LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
Jabatan Kebajikan Masyarakat
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
PERMOHONAN BANTUAN ALAT TIRUAN/ALAT SOKONGAN
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
2
KANDUNGAN
PANDUAN PENGURUSAN
PERMOHONAN BANTUAN ALAT TIRUAN/ALAT SOKONGAN
1.0. Tujuan
2.0. Latar Belakang
3.0. Punca Kuasa
4.0. Takrifan
4.1. Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan
4.2. Kumpulan Sasar JKM
5.0. Piagam Pelanggan
6.0 Kriteria Kelayakan dan Kadar Bantuan
7.0. Prosedur Permohonan
8.0. Struktur dan Mekanisme
8.1. Penurunan Kuasa
9.0. Proses Kerja Permohonan
9.1. Carta Alir Proses Permohonan BAT/S
10.0. Tatacara Pengurusan Kewangan
11.0. Pemantauan
12.0. Panduan Harga Siling BAT/S
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
3
1.0. TUJUAN
1.1. Garis panduan ini dikeluarkan bertujuan sebagai panduan
melaksanakan Pengurusan Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Alat
Sokongan (BAT/S) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada kumpulan
sasar melalui Kaedah Pemberian Bantuan Kerajaan.
1.2. Menetapkan penurunan kuasa Pengarah Kebajikan Masyarakat
Negeri (PKMN) kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/
Bahagian (PKMD/J/B) untuk meluluskan permohonan BAT/S.
2.0. LATAR BELAKANG
Sejak tahun 1971, JKM telah menyediakan pelbagai Bantuan Persekutuan
berdasarkan tujuan-tujuan tertentu mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Bantuan-bantuan yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan asas
dan kefungsian diri golongan miskin dan bekeperluan. Pihak kerajaan dan
badan kebajikan telah mempelopori dan memainkan peranan utama dalam
membekalkan perkhidmatan untuk warga emas, terutamanya melalui
institusi penjagaan dan bantuan kepada golongan kurang upaya dan
miskin (Syed Abd Rashid, 2013). Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)
menganggarkan lebih daripada satu bilion penduduk memerlukan satu atau
lebih alat bantuan. Majoritinya terdiri daripada golongan warga emas dan
Orang Kurang Upaya (OKU). Seiring dengan peningkatan umur dan
ketidakupayaan, setiap individu terdedah kepada penurunan tahap
kesihatan dalam segenap fungsi tubuh badan mereka yang menyebabkan
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
4
keperluan individu tersebut terhadap alat bantuan sokongan semakin
meningkat.
Menurut WHO juga, hampir 15 peratus daripada populasi penduduk
setiap negara adalah terdiri daripada golongan kurang upaya. Di Malaysia
sehingga 31 Disember 2018, sebanyak 1.5% atau 513,519 orang yang
mendaftar dan memilik Kad OKU. Manakala, purata pendaftaran OKU
setahun antara 40,000 sehingga 50,000 orang (Jabatan Pembangunan
OKU, JKM).
Anggaran Penduduk Semasa Malaysia pada 2018 dianggarkan 32.4
juta orang dengan 3.2 juta (9.8%) adalah warga emas. Manakala, unjuran
penduduk 2010-2040, bilangan penduduk berumur 60-74 tahun dan ke
atas yang berjumlah 1.8 juta orang pada tahun 2010 akan meningkat
kepada 4.5 juta orang pada tahun 2040, iaitu peningkatan hampir 2.5 kali
ganda, manakala warga emas berumur 75 tahun dan ke atas pula akan
bertambah daripada 0.5 juta orang (2010) kepada 1.8 juta orang (2040),
yakni peningkatan hampir empat kali ganda dalam tempoh yang sama
(Jabatan Perangkaan Malaysia). Dengan peningkatan ini, Malaysia akan
menjadi negara tua menjelang 2035 apabila 15% daripada penduduknya
berumur 60 tahun ke atas (Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia,
Universiti Putra Malaysia 2017). Unjuran ini juga memberi kesan kepada
penyediaan kemudahan bantuan alat bantuan tiruan/alat sokongan.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
5
3.0. PUNCA KUASA
3.1. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) Bilangan 1 Tahun 2019 bertarikh 28 Januari 2019
berkaitan pembentangan Kertas Cadangan Kaedah Permohonan dan
Pemberian Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan JKM.
4.0. TAKRIFAN
4.1 Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan
Sebarang produk luaran (termasuk peranti, peralatan, instrumen atau
perisian) terutamanya alat dihasilkan atau sedia ada dengan tujuan
utamanya adalah untuk mengekalkan atau meningkatkan kefungsian diri
dan kebebasan individu, malah meningkatkan kesejahteraan hidup. Alat
bantuan juga dapat mencegah individu daripada kecacatan dan
kemudaratan akibat daripada keadaan kesihatan sekunder (WHO, 2016).
Produk, peralatan dan alat sokongan bagi tujuan kosmetik seperti botox,
semua jenis implan, gigi palsu, rambut palsu dan lain-lain peralatan untuk
tujuan kecantikan adalah tidak dibenarkan.
4.2. Kumpulan Sasar JKM
Kumpulan sasar JKM iaitu terdiri daripada OKU, kanak-kanak, warga
emas, keluarga, orang papa, mangsa bencana, mangsa keganasan
rumahtangga, pesalah muda, komuniti rentan dan mangsa
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
6
pemerdagangan orang yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan/Pakar
perubatan atau Pegawai JKM yang memerlukan BAT/S.
5.0. PIAGAM PELANGGAN
a) Setiap permohonan baru yang lengkap diterima hendaklah selesai
siasatan dalam tempoh dua (2) minggu; dan
b) Keputusan hendaklah dimaklumkan dalam masa satu (1) bulan dari
tarikh permohonan.
6.0. KELAYAKAN DAN KADAR BANTUAN
6.1. Perincian skim BAT/S adalah seperti berikut:
a) Kadar Bantuan
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan di dalam sebut
harga.
b) Tujuan:
(i) Membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan
dan berkeperluan untuk membeli alat tiruan atau alat
sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan/
Pakar Perubatan (kerajaan/swasta) atau Pegawai JKM
mengikut jenis ketidakupayaan;
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
7
(ii) Membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan
dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.
c) Syarat Kelayakan:
(i) Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
(ii) Kumpulan sasar JKM;
(iii) Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata
Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita
Semasa;
(iv) Disyorkan oleh Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan
(kerajaan/swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis
ketidakupayaan;
(v) Permohonan BAT/S bagi tujuan kosmetik adalah tidak
dibenarkan;
ATAU
(vi) Mana-mana kes bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan
kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Nota: Sumbangan daripada keluarga untuk membiayai sebahagian
dari kos alat tiruan/alat sokongan adalah digalakkan.
7.0. PROSEDUR PERMOHONAN
7.1. Permohonan dikemukakan menggunakan kaedah berikut:
(i) Borang Permohonan Bantuan JKM (JKM 18) secara manual
seperti di Lampiran 1;
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
8
(ii) Permohonan secara atas talian (online) Sistem e-Bantuan;
(iii) Permohonan melalui daftar secara atas talian (online) Sistem e-
Bantuan bagi pemohon yang hadir ke Pejabat tanpa borang.
7.2. 2 (dua) kaedah dalam menentukan keperluan BAT/S:
(i) Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan; ATAU
(ii) Pegawai JKM.
7.3. Pemohon menyediakan 1 (satu) sebutharga sahaja yang diperolehi
daripada pembekal. Sebutharga mengandungi spesifikasi yang
disyorkan oleh Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan atau Pegawai
JKM;
7.4. Dokumen-dokumen sokongan untuk rekod fail kes:
(i) Salinan MyKad/MyKid pemohon;
(ii) Salinan kad OKU/slip pendaftaran sementara kad OKU (bagi
pemohon OKU);
(iii) Penyata/makumat pendapatan isi rumah atau surat pengesahan
pendapatan dari majikan/surat akuan pendapatan (jika bekerja
sendiri);
(iv) Salinan syor Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan atau
Pegawai JKM;
(v) Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/astro
(bagi tujuan pengesahan alamat).
(vi) 1 (satu) sebutharga alat tiruan/alat sokongan daripada
pembekal;
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
9
7.5. Proses penyediaan laporan dan kelulusan adalah menggunakan
Sistem e-Bantuan. Manakala, proses bayaran menggunakan
integrasi Sistem e-Bantuan dan iGFMAS. Kedua-dua proses ini
berlaku di Pusat Tanggungjawab (PTJ) Bantuan daerah.
7.6. Perolehan stok BAT/S untuk simpanan PKMN/PKMD/J/B diuruskan
oleh JKMN menggunakan kaedah perolehan kerajaan.
7.6.1. Kelulusan BAT/S bagi stok sedia ada di PKMD/J/B adalah
seperti berikut:
(i) Syarat kelayakan seperti di para 6.1 c).
(ii) Akuan penyerahan BAT/S kepada pemohon menggunakan
Borang Akuan Penerimaan Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan
(Stok Pejabat) seperti di Lampiran 2;
(iii) Merekod pengeluaran Stok BAT/S mengikut AM 6.1 Tatacara
Pengurusan Stor Kerajaan.
7.7. Bantuan Penggantian/Baik Pulih
7.7.1. Bagi tujuan baik pulih atau menggantikan sebarang alat yang
rosak adalah 20% daripada harga pembelian setiap alat yang
dibekalkan.
7.7.2. Baik pulih atau menggantikan sebarang alat yang rosak hanya
dibenarkan bagi alat tiruan/alat sokongan yang dibekalkan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
10
7.7.3. Baik pulih atau penggantian tidak dibenarkan sekiranya peralatan
yang rosak disebabkan oleh kecuaian.
8.0. STRUKTUR DAN MEKANISME
8.1 Penurunan Kuasa
8.1.1. Kuasa meluluskan BAT/S diperturunkan kuasa oleh PKMN kepada
PKMD/J/B Gred S41 dan ke atas.
8.1.2. Semasa ketiadaan PKMD/J/B dalam tempoh masa yang lama,
PKMN boleh menentukan Pegawai Yang Diberi Kuasa (PYDK)
untuk meluluskan BAT/S.
8.1.3. Bagi JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Labuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, PKMN
boleh melantik mana-mana Ketua Bahagian/Ketua Unit Gred S41
dan ke atas yang bertanggungjawab secara langsung terhadap
perkhidmatan bantuan sedia ada di negeri masing-masing untuk
menjalankan tugas melulus dengan syarat pegawai berkenaan
hendaklah dalam kalangan pegawai yang namanya ditentukan
secara khusus oleh PKMN tersebut.
8.1.4. PKMN berkuasa untuk menyemak semula dan membuat keputusan
terbaru sekiranya timbul sebarang aduan atau keraguan ke atas
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
11
keputusan yang telah dibuat oleh PKMD/J/B atau Ketua-Ketua
Bahagian/Unit yang diberi kuasa.
8.1.5. Walau bagaimanapun, permohonan BAT/S yang berharga melebihi
RM10,000 perlu dirujuk secara bersurat untuk sokongan/perakuan
PKMN sebelum boleh diluluskan oleh PKMD/J/B/PYDK.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
12
9.0. PROSES KERJA PERMOHONAN BAT/S
TANGGUNGJAWAB PROSES KERJA
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (PPKM)/ Pembantu Kebajikan Masyarakat (PbKM)/ Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB)
Pembantu Tadbir
(PT)
(PT)
1. Menerima Permohonan
1.1. Pemohon/perujuk datang sendiri dengan borang permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 18) dan dokumen sokongan atau tanpa borang/dokumen sokongan.
1.1.1. Apabila pemohon/perujuk hadir ke pejabat dengan borang dan dokumen sokongan atau tanpa borang/dokumen permohonan, hendaklah serta-merta mendapatkan nombor kad pengenalan pemohon dan nama lengkap (jika perlu) untuk semakan nama pemohon melalui Sistem e-Bantuan.
1.2. Permohonan Melalui surat
1.2.1 Apabila surat permohonan diterima, hendaklah serta-merta mendaftar dalam Buku Daftar Surat dan menyerahkan Buku Daftar Surat berserta surat permohonan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian (PKMD/J/B)/Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis/Wilayah Persekutuan (PKMN Perlis/WP) untuk diminitkan.
1.3. Permohonan Melalui E-mel, atau Lain-Lain Media Sosial
1.3.1 Apabila permohonan melalui e-mel, atau lain-lain media sosial diterima, Pembantu Tadbir (PT) hendaklah serta-merta mencetak dan mendaftar dalam Buku Daftar Surat.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
13
PPKM/ PbKM/ PYB
2. Menyemak Dokumen Permohonan
2.1 Setelah status permohonan dikenal pasti, hendaklah dengan serta-merta menyemak dokumen permohonan adalah lengkap. a. Dokumen permohonan alat tiruan/alat
sokongan yang lengkap adalah:
i. Borang JKM 18 yang diisi lengkap dan telah diperakukan oleh pemohon;
ii. Dokumen sokongan yang lengkap merangkumi:
1. Salinan MyKad/MyKid Pemohon;
2. Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja;
3. Salinan kad OKU/slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU);
4. Disyorkan oleh Pegawai Perubatan/ Pakar Perubatan (kerajaan/swasta) /Pegawai JKM;
5. Penyata pendapatan atau Surat Pengesahan Pendapatan daripada majikan/Surat Akuan Pendapatan (jika bekerja sendiri);
6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil.air/elektrik/telefon/astro (bagi tujuan pengesahan alamat); dan
7. 1 (satu) sebutharga alat tiruan/alat sokongan yang diperolehi oleh klien daripada pembekal;
8. Sebutharga tidak diperlukan sekiranya alat tiruan/alat sokongan daripada stok simpanan PKMN/PKMD/J/B.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
14
PPKM/ PbKM/ PYB
3.0 Mendaftar Permohonan Melalui Sistem e-Bantuan
3.1 Setelah Borang JKM 18 dan dokumen sokongan disemak dan didapati lengkap hendaklah mendaftarkan permohonan pemohon melalui sistem e-Bantuan berdasarkan maklumat dalam Borang JKM 18.
Pegawai Kes
Pegawai Kes
4.0. Mengumpul Maklumat Pemohon
4.1. Apabila pemohon hadir mengikut tarikh temu janji yang ditetapkan, Pegawai Kes hendaklah serta-merta menjalankan temu bual bagi mendapatkan maklumat situasi/keperluan pemohon.
4.2. Setelah temu bual selesai dijalankan, hendaklah merekodkan maklumat dalam Borang Siasatan/Seliaan.
Pegawai Kes
Pegawai Kes
5.0 Menyediakan Laporan dan Syor
5.1. Berdasarkan laporan temu bual dan lawatan (jika berkaitan), hendaklah menyedia/ mengemaskini Laporan melalui Sistem e-Bantuan dan melengkapkan Ulasan serta Syor Pegawai Kes.
5.2. Setelah Ulasan dan Syor siap disediakan, Pegawai Kes hendaklah serta-merta menghantar Laporan melalui Sistem e-Bantuan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis/Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Labuan atau Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian untuk kelulusan.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
15
Pegawai Kes/PT
5.3. Setelah Laporan dihantar melalui Sistem e-Bantuan, hendaklah mengemukakan sampul kecil kepada PKMN/PKMD/PYDK secara serahan tangan.
PKMN/ PKMD/PYDK
PKMN/ PKMD/PYDK
PKMN/ PKMD/PYDK
6.0 Menyemak Laporan Penyiasatan Bantuan (JKM 19) dan Membuat Keputusan Permohonan
6.1 Apabila Laporan JKM 19 diterima daripada Pegawai Penyiasat melalui sistem e-Bantuan, hendaklah membuat pertimbangan dan keputusan permohonan sama ada diluluskan atau ditolak jika berpuashati dengan laporan siasatan dan ulasan Pegawai Penyiasat.
6.2. Jika kelulusan alat tiruan/alat sokongan melalui stok sedia ada di jabatan, kelulusan permohonan diluluskan oleh PKMN/PKMD/PYDK.
6.3. Setelah surat keputusan dijana dan Laporan JKM 19 diterima daripada Pegawai Kes, hendaklah menghantar surat keputusan kepada pemohon.
Pegawai Kes/ Ketua Unit Kebajikan Produktif Daerah/ Jajahan/ Bahagian atau PYB
7.0. Arahan Pembayaran
7.1. Bagi permohonan yang diluluskan, hendaklah menyediakan Penyata Bayaran (PB) BAT/S melalui Sistem e-Bantuan dan dihantar kepada Ketua Unit Kebajikan Produktif/PYB untuk semakan.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
16
Ketua Unit Kebajikan Produktif Daerah/ Jajahan/ Bahagian atau PYB
PT/ PYB
7.1.1. Setelah PB BAT selesai disemak oleh Ketua Unit Kebajikan Produktif/PYB hendaklah menghantar PB BAT/S bersama Memo Arahan Pembayaran kepada PT Kewangan (PT (W) untuk janaan baucar bayaran melalui Sistem e-Bantuan.
7.2.3. Bagi kes yang ditolak, PT/ PYB hendaklah memasukkan surat keputusan permohonan bantuan dan Laporan Penyiasatan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM19) ke dalam fail BAT/S.
PT (W)
Pegawai Kes
Pegawai Kes
8.0 Pembayaran BAT/S
8.1. Apabila PB BAT/S diterima dari Pegawai Kes, PT (W) hendaklah menjana baucar bayaran melalui integrasi e-Bantuan dan iGFMAS mengikut Tatacara Kewangan yang berkuatkuasa.
8.2. Apabila penyata EFT diterima dari Jabatan
Akauntan Negara (JANM), PT (W) hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Kes.
8.3. Pegawai Kes hendaklah menghubungi klien
untuk memastikan pembelian alat tiruan/alat sokongan dibuat di syarikat/kedai pembekal yang dipilih mengikut spesifikasi.
8.3.1 Pegawai Kes hendaklah menghubungi atau menemui klien dan memberitahu mengenai EFT serta mengingatkan klien agar
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
17
Pegawai Kes
Pegawai Kes
membuat pembelian barangan atau item sebagaimana yang dimohon dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh wang bantuan dikreditkan di dalam akaun penerima/EFT.
8.4. Pegawai Kes hendaklah mendapatkan Akuan
Penerimaan BAT (Lampiran 3) yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh klien/waris/wakil dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh wang dikreditkan ke dalam akaun/Tarikh EFT penerima bantuan. Akuan Penerimaan BAT perlulah dilampirkan dengan dokumen berikut:
a) Resit Atau Invois Pembelian
b) Gambar bukti pembelian BAT/S
8.5. Pegawai Kes/PYB perlulah menyemak Akuan
Penerimaan agar lengkap dan Resit Atau Invois Pembelian sama dengan butiran sebutharga yang ditawarkan oleh pembekal.
Pegawai Kes
PKMN
9. Permohonan BAT/S Melebihi RM10,000 dan ke atas.
9.1.Pegawai Kes perlu mendapatkan sokongan/perakuan PKMN sebelum boleh diluluskan oleh PKMD/PYDK.
9.1.1. Pegawai Kes mengemukakan secara
bersurat permohonan BAT/S berharga melebihi RM10,000 dan ke atas kepada PKMN.
9.1.2. PKMN membuat sokongan/perakuan dan mengembalikan kepada PKMD/J/B.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
19
10.0. TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN
10.1. PKMN dan PKMD/J/B perlu membuat unjuran keperluan BAT/S
setiap tahun dan memaklumkan kepada JKMN jumlah keperluan
tersebut.
10.2. Waran peruntukan bagi BAT/S akan diturunkan kepada PKMD/J/B
melalui JKMN masing-masing mengikut unjuran yang telah dibuat
oleh PKMN dan PKMD/J/B.
10.3. PKMN dan PKMD/J/B perlu memastikan peruntukan mencukupi
sebelum meluluskan BAT/S.
10.4. Kadar BAT/S dipertimbangkan berdasarkan kelulusan Pegawai
Pelulus dengan mengambilkira sumbangan keluarga (jika ada) dan
dimasukkan ke akaun bank klien.
10.5. Janaan baucar bayaran dibuat serta-merta selepas permohonan
diluluskan.
10.6 Dokumen-dokumen sokongan hendaklah diserahkan kepada PT (W)
semasa proses bayaran seperti berikut :
(i) Seperti di Para 7.4;
(ii) Salinan Penyata Akaun Terkini yang aktif;
(iii) Memo Arahan Bayaran kepada Unit Kewangan dan Penyata
Bayaran.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
10.7. Proses Pembayaran BAT/S seperti di Jadual 1 berikut:
Jadual 1 : Aliran Proses Pembayaran BAT/S
Tanggungjawab Sistem e-Bantuan Sistem iGFMAS
Ketua Bahagian/ Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian
Pegawai Kes
Ketua Unit Kebajikan Produktif/ Pegawai Yang Bertanggungjawab
Unit Kewangan
Jabatan Akauntan Negara
Sistem Bank
Terima dan Semak
Cetak Penyata Bayaran (PB) BAT/S
Jana/Sedia Arahan Pembayaran
Peraku 1
Semakan Pejabat Perakaunan
(AO)
Peraku 2
Permohonan diluluskan
Semak PB BAT/S dan sedia Memo Arahan Pembayaran
Proses Pembayaran
Maklumat BayaranAgihan Bayaran Ke Akaun Penerima
Laporan Penolakan Bayaran
TIDAK BERJAYA BERJAYA
Peraku 1
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
21
11.0 PEMANTAUAN
11.1. Tanggungjawab Ketua Jabatan
11.1.1. Ketua Jabatan/PKMD/J/B hendaklah memastikan semua
Pegawai dan kakitangan yang terlibat mematuhi Garis Panduan
Pengurusan Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan
dan prosedur kewangan sedia ada.
11.2. Pemakluman Keputusan
11.2.1. Pegawai yang bertanggungjawab atau Pegawai kes hendaklah
memaklumkan keputusan permohonan BAT/S secara bersurat.
11.2.2. Bagi permohonan yang diluluskan hendaklah disampaikan
secara tangan dan Pegawai Kes hendaklah menerangkan
tindakan yang perlu diambil oleh Penerima
Bantuan/Wakil/Waris berdasarkan senarai semak berikut di
Lampiran 4 :
a. Memajukan Satu (1) Salinan Penyata Akaun Terkini yang
aktif.
b. Melengkapkan dan memajukan kembali Borang Akuan
Penerimaan BAT/S dengan melampirkan dokumen tersebut:
(i) Resit/Invois Pembelian
(ii) Gambar Bukti Pembelian BAT/S
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
22
Nota: Pembelian perlu dilaksanakan dalam tempoh 2
minggu dari tarikh wang bantuan dikreditkan ke dalam
akaun penerima.
11.2.3. Pegawai yang bertanggungjawab atau Pegawai kes hendaklah
membuat semakan tindakan yang telah dibuat oleh penerima
BAT/S/Waris/Wakil agar mematuhi peraturan dan masa yang
telah ditetapkan dan merekodkan tindakan di dalam fail
penerima BAT/S.
11.2.4. Pegawai yang bertanggungjawab atau Pegawai kes hendaklah
memfailkan segala dokumen yang berkaitan di dalam fail
penerima BAT/S.
11.3 Tanggungjawab Penerima BAT/S
11.3.1 Penerima BAT/S/Waris/Wakil hendaklah menyerahkan satu (1)
Salinan Penyata Akaun Terkini yang aktif dalam tempoh segera
atau 1 Minggu dari tarikh surat kelulusan diterima.
11.3.2 Penerima BAT/S/Waris/Wakil perlulah melengkapkan dan
memajukan kembali Borang Akuan Penerimaan BAT/S dalam
tempoh 2 minggu setelah wang bantuan telah dikreditkan
ke dalam akaun penerima bantuan dengan melampirkan
dokumen tersebut:
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
23
a) Resit/Invois Pembelian
b) Gambar Bukti Pembelian BAT/S
11.3.3. Penerima BAT/S/Waris/Wakil hendaklah memaklumkan kepada
JKM sekiranya pembekal gagal membekalkan barang dalam
tempoh yang ditetapkan atau mana-mana perkara yang boleh
menjejaskan proses pembelian BAT/S tersebut. Contohnya:
a) Pembekal tidak mengikut spesifikasi yang telah
ditawarkan.
b) Pembekal memerlukan tambahan masa bagi
membekalkan BAT/S tersebut.
c) dan mana-mana perkara yang boleh menjejaskan
pembelian dan pembekalan BAT/S tersebut.
11.3.4. Waris/Wakil hendaklah memaklumkan kepada JKM sekiranya
penerima meninggal dunia.
12.0 PANDUAN HARGA SILING BAT/S
12.1. Panduan harga siling BAT/S ini disediakan sebagai rujukan kepada
Pegawai Kes dan Pelulus untuk membuat perbandingan harga
dengan sebutharga yang diterima daripada pemohon. Harga siling ini
adalah untuk dijadikan panduan dalam membuat keputusan dan
bukan sebagai satu ketetapan kerana harga mungkin berubah
mengikut keadaan semasa.
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
24
12.2. Harga siling BAT/S adalah seperti berikut:
Jadual 1: Harga Siling Jenis Amputasi (Kaki Palsu)
BIL. JENIS AMPUTASI (KAKI PALSU) RM
1. Amputasi bawah lutut 5,000
2. Amputasi paras lutut 10,000
3. Amputasi atas lutut 10,000
4. Amputasi ‘through hip’ 15,000
Jadual 2 : Harga Siling Jenis Amputasi (Tangan Palsu)
BIL. JENIS AMPUTASI (TANGAN PALSU) RM
1. Amputasi bawah pergelangan tangan 2,800
2. Amputasi paras siku 10,000
3. Amputasi atas siku 10,000
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
25
Jadual 3 : Harga Siling Jenis Amputasi (Kerusi Roda)
BIL. JENIS AMPUTASI (KERUSI RODA) RM
1. Standard wheelchair 400
2. Semilight weight wheelchair 1,500
3. Reclining wheelchair 1,500
4. Light weight wheelchair 2,000
5. Tilt-in-space wheelchair 3,000
6. Motorized wheelchair 7,000
7. Standing frame 250
Jadual 4 : Harga Siling Jenis Amputasi (Alat Bantu Dengar)
BIL. JENIS AMPUTASI (ALAT BANTU DENGAR) RM
1. Alat Bantu Dengar Analog seunit 3,500
2. Alat Bantu Dengar Digital seunit 4,000
3. Alat Bantu Dengar Analog sepasang 7,000
4. Alat Bantu Dengar Digital sepasang 8,000
LAMPIRAN 1
JKM 100/03/1/ JLD. 4 (25)
26
Jadual 5 : Harga Siling Jenis Amputasi (Alat-Alat Sokongan Lain)
BIL. JENIS AMPUTASI
(ALAT-ALAT SOKONGAN LAIN)
RM
1. Tongkat Biasa 400
2. Tongkat Putih 100
3. Tongkat Ketiak 200
4. Walking Frame 250
5. Kasut Khas 1,800
6. Mesin Braille 4,000
7. Cermin Mata Khas 1,000
Disediakan Oleh :
Bahagian Kebajikan Produktif Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Putrajaya
Februari 2019