1. Tajuk
Mempertingkatkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu di
kalangan pelajar bukan Melayu Kelas Peralihan Satu menggunakan simulasi watak (Role
Play Simulation).
2. Nama Penyelidik
a) Elizabeth Linda Ugap
b) Junaidah Bt Jusoh
c) Noorhayati Bt Sulaiman
d) So Bee Bee
3. Latar Belakang Kajian
Perkembangan kajian tindakan adalah selaras dengan anjakan paradigma dalam
perbahasan tentang asas pengetahuan untuk pengajaran (Knowledge base for teaching)
yang kini memperlihatkan peralihan daripada model sistem mengajar yang bersifat
preskriptif oleh ejen luar (penyelidik di universiti) dan dari domain ilmu di luar
pendidikan seperti psikologi, sosiologi dan falsafah (Bruner, 1966), kepada pengetahuan
tentang pengajaran dalam konteks bilik darjah yang bersifat kontekstual dan
partikularistik, dijana oleh guru sendiri sebagai penyelidik (Doyle, 1989).
Sejarah penggunaan Bahasa Melayu adalah selari dengan sejarah kemerdekaan negara
Malaysia. Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia mempunyai perlembagaan dan
kedaulatannya. Dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152(1) terdapat satu ketetapan
yang menyebut bahawa ‘bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah Bahasa
Malaysia’. Bertolak daripada ketetapan itulah maka kerajaan Malaysia telah merancang
satu dasar pendidikan kebangsaan yang mengarah kepada perlaksanaan penggunaan
Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang ras, melalui pengajaran dan
pembelajaran bahasa tersebut di sekolah-sekolah.
1
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu telah dilaksanakan secara beransur-ansur.
Pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu sudah agak lama diadakan di
sekolah-sekolah di Malaysia. Walaupun penggunaan Bahasa Melayu sudah meluas dalam
kalangan masyarakat, tetapi masih lagi terdapat kesalahan penggunaannya. Kajian
Awang Sariyan (1980) menunjukkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam
penulisan, banyak kesalahannya dari masalah kesalahan ejaan, perbendaharaan, sebutan
hinggalah kepada masalah kesalahan morpologi – sintaksis yang dinamakan sebagai
‘Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu’. Nik Safiah Karim (1980) telah
menamakan kesalahan umum penggunaan Bahasa Melayu di kalangan anggota
masyarakat Malaysia, khasnya di kalangan para pelajar sebagai masalah ‘pencemaran
bahasa’ yang harus dibersihkan melalui cara pengajaran yang berkesan. Kegagalan
menguasai aspek-aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan
pelajar yang mampu berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan Malaysia dengan baik.
4. Pernyataan Masalah
Kajian ini difokuskan kepada pelajar di dalam kelas Peralihan Satu di Sekolah Menengah
Kebangsaan Hutan Melintang (SHUMEL), Teluk Intan, Perak. Masalah ini dikenalpasti
melalui temubual dengan Cikgu Chooi Kim Wai, guru bahasa Melayu yang mengajar
kelas Peralihan Satu di sekolah tersebut pada 20hb Ogos 2010. Melalui temubual yang
dijalankan, kami dapati bahawa masalah penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata
Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu adalah serius dan amat
mendukacitakan.
Kami juga dibawa melawat ke kelas Peralihan Satu bagi meninjau permasalahan ini
dengan lebih dekat lagi. Sewaktu kami menyemak buku latihan pelajar kelas Peralihan
Satu, kami berasa sungguh terkejut kerana kami dapati penguasaan Bahasa Melayu di
kalangan pelajar bukan Melayu adalah sungguh lemah. Perkataan Bahasa Melayu yang
digunakan dalam membuat latihan seperti membina ayat adalah terhad dan sangat lemah.
Begitu juga dalam sebutan perkataan dan perbendaharaan kata yang terbatas serta
dipengaruhi oleh dialek tempatan dalam pertuturan seharian. Selain itu, pelajar juga
2
banyak melakukan kesilapan ejaan serta membina ayat dalam keadaan tergantung.
Apabila kami bertanya kepada para pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang mereka
berikan mudah sahaja iaitu “kami tidak minat…”, “terlalu banyak perkataan baru”… dan
“susah untuk kami faham maksudnya”. Inilah jawapan yang diberikan kepada kami.
Secara kesimpulannya, kami dapati faktor utama kegagalan pelajar kelas Peralihan Satu
ini menguasai sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu disebabkan mereka
tidak minat untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan kurang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan apabila berkomunikasi. Pelajar berbangsa
Cina dan India menggunakan bahasa ibunda masing-masing apabila berbual dalam
kalangan mereka. Ini menyebabkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata mereka
dalam Bahasa Melayu agak terbatas.
Apakah yang boleh kami lakukan untuk menarik minat pelajar bukan Melayu dalam
menguasai Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara? Mampukah kami
menjalankan aktiviti dalam masa yang singkat ini untuk membantu mereka meningkatkan
penguasaan Bahasa Melayu? Apabila kami membincangkan masalah ini dengan guru-
guru dalam sekolah tersebut, kesimpulan yang kami dapat adalah pelajar hari ini tidak
minat untuk belajar, malas membaca dan suka disuapkan sahaja ilmu daripada guru.
Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? Kami
telah berusaha menghasilkan pelbagai langkah penyelesaian bagi membantu mereka
meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu dengan
harapan mereka dapat menguasai dan mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa
Melayu pada masa depan.
Bagi mengukuhkan lagi pernyataan masalah yang dikemukakan di atas, kami telah
meminta senarai markah pelajar kelas Peralihan Satu ini untuk melihat secara lebih jelas
lagi prestasi pelajar-pelajar ini dalam peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan
pada bulan Mei 2010. Jadual di bawah menunjukkan markah ujian Bahasa Melayu pada
peperiksaan pertengahan tahun pelajar kelas Peralihan Satu yang diberikan oleh Cikgu
Chooi Kim Wai. Terdapat 2 orang sahaja pelajar yang lulus pada peperiksaan tersebut
dan markah yang paling tinggi adalah 48 markah. Peratusan pelajar yang lulus bagi
subjek Bahasa Melayu ini hanyalah sebanyak 7.69%. Ini menunjukan bahawa jumlah
3
pelajar yang gagal adalah seramai 24 orang dan peratusan pelajar yang gagal adalah
sangat tinggi iaitu sebanyak 92.31%.
Jadual bi bawah menunjukkan skor yang diperolehi oleh pelajar kelas Peralihan Satu
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peperiksaan pertengahan tahun, Mei 2010.
NO NAMA PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN
TAHUN
UJIAN
PRA
UJIAN
PASCA
1 CHAN HUA MIN 48
2 CHAN JI XIAN 39
3 CHUA CHUN SEONG 36
4 NG KAH CHAP 32
5 LIM YEN SENG 33
6 LIM YEN ZHEN 30
7 TAN KAI LUN 28
8 VIJAY A/L KUPUSAMY 23
9 ARYA A/L GANESH 20
10 GUNASILAN A/L DEVA 38
11 GANESSAN A/L SIRAJ 32
12 TAMIL SELVAN 30
13 CHAN CHIA CHEE 32
14 TAN SUE MEI 24
15 TEO XIAO HUI 27
16 HENG WEI YIK 47
17 TAN SHI MEI 35
18 TAN SOOK QING 23
19 LUA SIN YEE 22
20 CHAN GIAN GIAN 33
21 HENG CHAI YEE 29
22 TAN CHIEW SEE 39
4
23 KAMALA DEVI A/P
RATNAM
30
24 SAROJAH A/P MANIAM 29
25 SRI DEVI A/P KUMAR 37
26 KUMARI A/P SIVA 33
JADUAL 1: Markah Bahasa Melayu bagi peperiksaan pertengahan tahun
Peratusan Pelajar Yang Lulus = 2/ 26 × 100 %
= 7.69%
5
5. Objektif
5.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata serta
dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yang betul dalam
kalangan pelajar bukan melayu bagi kelas Peralihan Satu.
5.2 Objektif Khusus
1. Membantu pelajar membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Melayu.
2. Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
3. Mengubah sikap dan persepsi pelajar dengan mengatakan Bahasa Melayu
merupakan mata pelajaran yang mudah difahami.
4. Membantu pelajar menjadi lebih cemerlang dalam pembelajaran pada masa
hadapan.
5. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu.
6
6. Metodologi kajian
6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan
mengikut model Somekh (1989) seperti berikut:
Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati
Pengkaji pergi ke sekolah dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan
memfokuskan kajian yang ingin dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji
akan meneruskan kajian kepada langkah 2.
Langkah 2- Mengumpul data
Pengkaji merancang untuk menemubual guru kelas dan guru Bahasa Melayu yang
terlibat dengan sampel yang akan dikaji, sampel kajian merupakan pelajar dari kelas
Peralihan Satu SMK Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak. Selain itu, pengkaji akan
mengambil data berkaitan mata pelajaran BM serta menemubual pelajar yang terlibat
dengan kajian yang akan dilakukan nanti.
Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis
Pengkaji merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini
merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-
pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan pada 10 Januari 2011 bagi mengetahui
tahap pencapaiaan pelajar kelas Peralihan Satu ini dalam menguasai sebutan dan
perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Ujian ini akan melibatkan 26 orang pelajar
bukan Melayu. Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 10
soalan dan satu soalan berbentuk karangan ringkas perlu dijawab oleh pelajar. Semua
soalan berbentuk aneka pilihan ini merupakan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan
perbendaharaan kata manakala soalan karangan ringkas bertujuan menguji
sejauhmana kemampuan pelajar menggunakan perbendaharaan kata dalam membina
ayat-ayat mudah.
7
Langkah 4- Merancang pelan tindakan
Setelah berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan
simulasi watak (Role Play Simulation) dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, Teluk
Intan, Perak.
Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan
Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan:
Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul
Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan
Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar
Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan
Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap
pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan pada 25 Mac 2011 bagi
mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan
terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini
melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala
soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan
pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah.
Langkah 7- Menganalisis dan menilai
Analisis dan penilaian akan dilakukan berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra
dan post bagi menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak.
Langkah 8- Refleksi
Refleksi akan dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian
ini.
8
6.2 Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada pelajar kelas
Peralihan Satu yang terdiri daripada pelajar bukan Melayu. Seramai 14 orang
perempuan dan 12 orang pelajar lelaki.
6.3 Instrumen Kajian
Kajian ini akan melibatkan beberapa kaedah pengumpulan data seperti di bawah :
Pemerhatian- Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap
penguasaan pelajar terhadap penggunaan perbendaraan kata Bahasa Melayu di
kalangan pelajar bukan Melayu. Pengkaji juga akan meninjau cara pelajar menyebut
perkataan serta melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama ada ketika
bertanyakan soalan, menjawab soalan mahupun ketika berkomunikasi dengan rakan-
rakan di dalam kelas.
Ujian Pencapaian- Ujian oral akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut
beberapa patah perkataan di dalam Bahasa Melayu. Mereka juga akan diminta
berkomunikasi di dalam kumpulan bagi sesi soal jawab untuk mengetahui pencapaian
tahap penguasaan pelajar-pelajar tersebut.
6.4 Metod Analisis
Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan
kajian yang akan diambil. Dua metod analisis yang akan digunakan ialah:
Ujian pra - merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan
terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan pada 10 Januari 2011 bagi
mengetahui tahap pencapaiaan pelajar kelas Peralihan Satu ini dalam menguasai
sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Ujian ini akan melibatkan 26 orang
9
pelajar bukan Melayu. Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak
10 soalan manakala satu solan berbentuk karangan ringkas akan dijawab oleh pelajar.
Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan
tatabahasa dan pembendaharaan kata manakala soalan berbentuk karangan ringkas
bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mennggunakan pembendaharaan
kata dalam membina ayat mudah.
Ujian pasca - ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dijalankan kepada
pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan pada 25 Mac 2011 bagi
mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan
terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini
melibatkan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala
soalan berbentuk karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan
pelajar mennggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat mudah.
Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca akan
menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Markah ujian pasca yang
lebih tinggi daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan
berkesan sehingga meningkatkan markah pelajar berbanding sebelum tindakan
dijalankan.
Semua peraturan am tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama
dengan pentadbiran ujian penilaian yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah.
Sebelum ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak pentadbiran dan guru mata
pelajaran perlu diperolehi. Kedua-dua ujian akan dijalankan dalam masa 60 minit
yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang
terdapat di sekolah ini.
Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh
dianalisis melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu
berinteraksi dalam kumpulan menggunakan perbendaraan kata Bahasa Melayu yang
betul menunjukkan keberkesanan tindakan yang diambil. Selain itu pemerhatian ini
10
juga dapat mengenalpasti sikap belajar pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka
membuat respon terhadap pengajaran guru.
6.5 Pelaksanaan kajian
Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan sebutan yang betul
Bahan yang digunakan : kad bergambar, pen maker, papan putih.
Tarikh : 17 Januari 2011, 7 Mac 2011, & 4 April 2011
Tempoh : 30 minit
Langkah- langkah :
a) Kad suku kata diedarkan kata kepada setiap pelajar.
b) Pelajar diminta menyebut suku kata yang terdapat pada kad suku kata yang dipegang
oleh pengkaji dan mengulang sebutan yang diajar.
c) Pelajar diminta menukarkan kad suku kata yang dipegang dengan rakan-rakan kelas
sekurang-kurangnya 10 kali.
d) Oleh itu, mereka dapat menyebut suku kata tersebut sekurang-kurangnya 10 kali
secara berulang-ulang.
Aktiviti 2 : Lakonan dalam Kumpulan
Bahan yang digunakan : kad manila, gunting, benang.
Tarikh : 24 Januari 2011, 31 Januari 2011, 14 Mac 2011, 21 Mac 2011, & 11 April
2011.
Tempoh : 30 minit
Langkah-langkah :
a) Kad manila dan gunting diedarkan kepada pelajar.
11
b) Pelajar diminta untuk menulis perkataan pada kad manila yang disediakan bagi watak
masing-masing dalam lakonan yang akan dilakonkan.
c) Pelajar diminta mengikat benang pada kad manila tersebut dan mengantung pada badan
mereka sendiri bagi mewakili watak masing-masing.
d) Lakonan simulasi dimulakan selepas semua bahan yang diperlukan telah disediakan di
bawah tunjuk ajar guru.
e) Pelajar perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak masing-masing
seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya.
f) Pelajar akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan
semula apa yang telah diperolehi.
g) Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru
bagi melatih penggunaan bahasa.
Aktiviti 3: Ejaan bagi suku kata yang diajar
Bahan yang digunakan: kertas putih, pensel.
Tarikh: 28 Februari, 28 Mac 2011, & 18 April 2011
Tempoh: 30 minit
Langkah-langkah:
a) Kertas putih akan diedarkan kepada pelajar.
b) Pelajar diminta menulis nama pada kertas yang diedarkan.
c) Pelajar mengeja perkataan yang disebut oleh guru.
d) Masa ejaan dibekalkan dengan secukupnya.
e) Hasil ejaan dikutip.
f) Tamatnya masa ejaan dan hasil ejaan dibawa untuk disemak dan dinilaikan.
12
7. Kesignifikanan Kajian
Melalui kajian yang dijalankan terhadap pelajar kelas Peralihan Satu ini serta dapatan
yang diperolehi akan dapat dikongsikan bersama-sama dengan beberapa pihak. AJK
Kajian Tindakan yang lain boleh menggunakan kajian ini sebagai bahan rujukan bagi
mengetahui apakah antara masalah-masalah yang berlaku di sekolah serta penyelesaian
yang berkesan melalui kaedah-kaedah yang diperkenalkan mengikut kesesuaian pelajar
sasaran ini. Selain itu bakal-bakal guru juga boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan
bagi menjalankan kajian tindakan pada masa akan datang.
Guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf boleh menggunakan kajian
tindakan yang dijalankan bagi memberi pengetahuan dan latihan kepada guru-guru dalam
mempertingkatkan lagi kemahiran keguruan bagi menaikkan lagi taraf profesion
perguruan ini. .
Guru-guru Bahasa Melayu pula dapat mempelbagaikan pendekatan yang digunakan dalam
proses P&P agar sesi pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang interaktif dan
menarik. Selain itu dapatan ini juga boleh diubahsuai dan diaplikasikan di sekolah bagi
tujuan mempertingkatkan penguasaan sebutan serta pembehandaraan kata pelajar-pelajar.
8. Anggaran Perbelanjaan
AKTIVITI JUMLAH
Perjalanan RM 30
Percetakan soal selidik/ujian RM 10
Percetakan modul/bahan pengajaran RM 15
Percetakan proposal kajian tindakan RM 5
Jumlah RM 60
13
9. Jadual Kerja
BI
L
AKTIVITI ANGGARAN
1 Mengenalpasti masalah 1 Minggu
2 Pengumpulan data 1 Minggu
3 Pembahagian tugas antara ahli kumpulan 1 Hari
4 Menulis proposal kajian 1 Minggu
5 Mengemaskini proposal kajian 2 Hari
7. Perbentangan Proposal 1 Hari
8. Menghantar proposal 1 Hari
14
10. Bibliografi
Abdullah Hassan, (1989), Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan, (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Norjiah Bt. Sulaiman, (1996), Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah,
Kementerian Pendidikan Malaysia
15
LAMPIRAN
16
SOALAN UJIAN PRA
SOALAN ANEKA PILIHAN (20 MARKAH)
Pilih jawapan yang betul berdasarkan pilihan yang diberikan.
1. Ali datang ____sekolah dengan menaiki bas.
a) daripada
b) dari
c) kepada
d) ke
2. Ali dan Abu adalah sahabat baik._______ suka memancing ikan.
a) Kami
b) Saya
c) Dia
d) Mereka
3. Rama gembira kerana telah memenangi tempat yang_________ di dalam acara lumba lari.
a) dua
b) satu
c) pertama
d) terakhir
4. Ayah tetap tersenyum ________ letih.
a) walaupun
b) bagaimanapun
c) sebab
d) malahan
17
5. ___________ kamu menangis?
a) Mengapakah
b) Siapakah
c) Di manakah
d) Bagaimanakah
6. _________ rumah kamu?
a) Siapakah
b) Mengapakah
c) Di manakah
d) Apakah
7. Dia seorang yang rajin _____ baik hati.
a) tetapi
b) dan
c) atau
d) walau
8. _________ seorang pelajar perempuan.
a) Saya
b) Kami
c) Mereka
d) Kita
9. Emak sedang ________ baju di ampaian.
a) melipat
b) melontar
18
c) menyidai
d) membasuh
10. Aminah menulis ________ untuk bapanya di kampong.
a) surat
b) surat khabar
c) memo
d) laporan
SOALAN PENULISAN (20 MARKAH)
Tuliskan karangan yang bertajuk keluarga saya.
19
SOALAN UJIAN POS
SOALAN ANEKA PILIHAN (20 MARKAH)
Pilih jawapan yang betul berdasarkan pilihan yang diberikan.
1. Bapa saya seorang yang _____________. Dia selalu menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh.
a) pemarah
b) pemalu
c) pendiam
d) penyayang
2. Emak suka menanam bunga. Rumah kami dipenuhi ___________ yang sangat cantik.
a) sayur-sayuran
b) buah-buahan
c) bunga-bungaan
d) pokok-pokok
3. Doktor Hadi sedang _____________ pesakit yang cedera parah akibat kemalangan jalan raya.
a) merawat
b) membatu
c) mengukur
d) melihat
4. Budak-budak nakal itu ___________ dengan laju ketika dikejar oleh polis.
a) berlari
b) melompat
c) menendang
d) menjerit
20
5. Maznah menangis __________ ketika menonton filem sedih di televesyen.
a) teresak-esak
b) terbahak-bahak
c) terbatuk-batuk
d) terjerit-jerit
6. Cikgu ____________ kami agar belajar dengan bersungguh-sungguh.
a) menasihatkan
b) mengajar
c) memarahi
d) mengarahkan
7. Perdana Menteri Malaysia yang keenam ialah Dato seri Najib Tun Razak.________
berasal daripada Pahang.
a) Saya
b) Dia
c) Beliau
d) Mereka
8. Raju sedang ________ rumput di halaman rumahnya.
a) memotong
b) menggunting
c) menyiram
d) membakar
21
9. Adik sedang _____________ sampah menggunakan penyapu.
a) menyapu
b) membuang
c) membakar
d) membaling
10. Kedai itu menjual____________ barangan runcit.
a) ramai
b) banyak
c) pelbagai
d) semua
SOALAN PENULISAN (20 MARKAH)
Tuliskan karangan yang bertajuk cita-cita saya.
22
Temubual antara pengkaji dan responden
Pengkaji: Noorhayati bt Sulaiman
: Junaidah bt Jusoh
: Elizabeth Linda Ugap
: So Bee Bee
Responden: Cikgu Chooi Kim Wai
Jawatan: Guru Matapelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan Satu
Pada 20 Ogos 2010, kami telah ke SMK Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak untuk menemubual guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas peralihan Satu. Berikut merupakan hasil temubual yang telah dijalankan.
Kami: Salam sejahtera cikgu. Kami merupakan pelajar DPLI dari UPSI. Tujuan kami ke sini adalah untuk mengetahui serba sedikit tentang penguasaan pelajar peralihan Satu dalam pengunaan Bahasa Melayu.
Cikgu: Salam sejahtera. Saya berbesar hati untuk membantu kamu semua.
Kami: Terima kasih, cikgu. Pertama sekali, kami ingin mengetahui berapakah jumlah pelajar yang berada dalam kelas peralihan Satu ini? Berapa orang pelajar lelaki dan perempuan?
Cikgu: Jumlah pelajar adalah 26 orang. Mereka terdiri daripada 12 lelaki dan 14 perempuan.
Kami: Bagaimana penguasaan mereka dalam penggunaan Bahasa Melayu?
Cikgu: Oh, amat mendukacitakan. Penguasaan mereka dalam penggunaan Bahasa Melayu amat lemah. Mereka kurang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan sebutannya juga selalunya salah. Perbendaharaan kata juga amat sedikit.
Kami: Pada pendapat cikgu, mengapakah mereka ini sangat lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu?
Cikgu: Pada hakikatnya, mereka ini lemah dalam semua mata pelajaran lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemungkinan besar mereka tidak berminat untuk menguasai Bahasa Melayu kerana menganggap subjek ini susah untuk dikuasai dan mereka lebih gemar kepada bahasa ibunda mereka.
Kami: Bagaimana sikap mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung?
Cikgu: Mereka tidak menunjukkan respon yang baik. Mereka tidak menunjukkan minat untuk
23
mempelajari Bahasa Melayu. Sesetengah daripada mereka membuat kerja masing-masing. Ada yang berbual sesama sendiri dan ada juga yang terlopong seolah-olah tidak memahami apa yang saya cakap dan ajar.
Kami: Apa pendekatan yang telah cikgu gunakan untuk mengatasi masalah di kalangan mereka ini?
Cikgu: Saya telah mengajar mereka dengan cara mengulangi sebutan yang saya sebut untuk fasihkan mereka dalam sebutan, kaedah bercerita untuk menambah perbendaharaan kata mereka dan juga nyanyian untuk menarik minat mereka dalam p&p Bahasa Melayu.
Kami: Sudah berapa lama pendekatan ini dilaksanakan?
Cikgu: Masih baru lagi. Dalam tempoh 2 bulan.
Kami: Bagaimana respon pelajar?
Cikgu: Lebih menunjukkan minat untuk belajar. Mungkin jika ada lebih banyak aktiviti-aktiviti dalam p&p lebih menyeronokkan mereka untuk belajar.
Kami: Bolehkah kami mendapatkan markah mereka untuk peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Bahasa Melayu?
Cikgu: Sudah tentu. Nanti saya berikan kamu salinannya.
Kami: Terima Kasih. Nampaknya itu sahajalah yang ingin kami ajukan soalan kepada cikgu mengenai peguasaan pelajar peralihan Satu dalam penggunaan Bahasa Melayu. Terima kasih sekali lagi atas kerjasama yang cikgu berikan.
Cikgu: Sama-Sama.
24