JURNAL 6
TARIKH MINGGU KETUJUH
3 SEPTEMBER 2012 – 8 SEPTEMBER 2012
TAJUK Sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Kanak-Kanak & Jamuan
Hari Raya.
PERISTIWA Pada hari Sabtu bersamaan 8 September 2012, Sekolah
Kebangsaan Keledang Jaya telah mengadakan sambutan
Hari Kemerdekaan, Hari Kanak-Kanak dan Jamuan Hari
Raya. Saya dan rakan-rakan guru praktikum yang lain telah
diamanahkan untuk mengendalikan program pada hari
tersebut. Kami telah diberi tugasan masing-masing. Kami
mengendalikan bahagian aktiviti. Manakala guru-guru lain
bahagian penyediaan makanan untuk jamuan Hari Raya.
Kami menjalankan aktiviti mewarna poster, membuat tanjak
merdeka dan membuat koolam bendera Malaysia. Sewaktu
mengendalikan aktiviti ini, saya dapati kawalan murid tidak
terkawal. Hanya kami empat orang sahaja mengawal murid
dari setiap tahun iaitu tahun 1,2,3,4 dan 5. Pada permulaan
aktiviti, kawalan murid masih terkawal lagi kerana murid
tahun 1,2 dan 3 terlibat dengan aktiviti mewarnai poster dan
mereka melakukan aktiviti ini di dalam kelas. Mereka dijaga
oleh guru yang bertugas untuk mengawal mereka. Apabila
masuk kepada sesi kedua, semua murid diminta berkumpul
untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Dalam masa
inilah keadaan murid mula tidak terkawal. Bayangkanlah
hanya kami empat orang mengawal semua murid setiap
tahun. Kami terpaksa menjerit-jerit meminta mereka semua
bertenang dan senyap. Tambahan, aktiviti yang dijalankan
pada hari tersebut telah selesai sebelum pukul 1.00 tengah
hari. Jadi, kami telah diminta untuk menjalankan aktiviti
tambahan sehingga masa tamat pada pukul 1.00 tengah
hari.
BISIKAN HATI/ Perasaan saya pada hari tersebut sangat kecewa kerana
JURNAL 6
PERASAAN saya tidak mampu mengawal murid seramai itu. Saya
berasa amat letih dan tekak saya sakit kerana terpaksa
menjerit-jerit. Perasaan kecewa saya semakin bertambah
apabila saya melihat sikap murid pada masa kini yang
kurangnya rasa hormat terhadap guru. Saya lihat murid
pada masa kini bersikap semakin biadap. Apabila cikgu
memarahi mereka, mereka akan menjawab atau tidak
mengendahkan guru tersebut. Apabila dipukul baru mereka
akan senyap. Itu yang membuatkan saya bertambah
kecewa.
MENGANALISIS/ Sewaktu menjalankan aktiviti sambutan ini, saya dapati
tiada guru yang ditugaskan untuk menjaga dan mengawal
disiplin murid. Keadaan ini menyebabkan tiada guru yang
menjaga disiplin murid pada hari aktiviti tersebut. Perkara ini
menyebabkan hanya saya dan rakan-rakan sahaja yang
bertugas untuk menjaga disiplin murid.
KESEDARAN
BARU /
HARAPAN
Apabila berlaku perkara sebegini, saya sedar bahawa saya
perlu lebih tegas lagi agar murid rasa hormat dengan saya.
Di masa akan datang, jika saya ditugaskan untuk
menjalankan aktiviti seperti ini, saya perlu meminta
jawatankuasa disiplin dan kawalan murid dilantik. Hal ini
bagi memastikan disiplin dan kawalan murid lebih terkawal
apabila aktiviti sebegini dijalankan. Murid akan sentiasa
dalam keadaan terkawal kerana mereka tahu ada guru yang
sedang mengawasi mereka.
CADANGAN/
TINDAKAN
Tindakan saya akan datang apabila saya ditugaskan untuk
menjalankan aktiviti seperti ini, saya akan menyemak
senarai AJK Program supaya ada AJK Disiplin dan Kawalan
Murid dilantik. Jika tiada, saya akan meminta jasa baik guru
yang menyiapkan senarai AJK tersebut untuk mengadakan
jawatan itu. hal ini bertujuan supaya pisang tidak berbuah
dua kali. Saya tidak mahu kejadian yang sama berulang
JURNAL 6
lagi. Saya juga akan menyediakan aktiviti tambahan dengan
lebih banyak lagi agar apabila program tamat lebih awal
daripada waktu yang ditetapkan saya ada aktiviti tambahan
yang boleh dijalankan lagi.