PUTERIDELIMA OMAR
PUISI
Puteridelima Omar
- Berumur 36 tahun - Dilahirkan pada tanggal
27hb October 1976- Pendidikan awal di Sek.
Keb. Lendu Alor Gajah Melaka (Sekolah rendah)
- Pendidikan menengah di Sek. Men. Dato Dol Said Alor Gajah Melaka di aliran sastera.
- Melanjutkan pelajaran di bidang peramugari di Malaysian Airlines Centre
- Bekerja di syarikat swasta selama 15tahun
- Dikurniakan dua orang anak bernama Muhammad Fariq Adlan bin Azmi (15thn) & Muhammad Ismat Imran bin Azmi (9thn).
MASJIDIL HARAM AL-MUKARAMAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bersaksikan Masjidil haram Almukaramah
Menjadi saksi ujudnya adam dan hawa
Hadirnya Muhammad raja di jiwa
Tanda Manusia terima sang pencipta
Lalu,
Semua bertasbih munajat bertahmit
Memuji kebesaran Illahi
Siapalah yang mampu menidakkan
Itu semua
Perasaan hati yang menyelubungi
Kebesaran Illahi
Lengkaplah tujuan Ialam sejati
Dalam diri
Nukilan: Puteridelima
Masa: 0830PM
Tarikh: 300712
SUATU MASA DAHULU
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suatu masa dahulu
ada suka ada duka
ada ceria ada bahagia
ada juga lebih sengsara
tapi aku buat leka
suatu masa dahulu
masa tidak mahu kembali
... mengajar akan hidup baru
hidup penuh derita
tidak ada siapa yang tahu
aku malas nk bagi tahu
kerna tak ada siapa nk ambil tahu
hidup merana
aku dan tuhanku yang tahu
deritanya berakhir disitu
suatu masa dahulu
aku menangis di balik pintu
darah merah ada disitu
tapi tiada siapa tahu
kerna mereka fikir bahagia selalu
aku juga tak suka beritahu
hidup bagai neraka yang satu
menangis menangis itu aku tahu
sakit tak tertahan Allah yang tahu
kepada siapa aku nak mengadu
semua orang buat tak tahu
umpama aku tak ujud selalu
ada tak ada mereka tak mahu tahu
suatu ketika dahulu
kenagan buruk sudah jemu
datang berganti satu persatu
kini aku sudah tahu
hidup bahagia
aku kau tak perlu tahu
harapan kau akan tahu
betapa aku amat berseru
mati hidup semula
aku tak mahu
kerna kau ku benci selalu
sampai mati belum tentu
sejuta maaf ku cuba selalu
tapi hati ku kecewa selalu
hingga kini ku tak mampu
hapuskan dendam
yang sudah tepu
maafkan aku bukan ku mahu
kenangan itu membunuh jiwaku
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan: Puteridelima
Masa: 0155PM
Tarikh: 300712
SALAM IZRAIL
~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum ku buka bicara
pada penderhaka dan juga pencinta
hadirku di ketahui semua
datang membawa warkah pencipta
ingatlah akan hadirku
turun tanpa tahu
datang tanpa jemu
... pergi tanpa seru
hadir melihat kamu
perbuatan dosa dan pahala mu
ingatlah akan amaranku
ku renggut roh mu
tanpa belas sesiapa
tidak juga tuhan mu
andai dosa pilihan mu
ingatlah akan suara manisku
ku rindu ingin berjumpa
sedih menyelubungi jiwa
andai kau kekasih pencipta
roh di sambut penuh rela
terus ku bawa ke syurga utama
memberi layanan yang kau suka
pilih saja dengan rela
wahai anak adam yang bijaksana
ingatlah pesan ku...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa: 1035AM
Tarikh: 300712
`RINDU REMBULAN~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Z.A
Rembulan telah beranjak dari kaki langit
Seperti kemarin dan mungkin juga esok
Tidakkah engkau tahu bahwa aku mencarimu
pada setiap kafilah yang lalu-lalang
Tiada yang hendak ku katakan padamu
sahabat selain sekerat harap
Agar engkau melangkah ke tapal batas
dan aku menjemputmu di sana
Atau kirim aku setangkai bunga
Di titian malam yg semakin tua
Dibalik ...daun-daun kering diremang rembulan
Kutemukan jejak-jejak rindu
Dan engkau ada disana
Puteridelima
lalu ku gapai lambaianmu
ku tarik ku pilih lalu ku letak di hati ini
dan kau mendengar degupan itu
seolah olah membenar apa yg ada isinya
namun aku tahu dan kau juga
merungkai rasa rindu di jiwa
melampir rasa gundah di dada
kau dan aku kita sama
melepas rindu sekelip cuma
sedang rindu masih berkelana
lalu ku cuba berkata
aku kau kita masih berkelana
maka mata bertentang mata
Z.A
Cinta tak boleh berhenti pada lafadz belaka,
dia adalah pertautan dua hati
yang sentiasa haus atau dahaga akan kasih-sayang....,
Mata saling bertatap,
hati berbisik dalam sunyinya kembara,
serasa ada bulir-bulir merasuki syukma,
dan getarAn-getaran halus hantarkan bahgia
Dalam dekapanmu yang bisu,
aku menangkap isyarat cinta,
sementara bibir ini kelu,
untuk berucap walau sepatah kata,
untuk mengungkapkan rasa yang tak terkira
,Dengan lafaz aku sayang kamu,
hatiku mengembara nun jauh kesana,
ke relung-relung yang engkaupun
mungkin tak akan tahu
Tatap matamu memberi isyarat
bahwa kau tengah merindukan seseorang,
aku orang itu, emtahlah
Tatkala rindu merasuk di dada,
segalanya terasa begitu indah,
kendati tak terlihat
namun engkau sentiasa hadir disini,
ya disini, di hati ini .
Pagi ini hatimu berbunga-bunga,
bagai lenyapkan sekeping lara,
lara yang telah membuncah,
yang berserak di jalan panjang
yang telah kau lalui,
jalan yang pernah menabur senyuman
dan tawa bahkan juga airmata....,
Aku tak akan membawamu kemanapun.....,
namun aku sentiasa ada dimanapun engkau berada...
,Kurebahkan keluh di atas segala harapan
sementara kucoba merenda mimpi-mimpi
di hari-hari yang tersisa
butir-butir rindu beku sudah di altar penantian
entahlah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kolabisasi antara : (Indonesia & Malaysia)
Zulkifli Abdy & Puteridelima
Masa: 0101AM
Tarikh: 280712
BENGKALAI RINDU
~~~~~~~~~~~~~~~
Z.A
Tatkala ku lihat orang-orang berebut mengais bengkalai rindu disudut malam
Ingin rasanya aku menjadi salah seorang diantara mereka
Siapa nyana kita dapat bersua disana
Puteridelima
Lalu ku ungkai janji ingin krsana mencari kedamaian hati. Bengkalabg rindu ini tidak di bendung lagi akan ku utarakan ucapan ini
Z.A
Malam beranjak kian jauh, sementara remmbulan perlahan tinggalkan kaki langit, engkau tersenyum dikesendirianmu, merajut mimpi seraya menjemput asa . . ,
Puteridelima
Sementara rembulan meninggalkn malam aku masih disini..melayan naluri hati yg kemarau mencari kasih sejati tanpa rasa jemu tanpa rasa roh dan jiwa
Z.A
Andai engkau coba terusuri jejak-jajak malam, memungut satu-satu keping-keping rindu, yg berserak diantara daun-daun kering di remang rembulan, niscaya akan engkau temukan kedamaian, diantara puing-puing keputus-asaan yg mulai membeku,
*Diantara puing-puing keputus-asaan yang mulai membeku, niscaya akan engkau temukan kedamaian....,
Puteridelima
Lantas aku menari -nari tanda restu jika kasih itu telah ku ketemu akan ku war+warkan satu dunia ku telah bertemu pujangga rindu mengubat lelah di kalbu biar ibu ku tahu tidak perlu gusar lagi hati ku telah dimiliki
Z.A
Rindu yg kerap engkau sengketakan itu akankah cair di altar penantiann, sementasa hatimu belum sepenuhnya terbebas dari bayang-bayang kelam, yg engkau sendiri tak pernah kehendaki . . ,
Puteridelima
Lalu ku laju menari di pentas dunia ini menikmati keindahan rindu itu kita menari tanda rindu walau tarian itu tanpak canggung namun kita pandai menari lantas tiada siapa tahu Bermadu kasih mencurah rindu ..rindu di kejauhan rasa.semalam ketemu sedang kau dan aku tahu penghujung belum tentu kerna kau bukan mililku dan aku hanya perindu
Z.A
Tengadahkan wajahmu ke langit lazuardi, rembulan temaram di balik awan yg berarak, angin semilir mengusik lamunan, hati yg terawang memanggil sebuah nama, di tapal batas antara ada dan tiada,akukah mawar asuhan rembulan itu
Puteridelima
Namun rembulan memberitahu apa yg ada di isi hatimu lalu di sampaikan khabar baru yang di tunggu-tunggu untuk menghilang rasa buntu kamulah mawar berduri mawar putih kesukaan ku mawar dari seberang memberi haruman idaman tanda aku di kenang
Z.A
Kurajut percah-percah malam, Kan kujadikan sehelai mimpi, Kurenda embun dinihari, Kujadikan selimut hati nan gundah, Kubiarkan angin leluasa, mencumbui sendiriku....,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kolabisasi : (Indonesia & Malaysia)
Zulkifli Abdy & Puteridelima
Masa 0250AM
Tarikh : 280712
RINDU BERKELANA
~~~~~~~~~~~~~~~~
lalu ku ungkap kata kata shahdu
membenarkan hati memiliki
rasa beriringan
hati bergetaran
lalu kau kirimkan kata azimat
di tepian pendengaranku
dengan lafaz aku sayang kamu
... namun aku tahu dan kau juga
kita tetap sama
merungkai rasa rindu di jiwa
melampir rasa gundah di dada
kau dan aku kita sama
melepas rindu sekelip cuma
lalu kau berikan ku isyarat cinta
seolah mahu membawa ku juga
sedang rindu masih berkelana
lalu ku cuba berkata
aku kau kita masih berkelana
kini aku tau siapa aku di matamu
nafas ini selancar dulu
langkah ini seindah dulu
jiwa ini semekar dulu
kini aku sungguh bahagia
merungkai rindu di jiwa
bawalah aku kemana saja
agar kita akan bahagia
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan: Puteridelima
Masa:0622
Tarikh: 290712
RINDU DAN OMBAK
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dikala aku kerinduan
ombak itu menjadi teman
Di kala aku keresahan
ombak itu juga kawan
mencurah perasaan
Cerita tentang rinduku
buat si dia
... cerita tentang rindu ku
yg terpendam
Dikala aku tidak dapat berkata apa apa
akan ku hadir di ombak itu
mencerita segala kerinduan
kerna kutahu ombak itu
akan sampaikn salam
Salam penuh kerinduan
dari insan yg merindu
lalu aku hadir kesitu
mencerita baris - baris rindu
moga dia pun tahu
segala isi hatiku
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : PuteridelimaMasa:0631PMTarikh: 290712
BUAT BONDA KU BERNAMA MARIAM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Disudut itu terlihat wajah
wajah ayu dan sayu
wajah rindu kini dahulu
hadir setiap mimpiku
melihat merenung menunggu
khabar jauh begitu
masih lagi di sudut itu
aku bermenung menangis
terkenang hidup ku dan kamu
saat gembira suka duka
namun aku tetap rindu
rindu akan pelukan mesra
ciuman sekilas cuma
mohon ampun wahai Bonda
anakda mu sakit tidak terkata
muntah darah cuba di jaga
esok lusa mungkin ku tiada
sakit ku bertambah cela
tidur tak lena di bayangi derita
siang malam sakit tak terkata
mungkin bonda tak pernah rasa
atau juga tak tahu nak kata
derita ku ini di hujung nyawa
entah esok atau lusa
kita tidak bersua muka
ku harap kau ampunkan dosa
aku hanya ingin bersuara
amarahku padamu tak pernah ada
ku tahu kau sentiasa disana
doakan agar hidup ku bahagia
cuma bonda berilah masa
aku derita di hujung nyawa
mencari penawar yang belum jumpa
sakitnya tidak terkata
hingga ke tulang rasa
aku cuba ingin ketawa
menyembunyi apa yang ku rasa
namun bonda aku tak lama
badan kurus selera tak ada
umpama hidup mati tak kena
andai aku di jemput olehnya
tahulah bonda aku tak kecewa
ku tahu kau harap ku bahagia
sentiasa doa di hujung rasa
jasa mu bonda tak pernah ku lupa
sentiasa ada dalam jiwa
cuma bonda berilah masa
akan ku kembali merungkai semua
dengarlah bonda suara ku ini
aku sakit tidak terkata
berubat sudah sana sini
amalan juga tak pernah berhenti
hanya Allah menjadi saksi
berdiri juga tak gagah lagi
aku cuma ingin bersuara
rinduku ini tak terperi
moga kau tak salah sangka
aku derita bukan kecewa
kerana perbuatan manusia puaka
dengarlah bonda ingin ku bersuara
aku rindu pada mu tidak terkata
moga semua sedia kala
kerna kau tak pernah ku lupa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa : 1144AM
Tarikh : 270612
WAKTU
~~~~~~~~
aku berjalan menyusuri waktu
waktu antara kehidupanku
sakit dek perbuatan kurafat manusia
semalam aku di khabarkan
tentang perihal buruk mu
aku tidak akan memaafkan mu
tidak sama sekali
kerna aku terlalu benci akan kamu
aku bersumpah tidak akan memaafkan mu
jangan lupa janji ku
akan ku tuntut hingga di hadapan
pencipta kau dan aku..
Nukilan : Puteridelima
KISAH KAU AKU DAN DIA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam ada cerita
cerita tentang kita
tentang kau aku dan dia
cerita gembira sedih dan duka
semalam punya cerita
ku kenal dia tanpa duga
dari sebuah laman cerita
cerita bercerita
muka buku punya angkara
kenal mengenal antara kita
sombong pula mula - mula
akhirnya aku tahu cerita
cerita buat aku ketawa
hingga dinihari tidur tak lena
teringat akan cerita
cerita lucu tah apa - apa
makin kenal antara kita
perasaan jiwa dan rasa
semalam tetap punya cerita
ku pasti akan bercerita
esok lusa dan selamanya
kau aku dan juga dia
bercerita tentang kita
masa kini dn selamanya
semalam punya cerita
aku sangat suka
buat ku kenal kau dan dia
buat ku rasa cinta
yang pasti aku gembira
cerita semalam buat ku gembira
lalu ku tulis puitis jiwa
buat mu wahai saudara
moga kau aku sahaja yang rasa
cerita tentang kita
sungguh kecil dunia ku rasa
kita bersua dan kenal rasa
tentang kisah semalam punya cerita
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa : 1029AM
Tarikh : 220612
PETANG INI AKU DERITA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
petang ini aku menangis
entah kenapa
menangis semahunya
kerna sungguh derita
derita menanggung
hasad dengki manusia
petang ini aku menangis
... ingin ku bersuara
berkata kata tentang rasa
tentang siksa yang ada
petang ini aku menangis
tangisi akan jiwa
walau wasiat telah tersedia
aku tetap mahu hidup lama
melihat mencari apa yg belum aku ada
mencurah rahsia cinta
cinta yang di damba lama
petang ini aku menangis
kerna sakit yang kesuma
merata mencari penawar jingga
hampir tutup mata
kesana pun belum ada
disini entah lagi hampa
petang ini aku menangis
kenang apa yg menimpa
di timpa azab dunia
kerna kebodohan manusia
kenapa mengapa aku pun tak tanya
kerna hidup ku mungkin tak lama
petang ini aku menangis
kerna mengharap si putera sahaya
datang memberi hati yang setia
berbakti menjaga jiwa
hidup aman memang impian juga
petang ini aku menangis
tangisku agak lama
takut tak akan bersua
berjumpa juga jenaka
menjadi penawar jiwa lara
buat kanda dan sanak saudara
harap kau semua suka
apa yg aku ada
andai esok ku tutup mata
maaf ku pinta buat mu semua
dosa harap jangan di simpan dalam jiwa
kelak aku merana di sana
pinta ku cuma sekelumit saja
berilah rasa cinta
moga kau aku dan semuanya
bergembira sebelum ku tutup mata
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa:0557PM
Tarikh : 190612
PERASAAN HATI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dinihari di tusuk kesejukan embun
memberitahu akan perasaan yang hilang
embun itu menjadi saksi kepada keresahan
keresahan perasaan memikir akan kehidupan
dinihari ini masih lagi buat ku bermenung
bermenung akan masa hadapan
mencari tercari mengenali hati
... hati yang di landa kerinduan
rindu pada pasangan yang belum ku temankan
rindu pada si dia entah siapa
rindu yang ingin aku cemeraikan
perasaan yang entah kenapa
dinihari masih lagi di sini
mengkhabarkan tentang diri
tunggulah sampai suatu hari
pasti ada yang akan sudi
dinihari yg tenang ku rasai
aku masih mencari siapa jejakayang kan bertahta di hati
berjaya mencuri merobek perasaan ini
cinta yang ada ingin ku beri
buat jejaka menjadi idaman hati
siapa itu aku pun tak pasti
ku cari disana di sini belum ku temui
entah kenapa aku sudah tak mahu tunggu lagi
siapa saja akan ku setujui
memberi hati yang ada pada ku ini
untuk di cinta dan juga di rindui
siapa jejaka yang akan memberi hati
untuk aku yang disini menanti
ku tanya sana ku tanya sini
siapa- siapa yang sudi
bercinta mencurahkan perkataan hati
tentu indah bila kita menikmati
perasaan jiwa yang memang kita nanti
kau dan aku tersedia disini
melengkapi setiap detik hari
kau dan aku siapa pun tak pasti
dari mana yang akan datang nanti
mencari memberi cinta nan sejati
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa: 1105PM
Tarikh : 180612
BILA AKU KAU PANGGIL SAYANG
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila aku kau panggil sayang
terharu
terasa bergegar kepingan jantungku
luruh seluruh debaran gemuruhku
lalu ku cuba senyum tanda keliru
bila aku kau panggil sayang
lemah gemalai tempurung lutut ku
seperti setuju akan kata-kata mu
tetapi masih keliru
lantas ku amati apa yang ku mahu
... mencari- cari arah tuju ku
tapi aku tetap keliru
masih lagi bila aku kau panggil sayang
kali ini aku selamba
tanda suka atau ceria
entahlah aku belum bersedia
mencari siapa yang akan menerpa
lalu ku senyum tanda suka
kau pula muncung mencuka
tanda kasih aku buat leka
tapi aku malas nk buat cerita
ku biarkan dia merapu seketika
lalu mata di biar bertentang mata
aku lari tanda tak suka
cara pandangan yang ada makna
aku bukan ingin mencari selera
tapi hanya mahu merasa
bercinta merindu dan juga tah pape
itulah saat aku bahagia
sekali lagi ku kau panggil sayang
aku mudah rasa selesa
walau begitu berikan masa
supaya mindaku akan terbuka
menerima sayang yang penuh makna
atau masih ku biarkan kau terus berjenaka
inilah perasaan yang ingin ku kota
tunggulah aku kalau kau rasa
esok lusa aku tak kira
masih menunggu citarasa
datang menjelma
ku kau panggil sayang
untuk buat ku rasa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa : 0959PM
Tarikh : 120612
AKU
~~~~
berikan aku kekuatan
menghilang perasaan
perasaan yang bercelaru
terkenang tindakan tak perlu
berikan aku semangat
menuntut apa yang ku tahu
memberi pengajaran
... untuk di ingat selalu
supaya tidak lagi begitu
lebih menghormati perasaan ku
tentang perasaan mulus ku
tentang naluri halus ku
tentang tegar emosi ku
berikan aku jalan
jalan menuju kamu
mencari keserasian itu
yang ada antara kau dan aku
yang masih tidak tahu
tentang jiwa nan mulus itu
kerna kau mula memaksa ku
aku tidak suka begitu
berikan aku cahaya
dari cerowong laluan itu
terus kelubuk sanubari ku
hadir tanpa di seru
memberi tanpa kau dan aku
mencari keserasian
kehidupan - kehidupan sesalan
agar tidak hadir kemudian
berikan aku restu
restu sang penciptaku
latas ibu bapa yang satu
tersenyum tersipu di situ
mengharap aku setuju
tanpa ada rencah soalan ku
menurut seperti selalu
khabarkan juga padaku
khabar gembira yang aku tak mahu
khabar di paksa buat begitu
membuat semua tersenyum tanpa restu
memberi apa yang mereka mahu
asal suka hati perasaan ku tak perlu
robek resah setitis cetusan hiba
hadir dalam kemelut perbuatan
perbuatan kau dan aku
perbuatan aku dan kau
sudah pasti aku tak mahu
memperbodoh akal bijak ku
kerana ikut kata nafsu
nafsu yang muncul
dalam sendu
memberi kau dan aku
kini aku biarkan ia berlalu
kerna akal ku belum tepu
masih berkembang
walau masa berlalu
kerna ku akan asah selalu
menajam memikir dengan jiwaku
kerna ku tahu
apa yang ku mahu
hidup dalam restu
Allah nan satu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa : 1021PM
Tarikh : 070612
JIWA YANG AMARAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bila malam ku di gegar suara rimba
hati ku mula rasa resah
bila malam ku di tegur suara laut
jiwa ku gelisah
bila penglihatan ku di hidang kekesalan
terjunan hujan seolah tidak mahu bersabar lagi
lalu turun mambasahi perasaan yang amarah
... hari ini hati terguris
di guris oleh sifat manusia durjana
hari ini fikiran di robek
robekan orang yang tidak berakal
mematahkan hati yang lain
hari ini mungkin juga aku siksa
di siksa oleh jiwa kurafat manusia
malam ini berjiwakan filem hindi
bersama cerita yang amat memukau
ternyata gagal membuatkan aku reda
malam ini di sulamkan lagu- lagu jiwa
dendangan Allahyarham sudirman
tetap juga tidak berganjak
perasaan amarah ku ini
lalu ku palingkan jiwa yang rosak d robek
berceloteh bersama rakan- rakan
tetap tidak cukup
lalu ku komunikasi bersama
mengharap hati akan tenang
namun kegagalan jua
lu tanpa berlengah ku perdengarkan
suara manis ibu ku
tenang sementara hati ini
hilang sementara resah ini
pergi sementara perasaan ini
lalu ku muhasabah diri
mencari penyelesaian buat perasaan amarah ku ini
apakah aku kejam
melemparkan kertas berupa amaran
apakah aku kejam
kerana tidak mahu diri di pergunakan
memperjuangkan hak mencari kemungkinan
apakah aku kejam
menyelamatkan diri dari pelbagai ugutan
apakah aku kejam
memperjuangkan hak yang lama terbiar
telah ku peringatkan
jangan kau perbodohkan aku
telah ku amarankan
jangan kau mencabar kesabaran ku
telah aku membiarkan jiwa ini
bersabar bertahun
walau hati tidak membenarkan
lalu ku putuskan
mahkamah tempat termeterai perjanjian
agar kau lebih faham
agar kau lebih menghormati
agar kau lebih mengetahui
aku sudah tidak tahan lagi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa : 1155PM
Tarikh : 070612
BUAT TEMAN KU MAA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kau ku kenal melalui tinta
tinta di beri oleh kanda
kau dan aku punya cerita
cerita tentang mencurah rasa
kau ku kenal melalui dia
dia yang kau kenal begitu juga
orangnya memang istimewa
... kawan yang tidak kira rupa dan harta
kau ku kenal entah siapa
dari mana asal dan juga keluarga
begitu juga latar belakang kerja
aku tak kesah itu semua
cuma kau dan aku punya satu rasa
suka bercerita melalui tinta
kau ku kenal entah siapa
kita bercerita mencurah rasa
siang dan malam aku pun tak kira
asal kau suka apa yang ku suka
menulis puisi itu citarasa
kau pula suka nak baca
kepala pecah aku pun nak buat juga
sekadar menghibur hati ku yang lara
MAA kau kawan satu - satunya
selalu buat aku suka
ingin menulis sedaya yang ada
mencuit hati sesiapa jua
kau ku kenal melalui tinta
tinta di beri oleh kanda
kenalan ini sangat berharga
belum tentu akan ku lupa
usah di risau pasti ada
puisi buat mu baca
kerna minat ku memang dah ada
lambat macam mna kau akan terima
cerita - cerita yang aku reka
ada juga kisah yang ada
ada juga cerita siapa
asal kau suka aku pun suka
walau kita kenal melalui tinta
inilah puitis buat mu jejaka
warkah dari kawan sehaya
hibur hati yang lara
moga kau suka nak baca
tersenyum tu jangan lama - lama
nanti kau tak jadi kerja
ini sahaja yang aku ada
buat kau wahai jejaka
mungkin esok lusa akan ku cuba
mereka cerita melalui tinta
……………………………….
Nukilan : Puteridelima
Masa : 1001PM
Tarikh : 020612
SIRNA HATI KU
~~~~~~~~~~~~
Semalam ku dengar desiran laut cina selatan
di waktu malam jam 13 setengah
sedang mata nyatakan kemelutnya
hati ku masih menerawang degupan jantung
fikiran tidak lagi tertumpu di atas gebar
lalu ku bangun ingin usai perasaan
lalu ku teringat kawan- kawan di alam maya
... begitu juga rakan sekerja
mungkin juga gelagat bos yang tak berapa nak ceria
mak ayah adik kakak dan juga abang
lantas aku di kejutkan dengan ingatan
banyak sungguh kertas kerja yang belum selesai
desiran laut cina selatan itu menggamit lagi
memanggil aku pulang ke pangkuan
suara kakak adik ibu ayah
seolah memaksa aku kembali
oh sungguh rindu
namun desiran laut cina selatan itu
masih mengingatkan aku
ingat tentang tuntutan waktu
tuntutan kerja
tuntutan amanah ku
hingga aku jadi keluru
hendak ku ikut kata hati ku
kelak akan undang binasa
hendak ku ikut kata otak ku
kelak esok aku yang cela
hendak ku ikut kata langkah ku
entahlah mungkin aku yang sirna
lalu ku gagah jua akan semangat ini
demi sebuah pengorbanan yang hakiki
untuk ibu ayah dan semua yang ku kenali
janji tetap akan tunai janji
kuharap doa mu semua hingga kemati
agar ku berjaya disini nanti
ingin ku genggam hingga ke hati
kejayaan yang bakal menanti
walau jerih tak pernah ku peduli
rasa rindu yang tak tertahan lagi
aku tidak akan kembali
hingga semuanya selesai nanti
atau mungkin aku dah pasti
genggaman ku erat tak kulepas lagi
wahai ibu ku serahkan pada mu
mencari jodoh yang kau puas hati
sudah penat meniti mananti
menunggu sang teruna
mencuri hati bawa ku pergi
hidup bersama hingga ke mati
kini aku malas nak fikir lagi
rahsia ibuku aku dan sang pemberi
ku harap datang juga suatu hari nanti
gerakkan hati tak kan tertutup lagi
moga sesiapa saja datang merapati
insyaAllah akan ku terima
buat peneman diri
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa : 0101PM
Tarikh : 020612
NUKILAN BUAT KANDAKU RINI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ingin ku nyatakan kerinduan ini
tapi ada saja yg menghalang
ingin ku ungkapkan kerinduan ini
tapi ada saja sisa - sisa cela
jauh di sudut hati ini ku letakkan sebuah harapan
harapan ingin ketemu
kanda pujaan
di sudut hati itu bersama lembayung perasaan
... ingin ku peluk akan diri mu
jauh keseorangan
agar kau tidak kesunyian
agar kau masih berteman
agar kau akan rasa dinginnya perasaan
jauh masih di sudut hati ini
ingin ku curahkan darah keyakinan
agar akan masih kau mengerti
erti sebuah persahabatan
erti adanya kenangan
erti hadirnya teman
aku ingin masih menyatakan kerinduan ini
khas buat kanda ku yg jauh di sana
berkejar- kejar belum pasti sampai
berlari- lari belum pasti ada
namun masih ingin ku rungkaikan
kemelut sebuah perasaan
ingin ketemu penawar permasalahan
agar kita saling bahagia
bersama sebuah perjuangan
walau tidak serupa
ku pasti tujuannya tetap sama
sabarlah wahai kanda
ku perjuangkan tenaga
ku kerahkan bahasa minda
ku teruskan perbuatan
akan ku terus berdoa
moga kita di pertemu
agar tiada lagi kesah gelisah ku
akan ku buktikan rasa kasih ini
padamu yg amat ku rindu...
kerna yang pasti
hadirku disini
bukan untuk mengeji malah mencaci
hanyalah lemparan sebuah kerinduan
buat mu wahai kanda pujaan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa : 0918pm
Tarikh : 31/05/2012
JUMAAT YG INDAH
~~~~~~~~~~~~~~~~
Jumaat yang indah di taburi rintikan hujan
aku melalui denai-denai jalanan kegusaran
merenung jauh akan kehidupan
mencari punca sebuah kegagalan
namun di sudut sana
aku melihat setitik cahaya
... melambai kearah ku
seolah menanti hadirnya diri
menyambut sedikit semangat tun teja
pandangan ku terlihat
sebuah kehidupan segar di penghujung cahaya sana
pagi yang indah di susuri
kesejukan mengiringi perasaan
yang dalam kesamaran
aku lampiri pandangan perjalanan
kehidupan yang jauh kedepan
tiba- tiba aku terhenti seketika
berfikir bersama kotak pautan fikiran
mencari siapa diri ini
akan kepastian sinar esok hari
kini aku mengerti
lingkaran kehidupanku
kebahagiaan yang betul - betul jitu
menanti menunggu hadirnya aku
kau dan aku tahu
semuanya telah bersatu
demi sebuah impian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa : 0745AM
Tarikh : 250512
MALAM
~~~~~~
Pekat malam mengalunkan gemersik sapaan
sapaan yg hadir dari deruan angin yg lembut
pekat malam seolah mengerti akan perasaan nipismu
tanpa pancaran lampu2 jalanan
tanpa bunyian kenderaan
tanpa nyanyian ungas menceritakan perihal
ternyata kau masih sayu
terkenang kisah lalu
... memikirkan akn masa depanmu
entah kau sendiri belum tahu
pekat malam menyampaikan padaku
kegusaran hati mu yg ingin di beritahu
kesedihan jiwamu yg ingin kau catu
kedukaan roh mu tanpa tamu
kehidupan jasadmu yg kau ragu
ternyata aku tidak dapat memberitahu
betapa aku merasakan sesuatu
detikan jantungku yang di sentuh hal mu
ternyata kehidupan ku lebih suka
ternyata betapa aku lebih bahagia
ternyata aku lebih selesa
ternyata aku lebih semua
aku bersyukur
tapi adakah aku bahagia
mendengar segelintir cerita dukamu
menyentap kemelut nurani ku
merentap kepandaian akal ku
meresap keseluruh tubuh ku
sungguh aku tewas
sungguh aku mengalah
sungguh aku tidak mampu
tidak terjangkau menjadi lebih baik dari mu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : Puteridelima
Masa : 0933PM
Tarikh : 23 Mei 2012
KATA BURUNG
~~~~~~~~~~~~~~
Ya tuhanku aku bersyukur
Ya tuhanku aku redha
Ya tuhanku aku pasrah
Menjadi mahluk ciptaanmu
Walau sekerdil ini
Lalu aku terdengar
Ku lihat kekuatan Illahi
Nun jauh sehasta alam
Nun jauh seluas lautan
Nun jauh sejauh pandangan
Betapa besar kebesaran Allah
Hingga aku meluncur laju berterbang
Aku lupa akan diriku
Aku terbang hingga kehujung dunia
Lalu aku menangis,Melihat manusia khufur
Kini aku tahu betapa aku bersyukur menjadi burung
Kerna aku warga syurgawi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilan : puteridelima
Masa :0215PM
Tarikh : 310712
Telah ku cari cahaya
Dalam kelam tutupnya mata
1. HARUMAN KASTURI
harum kasturi kijangsentiasa di jariwalau dahulutidak pernah ku pegangtapi kini ku bawake mana pergiwahai kasturi kijangaku bukan percaya..