JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJASENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 1/5KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
1. Pengangkutan Jenazah
Bayaran untuk membawa jenazah pegawai dari tempat kematian ke tempat pengebumian atau penyempurnaan mayat.
Takrifan
Waris Pegawai
a) Isteri dan anak-anak bagi pegawai lelaki yang telah berkahwin;
b) Suami dan anak-anak bagi pegawai perempuan yang telah berkahwin; atau
c) Ibu bapa bagi pegawai bujang
d) Keutamaan Pewaris
Bantuan mengurus jenazah hendaklah dibayar kepada waris terdekat anggota yang meninggal mengikut keutamaan berikut:
i) Bagi pegawai yang sudah berkahwin- isteri atau suami si mati. Bagi anggota
yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, bayaran bolehlah diberi kepada isteri yang menanggung perbelanjaan mengurus jenazah tersebut; atau
ii) Anggota duda/ janda;- anak lelaki atau perempuan si mati yang
berumur 18 tahun ke atas; atau
iii) Anggota bujang;- ibu atau bapa si mati.
WP 6.4
WP 6.4
WP 6.4
WP 6.4
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJASENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 2/5KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
Wilayah
Wilayah ertinya Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Keluarga
Keluarga pegawai iaitu isteri/ suami dan anak-anak pegawai yang di bawah umur 21 tahun, dan masih dalam tanggungan pegawai kecuali anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.
1.0Pastikan Tuntutan Bayaran Bantuan Pengangkutan Jenazah dan dokumen sokongan berikut disertakan :
a) Surat Pengesahan Ketua Jabatan (Kematian/Pewaris)b) Salinan Kad Pengenalan Pewarisc) Sijil Kematian Pegawaid) Salinan Akaun Bank Pewaris
2.0Semak bulan dan tahun kewangan, jika bukan tahun semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & memenuhi syarat berikut:
a) tuntutan hendaklah di bayar dalam tahun kewangankelulusan AP58(a) di terima.
b) baki peruntukan dalam tahun kewangan perbelanjaan itu kena bayar dan baki peruntukan semasa adalah mencukupi
2.1Sekiranya permohonan AP58(a) ditolak oleh Pejabat Perakaunan disebabkan alasan kelewatan pembayaran tidak memuaskan atau terdapat keraguan, permohonan hendaklah dikemukakan
Lampiran A
Lampiran BLampiran CLampiran DLampiran E
AP58(a)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJASENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/5KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan melalui Kementerian untuk mendapatkan kelulusan khas.
3.0 Kelayakan Tuntutan
i) Tuntutan ini hendaklah dikemukakan oleh waris atau pihak yang telah menerima Bantuan Mengurus Jenazah.
4.0Pegawai yang layak
4.1 Bayaran Pengangkutan Jenazah bagi pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, sama ada di dalam atau di luar tugas rasmi adalah layak diberi kepada pegawai-pegawai berikut:
4.1.1 Pegawai lantikan tetap4.1.2 Pegawai kontrak (cintract of service)4.1.3 Pegawai sementara4.1.4 Pegawai sambilan
4.2 Peraturan ini termasuk :
4.2.1 Pegawai Kerajaan yang meninggal dunia di Luar Negeri
4.2.2 Anggota yang bertukar wilayah4.2.3 Anggota yang berkhidmat di luar
negeri4.2.4 Anggota Badan-badan Berkanun dan
Kuasa-kuasa Tempatan
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun
2003
WP 6.4
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJASENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 4/5KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
4.3 Semak sama ada pegawai berkhidmat di luar wilayah.
4.3.1 Sekiranya pegawai berkhidmat di luar wilayah dan ahli keluarga membuat permintaan untuk mengebumikan jenazah di wilayah asal, Kerajaan akan menanggung perbelanjaan tambang kapal terbang untuk membawa jenazah pegawai tersebut ke kampungnya.
Tambang pengangkutan ini termasuk bagi semua ahli keluarga yang masih dalam tanggungan pegawai untuk mengiringi jenazah pegawai. Pasangan pegawai atau seorang ahli keluarga kemudian dibenarkan kembali ke tempat pegawai berkhidmat untuk urusan pemindahan barang-barang atas tanggungan Kerajaan.
5.0 Pegawai Yang Tidak Layak Menuntut
Peraturan ini tidak melarang jabatan untuk menggunakan kenderaan jabatan bagi tujuan pengangkutan jenazah. Sekiranya kenderaan jabatan digunakan maka ahli keluarga anggota tidak boleh menuntut bayaran pengangkutan jenazah.
6.0 Kadar Bayaran
6.1 Bayaran pengangkutan jenazah adalah mengikut perbelanjaan sebenar yang munasabah dan disokong dengan resit bayaran
WP 6.4
PS 1.1
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
PROSEDUR KERJASENARAI SEMAK PEMBAYARAN
TAJUK : TUNTUTAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 5/5KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :
Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan
7.0 Kod Objek
7.1 Kod Objek yang perlu dipertanggungkan bagi bayaran bantuan bayaran pengangkutan jenazah ialah 42999 untuk tujuan pembayaran.
PS 1.1
LAMPIRAN A
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGANGKUTAN JENAZAH
1. Saya ....................................................... (No. Kad Pengenalan...................................)
waris kepada .................................................................... yang telah meninggal dunia
pada ..................... yang berkhidmat di Jabatan .......................................... ingin
membuat tuntutan bayaran bantuan pengangkutan jenazah.
2. Maklumat pengangkutan jenazah adalah seperti berikut:-
a) Pengangkutan jenazah yang digunakan: kerajaan / swasta *
b) Nama syarikat pengangkutan jenazah: ...................................................................
c) Destinasi pengangkutan jenazah dari .....................................
ke ...........................
d) Jumlah pengangkutan jenazah yang dibayar: RM........................(sila lampirkan
resit asal sebagai bukti bayaran)
*Sila potong pada yang tidak berkenaan
3. Saya mengaku bahawa:-
a) Butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya
bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan.
b) Saya telah menerima bantuan mengurus jenazah pada tarikh .............................
Tarikh: .........................................
(Tandatangan)
Pengesahan Jabatan
Adalah disahkan bahawa penuntut merupakan waris yang berhak ke atas tuntutan
pengangkutan jenazah.
Tarikh: .........................................
(Tandatangan)
(Nama & Jawatan)
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E