KERTAS CADANGAN TESIS
TAJUK: Perkembangan Ekonomi
Orang Melayu Kelantan Selepas
Merdeka (1959 – 2009)
Nama: ROSMINA BT AWANG
No. Matrik: S-OM0003/09(R)
0
PENDAHULUAN
Latar Belakang Kajian
Negeri Kelantan Darul Naim terletak di timur laut Semenanjung
Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan dengan 4 wilayah iaitu Thailand
(Pattani) di timur laut, Perak (Hulu Perak) di barat, Pahang (Kuala Lipis) di
selatan dan Terengganu (Besut) di timur/tenggara.1 Di timur Kelantan ialah Laut
Cina Selatan. Keluasan negeri Kelantan ialah 14,931 kilometer persegi.2 Ia
meliputi 4.4% daripada keluasan Malaysia.
Nama negeri Kelantan berasal dari ‘gelam hutan’ atau Melaleuca
Leucadendron iaitu sejenis pokok gelam yang tumbuh di sekitar pantai negeri itu.
Negeri Kelantan dianggap sebagai sebuah negeri tertua di Semenanjung Tanah
Melayu. Kelantan dikatakan telah didiami oleh manusia 2,000 atau 3,000 tahun
Sebelum Masihi, hasil kajian yang diketuai oleh Dr G. de G Sieveking di Gua Cha
pada tahun 1953.3
1 Hassan Harun, 1999, KELANTAN Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan, Kuala Lumpur, DD Mediaconsult Sdn. Bhd, hlm. 162 Mohd Roselan Abd. Malek,1993, Salasilah Nama Tempat Negeri Kelantan Darul Naim, Petaling Jaya, Penerbit Prisma Sdn. Bhd, hlm 13 Zetimimi Zakaria, 1990, Warisan Kelantan XI (Kelantan Sebelum Persekutuan Tanah Melayu), Kota Bharu, hlm. 27.
1
Negeri Kelantan mempunyai ciri-ciri budayanya yang tersendiri, terkenal
sebagai lubuk budaya, pusat pengajian dan pemancaran Islam serta pusat tradisi
intelektualisme yang kukuh. Negeri Kelantan merupakan negeri yang terletak di
Pantai Timur Semenanjung. Terdapat banyak gelaran untuk Kelantan seperti
‘Tanah Rendah Sekebun Bunga’, ‘Negeri Serambi Mekah’, ‘Negeri Che Siti Wan
Kembang’.
Negeri Kelantan mempunyai 10 jajahan yang dibahagikan kepada
beberapa daerah. Daerah pula dibahagikan kepada mukim. Struktur pentadbiran
yang demikian ini berbeza daripada struktur pentadbiran negeri-negeri lain di
Malaysia yang terbahagi kepada daerah-daerah dan mukim-mukim. Jajahan-
jajahan di Kelantan ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Bachok, Machang,
Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Ulu Kelantan dan Gua Musang.4
Ibu negeri Kelantan ialah Kota Bharu. Bandar ini mempunyai
keistimewaan yang tersendiri. Di Bandar ini beca roda tiga yang dikenali sebagai
teksi sangat popular sebgai kenderaan jarak dekat. Terdapat tempat-tempat
menarik untuk dilawati di bandar ini serta di kawasan sekelilingnya. Antaranya
ialah Pasar besar Siti Khadijah, Istana Balai Besar, Istana Jahar yang merupakan
Muzium Negeri sekarang, Nilam Puri, Gelanggang Seni, Pengkalan Kubor,
Rantau Panjang dan lain-lain lagi.
4 Salasilh Nama Tempat Negeri Kelantan Darul Naim, hlm. 2
2
Penduduk negeri Kelantan Darul Naim pada tahun 1998 berjumlah
1,484,000 orang, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.5%. Majoriti
pendududuk adalah bangsa Melayu. Orang Melayu merupakan penduduk terbesar
di negeri Kelantan, diikuti oleh Cina, India, Siam dan lain-lain bangsa. Bangsa
Melayu mewakili 94.1% penduduk Kelantan, diikuti dengan Cina 4.%, India
0.5% dan lain-lain bangsa 0.8%.5
Negeri Kelantan dari dahulu hingga kini sumber ekonominya banyak
bergantung pada hasil pertanian, perikanan dan juga perusahaan. Negeri Kelantan
merupakan negeri pertanian. Orang Melayu di Kelantan banyak melibatkan
diri dalam bidang pertanian dan tinggal di kampung-kampung atau pun pinggir
bandar.
Melihat kepada taburan pekerjaan mengikut sektor ekonomi pada tahun
2000, sebanyak 27.3% adalah merupakan dalam sektor pertanian, perhutanan dan
perikanan, 22.8% pula adalah sektor perkhidmatan masyarakat, sosial dan
persendirian, manakala 11.7% dari sektor pembuatan. Tiga sektor ini
menyumbangkan sebanyak 61.8% daripada jumlah pekerjaan di Kelantan.6
Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi
Kelantan ini menunjukkan bahawa negeri Kelantan merupakan negeri yang
sebahagian besar aktiviti ekonominya adalah mempunyai kaitan rapat dengan
5 KELANTAN Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan, hlm.216 Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 2005, Laporan Ekonomi Negeri Kelantan 2004-2005, Kota Bharu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), hlm. 5.
3
sektor pertanian.
SKOP KAJIAN
Di dalam tesis ini kajian dibuat tentang pengenalan mengenai sejarah dan
pemerintah awal negeri Kelantan dengan memberi tumpuan kepada kedudukan
geografi, politik awalnya, serta kedudukan ekonomi orang Melayu di
Kelantan selepas merdeka khususnya sekitar tahun yang dikaji iaitu 1959
sehingga tahun 2009.
Seterusnya kajian dibuat mengenai peranan kerajaan-kerajaan yang
memerintah negeri Kelantan. Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang
unik kerana telah diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional, Pas, dan Kerajaan
Campuran. Kajian ini akan meninjau peranan-peranan kerajaan tersebut dalam
meningkatkan ekonomi orang Melayu Kelantan dalam tahun 1959-2009. Kajian
akan dibuat secara lebih terperinci mengikut pemerintahan kerajaan yang terlibat
seperti tahun 1959-1974 kerajaan Pas yang diterajui oleh Ishak Lotfi Bin Omar
sehingga tahun 1964 dan Dato’ Mohamad Asri Bin Muda dari tahun 1964
sehingga tahun 1973 sebagai Menteri Besar. Pada tahun 1974-1976 Kerajaan
Campuran ( Pas dan Barisan Nasional) tetapi menteri Besarnya daripada parti Pas
iaitu Mohamad Bin Nasir yang memerintah sehingga tahun 1978 di bawah
lambang parti Pas pula. Pada tahun 1978-1990 kerajaan Barisan Nasional yang
4
memerintah dan melantik Tan Sri Mohamad Bin Yaakub sebagai Menteri Besar.
Tahun 1990-2009 pemerintahan kerajaan Pas kembali bertapak di Kelantan
dengan Menteri Besarnya Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Pemilihan
bermula dengan tahun 1959 adalah untuk meninjau pemerintahan kerajaan
Kelantan selepas merdeka daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Kelantan
melalui pilihanraya 1959. Kajian juga dibuat sehingga tahun 2009 untuk melihat
arus perubahan kerajaan Kelantan daripada sistem pemerintahan yang berbeza
dalam jangka masa 50 tahun.
Selain itu, pengkaji juga turut mengkaji peranan KESEDAR
(Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) dalam meningkatkan ekonomi orang
Melayu Kelantan. KESEDAR ditubuhkan pada 2 Mac 1978 oleh Tun Hussin
Onn di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah Kelantan. Motto KESEDAR ialah
“Memacu Selatan ke Arah Kelantan Terbilang”. Penubuhan KESEDAR adalah
untuk mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Utara di bahagian
bandar dengan Kelantan Selatan yang terdiri daripada Gua Musang , Kuala Krai
dan Tanah Merah.
Penubuhan KESEDAR juga adalah bertujuan membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Kelantan yang berpendapatan
rendah. KESEDAR juga berfungsi untuk memaju, menggalak dan membantu
serta mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Kelantan
Selatan. Ia juga untuk menaik taraf tempat tinggal, pertanian, perusahaan, dan
5
perdagangan dalam kawasan Kelantan Selatan. KESEDAR juga bertindak
mengawal dan menyelaras kegiatan-kegiatan tersebut di kawasan Kelantan
Selatan.
Ibu pejabat KESEDAR telah dipindahkan dari Kota Bharu ke Gua
Musang setelah bangunan baru KESEDAR di Gua Musang siap pada 30 Ogos
1986 dengan kos RM 8.014 juta KESEDAR telah menubuhkan Skim Pinjaman
Tabung Ekonomi Peneroka/Penduduk (TEKP) kepada penduduk Kelantan Selatan
bagi menggalakkan mereka melibatkan diri dalam Industri Kecil Luar Bandar.
KESEDAR telah bekerjasama dengan Bank Pertanian pada tahun 1985 dengan
memperkenalkan Skim bantuan Pinjaman Industri Luar Bandar (ILB) dan Skim
Bantuan Pinjaman Ekonomi Sampingan (ES)
Skim ILB adalah untuk pembiayaan mesin dan kelengkapan untuk
menjalankan projek industri luar bandar. Pemohon yang berkelayakan akan
mendapat pinjaman dari RM 5,000 sehingga RM 20,000. Manakala skim ES pula
untuk membiayai projek-projek pertanian jangka pendek termasuk ternakan.
Pemohon yang layak akan mendapat pinjaman RM 10,000 sehingga RM 50,000.
Bagi meningkatkan ekonomi masyarakat Kelantan Selatan,
KESEDAR juga menyediakan pelbagai kursus seperti kursus pemasaran,
pembungkusan, pembuatan,pengurusan kewangan dan lain-lain. KESEDAR juga
menganjurkan ekspo dan menggalakkan penyertaan masyarakat Kelantan
6
menceburinya bagi memasarkan produk-produk yang dihasilkan. Usaha-usaha
yang dilakukan oleh FELDA telah member banyak manfaat dan seterusnya
meningkatkan ekonomi orang Melayu di Kelantan.
Satu lagi kajian yang dibuat oleh pengkaji ialah mengenai MTEN
iaitu Majlis Tindakan Ekonomi Negara (Kelantan). MTEN ditubuhkan pada 20
November 1997 rentetan daripada berlakunya krisis ekonomi yang melanda
Negara pada Julai 1997. Penubuhan MTEN merupakan strategi untuk
mengelakkan Negara daripada terjebak ke arah kemelesetan ekonomi Negara atau
menular kepada sektor sebenar ekonomi setelah mengalami kejatuhan nilai ringgit
dan kemerosotan pasaran saham. Dalam hubungan ini , MTEN bertindak sebagai
badan perunding kepada kerajaan bagi menangani isu semasa dan jangka
sederhana bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Negara yang mapan.7
Pada 22 Januari 1998, MTEN Kelantan telah mengadakan
mesyuarat dan meluluskan 3 cadangan iaitu
1. Kerajaan negeri memperuntukkan tanah untuk penanaman sayur-sayuran dan
tanaman kontan yang baru serta tanaman makanan ternakan seperti jagung
supaya dapat mengurangkan import barangan berkenaan.
2. Meningktkan usaha memelihra ikan secara besar-besaran untuk dieksport.
3. Memperketatkan syarat tukar milik tanah daripada pertanian kepada
perumahan.
7 Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 1998 , “Laporan Mengenai Majlis Tindakan Ekonomi Negara Peringkat Negeri Kelantan (MTEN Kelantan),hlm1
7
Sebanyak 22 projek dirancang dalam tempoh 1998-2000 oleh MTEN
Kelantan bagi memulihkan dan meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan
seperti:
a) Pemulihan tanah sawah terbiar yang meliputi keluasan kawasan 8,154
hektar.
b) Pembangunan pertanian komersial oleh sector swasta
c) Integrasi lembu di kawsan ladang kelapa sawit.
d) Taman teknologi pertanian.
e) Pasar borong negeri Kelantan.
f) Projek pasar tani harian.
g) Projek buku hijau
h) Projek rumah sembelihan ternakan lembu/kerbau.
i) Kompleks pendaratn ikan di Tok Bali dan Pengkalan Petah.
j) Pelaksanaan meluas projek-projek di bawh program satu produk satu
jajahan.
k) Pembangunan tanaman bergilir di kawasan jelapng tembakau.
l) Projek ladang bersepadu sayur-sayuran/ bunga tanah tinggi di Lojing Gua
Musang (Projek KESEDAR)
m) Memperluaskan pelaksanaan projek ladang merdeka (pembangunan
ladang padi bersepadu oleh KADA)
n) Projek kawasan sayur berkelompok (zon)
o) Projek PPRT bersepadu
p) Desa Taqwa
8
q) Taman industri marin di Tok Bali (oleh PKINK)
r) Pusat penetasan ikan ir tawar di Kuala Krai
s) Projek ladang rakyat (ladang nucleus buah-buahan) projek PKINK
t) Ternakan ikan dalam taliair dan sawah padi
u) Pembangunan kawasan rezab ragutan lembu / kerbau dengan projek
ternakan komersial oleh sektor swasta.
v) Rancangan pengorekan Kuala Besar.8
Segala projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh MTEN
Kelantan telah memberi manfaat kepada rakyat Kelantan. Secara tidak
langsung MTEN Kelantan telah memainkan peranan untuk meningkatkan
ekonomi orang Melayu Kelantan.
Selain daripada itu pengkaji juga menyingkap peranan yang
dimainkan oleh Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) dalam membantu
rakyat Kelantan daripada terus dibelenggu kemiskinan. YKK telah
ditubuhkan pada 26 Mac 1992 di bawah Akta Perbadanan Amanah 1952.
Penubuhannya berasaskan kepada inisiatif dan ilham YB Tan Seri Haji
Anuar bin Haji Musa. Matlamat penubuhan YKK adalah untuk
meningkatkan kualiti hidup rakyat miskin di negeri Kelantan.
Terdapat 3 objektif penubuhan YKK iaitu:
8 Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 1998, “Laporan MTEN Kelantan”. Hlm 10-11
9
1. Melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah pembasmian kemiskinan
melalui program-program seperti sumbangan dermasiswa kepada
pelajar-pelajar, bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar miskin di
pusat-pusat pengajian tinggi dan bantuan-bantuan lain.
2. Melaksanakan program pembangunan sosio ekonomi sama ada secara
persendirian ataupun bekerjasama dengan organisasi sektor swasta
dan kerajaan.
3. Mengadakan program-program latihan bagi mempertingkatkan
kemahiran,pengetahuan serta mengubah cara berfikir kumpulan sasar,
Kumpulan sasar YKK ialah penduduk termiskin di negeri Kelantan
tanpa mengambilkira pegangan politik. Jenis-jenis kumpulan sasar
YKK ialah:
i. Mereka yang miskin/termiskin yang tinggal di bandar dan
luar bandar.
ii. Peserta projek cili/asas tani.
iii. Anak yatim
iv. Ibu tunggal
v. Anak peserta yang bersekolah darjah 6,tingkatan 3 dan
tingkatan 5.
vi. Penganggur.
vii. Peniaga kecil (sektor ekonomi non-formal)9
9 Data yang diperolehi dari pejabat YKK
10
Kesimpulannya kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji
perkembangan ekonomi orang Melayu Kelantan sekitar tahun 1959 sehingga
2009. Kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana peningkatan ekonomi orang
Melayu Kelantan selepas merdeka terutamanya di dalam sektor pertanian dan juga
perniagaan.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji perkembangan ekonomi orang
Melayu Kelantan sekitar tahun 1959 sehingga tahun 2009. Kajian akan
dibuat tentang taraf ekonomi orang Melayu di Kelantan sekitar tahun yang dikaji
dalam jangkamasa 50 tahun untuk melihat perkembangan ekonomi masyarakat
Melayu Kelantan melalui program-program yang telah dijalankan.
Kajian memberi tumpuan kepada peranan yang dimainkan oleh
KESEDAR bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu Kelantan termasuk
objektif, matlamat dan program-program yang dijalankan bagi membantu rakyat
miskin di Kelantan.
Tujuan kajian ini dibuat juga untuk meninjau program-program yang
dirancang oleh pihak MTEN Kelantan, adakah dapat membantu meningkatkan
ekonomi orang Melayu. Sejauh manakah keberkesanan program yang
dirancangkan dan kejayaan-kejayaan yang diperolehi daripada 22 program yang
11
telah disenaraikan.
Peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga dikaji untuk meninjau
bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepda orang Melayu Kelantan
dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi mereka. Pengkaji turut meninjau
perkara yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah Kelantan untuk
meningkatkan ekonomi orang Melayu. Kajian dibuat sejak 1959 sehingga 1978
apabila PAS berjaya merebut Kelantan dalam pilihanraya 1959. Kajian juga turut
meninjau sejauh mana keberkesanan pemerintahan kerajaan campuran Pas dan
Barisan Nasional pada tahun 1974-1976. Kemudian tinjauan dibuat pula dari
tahun 1978 sehingga tahun 1990 semasa kerajaan Barisan Nasional pula yang
memerintah Kelantan.
Kajian turut meninjau perkembangan ekonomi orang Melayu di Kelantan
pada tahun 1990 apabila PAS berjaya sekali lagi merebut semula tampuk
pemerintahan negeri Kelantan daripada kerajaan Barisan Nasional. Kajian dibuat
sehingga tahun 2009 untuk mengkaji perkembangan ekonomi orang Melayu
Kelantan dalam jangka masa 50 tahun.
Satu lagi kajian yang dibuat oleh pengkaji ialah meninjau peranan yang
dimainkan oleh YKK bagi membantu masyarakat MelayuKelantan meningkatkan
taraf ekonomi mereka. Kajian dibuat tetang tujuan, objektif, kumpulan sasar,serta
keberkesanan peranan YKK itu sendiri.
12
PERMASALAHAN KAJIAN
Perkembangan ekonomi orang Melayu di Kelantan dikatakan agak
mundur berbanding dengan taraf ekonomi orang Melayu di negeri-negeri lain,
khasnya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Walaupun pada hakikatnya taraf
hidup masyarakat Melayu Kelantan lebih kurang sama dengan orang-orang Melayu di
negeri lain, namun KDNK yang direkodkan hanyalah berdasarkan data-data yang ada
dan direkodkan sahaja. Ketiadaan rekod pendapatan sebenar masyarakat Melayu
Kelantan menyukarkan pengkaji mengetahui tahap ekonomi mereka.
TINJAUAN BACAAN
Banyak buku, risalah, jurnal, keratan akhbar dan sebagainya yang menulis
tentang negeri Kelantan. Bahan-bahan yang ditulis itu sama ada mengenai politik negeri
Kelantan, kebudayaan, masyarakat dan sebagainya.
Pengkaji memilih beberapa buah buku sebagai sorotan kajian yang berkaitan
dengan kajian tesis yang ditulis. Buku-buku yang dipilih ialah siri “Warisan Kelantan I –
27” yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, diselenggarakan oleh
Dato’ Nik Mohamad bin Nik Mohamad Salleh dan beberapa orang penulis lain. Buku ini
mula ditulis pada tahun 1982, dan setiap tahun sebuah buku dikeluarkan pada tahun-
tahun berikutnya.
13
Buku ‘Warisan Kelantan” ini mempunyai banyak edisi iaitu edisi 1 sehingga
edisi 27. Buku-buku ini banyak membincangkan tentang negeri Kelantan pada awal
penubuhannya, kerajaan-kerajaan awal negeri Kelantan, asal keturunan pemerintah
Kelantan, kemasukan Islam di Kelantan, sistem pentadbiran, Kelantan sebagai pusat
pengajian Islam, perjuangan orang Melayu di Kelantan menentang penjajah, ulama-
ulama di Kelantan. Kajian banyak dibuat pada tahun-tahun sebelum merdeka. Walau
bagaimanapun penulisan selepas merdeka ada juga ditulis, walaupun tidak banyak.
Penulisan buku-buku keluaran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan ini banyak
membantu penulis dalam menyediakan bahan kajian tesis. Sebagai seorang pengkaji
sejarah, bacaan buku yang berkaitan dengan sejarah Kelantan sebelum dan juga selepas
merdeka amat penting dalam mempengaruhi corak penulisan. Walaupun sumber yang
diperolehi tidak membincangkan mengenai sejarah ekonomi Kelantan secara langsung.
Buku lain yang dikaji oleh penulis ialah ‘History of Kelantan 1840 – 1940’ yang
ditulis oleh Shahril Talib, 1994. Buku ini diterbitkan oleh Academe Art & Printing
Services Sdn.Bhd di Kuala Lumpur. Di dalam buku ‘History of Kelantan 1890-1940’,
Shahril Talib membincangkan tentang sejarah ringkas negeri Kelantan, kerajaan-kerajaan
tempatan, krisis dan persetujuan dalam kerajaan Kelantan, permulaan sistem penasihat di
Kelantan bermula pada 1903-1909 melalui Perjanjian Bangkok. Shahril Taib juga sentuh
tentang kesan pemerintahan dan penjajahan British kepada masyarakat Melayu di
Kelantan.
14
Melalui buku ini pengkaji dapat pengetahuan tentang sejarah dan pentadbiran
negeri Kelantan dari tahun 1890 sehingga 1940. Walaupun kajian tesis bermula selepas
merdeka iaitu 1959 sehingga 2009, namun segala perbincangan dalam buku ini dapat
memberi gambaran sebenar sebelum merdeka.
Buku ketiga yang dipilih oleh pengkaji ialah buku “Kelantan, Religion, Society
and Politics in a Malay State” yang ditulis oleh William R.Roff cetakan tahun 1974 oleh
Oxford Universiti Press. Buku ini memuatkan 12 rencana mengenai negeri Kelantan
yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh 12 orang penulis. Walau bagaimanapun pengkaji
hanya mengkaji beberapa rencana yang berkaitan sahaja.
Di dalam buku ini memuatkan rencana, “Nineteenth Century Kelantan: A Thai View yang ditulis oleh Davis K. Wyatt. Rencana ini mengenai Kelantan sekitar abad
ke-19 dari kacamata Thailand. Rencana “Kelantan in Transition:1891-1910 pula ialah
tentang Kelantan dalam peralihan tahun 1891-1910 oleh Muhamad b. Nik Mohd Salleh.
Ibrahim Nik Mahmood pula menulis rencana “The To’ Janggut Rebellion of 1915”
tentang pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915.
William R.Roff pula menulis “The Origin and Early Years of the Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu”. Roff menulis tentang penubuhan awal Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu pada tahun 1915 dengan 12 ahli jwatankuasanya,
peranan majlis, lokasi dan bangunan awal, jawatan-jawatan dalam majlis, sumber
pendapatan dan sebagainya.
15
Rencana lain yang dimuatkan dalam buku ini ialah “Theological Debates : Wan
Musa Bin Haji Abdul Samad and His Family ” yang ditulis oleh Muhamad Salleh &
Wan Musa (with Othman Kelantan). Rencana “Social Stress and Social Structure in
Kelantan Village Life” ditulis oleh Dougls A Raybeck. Rencana “Ethnicity, Centrality
and Education in Pasir Mas” pula ditulis oleh Manning Nash. Sementara rencana “The
Social Organization of Islam in Kelantan ditulis oleh Robert L. Winzeler.
Penulisan rencana-rencana yang terdapat di dalam buku “Kelantan, Religion,
Society and Politics in a Malay State” yang ditulis oleh Roff, Kessler, Nik Mohd Salleh
dan beberapa orang penulis dalam dan luar Negara ini amat bermanfaat sebagai panduan
para pelajar dan pengkaji sejarah. Rencana-rencana di dalam buku ini banyak
membincangkan tentang negeri Kelantan sebelum dan selepas merdeka. Kessler
membincangkan mengenai parti-parti politik yang terdapat di Kelantan seperti Pas,
Umno, Pan Malayan Islamic Party (PMIP) dan Parti Negara selepas merdeka iaitu
tahun 1959. Jadi, rencana ini banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan tesis yang
dikaji dari tahun 1959.
Pengkaji juga meninjau tulisan Wan Harun Wan Yaacob yang ditulis pada tahun
1986 yang bertajuk “Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan semasa
pemerintahan Pas 1959-1973” Melalui buku ini, penulis memaparkan kegagalan PAS
memajukan ekonomi negeri Kelantan, Kerajaan Persekutuan yang mengabai dan
melambatkan kemajuan di negeri Kelantan, serta hubungan tegang kerajaan negeri
dengan kerajaan persekutuan telah membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri
Kelantan.
16
Selain itu juga, pengkaji turut meninjau buku yang ditulis oleh Wan Harun Wan
Yaakub iaitu buku “Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Semasa
Pemerintahan PAS 1959-1973” Dalam buku ini penulis menyentuh tentang kegagalan
kerajaan PAS dalam memajukan negeri Kelantan. Penulis juga menyentuh tentang
Kerajaan Persekutuan yang mengabaikan negeri Kelantan, menyebabkan negeri
Kelantan lambat memperolehi kemajuan.
Seterusnya pengkaji mengupas buku yang ditulis oleh Maziyah Abdullah yang
bertajuk “SejarahPenubuhan dan Perkembangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan (PKINK) Tahun 1969-1983” Buku ini membincangkan matlamat penubuhan
PKINK dan pencapaiannya.
Akhir sekali pengkaji memilih buku “Perindustrian di Kelantan” yang ditulis oleh
Nural Huda Ahmad pada tahun 1984. Buku ini membincangkan tentang negeri Kelantan
yang mempunyai potensi dalam sektor industry, tenaga buruh yang murah dan banyak,
peranan kerajaan dalammembantu sector industri, infrustruktur yang semakin baikdi
negeri Kelantan. Selain itu penulis menyentuh tntang peranan kerajaan dalam
menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir, kedudukan negeri Kelantan yang jauh
dari Pantai Barat serta kemudahan asas yang tidak mencukupi di negeri Kelantan.
17
METODOLOGI
Penulis membuat kajian dengan menggunakan kajian sumber-sumber bertulis
seperti buku-buku rujukan, risalah-risalah mengenai negeri Kelantan, contoh-contoh
tesis, keratan-keratan akhbar lama dan artikal-artikal mengenai perkembangan ekonomi
di Kelantan. Sumber rujukan daripada sumber pertama ini banyak dibuat di
Perpustakaan Negeri Kelantan, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti
Sains Malaysia Pulau Pinang, Perpustakaan Negeri, Negeri Sembilan.
Manakala kajian daripada sumber pertama seperti fail-fail kerajaan, pengkaji
banyak buat kajian Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara Malaysia
cawangan Kelantan. Kajian jugadibuat di perpustakaan Setiausaha Kerajaan Kelantan di
Kota Darulnaim.
Kaedah pemerhatian dan ikut serta juga turut diguna oleh pengkaji. Pemerhatian
pengkaji sendiri turut digunakan dalam kajian ini bagi menunjukkan perkembangan
ekonomi yang berlaku di negeri Kelantan.
SUMBER RUJUKAN Sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh pengkaji dalam menyiapkan kertas
cadangan ini ialah buku-buku, laporan, tesis dan keratan akhbar. Di antara buku yang
digunakan ialah buku ‘Warisan Kelantan 1-27” yang diterbitkan oleh Perbadanan
Muzium Negeri Kelantan pada tahun 1982-2003. Buku ‘History of Kelantan 1890-1940’
18
juga menjadi rujukan pengkaji hasil tulisan Shahril Talib yang yangditerbitkan oleh
Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd pad tahun 1994 di Kuala Lumpur. Selain itu
pengkaji juga guna buku ‘Kelantan Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan’ yang
ditulis oleh Hassan Harun dan diterbitkan oleh DD Mediaconsult Sdn. Bhd pada tahun
1999 di Kula Lumpur. Buku ‘Detik-detik Sejarah Kelantan’ ditulis oleh Sa’ad Shukri
Bin Haji Muda juga diguna oleh pengkaji yang dikeluarkan oleh Pustaka Aman Press di
Kota Bharu pada tahun 1971.
Selain buku-buku ilmiah, pengkaji juga turut menggunakan contoh-contoh tesis
sebagai bahan rujukan. Di antara tesis yang digunakan ialah ‘Sejarah Pembangunan
Ekonomi Negeri Kelantan Semasa Pemerintahan PAS 1959-1975’ oleh Wan Harun Wan
Yaakub. ‘Sejarah Perkembangan Ekonomi Negeri Kelantan 1945-1957’ oleh Rosmi Bin
Mat Nasir. ‘Ekonami Kelantan Selepas Merdeka: Penilaian Terhadap Perkembangan &
Masalah 1945/1995’ olehWee Lip Ping, ‘Sejarah Penglibatan Wanita Kelantan Dalam
Aktiviti Perniagaan’ oleh Rose Anita Abdullah turut dikaji oleh pengkaji.
19
Selain itu, pengkaji turut menggunakan buku tulisan Wan Harun Wan
Yaacob yang ditulis pada tahun 1986 sebagai sumber rujukan. Buku yang ditulis ini ialah
“Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Semasa Pemerintahan PAS 1959-
1973.
20
Recommended