3
KANDUNGAN
1. GARIS PANDUAN INSTRUMEN GENERIK
2. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PdP GURU
3. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PENGAJARAN DAN PENTADBIRAN
[PT (A) ]
4. GARIS PANDUAN INSTRUMEN GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING [GBK]
5. GARIS PANDUAN INSTRUMEN JURULATIH
6. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PdP PENSYARAH
7. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
[PT (B) ]
8. GARIS PANDUAN INSTRUMEN FASILITATOR
9. GARIS PANDUAN INSTRUMEN KAUNSELOR
10. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PEGAWAI PUSAT PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN KHAS [3PK]
11. JAWATANKUASA PENGGUBALAN GARIS PANDUAN INSTRUMEN
12. AHLI PANEL PENGGUBALAN GARIS PANDUAN INSTRUMEN
2
D1 : PROFESIONALISME
E1 : NILAI PROFESIONAL
A1.1 : AMALAN PROFESIONAL
HURAIAN
Amalan profesional ialah keupayaan pegawai untuk mengetahui, memahami, mematuhi dan mempamerkan tingkah laku beretika sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Mengetahui dan memahami ialah keupayaan pegawai untuk menjelaskan tingkah laku beretika. Mempamerkan ialah keupayaan pegawai untuk memperlihatkan tingkah laku beretika. Mematuhi ialah keupayaan pegawai untuk patuh kepada tingkah laku beretika.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
- mengetahui, memahami, mematuhi dan mempamerkan:
- Etika Kerja Penjawat Awam, Contoh: amanah, berketrampilan, integriti dan sebagainya.
- Semangat patriotisme, non-partisan, neutrality dan mematuhi tata kelakuan sebagai penjawat awam Contoh :
i. cinta dan taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara serta kerajaan (Goverment of the day)
ii. menjalankan tugas tanpa memihak kepada mana-mana parti politik iii. tidak mengutamakan kepentingan peribadi sehingga membelakangkan tugas
awam
- Etika Keguruan Contoh : kecintaan terhadap profesion
- Etika Kaunseling – berdasarkan Akta 580 (GBKSM dan Kaunselor) Contoh: boleh diteladani
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Kaedah pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung terhadap tingkah laku dan amalan kerja harian mengikut etika atau garis panduan yang berkuat kuasa.
3
D1 : PROFESIONALISME
E1 : NILAI PROFESIONAL
A1.2 : HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN
HURAIAN
Hubungan dengan pelanggan ialah interaksi pegawai dengan pelanggan yang berkaitan dengan bidang tugasnya. Interaksi merujuk kepada semua bentuk hubungan seperti perbualan bersemuka, panggilan telefon, e-mel dan bentuk-bentuk lain hubungan profesional dan rasmi. Pelanggan ialah murid, ibu bapa, guru, pegawai-pegawai di PPD, JPN dan KPM serta orang awam yang berurusan dengan organisasi KPM.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mewujudkan hubungan yang positif dengan pelanggan Contoh:
- kesantunan - kemesraan - adil - hormat-menghormati - percaya-mempercayai - segera mengambil tindakan
berinteraksi untuk menyempurnakan tugas dalam bidang kerjanya
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
e-mel
surat
memo
media sosial
foto
video
keratan akhbar
bahan-bahan lain Temu bual Contoh soalan yang boleh diajukan: Bagaimanakah anda melayan pelanggan? Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
4
D1 : PROFESIONALISME
E2 : SAHSIAH
A2.1 : MENGUTAMAKAN PENCAPAIAN
HURAIAN
Mengutamakan pencapaian ialah keupayaan pegawai untuk memberikan komitmen dan menunjukkan sikap profesional dalam menyelesaikan tugasan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menunjukkan kesungguhan dalam mencapai matlamat
menunjukkan keprihatinan terhadap kecekapan dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan
berusaha dalam mencapai matlamat
menyelesaikan tugasan dengan kesungguhan yang tinggi
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
audio
video
bahan bercetak
bahan-bahan lain yang sesuai Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
5
D1 : PROFESIONALISME
E2 : SAHSIAH
A2.2 : KEPANTASAN BERTINDAK
HURAIAN
Kepantasan bertindak ialah keupayaan pegawai untuk menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan mencapai hasil/ objektif.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
melaksanakan sesuatu arahan/ tugasan berdasarkan tempoh dan sasaran kerja yang ditetapkan
bertindak dengan berkesan dalam menyelesaikan tugasan mengikut sasaran kerja dan tempoh masa yang ditetapkan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
audio
video
bahan bercetak
bahan-bahan lain yang sesuai Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan? Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
6
D1 : PROFESIONALISME
E2 : SAHSIAH
A2.3 : KEMATANGAN EMOSI DAN KEYAKINAN DIRI
HURAIAN
Kematangan emosi dan keyakinan diri ialah keupayaan pegawai untuk menguruskan perasaan, fikiran dan keyakinan diri bagi mengawal tindakan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
memahami keadaan emosi diri sendiri dan individu lain serta menggunakan pemahaman tersebut untuk kebaikan organisasi
mempercayai kebolehan diri sendiri untuk melaksanakan tugas
memilih tindakan yang berkesan bagi sebarang tugasan atau masalah
memanipulasi emosi diri sendiri dan individu lain untuk meningkatkan keyakinan serta tindakan demi kebaikan organisasi semasa menjalankan tugas
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung.
7
D1 : PROFESIONALISME
E2 : SAHSIAH
A2.4 : BUDAYA KERJA SEPASUKAN
HURAIAN
Budaya kerja sepasukan ialah keupayaan pegawai untuk melibatkan diri secara berkumpulan bagi menyelesaikan tugas-tugas harian yang bersesuaian.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mewujudkan suasana kerja sepasukan yang harmoni dan mesra
menyesuaikan diri dalam semua keadaan ke arah mencapai visi dan misi organisasi
melibatkan diri dalam kerja secara berkumpulan bagi menyelesaikan tugasan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
audio
video
bahan bercetak
bahan-bahan lain yang sesuai
Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
8
D1 : PROFESIONALISME
E2 : SAHSIAH
A2.5 : BERFOKUSKAN PELANGGAN
HURAIAN
Berfokuskan pelanggan ialah keupayaan pegawai untuk mengutamakan dan memenuhi keperluan pelanggan yang berkaitan dengan bidang tugasnya.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
memberikan tumpuan bagi memahami dan memenuhi kehendak atau keperluan pelanggan
mengutamakan dan memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
kamera litar tertutup
soal selidik
bahan-bahan lain yang berkaitan Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:
Adakah anda sentiasa mengutamakan pelanggan?
Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
9
D1 : PROFESIONALISME
E3 : POTENSI
A3.1 : KEPIMPINAN BERWAWASAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
HURAIAN
Kepimpinan berwawasan dan membuat keputusan ialah keupayaan pegawai untuk menetapkan hala tuju dan menggerakkan sumber untuk membuat keputusan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menetapkan hala tuju / matlamat organisasi / sasaran
membangkitkan komitmen pasukan
mempunyai keinginan untuk memimpin yang lain dalam usaha mencapai matlamat organisasi / sasaran
membuat keputusan secara berkesan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
audio
video
bahan bercetak
bahan-bahan lain yang sesuai Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:
Adakah keputusan yang dibuat memberikan impak kepada organisasi?
Adakah anda faham hala tuju organisasi?
Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
10
D1 : PROFESIONALISME
E3 : POTENSI
A3.2 : PENYESUAIAN PERUBAHAN
HURAIAN
Penyesuaian perubahan ialah keupayaan pegawai untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan cabaran dalam tugas, kepimpinan dan dasar organisasi. Perubahan merujuk kepada pertukaran kepimpinan, dasar-dasar baharu, keadaan dan tugas yang berbeza. Cabaran merujuk kepada sesuatu yang menguji kemampuan atau ketabahan seseorang pegawai dalam bidang tugas.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menerima perubahan dan menghadapi cabaran
menyesuaikan diri dengan perubahan
menghadapi cabaran ketika menyelesaikan masalah
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
audio
video
bahan bercetak
bahan-bahan lain yang sesuai Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:
Bagaimanakah anda menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran?
Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
11
D1 : PROFESIONALISME
E3 : POTENSI
A3.3 : KEINGINAN MENIMBA PENGETAHUAN
HURAIAN
Keinginan menimba pengetahuan ialah keupayaan pegawai untuk mempelajari ilmu, kemahiran dan nilai baharu bagi menyelesaikan masalah semasa menjalankan tugas.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mempelajari perkara baharu bagi mendapatkan maklumat
menggunakan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan
meningkatkan ilmu, kemahiran dan nilai baharu bagi menyelesaikan masalah
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
audio
video
bahan bercetak
Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM)
bahan-bahan lain yang sesuai Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
12
D1 : PROFESIONALISME
E3 : POTENSI
A3.4 : PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF
HURAIAN
Pemikiran kreatif dan inovatif ialah keupayaan pegawai untuk menghasilkan idea atau melakukan penambahbaikan dalam bidang tugas.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menghasilkan idea
memperkenalkan sesuatu yang baharu
menghasilkan buah fikiran yang baharu
melaksanakan penambahbaikan dalam bidang tugas
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
audio
video
bahan bercetak
bahan-bahan lain yang sesuai Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah bentuk inovasi yang telah anda laksanakan dalam organisasi?
Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
13
D1 : PROFESIONALISME
E4 : KEILMUAN DAN PENGETAHUAN
A4.1 : DASAR-DASAR KERAJAAN
HURAIAN
Dasar-dasar kerajaan ialah keupayaan pegawai untuk mengetahui, memahami dan menghayati dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mengetahui, memahami dan mematuhi dasar utama KPM
menyatakan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan bidang tugas
mematuhi dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan tugas harian
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:
Jelaskan anjakan-anjakan dalam PPPM.
Soalan tentang dasar-dasar kerajaan yang lain
14
D1 : PROFESIONALISME
E4 : KEILMUAN DAN PENGETAHUAN
A4.2 : PERATURAN DAN PEKELILING
HURAIAN
Peraturan dan pekeliling ialah keupayaan pegawai untuk mengetahui, memahami dan mematuhi peraturan dan pekeliling yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mengetahui, memahami dan mematuhi pekeliling utama mengikut bidang tugas yang berkaitan
menyatakan peraturan dan pekeliling yang berkaitan
mengamalkan peraturan dan pekeliling dalam tugas harian
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
dokumen profil individu
surat-surat pekeliling
bahan-bahan lain yang sesuai Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:
Jelaskan kandungan surat pekeliling tentang etika berpakaian penjawat awam?
15
D1 : PROFESIONALISME
E4 : KEILMUAN DAN PENGETAHUAN
A4.3 : PENGUASAAN BIDANG TUGAS
HURAIAN
Penguasaan bidang tugas ialah keupayaan pegawai untuk melaksanakan fungsi bidang tugas.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mengetahui dan menguasai fungsi bidang tugas
menjelaskan fungsi bidang tugas dengan terperinci
memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada rakan sekerja
menjadi sumber rujukan kepada pelanggan dan organisasi
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
kertas cadangan
kertas kerja
laporan program
gambar
video
bahan-bahan lain yang sesuai Temu bual
Contoh soalan yang boleh dikemukakan:
Bagaimanakah anda menggunakan kepakaran anda untuk membantu rakan sejawatan ?
16
D1 : PROFESIONALISME
E4 : KEILMUAN DAN PENGETAHUAN
A4.4 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
HURAIAN
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merujuk kepada keupayaan pegawai untuk menguasai ilmu dan pengetahuan tentang TMK dan mengintegrasi serta membudayakan TMK dalam bidang tugas.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mengetahui dan memahami TMK dalam bidang tugas
menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang TMK
menguasai TMK dalam bidang tugas
mengintegrasikan pelbagai komponen TMK dalam bidang tugas
mengaplikasikan TMK dalam bidang tugas dan kehidupan harian
membudayakan peningkatan ilmu TMK
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
blog
Frog VLE
e-mel
brosur
memo dalaman
bahan-bahan lain yang sesuai Temu bual
Contoh soalan yang boleh dikemukakan:
Bagaimanakah anda mengaplikasikan TMK dalam bidang tugas?
Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
17
D1 : PROFESIONALISME
E5 : KESEDIAAN DAN KEWIBAWAAN
A5.1 : KESEDIAAN MENJALANKAN ARAHAN / TUGAS-TUGAS LAIN
HURAIAN
Mematuhi arahan yang berkaitan dengan tugas dan kepentingan organisasi Tugas-tugas lain selain tugas hakiki merujuk kepada keupayaan pegawai untuk melaksanakan tugas-tugas lain selain tugas hakiki dalam / luar organisasi tempat bertugas.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan dan kesediaan pegawai untuk:
melaksanakan arahan / tugas-tugas lain selain tugas hakiki yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa dalam / luar organisasi yang meliputi:
- tugas yang perlu dilaksanakan - kepentingan institusi tempat bertugas - tugas hakiki yang lain
Contoh tugas-tugas lain selain tugas hakiki anjuran agensi dalam dan luar organisasi; Guru Akademik dilantik menjadi:
- Jurulatih Utama peringkat PPD/ JPN/ KPM - penceramah - fasilitator - hakim pertandingan - panel penggubal item - pengawas peperiksaan awam - pemeriksa kertas peperiksaan awam - tugas-tugas lain yang berkaitan
Guru Sukan dilantik menjadi:
- pengadil bola sepak - pengadil MSSM - pengadil FAM - pengurus pasukan bola sepak daerah/ negeri - tugas-tugas lain yang berkaitan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
surat
sijil
video
brosur
gambar
bahan-bahan lain yang sesuai Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
18
D1 : PROFESIONALISME
E5 : KESEDIAAN DAN KEWIBAWAAN
A5.2 : KEUPAYAAN MELAKSANAKAN BIMBINGAN DAN PEMENTORAN
HURAIAN
Bimbingan dan pementoran ialah keupayaan pegawai untuk berkongsi idea, memberikan tunjuk ajar, menggalakkan dan memotivasikan orang lain bagi meningkatkan ilmu atau kemahiran dalam bidang tugas.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
berkongsi idea, memberi bimbingan atau konsultasi untuk meningkatkan ilmu atau kemahiran
menggalakkan dan memotivasikan rakan sekerja atau pegawai / kakitangan di bawah seliaan bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran
bersedia untuk berkongsi idea dalam melaksanakan tugas-tugas harian
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
buku log pementoran
catatan refleksi guru
dokumen PLC
portfolio PPPB
gambar
video
bahan-bahan lain yang sesuai Pemerhatian Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung
19
D2 : PENGLIBATAN
E1 : HUBUNGAN LUAR
A1.1 : JALINAN DAN JARINGAN (NETWORKING AND LINKAGES)
HURAIAN
Jalinan dan jaringan (networking and linkages) ialah keupayaan pegawai untuk mewujudkan hubungan dengan pihak luar bagi meningkatkan keupayaan melaksanakan tugasan. Jalinan ialah kerjasama / kolaborasi / perkongsian pintar antara organisasi pegawai dengan pihak luar yang bukan dalam bidang yang sama. Contoh: Pihak institusi pendidikan dengan bukan institusi pendidikan sama ada pihak kerajaan / swasta / NGO / komuniti lain sama ada di dalam atau di luar negara Jaringan ialah kerjasama / kolaborasi / perkongsian pintar antara organisasi pegawai dengan pihak luar dalam bidang yang sama. Contoh: Pihak institusi pendidikan dengan institusi pendidikan lain sama ada pihak kerajaan / swasta sama ada di dalam atau di luar negara
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mewujudkan dan membina hubungan secara kolaboratif, perkongsian pintar dan seumpamanya dengan pihak luar berkaitan dengan bidang tugas.
Mewujudkan kerjasama bagi membantu pegawai untuk meningkatkan prestasi dalam bidang tugas dengan pelbagai cara.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
gambar
video
laporan program
brosur
bahan-bahan lain yang sesuai
20
D2 : PENGLIBATAN
E2 : SUMBANGAN
A1.2 : SUMBANGAN PROFESIONAL DAN / ATAU SOSIAL
HURAIAN
Sumbangan profesional dan / atau sosial ialah keupayaan pegawai untuk menyumbangkan tenaga dan kepakaran di luar tugas rasmi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
melibatkan diri dalam memberikan sumbangan profesional dan / atau sosial selain tugasan hakiki dan tugasan sampingan
Sumbangan profesional merujuk kepada semua yang berikut:
- mempunyai kaitan bidang kepakaran - penglibatan dalam atau luar organisasi - mempunyai pilihan menerima atau menolak - mendapat kebenaran ketua jabatan semasa waktu bekerja - memaklumkan kepada ketua jabatan jika di luar waktu bekerja
Contoh Sumbangan Profesional: Kegiatan dan sumbangan berdasarkan bidang kepakaran di luar tugas rasmi yang
berfaedah kepada organisasi/ komuniti/ negara pada tahun yang dinilai tidak termasuk pertubuhan politik (merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 /2012)
- Penceramah dalam atau luar organisasi berkaitan bidang kepakaran - Jurulatih hoki peringkat PPD/ JPN/ KPM atau di luar organisasi - Guru agama - menjadi hakim tilawah peringkat PPD/ JPN/ KPM atau di luar
organisasi seperti daerah/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa Sumbangan sosial merujuk kepada semua yang berikut:
- ada/ tiada kaitan bidang kepakaran. - penglibatan di luar organisasi. - mempunyai pilihan menerima atau menolak. - mendapat kebenaran ketua jabatan semasa waktu bekerja - memaklumkan kepada ketua jabatan jika di luar waktu bekerja
Contoh sumbangan sosial: Kegiatan dan sumbangan yang ada/ tiada kaitan bidang kepakaran di luar tugas rasmi
yang berfaedah kepada organisasi/ komuniti/ negara pada tahun yang dinilai tidak termasuk pertubuhan politik. (merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 /2012)
- Penceramah untuk komuniti / persatuan yang ada kaitan / tiada kaitan dengan kepakaran
- Guru agama – menjadi hakim / menyampaikan kuliah agama / imam / bilal / pegawai masjid dll.
- JK surau / masjid, PIBG, Majlis Permuafakatan Penduduk dll - Ahli /JK persatuan atau NGO dll - Melibatkan diri dalam program / aktiviti kemasyarakatan anjuran pelbagai pihak
Sumbangan merujuk kepada keaktifan (bilangan sumbangan/ penglibatan/ aktiviti) yang disertai kepada sesuatu organisasi di luar jabatan dan berkualiti.
21
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
sijil
surat
gambar
video
laporan program
keratan akhbar
brosur
cenderamata
bahan-bahan lain yang sesuai
23
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN PdP
A1.1 : PENGETAHUAN
HURAIAN
Pengetahuan PdP ialah ilmu yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru. Pengetahuan PdP berdasarkan sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum/ Majlis Peperiksaan Malaysia.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menguasai isi kandungan bidang yang berkaitan seperti istilah, konsep dan prosedur - mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar
menguasai pengetahuan pedagogi yang dinyatakan melalui teknik/ kaedah/ strategi penyampaian yang telah dirancang.
- mempunyai pengetahuan yang berkaitan dengan penyampaian ilmu dalam pelbagai
teknik/ kaedah/ strategi yang berkesan dalam proses PdP.
menunjukkan kepekaan terhadap ciri-ciri dan gaya pembelajaran murid/ tahap penguasaan murid - mempunyai kepekaan yang tinggi berkaitan dengan ciri-ciri dan gaya pembelajaran murid/
tahap penguasaan murid.
menggabungjalinkan pengetahuan pedagogi dengan isi kandungan dalam merancang PdP untuk penyampaian yang berkesan. - berupaya untuk menyesuaikan teknik penyampaian dan kandungan mata pelajaran.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
Sukatan Pelajaran terkini
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Rancangan Pendidikan Individu- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (RPI)
buku panduan / manual yang berkaitan dengan kurikulum
rekod pencapaian murid bagi kelas yang diajar
dokumen lain yang berkaitan
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah perubahan terbaharu Sukatan Pelajaran?
Mengapakah strategi ini dipilih?
24
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN PdP
A1.2 : PERANCANGAN
HURAIAN
Perancangan bermaksud rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah/ makmal/ pusat pembelajaran dalam jangka masa tertentu.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) mengikut prosedur yang ditetapkan - penulisan buku rekod mengikut pekeliling SPI Bil. 3/1999
merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mengikut prosedur yang ditetapkan - penulisan RPH mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Panitia Mata Pelajaran/
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
memilih bahan bantu belajar/ sumber pendidikan - pemilihan bahan perlu berdasarkan kesesuaian, mudah digunakan, mesra guru dan murid,
dan berkesan sebagai bahan bantu untuk memudahkan murid memahami dan menguasai isi pelajaran
menentukan strategi, teknik dan kaedah pengajaran - mengenal pasti strategi, teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan keupayaan
murid serta pengurusan masa yang cekap dalam proses PdP.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Rancangan Pendidikan Individu- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (RPI)
Bahan Bantu Belajar
Buku Rekod Mengajar
dokumen lain yang berkaitan
25
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN PdP
A1.3 : PENGETAHUAN PENTAKSIRAN
HURAIAN
Pengetahuan Pentaksiran merangkumi ilmu pengetahuan untuk membuat ujian formatif dan sumatif.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
membina item pentaksiran - membuat soalan berdasarkan topik/ sukatan
membuat analisis item - membuat analisis item berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan
menyediakan laporan/ maklum balas untuk penambahbaikan.
membuat tindakan susulan - mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah/
kelemahan yang ada.
menyediakan soalan secara berhierarki (mudah kepada sukar) berdasarkan teori tertentu
bagi mengetahui kesediaan murid/ pengetahuan sedia ada murid.
- Menyediakan soalan berdasarkan taksonomi Bloom.
menganalisis keperluan murid berasaskan pengetahuan sedia ada murid - memahami masalah yang dialami oleh murid dalam isi pelajaran dan bentuk soalan yang
paling sesuai.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
Jadual Spesifikasi Ujian/ Item
item pentaksiran
peraturan pemarkahan
moderasi/ penyelarasan pemarkahan
analisis item dan data
tindakan susulan
bank soalan
dokumen lain yang berkaitan
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Bagaimanakah anda membina item pentaksiran?
Apakah aras taksonomi Bloom untuk murid pada tahap sederhana?
26
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PERANCANGAN PdP
A2.2 : PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN
HURAIAN Penggunaan sumber pendidikan bermaksud guru menggunakan bahan bantu belajar seperti buku teks, buku rujukan, bahan multimedia, bahan bukan buku, surat khabar, majalah, internet dan sebagainya.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
memilih sumber pendidikan yang menarik, selamat dan berkesan - sumber pendidikan yang digunakan menarik, selamat dan berkesan serta dapat
membantu murid memahami isi pelajaran.
menyediakan sumber pendidikan yang berkesan - sumber pendidikan yang disediakan mestilah berkesan mengikut aspek ruang, masa
dan keperluan.
menggunakan sumber pendidikan yang berkesan - sumber pendidikan digunakan secara optimum
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
internet / multimedia
buku/ majalah / surat khabar
dokumen lain yang berkaitan Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Adakah bahan sumber pendidikan yang digunakan dapat membantu pemahaman murid?
Apakah impak bahan sumber pendidikan kepada PdP?
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
bahan sumber pendidikan digunakan secara optimum.
bahan sumber pendidikan yang digunakan bertepatan dengan isi pelajaran. Pemerhatian
Memantau bahan sumber pendidikan
Mengenal pasti daya usaha dan cara penyediaan bahan sumber pendidikan.
27
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PERANCANGAN PdP
A2.3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
HURAIAN Kemahiran komunikasi ialah kebolehan memindahkan maklumat, perasaan, idea,
dan fikiran individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
berkomunikasi dengan berkesan bagi menggalakkan tumpuan murid terhadap PdP
- menggunakan bahasa yang jelas, mudah dan tepat.
mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan - memberikan perhatian, membuat pertimbangan dan memberi maklum balas yang
sewajarnya
menerapkan nilai-nilai murni dalam komunikasi - menanamkan/ memupuk nilai-nilai murni dalam komunikasi serta mengamalkan
kemahiran insaniah.
PENJELASAN
KAEDAH
PENILAIAN
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah bentuk komunikasi yang digunakan sama ada sehala atau dua hala?
Adakah menggunakan bahasa yang sopan dan beradab?
Pencerapan
Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
menggunakan bahasa yang mudah difahami
sebutan yang jelas
nada dan intonasi yang sesuai
menjadi pendengar yang baik
berkomunikasi secara sopan
28
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PERANCANGAN PdP
A2.4 : TEKNIK PENYOALAN
HURAIAN
Teknik penyoalan merangkumi usaha-usaha untuk menyampaikan dan mendapatkan maklumat, fakta, konsep dan prinsip sesuatu bidang ilmu serta meningkatkan kemahiran berfikir murid.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mempelbagaikan teknik penyoalan bagi menggalakkan murid berfikir. - memerlukan teknik penyoalan yang pelbagai dan mempunyai unsur kreativiti dan inovasi.
mempelbagaikan teknik penyoalan yang berkesan untuk meningkatkan pemahaman murid. - memudahkan murid memahami soalan mengikut tahap pencapaian
mengemukakan soalan yang mampu mendorong minat serta pemikiran kritis dan kreatif. - mengemukakan soalan yang mempunyai unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
kertas ujian
soalan latihan
kuiz
contoh-contoh lain yang sesuai
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah teknik penyoalan yang digunakan?
Adakah teknik penyoalan dapat membantu murid berfikir secara kreatif dan kritis?
Pencerapan
Penggunaan teknik penyoalan yang berkesan / tidak berkesan
Teknik penyoalan dapat merangsang murid untuk memberikan jawapan.
29
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PERANCANGAN PdP
A2.5 : PENGLIBATAN DAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID
HURAIAN
Penglibatan dan penguasaan pembelajaran murid ialah penyertaan murid dalam proses PdP dan penguasaan murid dalam isi pelajaran.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menggalakkan penglibatan dan penguasaan murid dalam pembelajaran - memastikan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan boleh memberikan
respons yang baik
menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP
- menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam PdP.
menggalakkan murid memberikan tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu PdP
- menggunakan kreativiti guru yang dapat menarik minat dan tumpuan murid dalam PdP.
Meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran - Memastikan penguasaan pembelajaran murid meningkat.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Pencerapan
Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
perbincangan
memberikan respons terhadap soalan/ arahan guru
membuat gerakan fizikal atau arahan-arahan lain daripada guru
berinteraksi dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan
30
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN PdP
A3.1 : PENILAIAN PRESTASI MURID
HURAIAN
Penilaian Prestasi Murid bermaksud kaedah-kaedah untuk memperoleh dapatan tentang tahap pemahaman dan penguasaan murid terhadap isi pelajaran.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
membuat penilaian bagi menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid - melaksanakan penilaian formatif dan sumatif untuk menentukan tahap pencapaian murid
dalam menguasai isi pelajaran
menggunakan kaedah yang sesuai untuk membuat penilaian - mempelbagaikan kaedah secara lisan dan bukan lisan untuk menilai tahap keupayaan
murid
membuat tindakan susulan setelah penilaian dijalankan - melaksanakan refleksi berdasarkan data dan maklum balas untuk membuat
penambahbaikan.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
rekod pencapaian murid
hasil kerja murid
buku latihan
lembaran kerja
data/graf
hasil penulisan
jurnal/penulisan refleksi
dokumen lain yang berkaitan
Pencerapan
Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
jawapan murid
kuiz
ujian
pengayaan
pemulihan
32
D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.1 : PENCAPAIAN MATLAMAT
HURAIAN
Kepimpinan ialah perlakuan mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat atau tujuan akhir sesuatu pekerjaan. Kepimpinan instruksional ialah kepimpinan yang mengutamakan usaha secara langsung atau tidak langsung yang mempengaruhi pendekatan guru / pensyarah mengajar dan menghasilkan pembelajaran serta peningkatan potensi murid / pelajar. Pencapaian matlamat adalah usaha yang diambil untuk merancang, melaksana, menyelia dan menilai strategi pengajaran dan pembelajaran.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
merancang strategi - menetapkan KPI organisasi - menyediakan agihan sasaran (cascading) KPI dalam bentuk SKT.
melaksanakan strategi
- mematuhi tempoh pelaksanaan (jangka masa pelaksanaan) - mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber bawah kawalan seperti sumber
kewangan dan sumber manusia
menyelia strategi
- melihat pelaksanaan dalam tempoh masa yang ditetapkan - memastikan halangan semasa pelaksanaan diambil tindakan
menilai strategi - membuat penilaian semula (post mortem) keberkesanan strategi - mengambil tindakan susulan untuk penambahbaikan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
- buku program / brosur
- laporan minit mesyuarat
- maklum balas
- rekod / analisis pencapaian
- Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
- semakan SKT
- kertas kerja
- sijil / anugerah
- laporan pelaksanaan
- dokumen lain yang berkaitan
33
D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.2 : PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PENGAJARAN
HURAIAN
Perancangan dan pembangunan pengajaran ialah proses yang sistematik untuk membentuk kebolehan dan kemampuan pegawai dalam merancang, melaksana dan menilai program PdP.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk :
merancang pelan pembangunan PdP dalam bentuk pelan tindakan / taktikal / operasi berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
menetapkan projek / aktiviti bagi meningkatkan kualiti dalam pelaksanaan PdP
melaksanakan program PdP sebagaimana yang telah dirancang dalam takwim tahunan
menilai program PdP yang telah dilaksanakan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut :
Sasaran Kerja Tahunan
kertas kerja dan laporan program pembangunan PdP / P&P
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Harian (RPH).
bahan bantu mengajar
instrumen pemantauan / jadual
rekod pencapaian mata pelajaran
dokumen lain yang berkaitan
34
D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.3 : PERKONGSIAN PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN
HURAIAN
Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ialah keupayaan pegawai untuk berkongsi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan subordinat berkaitan PdP.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk :
berinteraksi / berkolaboratif dengan guru / pensyarah atau staf bukan akademik bagi meningkatkan kualiti prestasi kerja
berkongsi pengetahuan dengan warga organisasi - berkongsi ilmu berdasarkan bidang kepakaran, pembacaan, latihan, kursus dan lain-lain.
berkongsi pengalaman dengan warga organisasi - perkongsian pengalaman secara formal ataupun tidak formal
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan: Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
laporan program
minit curia / minit mesyuarat
catatan perjumpaan
jurnal / artikel
sijil
perkongsian bacaan buku
gambar
kertas kerja
dokumen lain yang berkaitan
35
D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.4 : PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
HURAIAN
Penyeliaan adalah proses memerhati, menilai dan memberi bimbingan,
Pemantauan adalah aktiviti menyelia, mengawal dan memerhati yang dilakukan oleh pihak
kepimpinan secara terancang dan hasilnya direkod dengan kemas kini bertujuan untuk
memastikan pelaksanaan program berada pada landasan yang betul dan dapatan daripada
pemantauan digunakan menilai keberkesanan program / aktiviti yang telah dilaksanakan.
Pencerapan ialah proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan PdP
menggunakan instrumen yang ditetapkan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk :
menyelia pelaksanaan operasi organisasi mengikut bidang tugas
mencerap pelaksanaan operasi organisasi mengikut bidang tugas
memantau operasi organisasi mengikut bidang tugas
memberi bimbingan profesional mengikut bidang tugas
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan: Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
borang pencerapan
buku log / fail meja
jadual pencerapan dan penyeliaan
minit mesyuarat
takwim aktiviti
rancangan tahunan
dokumen bimbingan
dokumen lain yang berkaitan
36
D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.5 : PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
HURAIAN
Pembelajaran dan pengajaran ialah proses penyampaian ilmu pengetahuan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk :
melaksanakan PdP mengikut sukatan pelajaran.
mempelbagaikan kaedah dan teknik PdP
menguruskan masa PdP
mencapai objektif / hasil PdP
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut :
sukatan pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran
Rancangan Pengajaran Tahunan / Kalendar Akademik / Proforma Tahunan
Buku Persediaan Mengajar / fail pensyarah
borang pencerapan / pemantauan PdP
laporan pencerapan
jadual waktu
dokumen lain yang berkaitan
37
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.1 : BERFOKUSKAN BIDANG TUGAS
HURAIAN
Berfokuskan bidang tugas ialah tumpuan pegawai untuk melaksanakan tugas dalam organisasi berdasarkan proses kerja yang terkandung dalam Fail Meja dan dokumen lain yang berkaitan. Fail Meja ialah dokumen rujukan bagi peringkat individu atau bagi sesuatu jawatan tertentu. Ia menjelaskan arah tuju jabatan atau unit atau pun peranan yang perlu dilaksanakan serta mempunyai garis panduan yang lengkap bagi menjalankan kerja supaya tugas yang mereka lakukan adalah cekap dan sempurna.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk :
merancang pelbagai strategi untuk melaksanakan bidang tugas berkenaan - mengatur program, aktiviti dan projek yang berkait dengan bidang tugas - contoh: kursus, bengkel dan seminar peningkatan prestasi akademik/bukan akademik
melaksanakan pelbagai strategi dalam bidang tugas berkenaan - menjalankan program, aktiviti dan projek yang berkait dengan bidang tugas
melaporkan pelaksanaan bidang tugas berkenaan sebagai sumber rujukan - memaklumkan program,aktiviti dan projek yang telah dilaksanakan kepada pihak
atasan
menambah baik strategi untuk melaksanakan bidang tugas berkenaan - mengurang atau menambah strategi sedia ada berdasarkan maklum balas yang
bertujuan untuk mencapai matlamat / objektif
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
Fail Meja
jadual waktu
minit mesyuarat
takwim
kertas kerja / dokumen penambahbaikan
laporan program peningkatan ilmu dan kefahaman tentang bidang tugas
dokumen lain yang berkaitan
38
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.2 : KEWANGAN
HURAIAN
Pengurusan kewangan ialah proses mengurus hal-hal yang berkaitan dengan kewangan mengikut tatacara kewangan yang berkuatkuasa.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk :
merancang anggaran perbelanjaan organisasi mengikut bidang tugas
menguruskan perbelanjaan organisasi mengikut bidang tugas
mengawal selia kewangan organisasi mengikut bidang tugas
melaporkan perbelanjaan mengurus organisasi mengikut bidang tugas
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut :
anggaran belanja mengurus
fail kewangan
laporan audit
dokumen kawal selia
kertas kerja
dokumen lain yang berkaitan
39
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.3 : PEMBANGUNAN FIZIKAL
HURAIAN
Pengurusan pembangunan fizikal ialah proses merancang, membangun, menyenggara prasarana dan aset dalam organisasi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mengurus pembangunan fizikal mengikut bidang tugas
mengurus aset mengikut bidang tugas
mengurus penyenggaraan aset mengikut bidang tugas
melapor pembangunan fizikal, aset dan penyenggaraan mengikut bidang tugas
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
rekod pembangunan fizikal, aset dan penyenggaraan dalam bidang berkenaan
inventori aset dalam bidang berkenaan
minit mesyuarat
fail
dokumen lain yang berkaitan
40
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.4 : SUMBER MANUSIA
HURAIAN
Pengurusan sumber manusia ialah aktiviti merancang dan menguruskan aspek-aspek keperluan, kepakaran, pembangunan potensi dan laluan kerjaya untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
merancang keperluan dan latihan sumber manusia bawah kawalan - pegawai perlu merancang keperluan staf berdasarkan waran perjawatan. - Pegawai perlu merancang keperluan latihan yang sesuai untuk staf
mengoptimumkan penggunaan kepakaran sumber manusia bawah kawalan - pegawai menggunakan kepakaran staf bawah kawalan secara strategik untuk
mencapai visi.
membangunkan potensi sumber manusia bawah kawalan - pegawai menyediakan perancangan dan pelan pembangunan potensi staf bawah
kawalan.
merancang laluan kerjaya sumber manusia bawah kawalan - pegawai menyediakan perancangan peluang kerjaya staf bawah kawalan.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
waran / sijil kelulusan perjawatan
fail perkhidmatan
takwim latihan staf
laporan LDP / e-SPL KPM
dokumen lain yang berkaitan
41
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.5 : MAKLUMAT
HURAIAN
Pengurusan maklumat ialah proses mengurus pelbagai bentuk data untuk membuat sesuatu keputusan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk :
mengumpul dan mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber
menginterpretasi maklumat yang diperoleh untuk tindakan selanjutnya
mengaplikasi data dan maklumat di bawah kawalan sebagai asas untuk membuat keputusan
menguruskan maklumat yang diperoleh dengan cekap dan berkesan - mendokumentasikan maklumat dalam bentuk digital atau difailkan - mengedarkan maklumat kepada staf mengikut keperluan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
sistem pengurusan fail
sistem pangkalan data
minit mesyuarat
laporan
dokumen lain yang berkaitan
42
D3 : KEMAHIRAN
E3 : KEPIMPINAN
A3.1 : HALA TUJU ORGANISASI
HURAIAN
Hala tuju organisasi ialah matlamat atau sasaran, iaitu sesuatu yang hendak dicapai dalam sesebuah organisasi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk :
memahami,
menterjemah,
menyebarluaskan,
membudayakan
visi dan misi organisasi dalam kepimpinan dan pengurusan organisasi.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
visi
misi
minit mesyuarat
brosur
papan kenyataan
pemidang
dokumen lain yang berkaitan
43
D3 : KEMAHIRAN
E3 : KEPIMPINAN ORGANISASI
A3.2 : PROAKTIF DALAM TINDAKAN
HURAIAN
Proaktif dalam tindakan ialah keupayaan pegawai untuk merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk :
bertindak mendahului situasi
bertindak terhadap program yang dilaksanakan dari aspek mengenal pasti dan menganalisis isu
mencadang dan mengambil tindakan berdasarkan fakta
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
takwim
perancangan strategik
post mortem
laporan
minit mesyuarat
dokumen lain yang berkaitan
45
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.1 : PERANCANGAN DAN HALA TUJU
HURAIAN
Perancangan dan hala tuju perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) ialah merancang visi dan misi perkhidmatan B&K mengikut budaya sekolah selaras dengan visi dan misi JPN dan KPM.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk merancang:
visi dan misi perkhidmatan B&K
matlamat dan objektif perkhidmatan B&K
aktiviti perkhidmatan B&K
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
visi dan misi di bilik B&K, Buku Rekod B&K, papan kenyataan dan fail meja supaya mudah dilihat dan dibuat rujukan
perancangan strategik selama tiga atau lima tahun
perancangan tahunan B&K yang lengkap
soal selidik/ kajian keperluan B&K
dokumen lain yang berkaitan
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Bagaimanakah anda merancang visi dan misi perkhidmatan B&K?
Bagaimanakah visi dan misi perkhidmatan B&K boleh dicapai?
Apakah usaha-usaha yang dirancang untuk mencapai visi dan misi perkhidmatan B&K?
Pemerhatian
Penilaian boleh dibuat berdasarkan pelaksanaan proses yang berikut:
perancangan program pembangunan diri murid seperti kursus kepimpinan, jati diri, PRS
perancangan program psikososial dan kesejahteraan mental seperti program orentasi,
pengurusan stress/ minda sehat
perancangan program peningkatan disiplin seperti Pendidikan Pencegahan Dadah
(PPDa),Kursus Jati Diri
perancangan program kerjaya seperti Pendidikan Kerjaya/ Lawatan kerjaya/ Inventori
Kerjaya.
46
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.2 : PERANCANGAN PROGRAM (OUT-REACH) PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
HURAIAN
Menyebarluaskan (out-reach) perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (B&K) ialah perancangan pembinaan bahan outreach dan cara menyebarluaskannya secara nyata.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
merancang program out-reach berkaitan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
membina bahan outreach yang berkaitan dengan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
menyebarluaskan bahan out-reach yang dibina khasnya kepada warga sekolah.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
brosur/ risalah yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingaan dan kaunseling di sekolah
carta-carta berkaitan perkhidmatan bimbingaan dan kaunseling
bunting perkhidmatan bimbingaan dan kaunseling
bahan dan maklumat bimbingaan dan kaunseling di papan kenyataan/ kantin/ laman-laman sosial (TMK)
bahan promosi (perhimpunan pagi / kelas ganti )
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:
Bagaimanakah anda menyebarluaskan maklumat outreach?
Apakah bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk program outreach?
47
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PERLAKSANAAN
A 2.1 : PENGURUSAN FAIL DAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
HURAIAN
Pengurusan fail dan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) ialah keupayaan dalam menyediakan, menguruskan dan mengemaskinikan profil murid, sistem fail dan Buku Rekod Perkhidmatan B&K
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menyediakan fail-fail perkhidmatan B&K untuk pendokumentasian
menguruskan fail-fail perkhidmatan B&K dengan sistematik
mengemaskinikan fai-fail perkhidmatan B&K dengan tersusun
menulis dan mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan B&K secara berterusan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
fail-fail di bilik B&K
fail laporan sesi bimbingan/ kaunseling
Buku Rekod Perkhidmatan B&K
analisis mingguan, bulanan & tahunan, bilangan kehadiran dan sesi bimbingan / kaunseling
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah fail-fail yang telah disediakan yang berkaitan dengan B&K ?
Bagaimanakah anda menguruskan fail-fail di bilik B&K?
48
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A 2.2 : PENGURUSAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
HURAIAN
Pengurusan Bilik Bimbingan dan Kaunseling ialah keupayaan pegawai dalam menyediakan dan
menguruskan bilik/ ruang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K).
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menyediakan dan menguruskan bilik/ ruang perkhidmatan B&K dengan baik dan kondusif.
mempamerkan kreativiti dalam bilik/ ruang B&K dengan menarik
menyediakan sudut maklumat B&K seperti maklumat Kerjaya, Psikososial,dan Pembangunan Diri
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
carta organisasi B&K
jadual perkhidmatan B&K
perancangan tahunan B&K
maklumat B&K seperti maklumat kerjaya, psikososial, pembangunan diri
bilik B&K yang kondusif (kemas, menarik dan bersih)
papan kenyataan yang selalu dikemas kini dengan info-info B&K yang terkini
rak-rak dan fail di bilik B&K
hiasan yang sesuai dan menarik
contoh-contoh lain yang sesuai
Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:
Bagaimanakah cara untuk mengekalkan keselesaan dan kekemasan di bilik B&K?
Apakah status keselamatan di bilik B&K ini? Pemerhatian:
Dilaksanakan secara tidak formal berdasarkan bilik / ruang B&K
49
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A 2.3 : MELAKSANAKAN PROGRAM/ AKTIVITI B&K
HURAIAN
Melaksanakan program/ aktiviti Bimbingan dan Kaunseling (B&K) ialah keupayaan pegawai
untuk melaksanakan program/ aktiviti yang telah dirancang.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk melaksanakan program B&K:
Program pembangunan diri, contohnya kursus kepimpinan, kursus Jati Diri.
Program peningkatan disiplin, contohnya Program Peningkatan Disiplin.
Program kerjaya contohnya, seminar kerjaya, inventori kerjaya.
Program Psikososial/ Kesejahteraan Mental, contohnya Program Pengurusan Stress, Minda Sihat
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
kertas kerja program yang dijalankan.
gambar program yang berkaitan.
senarai peserta program.
borang penilaian program
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Sejauh manakah keberkesanan program ini?
Apakah tindakan anda selepas program ini dijalankan?
Pemerhatian
Melihat perjalanan pelaksanaan program
50
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A 2.4 : PENGENDALIAN DAN PELAPORAN SESI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
HURAIAN
Pengendalian dan pelaporan sesi bimbingan dan kaunseling ialah keupayaan pegawai dalam
mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan kemahiran kaunseling
dengan betul serta menyediakan laporan sesi B&K yang telah dilaksanakan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mengendalikan sesi B&K yang telah dirancang
menggunakan kemahiran kaunseling.
menulis laporan sesi B&K
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
Borang Laporan Sesi Kaunseling
Rekod Daftar Sesi Kaunseling Individu/ Kelompok
fail sesi Kaunseling (Sulit)
Buku Rekod Perkhidmatan B&K
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual Contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah kemahiran kaunseling yang digunakan dalam sesi kaunseling?
Mengapakah kemahiran kaunseling ini dipilih? Pemerhatian
Semasa sesi kaunseling dijalankan
51
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A 2.5 : LAPORAN/ DOKUMENTASI PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
HURAIAN
Laporan/ dokumentasi program bimbingan dan kaunseling (B&K) ialah penyediaan laporan/
dokumentasi program dan aktiviti B&K yang telah dilaksanakan dan dapat dijadikan bahan
rujukan/ penambahbaikan
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menyediakan laporan/ dokumentasi program dan aktiviti B&K yang telah dilaksanakan
menjadikan hasil laporan/ dokumentasi program dan aktiviti B&K yang telah dilaksanakan sebagai bahan rujukan/ penambahbaikan untuk program yang akan datang.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
laporan/ dokumentasi/ gambar aktiviti/ program
Borang Penilaian Program
52
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A 2.6 : PENGENDALIAN KAUNSELING BERFOKUS
HURAIAN
Pengendalian Kaunseling Berfokus ialah keupayaan pegawai dalam merancang, melaksanakan
dan mengawal selia sesi/ program kaunseling berfokus
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
merancang sesi/ program Kaunseling Berfokus mengikut kelompok sasaran di sekolah, contohnya isu murid ponteng dan isu merokok.
melaksanakan sesi/ program Kaunseling Berfokus berpandukan modul yang sesuai dengan kelompok sasaran.
mengawal selia sesi/ program kaunseling berfokus dengan baik dan konsisten
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
kertas Kerja Kaunseling Berfokus mengikut kelompok sasaran yang dikenalpasti
laporan sesi/ program Kaunseling Berfokus yang telah dijalankan
gambar-gambar yang berkaitan (jika perlu)
senarai nama peserta mengikut kelompok sasaran yang telah dikenal pasti.
modul-modul kaunseling berfokus yang digunakan
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual Contoh soalan yang boleh diajukan:
Mengapakah program ini dijalankan?
Jelaskan modul yang telah digunakan dalam kaunseling berfokus?
53
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A 2.7 : PENGENDALIAN KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING/ PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
HURAIAN
Pengendalian Kelab Bimbingan dan Kaunseling/ Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah
keupayaan pegawai dalam mengawal selia pengurusan, perancangan, pelaksanaan dan
penyediaan laporan kelab B&K / PRS.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaam pegawai untuk:
mengawal selia pengurusan Kelab B&K/ PRS
mengawal selia perancangan aktiviti Kelab B&K/ PRS
mengawal selia pelaksanaan aktiviti kelab
menyediakan laporan Kelab B&K/ PRS
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
modul PRS
takwim Kelab B&K/ PRS
visi & misi B&K/ PRS
etika & ikrar PRS
senarai ahli dan jawatankuasa Kelab B&K/ PRS
laporan aktiviti Kelab B&K/ PRS
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Mengapakah program ini dijalankan?
Sejauh manakah program ini berkesan?
Apakah tindakan anda selepas ini?
54
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN
A 3.1 : PENILAIAN KHIDMAT PELANGGAN
HURAIAN
Khidmat pelanggan ialah keupayaan pegawai untuk membuat analisis aduan pelanggan dan. membuat penilaian/ maklum balas program/ aktiviti yang telah dijalankan di samping menyediakan kemudahan perkhidmatan pelanggan berdasarkan penilaian khidmat pelanggan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
membuat analisis aduan pelanggan (jika ada) dengan cekap
membuat penilaian/ maklum balas program/ aktiviti yang telah dijalankan untuk penambahbaikan perkhidmatan
menyediakan kemudahan perkhidmatan pelanggan berdasarkan penilaian khidmat pelanggan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
piagam pelanggan
Borang Analisis Penilaian Program
Borang Kepuasan Perkhidmatan Pelanggan
buku pelawat
buku kehadiran murid ke bilik B&K
peti aduan
Papan kenyataan
Carta alir perkhidmatan B&K
bahan-bahan lain yang berkaitan
Pemerhatian
Dilakukan secara tidak formal
55
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN
A 3.2 : PENGENDALIAN UJIAN PSIKOMETRIK
HURAIAN
Pengendalian Ujian Psikometrik ialah keupayaan pegawai untuk mentadbir ujian psikometrik dan
seterusnya menilai keputusan ujian yang diperoleh. Pegawai juga berupaya untuk
mengemukakan hasil ujian serta memberi bimbingan berdasarkan keputusan ujian psikometrik
yang dilaksanakan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mentadbir ujian psikometrik dengan baik dan lancar
menilai keputusan ujian psikometrik
memberi bimbingan berdasarkan ujian psikometrik
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
inventori psikometrik
Rekod Profil klien/ murid
laporan/analisis dan data skor ujian psikometrik
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Mengapakah ujian ini perlu dijalankan?
Apakah jenis Instrumen Psikometrik yang digunakan?
Apakah tindakan anda selepas ini?
56
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN
A 3.3 : MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
HURAIAN
Membantu untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan ialah keupayaan pegawai
dalam mengenal pasti sesuatu masalah dan memilih kaedah terbaik untuk menyelesaikan
masalah serta membuat keputusan. Pegawai juga dapat mengambil tindakan susulan yang
relevan untuk penambahbaikan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh klien
memilih kaedah terbaik menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan berkesan
mengambil tindakan susulan yang relevan untuk penambahbaikan penyelesaian masalah
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
buku log kehadiran pelajar ke bilik B&K
rekod daftar sesi individu/ kelompok
profil/ biodata klien
laporan sesi bimbingan / kaunseling
bahan-bahan lain yang berkaitan
Pemerhatian seperti berikut:
dilaksanakan sewaktu bimbingan dijalankan.
57
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN
A 3.4 : PENGANALISISAN DAN PENILAIAN
HURAIAN
Penganalisisan dan penilaian ialah keupayaan pegawai untuk menganalisis kehadiran murid ke bilik kaunseling, dan dapat menganalisis sesi bimbingan/ kaunseling serta menilai keberkesanan program yang dijalankan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menganalisis kehadiran murid ke bilik kaunseling
menganalisis sesi kaunseling/ bimbingan seperti maklumat demografik
menilai keberkesanan program dengan menggunakan borang penilaian program yang disediakan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan
Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
analisis mingguan, bulanan dan tahunan bilangan sesi kaunseling individu
kertas cadangan/ kertas kerja
laporan/ dokumentasi
gambar-gambar yang berkaitan
borang penilaian program
bahan-bahan lain yang berkaitan
59
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.1 : PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN LATIHAN
HURAIAN
Merancang program pembangunan dan latihan/ aktiviti untuk atlet/ murid/ pasukan bagi satu tempoh tahun penilaian/ semasa.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menentukan objektif latihan/ aktiviti yang relevan - kesesuaian tajuk - isi pelajaran - kaedah latihan/ aktiviti - butiran mengajar (coaching points)
menyediakan perancangan pembangunan atlet/ murid/ pasukan mengikut keperluan - menetapkan sasaran berdasarkan prestasi semasa - mencapai prestasi kemuncak/ sasaran pada masa yang ditetapkan (kejohanan/
pertandingan/ persembahan)
menyediakan program latihan/ aktiviti yang sistematik - jadual latihan/ aktiviti - teori - latihan amali/ praktikal - ujian/ pentaksiran
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
Rekod Latihan Jurulatih: - biodata jurulatih - biodata atlet/ murid - kehadiran atlet/ murid - rancangan tahunan - rancangan harian/ mingguan - laporan kejohanan/ pertandingan - pencapaian atlet/ murid
Rekod Persediaan Mengajar
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah matlamat utama program ini?
Apakah sasaran pencapaian anda?
Berikan cadangan kolaboratif yang telah anda jalankan dengan institusi-institusi lain? (Pengisian kolaboratif)
Apakah cadangan Institusi yang menjadi rujukan/ penanda aras kepada pelaksanaan program ini?
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
memastikan latihan/ aktiviti yang dibuat mengikut rekod latihan/ aktiviti
dilaksanakan semasa sesi latihan/ aktiviti/ ujian/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan berdasarkan semakan bahan
Pemerhatian
dilakukan secara umum/ tidak formal terhadap program yang dilaksanakan
60
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.2 : PENGETAHUAN PENTAKSIRAN
HURAIAN
Menilai tahap kebolehan pegawai untuk membuat pentaksiran terhadap atlet/ murid
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menentukan item/ aspek pentaksiran - berdasarkan modul latihan/ aktiviti/ program yang diadakan/ tahap penguasaan
kemahiran
menentukan kaedah pentaksiran - berdasarkan teori/ latihan/ aktiviti/ ujian/ perlawanan persahabatan/ kejohanan/
pertandingan/ program/ persembahan
membuat analisis - mengukur tahap perkembangan fizikal, mental dan lain-lain atlet/ murid berdasarkan
statistik/ pemerhatian kemahiran atlet/ murid semasa dan selepas latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan
- membuat rumusan secara keseluruhan pencapaian atlet/ murid
membuat tindakan susulan - membaiki kelemahan atlet/ murid/ pasukan yang telah dikenal
pasti - membantu untuk meningkatkan tahap motivasi atlet/ murid/ pasukan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
rekod penilaian atlet/ murid/ pasukan
laporan/ dokumen yang berkaitan Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah tahap kemahiran atlet/ murid yang telah dicapai?
Apakah tahap kemahiran yang sesuai dilaksanakan terhadap atlet/ murid?
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
tahap pengetahuan jurulatih semasa ujian/ latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan yang dilaksanakan
perubahan pendekatan jurulatih semasa latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan
Pemerhatian - dilakukan secara umum/ tidak formal terhadap pentaksiran yang dilaksanakan
61
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.1 : PENGURUSAN LATIHAN/ AKTIVITI
HURAIAN
Menyelaras semua program latihan/ aktiviti secara tersusun dan sistematik
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
memastikan keselamatan tempat latihan/ aktiviti dan kawasan persekitaran - membuat pemeriksaan, penyesuaian tempat latihan/ aktiviti dan kawasan persekitaran
sebelum digunakan
menguruskan masa sesi latihan/ aktiviti - tempoh masa yang bersesuaian bagi satu-satu sesi latihan/ aktiviti secara sistematik - intensiti latihan/ aktiviti yang bersesuaian dengan perancangan
mengawal selia pelaksanaan program latihan/ aktiviti yang dirancang secara sistematik - program dilaksanakan mengikut perancangan - membuat catatan tentang perkembangan program - menggantikan program yang tidak dapat dilaksanakan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
Rekod Latihan Jurulatih (Contoh: Rancangan latihan harian/ mingguan)
dokumen yang berkaitan (Contoh: Buku Rekod Mengajar/ laporan program/ aktiviti) Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah tujuan latihan/ aktiviti diadakan?
Apakah sasaran latihan/ aktiviti yang anda jalankan?
Adakah latihan/ aktiviti ini sesuai untuk dijalankan? Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
- latihan/ aktiviti dilaksanakan seperti yang dirancang
Pemerhatian - dijalankan secara umum/ tidak formal terhadap pengurusan latihan/ aktiviti yang
dilaksanakan
62
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.2 : PENGGUNAAN SUMBER DAN PERALATAN
HURAIAN
Memastikan sumber, prasarana dan peralatan digunakan secara optimum serta diurus dengan baik/ selamat
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menggunakan sumber, prasarana dan peralatan - secara optimum/ kreatif - memanfaatkan penggunaan peralatan
mengawal penggunaan sumber, prasarana dan peralatan - mengelakkan sebarang pembaziran berlaku - menggunakan mengikut kesesuaian latihan/ aktiviti - mengelakkan penyalahgunaan sumber/ prasarana/ peralatan
memastikan keselamatan atlet/ murid dan dapat menyediakan alat sokongan keselamatan jika perlu semasa atlet/ murid menggunakan sumber/ peralatan - membuat penyeliaan/ penyelenggaraan peralatan - memastikan peralatan dalam keadaan baik/ selamat - memastikan peralatan disimpan dengan baik selepas digunakan di tempat yang telah
disediakan (contoh: stor/ bilik simpanan)
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
Buku inventori
Stor simpanan
Buku catatan
Carta prosedur dan peraturan penggunaan
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Adakah peralatan yang digunakan mencukupi?
Apakah sumber/ peralatan terkini yang digunakan untuk memantapkan latihan/ aktiviti?
Adakah sumber/ peralatan latihan/ aktiviti membantu untuk meningkatkan kemahiran?
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
- tempat yang telah disediakan (contoh: stor/ bilik simpanan) berada dalam keadaan kondusif
- atlet/ murid menggunakan peralatan dengan betul semasa latihan/ aktiviti Pemerhatian
- dijalankan secara umum/ tidak formal terhadap penggunaan sumber dan peralatan semasa latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan
63
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.3 : PENGENDALIAN SESI LATIHAN / AKTIVITI
HURAIAN
Mengendalikan sesi latihan/ aktiviti agar berjaya dilaksanakan
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
memulakan dan mengakhiri sesi latihan/ aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan - sentiasa peka dengan situasi atlet/ murid terlebih dahulu - mengenal pasti dan membantu atlet/ murid yang mengalami kecederaan - mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan bermotivasi
mengendalikan sesi latihan/ aktiviti mengikut perancangan berasaskan: - butiran pengajaran (coaching points) dapat dicapai - tunjuk cara/ model yang bersesuaian dengan kemampuan atlet/ murid - pembetulan dilaksanakan kepada atlet/ murid yang melakukan kesilapan - latih tubi yang bersesuaian
memberi taklimat dan simulasi semasa menjalankan latihan/ aktiviti - memaklumkan kemahiran yang dilaksanakan kepada atlet/ murid - memaklumkan keberkesanan kemahiran yang dilaksanakan kepada atlet/ murid - melakukan simulasi kemahiran yang mencukupi
mengaplikasikan program latihan/ aktiviti yang dirancang secara sistematik - memaklumkan kesesuaian latihan/ aktiviti yang digunakan dalam kejohanan/
pertandingan/ program/ persembahan kepada atlet/ murid - memaklumkan kesesuaian latihan/ aktiviti mengikut keupayaan atlet/ murid
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
buku log latihan/ aktiviti atlet/ murid (contoh: catatan latihan/ aktiviti harian)
dokumen yang berkaitan
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah tujuan latihan/ aktiviti yang dijalankan?
Apakah sasaran latihan/ aktiviti yang anda laksanakan?
Adakah latihan/ aktiviti yang diberikan sesuai?
Adakah anda mampu melakukan kemahiran yang diajarkan oleh jurulatih? Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
latihan/ aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan seperti yang dicatat dalam rekod latihan jurulatih/ buku rekod mengajar
Pemerhatian
dijalankan secara umum/ tidak formal terhadap pengendalian latihan/ aktiviti
64
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.4 : KOMUNIKASI BERKESAN SESI LATIHAN / AKTIVITI
HURAIAN
Komunikasi yang mudah, jelas, tepat, ringkas, padat dan secara profesional digunakan ketika memberi arahan dengan mengambil kira sensitiviti dan emosi atlet/ murid
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
berinteraksi dalam mencapai objektif latihan/ aktiviti - menyampaikan matlamat dengan jelas - berinteraksi dengan atlet/ murid tentang kemahiran yang dilakukan
berkomunikasi dengan atlet/ murid menggunakan pelbagai kaedah - kaedah bahasa isyarat/ bahasa tubuh dengan ekspresi yang bersesuaian - kaedah lisan yang sentiasa membina motivasi atlet/ murid - kaedah menggunakan sumber dengan menunjukkan isyarat kepada atlet/ murid
memotivasikan atlet/ murid bagi membangunkan kemahiran semasa sesi latihan/ aktiviti - kaedah yang berhemah - kaedah yang bersesuaian mengikut situasi
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
Buku log latihan/ aktiviti atlet/ murid (contoh: catatan latihan/ aktiviti harian)
bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah kaedah yang anda gunakan untuk memastikan latihan/ aktiviti dapat dilaksanakan dengan berkesan?
Bagaimana anda mengetahui atlet/ murid memahami kemahiran yang anda ajarkan?
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
latihan/ aktiviti dibuat mengikut rekod latihan jurulatih
dilaksanakan semasa sesi latihan/ aktiviti
Pemerhatian
dilaksanakan secara umum/ tidak formal terhadap pengendalian sesi latihan/ aktiviti
65
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.5 : LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
HURAIAN
Menyediakan laporan/ dokumentasi bersama analisis pencapaian dan cadangan penambahbaikan
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menyediakan laporan kejohanan/ pertandingan/ program/ aktiviti yang disertai atau dikendalikan mengikut prosedur/ Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) - dalam tempoh yang ditetapkan selepas program - disertakan dengan keputusan/ gambar-gambar kejohanan/ pertandingan/ program/
aktiviti - disertakan analisis SWOT (Strength, Weakness, Oppoturnity, Threat) jika perlu
menjadikan hasil laporan sebagai bahan rujukan untuk: - perancangan latihan/ aktiviti tahun berikutnya - pegawai/ jurulatih lain - pihak pengurusan dalam membuat keputusan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
Rekod Latihan Jurulatih - jadual latihan dipatuhi seperti yang dirancang
catatan harian/ mingguan
Rekod Persediaan Mengajar
- laporan kejohanan/ pertandingan/ program/ aktiviti - analisis dan cadangan penambahbaikan
dokumen-dokumen lain yang berkaitan Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Adakah laporan program/ aktiviti disediakan?
Adakah laporan diserahkan kepada pihak yang berkenaan?
Adakah hasil laporan dan analisis dibentangkan kepada pihak yang berkenaan? Pencerapan
semasa sesi pembentangan laporan Pemerhatian
secara umum/ tidak formal terhadap penyediaan laporan program/ aktiviti
66
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN
A3.1 : PENGANALISISAN PROGRAM PEMBANGUNAN ATLET / MURID
HURAIAN
Menganalisis secara keseluruhan program pembangunan atlet/ murid
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menganalisis keperluan perkembangan atlet/ murid - tahap kemahiran semasa atlet/ murid - program yang bersesuai dengan tahap kemahiran semasa atlet/ murid
menganalisis tahap perkembangan atlet/ murid - tahap peningkatan atlet/ murid dalam menguasai teori dan kemahiran
menganalisis penglibatan atlet/ murid dalam kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan - penglibatan atlet/ murid dalam kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan - pencapaian atlet/ murid dalam sesuatu kejohanan/ pertandingan/ program/
persembahan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
Rekod Latihan Jurulatih - rekod penilaian atlet/ murid dari segi peningkatan prestasi
Buku Rekod Mengajar
Profil atlet/ murid - pencapaian terdahulu - ulasan pegawai/ jurulatih terdahulu
Laporan/ dokumen lain yang berkaitan Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Adakah rekod perkembangan atlet/ murid dicatatkan?
Berapa kerap analisis perkembangan atlet/ murid dilakukan?
Adakah hasil analisis dibincangkan bersama-sama atlet/ murid untuk peningkatan prestasi?
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
- sesi refleksi yang dilakukan oleh jurulatih - sesi taklimat ringkas sebelum sesuatu latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/
program/ persembahan dijalankan Pemerhatian
- dijalankan secara umum/ tidak formal tentang tahap penerimaan atlet/ murid semasa sesi taklimat ataupun refleksi dijalankan
67
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN
A3.2 : PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN LATIHAN / AKTIVITI ATLET / MURID
HURAIAN
Menilai keberkesanan program yang disediakan bagi tujuan pembangunan dan latihan/ aktiviti atlet/ murid
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menilai keberkesanan program pembangunan dan latihan/ aktiviti atlet/ murid - peningkatan penguasaan kemahiran semasa latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/
program/ persembahan - kemampuan atlet/ murid untuk mengaplikasi kemahiran yang diberikan semasa latihan/
aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan
menjustifikasi hasil penilaian program pembangunan dan latihan/ aktiviti atlet/ murid - keberhasilan program pembangunan dan latihan/ aktiviti berdasarkan pencapaian
semasa atlet/ murid
membuat penambahbaikan program pembangunan dan latihan/ aktiviti atlet/ murid - menyusun semula program yang telah dirancang - memberi cadangan dan menyediakan perancangan baharu
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
maklum balas daripada pihak yang berkenaan
soal selidik terhadap atlet/ murid
dokumen lain yang berkaitan Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Sejauh manakah program ini mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan latihan/ aktiviti atlet/ murid?
Adakah program ini dilaksanakan di tempat lain?
Sejauh manakah keberkesanan program ini di tempat tersebut?
Adakah atlet/ murid dapat mengikuti program yang dirancang dengan baik? Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
tahap penguasaan kemahiran atlet/ murid semasa latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan
tahap kefahaman atlet/ murid terhadap latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan
Pemerhatian
dijalankan secara umum/ tidak formal tentang pencapaian atlet/ murid secara keseluruhan semasa latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan
dijalankan secara umum/ tidak formal tentang penglibatan atlet/ murid dalam latihan/ aktiviti/ kejohanan/ pertandingan/ program/ persembahan
69
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.1 : PENGETAHUAN
HURAIAN Pengetahuan ialah kefahaman dan penguasaan pegawai dalam bidang kandungan mata
pelajaran, ilmu pedagogi/ andragogi dan refleksi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mengetahui dan memahami isi pelajaran bidang berkaitan - dapat menjelaskan skop (sukatan) mata pelajaran yang berkaitan - mampu menghubungkaitkan isi pelajaran dengan hasil pembelajaran
menguasai isi pelajaran bidang berkaitan - dapat menerangkan isi pelajaran secara mendalam - mampu menghuraikan isi pelajaran
mempunyai pengetahuan tentang pedagogi/ andragogi bidang berkaitan - dapat merasionalkan strategi, kaedah, teknik yang digunakan untuk menyampaikan
isi pelajaran - berupaya untuk menjelaskan kaedah-kaedah bersesuaian tentang bidang berkaitan
mengetahui dan menguasai refleksi dalam PdP/ latihan - menulis refleksi yang boleh digunakan untuk memberi impak positif kepada
peningkatan amalan profesional - membuat analisis hasil pembelajaran berdasarkan objektif pembelajaran
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
IPG KM ELTC IAB
: : : :
Proforma Kursus/ Jadual 3/ Ringkasan Maklumat Kursus Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran, Proforma Kursus, Modul Latihan terkini Rancangan Sesi Latihan dan Nota Sesi Latihan terkini, bahan/ edaran pengajaran
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Bolehkah anda terangkan mana-mana tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran?
Apakah pendekatan/ strategi yang paling sesuai digunakan untuk tajuk ini?
Bagaimana anda menggunakan refleksi untuk mencapai objektif hasil pembelajaran?
Pemerhatian Contoh-contoh pemerhatian yang boleh dilakukan (secara tidak formal):
sesi perkongsian ilmu
mesyuarat
penyelesaian masalah
70
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.2 : PERANCANGAN
HURAIAN
Perancangan ialah kebolehan pegawai untuk membuat perancangan PdP dan pemilihan sumber pendidikan yang sesuai serta dapat menunjukkan bukti hasil perancangan melalui dokumen yang berkaitan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran/ latihan mengikut keperluan kurikulum dan organisasi - mendokumentasi Rancangan Pengajaran berdasar kalendar akademik institusi
memilih sumber pendidikan yang dapat membantu menyokong proses PdP - menilai, menyediakan dan mendokumentasikan BBM yang sesuai - contoh-contoh: klip video, bahan maujud, artikel, bahan bacaan, model, carta dan
peralatan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan mana-mana contoh yang berikut:
IPG KM ELTC IAB
: : : :
Dokumen ISO terkini, Kalendar Akademik dan Folio Pensyarah Rancangan Pengajaran Semester (RPS), Kalendar Akademik Kalendar Tahunan, Sukatan Pelajaran, Proforma Kursus, Modul Latihan dan Folio Profesional Rancangan Sesi Latihan (RSL), Nota Sesi Latihan (NSL), bahan/ edaran pengajaran
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Terangkan langkah-langkah yang anda lakukan untuk membuat perancangan PdP?
Jika berlaku kecemasan, bagaimana anda mengubah suai rancangan pengajaran?
Dari manakah anda memperoleh BBM untuk bahan pengajaran?
Pemerhatian Contoh-contoh pemerhatian yang boleh dilakukan (secara tidak formal):
sesi perkongsian ilmu/ mesyuarat/ bengkel/ forum/ media sosial
perbincangan untuk menyelesaikan masalah
berusaha mencari kaedah/ strategi/ bahan yang sesuai
71
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.3 : PENGETAHUAN PENTAKSIRAN
HURAIAN
Pengetahuan pentaksiran ialah kebolehan pegawai untuk melaksanakan penilaian dan pentaksiran dalam PdP
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk;
menjelaskan aspek penilaian dan pentaksiran dalam PdP seperti format, aras dan skop penilaian
menjelaskan keperluan analisis item dan data
menjelaskan keperluan instrumen penilaian yang berkaitan
membezakan jenis-jenis pentaksiran dan penilaian mengikut keperluan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan mana-mana contoh yang berikut:
IPG KM ELTC IAB
: : : :
Jadual Spesifikasi Tugasan (JST), rubrik, Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus, Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan, Buku Panduan Pelaksanaan Amali Kursus, moderasi/ penyelarasan pemarkahan, analisis item dan data, tindakan penambahbaikan Tugasan, laporan amali, tutorial, kuiz, ujian Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Jadual Spesifikasi Tugasan (JST), rubrik, Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus, Buku Panduan Peperiksaan, item pentaksiran, skema pemarkahan, moderasi / penyelarasan pemarkahan, analisis item dan data, tindakan penambahbaikan Lembaran kerja, hasil bengkel
Temu bual Contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah fokus utama dalam pembinaan JST/ JSU yang anda bangunkan?
Apakah kriteria yang diambil kira untuk menyediakan item/ soalan yang mempunyai unsur-unsur KBAT?
Bagaimana anda melaksanakan moderasi/ penyelarasan pemarkahan?
Pemerhatian Contoh-contoh pemerhatian yang boleh dilakukan (secara tidak formal)
sesi perkongsian ilmu/ mesyuarat/ bengkel/ forum/ media sosial
perbincangan untuk menyelesaikan masalah
berusaha mencari kaedah/ strategi/ bahan yang sesuai
72
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.1 : PENYAMPAIAN
HURAIAN
Penyampaian ialah kebolehan pegawai untuk menyampaikan isi pelajaran dan melaksanakan PdP.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
melaksanakan kaedah-kaedah pengajaran seperti syarahan, pembentangan, tunjuk cara, simulasi dan kolaborasi
menggalakkan persekitaran pembelajaran yang harmonis melalui pengawalan kelas yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
mewujudkan pembelajaran yang aktif dan interaktif
mengaplikasikan unsur KBAT mengikut situasi yang sesuai
mempelbagaikan teknik penyoalan
melaksanakan refleksi PdP
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan mana-mana contoh yang berikut:
IPG KM ELTC IAB
: : : : :
Dokumen ISO terkini, folio pelajar, folio pensyarah Rancangan Pengajaran, Bahan Bantu Belajar - TMK (Internet, multimedia)/ buku/ majalah/ surat khabar Modul Latihan, Nota Sesi Latihan, Bahan Bantu Belajar, Borang Penilaian Pensyarah, Jadual Kursus Bahan latihan, Borang Penilaian Pensyarah/ Pegawai Latihan (BK9)
Temu bual Soalan-soalan yang boleh diajukan:
Apakah kaedah pengajaran yang akan anda gunakan semasa pengajaran?
Adakah anda berpuas hati dengan penglibatan pelajar pada sesi PdP yang anda laksanakan tadi?
Bagaimanakah anda menilai keberkesanan proses PdP anda? Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
pengurusan kelas/ bilik darjah selamat, kondusif dan terkawal
set induksi yang merangsang pelajar dan berkaitan dengan tajuk pelajaran
penyampaian dan perkembangan PdP yang kreatif dan berkesan
cekap mengurus masa Pemerhatian Contoh-contoh pemerhatian yang boleh dilakukan (secara tidak formal)
maklumbalas/ reaksi/ tingkah laku daripada pelajar
dapat menyelesaikan masalah
mengguna kaedah/ strategi/ bahan yang sesuai
73
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.2 : PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN
HURAIAN
Penggunaan sumber pendidikan ialah kebolehan pegawai untuk memilih, menyediakan dan menggunakan sumber pendidikan
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan PYD untuk:
memilih dan menyediakan sumber pendidikan daripada pelbagai sumber
memilih dan menilai BBM yang sesuai dan berkesan
mengaplikasikan sumber pendidikan yang berkesan
menyampaikan sumber pendidikan secara kreatif dan inovatif
mengintegrasikan TMK/ BBM/ sumber-sumber lain
menerap unsur-unsur inovasi dalam TMK/ BBM
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh- contoh yang berikut:
Bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti internet, multimedia
Buku/ majalah/ surat khabar/ model/ carta
Sumber-sumber lain yang berkaitan PdP
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Adakah sumber pendidikan yang anda gunakan dapat membantu mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan?
Bagaimana anda mengaplikasi bahan/ sumber pendidikan dan mengintegrasi TMK/ inovasi di dalam pengajaran?
Mengapa anda menggunakan bahan/ sumber pendidikan ini? Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
bahan sumber pendidikan yang digunakan bertepatan dengan isi pelajaran.
bahan sumber pendidikan digunakan secara optimum. Pemerhatian Pemerhatian penggunaan BBM/ TMK/ sumber-sumber lain dalam PdP, contohnya kajian kes
74
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
HURAIAN
Kemahiran komunikasi ialah kebolehan pegawai menyampaikan idea, maklumat, konsep, fakta secara berkesan dan beretika.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
berkomunikasi dengan berkesan bagi menggalakkan tumpuan pelajar terhadap PdP
bertutur dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang jelas, mudah dan tepat.
mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan
memberikan perhatian, membuat pertimbangan dan memberi maklum balas yang sewajarnya
menerapkan nilai-nilai murni dalam komunikasi
berkomunikasi secara bukan lisan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah nilai-nilai murni yang anda ingin terapkan dalam berkomunikasi?
Bagaimana anda memberi respon kepada soalan sukar daripada pelajar? Pencerapan Penilaian boleh dibuat berdasarkan mana-mana contoh yang berikut:
Menggunakan bahasa yang sopan, jelas dan mudah difahami
Nada dan intonasi sesuai serta terdapat unsur kecindan
Menjadi pendengar yang baik
Kemahiran non-verbal yang sesuai
Pemerhatian Pemerhatian secara tidak formal terhadap maklum balas/ reaksi/ tingkah laku pelajar
75
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN
A3.1 : PENILAIAN PRESTASI PELAJAR / PESERTA
HURAIAN Penilaian prestasi pelajar/ peserta ialah kebolehan pegawai dalam melaksanakan pentaksiran, menganalisis prestasi pelajar dan seterusnya membuat penambahbaikan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
melaksanakan pentaksiran dengan mematuhi prosedur dan protokol keselamatan yang ditetapkan
menganalisis pencapaian prestasi pelajar/ peserta
mengambil langkah-langkah penambahbaikan dan tindakan susulan bagi meningkatkan prestasi pelajar/ peserta
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan mana-mana contoh yang berikut:
IPG KM ELTC IAB
: : : :
Kerja kursus/ tugasan, soalan peperiksaan, soalan bengkel, Ujian Akhir Kursus (UAK), Ujian amali, kajian kes/ kajian tindakan, praktikum/ amalan profesional, penilaian kursus, skema pemarkahan/ penilaian, analisis item dan data Kerja kursus/ tugasan, laporan amali, soalan peperiksaan, skema pemarkahan, analisis item dan data Kerja kursus/ tugasan, Ujian Akhir Kursus (UAK), soalan bengkel, penilaian kursus, skema pemarkahan/ penilaian holistik, analisis item dan data Kerja kursus/ tugasan, soalan peperiksaan, soalan bengkel, penilaian holistik, Ujian Akhir Kursus (UAK)/ penilaian kursus, skema pemarkahan/ penilaian, analisis item dan data
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Nyatakan prosedur keselamatan bahan penilaian yang perlu anda patuhi semasa melaksanakan pentaksiran.
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menjamin kualiti soalan ujian/ peperiksaan?
Jelaskan pencapaian prestasi pelajar anda.
Apakah langkah-langkah susulan yang diambil bagi meningkatkan prestasi pelajar/ peserta?
Pencerapan Perlu dilaksanakan jika penilai ingin memastikan pegawai melaksanakan pentaksiran formatif atau sumatif semasa penyampaian/ bengkel
Pemerhatian Pemerhatian secara tidak formal terhadap pelaksanaan proses pentaksiran kepada pelajar/ peserta
77
D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN
A1.1 : BERWAWASAN DAN MEMPUNYAI VISI DAN MISI
HURAIAN
Berwawasan dan mempunyai visi dan misi ialah kemampuan pegawai untuk merangka dan melaksana kemajuan atau perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat visi dan misi sesebuah organisasi
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
memahami, menterjemah dan menyebarkan visi dan misi organisasi
melaksanakan program yang menyokong hala tuju organisasi
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
visi dan misi organisasi Merujuk kepada peranan PYD selaras dengan visi dan misi organisasi
minit mesyuarat tindakan PYD yang menyokong visi dan misi organisasi
maklum balas Perincian tindakan susulan yang menyokong visi dan misi organisasi oleh PYD
brosur Senarai tugas PYD
portal rasmi
program/ aktiviti
bahan-bahan lain
78
D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN
A1.2 : KEPIMPINAN ORGANISASI
HURAIAN
Kepimpinan organisasi memerlukan pemimpin/ pegawai menterjemah dan melaksanakan dasar dan trend perubahan, menyelia, memantau program/ operasi/ aktiviti dan memberi nasihat/ bimbingan profesional secara berkesan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menterjemah dan melaksanakan dasar dan trend perubahan - menyediakan perancangan dan tindakan berpandukan kepada dasar dan perubahan
mengikut bidang tugas.
menyelia pelaksanaan program/ operasi/ aktiviti - mengenal pasti jenis operasi (mengikut keperluan bidang tugas. Contoh: taklimat,
bengkel, pemantauan atau pencerapan)
- menyemak SOP - membuat persediaan untuk pelaksanaan operasi
memantau program/ operasi/ aktiviti - memastikan operasi dilaksanakan mengikut SOP - mengenal pasti kekangan dalam pelaksanaan operasi
memberi khidmat nasihat/ bimbingan profesional
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
minit mesyuarat aktiviti yang diputuskan di bawah akauntabiliti PYD
surat arahan/ makluman/ e-mel Merujuk kepada tindakan PYD
rekod penyeliaan/ pemantauan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
bahan-bahan lain
79
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.1 : PENGURUSAN STRATEGIK
HURAIAN
Pengurusan strategik adalah satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam sesebuah organisasi bagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan. Pengurusan strategik meliputi usaha-usaha yang diambil oleh pegawai untuk menyediakan dan merancang strategi-strategi yang telah ditetapkan, menyelia pelaksanaan dan menilai strategi–strategi berkenaan bagi penambahbaikan berterusan ke arah pencapaian matlamat organisasi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk
merancang strategi - Melihat data pencapaian KPI organisasi - Menyediakan SKT berdasarkan data pencapaian KPI organisasi
melaksanakan strategi
- tempoh pelaksanaan (jangka masa pelaksanaan) - sumber kewangan, sumber manusia, sumber fizikal termasuk infrastruktur dan
infostruktur yang ada dan yang diperlukan.
menyelia strategi
- melihat pelaksanaan dalam tempoh masa yang ditetapkan - mengenal pasti halangan, kelemahan dan kekuatan pelaksanaan
menilai strategi - mengambil tindakan susulan untuk penambahbaikan berterusan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
buku program/ brosur: Senarai tugas PYD
minit mesyuarat: Tanggungjawab/tindakan PYD dinyatakan dengan jelas dalam minit.
maklum balas: Perincian tindakan susulan yang telah diambil oleh PYD
Rekod/ Analisis Pencapaian PYD
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)/ Objektif
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
kertas kerja/ kertas cadangan
sijil/ anugerah
laporan pelaksanaan
bahan-bahan lain/ dokumen yang relevan dengan bidang tugas
80
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.2 : PENGURUSAN SUMBER
HURAIAN
Pengurusan sumber ialah kemampuan pegawai untuk mengguna dan membangunkan sumber-sumber kewangan, manusia, maklumat dan sumber fizikal termasuk infrastruktur serta infostruktur secara berhemah ke arah mencapai matlamat organisasi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
merancang sumber bagi menyokong matlamat organisasi dengan menyediakan dokumen yang berkaitan seperti ABM, kertas kerja, SKT dan lain-lain
mengurus sumber secara optimum bagi menyokong matlamat organisasi dengan mematuhi dasar, pekeliling, SOP dan peraturan yang sedang berkuatkuasa
mengawal sumber bagi menyokong matlamat organisasi dengan memastikan mematuhi dasar, pekeliling, SOP dan peraturan yang sedang berkuatkuasa serta mengoptimumkan penggunaan sumber
membangunkan kompetensi dan potensi sumber manusia secara optimum bagi menyokong matlamat organisasi
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan
Anggaran Belanja Mengurus Kewangan
Dashboard/ laporan kemajuan/ status pelaksanaan
Aplikasi Sistem/ Sistem Atas Talian (Contoh: e-Gerak, e-Operasi, e-SPL KPM, e-Pangkat, e-SPKB atau HRMIS)
program/ aktiviti untuk membangunkan sumber
bahan-bahan lain
81
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.3 : PENGURUSAN PROGRAM
HURAIAN
Pengurusan program ialah keupayaan pegawai untuk merancang, melaksana, mengawal selia, menilai dan melaporkan, dan mengambil tindak susul atau tindakan seterusnya terhadap program yang dilaksanakan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
merancang program untuk kemajuan pembangunan organisasi
melaksanakan program untuk kemajuan pembangunan organisasi
mengawal selia program untuk kemajuan pembangunan organisasi
menilai dan mengambil tindak susul/ tindakan seterusnya
melaporkan pelaksanaan program untuk kemajuan pembangunan organisasi
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang seperti berikut:
Sasaran Kerja Tahunan
kertas kerja/ kertas cadangan/ takwim Merujuk kepada tindakan PYD
laporan status pelaksanaan Merujuk kepada tindakan PYD
Prosedur Kualiti (Contoh : PK18 – Untuk BPSH/ JPN/ PPD) Merujuk kepada tindakan PYD
laporan penilaian program
analisis keperluan latihan
bahan-bahan lain
82
D3 : KEMAHIRAN
E3 : INTERAKSI
A3.1 : KOMUNIKASI BERKESAN
HURAIAN
Komunikasi berkesan ialah keupayaan pegawai menerima dan menyampai maklumat, dan dapat mewujudkan perasaan puas hati, rasa dihargai serta keinginan untuk saling bekerjasama bagi mencapai matlamat organisasi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menerima maklumat yang disampaikan
memahami maklumat yang disampaikan
menyampaikan maklumat dengan jelas dan tepat
menilai dan mengambil tindakan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
surat
e-mel
minit mesyuarat
laporan
bahan-bahan lain
Pemerhatian
Penilaian boleh dibuat berdasarkan situasi berikut:
mesyuarat
taklimat
perbincangan
pelaksanaan aktiviti, dan
situasi-situasi lain
83
D3 : KEMAHIRAN
E3 : INTERAKSI
A3.2 : PERKONGSIAN PINTAR
HURAIAN
Perkongsian pintar ialah keupayaan pegawai untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran kepada organisasi atau luar organisasi dalam sebarang bentuk bagi meningkatkan mutu kerja dan tahap profesionalisme
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
berkongsi pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman dalam sebarang bentuk
untuk meningkatkan mutu kerja dan tahap profesionalisme
mengamalkan perkongsian pintar dalam organisasi
mengamalkan perkongsian pintar dengan pihak luar sebagai penceramah, fasilitator,
jurulatih utama dan lain-lain
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
kertas kerja/ kertas cadangan/ takwim
laporan program
penulisan ilmiah
kajian/ kertas kerja
perkongsian ilmu/ peningkatan profesionalisme
bahan-bahan lain
85
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.1 : PENGETAHUAN BIDANG TUGAS
HURAIAN
Pengetahuan bidang tugas ialah kebolehan pegawai dalam menguasai maklumat dan strategi berkaitan dengan pengetahuan bidang tugas.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
Menguasai maklumat dan strategi berkaitan dengan bidang tugas
- SIPartner+ : a. Standard Operational Procedure (SOP) berpandukan Buku Panduan Pengurusan
Program Transformasi Daerah yang terkini
b. Pengetahuan tentang 9 bidang kepimpinan iaitu;
- Pengurusan dan kepimpinan organisasi, Contoh: - Gaya Kepimpinan (maklum balas tentang gaya kepimpinan klien) - Visi dan misi menjadi hala tuju sekolah - Kemahiran Merancang (Perancangan Strategik, Perancangan Taktikal dan
Pelan Operasi) - Meningkatkan pencapaian akademik sekolah.
- Pengurusan kurikulum,
Contoh: - Ketetapan kurikulum berkaitan program/aktiviti kurikulum dirancang dan
dilaksanakan - Jadual waktu yang disediakan mematuhi peraturan - Pentaksiran dilaksanakan secara terancang dengan mematuhi SPI
- Pengurusan kokurikulum Contoh: - Ketetapan berkaitan pelaksanaan kokurikulum - Pengurusan dan pelaksanaan Kokurikulum - Kemenjadian murid dalam kokurikulum (penyertaan dan pencapaian) - Penilaian kokurikulum
- Pengurusan HEM
Contoh: - Ketetapan berkaitan pelaksanaan HEM - Kemenjadian sahsiah murid - Pengurusan disiplin murid - Pengurusan kebajikan dan keselamatan - Pengurusan khidmat Bimbingan dan Kaunseling
- Pengurusan kewangan
Contoh: - Anggaran Belanjawan Tahunan (Kurikulum, kokurikulum dan HEM) - Pengurusan Kewangan Sekolah (PCG, SUWA, Panjar Wang runcit)
86
- Pengurusan pentadbiran pejabat Contoh: - Pengurusan fail Induk - Pengurusan maklumat sekolah
- Pengurusan persekitaran & kemudahan fizikal
Contoh: - Persekitaran sekolah kondusif, ceria dan bersih. - Pengurusan inventori sekolah
- Pengurusan sumber manusia
Contoh: - Profil guru (Potensi, kemahiran dan pengalaman staf dikenal pasti) - Agihan tugas guru seimbang. - Prestasi kerja staf dinilai secara sistematik, tepat, adil, telus. - Program perkembangan staf dilaksanakan secara terancang.
- Pengurusan perhubungan luar
Contoh: - Program sarana sekolah dan sarana ibu bapa
- SISC+ :
a. SOP berpandukan Buku Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah yang terkini
b. Teacher Coaching Tool (TCT) - Instrumen yang digunakan semasa membimbing P&P guru dalam bilik darjah.
c. Teacher Development Plan (TDP)
- Borang yang digunakan untuk melihat pembangunan dan peningkatan P&P guru bagi setiap elemen berpandukan borang TCT.
d. Teacher Intervention Tool (TIT) -Borang yang digunakan untuk mengisi input intervensi yang diberikan kepada Guru yang Dibimbing (GDB)
- FasiLINUS:
a. SOP berpandukan Buku Pengoperasian Program LINUS2.0
b. Instrumen Bimbingan Program LINUS2.0 - Instrumen bimbingan yang terbahagi kepada tiga skop iaitu:
(i) Pengurusan Program LINUS2.0 di sekolah; (ii) P&P guru yang dibimbing; atau (iii) Pelaksanaan saringan.
c. Data Program LINUS2.0
- Data saringan LINUS2.0 yang diperoleh melalui portal NKRA.
Merancang dan melaksanakan pelbagai strategi berkaitan pengetahuan bidang tugas.
- SIPartner+: Kepelbagaian strategi coaching & mentoring seperti menggunakan model GROW, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), bimbingan secara berkelompok / individu dan lain-lain.
- SISC+: Kepelbagaian strategi coaching & mentoring seperti bimbingan secara
berkelompok / individu atau pelaksanaan PLC secara individu atau kumpulan
- FasiLINUS: Kepelbagaian strategi coaching & mentoring seperti bimbingan secara berkelompok / individu dan pengurusan program untuk murid dan lain-lain.
87
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
SIPartner+ : Borang Lawatan, Buku Log Pergerakan, laporan harian dan laporan mingguan.
SISC+ : Buku Log Pergerakan, Instrumen Teacher Teaching Tool (TCT), Borang Teacher Development Plan (TDP), Borang Teacher Intervention Tool (TIT)
FasiLINUS : Buku Log Pergerakan dan Instrumen Bimbingan Program LINUS2.0. Temu bual Contoh soalan yang boleh diajukan:
Terangkan peranan dan tanggungjawab anda.
Apakah dokumen yang anda sediakan sebelum pelaksanaan bimbingan?
88
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.2 : PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN
HURAIAN
Perancangan dan persediaan ialah kebolehan pegawai dalam bidang perancangan dan persediaan untuk membimbing klien mengikut bidang tugas.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
mengumpul maklumat asas klien, contohnya: - SIPartner+: profil sekolah, profil PGB dan data SKPM - SISC+: profil sekolah, jadual waktu dan profil guru yang dibimbing - FasiLINUS: profil sekolah, maklumat guru dan murid Program LINUS2.0
merancang dan melaksanakan pelbagai strategi berkaitan dengan bidang tugas - menyediakan perancangan kerja
contohnya: a) Fail Meja b) Sasaran Kerja Tahunan (SKT) c) Jadual Lawatan Bimbingan d) Data SKPM (SIPartner+ dan SISC+) e) Data Saringan LINUS2.0 (FasiLINUS) f) Takwim
Penjelasan: Klien ialah
- SIPartner+ : pengetua dan guru besar (PGB) - SISC+ : guru yang dibimbing (GDB) - FasiLINUS : guru dan murid Program LINUS2.0
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian dibuat berdasarkan dokumen yang disediakan mengikut prosedur dan keperluan organisasi;
SIPartner+ : Fail Meja, SKT, Jadual Lawatan Bimbingan, profil PGB, data SKPM dan takwim.
SISC+ : Fail Meja, SKT, Jadual Lawatan Bimbingan, profil GDB, data SKPM dan takwim.
FasiLINUS : Fail Meja, SKT, Jadual Lawatan Bimbingan, maklumat guru Program LINUS2.0, data saringan LINUS2.0 dan takwim.
89
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.3 : PENGURUSAN MAKLUMAT
HURAIAN
Pengurusan maklumat ialah kebolehan pegawai mengumpul, menganalisis, menginterpretasi dan mengaplikasi data sebagai asas pelaksanaan bimbingan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk mengumpul, menganalisis, menginterpretasi, dan mengaplikasi data sebagai asas untuk pelaksanaan bimbingan terhadap klien.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
SIPartner+ : Fail Data
SISC+ : Fail Data
FasiLINUS : Fail laporan analisis saringan sekolah seliaan
Temu bual Contoh soalan yang boleh diajukan:
Bagaimanakah anda menggunakan data sebagai persediaan untuk melaksanakan bimbingan?
Bagaimanakah anda menginterpretasi data yang dikumpul untuk pelaksanaan bimbingan?
Soalan-soalan yang berkaitan
90
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.1 : BIMBINGAN / COACHING & MENTORING KEPADA KLIEN
HURAIAN
Bimbingan/ coaching & mentoring kepada klien ialah kebolehan pegawai dalam memberi
bimbingan, melaksanakan coaching & mentoring kepada klien, mengambil tindakan susulan dan
membuat laporan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
memberi bimbingan / coaching & mentoring, contohnya: i. SIPartner+
- Bimbingan / coaching & mentoring kepada pengurusan dan kepimpinan
- Kekerapan bimbingan: minimum 3 kali setiap sekolah setahun.
- Bilangan PGB yang dibimbing: 25 – 30 orang (Semenanjung) dan 20 – 25 orang
(WP Labuan, Sabah & Sarawak)
ii. SISC+
- Bimbingan / coaching & mentoring P&P kepada guru yang dibimbing
- Kekerapan bimbingan: minimum 3 kali P&P setiap guru dibimbing (GDB) setahun.
- Bilangan GDB: 25 – 30 orang (Semenanjung) dan 20 – 25 orang (WP Labuan,
Sabah & Sarawak)
iii. FasiLINUS
- Bimbingan P&P / coaching & mentoring kepada guru Program LINUS2.0
- Kekerapan bimbingan: minimum 3 hari seminggu ke sekolah.
mengambil tindakan susulan beserta eviden berdasarkan isu yang telah dikenal pasti, contohnya: - SIPartner+ : bimbingan berterusan secara individu/ kelompok terhadap isu yang dikenal
pasti
- SISC+ : bimbingan berterusan/bimbingan individu/ kelompok terhadap isu yang dikenal pasti
- FasiLINUS : bimbingan individu/perbengkelan terhadap isu yang dikenal pasti
membuat laporan bagi setiap klien yang dibimbing, contohnya: - SIPartner+ : mengisi laporan bimbingan dalam Dashboard Prestasi KPM
- SISC+ : mengisi laporan bimbingan dalam Dashboard Prestasi KPM
- FasiLINUS : membuat laporan bimbingan dalam instrumen yang disediakan
91
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
SIPartner+ : Rekod sesi bimbingan / coaching & mentoring, analisis bimbingan / coaching & mentoring, laporan bimbingan / coaching & mentoring dan dokumen lain yang berkaitan
SISC+ : Rekod sesi bimbingan / coaching & mentoring, analisis bimbingan / coaching & mentoring, laporan bimbingan / coaching & mentoring dan dokumen lain yang berkaitan
FasiLINUS : Rekod sesi bimbingan / coaching & mentoring, analisis bimbingan / coaching & mentoring, laporan bimbingan / coaching & mentoring dan dokumen lain yang berkaitan
Temu bual Contoh soalan yang boleh diajukan:
Nyatakan proses semasa anda melaksanakan bimbingan / coaching & mentoring.
Apakah pendekatan yang anda gunakan semasa melaksanakan bimbingan/ coaching & mentoring?
Soalan-soalan lain yang berkaitan
92
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.2 : KOMUNIKASI
HURAIAN
Komunikasi ialah keupayaan pegawai untuk berkongsi idea, strategi, maklumat dan boleh
mempengaruhi pihak lain yang berkaitan semasa bimbingan dan pelaporan. Pegawai yang
dinilai juga boleh menerima kritikan/ pandangan/ cadangan untuk penambaikan klien dan
organisasi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
berkongsi idea dan strategi yang berkesan untuk meningkatkan kualiti klien
berkongsi maklumat dengan klien untuk membangunkan organisasi
mempengaruhi pihak lain yang berkaitan semasa bimbingan dan pelaporan
menerima kritikan / pandangan / cadangan daripada pegawai atasan bagi mencapai objektif organisasi
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Temu bual
PP boleh melaksanakan sesi temu bual bersama dengan PYD. Pemerhatian
Dilakukan sewaktu pembentangan pelaporan.
93
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.3 : INTERVENSI
HURAIAN
Intervensi merupakan satu program berfokus kepada sesuatu isu yang dikenal pasti untuk meningkatkan tahap dan kualiti klien.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
melaksanakan intervensi secara kolaboratif bersama-sama pegawai lain
melaksanakan intervensi bersama-sama klien secara individu atau secara kumpulan
melaksanakan PLC (Profesional Learning Community) kepada klien
menyediakan dokumen intervensi
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
perancangan aktiviti / program
rekod pelaksanaan intervensi
laporan maklum balas / program / kajian impak
Dokumen PLC (Profesional Learning Community)
TIT (Teacher Intervention Tool) – SISC+
dokumen lain yang berkaitan
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah intervensi yang dibuat berdasarkan isu yang telah dikenal pasti?
Siapakah yang terlibat dalam intervensi yang dilaksanakan? Pemerhatian
Dilakukan sewaktu proses pelaksanaan intervensi
94
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENILAIAN
A3.1 : PELAPORAN
HURAIAN
Pelaporan ialah kebolehan pegawai untuk melaporkan dapatan bimbingan / coaching & mentoring dan melaporkan tindakan susulan berdasarkan kepada maklum balas yang diterima.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
melaporkan dapatan bimbingan / coaching & mentoring
melaporkan tindakan susulan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
rekod laporan bimbingan / coaching & mentoring
laporan tindakan susulan
Temu bual Contoh soalan yang boleh diajukan:
Bagaimanakah anda membuat pelaporan dapatan bimbingan?
Bagaimanakah anda menyediakan laporan tindakan susulan? Pemerhatian
Dilakukan sewaktu proses perbincangan/ pembentangan laporan.
96
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.1 : PERANCANGAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
HURAIAN
Perancangan perkhidmatan kaunseling ialah proses merancang program / aktiviti psikologi dan
kaunseling daripada aspek 3P (pembangunan, pencegahan dan pemulihan). Perancangan ini
dilakukan dengan menggabungkan teori, kemahiran, pengetahuan, aplikasi, dan input (hard &
soft skills) secara menyeluruh dalam organisasi di bawah BPsK.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan kaunselor untuk:
Merancang dan menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berdasarkan bidang
tugas utama:
- perkhidmatan kaunseling (individu, kelompok, keluarga, kerjaya)
- perkhidmatan bimbingan (individu, kelompok, keluarga, kerjaya)
- perkhidmatan konsultasi / advokasi
- pengurusan sistem data dan maklumat (Sistem Maklumat Psikologi dan Kaunseling
(e-PsK), dan Sistem Maklumat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (e-total
touch)
- pengurusan instrumen psikometrik / ujian psikologi
- pengurusan profesionalisme dan pelan operasi latihan kompetensi kaunselor
- pelaksanaan dasar kaunseling
- pengurusan program modal insan (Jawatan Kumpulan - POOL, psikososial, CISM,
persaraan, keibubapaan, AKRAB, OMBAK, pementoran, sharing, caring & healing,
dan lain-lain)
- pengurusan penyelidikan dan pembangunan
- pengurusan pemantauan kes dan perkhidmatan
- pengurusan dan pentadbiran
- pengurusan inovasi dan kreativiti
- pengurusan out-reach dan klinik kaunseling / one stop centre
- melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan psikologi & kaunseling yang diarahkan dari
semasa ke semasa
Merancang perkhidmatan yang akan dilaksanakan berdasarkan objektif
perkhidmatan yang dikenal pasti melalui analisis keperluan organisasi:
- objektif bertepatan dengan keperluan perkhidmatan dan organisasi
- menggunakan kaedah seperti kajian keperluan (borang analisis keperluan), kajian
pelan operasi latihan (POL), pemerhatian, rujukan, anekdot, dan dapatan R&D
secara individu atau organisasi
Merancang strategi, pendekatan, dan kaedah yang menepati kumpulan sasaran:
- mengikut keperluan program
- menggunakan kaedah seperti berikut: ujian psikologi, pemerhatian, temu bual,
tapisan, rujukan, sesi kaunseling, psikososial, jemputan, dan lain-lain
Merancang Anggaran Belanja Mengurus
- menguruskan bajet yang telah dibida untuk melaksanakan perkhidmatan kaunseling
97
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian dilakukan berdasarkan contoh yang berikut:
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Manual Prosedur Kerja (MPK)
Fail Meja
Takwim
Bajet tahunan
PP/ SPP/ surat/ memo berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling
Instrumen analisis keperluan (needs assessment)
Pelan strategik
Bahan-bahan lain yang sesuai
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan:
Terangkan langkah-langkah yang anda lakukan untuk membuat perancangan
perkhidmatan kaunseling.
Apakah keutamaan perkhidmatan yang anda lakukan?
Bagaimanakah anda memastikan bajet yang diperuntukkan diuruskan secara
optimum?
Apakah asas perancangan SKT anda?
Bagaimanakah anda menentukan kumpulan sasaran anda?
Bagaimanakah anda menentukan bajet bagi program yang dilaksanakan?
98
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN
A1.2 : PERANCANGAN PEMANTAUAN
HURAIAN
Perancangan pemantauan kes kaunseling ialah keupayaan pegawai untuk memantau /
melawat klien yang dilaksanakan oleh semua Kaunselor Organisasi dengan menggunakan
borang pemantauan serta dapat mengemukakan jadual pelaksanaan pemantauan;
dan / atau
Perancangan pemantauan perkhidmatan merujuk kepada penyeliaan oleh Kaunselor BPsK,
Ketua Sektor dan Ketua Unit terhadap perkhidmatan yang dilaksanakan kepada Kaunselor di
organisasi masing-masing dengan menggunakan Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan
Berpencapaian Tinggi Psikologi & Kaunseling serta dapat mengemukakan jadual pelaksanaan
pemantauan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan kaunselor untuk:
Merancang pemantauan perkhidmatan dan kes kaunseling berdasarkan kumpulan sasaran seperti yang berikut:
Bil Pemantau Kumpulan yang dipantau (Sasaran)
1 Kaunselor Organisasi Bahagian (KOB) KON, KOD, KOW, KU KOI & Klien
2 Kaunselor Organisasi Negeri (KON) KOD, KOW, Klien
3 Kaunselor Organisasi Daerah/Wilayah (KOD/KOW)
Klien
4 Ketua Unit Kaunselor Organisasi Induk (KU IPGM)
KU KOI, KOI & Klien
5 Ketua Unit Kaunselor Organisasi Kampus (KU KOI)
KOI & Klien
6 Kaunselor Organisasi Matrikulasi (KOM) Klien
Merancang dan mengenal pasti instrumen pemantauan:
- Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi & Kaunseling dan atau
- Borang Pemantauan
Merancang jadual pemantauan:
- Penetapan jadual / takwim pemantauan pada tahun semasa - Penetapan klien yang dikenal pasti - Penetapan pemantau dan zon-zon pemantauan
Memastikan perancangan mematuhi Standard Operating Prosedure (SOP) pemantauan:
- Akur kepada piawaian yang ditetapkan oleh Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi & Kaunseling
99
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi &
Kaunseling
Jadual pemantauan
Data kumpulan sasaran
Surat / memo pekeliling berkaitan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Adakah pemantauan termasuk dalam bidang tugas anda?
Apakah aspek yang dipantau dan instrumen yang digunakan dalam pemantauan?
Siapakah yang terlibat dalam pemantauan?
Bagaimanakah anda memantau perkhidmatan kaunseling?
Bagaimanakah anda memantau kes kaunseling?
Jika berlaku perubahan perancangan pemantauan perkhidmatan kaunseling atau kes
kaunseling, apakah tindakan anda?
Pemerhatian Penilaian dilakukan secara tidak formal (melalui mesyuarat dan temu bual dengan rakan sekerja)
100
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A2.1 : PELAKSANAAN PERKHIDMATAN KAUNSELING (SESI KAUNSELING / BIMBINGAN / KONSULTASI / ADVOKASI)
HURAIAN
Pelaksanaan perkhidmatan kaunseling (sesi kaunseling / bimbingan / konsultasi / advokasi)
merujuk kepada keupayaan pegawai untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling (sesi kaunseling
/ bimbingan / konsultasi / advokasi) secara profesional selaras dengan definisi-definisi yang berikut:
Kaunseling ertinya suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-
prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk
mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri
klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
(Akta Kaunselor 580:8)
Suradi (1997) menyatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memahami dirinya
dan dunia di sekelilingnya supaya dia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat
dengan sepenuhnya.
Konsultasi ialah khidmat runding cara yang sistematik dalam bidang-bidang kepakaran psikologi
dan kaunseling untuk keperluan klien. Contohnya; Guru Besar mendapatkan khidmat konsultasi
daripada Kaunselor berkaitan dengan permasalahan di sekolah.
Advokasi ialah khidmat rujukan yang sistematik dan telus dalam bidang-bidang kepakaran untuk
memandu klien mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Contohnya; merujuk klien yang
bermasalah perkahwinan kepada Jabatan Agama Islam.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan kaunselor untuk:
Mengendalikan perkhidmatan sesi kaunseling secara profesional
- bersemuka antara kaunselor dengan klien;
- penstrukturan (etika kerahsiaan, jangka masa, persetujuan, jangkaan, ada perubahan
terhadap diri klien, dan persekitarannya);
- tempat yang kondusif;
- komunikasi dua hala;
- menggunakan pendekatan psikologi dan humanistik;
- klien ialah manusia normal (emosi, intelektual, spiritual, fizikal);
- ada perancangan dan hala tuju (sebelum, semasa, selepas); dan
- proses dinamik yang menunjukkan kemajuan secara berterusan
Menyediakan laporan perkhidmatan kaunseling
- menggunakan borang-borang yang khusus
- format laporan mengikut pendekatan yang digunakan oleh kaunselor
- secara manual (bertulis / bercetak) atau dalam talian (ePsK); dan
- laporan berstatus “SULIT” dan disimpan di dalam almari berkunci
101
Mematuhi Akta 580 dan Kod Etika Kaunselor
- akur kepada semua peraturan yang termaktub di dalam Akta 580 dan Kod Etika
Kaunselor. Contohnya; Akta 580 : Bahagian IV : Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan
Amalan: Perkara 22 : Kaunselor hendaklah didaftarkan
Memberikan maklum balas (jika perlu)
- akur kepada prosedur maklum balas mengikut piagam pelanggan
- boleh memberikan maklum balas / pelaporan sesi untuk kes rujukan
Memberi bimbingan, konsultasi dan advokasi jika perlu
- Akur kepada prosedur konsultasi dan advokasi mengikut keperluan klien
- Mematuhi kod etika kaunseling
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
Borang-borang perkhidmatan kaunseling (BK 01 – BK 09)
Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor)
Akta 580 (Akta Kaunselor 1998)
Surat / memo arahan yang berkenaan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Buku log sesi atau rekod kaunseling
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Jelaskan maksud sesi kaunseling yang profesional.
Berapa lamakah anda menyediakan laporan sesi?
Kepada siapakah maklum balas diberikan?
Bagaimanakah anda mengekalkan kerahsiaan dalam sesi kaunseling?
• Berapakah sasaran sesi kaunseling yang dilaksanakan pada tahun ini?
• Apakah program utama yang anda laksanakan?
Pencerapan
Supervision secara formal semasa kaunselor menjalankan sesi kaunseling atas persetujuan klien
Pemerhatian Penilaian dilakukan secara formal semasa kaunselor mengadakan sesi kaunseling individu atau
kelompok dan penilaian tidak formal boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan
PYD.
102
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A2.2 : APLIKASI INSTRUMEN PSIKOMETRIK / UJIAN PSIKOLOGI
HURAIAN Punca kuasa bagi aplikasi instrumen psikometrik / ujian psikologi ini ialah Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005 Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber
Manusia Sektor Awam.
Aplikasi instrumen psikometrik / ujian psikologi ialah kebolehan pegawai untuk menggunakan
instrumen psikometrik / ujian psikologi secara profesional dan beretika. Instrumen psikometrik
/ ujian psikologi ini terdiri daripada instrumen yang berlesen dan instrumen yang diadaptasi.
Instrumen ini digunakan untuk keperluan pembangunan personal, penilaian personal,
intervensi, dan penyelidikan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
Mengaplikasikan instrumen psikometrik / ujian psikologi secara profesional dan
beretika seperti berikut:
i. Mengenal pasti instrumen psikometrik / ujian psikologi
- menyenaraikan jenis instrumen dan kegunaan;
- menyimpan instrumen-instrumen tersebut;
ii. Mentadbir instrumen psikometrik / ujian psikologi
- merancang penggunaan instrumen (sebelum, semasa dan selepas);
- mahir mentadbir (melaksana, pemarkatan dan interpretasi) instrumen mengikut
SOP
iii. Menyediakan profil dan laporan instrumen psikometrik / ujian psikologi
- pelaporan mengikut manual yang ditetapkan
- menyediakan dan mengemas kini buku log penggunaan secara manual dan dalam
talian
iv. Membuat tindakan susulan berdasarkan dapatan instrumen psikometrik/
ujian psikologi
- akur kepada prosedur maklum balas mengikut piagam pelanggan
- boleh memberikan maklum balas / pelaporan instrumen psikometrik / ujian
psikologi untuk kes yang dirujuk
v. Beretika semasa pengendalian instrumen psikometrik / ujian psikologi
- pematuhan Kod Etika Kaunselor dan Akta 580 – Penggunaan Instrumen
Psikometrik
Mengemukakan maklum balas, konsultasi atau melaksanakan kajian berdasarkan instrumen psikometrik / ujian psikologi
103
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian berdasarkan mana-mana contoh yang berikut:
Memo permohonan dan kebenaran penggunaan instrumen (jika berkaitan)
Rekod penggunaan instrumen psikometrik / ujian psikologi
Secara manual atau dalam talian (log penggunaan instrumen: jenis instrumen, tujuan
penggunaan, bilangan klien, tarikh pelaksanakan)
Instrumen psikometri / ujian psikologi
Bahan-bahan lain yang berkaitan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Adakah anda mengaplikasikan instrumen psikometrik / ujian psikologi dalam tugas
anda?
Adakah anda merekodkan penggunaan instrumen?
Mengapakah anda menggunakan instrumen psikometrik?
Apakah yang anda lakukan selepas klien menjalani ujian psikometrik?
Bagaimanakah anda melaporkan hasil ujian psikometrik?
Pemerhatian Dilakukan secara formal dan tidak formal Pencerapan
Pencerapan dilakukan secara formal dan tidak formal
104
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A2.3 : PELAKSANAAN PERKHIDMATAN
HURAIAN Antara punca kuasa bagi pelaksanaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam sektor
awam adalah daripada Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.1 Tahun 1999 Panduan Mewujudkan
Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.18 Tahun 2005
Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
Pelaksanaan perkhidmatan ialah keupayaan pegawai untuk melaksanakan perkhidmatan,
program dan aktiviti psikologi dan kaunseling yang telah dirancang berdasarkan takwim tahunan,
dan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang diluluskan. Program ini berdasarkan pendekatan
3P (Pembangunan, Pencegahan, dan Pemulihan) kepada kumpulan sasaran yang terdiri
daripada warga pendidikan di KPM, JPN, PPD, IPG, dan Kolej Matrikulasi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
Melaksanakan perkhidmatan utama psikologi dan kaunseling seperti yang berikut:
- perkhidmatan kaunseling (individu, kelompok, keluarga, kerjaya)
- perkhidmatan bimbingan (individu, kelompok, keluarga, kerjaya)
- perkhidmatan konsultasi / advokasi
Melaksanakan program 3P
- sistem data dan maklumat (ePsK & ett)
- instrumen psikometrik / ujian psikologi
- pelaksanaan dasar kaunseling
- program modal insan (pool, psikososial, Critical Incident Stress Management
(CISM), persaraan, keibubapaan, AKRAB, Organisasi Mantap Berdasarkan Aplikasi
Kaunseling (OMBAK), pementoran, sharing, caring & healing, dan lain-lain)
- program profesionalisme dan pelan operasi latihan kompetensi kaunselor
- program penyelidikan dan pembangunan
- program pemantauan kes dan perkhidmatan
- program / aktiviti pengurusan dan pentadbiran
- program inovasi dan kreativiti
- program out-reach dan klinik kaunseling / one stop centre
- tugas-tugas lain yang berkaitan dengan psikologi & kaunseling yang diarahkan dari
semasa ke semasa
Mengenal pasti kumpulan sasaran menggunakan kaedah seperti yang berikut:
- kaedah ujian psikologi, pemerhatian, temu bual, tapisan, rujukan, sesi kaunseling, psikososial, jemputan, dan lain-lain
- kumpulan sasaran terdiri daripada semua warga KPM
Menyediakan kertas kerja / cadangan berdasarkan format yang ditetapkan seperti yang berikut:
- pengenalan - objektif - rasional - tarikh pelaksanaan (masa dan tempat) - input program - kaedah pelaksanaan
105
- jadual pelaksanaan program
- jawatankuasa pelaksana - kos program - penilaian program
Melaksanakan perkhidmatan program / aktiviti yang telah dirancang berdasarkan takwim yang ditetapkan (sebelum, semasa, dan selepas)
Menyediakan dokumentasi program
- pelaporan pelaksanaan program - Format Instrumen Pelaporan Program BPsK - Piawai Star Rating Mampu
Penilaian program
- mengumpulkan data penilaian program - menganalisis data - menyediakan laporan program - membentangkan laporan - melaksanakan tindakan susulan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian dilakukan berdasarkan contoh yang berikut:
PP / SPP / surat / memo yang berkaitan dengan perkhidmatan psikologi dan
kaunseling
Kertas kerja / cadangan
Dokumentasi program
Takwim
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Perancangan strategik
Bajet
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Berapakah sasaran sesi kaunseling yang dilaksanakan pada tahun ini?
Apakah program utama yang anda laksanakan?
Jelaskan maksud sesi kaunseling yang profesional.
Berapa lamakah anda menyediakan laporan sesi?
Kepada siapakah maklum balas diberikan?
Bagaimanakah anda mengekalkan kerahsiaan dalam sesi kaunseling?
Apakah jenis perkhidmatan kaunseling yang menjadi keutamaan anda?
Siapakah kumpulan sasaran yang terlibat dengan perkhidmatan anda?
Bagaimanakah anda memastikan bajet yang diperuntukkan itu diuruskan secara
optimum?
Pemerhatian Dilakukan secara formal dan tidak formal Pencerapan
Pencerapan dilakukan secara formal dan tidak formal
106
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
A3.1 : PENILAIAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PEMANTAUAN
HURAIAN
Penilaian perkhidmatan kaunseling dan pemantauan ialah keupayaan pegawai untuk
melaksanakan penilaian perkhidmatan kaunseling dan pemantauan secara sistematik dengan
menggunakan Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi &
Kaunseling atau borang pemantauan, serta dapat mengemukakan laporan pelaksanaan
pemantauan.
Pelaksanaan penilaian perkhidmatan kes kaunseling ialah keupayaan pegawai untuk
memantau klien yang dilaksanakan oleh semua Kaunselor Organisasi terhadap kes-kes yang
menjadi keutamaan seperti sakit mental, sakit berpanjangan, jenayah, dan pegawai yang
berprestasi rendah.
Pemantauan Perkhidmatan merujuk kepada penyeliaan oleh Kaunselor BPsK, Ketua Sektor
dan Ketua Unit terhadap perkhidmatan yang dilaksanakan kepada kaunselor di organisasi
masing-masing.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
Menilai dan memantau perkhidmatan psikologi dan kaunseling berdasarkan kepada: i. Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi Dan Kaunseling ii. Pemantauan kes-kes; dengan menggunakan kaedah seperti yang berikut:
- ujian psikologi - pemerhatian - temu bual - tapisan
- rujukan
- sesi kaunseling
- psikososial
- jemputan
- anekdot
- soal selidik
- data maklumat ePsK
- bahan-bahan lain yang berkaitan
iii. *Supervision
Hanya boleh dilaksanakan oleh Kaunselor Berdaftar dan memiliki sekurang-
kurangnya di peringkat Sarjana dalam bidang Bimbingan & Kaunseling
107
Mengenal pasti kumpulan sasaran
Bil Pemantau Kumpulan yang dipantau (Sasaran)
1 Kaunselor Organisasi Bahagian (KOB) KON, KOD, KU KOI & Klien
2 Kaunselor Organisasi Negeri (KON) KOD, Klien
3 Kaunselor Organisasi Daerah (KOD) Klien
4 Ketua Unit Kaunselor Organisasi Induk (KU IPGM) KU KOI, KOI & Klien
5 Ketua Unit Kaunselor Organisasi Kampus (KU KOI) KOI & Klien
6 Kaunselor Organisasi Matrikulasi (KOM) Klien
Melaksanakan penilaian perkhidmatan kaunseling dan pemantauan berdasarkan prosedur yang ditetapkan
- Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi & Kaunseling
- Prosedur pemantauan ‘POOL’
Membuat tindakan penambahbaikan, inovasi atau kreativiti
- berdasarkan pelaporan pemantauan dan maklum balas pemantauan - ulasan pihak pengurusan
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian dilakukan berdasarkan contoh yang berikut:
PP / SPP/ surat / memo berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
Kertas kerja / cadangan
Dokumentasi program
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Perancangan strategik
Bajet
Jadual pemantauan
Bahan-bahan lain yang berkaitan
Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Bagaimanakah anda menilai sesuatu perkhidmatan itu berkualiti ?
Apakah isu-isu yang dapat dikenal pasti dalam menjalankan perkhidmatan?
Adakah anda menjalankan penambahbaikan?
Pemerhatian Dilakukan secara formal dan tidak formal Pencerapan Pencerapan dilakukan secara formal dan tidak formal
109
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN INTERVENSI/ (RE)HABILITASI
A1.1 : PENGETAHUAN BIDANG KHUSUS
HURAIAN
(Re)habilitasi ialah program intervensi yang berkait rapat dengan isu pendidikan yang
menyebabkan ketidakupayaan peningkatan kualiti hidup dan potensi diri. Program intervensi
ini adalah berasaskan sekolah dan berpusat.
Program intervensi dilaksanakan secara holistik dan bersepadu tentang proses pemulihan bagi
meningkatkan kemahiran motor, komunikasi, emosi, kognitif, sosial, dan keupayaan yang
hilang akibat kecacatan, kecederaan dan penyakit. Kehilangan kemahiran-kemahiran ini
mengakibatkan gangguan mobiliti, komunikasi dan keupayaan dalam menjalani aktiviti harian.
Matlamat intervensi/ (re)habilitasi bertujuan meminimakan impak ketidakupayaan bagi
membolehkan klien menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik.
Klien merujuk kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan kanak-kanak berkeperluan khas
yang menerima intervensi/ (re)habilitasi atau ibu bapa/penjaga/guru dan profesional yang lain
apabila menerima khidmat konsultasi Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menguasai jenis permasalahan/ ketidakupayaan klien
- mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan jenis permasalahan/
ketidakupayaan, contohnya, perkembangan pertuturan yang lewat, masalah
pendengaran, masalah penglihatan, masalah pembelajaran, dan lain-lain.
menguasai pelbagai pendekatan intervensi/ (re)habilitasi berasaskan bukti (evidence -based)
- mempunyai pengetahuan yang berkaitan dengan pendekatan intervensi/
(re)habilitasi berasaskan bukti (evidence–based), contohnya, modifikasi tingkah
laku, rangsangan pertuturan dan bahasa, rangsangan pendengaran, integrasi
sensori dan lain-lain.
menguasai prosedur saringan/ penilaian
- mengetahui cara mengambil case history, membuat pemerhatian, menemu bual
dan menggunakan borang penilaian standard/ instrumen/ senarai semak.
- mengetahui prosedur dalam menjalankan saringan/ penilaian kepada klien.
menguasai kaedah pengendalian instrumen /ujian/ alatan khas
berupaya mengendalikan instrumen/ ujian/ alatan khas mengikut bidang khusus.
contoh bidang:
Audiologi - ujian pendengaran menggunakan alat khas seperti Audiometer dll Patalogi Pertuturan Bahasa - Instrumen Penilaian Awal Kanak-Kanak dll Peripatetik - Ujian Denver dll Psikologi - Ujian Saringan Vanderbilt/ Conners dll
110
mematuhi kod etika profesionalisme
contoh bidang: Psikologi (American Psychological Association (APA) Code of Conduct for
Psychologist) Patalogi Pertuturan Bahasa (Malaysia Association of Speech-Language
(MASH) and Hearing Code of Ethics) Audiologi (Malaysian National Society of Audiologists (MANSA) Code of
Ethics), Terapi Carakerja (Malaysian Occupational Therapy Association (MOTA) Code
of Ethics)
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian berdasarkan mana-mana contoh yang berikut:
borang pendaftaran klien/ surat kebenaran/ surat rujukan
buku log instrumen/ ujian/ alatan khas
fail klien
laporan penilaian/ ujian
instrumen/ ujian/ alatan khas
dokumen-dokumen yang berkaitan dll. Temu bual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Apakah jenis permasalahan / ketidakupayaan klien?
Mengapakah instrumen/ ujian ini dipilih?
111
D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN INTERVENSI/ (RE)HABILITASI
A1.2 : PERANCANGAN
HURAIAN
Pengetahuan perancangan ialah keupayaan pegawai untuk menghasilkan rangka kerja
intervensi yang menepati kriteria pelan intervensi yang ditetapkan.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
merancang dan menyediakan pelan intervensi/ (re)habilitasi
- penulisan pelan intervensi/ (re)habilitasi mestilah mengandungi maklumat klien, objektif, aktiviti, bahan/ alatan khas, jangka masa, pencapaian dll.
merancang penggunaan instrumen/ ujian/ alatan khas/ bahan
- pengetahuan tentang penggunaan instrumen/ ujian/ alatan khas/ bahan mengikut jenis permasalahan/ ketidakupayaan klien, contohnya, klien yang bermasalah pendengaran perlu menjalani ujian pendengaran.
- pemilihan instrumen/ ujian/ alatan khas khas/ bahan perlu berdasarkan kesesuaian,
praktikal dan berkesan untuk menggalakkan penglibatan klien secara aktif dan mengekalkan minat semasa sesi intervensi.
merancang dan menentukan pendekatan intervensi/ (re)habilitasi yang sesuai
- pemilihan pendekatan intervensi/ (re)habilitasi perlu berdasarkan kesesuaian dan berkesan untuk menangani permasalahan/ ketidakupayaan klien, contohnya, Applied Behavior Analysis, Psycholinguistic Approach, Parent-Child Interaction Approach, Child-Centered Therapy Approach, Prevention Approach, Ling 6 Sounds, Sensory Integration Approach, dll.
merancang tindakan susulan
- mengenal pasti tindakan susulan seperti meneruskan sesi intervensi secara berkala/ menamatkan sesi intervensi/ membuat rujukan kepada profesional lain
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
fail klien
pelan intervensi/ (re)habilitasi
dokumen-dokumen lain yang berkaitan Temubual Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
Kenapa pendekatan ini dipilih?
Apakah pendekatan yang paling sesuai untuk masalah klien?
112
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.1 : PENGENDALIAN SESI INTERVENSI/ (RE)HABILITASI
HURAIAN
Pengendalian intervensi/ (re)habilitasi ialah kaedah pengurusan aktiviti yang dirancang
mengikut keperluan permasalahan/ ketidakupayaan klien. Pengendalian sesi hendaklah
tersusun, lancar dan mengikut pelan intervensi.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
membina hubungan (rapport)
- Rapport ialah usaha membina hubungan dan persefahaman yang lebih harmoni
dan menunjukkan sifat empati kepada klien bagi mewujudkan komunikasi yang
lebih berkesan. Antara kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran mendengar
secara aktif, penggunaan komunikasi non-verbal (isyarat tubuh dan ekspresi
wajah) dan menunjukkan kepekaan yang tinggi terhadap keadaan klien.
memastikan kesediaan klien
- mengenal pasti dan mengawal tingkah laku, persekitaran, emosi, dan fizikal klien
secara berkesan dan selamat untuk meningkatkan minat klien supaya terlibat
secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan mengikut peruntukan masa yang
ditetapkan.
menjalankan penilaian kepada klien.
- memilih dan menjalankan penilaian yang bersesuaian dengan klien mengikut
prosedur, contohnya, penilaian tahap penguasaan bahasa menggunakan Clinical
Evaluation of Language Fundamentals 4th Edition (CELF-4), Vineland Adaptive
Behavior Scale 2nd Edition (VABS-2), Movement Assessment Battery for Children
(Movement ABC) dll.
melaksanakan aktiviti intervensi/ (re)habilitasi mengikut sesi yang dirancang.
- tempoh sesi intervensi/ (re)habilitasi tidak melebihi satu jam dan/atau mengikut
pelan yang dirancang. Kekerapan sesi intervensi/ (re)habilitasi adalah mengikut
keperluan klien dan persetujuan ibu bapa/penjaga, seperti sesi sekali seminggu/
dua kali sebulan.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan Bahan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
buku log klien (tarikh dan masa kedatangan, nama klien, nama pegawai terlibat dan
tanda tangan ibu bapa/penjaga)
fail klien (borang temujanji, borang pendaftaran, surat kebenaran ibu bapa, pelan dan
laporan intervensi/ (re)habilitasi, laporan doktor, laporan penilaian, dll)
bahan/ alatan khas (senarai bahan yang dipilih di dalam pelan intervensi)
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
113
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
Manual pencerapan.
Contoh item seperti persediaan dan perancangan, pengendalian sesi, pematuhan
prosedur, kemahiran penggunaan teknik dan pendekatan intervensi, tingkah laku dan
respon klien, sahsiah diri dan lain-lain
Senarai semak
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
114
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.2 : PENGGUNAAN BAHAN/ ALATAN KHAS INTERVENSI/ (RE)HABILITASI
HURAIAN
Penggunaan bahan/ alatan khas intervensi/ (re)habilitasi ialah kebolehan pegawai dalam menggunakan alatan khas/ bahan bantu intervensi seperti perisian Dr. Speech, Picture Exchange Communication System (PECS), Kit Pertuturan, Close Circuit Television Magnifier (CCTV), Audiometer, FM System, dll.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
memilih bahan/ alatan khas yang sesuai
- contoh: audiologis memilih Audiometer untuk membuat saringan pendengaran, psikologis memilih Strategy for Teaching Autism Based on Research (STAR program), terapis pertuturan bahasa memilih Picture Exchange Communication System untuk menggalakkan komunikasi berfungsi.
menggunakan bahan/ alatan khas yang sesuai
- bahan/ alatan khas yang digunakan menarik, sesuai, selamat dan berkesan serta dapat membantu mengatasi atau meminimumkan impak permasalahan/ ketidakupayaan klien.
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
Alatan khas berfungsi dengan baik
Alatan khas diselenggara
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
Bahan/ alatan digunakan secara optimum dan sesuai dengan klien semasa sesi dijalankan
Manual pencerapan
Senarai semak
Dokumen –dokuman lain yang berkaitan
115
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
HURAIAN
Kemahiran komunikasi ialah proses penyampaian maklumat secara berkesan bagi menggalakkan penglibatan klien dalam sesi intervensi. Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
komunikasi berkesan
- menggunakan bahasa lisan yang jelas, mudah dan tepat atau kaedah komunikasi alternatif seperti Augmentative Alternative Communication, isyarat, gesture, dan ekspresi wajah yang sesuai mengikut permasalahan/ ketidakupayaan klien.
memberikan maklum balas yang relevan
- mempamerkan kepekaan, membuat pertimbangan dan memberikan maklum balas yang sewajarnya.
empati - sensitif untuk memahami situasi klien / keluarga klien dari perspektif
mereka - pegawai tidak prejudis dan tidak bersikap ‘judgemental’
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Pencerapan
Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
menggunakan bahasa lisan atau komunikasi alternatif yang mudah difahami, sopan dan sesuai dengan keperluan klien semasa sesi dijalankan
Pemerhatian Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
Memerhati komunikasi verbal dan non-verbal
116
D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN
A2.4 : KONSULTASI
HURAIAN
Konsultasi ialah usaha untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat bantu kepakaran kepada ibu bapa, penjaga, profesional dan guru
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
melaksanakan khidmat nasihat/ khidmat bantu kepada ibu bapa/ penjaga, guru dan profesional
- contoh: khidmat nasihat berkenaan cara/ kaedah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian bagi membantu kanak-kanak/ MBK di rumah/ di sekolah.
- contoh: khidmat nasihat berkenaan cadangan penempatan sekolah mengikut keupayaan klien
- contoh: khidmat nasihat berkenaan rujukan kepada professional lain seperti
Pediatrik, Psikiatris Kanak-kanak
- contoh: khidmat bantu mendapatkan bantuan alat sokongan seperti kerusi roda, Brailler atau Alat Bantu Pendengaran (ABP) dan lain-lain
- contoh: khidmat bantu kepada guru bagi pengubahsuaian kelas untuk
membolehkan MBK pendengaran mengikuti pembelajaran dengan selesa dan lain-lain
merekodkan khidmat nasihat/ khidmat bantu kepada ibu bapa/ penjaga, guru dan profesional lain
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
fail klien (borang temujanji, borang pendaftaran, surat kebenaran ibu bapa, pelan dan laporan intervensi/ (re)habilitasi, laporan doktor, laporan penilaian/khidmat nasihat/konsultasi, dll)
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
kemampuan memberikan khidmat nasihat/ khidmat bantu dengan menggunakan bahasa yang difahami dan sesuai kepada ibu bapa/ penjaga, guru dan profesional lain
kemampuan membuat keputusan tentang jenis bantuan yang diperlukan klien
kemampuan merekodkan khidmat nasihat/ khidmat bantu yang telah dijalankan
117
D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENILAIAN
A3.1 : PENILAIAN SESI INTERVENSI /(RE)HABILITASI
HURAIAN
Penilaian ialah penerapan pelbagai cara/ kaedah dan penggunaan alat penilaian untuk memperoleh informasi pencapaian klien. Penilaian dijalankan mengikut bidang khusus audiologi/ patologi pertuturan bahasa/ terapi carakerja/ peripatetik/ fisioterapi/ psikologi klinikal/ psikologi pendidikan/ visual rehab.
PENJELASAN DESKRIPSI
Keupayaan pegawai untuk:
menjalankan penilaian sebelum/ semasa/ selepas sesi intervensi/ (re)habilitasi
- kaedah penilaian yang dijalankan adalah melalui interprestasi data/ pemerhatian/ mengemukakan soalan/ ujian semula/ temu bual/ penggunaan alat penilaian
- contoh: penilaian awal meliputi functional behavioral assessment untuk
mengenalpasti tingkah laku yang hendak diubah.
- contoh: penilaian semasa sesi meliputi keberkesanan intervensi/ (re)habilitisi yang dilakukan.
- contoh: penilaian selepas sesi meliputi rumusan sama ada pendekatan
intervensi/ (re)habilitisi yang digunakan sesuai atau tidak, diikuti tindakan susulan (meneruskan/ menukar pendekatan).
membuat keputusan dan tindakan susulan berdasarkan dapatan penilaian
- mengenal pasti pencapaian klien - mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesi - menentukan keperluan klien bagi meningkatkan potensi diri dan kualiti hidup
PENJELASAN KAEDAH PENILAIAN
Semakan bahan Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
fail klien (borang temujanji, borang pendaftaran, surat kebenaran ibu bapa, pelan dan laporan intervensi/ (re)habilitasi, laporan doktor, laporan penilaian, dll)
laporan pencapaian klien (outcome sesi intervensi/ (re)habilitasi)
Pencerapan Penilaian berdasarkan contoh-contoh berikut:
kaedah penilaian yang digunakan
keputusan dan tindakan susulan yang diambil
118
JAWATANKUASA PENGGUBALAN GARIS PANDUAN INSTRUMEN
PENAUNG : EN MD. SANI BIN LATIP
PENASIHAT : HJ. ADZMAN BIN TALIB
PENYELARAS : CIK ROSEMAWATI BINTI HUSSEIN
FASILITATOR :
1. EN HISHAMMUDIN BIN AHMAD
2. EN MOHD. AZIZI BIN JAAFAR
3. EN MOHD. FAIZUL FIRDAUS BIN MOHD. ZULKIFLI
4. EN NASZERI BIN MD.NOR
5. EN MAHDY BIN ABDUL AZIZ
6. PN. SALWA BINTI AHMAD RAFEE
7. CIK NURUL HIDAYAH BINTI SUKIMAN
8. PN WAN FARAH HILLIA BINTI ABU BAKAR
119
AHLI PANEL PENGGUBALAN GARIS PANDUAN INSTRUMEN
1. GENERIK
BIL. NAMA ORGANISASI
1 DR. MOHAMAD HUSSIN BIN MOHAMAD YUSUF
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI
2 EN KAMAL ARIFFIN BIN BIDIN KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
3 EN MOHD NADZRI BIN ISHAK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
4 TN HJ ABD. SHUKOR B. UJANG SK SEKSYEN 7, BDR BARU BANGI
5 EN ABDUL RAZAK B. SAID PPD JEMPOL DAN JELEBU
6 EN MOHAMAD SUPIAN B. TAHARIM BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KPM
7 EN AZERAN BIN OSMAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
8 TN HJ MOHAMMAD AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN
KOLEJ VOKASIONAL BESUT
9 EN MANSOR BIN BAHARI PPD KULIM BANDAR BAHARU
10 TN HJ ABDUL RASID BIN BAKAR SMK TINGGI MELAKA
2. PdP GURU
BIL. NAMA ORGANISASI
1 TN HJ KASMAN BIN EMBONG PPD HULU TERENGGANU, TERENGGANU
2 EN MOHD KHIR BIN KASSIM SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI, SELANGOR
3 PN HJH RADIAH BTE YUSOF SMKA SULTAN MUHAMMAD, MELAKA
4 PN HJH ROSNI BTE ADOM SMK SERI TANJONG, MELAKA
5 PN HJH FARIZA NURBAYA MUHAMMAD
SMK NASIRUDDIN SHAH, TERENGGANU
6 TN HJ ABDUL RASID BIN BAKAR SMK TINGGI MELAKA
120
3. PT(A)
BIL. NAMA ORGANISASI
1 EN. AHMAD BIN SAAD SK FAKEH ABD SAMAD, KUANTAN.
2 DR.HJ. ALIAS BIN ABDUL GHANI SMK METHODIST BANTING
3 EN. AHMAD ZAWAWI BIN BIDIN SK FELCRA SG ARA KOTA TINGGI
4 HJ. MOHAMAD BIN MAHADI SM SAINS KOTA TINGGI
5 EN. AZALAN BIN ISHAK KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
6 DR. HJH. NOR HAYATI BINTI MT. ALI
IPG KAMPUS DARULAMAN
7 DR. AHMAD MASRIZAL BIN MUHAMMAD
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KPM
8 EN. KHAIRUDIN BIN NOZARI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
9 EN. AMRAN BIN PA IPG KAMPUS PERLIS
10 PN. HJH NORIHAN BINTI AZIZAN IAB UTARA
11 EN. AZMAN BIN MOKHTAR KOLEJ MATRIKULASI PERAK
12 EN. MOHD MAHYUDDIN BIN MOHD NOORDIN
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
13 PN. HJH. KAMARIAH BT. HJ SAMSUDDIN
ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE (ELTC)
121
4. GBK
BIL. NAMA ORGANISASI
1 TN. HJ. MESKUN BIN TUMIN SMK SEMENCHU, KOTA TINGGI.JOHOR
2 EN.ZAMZAN BIN OMAR
SK TAMAN SERI REMBAU, NEGERI SEMBILAN
3 PN. ROZIANA BINTI SUPARMAN @ HJ TAHIR
SK LABOHAN DAGANG, BANTING, SELANGOR
5. JURULATIH
BIL NAMA ORGANISASI
1. EN. MOHAMAD NIZAM BIN ISMAIL BAHAGIAN SUKAN KPM
2. EN. ZULKEFLI BIN SHAMSUDIN SSM BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
3. CIK ROZAINA BINTI ABD RAZAK BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM
4. EN. HEZREEN BIN SININ BAHAGIAN SUKAN KPM
5. EN. ZAKARIAN BIN LAIN SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, JOHOR
6. EN. SYED ABD HAKIM BIN SAID SELIMAN
SSEM KUALA LUMPUR
7. EN. ABDUL JABAR BIN SHAIN SSEM JOHOR
8. CIK ZALINA BTE BAHTIAR SSEM JOHOR
122
6. PDP PENSYARAH
BIL. NAMA ORGANISASI
1 EN. SULEIMAN BIN YUNOS IPGK TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU
2 TN. HJ ALIAS @ ALIASON BIN AWANG
IPGK ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
3 PN. HJH KAMARIAH BINTI HJ SAMSUDDIN
ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE MALAYSIA
4 EN. MOHD MAHYUDDIN BIN MOHD NOORDIN
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR BANTING
5 PN. ROHAIDAH BINTI SHARI KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
6 PN. NOR ASHIKIN BINTI ALAWI ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE MALAYSIA
7 EN. MOHD ROHIT BIN SAFUAN KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR BANTING
8 TN. HJ NORIZAN BIN GHAZALI IPGK TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU
9 EN. ABDULLAH BIN HASSAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA KEDAH
10 PN. KHALIDAH BINTI KHALID IPGK TUN HUSSIEN ONN BATU PAHAT
11 TN. HJ RAHIMI BIN ABDUL MAJID IAB CAWANGAN UTARA JITRA
123
7. PDP PTB
BIL. NAMA ORGANISASI
1 EN. SHAIFUL HASNAN BIN ABDUL HAMID
BAHAGIAN BUKU TEKS, KPM
2 PN. NOR HASHIMAH BINTI ABDUL SAMAT
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG, PERAK
3 EN. MOHAMAD AKMAL BIN ABDUL RAZAK
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, NEGERI SEMBILAN
4 EN. AHMAD FUAD BIN MOHD NORDIN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
5 PN. HJH. NOR ASIAH BT HJ. IBRAHIM
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN GENTING HIGHLANDS, PAHANG
6 EN. ROSLAN BIN ABD MAJID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
7 EN. AZMAN BIN MOKHTAR KOLEJ MATRIKULASI PERAK
8 PN. KHALIDAH BINTI OMAR PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN
9 EN. A. RAZAK BIN. A. KARIM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
10 EN. AZIZI BIN ZAKARIA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
124
8. FASILITATOR
BIL NAMA ORGANISASI
1 EN. NORDIN BIN TAHIR PPD KULIM BANDAR BAHARU, KEDAH
2 PN. ZABIBI WATI BINTI ABU MANSOR
PPD PETALING PERDANA
3 PN. NOR HAYATI BINTI MOHD SHAHARIM
PPD PETALING PERDANA
4 PN. UMMAL SALMAH BINTI MSM SULTAN DULKARUNAIN
PPD HULU SELANGOR
5 EN. ROHAIZAN BINTI MOHAMAD SAHID
PPD KUALA SELANGOR
6 PN. SYARIDAH ZUHARA BINTI HJ. ZAKARIA
PPD SEREMBAN
9. KAUNSELOR ORGANISASI
BIL. NAMA ORGANISASI
1 TN. HJ ENGLIMAN BIN ROSLAN BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
2 EN. MOOHAMMAD NAUFAL BIN AZID@AZIZ
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
3 TN. HJ. MOHAMAD DAUD BIN ABDULLAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK
4 TN. HJ. BADRUNSHAM BIN DAHALAN @OMAR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
5 EN. ZAIDI BIN KORIB BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
6 PUAN HAZLIN BT BAHARUM KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
7 EN. MOHAMAD SUPIAN BIN TAHARIM
BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
8 EN. MOHAMED SAIPUDDIN BIN MOHD SAID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH
9 EN. MOHD SANI BIN TUHIMIN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
125
10 EN. FAIZUL ANUAR BIN ABDUL BAZID
PEJABAT PENDIDIKAN WILAYAH BANGSAR DAN PUDU
11 EN. INTAN SUHAINI BIN MOHD. SELAMIN
BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
10. 3PK
BIL. NAMA ORGANISASI
1 CIK PAIZAH BT ZAKARIA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS,PUTRAJAYA
2 CIK ZURAIDAH BT MANSOR BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS,PUTRAJAYA
3 PUAN SITI JAMILAH BT SAMSUDDIN
UNIT 3PK NEGERI JOHOR
4 PUAN ZAINUN BT TUKIMAN UNIT 3PK NEGERI MELAKA
5 ENCIK ZAIDEE BIN HAMZAH UNIT 3PK NEGERI MELAKA
6 CIK FARHANA BINTI NOR AZMI UNIT 3PK NEGERI SELANGOR
7 PUAN IFFAH RASHIDA BT MAZLAN UNIT 3PK WP PUTRAJAYA
8 CIK NORSHAM BT HARMAN SHAH UNIT 3PK NEGERI PERAK
9 PUAN MAHFUZAH BT ZAINOL UNIT 3PK WP PUTRAJAYA
10 PUAN MAZLIFAH BT MOHAMAD UNIT 3PK WP PUTRAJAYA
11 ENCIK RAZALI B ABDUL WAHAB UNIT 3PK NEGERI PERAK