HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2014
Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada 17 dan 18
November 2014 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof,
Menteri Kerja Raya Malaysia yang mana beliau diwakili oleh Tuan Haji Sarani Bin
Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya
Malaysia. JKR Negeri Kedah berjaya menjadi tuan rumah bagi Hari Inovasi JKR
Malaysia 2014 dimana program kali ini memberi kelainan dari segi pengisian dan
kehadiran tetamu yang hadir.
Program yang bertemakan " INOVASI PENCETUS TRANSFORMASI " dihadiri
seramai 680 pegawai JKR dari seluruh Malaysia. Majlis ini juga turut disokong
dengan kehadiran Rakan Strategik JKR daripada Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Agensi
Inovasi Malaysia (AIM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYiPO) dan
GENOVASI.
Signifikan dengan program ini pengiktirafan telah diberikan kepada pegawai JKR
dan kontraktor yang telah memberi sumbangan berdasarkan kategori yang
dipertandingkan iaitu Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Bangunan) 2014,
Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Jalan) 2014 dan Anugerah Inovasi Terbaik
JKR 2014.
Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Bangunan) 2014
Pemenang Anugerah
Jabatan Kerja Raya menerusi
Anugerah Pengurusan Fasiliti
Terbaik (Bangunan) 2014
memberi pengiktirafan kepada
kontraktor pengurusan fasiliti
yang berjaya melaksanakan kerja
dengan prestasi cemerlang dan
berkualiti. Anugerah ini secara
tidak langsung menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan kontraktor
pengurusan fasiliti di seluruh Malaysia.
Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Bangunan) 2014, dimenangi oleh syarikat
Widad Builders Sdn. Bhd. untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral
di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor. Naib johan pula adalah syarikat Stagno Tech
(M) Sdn. Bhd untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Secara Komprehensif, Operasi &
Penyelenggaraan Bagi Kerja–Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik, Awam dan
Lain–Lain di Pejabat Kerajaan Kompleks D, Putrajaya.
Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Jalan) 2014
Adalah menjadi tanggungjawab JKR untuk memastikan keadaan jalan sentiasa
selamat dan selesa untuk pengguna jalanraya. Oleh yang demikian, jabatan
berbesar hati memberi anugerah kepada pejabat JKR yang cemerlang dalam
mengurus penyenggaraan jalan. Penganugerahan ini secara tidak langsung
memberi galakan kepada kakitangan jabatan untuk mengamalkan budaya kerja
cemerlang serta persaingan yang sihat di antara pejabat JKR. Selain itu ia
memupuk berfikiran kritis dan konstruktif dalam memunaikan tanggungjawab
yang telah diamanahkan. Anugerah Pengurusan Fasiliti Terbaik (Jalan) 2014
dimenangi JKR Negeri Perlis. Manakala naib johan dimenangi oleh JKR Daerah
Barat Daya, Pulau Pinang dan tempat ketiga jatuh kepada JKR Daerah Tampin,
Negeri Sembilan.
JKR Negeri Perlis berjaya muncul sebagai Juara Keseluruhan Anugerah
Pengurusan Fasiliti Terbaik 2014 dengan membawa pulang Piala Pusingan
Anugerah Inovasi Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bisnes.
Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2014
Selain itu Jabatan turut memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada
Cawangan/Negeri/Daerah/Unit Khas atau kumpulan/individu yang berjaya
memperkenalkan sesuatu inovasi kepada jabatan. Disamping mencungkil bakat
terpendam, pengiktirafan ini dapat menyemarakkan pembudayaan berfikiran
kreatif dan inovatif dikalangan pegawai dalam mencipta sesuatu yang baru serta
unik. Pengiktirafan ini juga menjadi inspirasi kepada pegawai JKR yang lain untuk
sama- sama turut memperkasa inovasi dalam jabatan.
Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2014, dimenangi oleh JKR Daerah Seberang Perai
Utara, Pulau Pinang dengan produk inovasi ‘ GREEM ’ – Kemudahan
Penyelenggaraan ‘Scupper Drain’.
Sebagai perangsang atas usaha yang telah dicurahkan, Anugerah Inovasi Harapan
dianugerahkan kepada Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Pahang
dengan penghasilan produk inovasi ‘Lightning Theft Detector’.
JKR Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang muncul sebagai Juara
Keseluruhan Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2014 dengan membawa pulang Piala
Pusingan Anugerah Inovasi Ketua Pengarah Kerja Raya.
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi
tahun 2014 diadakan pada hari yang sama. KIK merupakan platform kepada
pegawai JKR untuk
mempersembahkan hasil
usaha mereka dalam
menyelesaikan sebarang isu
berkaitan pelaksanaan tugas
seharian serta bertindak
secara kreatif dan inovatif
bagi menghasilkan sesuatu
produk yang baru melalui
kemahiran berfikir.
KIK juga secara tidak langsung dapat memupuk dan menyemarakkan budaya
kreatif dan inovatif dalam pelaksanakan cara kerja yang dilaksanakan. Ia bakal
menyumbang kepada
peningkatan kualiti dalam
penyampaian perkhidmatan
kepada pelanggan dan
sekaligus mampu
melonjakkan prestasi jabatan
seiring dengan pembangunan
negara yang pesat.
Kumpulan Vortex, JKR Jajahan Tumpat.
Juara Keseluruhan Piala Pusingan Anugerah Inovasi
Ketua Pengarah Kerja Raya.
Kumpulan Sinar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik,
JKR Negeri Pahang.
Anugerah KIK JKR Malaysia 2014 di bahagi kepada dua kategori iaitu Kategori
Teknikal dan Kategori
Pengurusan. Sebanyak 10
kumpulan telah bertanding
dimana 5 Kumpulan bagi
Kategori Pengurusan dan 5
Kumpulan bagi Kategori
Teknikal.
Johan Anugerah Konvensyen
KIK JKR Malaysia 2014 bagi
kategori teknikal telah
dimenangi oleh Kumpulan
Vortex dari JKR Jajahan
Tumpat, Kelantan dengan
tajuk ‘Papan Tanda Boleh
Anjal (Flexible)’. Naib Johan
pula disandang oleh
Kumpulan Sinar dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Pahang dengan
tajuk ‘Kesukaran Mengatasi Kecurian Pita Kuprum Sistem Penangkap Kilat Pada
Bangunan’. Manakala, tempat Ketiga jatuh kepada Kumpulan Jitu Design dari JKR
Daerah Dungun, Terengganu dengan tajuk ‘Kelemahan Perabot Jalan Di Kawasan
Merbahaya’.
Kumpulan Jitu Design,
JKR Daerah Dungun, Terengganu.
Kumpulan Prisma, Cawangan Kejuruteraan Elektrik,
JKR Negeri Kedah.
Anugerah Konvensyen KIK JKR
Malaysia 2014 bagi kategori
Pengurusan, dimenangi oleh
Kumpulan Prisma dari
Cawangan Kejuruteraan
Elektrik, JKR Negeri Kedah
dengan tajuk ‘Pengurusan
Sistem Maklumat Aduan Yang
Kurang Efisien’. Naib Johan
dimenangi Kumpulan K- Team daripada JKR Daerah Kerian, Perak dengan tajuk
’Pencarian Rekod Kontraktor Kurang Berkesan’.
Tempat ketiga dimenangi Kumpulan G4A dari Bahagian Darat, Cawangan
Pangkalan Udara dan
Maritim dengan tajuk
'Minutes Meeting Online’.
Kumpulan Vortex dari JKR
Jajahan Tumpat, Kelantan
telah muncul sebagai Juara
Keseluruhan Piala Pusingan
Anugerah Inovasi Ketua
Pengarah Kerja Raya.
Kumpulan K-Team,
JKR Daerah Kerian, Perak.
Kumpulan G4A, Bahagian Darat,
Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim.
Ceramah Inovasi
Jabatan mengambil serius dalam konteks memperkukuhkan tahap intelektual dan
pembudayaan ilmu sesebuah organisasi. Sebagai langkah jabatan untuk
mentransformasi minda
dalam memperbagaikan
dimensi inovasi yang bakal
dihasilkan oleh setiap
pegawai JKR. Program
diselitkan dengan Ceramah
Inovasi bertajuk ’Inovasi
dalam Sektor Awam -
Pencapaian dan Impak’ yang
telah disampaikan oleh Encik
Naser bin Jaafar dari Agensi Inovasi Malaysia. Kehadiran penceramah jemputan
sedikit sebanyak memberi impak positif kepada pegawai JKR dalam
menjanakan idea kreatif dan inovatif sejajar mewujudkan inovasi sebagai
amalan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Ceramah Inovasi
Pameran Inovasi & Industri
Didalam program yang sama Pameran Inovasi dan Industri turut diadakan dimana
ia merupakan platform untuk membawa terus pengunjung dalam menjiwai
inovasi yang telah dilaksanakan oleh pegawai JKR dan industri luar sejajar konteks
memperkayakan inovasi jabatan. Pameran Inovasi dan Industri ini dirasmikan oleh
Timbalan Ketua Setiausaha
(Pengurusan) Kementerian
Kerja Raya Malaysia,
Tuan Haji Sarani Bin Dollah
mewakili YB Datuk Seri Haji
Fadillah bin Haji Yusof,
Menteri Kerja Raya Malaysia.
Pameran bertujuan memberi
pendedahan kepada semua
peserta berkaitan produk-
produk inovasi yang telah dihasilkan oleh pegawai JKR dan juga industri luar.
Pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri produk-produk inovasi yang telah
dihasilkan oleh pegawai JKR, di mana kesemua 28 produk tersebut telah
dipertandingkan di dalam dan luar negara. Selain itu pengunjung juga berpeluang
untuk menambahkan pengetahuan dengan melawat pameran Industri yang
disertai oleh 21 syarikat luar.
Pameran yang diadakan berjaya memberi impak yang luar biasa di mana
pengunjung dapat melihat sendiri demontrasi berkaitan produk inovasi ,
perekacipta berpeluang memberi tujuk ajar berkaitan penggunaan produk dan
memberi khidmat nasihat berkaitan pemakaian produk tersebut. Testimoni
penggunaan produk dapat disampaikan melalui one to one communication.
Perasmian Pameran Inovasi & Industri.
Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil 4/2014, Mesyuarat Jurutera
Daerah Bil 4/2014 dan Mesyuarat wakil Kader 2014
Bersempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2014, beberapa mesyuarat telah
dilaksanakan iaitu Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil 4/2014, Mesyuarat
Jurutera Daerah Bil 4/2014 dan Mesyuarat Wakil Kader 2014.
Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia melibatkan seramai 60 pegawai yang terdiri
daripada pihak Pengurusan Atasan JKR, Pengarah Cawangan dan Pengarah
Negeri. Mesyuarat tahunan ini dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun.
Manakala Mesyuarat Jurutera Daerah melibatkan seramai 78 pegawai yang terdiri
daripada Jurutera Daerah dari setiap negeri. Mesyuarat tahunan juga
dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun.
Mesyuarat Jurutera Daerah
Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia
Mesyuarat Wakil Kader 2014 pula melibatkan seramai 60 pegawai yang terdiri
daripada wakil-wakil kader yang ditempatkan di kementerian dan juga agensi.
Selain itu mesyuarat ini juga dihadiri oleh ketua disiplin dari bidang masing-
masing. Mesyuarat tahunan ini dilaksanakan sebanyak sekali setahun.
Pelaksanaan mesyuarat-mesyuarat tersebut bersekali dengan Hari Inovasi JKR
Malaysia 2014 memberi ruang dan peluang kepada pegawai-pegawai profesional
untuk hadir ke Hari Inovasi JKR Malaysia 2014. Selain dapat memberi dorongan,
penghargaan dan pengiktirafan kepada kumpulan-kumpulan KIK yang bertanding,
pegawai professional ini juga merupakan medan yang terbaik untuk menerapkan
inovasi di pejabat masing-masing.
Penutup
Program seperti ini perlu diteruskan sebagai satu medan sumber inspirasi untuk
melahirkan lebih ramai warga JKR yang kreatif dan inovatif disamping memberi
ruang dan peluang kepada para perekacipta untuk mengkomersilkan produk
inovasi yang telah dihasilkan.
Urusetia Hari Inovasi 2014 mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan
syabas kepada para pemenang dan peserta-peserta yang terlibat. Sekalung
penghargaan dan terima kasih juga kepada semua yang telah bertungkus-lumus
dalam menjayakan program ini.
Rujukan sumber maklumat: www.jkr.gov.my
Mesyuarat Wakil Kader