Transcript
Page 1: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

PANDUAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

SEKOLAH RENDAH (SK/SJK)

DAN SEKOLAH MENENGAH (SMK/SMJK/SBP)

TAHUN 2014M/1435H

Disusun semula oleh Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam

Sektor Pendidikan Islam JABATAN PENDIDIKAN PERAK

MEI 2014

Page 2: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

2

PANDUAN PROGRAM IHYA RAMADHAN SEKOLAH RENDAH (SK/SJK) DAN

SEKOLAH MENENGAH (SMK/SMJK/SBP) 2014M / 1435H

1. PENGENALAN Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah pelajar dan warga sekolah.

2. MATLAMAT

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.

3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.

3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.

4. SASARAN

4.1. Pelajar-pelajar 4.2. Guru dan staf sokongan 4.3. Ibu Bapa Pelajar

5. TEMPAT

Premis sekolah dan kawasan sekitar

Page 3: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

3

6. CADANGAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

6.1. Aktiviti Utama

a. Program Di Ambang Ramadhan b. Tadarus Quran Pelajar dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang Bulan

Ramadhan) c. Ceramah Perdana / Forum Perdana d. Majlis Khatam Al-Quran e. Solat Tarawih f. Qiamullail g. Sumbangan Fakir Miskin h. Iftar Jamaie i. Banner ( Labbaika Ya Ramadhan ) j. Majlis Perutusan Aidil Fitri k. Risalah Ramadhan

l. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga coklat, menulis khutbah aidil fitri, anyaman ketupat dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri

6.2. Aktiviti Elektif

a. Kuliah Zohor b. Kuliah Subuh c. Tazkirah Murid d. Usrah e. Bacaan Ma’thurat f. Ceramah Nuzul al-Quran / Badar Kubra g. Gotong Royong / Keceriaan Surau h. Majlis Tahlil i. Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagi j. Kelas tafaqquh staf k. Forum pelajar l. Tayangan DVD m. Penghayatan Dhuha n. Cenderamata petugas Ihya Ramadhan ( Pelajar )

7. CADANGAN PROGRAM PERDANA IHYA’ RAMADHAN

7.1. Pengisian program ini sekurang-kurangnya seperti berikut :

a. Forum Perdana / Ceramah Perdana b. Iftar Jamaie c. Tadarus al-Quran / Khatam al-Quran d. Penyediaan Juadah Berbuka secara gotong-royong ( nasi, lauk pauk, BBQ dll

jika sesuai ) e. Penyediaan Bubur Lambuk secara gotong-royong ( jika sesuai ) f. Solat Tarawih g. Qiamullail h. Kuliah subuh i. Penyampaian hadiah pertandingan

Page 4: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

4

7.2. Sasaran / penyertaan program ini seperti berikut :

a. Pegawai Jabatan Pendidikan Perak / Pejabat Pendidikan Daerah b. Pimpinan masyarakat setempat c. Pengetua / Guru Besar atau wakil sekolah yang berhampiran d. PIBG sekolah e. Warga sekolah seluruhnya

7.3. Tarikh :

Ia ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. 8. Jawatankuasa Pelaksana Program Perdana Ihya Ramadhan

8.1. Jawatankuasa Induk Pengerusi

Pengetua / Guru Besar

Timbalan Pengerusi Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 1 Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Setiausaha

Setiausaha MAKDIS

Penolong Setiausaha Guru Pendidikan Islam

8.2 Ahli Jawatankuasa

a. JK Urus setia b. JK Protokol dan Sambutan c. JK Tadarus al-Quran d. JK Majlis Khatam al-Quran e. JK Majlis Qiamulail f. JK Solat Tarawih g. JK Ceramah Perdana h. JK Rakaman & Dokumentasi i. JK Pengacaraan dan Bacaan Doa j. JK Persiapan Dewan dan Khemah k. JK Hiasan Pentas l. JK Keselamatan dan Kebajikan m. JK Seranta dan Siaraya n. JK Jamuan o. JK Hadiah dan Cenderamata p. JK Cenderahati q. JK Risalah dan Brosur

Page 5: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

5

r. JK Pertandingan s. JK Penyambut Tetamu t. JK Tugas-Tugas Khas

10. Faedah-Faedah Yang Dijangka Diperolehi

10.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara warga sekolah.

10.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadhan.

10.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga sekolah kepada orang yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan pertolongan.

10.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan dalam slot rawdhatul ilmi seketika bersama ilmuan.

10.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis antara warga sekolah.

11. Penilaian

Laporan pelaksanaan program hendaklah dihantar secara : 11.1 Dalam talian melalui portal jpnperak.moe.gov.my

atau www.spiperak.bpi.edu.my; dan 11.2 Satu salinan (secara hardcopy) kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat

Pendidikan Daerah sebelum atau pada 1 September 2014. ( Sila rujuk kepada Lampiran 2 )

12. Perkara Yang Dipohon

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak memohon semua Pengetua / Guru Besar dan warga sekolah mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Ihya Ramadhan 1435H / 2014M.

Disediakan oleh: Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Perak

Page 6: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

6

Lampiran 1

KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN

1. Program Di Ambang Ramadhan

Tarikh : Ditetapkan oleh urus setia Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Tempoh Masa : 30 minit Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan menambat

jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang Ramadhan. 2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan amalan

yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin. 3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk makluman semua

warga sekolah. Kaedah Pelaksanaan :

a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah

b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar

c. Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.

2. Tadarrus Al-Quran Guru dan Staf

Tarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Objektif : 1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan. 2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan dibimbing

oleh seorang fasilitator atau qari. 3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan

dalam kehidupan.

Page 7: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

7

Kaedah Pelaksanaan : a. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urus setia. b. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan c. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator d. Selesai tadarrus semua warga pendidik dan staf disarankan solat berjemaah bersama

pelajar di Surau.

3. Tadarrus Al-Quran Pelajar

Tarikh : Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadhan Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Sasaran: Pelajar yang telah membaca al-Quran Objektif : 1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan. 2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing oleh seorang

fasilitator atau guru 3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan

dalam kehidupan. Kaedah Pelaksanaan : a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau/kelas dalam keadaan berwuduk b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urus setia. c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan. d. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.

4. Ceramah Perdana / Forum Perdana

Tarikh: Ditetapkan oleh urus setia Masa : 2 jam Sasaran : Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.

Page 8: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

8

Kaedah Pelaksanaan : a. Program ini dicadangkan hanya sekali dalam bulan Ramadhan. b. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah. c. Pelaksanaan program ini boleh digabungkan dengan Program Perdana Ihya Ramadhan

atau ia dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian pihak sekolah. d. Disarankan diadakan soalan kuiz selepas sesi ceramah. (ikut kesesuaian pihak sekolah) e. Hadiah atau cenderahati disediakan untuk pemenang. f. Tajuk yang dicadangkan seperti berikut :

i – Ramadhan Menjana Kecemerlangan Hidup

ii- Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Madrasah Ramadhan

iii- Mencontohi Kehidupan Generasi Qurani

iv- Lain-lain tajuk yang sesuai.

5. Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh : Ditetapkan oleh pihak sekolah Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Sasaran : Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di

bulan Ramadhan. 2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-Quran. 3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw. Kaedah Pelaksanaan : a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau dibuat secara

berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah. b. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran. c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar bacaan al-

Quran. d. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah. e. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telur dan

paluan kumpulan kompang. f. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh semua

peserta khatam al-Quran sehingga selesai. g. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan bunga telur

dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin. h. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

Page 9: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

9

6. Qiamullail

Tarikh : Sekali setiap cuti hujung minggu Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : 1 jam sebelum bersahur Sasaran: Keutamaan pelajar yang tinggal di asrama sahaja manakala pelajar yang tinggal bersama keluarga digalakkan terlibat. Objektif : 1. Memberi kesedaran dan melatih pelajar untuk menghayati kelebihan ibadat qiamullail. 2. Membentuk jati diri di kalangan pelajar dengan bermunajat dan berqiamullail. 3. Melahirkan kesedaran, keinsafan dan berusaha mencari kelebihan malam Lailatul Qadr.

Kaedah Pelaksanaan : a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk b. Pilih imam di kalangan pelajar atau imam jemputan untuk memimpin qiamullail. c. Solat sunnat yang disarankan ialah solat sunat tahajjud, taubat, tasbih dan witir. d. Qiamullail diakhiri dengan doa. e. Pelajar bergerak ke dewan makan untuk bersahur.

7. Tabung Sumbangan Fakir Miskin

Tarikh : Sepanjang Ramadhan Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan

warga sekolah turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Page 10: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

10

Kaedah Pelaksanaan : a. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Pengetua / Guru Besar pada hari pertama

persekolahan di bulan Ramadhan. b. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan pagi atau

selepas solat. c. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat. d. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas. e. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh Pengetua /

Guru Besar.

8. Iftar Jamaie

Tarikh : Pada masa program Perdana Ihya Ramadhan Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,

berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak. 2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan

Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di dewan makan / tempat majlis.

b. Tazkirah / ceramah mengenai fadhilat Ramadhan oleh seorang guru Pendidikan Islam / penceramah jemputan.

c. Membaca doa berbuka.

d. Berbuka puasa.

e. Warga sekolah dan tetamu bergerak ke surau untuk solat Maghrib.

9. Banner / Seranta

Tarikh : Akhir Syaaban Tempat: Ditetapkan oleh urus setia Masa : Sepanjang Ramadhan.

Page 11: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

11

Objektif : 1. Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik. Kaedah Pelaksanaan : a. JK Banner memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak dalam kain

banner. b. Letakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua warga sekolah. c. Layout banner berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan suasana

Ramadhan.

10. Majlis Perutusan Aidil Fitri Oleh Pengetua / Guru Besar

Tarikh : Ditentukan oleh sekolah Tempat : Dewan Besar Sekolah Tempoh Masa : 1 jam Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat sepanjang

Ramadhan. 2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam. 3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan syawal. Kaedah Pelaksanaan : a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah. b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar. c. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik. d. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.

11. Masak Bubur Lambuk dan Bakar Lauk Pauk (BBQ )

Tarikh : Ditetapkan oleh sekolah Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Tempoh Masa : Ditetapkan oleh urus setia. Sasaran: Seluruh warga sekolah

Page 12: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

12

Objektif : 1. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan

Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Ia diurus setiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik b. Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memilik pengalaman dalam

bidang tersebut. c. Lantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini.

12. Pelaksanaan Aktiviti Elektif Ihya’ Ramadhan

Tarikh : Ditetapkan oleh sekolah Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Tempoh Masa : Ditetapkan oleh urus setia. Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Menyemarakkan lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang bermanafaat. 2. Membangunkan pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Kaedah Pelaksanaan : a. Pihak sekolah disarankan untuk memilih melaksanakan aktiviti elektif mengikut

kesesuaian pihak sekolah. b. Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak sekolah. c. Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya kepimpinan melalui

slot tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau selepas solat d. Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara aktif untuk

menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

Page 13: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

13

Lampiran 2

CONTOH FORMAT LAPORAN PROGRAM IHYA’ RAMDAHAN

SEKOLAH ___________________ TAHUN _______

1. Pengenalan

Bulan Ramadhan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.

2. Carta Organisasi 3. Objektif

3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.

3.2 Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadhan.

4. Aktiviti

a. Aktiviti Utama Program Ihya Ramadhan

(i ) Kelas Tadarrus al-Quran (ii) Mengadakan Majlis Khatam al-Quran (iii) Solat berjemaah; sesi pagi solat zohor dan sesi petang solat asar manakala sekolah berasrama solat berjemaah lima waktu dll

b. Aktiviti Elektif

(i ) Pertandingan hafaz al-Quran (ii) Pertandingan Hias Bunga Coklat dll

c. Program Perdana

5. Data

( i ) Tadarrus al-Quran a. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut tingkatan b. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasilitator dll

( ii ) Majlis Khatam al-Quran

a. Telah diadakan pada 20 Ramadhan 1435H b. Tetamu kehormat yang dijemput ialah YB Ahli Parlimen Kawasan dll.

6. Gambar/ fotografi

Page 14: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

14

BORANG MAKLUM BALAS PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SEKOLAH _____________________

2014M/1435H

Nama Sekolah : …………………………………………………….. Alamat Sekolah : …………………………………………………… No. Telefon : …………………………………………………… E-mail Sekolah : …………………………………………………..

Bil Aktiviti Tarikh

Pelaksanaan Kumpulan Sasaran

Jumlah Terlibat

Cadangan / Komentar …………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………… Tandatangan Pengetua / Guru Besar Cop Sekolah …………………………………… ( )

Tarikh : ……………………………….. Nota : 1. Sila isi dan kembalikan ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah sebelum

atau pada 1 September 2014. 2. Pelaporan kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak adalah secara

dalam talian melalui www.spiperak.bpi.edu.my atau jpnperak.moe.gov.my sebelum atau pada 1 September 2014.

Page 15: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

15

PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM IHYA RAMADHAN

1. Setiausaha dan Urus setia Tugas - Melantik JK Pengelola / JK Pelaksana

- Mengurus surat menyurat - Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa - Mengadakan raptai

2. Protokol dan Sambutan Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menyediakan pasukan kompang dan silat. - Menguruskan penyediaan bunga manggar telur, bunga rampai, pulut

kuning, Roset dan lain-lain yang diperlukan. - Memastikan protokol majlis berjalan lancar.

3. Tadarrus al- Quran Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menguruskan pembahagian kumpulan tadarrus. - Menentukan pengagihan atau sukatan kumpulan tadarrus - Memberi taklimat kepada pelajar, guru dan staf - Memastikan perjalanan tadarrus berjalan lancar.

4. Majlis Khatam al-Quran Tugas - Mengurus dan membimbing pelajar khatam Alquran - Mengetuai Majlis Khatam al-Quran - Memimpin bacaan doa khatam al-Quran. 5. Majlis Qiamullail Tugas - Melantik AJK Kecil - Memilih imam Qiamullail - Mengurus dan menyediakan bahan edaran - Menguruskan persiapan majlis 6. Ceramah Perdana / Forum Perdana

Tugas - Melantik AJK Kecil - Memberi cadangan senarai nama ahli forum dan tajuk forum - Menyediakan Pengerusi Forum - Menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada ahli panel - Menyediakan tempat forum - Memastikan peralatan yang diperlukan

7. Rakaman & Dokumentasi Tugas - Melantik AJK Keci; - Menguruskan rakaman video sepanjang majlis berjalan - Menguruskan petugas photografi

- Mengurus dan menyimpan segala bahan dokumentasi yang berkaitan majlis.

Page 16: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

16

8. Pengacaraan dan Bacaan Doa Tugas - Menyediakan teks doa yang sesuai dengan majlis

- Memimpin bacaan doa - Menyediakan Aturcara Pentadbiran setelah berbincang dengan Setiausaha - Menyediakan skrip pengacaraan majlis - Melantik juru acara majlis - Memastikan majlis berjalan lancar.

9. Persiapan Tempat dan Khemah

Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan tempat duduk VIP, tetamu dan jemputan - Menyusun atur kedudukan mengikut keutamaan - Memastikan kekemasan dewan semasa dan selepas majlis - Memastikan alat siaran berfungsi dengan baik ketika majlis berjalan dan

mencukupi - Menyediakan alternatif lain sekiranya berlaku gangguan elektrik

10. Hiasan Pentas Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menyediakan hiasan pentas - Menguruskan penyediaan latar pentas ( backdrop ) - Hias meja dan tempat duduk VVIP

11. Keselamatan dan Kebajikan

Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan tempat parking kenderaan yang sesuai. - Mengurus taklimat kepada petugas - Menyediakan peralatan kecemasan jika perlu.

12. Seranta dan Siaraya Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menyediakan sepanduk dan memasangnya di tempat-tempat tertentu - Menghubungi pihak media untuk membuat liputan jika perlu

13. Jamuan Tugas - Melantik AJK Kecil

- Menyediakan menu VIP, tetamu jemputan dan peserta - Menyediakan anggaran dan tempahan menu jamuan - Menentukan tempat dan bentuk jamuan - Menyediakan petugas jamuan VIP dan tetamu - Memastikan bekalan jamuan mencukupi - Menguruskan persiapan dan hidangan bubur lambuk dan BBQ. - Mengurus bil pembayaran tempahan jamuan kepada pihak

bertangunggjawab.

14. Hadiah dan Cendermata Tugas - Melantikk AJK Kecil

- Menyediakan cenderamata kepada VVIP - Mengurus ‘ door gift ’ kepada tetamu jika disediakan. - Mengurus penyerahan cenderahati kepada petugas di kalangan pelajar

sepanjang Ramadhan.

Page 17: PANDUANjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1698/Panduan Ihya... · Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Setiausaha MAKDIS Penolong Setiausaha

17

- Menyediakan hadiah / cenderamata untuk penceramah / panel forum - Mengurus hadiah/ cenderamata ketika penyampaian hadiah

15. Bubur Lambuk dan BBQ Tugas - Melantik AJK Kecil

- Mengurus penyediaan bahan dan peralatan untuk menyediakan bubur lambuk dan BBQ

- Mengurus pembelian bahan yang diperlukan untuk bubur lambuk dan BBQ 16. Jemputan dan Sambutan

Tugas - Melantik AJK Kecil - Mengurus jemputan Tetamu Kehormat - Menyediakan kad jemputan - Menyenaraikan nama para jemputan untuk diberikan kepada JK Urus setia - Membuat jemputan kepada para tetamu - Mengurus sambutan Tetamu Kehormat - Menyedia tempat rehat Tetamu Kehormat - Bekerjasama dengan JK Persiapan Tempat untuk menentukan tempat

duduk mengikut susun atur keutamaan - Membuat penyelarasan dengan urus setia - Mengiringi dan menunjuk arah Tetamu Kehormat - Mengedar Buku Program kepada para jemputan

17. Risalah dan Brosur

Tugas - Melantik AJK Kecil - Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz - Mendapatkan senarai nama jawatankuasa kerja - Berbincang dengan pengerusi dan setiausaha kontens broucher - Mengurus layout broucher yang sesuai dengan majlis.

18. Pertandingan Tugas - Melantik AJK Kecil - Membuat promosi kategori pertandingan - Menyediakan borang penyertaan pertandingan - Melantik hakim setiap pertandingan - Mengurus pemenang setiap pertandingan - Berbincang dengan JK Hadiah, jenis hadiah yang sesuai untuk setiap pemenang 19. Penyambut tetamu Tugas - Menyambut Tetamu semasa majlis diadakan.

- Mengiringi tetamu dan memandu arah tetamu untuk ke tempat duduk yang disediakan

- Mengiringi tetamu atau jemputan khas sehingga selesai majlis. 20. Tugas-Tugas Khas

Tugas - Membantu Urus setia dalam melancarkan lagi persiapan dan penyediaan majlis.

- Membantu melaksanakan tugas-tugas khas. - Menyelaras mana-mana tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Pengerusi.


Recommended