KEPELBAGAIAN KAUM DALAM KUMPUI. AN KECIL SEMASA MENYIAPKAN TUGASAN BERKUMPUI. AN YANG TERDIRI
DARIPADA GOLONGAN PELAJAR
NURUL JANNAH BINTI RAMLI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
Pembangunan Sumber Manusia
Fakulti Sains Kognitif dan Pcmhangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2010
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, dengan keizinan-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan Projek Tahun Akhir (PTA) satu iaitu bermula dari bab satu sehingga bab lima
yang bertajuk "Kepelbagaian kaum dalani kumpulan kec"il semasa nieº. viapkan
tugasan berkumpulan yank terdiri daripada golongan pelajar".
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada semua pihak yang terlihat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu memberikan idea, komen, cadangan
dan kritikan yang menbina sepanjang tugasan ini dijalankan.
Di kesempatan ini juga, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Dr. Shahren hin Ahmad Zaidi Adruce iaitu selaku pcnyelia kepada Projek
Tahun Akhir saya ini. Beliau hanyak memhantu dalam memherikan hantuan,
bimhingan, doronagan dan kerjasama yang haik sehingga PTA ini herjaya disiapkan.
Tidak dilupakan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ihu hapa saya yang
memberi sepenuh motinasi, nasihat untuk meneruskan projek ini.
Kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama membantu sehingga tugasan ini selesai
amat dihargai.
Terima Kasih.
iii
JADUAL KANDUNGAN
PENGHARGAAN
JADUAL KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
ABSTRAK
ABSTRACT
BAB 1- PENGENALAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Kenyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Soalan Kajian
1.5 Definasi Istilah
1.5.1 Kepelbagaian
1.5.2 Kaum
1.5.3 Kumpulan Kecil
1.5.4 Pemimpin
1.5.5 Kepimpinan
1.8 Kesimpulan
iii
iv
IX
XI
xii
x iii
I
4
5
7
8
8
9
9
10
10
13
iv
BAB 2- SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Kepelbagaian Etnik Dalam Kumpulan 13
2.1.1 Teori Sistem 14
2.2 Gaya-Gaya Kepimpinan Dalam Kumpulan Kecil 14
2.2.1 Gaya Kepimpinan Transformasi 15
2.2.2 Gaya Kepimpinan Transaksi 16
2.2.3 Teori X dan teori Y 16
2.2.4 Teori Pemimpin Hebat 17
2.3 Ciri-ciri Pemimpin Dalam Kumpulan Kecil 17
2.3.1 Idola terbaik 18
2.3.2 Berani hadapi risiko 18
2.3.3 Berilmu pengetahuan 19
2.4 Pengalaman Yang Diperolehi Daripada Penglibatan Mereka
Bekerja Dalam Kumpulan Kecil 19
2.4.1 Matlamat Yang Jelas 19
2.4.2 Penerapan Konsep Menghormati Dan Menerima 20
2.4.3 Meningkatkan Kecekapan Diri Dan Kepuasan Ahli
Dalam Kumpulan 20
2.5 Kesan-kesan Yang Wujud Dalam
Kumpulan Kecil 21
2.5.1 Matlamat Yang Dipersetujui Bersama 22
2.5.2 Hubungan Keakraban Yang Padu 22
2.5.3 Asas Kepada Kejayaan Kerja 22
2.6 Kesimpulan 23
V
BAB 3- METODOLOGI
3.0 Pengenalan 24
3.1 Reka Bentuk Kajian 25
3.2 Persampelan Kajian 26
3.2.1 Lokasi Kajian 26
3.2.2 Populasi Kajian 26
3.2.3 Informan Kajian 26
3.3 Teknik Pengumpulan Data 27
3.3.1 Analisa Dokumen 27
3.3.2 Pemerhatian Secara Tidak Langsung 27
3.3.3 Temu Bual Semi Struktur 28
3.4 Instrumen Kajian 30
3.4.1 Peralatan Yang Digunakan 31
3.4.2.1 Persediaan sebelum temu bual 32
3.5 Analisis Data 32
3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan Kajian 33
3.7 Prosedur Kajian 34
3.8 Kesimpulan 36
BAB 4- DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 37
4.1 Matrik Latar Belakang Informan 38
4.2 Matrik Proses Pengumpulan Data 39
4.3 Dapatan Utama 39
4.3.1 Kajian Demografi Informan 39
4.3.1.1 Informan a 39
4.3.1.2 Informan h 40
4.3.1.3 Informan c 41
VI
4.3.1.4 Informan d 42
4.3.1.5Informan e 43
4.3.1.6Informan f 44
4.3 Dapatan Kajian
4.4.1 Gaya atau jenis kepimpinan yang digunakan
dalam kumpulan kecil pelbagai kaum semasa
menyiapkan tugasan berkumpulan yang terdiri
daripada golongan pelajar 45
4.4.2 Ciri-ciri kemimpinan dalam kumpulan kecil
pelbagai kaum semasa menyiapkan tugasan
berkumpulan yang terdiri daripada golongan
pelajar 47
4.4.3 Pengalaman yang diperolehi daripada dalam
penglibatan mereka bekerja dalam kumpulan
kecil pelbagai kaum semasa menyiapkan tugasan
berkumpulan yang terdiri daripada golongan
pelajar 49
4.4.4 Kesan positif dan negatif akibat diperolehi
penggabungan kaum semasa menyiapkan
tugasan berkumpulan yang terdiri daripada
golongan pelajar 52
4.5 Matrik Dapatan Kajian 55
4.6 Kesimpulan 57
BAB 5- PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 58
5.1 Perbincangan Dapatan Kajian 59
5.1.1 Gaya atau jenis kepimpinan yang digunakan
vii
dalam kumpulan kecil pelbagai kaum 59
5.1.2 Ciri-ciri kemimpinan dalam kumpulan kecil
pelbagai kaum 61
5.1.2.1 Dapatan Kajian Baru Ciri Kepimpinan
Pemimpin 64
5.1.3 Pengalaman yang diperolehi daripada dalam
penglibatan mereka bekerja dalam kumpulan
kecil pelbagai kaum 66
5.1.4 Kesan positif dan negatif yang wujud akibat dalam kumpulan kecil pelbagai kaum 69
5.2 Ringkasan Bab-bab Kajian 72
5.3 Rumusan Kajian 74
5.4 Kepentingan Kajian 75
5.5 Limitasi Kajian 76
5.6 Cadangan Kajian 76
5.7 Refleksi Diri 77
5.8 Kesimpulan 78
Bibliografi 79
Lampiran
Lampiran A 87
Lampiran B 89
Lampiran C 90
VIII
SENARAI GAMBAR RAJAH
Rajah 1
Prosedur Kajian 35
Rajah 2
Gaya kepimpinan dalam kumpulan kecil yang pelbagai
kaum semasa menyiapkan tugasan berkumpulan oleh golongan pelajar. 46
Rajah 3
Ciri kepimpinan dalam kumpulan kecil yang pelbagai kaum 48
Rajah 4
Ciri kepimpinan dalam kumpulan kecil yang pelbagai kaum tidak
mempengaruhi pemilihan ketua berdasarkan jantina seseorang individu. 48
Rajah 5
Pengalaman yang diperoleh semasa hekerjasama dalam kumpulan
kecil pelhagai kaum. 51
Rajah 6
Kesan positif penggahungan kaum dalam kumpulan kecil pelhagai kaum 53
Rajah 7
Kesan negatif penggahungan kaum dalam kumpulan kecil pelhagai kaum 54
Rajah 8
Kesan positif dan negatif akihat penggahungan kaum dalam
kumpulan kecil pelhagai kaum. 55
ix
Rajah 9
Gaya atau jenis kepimpinan dalam kumpulan kecil yang pelbagai kaum
semasa menyiapkan tugasan berkumpulan oleh golongan pelajar. 59
Rajah 10
Perhubungan antara gaya kepimpinan demokratik yang dipengaruhi
oleh sifat peribadi pemimpin wanita. 60
Rajah 11
Pengalaman yang diperoleh semasa bekerjasama dalam kumpulan
kecil pelbagai kaum.
Rajah 12
Dapatan Kajian Baru Ciri Kepimpinan Pemimpin
Rajah 13
Perhubungan antara ciri kepimpinan dalam kumpulan kecil yang pelbagai
kaum tidak mempengaruhi pemilihan ketua berdasarkan jantina
seseorang individu.
Rajah 14
Pengalaman yang diperoleh semasa bekerjasama dalam kumpulan kecil
pelbagai kaum.
Rajah 15
Kesan positif pengahungan kaum dalam kumpulan kecil
63
64
65
67
69
X
Rajah 16
Kesan negatif pengabungan kaum dalam kumpulan kecil 70
Rajah 17
Kesan keseluruhan penggabungan kaum dalam kumpulan kecil pelbagai kaum 71
SENARAI JADUAL
Jadual I
Kaedah pengumpulan data yang digunakan bagi setiap soalan kajian. 30
Jadual 2
Latar Belakang Informan 38
Jadual 3
Proses Pengumpulan Data 39
Jadual 4
Matrik dapatan kajian 55
xi
ABSTRAK
KEPELBAGAIAN KAUM DALAM KUMPULAN KECIL SEMASA MENYIAPKAN TUGASAN BERKUMPULAN YANG TERDIRI DARIPADA
GOLONGAN PELAJAR.
Nurul Jannah Binti Ramli
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji isu kepelbagaian kaum dalam
kumpulan kecil semasa menyiapkan tugasan berkumpulan yang terdiri daripada
golongan pelajar. Kajian ini dijalankan ke atati beberapa orang pelajar yang pelhagai kaum dan berpengalaman menjadi pemimpin kumpulan. Kesemuanya adalah pelajar
tahun akhir program Pembangunan Sumber Manusia. Ohjektif kajian memfokuskan kepada gaya kepimpinan dalam kumpulan kecil yang pelhagai kaum, ciri-ciri kepimpinan, pengalaman mereka bekerjasama dalam kumpulan kecil serta kesan
yang diperolehi akihat penggahungan kaum. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif kerana ia dapat memberikan pemahaman yang lehih balk semasa proses
temu hual dijalankan. Selain itu, teknik pengumpulan data yang digunakan adalah
temu hual semi struktur, analisa dokumen dan pemerhatian secara tidak langsung.
Segala dapatan kajian yang diperolehi akan disokong menggunakan dapatan kajian
lepas, teori-teori yang herkaitan serta model kepimpinan yang ada. Dapatan kajian
menunjukkan hahawa gaya kepimpinan dipengaruhi oleh ciri kepimpinan individu
sendiri yang dapat memhawa kejayaan dalam kumpulan tugasan tersehut.
xii
ABSTRACT
DIVERSITY IN A SMALL GROUP WHEN COMPLETING THEIR GROUP TASK
Nurul Jannah Binti Ramli
This research was conducted to study the issue of racial diversity in small groups
when completing their group task. The informants are student leaders who are from
diverse racial background. They are final year Human Resource Development
program students. The research focuses on the leadership style in a small group that is
diverse in term of ethnicity. It also looks into characteristics of leadership in small
group. This study is qualitative in nature and uses semi-structure interviews,
document analysis and observation techniques for data collection. Most of the results
are supported by findings from the previous studies, and also uses the relevant
theories and models of leadership in this study. The results indicate that individual
leadership skills can bring success in small diverse task group.
xiii
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Kepelhagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting dalam masyarakat di negara ini. Hal ini kerana, is melamhangkan identiti, imcj, Berta kekuatan dalam menyediakan alas yang kukuh untuk kejayaan politik, ekonomi dan
social. Terkenal dan amat dikenali di seluruh dunia sehagai negara yang pclhagai budaya, Malaysia mempunyai hanyak kelehihan terutamanya dengan adanya
masyarakat yang pelhagai kaum dan etnik. Kelompok masyarakat yang utama adalah kaum Melayu
, Cina dan India manakala kelompok kaum seperti Kadayan, than,
Melanau dan lain-lain adalah minoriti sahaja. Merujuk kepada Ibrahim (2009), salah
situ negeri di Malaysia iaitu negeri Sarawak, mempunyai lehih darf 30 kumpulan
etnik seperti than, Tanah Dayak, Than, Kayan, Kenyah, Melanau, Bukitan, dan Kota
1
Samarahan. Setiap kaum ini puls kaya dengan kepelbagaian budaya, adat resam, dan
agama yang tersendiri.
Kini, masyarakat di Malaysia mampu hidup di bawah satu tampok
pemerintahan dalam keadaan aman dan harmoni mengikut arus pembangunan dan
transformasi sosial dan ekonomi yang pesat selepas 52 tahun mencapai kemerdekaannya. Oleh itu, untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia, dasar kerajaaan jelas terkandung dalam wawasan 2020 iaitu Dasar
Integrasi Nasional yang memperlihatkan usaha kerajaan untuk membina bangsa
Malaysia agar lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Usaha mengekalkan keutuhan perpaduan ini adalah tanggungjawab setiap masyarakat agar sejarah negara
seperti rusuhan kaum melibatkan kaum Cina dan Melayu pada 13 Mei 1969 tidak
berulang lagi.
Sehubungan dengan itu, konsep Satu Malaysia digagaskan sehagai satu
formula yang menjadi pra-syarat hagi memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan
2020 tercapai, " Pelaksanaan pelbagai program. Yang lehih add daut sakscurtu
terhadap sentua etnik, selaras dengan konsep 'Suttu Malaysia' mauttpu mei>yutukun
pelhugai kaum di neguru ini", kata Timhalan Perdana Menteri Datuk Seri Najih Tun
Razak, (Bernama, 2009). Tambahan pula, Satu Malaysia nienghargai clan
menghormati identiti setiap kaum di Malaysia ,
dan menggangapnya sehagai satu aset
atau kelebihan yang patut dibanggakan.
Namun, isu kepelbagaian kaum kini hukanlah satu fenomena haru yang
wujud terutamanya dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah atau di Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Dalam erti kata lain, universiti sehenarnya adalah satu cerminan kepada Satu
Malaysia. Merujuk kepada penyataan Abdullah Taib (1984 dipetik daripada Ixe clan
Chian, 2009), polarisasi semakin meningkat dan huhungan antara pcla. jar Melayu clan
2
bukan Melayu semakin berkurangan. Sementara itu. Sanusi Othman (1989: 41 dipetik
daripada daripada Lee dan Chian, 2009), menyatakan gejala ini tidak boleh dilihat
secara terpisah daripada masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana polarisasi kaum
yang terdapat di IPTA mencerminkan keadaan sebenar yang terdapat di kalangan
rakyat.
Kepelbagaian dalam konteks ini meliputi aspek agama, jantina clan juga kaum.
Senario pada hari ini jauh berbeza dan memperlihatkan kebanyakkan organisasi kian
cenderung mengambil tenaga pekerjanya daripada pelbagai kaum dan budaya. Ia
menjadi aset nilai tambah yang baik dan menyokong semangat integrasi nasional
seperti yang diharapkan oleh kerajaan pada hari ini melalui konsep Satu Malaysia.
Kecemerlangan sesuatu organisasi dapat dilihat melalui penglibatan mereka hekerja
bersama untuk mencapai matlamat yang satu. Ini terbukti apabila organisasi yang
memiliki perpaduan etnik yang muhibah dapat mewujudkan kekuatan dari segi
peningkatan produktiviti dalam penghasilan kerja. Oleh itu, perpaduan amat wajar diperluaskan dalam sesebuah organisasi pada alaf ke -21 ini, kerana keterbukaan
sikap dan mampu bekerjasama antara satu sama lain merupakan kunci kejayaan
sesebuah organisasi untuk bersaing di peringkat global.
Oleh yang demikian, integrasi nasional dan perpaduan kaum adalah simhol
kekuatan dalam sesebuah kumpulan tugasan kecil yang hcrjaya. Kumpulan kecil
lebih bersifat dinamik clan saling hergantung antara satu sama lain. Mereka akan
menumpukan hala tuju dan hergerak seiring dengan apa yang telah dirancang.
Kumpulan kerja yang kecil juga mempunyai potensi yang sangat hesar dalam
sesebuah organisasi untuk menjana idea-idea haru. Sclaras dcngan itu, perpaduan
kaum adalah satu wadah dan percaturan yang menjadi simbol kekuatan dalam
sesehuah kumpulan kecil yang dapat menghasilkan kejayaan yang cenlerlang. fill
holeh menjadi contoh hukan sahaja kepada organisasi untuk mempraktikkannya
tetapi holeh juga diperluaskan kepada institusi pengajian.
3
1.1 Latar Belakang Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji isu kepelbagaian kaum dalam kumpulan kecil semasa menyiapkan tugasan kerja berkumpulan yang terdiri daripada golongan pelajar di UNIMAS. Kajian ini penting untuk mendalami dan memahami gaya kepimpinan yang pelbagai digunakan dalam sesuatu kumpulan serta ciri kepimpinan
seseorang ketua yang berkesan. Di samping itu juga, kajian ini turut mendalami
pegalaman-pengalaman lepas mereka semasa bekerjasama dengan pelbagai kaum dalam satu pasukan kerja serta kesan positif dan negatif yang diperolehi akihat penggabungan kaum dalam satu kumpulan kecil semasa menyiapkan sesuatu tugasan.
Pada hari ini, kebanyakkan organisasi dan institusi pengajian Iebih
menggemari dan mempraktikan penggunaan kumpulan kecil yang mempunyai kepelbagaian kaum dan demografi dalam pelaksanaan sesuatu tugasan dan projek.
Oleh itu, ia dapat menggalakkan semua ahli dalam kumpulan bekerjasama sehagai
satu pasukan kerja seperti pepatah Melayu iaitu "berat sumo dipikal, rin, gan suma dijinjing ". Kini
, keberkesanan kerja berkumpulan terutamanya mclalui
penggabungan pelbagai kaum di dalamnya semasa penyiapan tugasan kerja tidak
boleh disangkal lagi.
Elemen penting dalam kajian ini ialah hagaimana ahli kumpulan yang terdiri
daripada pelbagai kaum di Malaysia mampu hekerjasama atau tidak dalam satu
pasukan kerja. Namun, tanpa kepimpinan yang haik daripada seseorang pemimpin,
sesehuah kumpulan tidak akan mencapai matlarnat yang diinginkan. Kepimpinan
adalah satu hubungan antara pemimpin dengan ahli-ahlinya untuk hersama kc arah
satu matlamat (Cardona, 20(X)). Menurut Miles dan Mangold (2002), huhungan
positif antara pemimpin dengan ahli kumpulan adalah penting untuk kccemerlangan
organisasi. la amat herkait rapat dengan pengaruh kctua untuk hckcrjasama
memotivasi, hahkan mempengaruhi mcreka untuk menjadi keahliannya.
4
Sehubungan dengan itu, bekerja dalam kumpulan tidak kira sama ada besar
atau kecil memerlukan pemimpin yang ideal. Pengalaman adalah cara terbaik kepada
setiap individu untuk belajar dan memperbaiki setiap kelemahan yang ada untuk meningkatkan lagi prestasi diri. Apabila kajian ini didalami dengan mendalam, kesan
positif atau negatif daripada penggabungan kepelbagaian kaum dalam kumpulan dapat diketahui. la penting untuk melihat keberkesanannya di peringkat universiti. Kesan-kesan yang diperolehi akan dikenal pasti untuk menghalang kegagalannya
sekaligus mewujudkan perpaduan antara kaum.
1.2 Kenyataan Masalah
Konsep Satu Malaysia adalah cetusan tutus aspirasi daripada Perdana Menteri
Malaysia kini iaitu Y. A. B Dato' Seri Mohammad Najib Tun Razak. Konsep ini
menekankan pencarian titik perpaduan antara setiap kaum di Malaysia dalam
pelbagai aspek. Namun realitinya, adakah is mencapai sasaran dan bagaimana pula dengan wawasan pada tahun 2020?
Kepelbagaian dalam kumpulan bukanlah satu isu haru, namun ia perlu diperluaskan lagi kerana keherkesanananya telah terhukti dalam penyiapan seharang
tugasan terutama yang membabitkan kepelbagaian etnik dalam sesehuah organisasi hari ini. la semakin dilaksanakan di serata dunia untuk memudahkan matlamat dicapai dengan lebih efektif. Namun, tanpa persefahaman dan kornitmen daripada
setiap ahli kumpulan, sesuatu kumpulan kerja akan herpecah helah.
Terdapat heherapa kajian lepas yang menyentuh aspek demografi, pcrher. aan
jantina antara lelaki dan perempuan dalam kumpulan serta gaya kepirnpinan yang
digunakan di sesebuah organisasi rnahupun institusi pengajian contohnya kajian
"Diversity and learning in group". Bagairnanapun, kajian-kajian lepas hanyak
menggunakan kaedah kuantitatif dan dapatan kajian masih hclum mencukupi.
5
Berdasarkan kajian lepas, isu kepelbagaian kaum di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukanlah satu isu yang baru. Kajian daripada Lee dan Chiang, (2005), " pelajar dari satu kumpulan etnik juga dikatakan tidak mahu bergaul dengan pelajar daripada kumpulan etnik mereka". Oleh itu, ketidakserasian ini harus dikurangkan
agar pelajar dapat berinteraksi dan mewujudkan toleransi bukan sahaja sesama etnik tetapi juga kaum-kaum utama yang lain. Selain itu, polarisasi semakin meningkat dan hubungan antara pelajar Melayu dan bukan Melayu semakin berkurangan.
Di samping itu, jika kepelbagaian dalam kumpulan tidak diurus dengan balk, kepelbagaian ini akan memberi kesan terhadap ahli kumpulan yang lain dan mereka tidak boleh mengenal pasti antara satu sama lain (Brewer, 1996 dipetik daripada
Driver, 2003) dengan itu, ia akan mengurangkan perpaduan dan bagaimana setiap
ahli kumpulan itu merasakan mereka mempunyai komitmen atau tidak dalam
kumpulan tersebut (Cady dan Valentine , 1999).
Pemimpin juga bertanggungjawab dalam memastikan setiap ahli dalam
kumpulannya dapat bekerjasama dan menjadikan komunikasi yang baik agar
matlamat yang ingin dicapai bersama dapat direalisasikan. Namun ,
keherkesanan
pemimpin akan lemah jika menerima tekanan yang tinggi dan seterusnya menghalang
banyak kelebihan yang boleh dicapai seperti kepimpinan yang baik (Smith dan
Cooper, 1994). Menurut Masterangelo, Eddy, dan Lorenzet (2004), kcpimpinan yang
profesional mempunyai arah, proses, dan koordinasi dalam membentuk sebuah
pertubuhan untuk tujuan mencapai matlamat organisasi.
Oleh itu, kepimpinan atau pemimpin dalam sesuatu kumpulan hukan sekadar kepada kumpulan kecil atau kumpulan hesar, tetapi mereka harus mempunyai ciri-ciri
yang positif. Hal ini kerana, tanpa corak kepimpinan yang cemcrlang, ahli-ahli kumpulan yang berlainan dari pelhagai aspek tidak akan maju serta matlamat yang ingin dicapai tidak dapat direalisasikan.
6
Sehubungan dengan itu, kajian ini penting dijalankan untuk memberi lebih
pemahaman terhadap gaya kepimpinan, ciri kepimpinan dalam kumpulan kecil berheterogeus (pelbagai) , pengalaman bekerjsama dalam kumpulan sehingga membawa kejayaan serta kesannya ke atas penggabungan kaum dalam kumpulan kecil semasa menyiapkan tugasan berkumpulan dalam konteks Malaysia.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Obiektif Umum
Objektif utama adalah mengkaji isu-isu kepelbagaian kaum dalam kumpulan kecil semasa menyiapkan tugasan berkumpulan yang terdiri daripada
golongan pelajar di UNIMAS.
1.3.2 Objektif Khusus
i. Mengenal pasti gaya kepimpinan yang digunakan dalam kumpulan kecil
pelbagai kaum semasa menyiapkan tugasan berkumpulan yang terdiri daripada golongan pelajar.
ii. Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan dalam kumpulan kecil pelhagai kaum
semasa menyiapkan tugasan herkumpulan yang terdiri daripada golongan
pelajar.
iii. Mengenal pasti pengalaman yang diperolehi daripada penglihatan mereka hekerja dalam kumpulan kecil pelhagai kaum semasa nicnyiapkan
tugasan herkumpulan yang terdiri daripada golongan pelajar. iv. Mengenal pasti kesan positif atau negatif yang wujud dalam kumpulan
kecil pelhagai kaum semasa mcnyiapkan tugasan herkumpulan yang
terdiri daripada golongan pelajar.
7
1.4 Soalan Kajian
i. Pada pandangan anda, apakah gaya kepimpinan yang sesuai digunakan
dalam kumpulan kecil yang mempunyai pelbagai kaum semasa menyiapkan tugasan berkumpulan yang terdiri daripada golongan pelajar?
ii. Nyatakan ciri kepimpinan yang terdapat dalam kepelbagaian kaum dalam kumpulan kecil semasa menyiapkan tugasan berkumpulan yang terdiri daripada golongan pelajar?
iii. Apakah pengalaman yang diperolehi semasa bekerjasama dalam kumpulan kecil yang mempunyai pelbagai kaum semasa menyiapkan tugasan berkumpulan yang terdiri daripada golongan pelajar?
iv. Nyatakan kesan yang wujud apabila integrasi kaum ini diamalkan dalam
kumpulan kecil berintegrasi kaum semasa menyiapkan tugasan berkumpulan yang terdiri daripada golongan pelajar?
1.5 Definasi Istilah
1.5.1 Kepelbagaian
Konseptual Apa itu kcpelhagaian'? Kepelhagaian hudaya rncrujuk kepada
penyertaan yang sama antara lelaki dan pcrcmpuan dalam
organisasi, tanpa rnenghiraukan bangsa, ctnik atau jantina
(Josey dan Abdullahi, 2002).
Kcpelhagaian termasuklah faktor hudaya seperti hangsa,
jantina, umur, keupayaan fizikal, etnik dan sehagainya
(Kundu, 2(X)3).
8
Operasional Kepelbagaian dalam kajian ialah perbezaan individu dengan
individu yang lain clan setiap perkara adalah berbeza. Namun
gabungan beberapa kumpulan kaum dalam sesuatu bangsa
yang majmuk clan dapat meningkatkan kerjasama dalam satu
pasukan kerja. Penggabungan ini dilihat secara positif dan
berkesan ke arah membentuk perpaduan di kalangan
mahasiswa yang dapat bekerjasama sebagai satu pasukan kerja.
1.5.2 Kaum
Konseptual Kaum menerangkan puck, suku bangsa: orang asli yang masih
tinggal di dalam hutan (Kamus Dewan, 2007).
Operasional Melayu. Cina, India, Kadazan, Melanau dan pelbagai lagi jenis
keturunan adalah dianggap sebagai kaum dalam kajian ini.
Setiap kaum mampu hekerjasama dalam pelhagai hidang
melalui pendekatan Satu Malaysia. la merupakan aset sumber
manusia yang hernilai kepada negara dan dapat membantu
setiap kerja herkumpulan menjadi lehih herjaya.
1.5.3 Kumpulan Kecil
Konseptual Menurut Renz dan Greg (2000). kumpulan kecil ialah hilangan
kecil individu yang hekerja hersama melalui interaksi di mana
mereka sating hergantungan kepada huhungan yang
memholehkan mereka untuk mencapai sasaran atau matlamat
hersarna.
9
Operasional Dalam kajian ini, kumpulan kecil disifatkan sebagai setiap ahli
mudah untuk berinteraksi sesama ahli dan bersikap lebih
terbuka dalam memberi dan menerima sebarang idea,
pandangan dan sebagainya. Setiap ahli kumpulan kecil juga
mempunyai satu matlamat dan tujuan bersama yang jelas untuk
mencapai matlamat yang dibina. Selain itu, kerja berkumpulan
membantu ahli untuk menunjukkan bakat dan kemahiran
mereka dalam kumpulan.
1.5.4 Pemimpin
Konseptual Umumnya, ketua mempunyai kuasa dan pengaruh dalam
mempengaruhi tingkah laku pekerja, (YukI, 2002). Sebaliknya,
merujuk Kamus Dewan, Edisi ke-3, "Pemimpin adalah orang
yang mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan sesuatu
badan, pertubuhan, pergerakan, organisasi dan Negara".
Operasional Pemimpin atau ketua dalam kajian ini didefinasikan schagai
individu yang dipertanggungjawahkan untuk rncrnimpin dan
membimbing ahli dalam kumpulan kecil serta rnelaksanakan
tugasan kerja hersama. Pemimpin juga harus mernastikan agar
matlamat dan tujuan mereka dalam membuat tugasan dapat
dicapai akhirnya.
1.5.5 Kepimpinan
Konseptual Kepimpinan melihatkan kcholchan mempengaruhi dan
menyakinkan manusia. Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-3
(1996) "Kepimpinan ialah kcupayaan (kcholchan,
10
pencapaian, dan sebagainya) seorang pemimpin, " Manakala
kepimpinan adalah berbeza antara manusia dan benda.
Walaubagaimanapun, definasi kepimpinan yang wujud tiada
penghabisan (Yuk1,2002). Kebanyakkan definisi kepimpinan
menggambarkan elemen asas termasuk 'kumpulan',
'pengaruh', dan 'matlamat' (Bryman, 1992).
Operasional Kajian ini akan memberi fokus kepada ciri-ciri kepimpinan
seorang pemimpin iaitu ketua dalam mengawal ahli dalam
kumpulannya. Kepimpinan seorang pemimpin terletak kepada
kuasanya dalam mempengaruhi ahli kumpulan untuk mencapai
objektif yang dirancang. Kepimpinan yang positif dapat
memotivasikan ahli kumpulan kecil yang lain untuk bekerjasama sebagai satu pasukan kerja.
1.6 Kesimpulan
Sebagai keseluruhannya, hab ini menerangkan huraian awal mengenai latar
belakang kajian, penyataan ma. salah, objektif kajian, soalan-soalan kajian, dan
definasi istilah kajian.
11
BAB 2
SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan serta menghuraikan sorotan kajian lepas tentang gaya kepimpinan yang mempengaruhi penyiapan tugasan berkumpulan dalam kumpulan
kecil serta ciri kepemimpinan dalam kumpulan. Dalam kajian ini, setiap aspek dalarn
objektif kajian akan dijelaskan dengan lebih terperinci menggunakan beherapa teori,
pendekatan dan hasil dapatan daripada kajian lepas.
12