Assignment Cover PageFaculty of Allied Health Sciences
STUDENT INFORMATION:
STUDENT NO. 201411040053NAME JAIDE BIN MASRIN
PHONE NO. 0148618216
Instructions for submission are found in the unit description. Assignments with Cover Page not signed at the bottom will be returned unmarked and may then incur a penalty for late submission.
ASSESSMENT INFORMATION:
SUBJECT NAMEHazardous Waste Management
SUBJECT CODEBNEH 3182
ASSIGNMENTDETAILS (title) Assignment 1 ( Individual )
LECTURER /TUTOR’S NAME Ir. Dr. Aminuddin Mohd. Baki CAMPUS /
PROVIDER
Fakulti Kejururawatan & Sains Kesihatan
DUE DATE12.2.2016
SUBMITTED ON12.02.2016
PLAGIARISM:The Faculty of Allied Health Sciences and the University regards as a very serious matter the action of a student who acts dishonestly or improperly, including plagiarism or cheating, in connection with his or her academic work. Plagiarism may take many forms including:
Direct copying of sentences, paragraphs or other extracts from someone else’s published work (including on the Internet and in software) without acknowledging the source;
Paraphrasing someone else’s words without acknowledging the source; Using facts, information, ideas, concepts or diagrams derived from a source without acknowledging them; Producing assignments which should be the student’s own independent work, in unauthorised collaboration with and /
or using the work of other people (e.g. a student or tutor, or working in pairs or groups and producing similar assignments on individual assignment tasks;
Not referencing accurately (e.g. not citing correctly the work you have actually read).
OTHER UNACCEPTABLE BEHAVIOUR: Stealing and later using other students’ work (e.g. taking discs, picking up other’s marked assignments). Recycling your own work / assignments or ‘double dipping’ (e.g. re-submitting whole or significant parts of assignments
across units, access years or across courses). Assisting plagiarism – which may involve a student lending work (or by positioning it on the Internet for sales) which is
intended for submission for assessment, or which has already been submitted, so that it can be copied in part or whole and handed in by another student as that student’s own work. Students are warned against making assignments etc., available to others, as they then could be regarded as a contributor to plagiarism and may be penalised as if they themselves had committed an act of plagiarism.
Student’s StatementI have read and understood the information provided on this assignment cover page, relating to plagiarism and other unacceptable behaviour and therefore declare that the attached work is entirely my own, except where work quoted is duly acknowledged in the text, and that this work has not been submitted for assessment in any other unit or course.
Signature JAIDE BIN MASRIN Date 12.02.2016
Faculty of Allied Health Sciences (FOAHS)
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
CHAPTER TITLE PAGE
SOALAN ASSIGNMENT 1 3
PEMILIHAN TEMPAT KAJIAN 3
1. PENDAHULUAN 4 - 5
2. METADOLOGI 5
3. PENGURUSAN SISA KLINIKAL 5 - 10
4. PENUTUP 10
RUJUKAN 11
LAMPIRAN 12 - 17
Page 2 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
SOALAN ASSIGNMENT 1
Students are to select an area ( either a factory/university/factory/hospital or any facility which
generates hazardous wastes ). Describe the hazardous waste generated from this area you
have selected, and explain clearly the method of handling, storage and transportation of the
hazardous waste.
You are not allowed to have overlapping area with your classmate. Marks will be deducted
should there be any overlapping of areas. Submit the assignment in a report format with
proper referencing.
PEMILIHAN TEMPAT KAJIAN
Untuk tujuan tugasan ini, Klinik Pergigian Daerah Pitas, Sabah telah dipilih kerana premis ini
menghasilkan sisa merbahaya iaitu sisa klinikal yang memerlukan kaedah-kaedah dan
proses-proses pengurusan dalam aspek seperti pengendalian, penyimpanan dan
pengangkutan sisa merbahaya supaya mematuhi peraturan bagi pengurusan sisa klinikal
atau perubatan yang telah diperkenalkan pada tahun 1993 iaitu Dasar Pengurusan Sisa
Hospital; Garis Panduan Bagi Pengurusan Sisa Klinikal Dan Yang Berkaitan di Hospital Dan
Pusat Jagaan Kesihatan, Pelan Tindakan Bagi Pengurusan Sisa Di Hospital Dan Pusat
Jagaan Kesihatan.
Page 3 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
1.0 PENDAHULUAN
Selaras dengan pertambahan penduduk dan masalah kesihatan yang pelbagai, semakin
banyak hospital dan pusat kesihatan yang telah didirikan bagi memenuhi dan menampung
bilangan pesakit yang memerlukan rawatan di Malaysia. Dalam usaha untuk mengurangkan
masalah kesihatan serta risiko penyakit terhadap masyarakat, aktiviti pembukaan kemudahan
kesihatan yang baru turut menghasilkan sisa merbahaya yang mana menjadi ancaman
kepada kesihatan dan keselamatan masyarakat umum dan juga terhadap alam sekeliling jika
tidak dikendalikan dengan sempurna.
Merujuk kepada ‘Guidelines For The Management of Clinical And Related Wastes in Hospital
And Health Care Establishment 1993’, sisa klinikal ditakrifkan sebagai :-
a) Sebarang sisa yang terdiri daripada keseluruhan atau sebahagian tisu manusia atau
binatang, darah atau cecair badan, rembesan, dadah atau lain-lain produk farmaseutikal,
kapas, pencucian, jarum suntikan, jarum atau lain-lain alat tajam yang mungkin menjadi
bahaya kepada sesiapa yang bersentuhan dengannya.
b) Sebarang sisa lain berpunca daripada perubatan, perawatan, pergigian, veterinar,
farmaseutikal atau yang bersamaan dengannya, penyiasatan, perawatan, penjagaan,
pengajaran dan penyelidikan atau pendermaan darah untuk tujuan pemindahan menjadi sisa
yang boleh menyebabkan jangkitan kepada sesiapa yang bersentuhan dengannya.
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Sisa
Terjadual ) 1989, mengklasifikasikan sisa klinikal sebagai sisa-sisa terjadual dan perlu
diuruskan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh semua premis-premis
pengeluar sisa klinikal. Sisa klinikal dianggap merbahaya kerana sifat semulajadinya iaitu :-
a) mengandungi agen jangkitan.
b) bersifat genotoksik iaitu menyebabkan DNA rosak atau bermutasi.
c) mengandungi bahan kimia atau toksik yang berbahaya.
d) bersifat radioaktif.
Page 4 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
e) terdiri daripada bahan yang tajam ( ‘sharp’ ).
Pengurusan sisa klinikal yang baik dan bersistematik dapat mengurangkan sebarang risiko
yang mengancam kepada keselamatan dan kesihatan manusia serta melindungi alam sekitar
daripada pencemaran.
2.0 METODOLOGI
2.1 Lawatan Tapak
Untuk melaksanakan tugasan ini, lawatan tapak telah dilakukan iaitu melibatkan Klinik
Pergigian Daerah Pitas serta Sedafiat ( M ) Sdn. Bhd. yang terletak di Hospital Pitas dan lain-
lain fasiliti dan infrastruktur yang terlibat dalam pengurusan sisa klinikal tersebut. Untuk
memudahkan pelaksanaan aktiviti lawatan ini, temu janji dan kebenaran telah diperolehi
daripada pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam pengurusan sisa klinikal
dari kedua-dua fasiliti tersebut.
2.2 Temu Bual
Semasa lawatan tapak dilakukan, temu bual dengan kakitangan yang bertanggungjawab
langsung dalam pengurusan sisa klinikal turut dijalankan. Temu bual tersebut adalah
merupakan temu bual untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan
pengurusan sisa klinikal di kedua-dua fasiliti. Pemerhatian yang teliti keatas prosedur-
prosedur sewaktu pengendalian sisa klinikal berbanding dengan prosedur-prosedur standard
yang sedia ada turut diberikan tumpuan dan perbandingan.
3.0 PENGURUSAN SISA KLINIKAL
Terdapat dua pihak yang terlibat bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sisa
klinikal di tempat kajian iaitu Klinik Pergigian Pitas dan Sedafiat ( M ) Sdn. Bhd.. Sedafiat
( M ) Sdn. Bhd. adalah merupakan syarikat konsesi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia untuk menguruskan sisa klinikal untuk semua hospital dan pusat
kesihatan di Sabah.
Page 5 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
3.1 Latar Belakang Klinik Pergigian Pitas
Klinik Pergigian Pitas merupakan salah satu daripada komponen utama dalam Pejabat
Kesihatan Kawasan Kudat. Unit ini bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang
berkualiti dengan fokus utama keatas pembangunan kesihatan keluarga yang bermula
daripada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah
menengah.Selain daripada itu klinik ini juga menyediakan perkhidmatan kepada orang
dewasa dan membantu dalam pembedahan yang melibatkan bahagian muka di hospital.
Klinik Pergigian Pitas ditadbir oleh 3 seorang Pegawai Perubatan (Pergigian) dan dibantu
oleh 4 orang Jururawat Pergigian,4 orang Pembantu Pembedahan Pergigian dan 2 orang
Pembantu Perawatan Kesihatan serta seorang Pemandu Kenderaan. Klinik ini telah mula
beroperasi pada tahun 1995 dan berkongsi bangunan dengan Pejabat Kesihatan serta Klinik
Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak.
3.2 Proses-Proses Pengurusan Sisa Klinikal
Proses-proses pengurusan sisa klinikal di Klinik Pergigian Pitas dan di Sedafiat ( M ) Sdn.
Bhd. yang terletak di Hospital Pitas boleh dikategorikan kepada :-
a) Proses Mengenalpasti Dan Mengasingkan Sisa Klinikal.
Pengurusan sisa klinikal di klinik pergigian Pitas dikawal selia oleh seorang Jururawat
pergigian dan dibantu oleh dua seorang Pembantu Pembedahan pergigian. Kakitangan
tersebut akan bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan mengasingkan di antara sisa-sisa
klinikal dan sisa domestik dalam tong yang di khaskan. Bagi sisa klinikal selain dari jarum
suntikan, ia akan dibuang dalam tong kuning yang disaluti oleh beg plastik kuning. Bagi jarum
suntikan atau benda tajam pula akan dibuang ke dalam ‘sharp container’. Tugas ini penting
kerana jika ia tidak dilaksanakan akan menyebabkan pertambahan kuantiti sisa buangan dan
meningkatkan kos rawatan serta pertambahan beban tugas.
Berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Badan Kesihatan Sedunia ( WHO ), kategori
sisa klinikal di Malaysia boleh dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu :-
i) Sisa Klinikal Kumpulan A
Sisa klinikal Kumpulan A terdiri daripada sisa-sisa seperti :-
Page 6 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
1. Sisa-sisa seperti kapas dan plaster yang telah tercemar dengan darah dan cairan badan
yang digunakan dalam perkhidmatan kesihatan.
2. Peralatan yang digunakan untuk merawat penyakit berjangkit.
3. Sisa patologikal termasuklah tisu manusia, organ badan, anggota badan yang dipotong,
fetus manusia dan bangkai atau tisu haiwan dari makmal.
ii) Sisa Klinikal Kumpulan B
Sebarang peralatan yang digunakan dalam perkhidmatan kesihatan dan berpotensi
mengakibatkan kecederaan dan jangkitan adalah tergolong dalam sisa klinikal Kumpulan B.
Contoh peralatan ini ialah jarum suntikan yang telah digunakan, kaca yang pecah, peralatan
tajam dan alat-alat pembedahan.
iii) Sisa Klinikal Kumpulan C
Sisa klinikal Kumpulan C adalah sisa-sisa dari bilik makmal dan bilik Post-Mortem iaitu sisa
yang selain daripada sisa Kumpulan A. Contoh sisa kumpulan ini ialah spesimen patologikal,
spesimen hematologikal dan lain-lain lagi.
iv) Sisa Klinikal Kumpulan D
Sisa farmaseutikal dan sisa kimia tertentu tergolong dalam kumpulan ini. Contohnya ialah
dadah atau ubat yang telah tamat tarikh luputnya.
v) Sisa Klinikal Kumpulan E
Sisa yang tergolong dalam Kumpulan E ini adalah bahan-bahan atau peralatan yang
digunakan untuk membuang bahan-bahan perkumuhan dan apa-apa cecair yang dikeluarkan
oleh badan. Contohnya bekas simpanan air kencing dan tuala wanita yang telah digunakan.
b) Proses Pelabelan Dan Pembungkusan Sisa Klinikal
Page 7 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
Setelah proses mengenalpasti dan mengasingkan sisa klinikal selesai dilakukan maka proses
berikutnya ialah proses pelabelan dan pembungkusan sisa klinikal yang dijalankan oleh
kakitangan Klinik Pergigian Pitas sendiri. Setiap tong plastik dan dan beg plastik yang
digunakan adalah berdasarkan kepada satu standard, kod warna dan turut dilabelkan dengan
simbol ‘biohazard’ yang mana merupakan satu keperluan di bawah Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekitar ( Sisa Terjadual ) 1989, Third Schedule, ( Peraturan 8 ).
‘Biohazard’ adalah organisma atau bahan-bahan dari organisma yang mendatangkan
mudarat kepada kesihatan manusia. Ini termasuklah sisa klinikal, sampel dari mikro
organisma, virus atau toksin daripada sumber biologikal yang memudaratkan kesihatan
manusia dan termasuklah bahan-bahan yang memudaratkan kepada haiwan. Terma dan
simbol tersebut umumnya digunakan sebagai amaran supaya sesiapa yang berkemungkinan
terdedah kepadanya supaya mengambil langkah keselamatan.
Setiap sisa klinikal yang telah dikutip dan dibungkus akan diikat ( ‘seal’ ) dengan ‘one way
plastic seal’ serta dilabelkan. Kekerapan pengutipan dan pembungkusan akan ditentukan
sendiri oleh jururawat pergigian itu dan bergantung kepada jenis sisa dan jumlah sisa yang
dihasilkan. Manakala bagi ‘sharp container’ pula akan dikutip apabila ¾ penuh atau selepas 7
hari digunakan mengikut mana yang terdahulu. Tong kuning yang telah dikosongkan akan
dicuci dengan menggunakan air, sabun serta dinyah kuman ( disinfeksi ) dan seterusnya
disaluti dengan beg plastik kuning yang baru.
Jadual 3.1 Kod Warna Untuk Tujuan Pembungkusan
WARNA JENIS SISA
Hitam Sisa Domestik
Kuning Sisa klinikal yang akan dilupuskan menggunakan incinerator
Biru Muda Sisa klinikal dari penyakit merbahaya
c) Penstoran Dalaman ( ‘Internal Storage’ ) Sisa Klinikal
Page 8 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
Sisa-sisa klinikal yang telah dilabel dan dibungkus akan disimpan sementara dalam stor sisa
klinikal di klinik pergigian Pitas sebelum dihantar ke Stor Pusat yang dikendalikan oleh
Sedafiat ( M ) Sdn. Bhd. di Hospital Pitas. Pemerhatian di stor sisa klinikal klinik pergigian
pitas,tidak ada satu sistem penyimpanan sementara sisa klinik tersebut.sisa klinikal itu hanya
diletakan kedalam tong sisa klinikal sahaja.
d) Proses Pengangkutan Dalaman ( ‘Internal Transportation’ ) Sisa Klinikal
Proses pengangkutan dalaman iaitu pengangkutan sisa klinikal dari klinik pergigian Pitas ke
Sedafiat ( M ) Sdn. Bhd. yang terletak di Hospital Pitas diuruskan sendiri oleh kakitangan
Klinik pergigian Pitas. Syarikat konsesi tersebut hanya bertanggungjawab terhadap urusan
pelupusan sisa klinikal. Syarikat konsesi tersebut akan dibayar yuran berdasarkan jumlah
berat sisa klinikal yang diterima.
Pemerhatian mendapati jadual penghantaran sisa klinikal dari Klinik Pergigian Pitas ke
Hospital Pitas tidak ditetapkan dan ia bergantung kepada kuantiti sisa klinikal yang terkumpul
di tong sisa klinikal klinik pergigian Pitas. Pengangkutan sisa klinikal pula menggunakan
kenderaan klinik pacuan 4 roda tetapi ia tidak mematuhi peraturan sedia ada di mana
kenderaan yang digunakan tidak mempunyai lesen daripada Jabatan Alam Sekitar dan tiada
nota konsaimen.
Walaubagaimanapun, pemerhatian juga mendapati semua kakitangan Klinik Pergigian Pitas
yang terlibat ada dibekalkan dengan alat perlindungan diri seperti ‘head scarf’, ‘gloves’,
‘mask’ dan apron yang mencukupi serta telah mengikuti kursus dan latihan dalam
pengendalian sisa klinikal. Peralatan lain seperti tong beroda turut digunakan semasa proses
ini dilaksanakan untuk memudahkan kerja-kerja tersebut.
e) Proses Penstoran Berpusat Sisa Klinikal
Memandangkan sisa klinikal tidak dapat diangkut ke loji rawatan setiap hari, maka syarikat
konsesi iaitu Sedafiat ( M ) Sdn. Bhd. telah menyediakan stor pusat di dalam kawasan
Hospital Pitas untuk tujuan penstoran sisa klinikal yang diterima dari Klinik Pergigian Pitas
dan juga pihak Hospital Pitas sebelum diangkut ke loji rawatan yang terletak di Lok Kawi,
Page 9 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
Sabah. Stor pusat tersebut dilengkapkan dengan kemudahan alat penghawa dingin dengan
suhu dikekalkan antara 4^ c hingga 6^ c.
Kemudahan stor yang lengkap dan mematuhi garis panduan penstoran sisa klinikal adalah
penting memandangkan ianya berpotensi mendatangkan kesan mudarat keatas kesihatan
manusia dan pencemaran kepada alam sekitar.
f) Proses Pengangkutan Sisa Klinikal
Berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, sebarang sisa merbahaya termasuklah sisa
klinikal yang bergerak daripada premis pengeluar sisa tersebut ke loji rawatan hendaklah
menggunakan kenderaan yang mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam
Sekitar. Manakala segala maklumat berkaitan dengan sisa klinikal tersebut perlu
dimaklumkan juga kepada Jabatan Alam Sekitar melalui nota konsaimen. Pemeriksaan yang
telah dilakukan mendapati bahawa syarikat konsesi iaitu Sedafiat ( M ) Sdn. Bhd. telah
mematuhi garis panduan dan peraturan sewaktu proses pengangkutan sisa klinikal dari
Hospital Pitas ke loji rawatan yang terletak di Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Pengangkutan
sisa klinikal tersebut dijalankan mengikut jadual seminggu sekali iaitu pada setiap hari Isnin.
4.0 PENUTUP
Berdasarkan kepada pemerhatian sewaktu lawatan tapak dan temu bual, didapati sistem
pengurusan sisa klinikal yang diamalkan oleh Klinik Pergigian Pitas adalah memuaskan tetapi
masih boleh diperbaiki seperti menyediakan satu jadual tetap penghantaran sisa klinikal ke
Hospital Pitas, menyediakan kenderaan khas yang berlesen daripada Jabatan Alam Sekitar,
memastikan nota konsaimen disediakan serta kemudahan penstoran sisa klinikal di satu
bangunan yang berasingan dan lengkap dengan alat penghawa dingin.
Klinik Pergigian Pitas berperanan penting dalam memastikan pengurusan sisa klinikal
diuruskan dengan selamat dan mematuhi segala peraturan dan garis panduan sedia ada
demi menjamin kesihatan kakitangan klinik, pesakit, masyarakat awam dan juga mengelak
alam sekitar daripada pencemaran.
Pertambahan bilangan hospital dan pusat kesihatan di Malaysia turut mengakibatkan
pertambahan dalam kuantiti dan kepelbagaian sisa klinikal yang dihasilkan. Perancangan dan
Page 10 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
pengurusan yang bersistematik keatas sisa klinikal tersebut adalah penting, bukan hanya
melibatkan pelupusan sisa klinikal tetapi juga lain-lain aspek seperti meminimakan
penghasilan sisa melalui pendidikan kesihatan serta penguatkuasaan akta yang berkaitan.
Page 11 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
RUJUKAN
1. M. Tsakona, E. Anagnostopoulou, E. Gidarakos ( 2006 ). Hospital waste management and
toxicity evaluation : A Case Study. Waste Management.
2. Dr. Leela Anthony ( 2006 ). Potential risks and hazards of not implementing a proper
clinical waste management system. Waste Management Conference and Exhibition 2006.
3. Camille Martin ( 2006 ). Best Management Practices for Hospital Wastes. Hospital and
Clinical Wastes Reduction and Mnagement Conference.
4. Office of Solid Waste RCRA Hazardous Waste ( 2004 ), e – Manifest Roadmap
Conference Proceedings. US Environmental Protection Agency.
5. Zamastura Binti Ibrahim ( 2005 ). Management and Disposal of Clinical Waste ( Case
Study : Hospital Kebangsaan Malaysia ). University Teknologi Malaysia.
6. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
7. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Sisa Terjadual ) 1989.
8. Guidelines for the Management of Clinical and Related Wastes in Hospital and Health Care
Establishment 1993. Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia.
9. Safe Management of Wastes from Health Care Activities. World Health Organization 1999.
Page 12 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
LAMPIRAN
Gambar 1 : Simbol ‘Biohazard’.
Gambar 2 : Tong Sisa Klinikal Beroda
Page 13 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
Gambar 3 : Tong Sisa Klinikal
Gambar 4 : ‘Sharp Bin/Container’
Page 14 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
Gambar 5 : tong Sisa Klinikal Klinik Pergigian Pitas
Page 15 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
Gambar 6 : Stor Sisa Klinikal Klinik Pergigian Pitas
Gambar 7 : Stor Pusat Sisa Klinikal Sedafiat ( M ) Sdn. Bhd.
Page 16 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
Gambar 8 : Stor Pusat Sisa Klinikal Sedafiat ( M ) Sdn. Bhd.
Gambar 9 : Kenderaan Pengangkutan Sisa Klinikal
Page 17 of 18
Date : 10 FEB 2016 Course : BNEH 3182 Hazardous Waste Management
Gambar 10 : Sedafiat ( M ) Sdn. Bhd.
Gambar 11 : Klinik Pergigian Daerah Pitas
Page 18 of 18
Recommended