FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER 2013(SMP KHAS)
HBMS3103PENGAJARAN MUZIK IV
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU LEARNING CENTRE
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1 PENGENALAN 2
2 TEKNIK BERMAIN REKODER2.1 Teknik Pertama – Postur Badan2.2 Teknik Kedua – ‘Embouchure’2.3 Teknik Ketiga – Penglidahan2.4 Teknik Keempat – Pernafasaan2.5 Teknik Kelima - Penjarian
3 – 5
3 SKOR LAGU ‘BUNGA BERKEMBANG’3.1 Skor Asal ‘Bunga Berkembang’3.2 Skor Lagu Gubahan ‘Bunga Berkembang’
6 – 7
4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ENSEMBEL REKODER SOPRANO
8 – 9
5 KESIMPULAN 10
6 RUJUKAN 11
1
1. PENGENALAN
Rekoder merupakan sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastic.
Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Penggunaan rekoder dalam aktiviti
pembelajaran muzik di dalam bilik darjah adalah bertujuan memberi pengalaman muzikal secara
hand-on. Pada masa yang sama, pelajar dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui
pengalaman praktikal.
2
2. TEKNIK BERMAIN REKODER
Untuk memainkan rekoder dengan baik, beberapa teknik permainan yang betul perlu
diamalkan. Berdasarkan kepada persembahan ensembel rekoder soprano dalam tayangan
Youtube, terdapat beberapa teknik permainan rekoder telah diaplikasikan. Antara beberapa teknik
permainan rekoder adalah seperti berikut:
2.1 Teknik Pertama - Postur Badan
Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder. Postur yang baik membantu untuk
menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan
berada dalam keadaan selesa. Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan. Ini
untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian. Setelah itu, tangan diregangkan sedikit
agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas
dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder.
Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan
‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang
tegak. Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan kerana ini
akan mengakibatkan pernafasan tidak lancar semasa meniup rekoder.
3
2.2 Teknik kedua – ‘EMBOUCHURE’
Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipi
(mouthpiece). Caranya ialah masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu, bibir
dirapatkan tetapi tidak mengigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam
keadaan selesa. Cara ini dapat digambarkan melalui rajah 2 dibawah.
Rajah 2
2.3 Teknik Ketiga – Penglidahan
Penglidahan adalah penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah
membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton. Untuk not tengah,
bunyikan ‘du’ dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’. Bagi not tinggi,
bunyikan ‘tu’ semasa meniup. Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa
memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan. Bagi permainan
cara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.
4
2.4 Teknik Keempat – Pernafasan
Tekanan udara dari diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal ketika meniup not
rendah. Bagi not tinggi pula, tekanan udara yang lebih dilepaskan secara laju untuk
menghasilkan bunyi yang betul mengikut not. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang
digunakan.
2.5 Teknik Kelima – Penjarian
Terdapat lapan lubang pada rekoder. 7 lubang di permukaan atas rekoder dan 1 lubang di
permukaan bawah rekoder. Posisi penjarian yang betul memainkan peranan penting ketika
bermain rekoder. Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian
belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu
bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder
ketiga. Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari
hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari
manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari
kelingking. Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan
lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.
5
4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ENSEMBEL REKODER SOPRANO
Rekoder merupakan tiupan utama yang diperkenalkan kepada murid dalam pelajaran
Pendidikan Muzik KBSR. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran rekoder telah mula
diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah di Tahun 3 sebagai langkah
permulaan bagi murid untuk meningkatkan kemahiran dalam permainan alat muzik serta
menguasai kemahiran membaca bahasa muzik. Seperti yang diketahui, matlamat utama
permainan rekoder adalah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan
secara solo dan juga secara ensemble.
Permainan rekoder soprano dua bahagian merupakan satu kumpulan rekoder soprano
dibahagikan kepada dua kumpulan kecil untuk memainkan dua bahagian yang berbeza secara
serentak. Bahagian rekoder soprano 1 akan memainkan melodi bahagian atas, manakala rekoder
soprano 2 akan memainkan melodi kedua di bahagian bawah.
Oleh itu, berikut merupakan langkah-langkah pengendalian pengajaran dan pembelajaran
ensembel rekoder soprano berdasarkan kepada skor gubahan permainan rekoder yang dihasilkan.
i) Memastikan murid telah bersedia dan keadaan kelas yang terkawal.
8
ii) Memastikan murid duduk atau berdiri di dalam kumpulan yang betul iaitu mengikut
susunan bahagian masing-masing. Cadangan susunan alat adalah seperti berikut
(Rajah 2);
Rekoder 1 Rekoder 2
Soprano 1 Soprano 2
Rajah 2 : Cadangan susunan ensembel rekoder soprano
iii) Memastikan dirian not atau note-stand tersedia.
iv) Memastikan skor muzik untuk setiap bahagian diletakkan pada dirian not.
v) Sebelum latihan, pastikan murid menjalani aktiviti pernafasan.
vi) Selain itu, untuk memastikan setiap kumpulan menguasai bahagian masing-masing.
Guru harus menjalankan latihan mengikut seksyen atau kumpulan.
vii) Setelah itu, guru haruslah juga menjalankan latihan gabungan kesemua bahagian
rekoder soprano bagi memastikan keserasian bunyi, tempo dan melodi.
viii) Pastikan murid membasuh pemipit dan membersihkan rekoder setelah selesai sesi
latihan.
Biasanya rekoder yang sering digunakan dalam persembahan solo ialah descant atau dikenali
sebagai rekoder soprano. Rekoder jenis ini sering digunakan oleh kebanyakan sekolah
memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Selain daripada
itu, rekoder soprano ini juga amat sesuai digunakan memandangkan keadaan fizikal murid
sekolah rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari
untuk menutup lubang penjarian pada rekoder yang bersaiz besar.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan permainan rekoder untuk
tujuan mengukuhkan persepsi estetik murid, memupuk ekspreso kreatif dan meningkatkan
penghargaan estetik murid. Oleh yang demikian, penggabungjalinan aktiviti permainan rekoder
dengan kandungan sukatan pelajaran lain seperti pengajaran aspek bahasa muzik dan kefahaman
tentang konsep-konsep muzik adalah amat digalakkan. Selain itu, penggabungjalinan permainan
9
rekoder dengan aktiviti permainan perkusi dan nyanyian akan memberi pengalaman muzik yang
lebih menyeluruh dan menyeronokkan kepada murid.
5. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder ini, guru
boleh menggunakan permainan rekoder untuk tujuan mengukuhkan persepsi estetik murid,
memupuk ekspreso kreatif dan meningkatkan penghargaan estetik murid. Permainan alat muzik
rekoder merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan serta boleh mempertingkatkan
kemahiran murid dalam bidang muzik
10
6. RUJUKAN
1. Baines, Anthony. (1991). Woodwind instruments and their history. New York: Dover
Publication Inc.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu
pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan
Kurikulum.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Dunia Muzik. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum.
4. Prof Madya Zaharul Lailiddin Hj Saidon, Mohd Nizam Hj Nasrifan. (2011). HBMS3103
PENGAJARAN MUZIK IV. Selangor: Open University Malaysia.
11