SOALAN 1 :
Pilih salah satu subjek dalam pengajaran anda di sekolah. Bina dua (2) soalan aneka
pilihan bagi setiap aras dalam taksonomi objektif Bloom.
Jawapan
Terdapat enam aras dalam taksonomi Bloom. Subjek yang di pilih ialah Sains Tahun Enam
1. Aras Pengetahuan
1) Siapakah orang yang pertama menjejakkan kaki di bulan?
A. Neil Armstrong B. Ayah Pin
C. Yuri Gagarin D. Alfonso De Alburque
2)Ikan dan berudu mempunyai _______________ untuk membolehkannya bernafas di dalam air.
A. sirip B. ekor
C. insang D. bulu hidung
2. Aras Kefahaman
1) Buah kelapa mempunyai lapisan (sabut) untuk …………….
A. dijadikan kayu api
B. melindungi biji benih dari rosak sewaktu jatuh dari pokoknya
C. menyebarkan biji benih jauh dari pokok induk
D. memastikan buahnya digemari oleh ramai orang
2) Ali sedang duduk di bawah sebatang pokok kelapa. Tiba-tiba sebiji buah kelapa jatuh ke
bawah dan menimpa kepala Ali. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
A. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana daya tarikan graviti.
B. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana Ali bernasib malang
C. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana Ali tidak memakai topi keledar
D. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana Ali berniat ingin mencuri kelapa
3. Aras Aplikasi
Antara haiwan berikut, yang manakah terlibat di dalam proses metamorfosis di atas?
A. Ulat gonggok B. Katak
C. Ayam Katik D. Lalat
2) Sehelai tuala mampu menyerap 30 sentimeter padu air..Berapa helai tuala yang perlu
digunakan untuk menyerap 75 sentimeter padu air.
1. 2 helai tuala B) 2 ½ helai tuala
C) 3 helai tuala D) 4 helai tuala
4. Aras Analisis
1) Rajah di bawah menunjukkan haiwan yang dikelaskan kepada dua kumpulan.
Antara berikut, yang manakah mewakili X dan Y dengan betul?
X Y
A. ayam SeladangB. Singa RusaC. Rusa SingaD. Seladang Ayam
2) Sebuah kapal berlabuh di pelabuhan ketika air surut. Jarak tangga tali yang tergantung
dari kapal dengan aras permukaan air ialah 10 sentimeter. Manakala kadar perbezaan air
pasang surut ialah 10 meter. Berapakah jarak tangga tali dengan aras permukaan air laut
sewaktu air laut pasang.
A. 9 meter 90 sentimeter B. 10 meter 10 sentimeter
C. 10 meter D. 10 sentimeter
5. Aras Sintesis
1) Faktor yang menyebabkan persaingan antara tumbuhan………..
I. Cahaya matahari II. Air
III. Ruang IV. Makanan
A. I dan II B. II , III dan IV
C. II dan III D. I, II dan III
2)
Susunkan kelajuan di atas mengikut urutan dari kelajuan tinggi kepada kelajuan perlahan.
A. Z, X, U, Y B. Y, Z, X, U
C. Z, U, X, Y D. Y, X, U, Z
6. Aras Penilaian
1) Antara alatan berikut yang manakah menggunakan prinsip tuas kelas satu ?
I. Penyepit makanan III. Playar
II. Kereta Sorong IV. Papan Jonkang-Jongket
A. I dan II B. II dan IV
C. I dan III D. III dan IV
2) Rajah di bawah menunjukkan ciri proses rxz .
A. Respirasi B. Metamofisis
C. Fotosintisis D. Heomodialisis
Soalan 2
Dengan menggunakan salah satu daripada mana-mana ujian (30 soalan aneka pilihan) yang
telah ditadbir dalam salah satu kelas anda di sekolah anda, sediakan matriks respon seperti
contoh berikut:
Contoh untuk mengisi jadual:
Item no.l : Kunci (B) - Pelajar : (Amin), Jawapan : (D) - Pelajar : (Suria),
Jawapan : (B)
Nama
No.item
1 2 3 30
Kunci B Amin D
Suria B
Kemudian, bagi skor ujian, berikan markah 1 kepada jawapan yang betul, dan 0 kepada jawapan
yang salah atau tidak dijawab dan masukkan dalam jadual seperti di bawah:
Nama
No.item
1 2 3 30 JUMLAH
Kunci B Amin 0
Suria 1
JAWAPAN
Jadual Skor Respoden
1= Jawapan Betul 0= Jawapan Salah Atau Tiada Jawapan
Soalan
1. Sediakan taburan kekerapan terkumpul markah ujian.
Taburan Skor Ujian
24
20
13
20
21
26
22
22
21
21
23
21
20
19
22
821
21
19
22
27
25
28
20
18
Jadual Taburan Kekerapan Terkumpul Skor Ujian
Skor Kekerapan%
KekerapanKekerapan Terkumpul
% Kekerapan Terkumpul
8 1 4 1 413 1 4 2 818 1 4 3 1219 2 8 5 2020 4 16 9 3621 6 24 15 6022 4 16 19 7623 1 4 20 8024 1 4 21 84
25 1 4 22 8826 1 4 23 9227 1 4 24 9628 1 4 25 100 25 100
Jadual di atas adalah hasil daripada analisis terhadap 30 item soalan sains yang di jawab
oleh 25 responden yang terdiri dari pelajar darjah 6 SK Kuala Kurau. Berdasarkan
taburan nilai skor yang diperoleh, skor tertinggi ialah 28 manakala skor yang terendah
ialah 8. Sehubungan dengan itu julat skor yang diperoleh dari semua responden ialah 20
(28-8). Ini menunjukkan jumlah responden terbaik dapat menjawab dengan betul 28 dari
30 item yang telah diberikan. Secara keseluruhan lebih separuh dari jumlah pelajar dapat
menjawab dengan betul sekurang-kurangya 18 dari 30 item yang diberikan.
Bilangan pelajar mendapat skor tertentu dinamakan kekerapan. Merujuk kepada jadual di
atas kekerapan yang paling tinggi pada skor 21. Seramai 6 orang responden telah berjaya
menjawab dengan betul 21 item dari 30 item yang di sediakan. Manakala hanya 1
responden berjaya menjawab 28 item dari 30 item dengan betul dan ini menjadikan
kekerapan skor 28 ialah 1.
Kekerapan terkumpul pula merujuk kepada kekerapan yang terkumpul bagi setiap skor.
Sebagai contohnya skor 21, nilai kekerapannya ialah 6, manakala nilai kekerapan
terkumpul ialah 15 ( 9 +6) di mana 9 ialah nilai kekerapan terkumpul bagi skor 20.
Dengan pengiraan kekerapan terkumpul kita dapat melihat bilangan pelajar yang
mendapat skor di bawah satu takat skor. Contohnya bagi skor 19 nilai skor kekerapan
terkumpul ialah 5 dan ini menunjukkan seramai 5 responden yang mendapat skor 19 dan
ke bawah.
2. Lukis ogif bagi taburan kekerapan terkumpul markah ujian.
Ogif atau poligon kekerapan merupakan satu graf garisan yang menunjukkan taburan
kekerapan.Graf ogif diplotkan pada titik skor markah yang sepadan dengan kekerapan
terkumpul. Pembinaan Ogif adalah berdasarkan ruang berwarna jadual berikut.
Skor Kekerapan%
KekerapanKekerapan Terkumpul
% Kekerapan Terkumpul
8 1 4 1 413 1 4 2 818 1 4 3 1219 2 8 5 2020 4 16 9 3621 6 24 15 6022 4 16 19 7623 1 4 20 8024 1 4 21 8425 1 4 22 8826 1 4 23 9227 1 4 24 9628 1 4 25 100 25 100
Dalam pembinaan ogif, skor markah di letakkan pada paksi x graf bermula dari skor
markah yang terendah hingga yang tertinggi. Manakala paksi y graf pula menempatkan
nilai kekerapan terkumpul bermula dengan nilai 0 sehingga melebih nilai kekerapan
terkumpul yang maksimum. Kemudian titik-titik yang di plotkan berdasarkan ruang
berwarna jadual di atas di sambungkan untuk menghasilkan ogif. Berikut adalah ogif
yang telah di hasilkan
Graf Ogif Skor Pelajar
1. Pilih rnana-mana dua (2) pelajar dan dapatkan jumlah markah masing-
masing. Berdasarkan ogif yang anda lukis, tentukan pangkat persentil bagi
kedua-dua pelajar tersebut.
Jawapan
Pangkat persentil ialah satu skor terbitan yang mempunyai medium 50 bermula dari satu
hingga 99. Oleh itu Pangkat Persentil akan menunjukkan kedudukan skor di sepanjang
taburan skor.
Berikut adalah rumus Pangkat Persentil.
Pangkat Persentil = kekerapan terkumpul X 100
N
Di mana N = Bilangan Pelajar
Pengiraan Pangkat Persentil Untuk Pelajar Yang Di Pilih
2. Pangkat Persentil Pelajar 3
Aziz
= 20 X 100
25
= 80
3. Pangkat Persentil Pelajar 16
Sabu
= 9 X 100
25
= 36
Jadual Pangkat Persentil Pelajar Yang Dipilih
Pelajar Skor Kekerapan Kekerapan Terkumpul Pangkat PersentilAziz 23 1 20 80Sabu 20 4 9 36
Jadual Pangkat Persentil Berdasarkan Skor
skor KekerapanKekerapan Terkumpul
Kekerapan Terkumpul
Bilangan Pelajar
Pangkat Persentil
8 1 1 0.04 413 1 2 0.08 818 1 3 0.12 1219 2 5 0.20 2020 4 9 0.36 3621 6 15 0.60 6022 4 19 0.76 7623 1 20 0.80 8024 1 21 0.84 8425 1 22 0.88 8826 1 23 0.92 9227 1 24 0.96 9628 1 25 1.00 100 25
Berpandukan pengiraan yang telah di buat dan Jadual Pangkat Persentil Berdasarkan
Skor, kedudukan pelajar yang di pilih dapat diplotkan ke dalam graf ogif seperti rajah di
muka surat berikutnya.
Kedudukan Pelajar Yang di Pilih dalam Ogif Berdasrkan Pengiraan Pangkat Persentil
3. Buat tafsiran berkenaan pencapaian dua (2) pelajar tersebut.
Jawapan
Berdasarkan graf dan pengiraan, Aziz yang memiliki skor mentah sebanyak 23
memperolehi pangkat persentil ke 80. Kedudukan pangkat persentil ini menjadikan Aziz
mengatasi 20 pelajar lain.
Manakala, Sabu yang memiliki skor mentah sebanyak 20 memperoleh pangkat persentil
ke 36. Kedudukan pangkat persentil ini menjadikan Sabu mengatasi 9 pelajar lain.
Kesimpulannya pencapaian Aziz adalah lebih baik di bandingkan dengan Sabu kerana
beliau berjaya mengatasi Sabu dari segi kedudukan pangkat persentil.. Selain itu jumlah
bilangan pelajar yang di atasi oleh Aziz juga jauh lebih banyak di bandingkan dengan
Sabu.
1. Dengan menggunakan ogif yang anda lukis, dapatkan pangkat persentil P80
dan berikan tafsiran anda.
Jawapan
Jadual Pangkat Persentil Berdasarkan Skor
skor KekerapanKekerapan Terkumpul
Kekerapan Terkumpul
Bilangan Pelajar
Pangkat Persentil
8 1 1 0.04 4
13 1 2 0.08 8
18 1 3 0.12 12
19 2 5 0.20 20
20 4 9 0.36 36
21 6 15 0.60 60
22 4 19 0.76 76
23 1 20 0.80 80
24 1 21 0.84 84
25 1 22 0.88 88
26 1 23 0.92 92
27 1 24 0.96 96
28 1 25 1.00 100
25
Berdasarkan ogif dan jadual yang telah dilukis di dapati persentil P80 terletak pada nilai
skor 23 dan nilai skor bawahnya ialah 20. Tafsiran yang boleh di buat di sini ialah
seramai 20 orang responden berada di bawah pangkat persentil P80. Ini adalah bersamaan
80% dari bilangan keseluruhan responden yang di uji. Di dapati nilai ini sama dengan
nilai peratus kekerapan terkumpul yang diperoleh dari jadual.
Selain daripada itu kita boleh mengetahui jumlah peningkatan bilangan kekerapan
responden yang mendapat pangkat persentil yang lebih daripada P80 adalah sekata. Ini
dapat dilihat pada garis lurus ogif yang terbentuk selepas pangkat persentil P80.
Kecerunan yang curam ogif pada skor mentah 18 hingga 22 menunjukkan peningkatan
mendadak kekerapan yang diperoleh bagi skor tersebut.
Apabila kita mengetahui jumlah peratus responden yang berada di bawah pangkat
persentil P80 maka kita boleh mengetahui juga jumlah responden yang berada di atas
pangkat persentil tersebut. Peratus pelajar yang berada di atas pangkat persentil P80 ialah
sebanyak 20peratus(100% - 80%) iatu bersamaan 5 responden.
4. Soalan
Pilih mana-mana dua item dan hitungkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
bagi setiap item. Berikan komen anda terhadap 2 item tersebut.
Jawapan
Item yang dipilih ialah soalan 7 dan soalan 18. Pengiraan indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi bagi setiap item di buat secara berasingan.
Item 1 : Soalan 7
.
7. Apakah ciri istimewa manusia yang ditunjukkan oleh hasil pembinaan dalam Rajah 4?
I Mempunyai akal yang cerdik III Mempunyai kepercayaan
II Mempunyai daya cipta yang tinggi IV Mempunyai perasaan
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
Indeks kesukaran item 1 : Soalan nombor 7
Indeks Kesukaran = p
p = Bilangan calon yang memberikan jawapan betul / Jumlah calon
Bilangan Calon Yang Menjawab dengan Betul = 3
Jumlah Semua Calon = 25
p = 3 / 25
p = 0.12
Indeks diskriminasi item 1: Soalan 7
Jumlah Semua Pelajar = 25 orang
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Rendah = 27% pencapaian rendah dari semua pelajar
= 6.75 pelajar (7 pelajar)
Senarai Pelajar Berpencapaian Rendah (Right Lower)
Bil Nama Pencapaian1 Bijan 27%2 Jamal 43%3 Nurhaliza 60%4 Tantawi 63%5 Azlina 63%6 Rafidah 63%7 Najib 63%
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Sederhana = 46% pelajar
= 11.5 pelajar (11 pelajar)
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Tinggi = 27% pencapaian tertinggi dari semua
= 6.75 pelajar (7 pelajar)
Senarai Pelajar Perpencapaian Tinggi
Bil Nama Pencapaian1 Sallehuddin 93%2 Farhan 90%3 Anuar 87%4 Husam 83%5 Abdullah 80%6 Hadi 80%7 Aziz 77%
Analisa Jawapan Yang Pelajar Berikan Berdasarkan Kategori Pelajar
Kategori pelajar *A B C D Jumlah
Rendah I
1
III
3
III
37
Sederhana
TinggiII
2
II
2
III
37
Jumlah 2 1 5 6 14
*jawapan sebenar
RUMUS INDEKS DISKRIMINASI = ( d )
( d ) = (RU-RL)
(1/2 T )
RU = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar
Berpencapaian
Tinggi.
RL = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar
Berpencapaian
Rendah.
T = Jumlah Keseluruhan Pelajar Berpencapaian Rendah Dan Berpencapaian Tinggi.
( d ) = (2 -0)
½ (7+7)
= 2/7
= 0.289
Item 2 :
Soalan nombor 18
18 Seorang pelajar telah menjalankan eksperimen mengenai percambahan biji
benih
kacang hijau. Dia meletakkan biji benih kacang hijau dalam empat buah tabung
uji
yang berlainan keadaan. Biji benih kacang hijau dalam tabung uji yang manakah
akan bercambah ?
Indeks kesukaran item 2 : Soalan nombor 18
Indeks kesukaran = p
p = Bilangan calon yang memberikan jawapan betul / Jumlah calon
Bilangan Calon Yang Menjawab dengan Betul = 20
Jumlah Semua Calon = 25
p = 20 / 25
p = 0.8
Indeks diskriminasi item 2: Soalan 18
Jumlah Semua Pelajar = 25 orang
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Rendah = 27% pencapaian rendah dari semua pelajar
= 6.75 pelajar (7 pelajar)
Senarai Pelajar Berpencapaian Rendah (Right Lower)
Bil Nama Pencapaian1 Bijan 27%2 Jamal 43%
3 Nurhaliza 60%4 Tantawi 63%5 Azlina 63%6 Rafidah 63%7 Najib 63%
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Sederhana = 46% pelajar
= 11.5 pelajar (11 pelajar)
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Tinggi = 27% pencapaian tertinggi dari semua
= 6.75 pelajar (7 pelajar)
Senarai Pelajar Perpencapaian Tinggi
Bil Nama Pencapaian1 Sallehuddin 93%2 Farhan 90%3 Anuar 87%4 Husam 83%5 Abdullah 80%6 Hadi 80%7 Aziz 77%
Analisa Jawapan Yang Pelajar Berikan Berdasarkan Kategori Pelajar
Kategori pelajar A *B C D Jumlah
RendahI
3
II
2
II
27
Sederhana
Tinggi IIIIII
6
I
17
Jumlah 3 8 3 14
*jawapan sebenar
RUMUS INDEKS DISKRIMINASI = ( d )
( d ) = (RU-RL)
(1/2 T )
RU = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar
Berpencapaian
Tinggi.
RL = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar
Berpencapaian
Rendah.
T = Jumlah Keseluruhan Pelajar Berpencapaian Rendah Dan Berpencapaian Tinggi.
( d ) = (6 -2)
½ (7+7)
= 4/7
= 0.571
Kesimpulan daripada pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
terhadap 2 item.
Indeks Kesukaran
Untuk membuat kesimpulan hasil pengiraan indeks kesukaran bagi 2 item di atas, kita
mestilah menggunakan Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item di bawah untuk di
jadikan panduan
bagi menilai indeks yang diperoleh.
Nilai (p) Pengkelasan item0.00 – 0.20 Terlalu sukar0.21 – 0.40 Sukar0.41 – 0.60 Sederhana sukar0.61 – 0.80 Mudah0.81 – 1.00 Terlalu mudah
Jadual Aras kesukaran dan pengkelasan item
Kadar kesukaran soalan di tentukan oleh nilai (p) indeks yang diperoleh. Semakin kecil
nilai(p) indeks, semakin sukar soalan tersebut. Apabila nilai p > 0.85, maka soalan itu
dikatakan terlalu mudah dan apabila p < 0.15 maka soalan itu adalah amat mudah. Oleh
itu julat p perlu terletak di antara 0.16 minimum dan 0.85 maksimum untuk menentukan
soalan yang di bina itu berkualiti.Sebenar nilai indeks (p) dapat menggambarkan
peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul (Wood,1960)
Hasil dari pengiraan yang di buat nilai indeks kesukaran(p) item 1 (soalan 7) ialah 0.12
manakala item 2 (soalan 18) ialah 0.80. Ini membuktikan item 1 mempunyai aras
kesukaran yang tinggi. Hanya 3 pelajar dari 30 orang calon mampu menjawab dengan
tepat soalan ini.Ini adalah kerana soalan yang diberikan mengandungi pilihan jawapan
yang agak mengelirukan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat.
Manakala item 2(soalan 18) pula adalah soalan yang mudah. Ini di buktikan oleh nilai
indeks kesukaran yang lebih besar di bandingkan dengan item 1. Seramai 20 orang
pelajar mampu menjawab dengan tepat.
Gambar rajah yang diberikan sebagai pilihan jawapan adalah terang dan jelas. Pengacau
jawapan tidak berfungsi dengan baik untuk mengelirukan atau menguji kefahaman
pelajar.
Kesimpulannya , kedua item yang di pilih adalah soalan yang tidak berkualiti kerana
kedua-duanya tidak terletak dalam julat indeks kesukaran yang sesuai. Soalan yang
terlalu senang atau terlalu susah tidak dapat mencerminkan keupayaan sebenar para
pelajar. Ini adalah kerana kewujudan soalan sebegini menyebabkan semua pelajar boleh
menjawab dengan betul untuk soalan yang mudah dan begitulah sebaliknya untuk soalan
yang terlalu sukar. Namun begitu berdasarkan perbandingan antara dua item di atas maka
di dapati item2 adalah lebih baik dari item 1.
Indeks Diskriminasi Item
Indeks Diskriminasi Item digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar.
Nilai aras diskriminasi item yang di ringkaskan adalah berdasarkan jadual di bawah.
Nilai Indeks Diskriminasi
Item (d)
Penerangan
-1
Bilangan Pelajar Berpencapaian Tinggi Menjawab Soalan Dengan Tepat
Kurang Daripada
Bilangan Pelajar Berpencapaian Rendah Menjawab SoalanDengan Tepat
0
Bilangan Pelajar Berpencapaian Tinggi Menjawab Soalan Dengan Tepat
Sama Dengan
Bilangan Pelajar Berpencapaian Rendah Menjawab Soalan Dengan Tepat
+1
Bilangan Pelajar Berpencapaian Tinggi Menjawab Soalan Dengan Tepat
Lebih Daripada
Bilangan Pelajar Berpencapaian Rendah Menjawab Soalan Dengan Tepat
Berdasarkan jadual di atas secara amnya dapat dikatakan bawah nilai indeks diskrimansi
item yang terletak di antara julat 0 hingga +1 adalah lebih baik di bandingkan dengan
nilai yang terletak pada julat 0 hingga -1. Ini adalah kerana nilai julat di antara 0 hingga 1
menunjukkan bahawa item soalan yang dikemukakan telah menunjukkan bahawa
bilangan pelajar berpencapaian tinggi menjawab soalan dengan tepat lebih daripada
bilangan pelajar berpencapaian rendah menjawab soalan dengan tepat. Dengan kata lain
nilai indeks diskriminasi yang menghampiri nilai 1 menunjukkan bahawa soalan tersebut
adalah soalan yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma(PRN) kerana ia dapat
membezakan pelajar berpencapaian tinggi daripada pelajar berpencapaian rendah. Untuk
menerangkan lagi huraian tadi rujukan boleh di buat pada jadual berikut.
Nilai d Pengkelasan item0.00 – 0.10 Tidak baik0.11 – 0.20 Kurang baik0.21 – 0.30 Sederhana baik0.31 – 0.40 Baik0.41 – 1.00 Sangat baik
Jadual Aras Diskriminasi Dan Pengkelasan Item
Pengiraan Indeks Diskriminasi Item yang telah dibuat untuk item 1 (soalan 7) dan item 2
(soalan 18) adalah berdasarkan langkah-langkah Mehrens & Lehhmann(1991). Hasil
yang di dapati ialah item 1 (soalan 7) nilai indeks diskriminasi nya bernilai 0.289.
Manakala item 2 (soalan 18) pula nilainya ialah 0.571.
Berdasarkan huraian dan pengiraan yang telah di buat, kesimpulan yang diperolehi item 2
(soalan 18) adalah lebih baik daripada item 1 (soalan 7). Ini di buktikan dengan nilai
indeks diskriminasi item 2 yang terletak dalam julat 0.41 hingga 1.00 dan ini
membolehkan ia di kelaskan sebagai sangat baik. Item 2 ini adalah amat sesuai untuk
Penilaian Perbandingan Norma. Manakala Item 1 (soalan 7) pula terletak dalam kelas
sederhana baik berdasarkan nilai indeks diskriminasi item yang dimilikinya. Item 1
(soalan 7) ini masih lagi boleh digunapakai untuk Penilaian Perbandingan Norma.
Untuk perbandingan sepenuhnya rujukan adalah di buat berdasarkan jadual berikut:
Indeks Kesukaran Item
(p)
Indeks Diskriminasi Item
(d)
Item 1
0.289
(Soalan 7)
0.12
Item 2
(Soalan 18)
0.80
0.571
Berdasarkan jadual di atas di dapati semakin tinggi nilai indeks kesukaran item maka semakin tinggi juga nilai indeks diskriminasi. Ini membuktikan semakin susah soalan maka semakin baik soalan itu untuk digunakan untuk penilaian rujukan norma (PNR). Justeru oleh itu berdasarkan rajah maka di dapati bahawa item 2 adalah lebih baik dari item satu. Penilaian ini di buat atas penelitian yang telah di analisa berdasarkan indeks kesukaran item dan indek diskriminasi item.
Rujukan
Bhasah Abu Bakar. 2007. Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books.
Mokhtar Ismail. 1995. Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Lampiran.
1.Senarai Markah Pelajar.2. Item Kertas Soalan
Senarai Markah Pelajar
Bil NamaJawapan
betul Peratus
ABDULLAH 24 80
ANUAR 26 87
AZIZ 23 77
BIJAN 8 27
FARHAN 27 90
FARRABI 20 67
HADI 22 73
HUSSEIN 21 70
HISHAMUDIN 21 70
HUSAM 25 83
JAMAL 13 43
KHAIRI 22 73
MAHATHIR 20 67
NAJIB 21 70
NIK 28 93
SABU 20 67
SALLEHUDDIN 21 70
TANTAWI 19 63
AZLINA 19 63
RAFIDAH 20 67
NORAINI 21 70
MASITHAH 21 70
AMELINA 22 73
SITI 22 73
NURHALIZA 18 60