiviti-
aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui
perubahan secara sukarela. Oleh itu, pengurus sekolah perlu bersikap proaktif dan
memberi keutamaan yang khusus dalam memastikan kemenjadian guru sebagai
pemimpin instruksional yang berkesan di bilik darjah bagi menjamin kemenjadian pelajar
yang selanjutnya akan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.
BIBLIOGRAFI
Buku Dirujuk:-
1. Dewan Bahasan & Pusaka, 1995 3. Lieberman ,19564. Mok Soon Sang, 19965. Prinsip moral Kamaus Oxford, 19946. Shippen & Shippen ,2004
Internet:
1. www.utusan.com.my/utusan2. www.pendidikan.islam.com
Recommended