JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
TEKS KHUTBAH
Tajuk :
ZAKAT MEMBUAHKAN BERKAT
Tarikh Dibaca :
17 SYAWAL 1440H/
21 JUN 2019M
Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah Dan Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat
1
ZAKAT MEMBUAHKAN BERKAT 21 Jun 2019M/ 17 Syawal 1440H
مد لل ه، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالل ه من شرور أنف سنا ومن إن الحا مرشدا.سي ئات أعمالنا، من يهد الل ه فهو المهتد و من يضلل فلن تجد له ولي
ه إل ا إلأشهد أن ل هم ا الل ه لل دا عبده ورسوله، ا يك له، وأشهد أن محم وحده لا شر وسل م د وعلى صل آعلى نبي نا محم د ين.لى يوم الإ ن دعا بدعوته له وصحبه وم
ا بعد، فيا عباد الل ه قو أم اوصيكم ونفسي ا الل ه،، ات تقوى الل ه وطاعت ون.ب كم تفل ه لعلك
ٹ ٹ
ہ ھ ہۀ ۀ ہ ہ ڻڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ
ھ ھ
Kaum muslimin yang dimuliakan,
Tiada nilainya seorang manusia tanpa takwa dalam kehidupannya. Takwalah
menentukan seseorang mendapat redha dan rahmat Allah SWT. Justeru,
berazamlah untuk menjadi hambaNya yang bertakwa. Semoga akhirat kelak
tidak sia-sia bahkan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisiNya.
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk “Zakat
Membuahkan Berkat”
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Harta merupakan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada
manusia. Manusia menggunakan harta untuk mencapai suatu taraf hidup
Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat
2
yang selesa di dunia ini. Justeru sebagai seorang hamba, sewajarnya kita
bersyukur atas nikmat harta dan kekayaan yang dikurniakan kepada kita.
Firman Allah SWT menerusi Surah Ibrahim ayat 7 :
ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ ڄڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ
Bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu
kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabKu amatlah keras.”
Dalam kita menikmati harta yang dikurniakan oleh Allah SWT, jangan lupa
untuk menzahirkan rasa syukur kepadaNya dengan melaksanakan
kewajipan berzakat yang merupakan rukun Islam ketiga. Perintah Allah SWT
ini termaktub di dalam Surah At-Taubah, ayat 103 yang bermaksud :
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana
sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Selain sebagai suatu kewajipan kepada Allah SWT, zakat juga adalah satu
tanggungjawab mereka yang berharta terhadap orang-orang miskin bagi
memastikan kestabilan sosial terjamin. Perkara ini disentuh di dalam Surah
Al-Baqarah ayat 83 :
Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat
3
ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ
ې ې ې ې ى ى ائ ائ ەئ ەئ
وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ
Bermaksud : “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat
perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu
menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,
dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan
katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan
dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling
membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari
kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan
perjanjian setianya.”
Bagi memastikan golongan yang berhak atau asnaf zakat mendapat
pembelaan yang sewajarnya, kita dapat lihat pada zaman Rasulullah SAW,
Baginda telah melantik amil-amil zakat dari kalangan para sahabat untuk
mengutip zakat harta. Maka pada hari ini wujudlah institusi amil atau badan
mengurus zakat sepertimana yang terdapat di seluruh negeri di Malaysia
termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin
agar falsafah dan matlamat akhir ibadah zakat dapat direalisasikan
sepertimana yang telah digariskan oleh syarak dalam rangka meningkatkan
taraf sosioekonomi umat Islam khususnya golongan yang amat memerlukan.
Kaum Muslimin yang dikasihi sekalian,
Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat
4
Allah SWT mencela orang yang tidak menunaikan tanggungjawab berzakat.
Tergamak mereka membuat alasan-alasan tertentu bagi mengelakkan diri
daripada melaksanakan kewajipan tersebut. Allah SWT memperingatkan hal
ini melalui Surah Ali ‘Imran, ayat 180 :
ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی یی ی جئ حئ مئىئ
يئ جب حب خب مب ىبيب جت حت خت متىت يت جث مث ىث
يث
Bermaksud : “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta
benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya -
menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia
adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa
yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak
milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.”
Sifat bakhil sebenarnya sengaja dibisikkan oleh syaitan ke dalam hati
manusia agar manusia terasa berat untuk mengeluarkan zakat. Syaitan
menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan sekiranya manusia
mengeluarkan zakat atau sedekah. Godaan syaitan ini telah dibongkarkan
oleh Allah SWT menerusi Surah Al-Baqarah, ayat 268 :
ڭ ڭ ڭ ۇ ۇۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋۋ ۅ
ۅ ۉ ۉ
Bermaksud : “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan
kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia
Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat
5
menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut);
sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta
kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya,
lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.”
Oleh itu, bersegeralah dalam menunaikan kewajipan zakat. Selain daripada
membayar zakat melalui kaunter PPZ-MAIWP, terdapat juga perkhidmatan
lain bagi memudahkan urusan membayar zakat. Misalnya, Kaunter Zakat
Bergerak disediakan untuk mereka yang ingin membayar zakat sebanyak
lima ribu ringgit dan ke atas. Selain itu, pembayaran zakat dapat
dilaksanakan secara di dalam talian 24 jam 7 hari seminggu melalui laman
web. Pembayaran zakat turut dapat dilaksanakan secara bulanan melalui
Skim Potongan Gaji Zakat. Lebih menarik, kini zakat boleh dibayar di mana-
mana kaunter pejabat POS di seluruh Wilayah Persekutuan.
Dengan adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan, tiada alasan lagi
bagi umat Islam melengah-lengahkan untuk berzakat apatah lagi tidak
melaksanakannya. Semoga dengan terbitnya kesedaran untuk berzakat,
mudah-mudahan Allah SWT akan mensucikan dan membuahkan keberkatan
pada harta yang kita perolehi. Harta kekayaan yang kita miliki itu adalah
amanah Allah. Setiap rezeki yang diperolehi, meskipun atas usaha dan penat
lelah kita, bukanlah menjadi milik mutlak diri kita sendiri. Ini adalah kerana
dalam harta tersebut terdapat hak untuk isteri, anak-anak, kaum kerabat dan
jiran tetangga yang memerlukan pertolongan, fakir miskin yang
mengharapkan belas dan ihsan
Para tetamu Allah yang dimuliakan
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita renungi kesimpulan khutbah
seperti berikut:
Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat
6
Pertama : Membayar zakat merupakan tanda syukur hamba Allah SWT
terhadap nikmat harta yang dikurniakan kepadanya.
Kedua : Sikap bakhil mengundang kemurkaan Allah SWT dan azab yang
pedih di akhirat.
Ketiga : Bersegeralah menunaikan kewajipan berzakat setelah sempurna
haul dan nisabnya.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Dzariyat, ayat 19:
ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ
Bermaksud : Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka
tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin
yang menahan diri (daripada meminta).
اكم بما فيه من الآيات والذ كر ا ،بارك الل ه لي ولككم بالقرآن العظيم ،لحكيم ونفعني وإي ل من ي ومنكم تل ميع العليم.وتقب ه هو الس اوته إن فر الل ه العظيم ذا وأستغ أقول قولي ه
المسلمين والمسلمات ،لي ولككم ئر نهم الأحياء م ،والمؤمنين والمؤمنات ،ولسا ،والأموات حيم ه هو الغفور الر .فاستغفروه إن
KHUTBAH KEDUA
د الحم ل ل ه ب ر ال ع ال الص و ،ين م ل الس و اة ل ام د سي دنا لى ع بي الأمي ن محم ، و ن الن ع ل ه ى آل ص أ و ح ين ه اب اهر ن م و الط ت ب ع م ه إ ان س ح إ ب ل .ين الد م و ى ي
أشهد أن ا إله إلا الل ه دا عبده ورسوله. ل يك له، وأشهد أن سي دنا محم وحده لا شر
Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat
7
ا قوا الل ه أم بعد، فيا عباد الل ه، ات اع و حق تقاته وا أن الل ه أ لم م أ ، يم ظ ر ع م أ ركم ب ركم م
الص ب س ت الاة و ل يل م ع ل ى ن ه الك ي ب تعالى:يم ر ك ڄ ڃ ڄ ڄ ڄ ، فقال الل ه
ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ
د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم وبارك على سي براهيم دنا إ ا باركت على س آسي د كم دنا محم دنا ل سي ي
براهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد.آإ م براهيم في العال دنا إ ل سي
اشدين لفاء الر هم عن الخ ن ع و وارض الل ب حابة أجمعين، ة ي ق ت ال ن ع و الص اب و ين ع ت ي ع اب الت اب اومن ين ع م تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين وارض عن ع م ه ك ا أ ي ك أ ال م ر .ين م ر
هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات. الل
هم أي د الل وفيق والهداية دوام ب لامة الت ة والس ح دولي يككباوه ناكملككوالص ڠ م ه ليا وا م الد ين الكمصطف يڠ دڤرتوان اڬوڠسري ڤدوك بڬيندا ى ، السلطان عبد الل ه رعاية
بن سلطان حاج أحمد شاه الكمستعين بالل ه. المرحوم بالل ه شاه ا
كذلك ككباوه و دولي يڠ م ه سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، لياوا مية بنت الكمرحوم الكمتوك ل على (Tunku)تونكو حاجه عزيزة أمينة ميمونة إسكندر
اج. الل ه سلطان إسكندر الح
اله ورعاياه من المؤمنين و المؤمنات ب هم احفظ علماءه ووزراءه وقضاته وعم الل حمتك راحمين . يا أرحم الر
Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat
8
لدن هم اجعل ب يا ا الل ، سخاء رخاء، دار عدل وإيمان، وأمن وأمان، اآمنا مطمئن ماليزئر بلاد الكمسلمين .وسا
هم أعز الإسلام والمسلمين ، ودم ر أعداءك أعداء الد ين وانصر من نصر الد ين، الل واخذل من خذل المسلمين، وأعل كلمتك إلى يوم الد ين.
ڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ي ٢ ڠاوركنله كامي جادييا اهلل،
ڬولوڠن سرتا رحمتيله سالم واليه ڤرسكوتوانإاة مجليس اڬام ماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زك
دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان MAIWP. جاديكنله اوسها زكاة منونايكن ڠي
كميسكينن. بلڠڬوف دري اصناسباڬاي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن
نيا حسنة وفي الآخرة نا في الد نا آت ب ار ر .حسنة وقنا عذاب الن
عباد الل ه،
چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ
ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ
يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسألوه من فضله يعطكم فاذكروا الل ه العظيم والل ه يعلم ما تصنعون.ولذكر الل ه أكبر،