7/29/2019 laporan amali batuan 2
1/23
_________________________________________________________________________________
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
JALAN YAACOB LATIF
56000 CHERAS
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS
TUGASAN A : PEMEROLEHAN ILMU
ILLEY IZYANI BINTI IBRAHIM
901206-06-5052
5PISMP SAINS 1
1
7/29/2019 laporan amali batuan 2
2/23
Awan
1a. Terangkan jenis-jenis awan dan ciri-cirinya.
Terdapat tiga jenis awan iaitu cumulus, startus dan juga cirrus. Nama nama awan
ini diberi berdasarkan kedudukan awan ini terbentuk pada aras yang tertentu. Dengan kata
nama lain, awan diklasifikasikan berdasarkan ketinggian dan tekstur awan tersebut yanf
dapat dilihat daripada permukaan bumi. Sebagai contoh, awan yang terbentuk di aras yang
tinggi iaitu berada diatas 20,00 kaki dan diberi nama cirro. Manakala awan yang berada
pada ketinggian sederhana diberinama alto yang kelihatan dalam ketinggian antara 6,500
dan 20,000 kaki. Dari segi tekstur pula, dapat di rumuskan beberapa komponen awan dalam
system klasifikasi ini iaitu, cirro mempunyai bentuk seperti rambutt, strato pula yang berjalur-
jalur, nimbo yang menandakan hari hendak hujan dan cumulo yang berbentuk seperti
himpunan awan besar.
Secara terperinci awan yang mempunyai bentuk cumulus adalam dalam bentuk heap
atau timbunan. Awan ini boleh didapati dalam ketinggian mencecah 50,000 kaki dari tanah.
Secara amnya awan ini berbentuk seperti kapas yang gebu. Terdapat beberapa jenis awan
yang berbentuk cumulus antaranya adalah cirrocumulus iaitu awan gebu yang kecil,cumulus
iaitu awan gebu besar, awan gebu yang lebar dan flat dibawahnya yang dipanggil
stratocumulus, altocumulus iaitu awan gebu bersaiz serdahana dan cumulusnimbus iaitu
awan yang besar dan gelap.
Bentuk-bentuk dan saiz-saiz awan cumulus ini adalah bergantung kepada daya
pergerakan tujahan keatas daripada udara panas dan juga bergantung kepada tahap
kelembapan air. Awan cumulus besar terbentuk apabila udara panas bergerak keatas
dengan sangat cepat dan awan ini boleh memanjang keatas sehingga beratus meter.
Manakala, cumulus kecil pula terhasil dalam keadaan cuaca yang cerah.
Rajah: awan cumulus
2
7/29/2019 laporan amali batuan 2
3/23
Rajah : Awan cumulunimbus
Seterusnya adalah altocumulus. Panggal nama awan ini iaitu alto bermaksud awan
ini berada pada aras ketinggian sederhana iaitu diantara 2000 dan 7000m. disebabkan
awan ini berada pada altitude yang rendah, awan ini terdiri daripada daripada titisan air,namun begitu boleh juga terdiri daripada Kristal ais apabila suhu menjadi terlalu sejuk.
Kebisaannya awan ini terbentuk dalam kumpulan. Awan ini juga dikategorikan kepada awan
yang berbrntik globular yang mana lebih besar daripada cirrocumulus dan lebih kecil
daripada stratocumulus. Seperti juga awan cumulus, altocumulus terhasil daripada konveksi.
Kebiasaanya awan ini berwarna putih dan kelabu. Malah awan ini juga seringkali dilihat
dalam bentuk fragmen atau berpecah-pecah di belakang system hadapan bersama-sama
dengan awan startus serta awan stratocumulus.
Selain itu, awan ini juga biasa dijumpai diantara peringkat panas dan sejuk walaupun
jenis awan ini sering kali terlindung oleh awan yang lebih rendah. Kehadiran awan ini pada
waktu pagi boleh memberi petanda atau isyarat akan berlakunya petir pada waktu petang.
Hal ini terjadi kerana ini menunjukkan ketidakstabilan konveksi atau olokan di peringkat
pertengahan troposfera. Isyarat petir seperti ini amat berguna kepada mana mana industry
penerbangan di seluruh dunia.
Tambahan lagi, salah satu bentuk awan altocumulus iaitu
altocumulus lenticularis adalah menyerupai seperyi piring terbang dan sering kali disalah
anggap seperti objek yang tidak dikenali unknown object.
3
7/29/2019 laporan amali batuan 2
4/23
Awan yang seterusnya adalah dari kumpulan stratus. Startus dalam bahasa latin
bermaksud menyebarkan. Awan jenis ini berwarna kelabu yang sekata dan sering kali
dilihat meliputi keseluruhan langit. Malah awan ini dilihat seperti kabus tetapi tidaklah
mencapai ke permukaan bumi. Kebiasaannya apabila turunnya hujan, awal ini tidak
menghasilkan mendapan tetapi dalam bentuk hujan renyai-renyai.
Awan jenis ini juga berada pada ketinggian serdehana yang mana dipanggil sebagai
altostratus. Awan ini berwarna kelabu atau kelabu kebiru-biruan yang terdiri daripada Kristal
ais dan titisan air. Pada bahagian awan yang nipis yang mana menutupi matahari, matahari
akan kelihatan kabur seperti cakera bulat. Altostratus juga boleh memberi isyarat akan
berlakunya petir pada waktu yang berikutnya, Awan berbentuk stratus juga membentuk
awan nimbostratus. Awan ini membentuk awan gelap, lebab dan diikuti hujan atau turunnya
salji. Janis awan ini kadangkala membentuk mendakan yang berbentuk ringan ke
serdahana.
Rajah: Awan stratus
4
7/29/2019 laporan amali batuan 2
5/23
Rajah : Awan Altostratus
Rajah : Awan Nimbostartus
Terakhir sekali adalah awan cirrus. Cirrus dalam bahasa latin bermaksud awan berbentuk
rambut ikal. Awan ini terhasil pada ketinggian atas 18000 kaki dan sangat nipis, ringan dan
seperti bersayap. Awan ini juga berwarna putih. Malah, awan-awan ini adalah sangat tinggi
dan mereka terdiri daripada komposisi ais Kristal serta boleh muncul dalam satu tata
susunan warna yang indah apabila matahari berada pada horizon yang rendah. Awan ini
juga kebiasaannya bergerak di langit dari barat ke timur.
5
7/29/2019 laporan amali batuan 2
6/23
Rajah : awan cirrus
6
7/29/2019 laporan amali batuan 2
7/23
1b. Terangkan faktor-faktor yang boleh digunakan untuk meramal hujan.
Antara factor factor yang boleh digunakan untuk meramal cuaca adalah Arus udara sejuk ,
Arus udara panas, suhu, arah dan kekuatan angin, dan juga kelembapan udara.
Pertamanya arus udara sejuk . Jisim udara ini bergerak an boleh dijejaki dari masa
ke semasa. Jisim udara ini boleh menentukan suhu, tahap kelembapan serta tekanan air di
sesuatu kawasan. Arus udara ini mempunyai beberapa jenis, pertamanya adalah arus udara
sejuk.Arus udara sejuk ini berlaku apabila terdapat udara sejuk di bahagian belakang arus
yang menolak masuk di bahagian bawah udara panas, dan menyebabkan udara panas naik
ke bahagian atas lapisan udara, apabila udara panas ini dipaksa naik ke atas, wap air dalam
udara panas ini akan termeluwap dan menjadi awan dan hujan yang mungkin akan lebat
sepanjang laluan arus udara sejuk ini.
Seterusnya adalah arus udara panas. Arus udara panas ini boleh digunakan untuk
meramal hujan. Udara panas ini terhasil dimana jisin udara pans bergerak ke jisim udara
sejuk. Disebabkan udara panas adalah kurang tumpat, ianya mudah tergelincir dan melalui
udara sejuk. Pada mulanua, awan cirrus mungkin terbentuk. Kemudian diikuti oleh awan
stratus dan beberapa mendapan sama ada hujan ataupun salji. Wpanila arus udara ini
melaluinya, langit akan kembali cerah dan tekanan air meninggi. Suhu juha meninggi yang
mana udara panas menggantikan udara sejuk.
Faktor seterusnya adalah arus tetap, atau Stationary Front. Walaupun jisim udara
bergerak dan kadangkala tidak dan menghasilkan arus tetap. Kebiasaanya pemendakan
dan angin yang perlahan akan terhasil pada kawasan yang mempunyai arus tetap.
Tekanan udara juga boleh digunakan untuk meramal hujan. Kawasan yang
mempunyai tekanan yang tinggi mempunyai tekanan yang lebih tinggi daripada kawasan
sekeliling. Perbezaan tekanan ini boleh menghasilkan angin. Pada kawasan ini, udara
adalah lebih tumpat daripada kawasan yang mempunyai tekanan rendah. Hal ini
menyebabkan udara akan bergerak daripada kawasan yang mempunyai tekanan yang
tinggi ke kawasan yang tekanan rendah. Angina akan bertiup daripada kawasan yang
bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah.
Bagi kawasan yang pertekanan rendah, angin biasanya bertiup daripada kawasa
yang rendah tekanan disebabkan udara, seperti gas yang mana bergerak dari kawasan
yang tekanan tinggi ke tekanan rendah. Apabila angina bertiup di kawasan yang rendah
7
7/29/2019 laporan amali batuan 2
8/23
tekanan, udara akan akan bergerak ke atas. Pergerakan udara yang ditujah ke atas ini
boleh menyebabkan bembentukan angina dan menghasilkan hujan.
Seterusnya, kawasan yang mempunyai daya tekanan udaya yang rendah boleh
menyebabkan udara ditiup ke kawasan yang bertekanan rendah. Seperti juga sifat gas yang
lain, iaitu udara akan bergerak dari kawasan yang tinggi tekanan ke kawasan yang
bertekanan rendah. Apabila angin bertiup, udara naik keatas. Pergerakan udara ke atas ini
boleh menyebabkan pembentukan awal dan hujan akan turun.
Kelembapan dan wap air diudara juga boleh digunakan untuk meramal hujan. Udara
seperti juga gas akan mengembang dalam suhu yang tinggi. Jadi udara mampu memegang
banyak wap air pada suhu yang tinggi. Jumlah kelembapan udara boleh memberi kesan
betapa cepatnya air disejat daripada permukaan seperti di jalan, sungai, tasik, malah kulit
kita sendiri. Jadi jika kelembapan udara adalah mencapai 100 %, kita akan dapat perhatikan
bahawa keadaan diluar adalah lembab. Ini tidak bermaksud hari akan hujan. 100 peratus
kelembapan udara adalah tepu dan udara memegang air serta kelembapan semaksimium
yang mungkin. Atas sebab itulah, keadaan sekeliling aan kelihatan berkabus . tetapi udara
tidak semestinya tepu untuk hujan turun. Sekiranya hujan, ini bermaksud bahawa titidan air
adalah sangat berat berbanding udara di sekeliling. Secara amnya, hujan akan turun
sekiranya kelembapan udara adalah kurang daripada 100 peratus.
Angin juga boleh menyebabkan hujan. Angin boleh menyebabkan udara bergerak
dari kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah. Semakin tinggi
perubahan tekanan yang ada semakin kuat tiupan angin. Di Malaysia secara am nya,
taburan hujan di Malaysia diepengaruhi oleh angin. Ciri-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai
suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya
lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali
mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk.
Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada
langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut. . Monsun Timur Laut
membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung
Malaysia dan barat sarawak. Angin ini membawa hawa sejuk dari pergunungan dan angin
serta hujan yang banyak.
Selain itu faktor kadar sejatan juga mempengaruhi hujan. Keadaan berawan dan
suhu merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang berawan bermakna
kurangnya cahaya matahari dan seterusnya, kekurangan sinaran matahari akan
menyebabkan suhu yang rendah. Ujian daripada data-data sejatan menunjukkan bahawa
8
7/29/2019 laporan amali batuan 2
9/23
bulan-bulan berawan atau berhujan mempunyai kadar sejatan yang rendah, sementara
bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi.
Akhir sekali adalah suhu. Hujan terjadi disebabkan mendakan yang meningkat
apabila arus udara panas terhasil daripada jisim udara panas yang mana udara naik keatas
dan menyejuk, seterusnya menyebabkan hujan. Hujan dan suhu adalah berkait rapat antara
satu sama lain. Dalam sudut saintifik, hujan gukan diukur melalui udara panas atau sejuk
tatapi sebagai tanda aras kepada pergerakan molekul dan pengaliran tenaga. Apabila suhu
dijadikan tanda aras kepada hujan, apabila suhu sejuk, kemungkinan hari akan hujan
kerana awan menyerap titisan air yang sejuk, kondensasi berlaku dan akhirnya
meneyebabkan mendakan hujan.
9
7/29/2019 laporan amali batuan 2
10/23
Batuan
2a. Perihalkan kitaran batu.
Kitaran batu adalah suatu kelompok batu yang mengalami perubahan. Batu igneous
boleh bertukar menjadi batu enapan datau menjadi batu metamorfik. Batuan enapan atau
batuan sedementary boleh bertukar menjadi batuan metamorfik atau menjadi batu igneous.
Manakala batu metamorfok juga boleh bertukar menjadi batu igneous atau enapan.
Sebenarnya, batuan yang tedapat di bumi ini adalah berasal daripada leburan
magma dalam kerak bumi. Magma adalah sejenis cecair yang panas dari kerak bumi.
Magma kebiasaannya keluar daripada perut bumi apabila berlakunya letusan gurung berapi
yang dinamakan sebangai lava. Apabila magma ini keluar dari perut bumi, mineral ini akan
menjadi kristal apabila menyejuk. Hal ini adalah disebabkan perubahan suhu yang jauh lebih
rendah daripada suhu magma dalam perut bumi.
Batu igneous boleh terhasil dari dalam perut bumi dimana magma tersebut
meneyejuk dan mengeras secara perlahan, ataupun batu igneous boleh juga terhasil atas
tanah dimana batu ini menyejuk secara cepat. Penyejukan ini berlaku di atas permukaan
bumi dan di bawah permukaan bumi. Batu igneus akan terbentuk hasil daripada penyekan
dan pengerasan lava. Batu ini mempunyai kristalnya yang tersendiri.
Pada permukaan bumi, angin dan air boleh memecahkan batu kepada bentuk-
bentuk lain. Malah, keadaan ini boleh membawa batu batuan ini ke merata tempat.
Biasanya, apabila berlakunya letudan gunung berapi leburan kan mengalir ke dasar laut,
sungai atau tasik yang mana akhirnya menyebabkan batuan ini menjadi mendakan
seterusnya membentuk batu sediment. Setelah beberapa masa yang lama, bahan-bahan
sedimen ini akan termampat dan tersusun sendiri menghasilkan batu sedementary. Proses
ni dipanggil litifikasi.
Kesemua batuan ini boleh dipanaskan. Batuan yang berada dalam kerak bumi akan
dikenakan tekanan dan suhu yang tinggi akan merubah batu sedimen menjadi batu
metamorfik. Apabila batuan ini dikenakan, suhu yang tinggi ini, batuan ini tidak cair tetapi
batuan ini akan berubah jenis yang mana menghasilkan kristal. Sekiranya batuan ini adalah
kristal, prosen ini menjadikan kristal menjadi lebih besar. Proses penghasilan batu
metamorphik ini memerlukan haba sebnayak 300 sehingga 700 degree celsius. Perubahan
yang berlaku melibatkan tekstur batuan dan kandungan mineralogi serta biasanya lebih
keras dan padat berbanding batuan asal. Tetapi apabila batu metamorfik mengalami
penguraian, perubahan tempat akibat pergerakan dan cuaca yang silih berganti, akhirnya
10
7/29/2019 laporan amali batuan 2
11/23
batu ini akan berubah menjadi mendakan/sedimen. Namun begitu batu metamorphic ini
boleh cair semula mencadi magma dan proses kitaran batu ini belaku setiap masa.
11
7/29/2019 laporan amali batuan 2
12/23
2b. Terangkan bagaimana ahli geologi mengenal pasti klasifikasi batu yang dijumpai
di sesuatu tempat?
Antara perkara pertama yang dilakukan oleh ahli geologi dalam mengenal pasti
klasifikasi batu yang dijumpai di sesuatu tempat itu adalah dengan mengenal pasti dahulukawasan batu itu dijumpai. Sebagai contoh, adakah kawasan itu dari kawasan gunung
berapi,kawasan lombong arang batu, kawasan granit kuari dan sebagainya. Namun
begitu,dengan mengetahui dimana kawasan batu itu dijumpai tidak semestinya dapat
menentukan jenis batuan tersebut dengan tepat namun hal ini dapat membantu ahli geologi
menentukan jenis batuan tersebut.
Seterusnya, bagi menentukan atau menklasifikasikan jenis batuan ini, ahli geologi
juga memerhatikan tekstur batu tersebut. Penelitian mengenai tekstur batu ini merangkumi
apakah element-elemen yang menggabungkan batu tersebut serta partikal-partikal batu
yang terdapat dalam batu tersebut. Hal ini adalah penting bagi menentukan jenis batu
tersebut. Ahli geologi mengklasifikasikan batuan kepada beberapa jenis iaitu batuan jenis
igneous, batuan jenis sedimentary dan batuan jenis metamorphic.
Batuan jenis igneous boleh diklasifikasikan sebagai batu yang terhasil secara
intrusive ataupun extrusive iaitu bergantung kepada bagaimana batu ini terhasil.
Cara lain mengklasifikasikan batu-batu oleh magma ini iaitu dengan mengetahui dari
mana mereka membentuk. Batuan jenis igneous terhasil daripada basaltic, andesitic
ataupun magma granitic. Jenis magma yang menyejuk dan menghasilkan batu igneous
boleh menentukan bahan kimia serta ciri-ciri fizikal batuan tersebut. Perkara yang terlibat
dalam menentukan batuan jenis igneous ini termasuklah komposisi mineral, ketumpatan,
warna serta suhu pencairan batuan tersebut.
Selain itu batu igneus terbahagi kepada dua jenis iaitu plutonik dan volkanik. Jenis plutonik
mengalami penyejukan yang perlahan dan membenarkan butiran kristal yang terbentuk
bersaiz besar berbanding dengan jenis volkanik yang mengalami penyejukan yang cepat
dan membenarkan butiran kristal terbentuk bersaiz kecil.
Bagi batu ingneous jenis batu basaltic, batuan ini adalah tumpat dan bewarna hitam.
Batuan ini terhasil daripada magma yang kaya dengan iron dan magnesium dan mempunyai
jumlah silica yang sedikit. Batu igneous jenis batuan granitic pula adalah batu yang
berwarna terang, pudar, kurang tumpat daripada batu jenis basaltic. Magma granitic ini
adalah tebal dan kaku serta mempunyai banyak silica tetapi mempunyai mineral iron dan
magnesium yang kurang. Kemudian, geologi mengenalipasti batu igneous ini dengan
12
7/29/2019 laporan amali batuan 2
13/23
mengenal pasti batu andesitic iaitu jenis batu yang mempunyai komposisi diantara batu jenis
basaltic dan batu jenis granitic.
Berikut merupakan pengkelasan batu igneus berdasarkan ciri-cirinya:
Komposisi kimia Granitik Andesitik Basaltik Ultramafik
Mineral dominan Kuarza Amphibol Piroksen Olivin
Feldspar kalium Feldspar Feldspar kaya Peroksin
perantara kalsiumFeldspar kaya
natrium
Afanitik Granit Diorit Gabbro Periodotit
Farenitik Rhyolit Andesit Basalt Komatit
(jarang)
u
k Porfinitik Porfonifik diletakkan pada nama di atas jika batu -T
Berkaca Obsidian
Pumice
Warna batu 0% - 25% 25% - 45% 45% - 85% 85% - 100%
(berdasarkan % mineral
gelap)
Batu jenis sedimentary pula adalah sejenis batuan yang mengeras bersama pasir
dan tanah liat yang berwarna perang ke kelabu. Kebanyakan batuan ini mempunyai bahan-
bahan fosil,bijiran mineral, air, serta ais. Sebenarnya jenis batuan ini terhasil apabila
sediment ini dimampatkan dan tersusun bersama. Batuan jenis metamorphic pula di
klasifikasikan mengikut ciri-cirinya. Biasanya batuan jenis ini adalah keras dan kuat,
mempunyai banyak warna serta mempunyai kilatan mika.
13
rtse
berfenokris (phenocrysts).
7/29/2019 laporan amali batuan 2
14/23
Berikut merupakan ciri-ciri batu sedimen detrital dan kimia:
Batu sedimen detrital
Saiz zarah Nama mendakan Nama batu
Kasar (> 2mm) Gravel (zarah bulat) Conglomerate
Gravel (zarah berbucu) Breccia
Sederhana (1/16 ke 2mm) Pasir Batu pasir
Halus (1/16 ke 1/256 mm) Lumpur Siltstone
Sangat halus (< 1/256 mm) Lumpur Shale
Batu sedimen kimia
Komposisi Tekstur Nama batu
Calcite Halus ke kasar, berkristal Crystalline
Batu kapur
Tavertine
Bercengkerang, pecahan Coquina
cengkerang disimen longgar
Pelbagai saiz cengkerang, Batu kapur
pecahan cengkerang disimen
dengan simen calcite
cengkerang mikroskopik, Kapur
tanah liat
Kuartza Kristal yang sangat halus Chert (warna cerah)
Flint (warna gelap)
Gipsum Halus ke kristal kasar Batu gipsum
14
7/29/2019 laporan amali batuan 2
15/23
Halite Halus ke kristal kasar Batu garam
Fragmen tumbuhan yang Butiran halus bahan organik Arang bitumen
berubah
Malah, para ahli geologi juga mengklasifikasikan sesuatu batuan itu dengan menguji
saiz bijiran batu serta tekstur batuan tersebut. Bagi saiz bijiran, bijiran mineral yang kasar
boleh dilihat oleh mata kasar dan mineral-mineral yang terlibat boleh dikenalpasti dengan
menggunakan kanta pembesar.
Seterusnya klasifikasi batuan juga dibuat dengan menguju kekerasan bautuan
tersebut. Bagi menguji kekerasan batu tersebut, sebenarnya kekerasan batu ini mengujikekerasan mineral yang terdapat di dalam batu tersebut. Kekerasan batu-batu ini boleh diuji
dengan menggunakan beberapa ketetapan. Contohnya, batu yang keras dapat mencalarkan
kaca dan besi, kekerasan dalam skala Mohs 6-7 skala. Batuan yang lembut tidak dapat
mencalarkan pisau besi tetapi boleh mencalarkan kuku jari tangan dalam skala Mohs 3- 5.5.
manakala batuan yang paling lembut tidak booleh mencalarkan kuku jari juga dalam skala
Mohs 1-2. Kebiasaanyan batuan jenis igneous adalah kuat dan keras.
Dengan kata lain, kekerasan batuan ini boleh dilihat menggunakan skala Mohs. Jika
besi boleh mencalarkan batu maka lihat jika batu tersebut juga boleh mencalarkan besi
tersebut. Perkara yang sama juga dilakukan dengan menggunakan duit syiling. Jika batuan
yang digunakan lebih lembut daripada besi dan duit syiling maka kuku digunakan untuk
mencalarkan batu bagi mengkaji kekerasannya. Kekerasan besi adalah 5-1/2, duit syiling 3,
manakala kuku jari adalah 2. Ujian asid juga digunakan untuk mengklasifikasikan jenis
batuan.
15
7/29/2019 laporan amali batuan 2
16/23
MATAHARI
3a. Terangkan perkaitan di antara ekliptik dengan altitut dan azimuth matahari setiap
hari di tempat-tempat yang berbeza dan musim.
Ekliptik matahari adalah laluan lintasan matahari yang tidak dapat dilihat dengan
mata. Altitut pula adalah ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu objek relatif
kepada garisan horizon. Azimuth pula adalah sudut mendatar yang dikira mengikut arah
jam daripada arah rujukan, kebiasaanya utara, dengan satu titik di garisan horizon yang
menyilangi satu titik altitude bagi objek tersebut.
Ekliptik, azimuth serta altitut mempunyai perkaitan antara satu sama lain setiap hari
ditempat yang berbeza dan musim. Pertamanya, satah ekliptk mempunyai perkaitan dengan
perubahan suhu bumi. Paksi putaran adalah 23.5 darjah yang condong bersudut tepat
dengan satah ekliptik. hal ini berlaku kerana paksi putaran Bumi tidak berserenjang dengan
satah orbit, Paksi khatulistiwa tidak selari dengan satah ekliptik, tetapi membuat sudut kira-
kira 23 26 ', yang dikenali sebagai kecondongan paksi. Sudut kecondongan seperti ini
menyebabkan beberapa kawasan di bumi mengalami berubahan musim pada masa- masa
tertentu.
Perkara ini boleh diperjelaskan lagi dimana satu hemisfera adalah sentiasa condong
menghampiri matahari dan satu hemisfera sentiasa menjauhi matahari. Dengan kata lain,ekliptik matahari yang tidak selari dengan satah khatulistiwa inilah menyebabkan ada
bahagian di bumi pada masa tertentu mengalami musim-musim yang berbeza-beza antara
satu tempat ke tempat yang lain. Hemisfera yang condong lebih dekat kepada matahari
menerima lebih banyak sinaran matahari dan mengalami suhu musim panas. Manakala,
hemisfera yang condong lebih jauh daripada matahari menerima sedikit
sedikit sinar langsung dan suhu yang lebih rendah iaitu musim sejuk. Jika paksi putaran
selari atau berserenjang dengan satah ekliptik, bumi tidak akan mengalami apa-apa musim.
Contohnya, perkara seperti ini boleh dilihat apabila hemisfera utara mengalami musim
panas manakala hemisfera selatan mengalami musim sejuk dan pada bulan Jun. keadaan
ini dikenali sebagai solstice musim panas. Pada waktu ini, hemisfera utara adalah lebih
tertumpu kearah matahari. Perkara seperti ini boleh dilihat pada bulan disember sehingga
Mac. Altitut dan azimuth matahari pada ketika ini adalah berbeza antara hemisfera selatan
dan hemisfera utara. Di sebabkan kecondongan pada paksi bumi iaitu (2326',), hal ini
menyebabkan bahagian hemisfera utara menerima cahaya matahari lebih jauh dan berada
jauh dari matahari berbanding hemisfera selatan iaitu pada masa inimenerima cahaya
matahari secara dekat. Secara ringkasnya, hemisfera utara mengalami musim sejuk,
16
7/29/2019 laporan amali batuan 2
17/23
manakala hemisfera selatan mengalami musim panas pada hujung disember, iaitu bermula
dari 21 atau 22 Disember. Musim ini dipanggil sebagai winter solstice. Solstice berasal
daripada perkataan sun dan stationary. Manakala summer solstice pada hemisfera
uatara pula berlaku pada 21 atau 22 june.
Matahari juga dilihat berada di kedudukan atas kepala relatif kepada pemerhati yang
berada di kawasan yang berada di hemisfera selatan ini pada hujung bulan Disember
ini.. Kedudukan paling tinggi ini dikenali sebagai zenith. Zenith matahari pada jangka
masa ini berada pada altitude 90 ( altitude tertinggi daripada horizon ). Orang-orang
yang berada di hemisfera selatan ini akan melihat matahari berada di kedudukan atas
kepala, namun ini tidak berlaku kepada orang-orang yang berada di bahagian
khatulistiwa dan juga di hemisfera utara.
Hal ini berlaku kerana , ekliptik matahari pada ketika ini tidak berada pada
kedudukan paling dekat dengan Khatulistiwa dan juga Hemisfera utara, Jadi bahagian
yang lebih utara daripada hemisfera selatan akan melihat altitude matahari adalah lebih
rendah kerana matahari tidak berada hampir dengan bahagian itu ( khatulistiwa dan
hemisfera utara )dan kawasan itu tidak menerima lebih cahaya matahari, sebab itu
,orang di kawasab khatulistiwa dan hemisfera utara melihat kedudukan matahari adalah
lebih rendah daripada 90.
Pada bulan Mac ekliptik matahari akan berada di khatulististiwa, hal ini menyebabkan
altitut dan azimuth matahari relatif kepada pemerhati akan berbeza antara pemerhati di
bahagian hemisfera selatan, Khatulistiwa dan juga pemerhati di Hemisfera Utara. Pada
bulan ini secara khususnya, hemisfera utara mengalami musim bunga atau dipanggil
sebagai spring equinox.equinox bermaksud sama iaitu temapoh masa bagi malam
dan siang adalah sama.
Seterusnya pada 21 atau 22 june, ekliptik matahari akan paling hampir di Hemsifera
Utara yang mana hemisfera utara akan lebih condong dan lebih dekat kepada matahari.
Perbezaan altitude dan azimuth matahari pada ketika ini meneybabkan perbezaan pada
bahagia-bahagian bumi. Dengan kata lain, hemisfera utara mengalami musim panas
iaitu summer solstice dan hemisfera selatan pula mengalami musim sejuk.
Seterusnya, pada bulan September matahari berada tepat di garisan khatulistiwa.
Pada ketika ini, tempoh masa semua tempat di bumi bagi siang dan malam adalah sama
panjang. Pada bulan September ini dipanggil sebagai fall equinox pada hemisfera
utara dan spring equinox pada hemisfera selatan.
17
7/29/2019 laporan amali batuan 2
18/23
Walaupun tidak setiap tempat di dunia mempunyai empat musim, namun terdapat bebrapa
tempat dibumi mempunyai musim yang berbeza-beza. Sesetengah
orang berfikir bahawa musim-musim berlainan adalah disebabkan oleh jarak yang berbeza-
beza antara bumi dari Matahari kerana ia akan melalui orbitnya. Namun, berbezaan musim
ini di hemisfera utara dan di hemisfera selatan adalah diesebabkan oleh kecondongan
paksi Bumi mengenai Matahari, yang mengorbit. Planet kita mempunyai kecondongan
sebanyak 23.5 kepada satah ekliptik selain azimuth dan altitut yang berbeza-beza.
18
7/29/2019 laporan amali batuan 2
19/23
3b. Terangkan perkaitan di antara pergerakan matahari sepanjang hari dengan
pergerakan bumi.
Bumi berputar di atas axisnya 360 darjah setiap hari dalam masa 24 jam. Putaranbumi inilah menyebabkan bumi mengalami malam dan siang. Setiap sejam, disimpulkan
bahawa bumi membuat putaran sebanyak 15 darjah. Putaran bumi yang hanya 15 darjah
setiap 1 jam didak boleh dirasai oleh penduduk bumi kerana putaran bumi ini berlaku
dengan sangat perlahan. Bumi berputar dan beredar mengellingi matahari pada
kecondongan 23.5 darjah. Kecondongan bumi inilah menyebabkan perubahan musim yang
berlaku di permukaan bumi.
Selain itu, seperti yang diketahui umum, pergerakan matahari dan bintang-bintang di
langit dalah disebabkan putaran bumi. Tambahan lagi, pergerakan ekliptik matahari adalah
disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari.
Pergerakan bumi ini boleh diperhatikan dengan memerhatikan perubahan siang dan
malam bumi. Dengan melihat kearah kutub utara, sebenarnya bumi
berputar pada arah lawan jam.
Permukaan bumi yang menghadap matahari menyebabkan sebahagian bumi
menjadi siang manakala sebahagian lagi adalah malam. Jam 12 tengah hari menandakan
separuh hari siang manakala 12 tengah malam menandakan separuh hari malam.
Matahari pula terbenam lebih kurang kul 7 malam waktu Malaysia dan meneyebabkan
sebahagian permukaan bumi adalah gelap iaitu tidak menghadap matahari dan jam 7 pagi
pula matahari terbit. Sebenarnya matahari terbit dari timur ke barat, dan arah ini perlu
dinyatakan dalam bentuk putaran iaitu timur adalah satu arah putaran dan barat pula arah
yang bertentangan walau dimana kita berada. . Corak putaran bumi yang menyebabkanmatahari kelihatan terbit dari timur dan terbenam di barat.Hal ini kerana bumi berputar dari
19
7/29/2019 laporan amali batuan 2
20/23
barat ke timur, dan ketika waktu tengahari pula, matahari kelihatan ke arah selatan.
Sebenarnya, bumi berputar ke semakin ke selatan adalah disebabkan kecondongan paksi
putaran bumi .
Panjang siang dan malam bumi adalah berbeza pada sesuatu kawasan. Hal inimempunyai kaitan antara kecondongan paksi bumi iaitu pada darjah 23.5. sebenarnya
kocondongan bumi inilah menyebabkan kejadian musim-musim di hemisfera utara dan
selatan serta menyebakankan siang dan malam pada hari-hari dalam musim-musim tertentu
adalah berbeza sama sekali.
Panjang siang atau malam ini adalah sebenarnya bergantung kepada ekliptik matahari.
Contohnya, apabila seseorang itu berada pada kutub utara. Pada waktu siang, matahari
adalah tinggi dilangit pada musim panas, dan matahari adalah rendah pada musim sejuk.
Oleh itu, cahaya matahari pada musim sejuk adalah lebih tersebar. Seterusnya, matahari
pada musim panas terbit dari arah timu utara dan terbenam pada arah barat utara iaitu
menghabiskan sebanyak lebih 12 jam di langit. Manakala, matahari musim sejuk terbit
pada arah timur selatan dan terbenam pada arah barat selatan . tempoh masa matahari
terbit dan terbenam ini dalah kurang daripada 12 jam. Jadi hari siang pada musim sejuk
adalah lebih pendek berbanding siang pada musim panas.
Hal ini adalah berbesa sama sekali kepada bahagian-bahagian bumi yang berda di
garisan khatulistiwa. Bumi yang berputar secara condong menyebabkan kawasan
khatulistiwa menerima cahaya matahari hampir sama sepanjang tahun. Disebabkan inilah,
kawasan khatulistiwa tidak mengalami 4 musim serta mempunyai panjang siang dan malam
yang sama. Hal ini adalah kerana bumi berada betul-betu pada garisan equinox
Malah terdapat juga keadaan di bumi dimana matahari terbit adalah selama 24 jam
malah matahari terbenam juga 24 jam. Keadaan yang luar biasa ini adalah disebabkan oleh
kecondongan bumi pada orbit mengelilingi matahari. Belah utara pada artic circle
bermaksud pada ketika ini matahari boleh dilihat sepanjang musim panas. Keadaan ini
berlaku disebakan kedududukan kutub utara bumi yang berada hampir bengan
matahari..Manakala waktu malam hanya berlaku pada musim sejuk disebabkan
kecondongan paksi bumi yang menyebabkan cahaya matahari langsung tidak diterima di
bahagian ini.
20
7/29/2019 laporan amali batuan 2
21/23
Bulan
4a. Terangkan perkaitan pergerakan bulan mengelilingi bumi dengan fasa-fasa bulan
dan masa terbit dan tenggelam bulan.
Bulan mengorbit mengelilingi bumi sama seperti bumi mengorbit matahari.. Pergerakan
bulan pada orbitnya mengelilingi bumi memberi beberapa keadaan dan memberi pengaruh
besar kepada bumi. Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan dilihat
mempunyai fasa-fasa tertentu di langit. Hal ini terjadi disebabkan oleh terdapatnya
perbezaan sudut dari tempat yang kita lihat pada bulan. Perkara inilah dipanggil sebagai
fasa bulan. Bulan tidak menghasilkan cahayanya tersendiri tetapi cahaya itu dipantulkan
oleh cahaya matahari. Bulan mempunyai empat fasa tertentu dalam satu kitaran dan
berulang-ulang dalam masa 29.5 hari. Perubahan fasa ini adalah dalam keadaan yang
tersusun mengikut urutannya tersendiri.
Rajah 1: fasa-fasa bulan
Fasa pertama bulan adalah anak bulan. Anak bulan ini secara kasarnya
berkedudukan yang sama dengan matahari dan secara tidak langsung fasa ini tidak
kelihatan di bumi. Pada fasa ini, buan dan matahari terbit pada masa yang sama dari timur
ke barat.
Fasa yang kedua adalah bulan sabit baru. Apabila bulan mengorbit bumi, kita akan
meihat fasa-fasa bulan ini dari satu bentuk ke bentuk yang lain. ). Fasa bulan ini dapat dilihat
sehari selepas anak bulan. Seterusnya selepas satu minggu, separa bulan pula kelihatan.
Seminggu selepas itu, fasa bulan hampir purnama pula kelihatan. Dua minggu selepas anak
bulan kelihatan, bulan sekarang melalui separuh fasa keseluruhannya. Sekarang, fasa bulan
penuh kelihatan dengan jelas di langit. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bulan terbit
lebih kurang sama dengan masa matahari terbit dan juga terbenam dalam masa yang sama.
21
7/29/2019 laporan amali batuan 2
22/23
Selepas itu adalah fasa bulan hampir purnama lama. Kemudian diikuti dengan fasa bulan
separa lama di mana hanya separuh bahagian yang bersinar. Bulan kelihatan semakin
mengecil di mana ia adalah fasa bulan sabit lama.Kemudian, kitaran ini akan berulang dan
anak bulan akan menyusuri fasa yang seterusnya dan diikuti dengan fasa-fasa yang
lain.Hampir empat minggu, ulan melalui fasa-fasanya. Apabila habis satu kitaran fasa bulan,
kitaran yang baru akan bermula semula.
Berkenaan tentang masa terbit da terbenam matahari, ianya bergantung kepada fasa- fasa
bulan itu sendiri. Atas sebab itulah bulan kadang kala kelihatan pada siang hari dan kadang
kala pada malam hari. Anak bulan terbit semasa subuh dan terbenam ketika termbenam
matahari. Manakala bulan sabit baru pula terbit selepas terbenam matahari. Seterusnya,
bagi bulan separa baru, ia terbit pada pukul 12.00 tengah hari dan tenggelam pada pukul
12.00 tengah malam. Bagi bulan hampir purnama baru, ia terbit pada pukul 3.00 petang dan
tenggelam pada pukul 3.00 pagi. Bulan purnama pula, ia terbit pada pukul 6.00 petang dan
tenggelam pada pukul 6.00 pagi. Bagi bulan hampir purnama lama, ia terbit pada pukul 9.00
malam dan tenggelam pada pukul 9.00 pagi. Bagi bulan separa lama, ia terbit pada pukul
12.00 tengah malam dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi bulan sabit lama, ia
terbit pada pukul 3.00 pagi dan tenggelam pada pukul 3.00 petang.
22
7/29/2019 laporan amali batuan 2
23/23
4b. Terangkan mengapa kita hanya melihat permukaan bulan yang sama setiap masa
dan kemungkinan.
Perkara seperti ini terjadi disebabkan kerana bulan membuat satu peredaran mengelilingi
bumi pada setiap 29 hari dan menyebabkan berlakunya fasa bulan. Bulan juga berputarmengelilingi matahari sebanyak 29 hari juga. Di sebabkan perkara inilah kita hanya boleh
melihat permukaan bulan yang sama menghadap bumi. Dengan erti kata lain, tempoh masa
untuk 1 peredaran dan 1 putaran bulan adalah sama. Disebabkan kedua-dua pergerakan
(putaran dan peredaran) ini mengambil jumlah masa yang sama, kita hanya dapat melihat
permukaan yang sama sahaja pada setiap masa.
Rajah 1 : kedudukan dan orientasi bulan
Selain itu, hal ini juga terjadi disebabkan adanya tarikan graviti. Apabila kita berdiri, bumi
akan menarik kita ke permukaan. Kaki adalah yang paling dekat dengan bumi berbanding
dengan kepala. Gambaran seperti itu bermaksud bumi menarik dan mengenakan daya
graviti yang kuat kepada bahagian yang paling bawah berbanding kepada permukaan atas.
Perubahan yang sedikit ini dipanggil sebagai tidal force atau daya air pasang. Begitu juga
dengan bulan, apabila bulan adalah dekat dengan sesuatu planet, daya graviti air pasang ini
akan menyebabkan bulan berputar dan beredar dalam masa yang sama mengelilingi planet
itu.
23
Recommended