8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
1/76
1
UNIT 4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA
Sinopsis
Unit ini direka bentuk khusus untuk membantu pelajar menguasai ilmu dan kemahiran pedagogi
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, dari aspek kemahiran lisan dan bacaan.
Semasa meneroka unit ini, pelajar akan dapat mengetahui konsep, jenis dan peringkat kemahiran
lisan dan bacaan tersebut. Untuk membolehkan kemahiran lisan dan bacaan ini dikuasai dengan
berkesan, pelajar akan mengetahui strategi terutamanya aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai. Seterusnya, pelajar juga akan mengenal pasti cara memilih dan
menghasilkan bahan untuk mengajar kemahiran tersebut. Akhirnya, pelajar akan dapat membina
jenis dan bentuk penilaian bagi aktiviti kemahiran lisan dan bacaan.
Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep kemahiran lisan dan bacaan ;
2. mengenal pasti jenis-jenis kemahiran lisan dan bacaan;
3. menyatakan peringkat-peringkat penguasaan kemahiran lisandan bacaan;
4. menerang dan mengaplikasikan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran
lisan dan bacaan;
5. membina dan menggunakan bahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan dan bacaan ; dan
6. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran lisan dan bacaan.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
2/76
2
Tajuk 4.1 KEMAHIRAN LISAN
Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau
maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti
penghasilan maklumat. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan
memperoses maklumat yang didengarinya itu dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang
penutur yang baik itu pula dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan
berkesan dalam interaksi tersebut. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan
memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia
dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau
situasi komunikasi yang dialaminya ketika itu.
Pengenalan
Apabila kita menyebut lisan kita akan
tergambar dua orang atau lebih sedang bertutur,
berinteraksi mahupun berkomunikasi. Walau
apapun perkataan atau istilah yang digunakan
namun perlakuan yang terlibat ialah mereka
menerima mesej dan menghasilkan maklumat
berdasarkan mesej yang diterima itu tadi.
Dengan itu, kemahiran lisan melibatkan dua
komponen lain yang sama penting iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
3/76
3
4.1.1 Kemahiran Mendengar
i. Pengenalan
Dalam proses pemerolehan bahasa kita terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai
bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Dengan itu kita menguasai bahasa daripada apa yang
didengar dan dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita
cuba meniru serta menuturkannya berulang kali. Persekitaran inilah yang menjadi model
kepada kita. Jika model itu merupakan model yang baik iaitu mereka yang menggunakan
bahasa yang baik (yang standard), maka keadaan ini akan menguntungkan kita. Jika
sebaliknya, kita akan rugi kerana memperoleh contoh dan meniru model yang salah.
Situasi 1 situasi 2
Situasi 1 dan situasi 2 di atas menunjukkan proses mendengar berdasarkan dua model. Dalam
situasi 1 si ibu telah menggunakan perkataan pegang untuk memberi maksud perlakuan
anaknya. Manakala dalam situasi 2 anak bertanya semula kepastian perlakuannya sama ada
bermaksud pegang atau peluk. Jika mengikut kedua-dua gambar di atas, perkataan peluk
adalah lebih tepat. Inilah yang dimaksudkan model baik dan model kurang baik. Sudah
pastinyalah model baik adalah penting dalam proses mendengar dan meniru ini.
ii. Jenis Kemahiran Mendengar
Pegangkucing itu
baik-baik, ya
Pegang ataupelukkah,
mak?
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
4/76
4
Penyataan di atas menyatakan bahawa kemahiran bertutur itu terhasil daripada proses
mendengar. Apakah yang terjadi dalam proses mendengar itu? Ketika mendengar seseorang
itu akan menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa, dan berasaskan pengetahuan serta
pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan bunyi itu dengan makna. Bunyi yang bermakna
itu kemudiannya akan menjadi asas bagi seseorang itu membuat tindakan. Dengan itu dapat
kita simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan proses memaham, menghurai dan
menilai apa yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat.
Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan
kemahiran mendengar aktif.
.
Situasi 1
a. Mendengar Pasif
Situasi 1 menunjukkan guru menerangkan nama sejenis pokok dengan menggunakan
istilah saintifiknya. Pelajar-pelajarnya berdiam diri menunjukkan bahawa mereka tidak faham
apa yang dikatakan oleh gurunya. Jadi, apakah yang berlaku dalam proses mendengar ini?
Inilah yang dinamakan mendengar pasif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala.
Murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara
lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima.
Pokok ini bernamaVanda Diana.
Eh, kenapa senyapsaja ni!
!!!! ????
Ha? !
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
5/76
5
Situasi 2
b. Mendengar AktifMengapa pelajar-pelajar di dalam situasi 2 di atas menjawab penyataan gurunya? Sebab
pelajar-pelajar itu faham apa yang dikatakan oleh gurunya itu. Inilah yang dikatakan
mendengar aktif. Oleh itu, mendengar aktif melibatkan komunikasi dua hala. Maksudnya,
pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau
didengar.
iii. Peringkat Kemahiran Mendengar dan MemahamiApabila kita berkata tentang proses, kita tidak dapat lari daripada sesuatu keadaan yang
berlaku secara berperingkat dan mengikut aras-aras tertentu. Begitulah juga dengan proses
kemahiran mendengar ini. Terdapat dua peringkat kemahiran mendengar yang mempunyai
aras rendah dan aras tinggi.
Ini pokok orkidatau anggerik.
Pokok orkid?Ibu saya sukatanam pokokorkid.
Saya tahu. Bungaorkid ada warnabiru, hijau, jingga ,putih dan lain-lain.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
6/76
6
Latihan 1
Sila baca dan fahami kemahiran mendengar mengikut peringkat arasrendah dan aras tinggi.Kemudian cuba huraikan perbezaan kemahiran mendengar mengikutaras-aras tersebut.
ArasRendah
Mengecam dan mengingat fakta dan butiransecara tepat dan terperinci
Mengenal maklumat khusus
Mengesan urutan
Mengenal sebab dan akibat
Mengenal perhubungan orang-orang yangberinteraksi
Mengenal sikap dan perasaan orang yangbercakap
ArasTinggi
Mengenal isi-isi penting
Mengenal peranan dan perhubungan yangbercakap
Mentafsirkan maksud orang yang bercakap Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi
Mencari jalan mengatasi masalah yangdidengar
Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
Mentafsirkan tujuan penutur menggunakanpelbagai bentuk struktur nahu
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
7/76
7
iv. Aktiviti Kemahiran Mendengar
Anda telah mengetahui jenis dan peringkat kemahiran mendengar. Sekarang
bagaimanakah pula anda dapat menguasai kemahiran mendengar itu? Ataupun, bagaimanakah
anda dapat mengajar pelajar-pelajar anda menguasai kemahiran mendengar secara berkesan?
Sudah tentulah dengan menggunakan sesuatu cara. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, cara itu dimaksudkan sebagai aktiviti.
Apakah aktiviti yang dapat membantu pelajar menguasai kemahiran mendengar itu?
Antara aktiviti-aktivitinya adalah seperti yang terkandung di dalam jadual di bawah:
Kemahiran Cadangan Aktiviti
Mengenal dan mengecam
Mengenal dan mengecam jenis-jenis bunyi.
Mengecam sebutan baku dan tidak baku dan
bunyi kata.
Mengecam pelbagai jenis nada, intonasi, gaya
pengucapan serta sikap penutur daripada
perbualan, lakonan atau drama yang
diperdengarkan.
Mendengar rakaman perbualan, wawancara,
cerita dan berita.
Perbualan melalui telefon.
Mengenal pasti erti kata-kata.
Membuat inferens Menerangkan sebab-sebab kejadian sesuatu
perkara. Misalnya, jelaskan sebab-sebab
terjadinya tanah runtuh?
Menganalisis maklumat Mencari makna perkataan berdasarkan konteks
dengan merujuk kamus.
Membuat rumusan Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara
berdasarkan maklumat yang telah dianalisis.
Membuat penilaian Memberi pandangan atau pendapat tentang
sesuatu perkara yang didengar atau
dibincangkan.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
8/76
8
.
Rujukan & Latihan 2
Sila buat rujukan lanjut tentang aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar
yang sesuai berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SekolahMenengah.Kemudian, pilihlah 3 daripada aktiviti itu dan catatkan langkah-langkahmenjalankan aktiviti itu bagi mengajar kemahiran mendengar tersebut.
v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan untuk Kemahiran Mendengar
Kita sedia maklum bahawa untuk menarik penumpuan dan minat pelajar-pelajar untuk
mendengar, situasi pembelajaran itu mestilah menarik juga. Di samping pengajaran guru,
bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting. Ini bermaksud, seseorang
guru yang masuk ke bilik darjah dengan hanya menggunakan kata-kata, suara, isyarat
(gestures), papan tulis dan papan kapur sahaja, tidak akan dapat mengembangkan
keintelektualan pelajar dengan berkesan. Kenapa tidaknya? Sebab, pelajar hanya mendengar
dan mempelajari sesuatu itu secara abstrak, jauh dan kabur. Ini tidak memungkinkan
berlakunya perkongsian maklumat, idea, pandangan, sikap dan nilai antara pelajar dengan
guru, pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan. Mana mungkin pelajar hanya
mendengar sahaja sedangkan kemahiran bahasa perlu dikuasai dengan yakin melalui visual
dan pengalaman. Dengan itu, sebaiknya, guru bahasa perlu menggunakan alat dan bahan
yang sesuai, menarik dan mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu agar
semua deria pelajar dilatih untuk menerima pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam
kemahiran mendengar ini.
Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai, guru hendaklah memproses bahan-bahan
tersebut sebelum ia digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses
memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.
Memilih
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
9/76
9
Rajah 1: Proses pembinaan bahan
Rujukan
Anda telah melihat rajah 1 iaitu proses pembinaan dan penggunaanbahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.Oleh itu, sila buat catatan tentang prinsip pemilihan, pengolahan,pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajarankemahiran mendengar dengan terperinci lagi.
a) Klasifikasi Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
ObjektifPengajaranDan
pembelajaran
Mengolah
Membina
Menilai
Mengguna
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
10/76
10
Bahan Jenis alat Bentuk bahan1. Audio Radio, pita rakaman
(audio), piring hitamPetikan bunyi haiwan, suasana,senikata nyanyian, petikan cerita,berita, dll.
2. Bahan bercetak Kad, carta, peta, graf, kit Sedutan sajak, pantun, dannyanyian;, sedutan teks,novel,cerpen; dan sedutan rencana.
3. Visual Slaid, lut sinar dan OHP,filem, filem lajur, gambar
Ilustrasi, penjelasan konsep, katakunci/ penunjuk, ayat kunci.
4. Objek Fizikal Benda sebenar, model Kosa kata, ayat.5. Audia dan
Visual( Pandang danDengar)
T.V dan rakaman video,filem
Seperti (i) dan (iii)
6. Manusia danAlam Sekeliling
Kumpulan rakan sebaya,situasi sesuatu tempat
Perbincangan dialog, perbincanganteks.
7. Komputer Disket dan hasil cetakankomputer
Seperti (ii) dan (iii)
8. Audio danBahanBercetak
Kedua-dua bahan dan alat(i) dan (ii)
Seperti (i) dan (ii)
Jadual 1 : Klasifikasi alat dan bahan pengajaran
b. Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Mendengar
Setelah anda faham tentang prinsip pemilihan, pengolahan, pembinaan, penggunaandan penilaian bahan pengajaran bahasa Melayu, sekarang mari kita tumpukan khas kepada
bahan bantu mengajar untuk kemahiran mendengar sahaja.
Di atas tadi telah ditunjukkan klasifikasi alat dan bahan mengajar bahasa Melayu. Daripada
senarai bahan-bahan tersebut kita boleh ambil beberapa bahan dan alat yang sesuai untuk
pengajaran kemahiran mendengar. Bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan bagi
melatih kemahiran mendengar ialah pita rakaman. Pita rakaman amat berkesan dalam latihan
kemahiran mendengar kerana guru dapat memainkan semula bahagian-bahagian tertentu padasesuatu rakaman sekiranya didapati perlu.
Rakaman yang dimainkan semula kepada pelajar-pelajar itu dapat didengar tanpa apa-apa
perubahan terhadap sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan.
Namun, pita rakaman video adalah lebih berkesan.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
11/76
11
bukan linguistik yang dapat dilihat melalui pita rakaman video akan memudahkan
pendengaran dan pemahaman pelajar.
Latihan 3
Anda telah mengetahui beberapa jenis bahan bantu mengajarkemahiran mendengar. Oleh itu, terangkan dan huraikan carapenggunaan bahan itu dalam aktiviti pengajaran kemahiranmendengar.
Di samping itu, bahan bantu mengajar seperti gambar, ilustrasi, poster,
rajah, carta dan kad-kad imbasan dapat digunakan juga untuk membantu
pelajar-pelajar memahami bahan yang diperdengar. Begitu juga, bahan ini
boleh menjadi alat yang dapat menggerakkan pelajar untuk sedia mendengar
bahan rakaman.
.pemandu itumenjadi panik.
Tangannyamenggeletar. Diatidak dapatmengawalkereta..
Melalui pita rakaman video ini, pelajar bukan
sahaja dapat mendengar sebutan, nada intonasi
dan gaya pengucapan tetapi mereka juga dapat
melihat gerak-geri mimik muka orang yang
bertutur. Unsur-unsur bahasa dan unsur-unsur
paralinguistik yang didengar dan unsur-unsur
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
12/76
12
vi. Penilaian Kemahiran Mendengar
a) Kenapakah kita perlu menilai kemahiran mendengar?
Sebabnya adalah untuk mengetahui adakah pelajar-pelajar kita sudah menguasai atau belum
kemahiran mendengar yang kita ajarkan.
b) Bilakah penilaian kemahiran mendengar perlu dilakukan?
Penilaian kemahiran mendengar seringkali dilakukan secara tidak formal ketika pelajar-
pelajar melakukan aktiviti-aktiviti lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Walaupun aktiviti lisan itu dilakukan serentak dengan kemahiran bertutur tetapi
fokusnya adalah penilaian terhadap kemahiran mendengarnya.
Penilaian terhadap kemahiran mendengar dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama,
ialah penilaian terhadap keupayaan mendengar dan mendiskriminasikan komponen-komponen
linguistik. Pengujian terhadap kemahiran mendengar ini memerlukan pelajar mengenal pasti
makna-makna perkataan mengikut konteks, mengenal pasti jenis-jenis ayat berdasarkan
intonasi yang berlainan, mengasingkan perkataan mengikut golongan, dan mengenal pasti
morfofonem tertentu yang hadir hasil daripada berlakunya proses pengimbuhan.
Kedua, ialah penilaian terhadap kemahiran mendengar bagi tujuan-tujuan komunikasi. Ini
bermaksud guru menguji kemampuan pelajar menguasai kemahiran mendengar dan
memahami serta menginterpretasi sesuatu wacana yang diperdengarkan kepada mereka.
Teratak
buruk????
Tuan suruh awak teruskanprojek initapi. sebenarnya
Jemputlahdatang keteratak buruksaya..
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
13/76
13
Kita dapat rumuskan penyataan dia atas ke dalam empat teknik menguji kemahiran mendengar
iaitu;
ujian mendengar petikan
ujian mendengar perenggan
ujian imlak
c) Apakah instrumen yang kita gunakan untuk menilai kemahiran mendengar?
Sebenarnya ada pelbagai instrumen yang boleh kita gunakan untuk menguji atau menilai
kemahiran mendengar pelajar kita, antaranya ialah pemerhatian dan latihan amali.
Apalah diani.takfahamkah akutak nak bagi diaprojek ni
Iyakah? Terimakasih awak bagikepercayaankepada saya.
Ujian mendengarmenggunakan gambar
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
14/76
14
Latihan 4
Sila huraikan cara-cara melaksanakan empat teknik menguji kemahiranmendengar dan aplikasikannya dalam pengajaran anda di dalam bilikdarjah.
Rumusan.
Sudahkah anda faham tentang kemahiran mendengar? Mari kita ingat semula penyataan
penting tentang kemahiran mendengar ini. Kemahiran mendengar adalah:
1. satu daripada komponen kemahiran lisan,
2. diajar secara serentak dengan kemahiran bertutur,
3. merupakan kemahiran asas untuk menguasai kemahiran selanjutnya iaitu kemahiran
bertutur, membaca dan menulis,
4. mempunyai proses yang melibatkan dua aras penting,
5. pengajaran yang melalui dua peringkat yang berdasarkan kesukaran tugasan atau fungsi
mendengar itu, dan
6. menguji kemampuan dan kecekapan mendengar.
Seperti kata Juriah Long ( Perkedahan Pengajaran Bahasa Malaysia: 1990), kemahiran
mendengar itu merupakan komponen kemahiran lisan yang tidak boleh diabaikan oleh guru-
guru bahasa. Mendengar merupakan proses yang kompleks kerana dalam proses mendengar,
seseorang individu itu bukan sahaja menggunakan alat pendengarannya, tetapi individu
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
15/76
15
tersebut juga perlu menggunakan otaknya untuk mentafsirkan perkataan-perkataan atau ayat-
ayat bahasa yang didengarinya dan kemudian memberi gerak balas terhadap sebutan bahasa
tersebut. Oleh itu, katanya lagi, pelajar-pelajar perlu dilatih melalui beberapa aktiviti
pembelajaran yang berkesan supaya mereka dapat mendengar dengan baik. Penggunaan
bahan bantu mengajar yang berkesan juga dapat membantu guru dalam latihan-latihan
mendengar tersebut
Rujukan
Penerangan di atas boleh dikembang dan diperincikan lagi. Oleh itu,sila layari laman web untuk mendapat maklumat tambahan.
4.1.2 Kemahiran Bertutur
i. Pengenalan
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
16/76
16
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberikan kepada
penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan
konteks yang sesuai.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur membolehkan pelajar
menguasai kemahiran bercakap dengan tenang, dalam gaya (nada, intonasi dan tekanan)
yang betul, lancar dan fasih mengikut situasi dan keperluan.
ii. Jenis Pertuturan
a. Pertuturan Sehala
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pertuturan sehala?
Pertuturan sehala bolehlah ditakrifkan sebagai penyampaian mesej yang tidak menerima
sebarang maklum balas secara spontan.
Gambar ini menerangkan seorang doktor sedang memberi ceramah kepada golongan ibu dan
bapa tentang penjagaan bayi yang betul. Doktor tersebut memberi ceramah tanpa menerima
respons yang spontan daripada pihak pendengar. Maksudnya, situasi ceramah itu memerlukan
hadirin mendengar sahaja apa yang disyarahkan oleh doktor tersebut. Inilah yang dinamakanpertuturan sehala.
Sekarang cuba anda lihat pula rajah 2 di bawah. Rajah 2 ini menerangkan dengan lebih
terperinci tentang definisi, ciri-ciri dan jenis-jenis aktiviti pertuturan sehala.
Selamat pagi,tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini saya
akan membericeramah tentang carapenjagaan bayi yangbetul.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
17/76
17
Definisi: Ciri-ciri:
Pengirim menyampaikan -Penyampai aktif
mesej manakala -Penerima pasif
penerima tidak -Tiada maklum balas
memberi sebarang Sehala spontan
maklum balas -Bahasa jelas dan sesuai
secara spontan -Keberkesanan komunikasi
bergantung kepada
penyampai
Jenis-jenisAktiviti -Khalayak besar
Taklimat
Pengumuman
Pengucapan Awam
Memberi arahan/panduan
Pengacaraan Majlis
Rajah 2: Pertuturan Sehala
b. Pertuturan Dua Hala
Pertuturan dua hala pula boleh berlaku dalam pelbagai situasi. Apa yang terjadi ialah satu
pihak menyampaikan maklumat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada
pihak penyampai tadi. Komunikasi ini berlaku secara spontan dalam satu masa dan di tempat
yang serupa.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
18/76
18
Apakah yang anda faham dengan gambar di atas?
Gambar di atas menerangkan bahawa dua orang sedang berdialog tentang tajuk yang sama, di
tempat yang serupa dan dalam suasana yang sama. Inilah yang di namakan komunikasi dua
hala.
Perhatikan pula rajah 3 bawah ini. Rajah 3 ini menjelaskan lagi definisi pertuturan dua hala
dengan ciri-cirinya. Ciri-ciri itu itu akan dapat dilihat dalam contoh-contoh aktiviti yang
diberikan.
Definisi: Ciri-ciri:
Ini hurufapa?
Huruf t
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
19/76
19
Dua Hala
Pengirim dan penerima Penyampai dan penerima saling
berinteraksi. biasanya bersemuka.
Jenis-jenis
Aktiviti
Dialog
Forum
Wawancara/temu bual
Perbincangan
Perbahasan
Mesyuarat
Rajah 3: Pertuturan Dua Hala
Latihan 5
Laksanakan satu daripada contoh aktiviti bertutur dua hala ini dalampengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur kepada pelajar anda.Catatkan kelebihan dan kelemahan bertutur yang dilakukan oleh pelajaranda dan berikan sebab-sebab berlaku demikian.
iii. PeringkatPeringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur iaitu bertutur dengan fasih dan dapat
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dalam
pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan dalam masyarakat, maka sudah tentulah
Ada maklum balasspontan.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
20/76
20
kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. Dengan itu, mari kita lihat
peringkat-peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat pertuturan rendah dan peringkat
pertuturan tinggi.
Latihan 6
Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secaraberperingkat - peringkat. Dengan itu, sila fikir dan senaraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penguasaan kemahiran bertutur itu.
iv. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
Teknik pengajaran boleh direalisasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran. Sepertimana teknik, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan
PeringkatRendah
Pertuturan untuk membuat analisis atauinferens, ramalan, pandangan, dan
justifikasi seperti;
Mengemukakan pendapat/cadanganyang bernas dalam perbincangan.
Berunding secara santun untukmendapatkan persetujuan dan katasepakat.
Membuat pertimbangan untuk mencapaikeputusan.
Menyampaikan maklumat untuk tujuan
tertentu Memberi respons peribadi tentang karya
sastera
PeringkatTinggi
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
21/76
21
semasa mengajar kemahiran bertutur ini. Modul ini hanya menerangkan beberapa contoh
aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.
a. Perbualan
Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara dengan
menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan yang sesuai dan betul semasa
berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Selain daripada itu pertuturan itu
juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan bahan yang
dikemukakan kepadanya.
Azam: Adik, tolong ambilkan abang buku cerita itu!
Azmi : Baik abang. Nanti adik ambil.
Azam: Emak, boleh saya pergi bermain bola di padang?
Emak : Boleh. Tapi, Azam sudah habiskan kerja rumahkah?
Dua situasi perbualan di atas menunjukkan tatacara berbual yang baik dan santun. Perbualan
ini menunjukkan dua cara yang berlainan mengikut intonasi dan kata sapaan kata ganti nama
diri yang digunakan oleh orang yang berbual. Dengan itu, untuk memastikan perbualan itu
menggunakan pertuturan yang baik, orang yang bertutur mestilah tahu menggunakan kata-kata,
ayat dan intonasi yang sesuai dengan konteks dan latar orang yang dilawan bertutur itu.
b. Memberi Pendapat
Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan, menghuraikan
dan mengemukakan idea yang bernas dalam perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan
pengalaman dan pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan. Misalnya, apabila
memperkatakan tentang kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan,
pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan akibat, tujuan atau sebab-musabab. Contoh:
Kek yang emak buat inisungguh sedap. Sudahtentu emak masukkanair perahan buah limauSunkist.
Betul. Jadi kita jangan
guna perisa tiruan airlimau. Rasanya tidaksedap dan
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
22/76
22
c. Simulasi
Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi sosial yang
sebenar. Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut terlebih dahulu sebelum
melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan.
Langkah-langkah
Pelajar diberikan kad peranan berdasarkan situasi tertentu
Pelajar melakonkan peranan secara individu ataupun secara kumpulan berdasarkan
arahan dalam kad peranan
Guru dan pelajar membuat rumusan tentang peranan yang telah dimainkan
Guru memberi aktiviti susulan
Contoh
Di Kaunter Pejabat Pos
KAD A
Anda sebagai kerani pos sedang melayan pelanggan di kaunter dengan mesra.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
23/76
23
KAD B
Anda sebagai pelajar ingin membeli setem kenang-kenangan sempena sambutan Hari
Kemerdekaan yang ke -42. Anda ingin mendapat kepastian sama ada setem itu masih ada lagi
atau sudah kehabisan stok, di samping itu anda diminta membantu seorang tua untuk mengisi
borang kiriman wang.
KAD C
Sebagai seorang tua yang menghadapi masalah untuk mengisi borang kiriman wang, anda
meminta bantuan daripada seorang pelajar untuk melengkapkan borang tersebut. Anda
dikehendaki menyatakan butiran yang diperlukan kepada pelajar itu.
d. Main Peranan
Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan gambaran pelajar
terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi berdasarkan situasi tertentu tanpa
bantuan skrip. Teknik ini mementingkan interaksi pelajar secara individu atau kumpulan.
Langkah-langkah
Sediakan satu situasi sebenar untuk aktiviti main peranan yang dicadangkan.
Tentukan watak-watak yang terlibat di kalangan pelajar.
Pelajar diminta melakonkan peranan yang diberi.
Guru dan pelajar membuat rumusan.
Contoh:
Dua orang rakan anda telah ditahan oleh guru disiplin di pintu masuk ke sekolah anda. Dengan
menggunakan teknik main peranan, lakonkan situasi tersebut.
e. Perbincangan
Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan. Sewaktu perbincangan
dijalankan, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk menyatakan pandangan
dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik.
Langkah-langkah
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
24/76
24
Guru memilih tajuk yang sesuai untuk dibincangkan
Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perlu disediakan
Guru menerangkan prosedur perbincangan
Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan memilih ketua serta
pencatat bagi setiap kumpulan
Pelajar menjalankan perbincangan dan membentangkan hasil perbincangan kumpulan
Guru memberi aktiviti dan membuat rumusan
Latihan 7
1. Sila buat rujukan tentang aktiviti-aktiviti kemahiran bertutur yang lain.
2. Pilih satu aktiviti pengajaran pembelajaran kemahiran bertutur.Kemudian, laksanakanlah aktiviti berkenaan dalam pengajaranpembelajaran bahasa Melayu dalam bilik darjah denganmenggunakan bahan pengajaran yang sesuai.
3. Anda diminta menulis laporan tentang pelaksanaan, keberkesanandan kelemahan atau kekangan menggunakan aktiviti tersebut dalampengajaran pembelajaran kemahiran bertutur yang telah andalaksanakan.
v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan SumberAnda telahpun membaca tentang pemilihan dan penghasilan bahan untuk kemahiran
mendengar. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran
mendengar adalah sama sahaja. Oleh itu, tidak perlulah lagi kita mengulang memperkatakan
proses pemilihan bahan ini. Baik kita teruskan perbincangan mengenai jenis bahan bantu
mengajar untuk kemahiran bertutur itu mengikut aktiviti kemahiran itu sendiri.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
25/76
25
a. Aktiviti Perbualan
Untuk melatih murid-murid supaya dapat berbual dan berbicara dengan
menggunakan kata, intonasi,nada,struktur ayat dan ungkapan yang betul, alat-alat yang boleh
digunakan ialah pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar
dan bergambar, filem dan slaid.
b. Aktiviti Memberi Pendapat
Bahan-bahan untuk aktiviti memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan
dalam perbincangan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan
dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, sajak, pantun, petikan
rencana/isu semasa daripada akhbar/majalah dan petikan peristiwa dalam cerpen/novel.
c. Aktiviti Bercerita
Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik yang membolehkan
murid-murid menggunakan daya imaginasi yang tinggi serta kreatif semasa menyampaikan
cerita melalui kemahiran pertuturan. Oleh itu guru perlulah menyediakan bahanbahan yang
boleh menimbulkan rangsangan kepada murid. Contohnya, gambar sama ada gambar tunggal
atau gambar bersiri, potret ataupun grafik kartun.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
26/76
26
Ini ialah gambar tunggal pemandangan sebuah rumah yang terletak di tebing sebuah
sungai. Berdasarkan gambar ini guru boleh meminta murid mereka bercerita dengan
menggunakan imaginasi sendiri hingga menjadi sebuah cerpen yang menarik.
Seperkara lagi, perlu diingat bahawa bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan
kemahiran bertutur sebaik-baiknya terdiri daripada bahanbahan yang autentik ataupun
bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, rencana kesihatan, berita
bencana alam (banjir, kebakaran, tanah runtuh, angin puting beliung dan sebagainya), petikan
cerpen,forum, bacaan sajak, syair, pantun dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau
televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini
penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan
yang perlu dicontohi oleh murid-murid.
Kesimpulannya,
Contoh penggunaan alat bantu mengajar yang telah dibincangkan tadi merupakan
panduan sahaja. Oleh itu, anda bolehlah mengubahsuaikannya mengikut keperluan dan
keadaan yang sesuai dengan peringkat pembelajaran pelajar. Apa yang penting ialah
bagaimana anda dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang menyediakan
peluang untuk mereka menggunakan bahasa secara berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur
serta memberikan pendapat dengan kreatif dan kritis.
Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung pada sejauh mana deria
seseorang itu dilibatkan. Oleh itu, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai
bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang
lebih berkesan dan bermakna.
Latihan 8
Anda telah membaca beberapa jenis aktiviti dan alat bantu mengajarkemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaranharian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
27/76
27
sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalamSukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
vi. Penilaian Kemahiran Bertutur
a. Aspek Penilaian Kemahiran Bertutur
Banyak aspek yang perlu diberi pertimbangan semasa hendak membuat penilaian
kemahiran bertutur. Antaranya ialah aspek fonologi, tatabahasa, leksikal, konteks dan aspek-
aspek bahasa yang lain. Apabila hendak membuat penilaian dalam aspek fonologi kita
hendaklah melihat pelajar tersebut boleh menyebut dengan betul dan tepat tentang sesuatu
perkataan, frasa atau ayat yang diminta oleh gurunya atau ayat yang dibina sendiri. Sebutan
yang dimaksudkan itu ialah dari segi nada dan intonasi serta jeda dan tekanan. Maknanyamurid tersebut mestilah boleh menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan intonasi
yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan
dan kelantangan suara harus juga dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan
konteks pertuturan. Kepantasan bertutur juga perlu wujud dengan gerak anggota seperti mimik
muka, gerak mata, tangan dan sebagainya. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana
pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.
Pada aspek tatabahasa pula, salah satu penilaian yang boleh dilaksanakan ialah dari segi
transformasi ayat. Contohnya, penilaian pada kecekapan pelajar menuturkan ayat cakap ajuk
atau ayat cakap pindah semasa menceritakan atau menyatakan sesuatu perkara dalam aktiviti
di dalam kelas.
Aspek leksikal juga tidak kurang pentingnya untuk dinilai oleh seseorang guru bahasa untuk
memastikan sama ada nama-nama objek yang dituturkan itu betul atau tidak.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
28/76
28
contohnya, guru menunjukkan sekeping gambar kepada pelajar dan meminta pelajar menyebut
nama objek yang terdapat di dalam gambar tersebut. Adakah pelajarnya akan menyebut
harimau , halimau , ghimau atau haghimau ? Di sini guru boleh membuat penilaian
aspek leksikal pelajarnya dan mungkin boleh membuat aktiviti susulan untuk membetulkan
kesilapan sebutan pelajarnya.
Seseorang yang dianggap petah berkata-kata pula ialah seseorang yang menguasai
perbendaharaan kata, memilih dan menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk
menyampaikan maklumat yang hendak diberitahunya itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu,
dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur.
Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang
berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza juga.
Contoh:
Sekumpulan pengembara telah membuat satu ekspedisi di Hutan Lipur Bukit Hijau. Setelah
berjalan beberapa kilometer mereka berhenti untuk melepaskan penat. Di sini berlaku dialog
antara dua orang pengembara;
A: Eh! Eh! Hauslah.
B: Kalau haus minumlah.
A: Maksud aku bukan haus hendak minum air tetapi kasut aku ini, tapaknya
telah haus.
B: Oh ! Aku ingatkan kau dahaga.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
29/76
29
Perbualan di atas menunjukkan makna perkataan haus bagi Si A merujuk kepada tapak
kasutnya yang menipis manakala makna perkataan haus bagi Si B pula ialah dahaga. Inilah
yang disebut makna perkataan mengikut konteks.
Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang
perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran-
ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta
pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem
panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur.
Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi.
Contoh:
a. Silalah masuk.
b. Jemputlah makan.
c. Boleh pinjamkan saya buku itu.
d. Abang Long, marilah main dengan Angah.
Contoh ayat-ayat di atas merujuk kepada ujaran-ujaran hormat seseorang kepada orang yang
dilawan bercakap. Seseorang itu akan menggunakan leksikon (perbendaharaan kata) tertentu
dan berbeza-beza apabila berkomunikasi dengan orang lain berdasarkan situasi tertentu.
Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul iaitu tepat
dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu.
Oleh yang demikian, penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah
mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.
b. Teknik Menilai Kemahiran BertuturTeknik menilai kemahiran bertutur ini boleh dibahagikan kepada dua jenis
mengikut aspek yang hendak diuji.
Kemahiran Menyebut Kemahiran Bertutur
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
30/76
30
Mengajuk atau meniru sebutan yangdidengar
Menyebut perkataan yang terdiridaripada pasangan minimal
Membaca kuat
Bertutur mengikut arahan
Bertutur berdasarkan gambar
Membaca kuat
Menceritakan semula cerita/ petikan
Membuat penjelasan tentangsesuatu
Main peranan
Temubual atau temuduga
Rujukan dan Latihan 9
Anda telah diterangkan tentang teknik-teknik untuk menilai kemahiranbertutur. Sila buat rujukan tentang cara mengendalikan teknikteknikitu. Kemudian berikan cara memberi markah bagi penilaian kemahiranbertutur tersebut.
Rumusannya?Pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan melibatkan proses penyampaian dan
penerimaan mesej. Ini memerlukan komunikasi yang jelas antara orang yang mendengar dan
bertutur itu. Sudah tentu dalam proses berkomunikasi itu terdapat banyak halangan dan
pengaruh tertentu mengikut latar penutur, konteks dan judul pertuturan. Contohnhya,
pembelajaran lisan untuk penutur pertama dan kedua. Kita sedia maklum masalah bagi
penutur kedua. Mereka belajar bahasa yang asing daripada bahasa ibunda mereka. Lantas,
mereka mempunyai segala masalah daripada penggunaan alat artikulasi untuk menyebut dan
juga pemahaman untuk mentafsir makna ujaran yang dipertuturkan. Namun, penutur bahasa
pertama juga menghadapi masalah yang sama disebabkan oleh pengaruh daripada pelbagai
dialek daerah. Walau apapun masalah yang timbul, guru memainkan peranan untuk
mengetahui dan memahami konsep kemahiran lisan ini dan mengajar kemahiran itu kepada
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
31/76
31
pelajar melalui aktiviti, dan bahan yang sesuai, kreatif serta menarik. Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran pula boleh dipastikan dengan mengaplikasikan pelbagai cara dan
bentuk penilaian dan pengujian. Adalah diharap dengan menggunakan strategi pengajaran
yang kreatif, bahan yang menarik dan penilaian yang berkesan, pelajar akan dapat menguasai
kemahiran lisan yang terangkum di dalamnya kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik ,
fasih dan bermakna mengikut konteks dan wacana.
4.2.1 Pengenalan
Apakah bacaan? Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan
menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkat-
peringkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring atau secara senyap.
Tajuk 4.2 KEMAHIRAN MEMBACA
Pengertian ini tidak mampu memberi gambaran
yang jelas dan menyeluruh tentang apa yang
terjadi apabila seseorang itu membaca. Oleh
itu, mari kita baca dan fahami definisi-definisi ini.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
32/76
32
i. Haris dan Sipay (1980:8) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses
mendapatkan interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak
atau bertulis.
ii. Kenedy (1981:5) mentafsir proses membaca sebagai keupayaan seseorang
untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa
atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang
telah diketahui dan seterusnya, berasaskan pengalaman lalu, memahami dan
mengintegrasikan maksudnya.
iii. Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses membaca sebagai satu
proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku
pertukaran idea-idea di antara penulis dan pembaca. Dengan itu, seseorang itu
tidak dikatakan membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau
apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya.
Sekarang mari kita kenal pasti inti pati definisi-definisi di atas. Kita boleh rumuskan
bahawa;
i. terdapat dua komponen dalam perlakuan mambaca iaitu kemahiran mengenal
atau mengecam perkataan-perkataan dan kemahiran memahami apa yang
dibaca;
ii. aspek yang ditekan dalam proses membaca ialah aspek kepentingan berfikir,
merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca;
iii. proses membaca adalah untuk memahami isi, maklumat, penerangan atau
mesej yang hendak disampaikan oleh penulis; dan
iv. seseorang pembaca (contohnya, pelajar) akan membawa tujuan, jangkaan dan
pengetahuan serta pengalaman lalu kepada apa yang dibacanya.
Dengan itu, membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu
pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Akan tetapi, sudah tentu ini tidak semudah
kita fikirkan kerana kita terpaksa meneroka bagaimana kita memperoleh maksud melalui
pembacaan dan bagaimana pembaca serta penulis teks akan memberi sumbangan kepada
proses membaca itu sendiri.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
33/76
33
Untuk menjawab soalan itu kita perlu mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan semasa kita
membaca. Dalam sebuah proses membaca, tugas-tugas berikut perlu dilakukan oleh pembaca.
i. Mengesan atau mengenal lambang-lambang atau perkataan-perkataan yang
dilihat.
ii. Mengaitkan lambang-lambang atau perkataan-perkataan itu dengan lambang
atau makna.
iii. Menterjemah makna perkataan itu dengan mengaitkannya kepada apa yang
telah sedia ada di dalam minda.
iv. Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri
sendiri, rakan atau guru.
Tegasnya, dalam perlakuan membaca itu, kebolehan untuk mengaitkan dan mengintegrasikan
segala aspek tersebut di atas adalah penting bagi menghasilkan sebuah pembacaan dengan
kefahaman.
Kita telah menyentuh perkataan kefahaman. Malah perkataan kefahaman ini adalah sinonim
dengan perkataan bacaan. Maksudnya, apabila kita memperkatakan tentang bacaan, tidak
boleh tidak, kita pasti menyentuh kefahaman. Demikian juga, guru sendiri selalu bertanya
kepada pelajarnya setelah mereka selesai membaca sesebuah teks.
" Adakahkamu faham apa yang telah kamu baca tadi?"" Cuba kamu beritahu apa yang kamu faham daripada teks yang
kamu baca itu."" Kamu sudah baca teks itu. Sekarang bagi tahu cikgu cerita
keseluruhan teks itu."
Jadi, apakah kefahaman itu? Kafahaman ialah keupayaan menubuh, mentafsir dan menilai
sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. Ini merupakan satu proses
mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan atau penggunaan
lambang-lambang tertentu. Proses kefahaman ini juga merangkumi proses mental yang
kompleks seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea-
idea dengan perkataan dan pengalaman yang sedia ada, penyusunan idea-idea, penubuhan
generalisasi dan juga penilaian. Tegasnya, tanpa kefahaman tentang apa yang dibaca,
sesebuah perlakuan membaca itu tidak lengkap. Oleh itu, bacaan adalah kefahaman.
Sehubungan itu, matlamat guru mengajar kemahiran membaca dan memahami ialah supaya
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
34/76
34
murid dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada
kemahiran ini, mereka akan dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam
bahan bertulis.
Latihan 10
Anda telah mengetahui konsep bacaan dan kefahaman. Oleh itu, sila jelaskan dengan lebih terperinci lagi tujuantujuan khusus bagiseseorang itu membaca.
4.2.2 Jenis Bacaan
Sebentar tadi, kita telah memperkatakan tentang konsep dan pengertian bacaan dan
kefahaman atau membaca dan memahami. Sekarang mari kita fahamkan tentang jenis bacaan
itu pula. Bacaan terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan
mentalis atau senyap. Cuba and baca dan fahami penyataan di bawah ini.
Jenis Bacaan Keterangan Cadangan pengajarandan pembelajaran
Bacaan Mekanis/ kuat /
nyaring
(bersuara)
Bacaan bersuara
dengan sebutan yang
jelas dan tepat mengikut
sistem bunyi bahasa
Melayu.
Membaca dengan gaya
dan intonasi yang betul.
Beri petikan teks yang
sesuai
Buat latih tubi baca
perkataan/ rangkai kata
yang sukar.
Tunjuk cara contoh
bacaan yang betul. Murid membaca dan
guru memantau bacaan
murid.
Guru berbincang dan
bersoaljawab dengan
pelajar tentang isi
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
35/76
35
bacaan bagi menguji
pemahaman pelajar.
Bacaan Mentalis/ akaliah
(senyap / kefahaman)
Bacaan dalam hati
tanpa suara. Dijalankan sebelum atau
selepas pelajar
menguasai bacaan
bersuara.
Membaca untuk
memahami maklumat/
idea/ buah fikiran.
Baca petikan secara
senyap untuk mengesanmaksud.
Bersoal jawab tentang
isi petikan.
Aktiviti pengukuhan-
menceritakan semua isi
petikan yang dibaca.
i. Bacaan Mekanis/ Bacaan Kuat
Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan bahawa membaca
mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan
memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Ini bermaksud, orang
yang membaca itu harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat
dalam bahan-bahan yang dibaca. Oleh yang demikian, dia terlebih dahulu harus menguasai
keterampilan persepsi yang menglibatkan penglihatan dan daya tanggap yang
membolehkannya mengenal, dan memahami kata-kata dengan cepat dan betul. Begitu juga,
dia mesti mampu dan cekap mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta
membacanya dengan baik dan lancar.
Jadi, berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak
dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang
akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap
menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. Lantas, mereka tidak dapat
membunyi dan menggayakan kata-kata atau ungkapan yang dibaca itu dengan nada dan
intonasi yang betul mengikut konteks dan wacana teks yang dibacanya itu.
ii. Bacaan Mentalis/ Bacaan Senyap
Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang
merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan (visual memory).
Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Bacaan
senyap ini juga lebih bertepatan dengan membaca secara perseorangan (personalized
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
36/76
36
reading). Ini menyatakan bahawa seseorang itu lebih selesa membaca bahan yang sesuai
dengan selera dan pilihan masing-masing. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan
individu tersebut secara berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju
sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat
menarik.
Oleh itu, bacaan senyap ini ialah bacaan yang disuarakan di dalam hati. Pembaca menukarkan
isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Begitu juga, bacaan senyap ini boleh
dilakukan lebih laju daripada bacaan bersuara atau mekanis. Ini adalah disebabkan bacaan
senyap tidak perlu memberi pertimbangan seperti nada, suara, sebutan,dan intonasi yang jelas
seperti mana yang diperlukan dalam bacaan bersuara.
Bacaan mekanis dan bacaan mentalis ternyata mempunyai ciri-ciri dan cara pengendalian yang
berbeza . Dengan itu, pengajaran kedua-kedua jenis bacaan ini juga sudah tentu mempunyai
tujuannya masing-masing. Jadi, mengapakah anda mengajar jenis-jenis kemahiran membaca
ini kepada pelajar anda?
Latihan 11
Anda telah tahu bagaimana pelajar membaca secara mekanis danmentalis. Berdasarkan pengertian dan kepentingan bacaan mekanisdan mentalis ini, sila senaraikan tujuan guru mengajar pelajarnyamembaca secara mekanis dan mentalis ini.
4.2.3 Teknik Bacaan
i. Bacaan pantas
Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan
kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa. Walaubagaimanapun, kelajuan
membaca itu disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu. Membaca
pantas ini melibatkan pergerakan mata. Mata bergerak berperingkat-peringkat mengikut urutan
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
37/76
37
baris-baris yang bercetak. Bagi pembaca yang lemah, mata mereka akan berhenti membaca
pada tahap-tahap tertentu untuk menyerap perkataan atau berundur ke belakang kepada
perkataan yang sebelumnya. Namun, pembaca yang baik akan melakukan perkara yang sama
terutama apabila teks itu sangat sukar difahami. Oleh itu pergerakan mata penting dalam
hubungan dengan kelajuan membaca. Dalam keadaan membaca pantas, pergerakan mata
boleh mempengaruhi kandungan yang dibaca. Oleh yang demikian, kadar kelajuan membaca
itu menentukan maklumat visual yang dapat diperoleh para pelajar dan ini memperlihatkan
tahap keupayaan membaca para pelajar.
Membaca pantas hanya berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam hati. Berbanding
dengan bacaan kuat atau bersuara, pelajar sebenarnya menurunkan keupayaan membaca
pada kadar kelajuan bercakap. Ini adalah kerana sewaktu membaca kuat, pembaca melibatkan
pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia. Oleh itu, bacaan pantas adalah
bacaan senyap yang melibatkan mental, manakala bacaan kuat pula adalah sebagailatihan
bercakap.
Membaca pantas ini terbahagi kepda dua jenis iaitu skimming dan scanning.
Jenis Keterangan Cara pelaksanaan
Skimming Membaca secara sekilas
pandang.
Mata bergerak dengan
cepat, melihat bahan
bertulis untuk mendapatkan
maklumat denagn semerta.
Tujuan untuk mendapatkan
kesan umum daripada
sesebuah teks yang dibaca.
Mencari hal-hal yang
melibatkan fakta dan
informasi tertentu.
Kebaikannya, seseorang itu
akan mendapat banyak
Pembaca meneliti halaman judul,
kata pengantar, daftar isi,
gambar dan diagram, indeks dan
sebagainya.
Pembaca mendapatkan
pandangan yang baik tentang
organisasi teks tersebut.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
38/76
38
maklumat dan fakta dalam
satu jangka masa yang
singkat.
Scanning Membaca secara sepintas
lalu.
Disebut juga sebagai
bacaan tinjauan.
Tujuan untuk mendapatkan
maklumat awal dan
gambaran keselruhan
tentang teks sebelum
menjadi pilihan untuk
dibaca.
pembaca meneliti bahagia-
bahagian buku.
Pembaca meneliti indeks,
daftar kata, judul, bab, rangka
kasar buku, bibliografi.,
kandunga prakata,
pendahuluan, sinopsis, abstrak
dan sebagainya.
Penerangan di atas tidak menunjukkan perbezaan secara jelas antara skimming dan scanning.
Walau bagaimanapun, kita dapat menyimpulkan bahawa skimming adalah membaca secara
pantas sesuatu bahan dengan tujuan memahami ide utama atau tema bahan bacaan
berkenaan. Dalam kata lain, membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang
sesuatu bahan yang dibaca.
Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus
dan bukan untk mendapat gambaran keseluhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini
boleh melangkau bahagian-bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian, pembacaan
cara ini lebih pantas daripada skimming.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
39/76
39
Latihan 12
Dengan menggunakan pengurusan grafik, sila buat banding beza antaramembaca pantas secara skimming dan scanning.Sila bina satu Rancangan Mengajar yang menggunakan skimming danscanning dalam pengajaran membaca.
ii. Bacaan
Intensif
Definisi Bacaan yang dilakukan secara teliti.
Melibatkan telaah isi dan bahasa.
Telaah isi melibatkan membaca untuk memahami,membaca kritis dan membaca idea.
Telaah bahasa menumpukan kepada aspek yangmenyangkut tentang bahasa.
Konsep
Membaca dengan
pimpinan guru. memberi penerangan
tentang strukturperkataan yang sukardan memperkembanganperbendaharaan kata.
Mengkaji ciri-ciritatabahasa, sepertisusunan kata dalamayat,dan pengertianmenurut kamus.
Men gembangkan lagipengawalan
penggunaan bahasadalam pertuturan dantulisan.
Gerak laju dan kelinanlatihan adalah dianggappenting.
Tujuan
Untuk membolehkan pelajar
dengan baik, betul darisegi sebutan, intonasi,lancar dan tahumenggunakan tandabacaan denagn baik.
Untuk mengembangkankebolehan mentafsir apayang tertulis dalam bacaanitu dengan mengkajisusunan kata dalam ayatdan pengertian dalamkamus.
Menilai atau mengulas isi-
isi yang diperoleh daripadabahan-bahan yang dibaca.
Mengesan dan menikmatiunsur estetik dalambahasa.
Mengenal pasti pelbagailaras bahasa
Membuat kesimpulan apayang dibaca
BACAANINTENSIF
Cara pelaksanaan
Pelajar membincangkan bahan bacaan bersama rakan.
Pelajar boleh juga merujuk kamus atau buku teks tatabahasa.
Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Contohnya, aktiviti mengkajiperkataan dengan menggunakan imbuhan, latihan mengkaji makna perkataan mengikut
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
40/76
40
iii. Bacaan Ekstensif
Definisi
Membaca secara luas.
Membaca sebanyak teks dalam wakgtu yang singkat.
Untuk memahami isi yang penting secara cepat.
Melibatkan membaca tinjauan meneliti indeks, daftar kata, judul,bab, kandungan dsb.
Membaca sekilas untuk mendapatkan maklumat umum,menemukan hal-hal tertentu dan menemukan bahan daripadaperpustakaan.
Membaca dangkal untuk mendapatkan pemahaman luaran dandilakukan secara santai.
Konsep Dilakukan oleh pelajar
secara sendiri di lauar kelasdan tanpa bimbingan guru.
Pelajar membaca sebanyakmana bahan yang termampudengan perasaan puas,seronok dan terhibur.
Bahan bacaan adalah luassesuai dari segiperbendaharaan kata danminat, umur, jantina,pengalaman, sikap serta
cita-cita pelajar itu. Bahan bacaan harus
daripada bahan yangberbeza.
Tujuan
Membolehkan pelajarmembaca secara sendiri.
Membolehkan pelajarmembaca dengan fasih.
Memdapat pengetahuan disamping dapatmenghiburkan hati.
Untuk memperkayakanbahasa iaituperbendaharaan kata, ayatdan lain-lain.
Memberi peluang kepadapelajar untuk meluaskanbacaan.
Membina daya berfikirsecara kreatif dan kritis.
Mengembangkan dayakreatif dalam penggunaanbahasa berbentuk puisi danprosa.
Menambah minat membacadan membuat rujukan.
Mempertingkatkan mutu dankepantasan membaca.
Cara pelaksanaan
Pelajar diberi galakkan membaca seberapa banyak bahan yangdiminati.
Perlakuan membaca ini di lakukan di luar kelas secara bersendiritanpa bimbingan guru.
Pelajar membuat catatan mengenai bahan-bahan yang dibacanyaseperti isi-isi penting dan isi keseluruhan
Lebih baik jika pelajar merekod bahan yang dibacanya beserta
BACAANEKSTENSIF
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
41/76
41
Anda telah membaca dan memahami persamaan dan perbezaan di antara bacaan intensif dan
bacaan ekstensif. Sebagai rumusannya dapatlah kita simpulkan bahawa bacaan intensif ialah
untuk membaca untuk memperkembangkan kebolehan pelajar meneliti, memahami dan
mentafsir bahan bacaan dengan tepat, termasuklah mengkaji tatabahasa, pembentukan dan
penggunaan perkataan, memahami isi serta kesesuaian bahasa dalam konteks dan situasi
yang berlainan.
Manakala, bacaan ekstensif pula ialah bacaan yang menekankan pengukuhan asas bacaan,
menambahkan kemahiran memahami dan menaakul isi bahan bacaan, menambah kepantasan
membaca, kebolehan memetik isi-isi penting dan membina minat membaca. Perlu dingat juga
bahawa bacaan intensif memerlukan bimbingan guru, sebaliknya bacaan ekstensif adalah
dilakukan bersendirian oleh pelajar.
Latihan 13
Sila bina satu aktiviti pembelajaran membaca yang menggunakan teknikmembaca intensif dan ekstensif. Kemudian aplikasikan aktiviti tersebutdalam pengajaran kemahiran membaca di dalam kelas. Buat dan catatrefleksi anda mengenai pengajaran kemahiran membaca itu.
4.2.4 Aras Kefahaman
Terdapat banyak model taksonomi kefahaman bacaan yang menganalisis peringkatkefahaman yang terkandung dalam teks atau bahan yang dibaca. Antaranya ialah:
Nama Peringkat Kefahaman1. Frank 1. literal
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
42/76
42
Smith(1969)
2. pentafsiran3. penilaian kritis4. penilaian kreativiti
2. Barrett(1972)
1. literal2. penyimpulan
3. pentafsiran4. penilaian5. penikmatan
3.Lamberg& Lamb(1980)
1. Literal : Kebolehan memahami maksud yangtersurat. Penyoalan biasanya bermula denganperkataan seperti apakah, siapakah, bilakah, dimanakah, ceritakan, dan lain-lain.
2. Tafsiran : Kebolehan membuat interpretasi.
Penyoalan biasanya bermula dengan perkataanseperti mengapakah, bagaimanakah, jelaskan atauterangkan, bandingkan atau bezakan, pada pendapatanda dan lain-lain.
3. Kritis/ Kreatif : Kebolehan menilai sesuatu maklumat,idea, pandangan, dan menghasilkan idea ataupandangan baru tentang sesuatu yang telah dibacadan difahami. Penyolan bermula dengan perkataanseperti bahaskan, nilaikan, apakah kesimpulan, danapakah kemungkinan.
Ketiga-tiga contoh model di atas adalah berasaskan teori ahli-ahli tentang bacaan dan
kefahaman yang sudah tentunya mempunyai kekuatan masing-masing. Akan tetapi, seseorang
guru boleh memilih mana-mana model taksonomi kefahaman bacaan yang difikirkan paling
sesuai , tepat dan praktis bagi pengajaran dan pengujian kemahiran membaca dan memaham
di bilik darjah.
4.2.5 Kefahaman Peringkat Teks
Setelah mengetahui peringkat kefahaman bacaan yang perlu dilalui oleh pembaca, mari
kita baca dan fahami pula kefahaman pada peringkat teks. Kefahaman peringkat teks diperoleh
melalui pelbagai teknik membaca. Antaranya ialah:
i. Teknik SQ3R
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
43/76
43
Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan
kemahiran belajar pelajar. Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi
memperkukuh kemahiran berfikir . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi
penekanan kepada tinjauan dan mendapat maklumat melalui penyoalan.
Pengukuhan maklumat dibuat dengan melafaz dan menyemak semula.
Apakah SQ3R itu?
SQ3R
Q QUESTIONPENYOALAN
S SURVEYMENINJAU
3R
READMembaca
RECITEMemberi
penerangan
REVIEWMenyemak
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
44/76
44
Apakah yang berlaku pada setiap peringkat bacaan?
1. SurveyPada peringkat ini pelajar memeriksa teks secara keseluruhan.a. Membaca pendahuluan, kata pengantar dan sinopsis. Dari sini pelajar dapat
mengetahui tujuan pengarang menulis, topik-topik, dan pengetahuan atau
pengalaman yang diperlukan untuk meningkatkan kefahaman.
b. Meneliti susunan jadual, ilustrasi, gambar rajah dan petunjuk. Aspek ini perluditeliti kerana ini boleh memberikan gambaran yang lebih jelas yang dapatmembantu pelajar untuk memahami teks.
c. Membaca indeks. Pelajar membaca indeks untuk mengenal pasti istilah-istilahyang sukar.
d. Menyemak glosori, apendiks. Bahagian ini menunjukkan arah kepada pelajaruntuk merujuk bab-bab yang diperlukan.
e. Memilih halaman. Pelajar membaca beberapa halaman pada bab pertama,bahagian tengah, dan bahagian akhir teks untuk melihat struktur ayat sama adamudah atau terlalu abstrak.
2. SoalanPada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan.
Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu what (apa?), when (bila?),where (di mana?), why (mengapa?), who (siapa?) dan how (bagaimana?). Denganpertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina.
3. MembacaPelajar kemudiannya akan membaca dengan teliti. Semasa membaca, pelajar akan
menandakan idea utama dan idea sokongan dalam setiap perenggan. Pelajar juga akanmengenal pasti frasa atau ayat yang tidak difahami. Akhir sekali, pelajar akan mengingatkembali soalan-soalan yang dibina dan memastikan semua soalan itu sudah terjawab.
4. Menyatakan kembaliPelajar menyatakan kembali apa yang telah dibaca dengan menggunakan perkataan
sendiri di atas kad nota. Kad nota ini boleh diberi judul dan disusun secara sistematik. Pelajar juga boleh menggunakan pemetaan minda, jaringan semantik dan bentuk ilustrasi lain yangboleh memudahkan lagi proses pemahaman dan ingatan.
5. Meninjau semulaSetelah pelajar berjaya menjalani langkah-langkah sebelum ini, pelajar bolehlah
melakukan langkah terakhir iaitu meninjau semula. Pelajar boleh meninjau semula semua isiyang telah ditandakan sama ada isi penting atau isi sokongan berserta komen dan pandanganmengenai setiap nota yang telah ditulis itu.
Apakah tujuan SQ3R ini?
Membolehkan pelajar membaca secara kritis.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
45/76
45
Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkandengan pengetahuan dan pengalaman pelajar.
Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.
Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahanyang belum diketahu lagi.
Rujukan dan Latihan 141. Sila buat rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber mengenai
teknik SQ3R ini dengan terperinci lagi.2. Kemudian dapatkan maklumat mengenai SQ4R3. Dengan menggunakan borang pengurusan grafik, sila buat banding
beza antara dua teknik ini.4. Pada pendapat anda, apakah kelebihan teknik SQ4R berbanding
dengan teknik SQ3R.
ii. KWLHTeknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar
meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagaisumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.
Apakah KWLH itu?
K
W
L
H
What I knowApa yang saya tahu tentang perkara yang dibaca.
What I want to learnApa yang saya hendak belajar.
What I learnedApa yang saya telah pelajari.
How much I want to knowApa lagi yang saya hendak tahu.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
46/76
46
Bagimanakah caranya?
Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar.
Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanaganK ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk.
Guru meminta pelajar mengisi ruangan W ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajukyang diberi.
Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting
dalam ruangan L ( apa yang saya telah pelajari). Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta
pelajar mengisi ruangan H ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan)berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.
Rujukan, Catatn Nota dan Latihan 15
1. Sila buat rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber mengenaiteknik KWLH ini dengan terperinci lagi.
2. Kemudian sila jawab soalan-soalan ini:
a. Berikan lima tujuan penting teknik KWLH kepada pelajar.b. Sediakan satu bahan pengajaran pembelajaran ( teks bacaan).c. Sediakan jadual pengurusan grafik KWLH.
3. Sila jalankan pengajaran di dalam bilik darjah menggunakan teks bacaan dan
jadual pengurusan grafik KWLH yang telah disediakan.
4. Anda dikehendaki menulis satu refleksi dan laporan tentang keberkesananteknik KWLH tersebut.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
47/76
47
iii. Kegiatan Membaca Terarah (KMT)/Aktiviti Membaca- Berfikir Terarah (AM-BT)Directed Reading Thinking Approach (DRTA)
Kegiatan membaca terarah (KMT) adalah sebuah teknik pengajaran bacaan yang
digunakan untuk memandu pelajar dalam pembacaan petikan, novel, buku dan makalah. KMT
mengandungi lima langkah. Ianya dibentuk khas untuk membantu pelajar membaca bahan-
bahan pada peringkat yang lebih tinggi daripada tahap bacaan bebas. Maksudnya, teknik inibertujuan untuk membina kebolehan pelajar menjadi pembaca yang kreatif dan analitis.
mampu untuk membuat resolusi atau keputusan tentang hipotesis tersebut berdasarkan bahan
yang dibacanya. KMT sangat sesuai digunakan untuk pengajaran bacaan secara keseluruhan
kelas atau kumpulan kecil. Di antara yang berikut adalah langkah-langkah yang terkandung
dalam rancangan pengajaran KMT.
a. Membina motivasi dan pengetahuan serta pengalaman sedia ada
b. Memberi panduan pembacaan petikan atau cerita
c. Membaca secara senyap dan nyaring (jika perlu)
d. Membincangkan petikan
e. Memberi atau menjalankan kegiatan lanjutan.
Ini adalah kerana membaca merupakan satu
proses berfikir yang melibatkan pengalaman
pembaca sendiri untuk membuat tanggapan
terhadap idea pengarang. Tanggapan semula
oleh pembaca itu dimulai dengan membuat
satu hipotesis yang boleh diuji kebenarannya.
Selanjutnya, pembaca akan mencari
maklumat untuk menjawab hipotesis itu dalam
roses embacaannya. Akhir sekali embaca
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
48/76
48
Contoh:
Tajuk : Sayur-sayuran
Langkah Pelaksanaan
Langkah 1 a. Guru menanyangkan sebuah klip video yang memperlihatkan
pemandangan di sebuah kebun sayur.
Apakah yang kamu faham atau peroleh daripada melihat klip
video tadi?
Sebutkan nama-nama sayur yang
terdapat dalam klip video itu.
Jelaskan sifat-sifat sayur tersebut.
b. Kemudian guru mengalihkan pandangan pelajar kepada jenis-
jenis sayur yang tumbuh menjalar.
Perhatian bentuk dan sifat sayur yang tumbuh menjalar.
Adakah sayur ini berbeza dengan sayur yang tumbuh
menggunakan para/ pancang?
c. Pelajar dikehendaki menyebutkan sifat-sifat sayur yang tumbuh
menjalar dan yang tumbuh dengan menggunakan pancang atau
para. Guru mencatatnya di papan hitam. Guru boleh juga
melukiskan gambarajah untuk menyimpul perbezaannya.
Langkah 2 Guru menetapkan tujuan membaca iaitu membaca untuk mengenali
jenis-jenis dan sifat sayursayuran yang terdapat di Malaysia dan
tujuan-tujuan pekebun menanamnya.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
49/76
49
Langkah 3 Guru menyuruh pelajar membaca petikan secara senyap untuk
membolehkan mereka memahami petikan tersebut dan mendapatkan
gambaran tentang perkara yang dibincangkan sebelum ini. Bacaan
senyap
Langkah 4 a. Selanjutnya, guru akan menyeneraikan beberapa perkataan
sukar atau baru di papan hitam. Pelajar disuruh menerangkan
maknanya dengan merujuk kepada petikan. Kemudian
mereka dikehendaki membuat ayat sendiri menggunakan
perkataan tersebut.
b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.Tiap-
tiap kumpulan akan meneliti dan membincangkan satu
perenggan. Guru akan membimbing pelajar melakukan aktiviti
perbincangan ini.
d. Selepas itu, perbincangan keseluruhan kelas dijalankan ke
atas kefahaman pelajar tentang perenggan-perenggan yang
dibaca.
Langkah 5 Pelajar diminta menjawab soalan-soalan kefahaman yang
terdapat pada akhir petikan berdasarkan pengetahuan atau
kefahaman mereka. Mereka boleh merujuk kepada petikan.
Guru menyuruh pelajar membuat senarai sayur-sayuran
tempatan dan sayur yang dibawa dari luar negara untuk
perbincangan di kelas esoknya.
Rujukan, Catatan Nota dan Latihan 16
1. Sila buat rujukan lanjut di perpustakaan atau di pusat sumbertentang teknik membaca DRTA .
2. Berdasarkan langkah-langkah pelaksanaan yang telah dinyatakandi atas, buatlah catatan nota secara terperinci dan huraikan
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
50/76
50
langkah-langkah pelaksanaan teknik membaca DRTA itu.
3. Berpandukan contoh pengajaran dan pembelajaran yang telahdiberikan, sediakan satu Rancangan Pengajaran kemahiranmembaca yang menggunakan teknik membaca DRTA .
iv. Soalan dan Jawapan
Sepertimana yang telah diperkatakan sebelum ini, bacaan adalah kefahaman.
Membaca tanpa memahami apa yang dibaca tidak dianggap sebagai sebuah perlakuan
membaca. Untuk memperoleh kefahaman itu pula, seseorang itu perlu berupaya
memikirkan apa yang dibaca. Umpamanya dia perlu memikirkan isi-isi penting, idea,
persoalan dan juga maksud perkataan, konsep mahupun rangkai kata yang didapati
daripada petikan. Bagaimanakah seseorang guru dapat mengajar pelajar memikirkan
apa yang dibacanya? Di sinilah letaknya peranan soalan dan penyoalan. Dengan kata
lain, apabila mengajar bacaan dan kefahaman, seseorang guru itu tidak dapat lari
daripada mengemukakan soalan yang bersabit dengan petikan kepada pelajar-
pelajarnya. Tegasnya, guru menyoal dengan tujuan untuk memandu dan
merangsangkan mutu pemikiran pelajar. Begitu juga, guru menyoal untuk memastikan
pelajar dapat mengingat dan memahami apa yang dibaca. Justeru itu, adalah penting
bagi guru mengetahui jenis-jenis soalan yang dapat digunakan iaitu yang berkaitan
dengan tujuan soalan-soalan itu dikemukakan kepada pelajarnya.
Apakah jenis-jenis soalan itu?
Jenis-jenissoalan
Soalan Bertumpu
Soalan Bercapah
Soalan Kritis
Soalan Kreatif
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
51/76
51
Bagaimanakah jawapan yang diperlukan?
Sebenarnya, banyak lagi teknik bacaan yang boleh guru gunakan dalam pengajaran membaca
kepada pelajarnya. Antaranya ialah QAR, Tatacerita, Bimbingan Menjangka ( Anticipation
Guide) dan Teater Pembaca. Kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing untuk
mencapai aspek-aspek kemahiran membaca dalam bacaan kuat mahupun bacaan senyap.
Dengan itu, guru bolehlah memilih teknik yang sesuai dengan tujuan dia mengajar, dan begitu
juga dengan hasil pembelajaran aspek kemahiran membaca yang ingin dicapai.
Jenis-jenis
Soalan
Soalan Bertumpu.Soalan yang hanya memerlukan
jawapan yang tepat. Sekiranya jawapan yang diterima berbezadaripada apa yang tercatat dalam tekssecara langsung, maka jawapan ituadalah salah.
Soalan BercapahSoalan ini memerlukanseseorang menyatakanpandangan, komen,perasaan, ramalan danpenilaian terhadap sesuatuperkara atau isu. Soalan
jenis ini tidak menuju kepadasuatu jawapan yang tepat.
Soalan KreatifSoalan jenis bercapah yangmemerlukan seseorang menilai,menyelesaikan masalah dan mencipta.
Soalan KritisSoalan jenis bercapahyang memerlukanseseorang menganalisis,menyusul periksa danmembuat kesimpulan.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
52/76
52
Rujukan, Catatan Nota dan Latihan 17
1. Sila buat rujukan lanjut di perpustakaan atau di pusat sumbertentang teknik membaca yang tidak terdapat dalam huraian.
e. Berdasarkan langkah-langkah pelaksanaan yang telahdinyatakan di atas, buatlah catatan nota secara terperinci danhuraikan langkah-langkah pelaksanaan teknik membacatersebut.
f. Berpandukan contoh pengajaran dan pembelajaran yang telahdiberikan, sediakan satu Rancangan Pengajaran kemahiranmembaca yang menggunakan teknik Teater Pembaca .
4.2.6 Kemahiran Mengesan Penyampaian Maklumat
1. Pentafsiran makna
Dalam prosesmemahami sesuatu bacaan yang dilakukan, penekanan juga perlu diberikan
dalam memberikan makna atau maksud yang tersirat sesuatu idea, isi atau mesej yang tidak
dinyatakan secara langsung. Kemahiran untuk mentafsirkan makna memerlukan murid
memperolehi kebolehan membuat inferen-inferen, ramalan, dedjuksi dan memahami tuuan
penulisan bahan yang dibaca. Dalam proses membuat tafsiran makna ini juga memerlukan
murid berupaya untuk mengaitkan apa yang dibaca dengan pengetahuan dan pengalamannya
yang lalu. Di antara kemahiran pentafsiran adalah seperti yang berikut:
i. Menubuhkan dan memahami makna perkataan mengikut penggunaan konteks
yang berlainan
ii. Membuat jangkaan ke atas sikap dan tujuan penulis terhadap penulisannya
iii. Membuat jangkaan ke atas peristiwa yang akan berlaku berdasarkan peristiwa-
peristiwa yang lepas
iv. Memberikan idea pokok atau tema yang tidak dinyatakan
v. Membuat inferen-inferen terhadap masa, tempat dan nada sesuatu yang dibaca
vi. Mengenal perhubungan sebab dan akibat
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
53/76
53
vii. Mengenalpasti jenis petikan atau cerita yang dibaca berdasarkan isi-isi dan jalan
cerita.
2. Penilaian makna
Kefahaman bacaan pada peringkat ini, memerlukan seseorang murid itu membuat keputusan
tentang apa yang dibaca. Oleh itu, dalam proses kefahaman bacaan pada peringkat penilaian,
pemikiran yang kritis adalah penting. Murid perlu dapat membuat perbezaan dan persamaan,
analisis dan pertimbangan ke atas pembacaan mereka. Antara yang berikut merupakan
kemahiran-kemahiran yang perlu didedahkan dan diajarkan untuk membolehkan murid
membuat penilaian:
i. berupaya menubuhkan standard dan kriteria-kriteria tertentu sebagai asas penilaian
ii. membezakan di antara fakta dan pendapat
iii. mengenalpasti sama ada petikan itu mempunyai propaganda atau bentuk-bentuk emosi
yang lain seperti prasangka
iv. membuat pertimbangan ke atas penggunaan bahasa dan persoalan-persoalan yang
diberi
v. menilai petikan berdasarkan isi-isi dan cara penyampaian.
Mencara butiran
Kebolehan untuk mencari maklumat, fakta-fakta atau isi-isi tertentu yang terdapat dalam petikan
atau bahan bacaan. Maklumat-maklumat seperti nama tempat, orang, peristiwa-peristiwa,
pendapat dan tarikh atau masa.
Strategi mencari butiran.
Langkah-langkah:
membentuk tujuan pembacaan selaras dengan kehendak soalan atau arahan.
Membaca secara sepintas lalu untuk mencari dan mendapatkan makna
perkataan-perkataan susah yang terdapat dalam petikan.
Membaca setiap ayat dengan teliti untuk mendapatkan butiran-butiran yang
penting.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
54/76
54
Memilih butiran-butiran yang dikehendaki bagi menjawab soalan atau mengikut
arahan.
Menentukan idea pokok
Kebolehan untuk menentukan idea, isi atau mesej utama yang terdapat dalam sesebuah
petikan atau perenggan.
Stragtegi menentukan idea pokok.
Langkah-langkah:
Membaca petikan secara sepintas lalu bagi mencari dan mendapatkan maksud
keseluruhan petikan dan makna perkataan-perkataan yang susah.
Membaca keseluruahan petikan dengan teliti serta memberi perhatian kepada
ayat utama dan ayat yang menyimpul untuk mendapatkan gambaran yang
ringkas tentang idea pokok petikan.
Membaca perenggan demi perenggan untuk mendapatkan butiran-butiran.
Membentuk idea pokok bagi setiap perenggan yang dibaca.
Membuat pertimbangan ke atas idea pokok yang mempunyai butiran-butiran
yang hampir sama.
Berdasarkan idea-idea pokok yang didapati daripada perenggan-perenggan,
bentuk sebuah idea pokok yang utama.
Menentukan urutan cerita.
Kebolehan untuk mengingat dan menentukan maklumat-maklumat, isi-isi, fakta-fakta atau
peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam petikan mengikut urutan atau susunan yang tertentu.
Strategi menentukan urutan cerita.
Langkah-langkah:
Membaca petikan secara sepintas lalu bagi mendapatkan gambartan ringkas
tentang isi petikan.
Membaca perenggan demi perenggan dengan memberi penumpuan kepada
perkembangan isi atau jalan certia petikan yang terkandung.
Membentuk gambaran bagi setiap kejadian yang digambarkan oleh ayat-ayat
atau perenggan.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
55/76
55
Menyusun isi-isi atau peristiwa-peristiwa dalam satu urutan yang sesuai dengan
idea keseluruhan petikan.
Membuat kesimpulan
Kebolehan untuk memberi pendapat atau membuat pentafsiran terhadap apa yang dibaca. Ia
mestilah didasarkan kepada maklumat-maklumat yang terdapat dalam petikan dan yang tidak
diterangkan dengan jelas.
Strategi membuat kesimpulan.
Langkah-langkah:
Membaca sepintas lalu untuk mendapatkan makna perkataan sukar dan
gambaran am tentang isi petikan.
Membaca petikan semula, perenggan demi perenggan untuk mencari dan
mencatatkan maklumat atau isi penting.
Membuat penilaian ke atas maklumat-maklumat penting yang dicatatkan bagi
perenggan-perenggan.
Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat-maklumat penting yang didapati
daripada perenggan-perenggan.
Membuat inferen
Kebolehan untuk menyatakan idea-idea atau membuat telahan atau tekaan yang tidak terdapat
di dalam petikan berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan oleh petikan dan
pengalaman-pengalaman yang lalu.
Strategi membuat inferen.
Langkah-langkah:
Membaca dan memahami petikan untuk mendapatkan gambaran yang
menyeluruh tentang isi petikan.
Membaca isi petikan semula untuk menentukan fakta dan pendapat.
Membuat penilaian dan pertimbangan ke atas fakta dan pendapat untuk
membuat perbezaan.
Membuat inferen berdasarkan penilaian dan pertimbangan yang dibuat ke atas
fakta dan pendapat.
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
56/76
56
Membuat penilaian
Kebolehan untuk membuat penilaian dan mengenalpasti fakta-fakta atau isi-isi yang selaras
dengan kriteria-kriteria yang ditubuhkan dan seterusnya membuat penilian berdasarkan buti-
bukti dan keputusan yang diambil. Kriteria-kriteria yang ditubuhkan boleh didapati dalam dua
bentuk iaitu kriteria-kriteria objektif dan subjektif.
Strategi membuat penilaian.
Langkah-langkah:
Membaca petikan secara sepintas lalu untuk mendapat makna perkataan susah
dan gambaran umum tentang isi petikan.
Membaca sekali lagi untuk menentukan isi-isi atau aspek-aspek yang hendak
dibuat pilihan.
Menubuhkan kriteria-kriteria objektif atau subjektif untuk digunakan bagi
membuat pilihan.
Mendapatkan isi-isi, idea-idea atau bukti-bukti yang berkait supaya dapat
membantu dalam membuat penilaian. Kegiatan ini dapat dilakukan dengan
meneliti isi-isi petikan dan juga menggunakan pengetahuan sedia ada.
Membaca semula petikan untuk menyesuaikan maklumat dengan kriteria-kriteria
penilaian yang ditubuhkan.
Berdasarkan daripada langkah di atas, penilaian dapat ditubuhkan.
4.2.7 Perancangan Aktiviti Pengajaran Membaca
Kita telah akui bahawa perlakuan membaca melibatkan pemikiran tentang perkara yang
tersurat, tersirat, menghubungkan idea-idea, menyoal, bertindak balas dan menilai idea, dan
juga mengaplikasi maklumat baru ke dalam situasi baru. Dengan itu membaca merupakan
proses berterusan yang memperlihatkan interaksi antara pembaca dan penulis serta idea-idea
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
57/76
57
penulis. Sudah tentu beberapa fungsi pemikiran (kognitif) terlibat dalam masa seseorang itu
membaca.
Walau bagaimanapun dalam membaca sesuatu teks itu sebenarnya kita tidak perlu membaca
semua yang tertulis kerana tidak semua yang tertulis itu penting. Oleh itu , terdapat beberapa
teknik yang boleh digunakan sebelum, semasa dan selepas membaca. Teknik-teknik ini akan
membolehkan seseorang membaca dengan cekap.
Apakah tujuan mengadakan perancangan aktiviti pengajaran bacaan ini?
Perancangan aktiviti pengajaran membaca ini dapat membantu pelajar untuk;
memilih perkara yang hendak dibaca yang sesuai dengan tujuan membaca,
mengenal pasti isi-isi penting dan isi-isi sampingan , menggunakan teknik membaca yang ringkas dan menjimatkan masa membaca,
menambah kelajuan membaca dengan memperbaiki teknik pemahaman
membaca dan mengingati apa yang dibaca, dan
membantu pelajar menyoal dan menilai sumber, kewibawaan dan bukti yang
disampaikan oleh penulis melalui kenyataannya.
Bagaimanakah perancangan itu dilaksanakan?
Perancangan aktiviti pengajaran membaca ini dirancang mengikut beberapa fasa seperti;
i. Sebelum Membaca
Sebelum sesuatu tugasan membaca teks, petikan, rencana atau antologi, pelajar
perlulah menerima;
penerangan secara keseluruhan tentang tugasan tersebut,
tujuan bacaan itu dijalankan,
penjelasan konsep dan idea baru,
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
58/76
58
makna perkataan baru, dan
struktur penyusunan tugasan hasil pembacaan bahan yang
diberikan.
Adalah diharap aktiviti sebelum membaca ini akan dapat menolong pelajar
memahami sesuatu teks yang dibaca dengan lebih jelas dan berkesan.
ii. Semasa Membaca
Semasa seseorang pelajar itu membaca jika sekiranya dia ingin mengingati apa
yang dibacanya, dia perlu;
mengenal pasti isi-isi penting,
menentukan bagaimanakah idea-idea penting dibina,
mengenal pasti pola pemikiran penulis,
menghubungkan idea-idea,
mencatat maklumat baru,
membina soalan daripada teks,
mencatat tindak balas kendiri,
meramal apa yang akan berlaku, dan
menghubungkan idea-idea penulis dengan apa yang telah
diketahui.
iii. Selepas membaca
Selepas pelajar selesai membaca, dia memerlukan tindak ikut yang tersusun dan
bermakna seperti;
menjawab soalan pemahaman,
memastikan isi-isi penting,
menulis semula teks bacaan,
menyoal soalan-soalan kritis, dan
menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis.
4.2.8 Pembinaan Bahan Kemahiran Membaca
Setelah membaca dan memahami konsep kemahiran membaca, kita dapat simpulkan
bahawa pengajaran dan pembelajaran membaca boleh dilakukan dengan dua cara. Pertama,
pelajar boleh dilatih membaca bersuara dan keduanya mereka boleh dilatih membaca secara
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
59/76
59
senyap. Bagi latihan membaca secara bersuara perhatian adalah pada unsur-unsur bunyi yang
menekankan kepada sebutan, intonasi, gaya, nada dan irama dan sebagainya yang bersifat
mekanis. Untuk latihan secara senyap pula, tumpuan guru adalah kepada kepantasan dan
kefahaman membaca itu sendiri. Dengan itu, bahan yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran membaca ini juga mestilah yang sesuai dengan jenis latihan yang ingin guru
ajarkan iaitu sama ada membaca bersuara atau membaca senyap.
4.2.9 Penilaian Kemahiran Membaca
i. Bacaan Lisan
Bacaan lisan (oral reading) adalah satu jenis ucapan. Dalam bacaan secara
lisan atau secara nyaring itu, di samping proses membaca akan berlaku, fungsi dari komunikasi
bahasanya pula adalah untuk menghantar atau menyampaikan mesej atau maklumat kepada
sekumpulan pendengar atau penonton. Ini sering berlaku dalam situasi yang formal seperti;
seseorang itu berucap dengan mebacakan teks ucapan yang telah
disediakan secara bertulis dalam majlis rasmi,
BahanKemahiranMembaca
Bacaan Bersuara
pita rakaman rakaman video
kad perkataan
kad ayat
kad cantuman
gambar
bahan bacaan lisan
Bacaan Senyap
buku teks
akhbar
majalah
rencana
bahan auntentik yanglain
8/2/2019 Kemahiran Lisan Dan Bacaan
60/76
60
pemberita di radio atau televisyen membacakan berita daripada teks
berita yang telah disediakan secara bertulis,
seseorang setiausaha atau pengerusi mesyuarat melaporkan
(membacakan) minit mesyuarat yang telah lalu,
seseorang peserta menyampaikan kertas kerja dalam seminar,
seseorang itu melafazkan puisi seperti sajak atau syair
.
Yang berikut ialah satu senarai semakan yang boleh digunakna oleh guru sebagai garis
panduan memberi markah apabila mendengar seseorang murid membaca secara nyaring.
a.. Aspek Suara dan Penyebutan
Pada keseluruhannya adakah bacaan murid didengar dengan jelas?
Adakah sebutan perkataan betul menurut Bahasa Melayu standard?
Adakah murid membaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang
betul?
Adakah kualiti suaranya menarik?
Adakah murid membaca dengan berani tanpa takut atau gentar?
b. Aspek Kelancaran
Adakah pelajar membaca dengan lancar tanpa tersekat-sekat? Adakah pelajar membaca mengikut jeda atau frasa yang sesuai dan
mengikut unit makna / pemikiran yang betul?
Adakah pelajar membaca mengikut tanda bacaan dengan betul? (Misalnya; ,/
;/ ?/ !/ // dan seumpamanya