PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
KERTAS KERJA
SCOUTS OF THE WORLD AWARD
“REUSE, RECYCLE GARDEN PROJECT”
1
1.0 Pengenalan……………….…………………………………………………………………..............2-3
2.0 Latar Belakang Projek…….………………………………………………………………………………4
3.0 Objektif Projek………………………………………………………………………………………………..5
4.0 Butiran Projek…….…………………………………………………………………………………………..6
5.0 Modus Operandi………………………………………………………………………………………..…7-8
6.0 Jangkaan Masa Projek…………………………………………………………………………………….9
7.0 Lakaran & Tapak Projek……………………………………………………………………………….10
8.0 Penganggaran Bajet Kewangan Projek……………………………………………………….11
9.0 Kesimpulan…………….…………………………………………………………………………………….12
Senarai Ahli…………………………………………………………………………………………………………13
Pengesahan……….……………………………………………………………………………………………….14
ISI KANDUNGAN
2
Bismillahirrahmanirrahim…
Pergerakan Pengakap adalah gerakan pendidikan sukarelawan untuk golongan
muda. Ia terbuka kepada semua tanpa perbezaan jantina, asal, bangsa atau
kepercayaan. Pengakap menawarkan peluang kepada anak muda untuk
mengembangkan potensi penuh emosi, intelektual, fizikal, sosial dan rohani mereka
sebagai individu, sebagai warga global yang bertanggungjawab, dan sebagai ahli
komuniti tempatan, kebangsaan dan antarabangsa mereka.
Oleh itu, aktiviti luar dan sukarelawan menjadi program terkenal yang diiktiraf
oleh komuniti. Program-program yang dianjurkan adalah terkenal kerana manfaat
mereka kepada generasi muda pada masa kini. Sebagai contoh, penglibatan
pengakap semasa banjir kilat pada tahun-tahun terdahulu membuktikan bahawa
terdapat sumbangan besar oleh anggota gerakan pengakap di Malaysia. Pengakap
juga diajar untuk menjadi pemimpin yang baik yang dapat memahami isu-isu
semasa, mengurus dan membantu mencari penyelesaian untuk menimbulkan
masalah. Ia bukan hanya untuk layan diri tetapi juga dapat menyumbang kepada
masyarakat dari segi pembangunan, persekitaran, keamanan dan sukarela.
1.0 PENGENALAN
3
1.1 SCOUTS OF THE WORLD AWARD (SWA)
“Scouts of the World Award” telah dilancarkan untuk menggalakkan
penglibatan Pengakap Kelana (berumur 15-26) dalam pembangunan
masyarakat dengan membuat mereka lebih menyedari isu global mengenai
dunia hari ini. “Scout of the World Award” merangkumi persediaan
kewarganegaraan global untuk orang dewasa muda dan menekankan tiga
persekitaran tema inti, pembangunan dan kedamaian.
Ia terbahagi kepada dua iaitu “Scouts of the World Discovery”, di
mana ia membolehkan para peserta mendapatkan pengetahuan mendalam
tentang isu-isu yang terlibat dalam bidang pilihan mereka, untuk mengenal
pasti penyelesaian yang mungkin untuk masalah tertentu dan merancang
dan melaksanakan projek yang berkaitan. Kedua, “Scouts of the World
Voluntary Service” iaitu tempoh komitmen peribadi untuk membangunkan
satu projek komuniti. Perkhidmatan Sukarela mestilah dijalankan mengikut
bilangan hari yang mencukupi.
“Scouts of the World Award” dikendalikan oleh Pertubuhan Pengakap
Kebangsaan dan diberikan kepada semua orang ahli pengakap mahupun
yang bukan pengakap berjaya mencapai “Scouts of the World Discovery”
dan “Scouts of the World Voluntary Service”.
4
Projek ini dilaksanakan oleh beberapa orang ahli Pengakap Kelana. Projek yang diberi
nama “Reuse Garden Project” ini adalah kerana projek kami menggunakan semula
barang-barang terbuang seperti botol plastic untuk mencantikkan taman di SK Assam
Jawa. Berdasarkan tema projek ini, kami percaya bahawa projek ini dapat memupuk
semangat dalam kalangan pelajar dan masyarakat tentang kepentingan penjagaan
alam sekitar. Kami juga berhasrat untuk merealisasikan projek ini dengan
menggunakan konsep 3R iaitu “Reduce, Reuse, Recycle”
Bagi menjayakan projek ini, kami menggunakan botol-botol terbuang untuk
menghiasi taman manakala penutup botol untuk membuat laluan kecil untuk melalui
di taman tersebut. Penutup-penutup botol tersebut akan disusun mengikut corak dan
warna yang sesuai agar taman di sekolah tersebut kelihatan cantik dan menarik serta
tidak membahayakan pelajar yang lalu di kawasan berkenaan.
2.0 LATAR BELAKANG PROJEK
5
Membaikpulih dan mencantikkan taman di SK Assam Jawa dengan
menggunakan barang terbuang
Mewujudkan kemudahan yang selamat kepada pelajar SK Assam Jawa
Memupuk sifat keprihatinan serta mencintai alam sekitar dalam kalangan
pelajar sekolah dan masyarakat
3.0 OBJEKTIF PROJEK
6
Tajuk Projek: REUSE, RECYCLE GARDEN PROJECT
Tema: ENVIRONMENT
Tarikh: 16 SEPTEMBER 2018
Tempat: SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA, KUALA SELANGOR
Pasukan: PENGAKAP KELANA ‘A’ KUALA SELANGOR
Penasihat: ENCIK AHMAD BUHAINI BUHAMY BIN BU NAIF
Mentor: ENCIK ASRUL SHAH
(KONTRAKTOR)
Dengan kerjasama: PASUKAN PENGAKAP ‘A’ KUALA SELANGOR
SK ASSAM JAWA
4.0 BUTIRAN PROJEK
7
1. Perbincangan dengan Penasihat Projek
- Berbincang mengenai butiran projek dan perancangan yang akan
dilaksanakan.
2. Penulisan kertas kerja
- Merancang serta membuat kertas kerja mengikut perancangan projek,
impak, sasaran dan bajet untuk melaksanakan projek.
3. Lawatan tapak di SK Assam Jawa
- Melawat projek dan berbincang dengan Guru Besar SK Assam Jawa
tentang kesesuaian tempat untuk menjalankan projek.
4. Penyerahan kertas kerja kepada Penasihat Projek, Mentor Projek
dan Koordinator SWA
- Penyerahan kertas kerja untuk persetujuan dan penambahan.
5. Gerak kerja mendapatkan sumbangan
- Pengedaran surat untuk mendapatkan sumbangan serta kerjasama
daripada pihak yang berkenaan
6. Permulaan projek
- Projek dimulakan apabila kesemua persediaan telah selesai.
7. Penyerahan Laporan kepada Penasihat Projek, Mentor, Koordinator
SWA, Penyumbang dan WOSM
- Laporan dihantar untuk membantu mereka mengemaskini tentang
perlaksanaan projek.
5.0 MODUS OPERANDI
8
8. Penilaian projek
- Proses penilaian dibantu dan dipimpin oleh penasihat, mentor dan
Koordinator SWA.
9. Penyerahan akhir laporan projek
- Laporan akhir yang telah lengkap dihantar kepada penasihat projek,
mentor, penyumbang, pihak yang memberi kerjasama, koordinator SWA
dan pihak WOSM
10. Sambungan Pemerhatian Projek
- Ahli kumpulan akan membuat pemantauan dan pemerhatian dari
semasa ke semasa di tempat projek untuk tujuan penambahbaikan
untuk mencantikkan taman mini tersebut.
9
Bulan Minggu Aktiviti
Julai 2018
M1 Perbincangan dengan Penasihat Projek Penulisan kertas kerja
M2 Lawatan ke tapak projek
M3 Gerak kerja mencari sumbangan
M4 Projek dimulakan
Ogos 2018
M1 Proses perlaksanaan projek
Proses membuat Laporan Projek Penyerahan kertas kerja
M2
M3
M4
September
2018
M1 Proses penyerahan kertas kerja
Gerak kerja projek Penyerahan akhir laporan lengkap
M2 Penilaian dan penambahbaikkan projek dijalankan
M3 Pemantauan projek yang telah siap
M4
6.0 JANGKAAN MASA PROJEK
10
7.0 LAKARAN & TAPAK PROJEK
TAPAK PROJEK
CONTOH PERANCANGAN MODEL BAHAN KITAR
SEMULA
(Sumber: Google)
CONTOH LAKARAN PROJEK
11
Bil. Barang Kuantiti Harga/Unit Jumlah
1 Simen (1 bag-50kg) 3 beg RM18.00 RM54.00
2 Pasir ½ tan RM65.00 RM65.00
3 Cat Tidak Berwarna 1 RM78.00 RM78.00
4 Berus Cat 3 RM4.00 RM12.00
5 Barangan Perasmian - RM50.00 RM50.00
6 Banner 6 RM 15.00 RM90.00
7 Cat Berwarna 4 RM28.00 RM112.00
8 Kereta Sorong 1 RM90.00 RM90.00
9 Skop 2 RM18.00 RM36.00
10 Span 1 packet RM3.00 RM3.00
11 Perata Simen 2 RM5.00 RM10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM600.00
SUMBER PENDAPATAN
Kutipan daripada ahli RM200.00
Sumbangan daripada pemimpin & orang tertentu RM400.00
JUMLAH RM600.00
8.0 PENGANGGARAN BAJET
KEWANGAN PROJEK
12
Objektif projek ini telah berjaya dicapai. Kami percaya, projek ini dapat
memberi impak dan kebaikan yang berpanjangan kepada pelajar SK Assam
Jawa dan masyarakat. Dengan harapan, projek ini boleh menjadi platform
kepada sukarelawan untuk menyediakan kemudahan yang lebih kreatif dan
inovatif.
9.0 KESIMPULAN
13
BIL. NAMA NO IC NO WOSM
1 SITI NUR IZZATI BINTI ROSLI 990624-05-5268 674081
2 SITI NURSYAFIKAH BINTI MOHAMAD 990314-02-7384 2474066
SENARAI AHLI
14
Disediakan oleh:
___________________
(SITI NUR IZZATI BINTI ROSLI)
Pengurus projek,
Reuse, Recycle Garden Project
Disahkan oleh:
____________________
(NIZAMUDDIN BIN HJ ABD. MAJID)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Assam Jawa
Disahkan oleh:
____________________
(AHMAD BUHAINI BUHAMY BIN BU NAIF)
Penasihat Projek & Pemimpin
Reuse, Recycle Garden Project