KOLEJ MARA BANTING
Jalan Labohan Dagang, Bukit Changgang, 42700 Banting, SelangorTelefon : 03-31491318 / 03-31491304 & Fax : 03-31491061
KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM
SEMESTER 1/2010
TAJUK :
KEMUNCULAN DAJJAL DI SEGITIGA BERMUDA
PENSYARAH :
USTAZ ABD JAMIR BIN MD SAAD
DISEDIAKAN OLEH : -
NAMA : NIK AFIFAH SHAHIRAH BINTI RAHIMI
KELAS : M10E
NO KAD PENGENALAN : 921124-06-5030
ISI KANDUNGAN
Bahagian m/s
Pengenalan 2-3
Asal-usul Dajjal 4-5
Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda 6-7
Segitiga Bermuda & Piring Terbang 8-9
Tujuh Hakikat 10-11
Persiapan menghadapi fitnah Dajjal 12-13
Kesimpulan 14
Rujukan 15
Lampiran 16
1 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
PENGENALAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t
kerana diberi kemampuan untuk menyiapkan folio ini. Bersama-sama ini juga saya
ingin merekamkan penghargaan kepada insan-insan yang telah membantu saya
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan folio ini.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abd
Jamir bin Md Saad , merupakan guru Pendidikan Agama Islam saya yang telah
memberikan idea serta pendapat mengenai tajuk yang saya pilih ini di samping
memberikan panduan kepada kami untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.
Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah
berpenat-lelah mencari buku bersama saya untuk dijadikan sebagai rujukan bagi
tajuk ini dan akhir sekali kepada sahabat-sahabat dalam kelas M10E yang telah
memberikan sokongan kepada saya sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung.
Tajuk yang telah saya pilih iaitu ‘Kemunculan Dajjal Di Segitiga Bermuda’
merupakan satu tajuk yang agak mencabar bagi saya kerana selama ini saya hanya
mengetahui tentang Dajjal tetapi tidak mengenai kemunculannya di tempat-tempat
tertentu apatah lagi di Segitiga Bermuda. Segitiga Bermuda ini merupakan suatu
daerah berbentuk segitiga yang terletak antara pantai timur Florida dan Kepulauan
Bermuda. Daerah ini sangat merbahaya bagi pelayaran dan penerbangan kerana
lebih seratus kapal laut dan kapal terbang telah dilaporkan hilang secara misteri. Di
samping itu, daerah tersebut telah mengorbankan lebih daripada seribu orang.
Segalanya hilang sama sekali sehingga tidak meninggalkan puing-puing mahupun
bangkai seolah-olah laut itu membelah dan kemudian menelan segala yang ditarik
bersamanya.
Penah dilakukan laluan satelit ke atas daerah tersebut tetapi kiriman gambar
yang dirakam tidak jelas kecuali gambar yang menampakkan bongkahan daratan
tetapi ianya juga tidak jelas. Setelah difokuskan dengan teliti terhadap gambar yang
berjaya dirakamkan, ternyata seluruh gambarnya negatif. Hal ini membuktikan
bahawa Dajjal mempunyai sistem yang dapat melumpuhkan kemampuan satelit.
Dajjal ialah makhluk yang dilaknat Allah yang akan muncul di muka bumi sebagai
tanda akhir hari kiamat untuk menyebarkan fitnah kepada seluruh manusia selama
2 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
40 hari. Ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk memastikan manusia akan
mengakuinya sebagai tuhan bukannya Allah s.w.t. Jadi, musuh utamanya ialah umat
Islam.
Rasulullah saw pernah bersabda :
“ Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini
sejak Allah menciptakan Nabi Adam a.s. dan keturunannya yang lebih dasyat dari
Dajjal. Dan Allah s.w.t. , tidak mengutus seorang rasul atau nabipun kecuali untuk
memperingatkan umatnya dari kemunculan Dajjal.
Aku adalah nabi terakhir, dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula. Dajjal
pasti akan keluar dari kalangan kamu sekalian. Jika ia keluar, sedang aku ada
antara kamu, maka aku akan mengalahkannya dengan hujah dan kemampuanku.
Jika ia keluar setelah aku tiada, maka setiap orang menjadi penolong bagi dirinya
sendiri untuk mengalahkan musuhnya. Allah adalah penggantiku bagi setiap
Muslim…”
( Dari sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a., dari Nabi
Muhammad saw. Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam ‘Musnad’nya. Ia
menilai hadis ini sahih. Begitu juga Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim keduanya
mengeluarkan hadis tersebut. )
Folio ini saya tulis sebagai renungan kita bersama. Di samping mengenai
kemunculan Dajjal dari Segitiga Bermuda, saya juga akan merungkai serba-sedikit
mengenai perkaitan antara Dajjal serta fenomena piring terbang yang telah lama
muncul di muka bumi ini. Adakah kerajaan Dajjal yang menciptakan piring terbang
tersebut untuk merisik maklumat tentang sekalian manusia di muka bumi ini ataupun
benar-benar dikatakan berasal dari planet luar dan dipercayai dimiliki oleh makhluk
asing? Segalanya pasti akan terungkai. Wallahu’alam.
3 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
ASAL-USUL DAJJAL
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi Shab
Hamdan dan ia disampaikan dari Fatimah binti Qais dan Fatimah mendengar hadis
ini langsung dari baginda Rasulullah saw ketika selesai Fatimah bersembahyang
sebagai makmum kepada Rasulullah saw di masjid, Rasulullah saw telah
menyampaikan sebuah cerita yang telah disampaikan kepada baginda saw daripada 1Tamim Ad-Dari.
Menurut Tamim, beliau pernah mengharungi lautan bersama 30 orang lelaki
dari kabilah Lakhm dan Juzdam dan berada di lautan dipukul ombak yang besar
selama sebulan sehingga mereka bertemu sebuah pulau yang ada di tengah-tengah
lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka berlabuh di pulau itu menggunakan
perahu yang kecil dan setibanya di sana, mereka didatangi oleh seekor binatang
yang tebal bulunya, sehingga mereka tidak dapat membezakan mana bahagian
depan dan mana bahagian belakang. Binatang itu mengatakan bahawa ianya
merupakan 2Jassasah dan mengarahkan mereka bertemu seorang lelaki yang
merindukan berita daripada mereka.
Lelaki itu merupakan sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat,
kedua tangannya dibelenggu ke lehernya, kakinya dan lututnya diikat dengan besi
hingga kedua buku lalinya. Lelaki itu bertanyakan empat soalan kepada mereka ;
1. Tentang kurma di 3Baisan sama ada ianya masih berbuah.
2. Apakah masih ada air di 4Tasik Thabariayah.
3. Apakah masih ada air di mata air Zughar dan apakah penduduk di
sekelilingnya masih menggunakannya untuk tanaman mereka.
4. Apakah yang dikerjakan oleh nabi yang diutus kepada orang-orang buta
huruf, apakah orang-orang Arab memeranginya dan bagaimana
perilakunya terhadap mereka.
1 Dahulunya seorang Nasrani yang datang menemui rasulullah saw menyatakan keislamannya dan berbaiah.2 Pengintip rahsia.3 Merupakan negeri yang terkenal sejak dahulu kala yang berada di dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.4 Merupakan tasik besar, panjangnya sepuluh batu dan lebarnya enam mil. Tasik itu dalam dan dapat dilayari kapal tetapi airnya semakin berkurang. Ikannya diburu dan airnya manis tawar. Jarak antara tasik ini dengan Bait al- Muqaddas sekitar seratus batu.
4 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
Kemudian, lelaki itu mengatakan bahawa dia ialah Al-Masih Ad-Dajjal yang
akan keluar berjalan ke serata permukaan bumi sehingga tiada sebuah kampung
pun yang terkecuali selama 40 hari kecuali Makkah dan 5Tahibah yang telah
diharamkan ke atasnya.
Kini saya akan menghuraikan kisah kelahiran Al-Masih Ad-Dajjal. Di sebuah
negeri bernama Samirah, terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan
Yahudza yang berkahwin selama tiga puluh tahun untuk mendapatkan seorang 6anak, tetapi akhirnya mereka dikurniakan anak yang membahayakan kedua orang
tuanya seperti yang digambarkan Rasulullah saw, “ Kedua matanya tidur tetapi
hatinya tetap terjaga.” Keluarga Dajjal merupakan penyembah berhala dan mereka
menyembah sebuah berhala mirip lembu betina. Si Ibu bapa itu telah meminta
daripada lembu betina tersebut agar diberikan anak laki-laki.
Setelah 30 tahun, lahirlah seorang kanak-kanak yang diberikan nama Samiri
sempena nama tempat tinggal mereka, kota Samirah. Setelah sampai beberapa
ketika, Allah s.w.t menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu yang
mengingkari ajaran Nabi Ibrahim. Namun demikian, Allah s.w.t mengarahkan JIbril
a.s menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkan di sebuah pulau
terpencil di Laut Yaman. Di pulau itu, binatang besar yakni Jassasah itulah yang
memelihara Samiri bersama Jibril atas arahan Allah s.w.t. Samiri tinggal di pulau itu
dan belajar ilmu-ilmu tauhid daripada Jassasah. Jassasah diperintahkan untuk
menjaga dan memelihara Samiri ketika Jibril tidak ada serta akan terus tinggal di
pulau itu bersama kanak-kanak itu sehingga dia menentukan sendiri pilihan
hidupnya. Ajalnya di pulau itu bersama dengan keluarnya Samiri menuju pilihan
hidupnya.
BENTENG DAJJAL DI SEGITIGA BERMUDA 5 Madinah.6 Seorang anak lelaki yang buta sebelah matanya.
5 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
Dajjal memilih untuk menetap di air kerana sangat pandai berinteraksi dengan
air seperti belayar, menyelam dan berenang kerana dia dibesarkan di pulau. Dajjal
telah mengetahui peralatan yang dinamakan kapal selam sejak puluhan atau
ratusan tahun sebelum kita mengetahuinya. Dajjal dilihat mampu membina
penempatannya yang tersendiri dengan dibantu oleh jin dan syaitan.
Penempatannya pula dikatakan penuh saintifik di luar jangkaan manusia. Namun
begitu, sehebat manapun pertolongan yang diberikan jin dan syaitan terhadapnya,
ianya tetap tidak dapat mengatasi permohonan Nabi Sulaiman :
Maksudnya : Dia berkata, “ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah
kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh,
Engkaulah Yang Maha Pemberi.”
( As-Saad : 35 )
Dajjal lebih dahulu mengetahui bahawa air menutupi lebih 70% permukaan
bumi kerana pengembaraannya dan iapun mengetahui bahawa matahari adalah
sumber utama bagi tenaga yang tersembunyi di pelbagai lautan. Namun begitu,
Dajjal amat menakuti 7Mesir dan sentiasa menakut-nakuti pengikutnya kerana Mesir
adalah getaran Allah di bumi-Nya. Tenteranya yang paling baik di muka bumi,
tokohnya yang paling sabar dan para wanitanya adalah yang melahirkan para
pahlawan. Dajjal amat suka sekiranya Mesir mengikuti pemikirannya dan pemikiran-
pemikiran orang dungu. Melalui dukun, Dajjal mengetahui bahawa piramid terbesar
merupakan simpanan rahsia dan gudang ilmu pengetahuan sebelum ilmuwan
Perancis, M. Bovis tahu bahawasanya, bangunan-bangunan yang didirikan mirip
piramid terbesar itu dibangunkan dengan cara yang sama di atas 8pusat magnetik
yang mengalir dari kutub utara ke kutub selatan.
7 Merupakan pusat penbangunan Islam moden dan Negara paling kaya di dunia8 Menghasilkan medan tenaga yang digunakan untuk mengawet daging, menjaga kesegaran makanan, menajamkan pisau, menjernihkan air, menumbuhkan tanaman dan mempercepat pendebuan bunga.
6 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
Benteng Dajjal iaitu 9Segitiga Bermuda ini mempunyai pemandangan yang
sangat indah. Dajjal menghasilkan tenaga elektromagnetik besar yang digunakan di
daerah 10isthmus di mana bangunannya berbentuk piramid besar atau beberapa
piramid sebagai rantai pertahanan. Tenaga-tenaga melalui medan magnet tersebut
dapat menangkap pelbagai benda walaupun sebesar manapun ia. Tetapi banteng ini
amatlah rahsia dan tiada sesiapa pun mengetahuinya.Kota-kota di dalamnya
sangatlah kaya dan rahsia yang tersembunyi di dalamnya didasarkan kepada ilmiah
yang termoden dengan bantuan jin dan syaitan untuk mengganas dan menakut-
nakutkan jika perlu. Kehidupan mereka di sana adalah 11bohemianism dan tidak ada
keluarga.
Kaum wanitanya hidup bersama manakala anak laki-laki dan perempuan
merupakan anak-anak tuhan, tidak ada kebapaan dan keibuan. Ketika seorang bayi
lahir, maka ianya akan diletakkan di tempat umum sehingga sepuluh tahun supaya
tiada seorang pun mengetahui siapakah ayah dan ibunya.
9 Hujung utara berada di Bermuda, hujung tenggara di Puerto Rico, dan hujung barat di Miami (Florida).10 Pertemuan dua aliran sungai, satu panas dan lainnya sejuk.11 Kehidupan bebas.
7 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
SEGITIGA BERMUDA & PIRING TERBANG
Sejak puluhan tahun dahulu, dunia barat dan Amerika membincangkan
kemunculan piring terbang atau UFO ( unidentified flying object ) yang berasal dari
planet-planet lain. Kebanyakan pendapat juga mengatakan itu hanyalah halusinasi
semata-mata. Sebahagian lainnya mengatakan bahawa ianya merupakan
sebahagian fenomena alam seperti pantulan cahaya atau terbakarnya roket yang
dilihat sabahagian orang dalam bentuk sirkuit berputar. Tetapi masalahnya berubah
menjadi manifestasi ilmiah ketika peristiwa penyaksian UFO ini bertambah banyak
sehingga Kementerian Pertahanan Amerika membentuk lembaga khusus yang
bernama 12‘Projek Buku Biru’.
UFO memang wujud tetapi fakta yang mengatakan ianya berasal dari planet
lain adalah palsu dan digembar-gemburkan oleh ajen-ajen Dajjal di Amerika itu
sendiri. Pada 3 Jun 1964, pesawat ruang angkasa Gemini 4 hampir berlanggar di
ruang udara Hawaii dengan benda angkasa berbentuk silinder. Pesawat itu dapat
mengambil fotonya dan dipercayai ianya merupakan UFO. Sejak tahun 1978,
terdapat dua misteri yang masih tidak dapat dirungkai sehingga kini iaitu UFO serta
Segitiga Bermuda. Di Segitiga Bermuda pula telah banyak kehilangan kapal yang
langsung tidak dapat dikesan dan dijejaki seperti pesawat Theodore-4 yang memiliki
empat enjin pendorong hilang beserta 31 orang penumpangnya pada tahun 1948.
Satu fakta menarik yang telah saya baca adalah mengenai Christoper
Columbus, seorang penemu yang terkenal. Christoper telah melalui daerah Segitiga
Bermuda pada tahun 1492 dengan selamat tanpa sebarang gangguan ke atas kapal
yang dinaikinya. Namun, beliau mendakwa telah melihat pemandangan-
pemandangan cahaya yang mungkin ada hubungannya dengan jin.
Anggapan yang mengatakan bahawa UFO dan Segitiga Bermuda ini
dipengaruhi oleh makhluk dari planet lain yang jauh lebih maju daripada kita adalah
tidak benar kerana mereka pasti akan menguasai bumi sekiranya memiliki teknologi
yang mendahului kita selama puluhan atau ribuan tahun.
12 Penting dalam perkembangan piring-piring terbang atau benda-benda angkasa yang tidak dikenali.
8 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
Jadi, berdasarkan pendapat Muhammad Isa Dawud dan Dr. Allen J. Heneck,
kejadian piring terbang serta apa yang telah berlaku di Segitiga Bermuda merupakan
perbuatan makhluk yang sangat genius dan sangat cerdas. Makhluk itu tahu akan
tujuan perbuatannya itu dan ianya tidak dapat disangkal lagi berasal dari bumi ini
sendiri. Seorang pakar fizik, Dr Moris Gasup dan ilmuwan terkenal James I. Mac
Donald, telah terbunuh dalam peristiwa misteri setelah menegaskan pendapat yang
sama seperti mereka.
Konklusi yang saya peroleh melalui pembacaan adalah, Segitiga Bermuda
merupakan pangkalan utama bagi peluncuran dan pendaratan piring terbang.
Mereka dipimpin oleh komandan, pengarah serta para intelektual genius dalam
kejahatan. Mereka bukanlah 13Ya’juj dan Ma’juj. Firman Allah s.w.t mengenai Ya’juj
dan Ma’juj :
Maksudnya : Mereka berkata, “ Wahai Zulkarnain! Sungguh Ya’juj dan Ma’juj itu
( sekelompok manusia ) berbuat kerosakan di bumi, maka bolehkah kami
membayarmu imbalan agar engkau membuatkan dinding penghalang antara kami
dan mereka?”
( Surah Al-Kahf : 94 )
Mereka bukan juga orang-orang Jepun yang melarikan diri atau orang-orang
miskin yang lemah. Mereka terdiri daripada manusia yang dibantu oleh syaitan dan
jin, mempunyai impian untuk menguasai dunia dari sudut teknologi dan ilmu
pengetahuan.
13 Merupakan dua kaum yang membuat kerosakan di muka bumi yang ditakuti oleh suatu kaum yang tinggal di antara dua pergunungan sehingga ketika Zulkarnain datang ke tempat itu, kaum tersebut memohon kepadanya agar dibuatkan tembok penghalang daripada serangan mereka.
9 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
TUJUH HAKIKAT
Hakikat dan isu-isu sebenar mengenai piring terbang yang berlaku ke atas
masyarakat di dunia.
Hakikat pertama – piring terbang yang disaksikan bukanlah khayalan
ataupun fenomena alam semata-mata. Menurut bancian yang dijalankan oleh
Globe pada tahun 1973, lebih daripada 16 juta orang Amerika menyaksikan
piring terbang dengan jelas.
Hakikat kedua – piring terbang itu hanyalah pesawat-pesawat yang
direkabentuk untuk dijadikan roket, pesawat terbang, pesawat ruang angkasa,
dan sekaligus kapal selam dengan teknik yang luar biasa. Ianya berjisim,
nyata dan berfizikal.
Hakikat ketiga – para kelasi piring terbang merupakan seorang manusia
biasa yang mempunyai penyamaran yang sangat rapi akibat diculik Dajjal
sejak kecil atau yang dilahirkan di bentengnya. Mereka dibiasakan untuk
berbicara dengan dialek atau bahasa asing yang tidak pernah kita dengar.
Mereka juga diasuh untuk menggunakan teknologi canggih milik kerajaan
Dajjal.
Hakikat keempat – piring terbang ini bergerak dari landasan di bawah air dan
yang terbesar adalah di Bermuda. Sebahagian besar kegiatan mereka
dilakukan di bawah air.
Hakikat kelima – piring terbang itu milik Dajjal beserta para pembantu dan
pekerjanya. Ianya merupakan pesawat cepat seperti yang pernah diberitahu
oleh Rasulullah saw sejak lebih dari 1400 tahun.
Dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Muslim, bahawa Rasulullah saw
pernah menjawab pertanyaan sahabat yang bertanya, “ Bagaimanakah
kecepatan Dajjal di muka bumi?” Beliau saw menjawab, “Bagaikan 14al-ghaith
yang diikuti angin.”
Hakikat keenam – Dajjal adalah raja dan ketua umum yang memerintah
dunia yang samar iaitu Segitiga Bermuda. Ia akan diperangi oleh 15Imam
Mahdi dan akan mati di tangan nabi Isa al-Masih.
14 Awan.15 seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.
10 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
Hakikat ketujuh – Dajjal akan muncul untuk mengaku sebagai nabi dan
tuhan secara berfasa-fasa.
PERSIAPAN MENGHADAPI FITNAH DAJJAL
11 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
Ketahuilah bahawasanya sebesar mana sekalipun dugaan atau masalah
yang kita hadapi, segala penawarnya boleh kita dapati di dalam 16Al-Quran.
Sekiranya kita membaca Al-Quran dengan penuh kefahaman dan beramal dengan
pengajarannya, sudah tentu kita akan terselamat daripada azab sama ada di dunia
mahupun di akhirat kelak. Nabi Muhammad saw pernah bersabda di dalam satu
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Darda’ ;
“ …Sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama surah Al-Kahfi maka dia akan
dipelihara daripada fitnah Dajjal.”
Di dalam versi lain, Hajjaj berkata ;
“ Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi…”
Namun begitu, ramai yang bertanya mengapa Surah Al-Kahfi sedangkan di
dalam surah ini tidak disebut langsung mengenai Dajjal. Dr. Muhammad Al-Mahdi
merujuk kepada pertemuan antara Nabi Musa a.s dengan Khidir ketika
membahaskan mengenai surah ini. Pertemuan ini terjadi apabila Allah s.w.t
memerintahkan Nabi Musa mencari seorang lelaki di pertembungan dua arus laut.
Perintah ini terjadi setelah terdetiknya di hati nabi bahawa dialah manusia yang
mengetahui banyak perkara berbanding manusia lain kerana mukjizatnya yang
membolehkan berkata-kata secara terus kepada Allah s.w.t. Oleh kerana
kesombongannya itu, Nabi Musa ditegur.
Sebenarnya, pertemuan itu merupakan pertemuan antara insan alam nyata
dan insan alam ghaib. Di sinilah wujudnya pembuktian bahawa wujudnya alam ghaib
yang berjalan tanpa henti tetapi tidak dapat dilihat dan dirasai oleh manusia.
Terdapat sempadan yang memisahkan dan hanya dengan izin Allah sempadan itu
dapat disingkap. Pertembungan dua arus laut masin dan air tawar juga membuktikan
wujud sempadan yang dimaksudkan. Ianya merupakan satu garis pemisah yang
tidak dapat dilihat namun jelas memisahkan.
Sesungguhnya, kanak-kanak tidak dapat membezakan hakikat alam ghaib
yang disebut dalam Al-Quran dengan alam ghaib versi Dajjal. Dengan
membelakangi Al-Quran, kita melihat dunia dan alam ghaib dicipta oleh Dajjal tetapi
16 Merupakan kitab suci agama Islam mengandungi wahyu Allah swt yang disampaikan kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir.
12 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
sekiranya kita memahami maksud Al-Quran nescaya kita akan melihat alam ghaib
dan dunia dari sudut pandangan yang benar. Insiden Dajjal membawa syurga dan
neraka zahir ke dunia adalah kemuncak fitnah sebenarnya. Ketika itu Dajjal akan
menampakkan dirinya yang sebenar yakni individu yang buta sebelah matanya.
Sekiranya kita tidak memahami ayatul Quran, kita akan terpengaruh dengan
dakwaan serta fitnah yang dibawa oleh Dajjal itu dan terus tidak mempercayai alam
ghaib seperti alam akhirat, alam barzakh dan lain-lain lagi.
KESIMPULAN
13 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
Kesimpulannya, dalam menghadapi fitnah Dajjal, senjata yang diperlukan
adalah tauhid insan, iman yang kukuh di samping melazimkan membaca surah Al-
Kahfi. Dajjal yang dikatakan membawa bahaya kepada kedua ibu bapanya
sehinggga mereka meninggal, merupakan manusia genius yang mampu mecipta
sesuatu berpuluh tahun sebelum kita menemuinya. Dia mampu menggabungkan
Ilmu Fizik dan Matematik yang telah dipelajari ketika berada di Mesir beserta dengan
pengalamannya selama beratus-ratus tahun di muka bumi ini.
Kerjasmanya dengan jin serta syaitan mempunyai matlamat yang satu, iaitu
untuk mengiktiraf diri mereka sebagai tuhan, untuk mengalahkan kedudukan Allah
s.w.t. Subhanallah.. Manusia-manusia yang hilang tanpa dikesan pula telah menjadi
pengikutnya di pangkalannya di Segitiga Bermuda, dan merekalah yang menyamar
sebagai makhluk asing dan memandu piring terbang ke serata dunia berdasarkan
sumber-sumber yang melihat makhluk yang berada di dalam objek tersebut.
Kerajaannya yang berpusat di Segitiga Bermuda dilengkapi dengan teknologi-
teknolgi termoden. Sesiapa yang memasuki daerah itu pasti tidak mahu keluar
kerana mereka akan hidup senang di sana.
Semoga kemunculan Dajjal bersama-sama pengikutnya nanti, dapat kita
hadapi. Ketahuilah, sengketa dan kebencian sesama kita mesti dileraikan kerana ia
adalah mainan yang didalangi Dajjal untuk memusnahkan perpaduan sesama umat
Islam bagi melancarkan fitnah yang lebih besar. Janganlah kita pula yang menjadi
ejen yang meluaskan serta memanjang-manjangkan kerja-kerjanya. Semoga Allah
memelihara kita, keluarga dan seluruh umat Islam daripada fitnah Dajjal yang
dahsyat itu.
BIBLIOGRAFI
14 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
1. Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Penulis : Muhammad Isa Dawud
Penerbit : Pustaka Syuhada
Cetakan : 2009
2. Membongkar Misteri Dajjal
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Cetakan : 2009
3. Majalah i
Penerbit : Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Edisi : Jun 2010
4. Terjemahan Al-Quran Al-Karim
Penerbit : Pustaka Darul Iman
Cetakan : 2007
5. http://quran.com/
6. http://ibnuyaacob.com/?p=610
7. http://konsultasispiritual.com/fakta-ilmiah-di-balik-segitiga-bermuda/
8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkarnain
9. http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Mahdi
10.http://ms.wikipedia.org/wiki/Qur'an
15 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a
LAMPIRAN
16 | K e m u n c u l a n D a j j a l d i S e g i t i g a B e r m u d a