LAPORAN AKTIVITI KHIDMAT KEMASYARAKATAN
PROGRAM BINA INSAN GURU
TAHUN 2014
OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SJKT)
AMBILAN : JANUARI 2014
SEMESTER : 2 PISMP
TARIKH : 15.07.2014
TEMPAT : NYIOR,KLUANG
Saya dari 2 PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran(SJKT) seramai 17
orang guru pelatih bersama dengan Puan Sugunah Supermane,mentor kami telah merancang
dan melaksanakan salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan iaitu bergotong- royong
membersihkan tempat ibadat dengan mengaplikasikan kemahiran,sikap dan perlakuan.Kami
telah memilih kuil yang ditempatkan di Nyior,Kluang iaitu Kuil Aathi Sakthi Kanthereesar.Tujuan
utama kami memilih kuil tersebut adalah kerana kuil ini ditempatkan di kawasan pedalaman di
mana ia dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan juga beberapa lorong kawasan
perumahan.Selain itu,pada masa ini,kuil tersebut juga sedang dibaik pulih dengan inisiatif yang
diambil sendiri oleh pengasas kuil.Oleh itu,kami mengambil keputusan untuk menjalankan
aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar kuil agar sedikit sebanyak dapat
mengurangkan ringan dan beban mereka.
Saya semua telah berkumpul di hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sekitar pukul 7.30
pagi dan Ketua Opsyen telah menyemak kehadiran.Kami 17 orang guru pelatih bersama
dengan mentor menaiki bas pada pukul 8 pagi.
Perjalanan saya ke Kluang mengambil masa selama 2 jam.Saya tiba di kuil tersebut
sekitar jam 10.10 pagi.Saya telah diberi sedikit taklimat oleh pengurus kuil tersebut iaitu,Encik
Surya tentang kerja-kerja yang patut dilakukan.Beliau juga menyeru saya untuk menjamu
makanan pagi yang disediakan oleh para pembantu kuil khas untuk saya sebelum memulakan
kerja.Saya telah menikmati makanan tersebut di ruang makan dan kembali ke kuil untuk
memulakan kerja.Saya disuruh untuk membersihkan tempat ibadat utama di kuil tersebut iaitu
‘moolestanam’ dan seterusnya bersembahyang dahulu sebelum kerja-kerja lain.Saya guru
pelatih dan juga mentor berasa sangat bersyukur sebab dapat peluang untuk membersihkan
tempat ibadat utama yang merupakan perkara yang sangat suci dan juga sangat sukar untuk
mendapat peluang sebegitu.Encik Surya telah membimbing saya dengan memberi arahan
tentang cara-cara pembersihan dan juga cara pemujaan yang selalu dilakukan.Saya guru
pelatih terasa sangat bersyukur kerana telah mempelajari pelbagai cara pemujaan yang
dilakukan dan juga teruja pada masa yang sama sebab ia merupakan pengalaman pertama
bagi kebanyakan guru pelatih untuk merasai secara sendiri cara pemujaan tuhan dengan lebih
dekat di mana kebanyakkanya hanya dilakukan oleh tok sami di kebanyakan kuil dan saya
hanya dibenarkan untuk menyembah dari luar.Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan
untuk tidak mensiakan peluang yang jarang didapati oleh orang lain dengan mengambil
bahagian secara maksimum dalam setiap pemujaan yang dilakukan dan bertanya cara dan
sebab-sebab perkara tersebut dilakukan.
Saya telah menimba pelbagai pengetahuan ketika itu di mana kami boleh berkongsi perkara-perkara tersebut dengan murid setelah ditempatkan di sekolah nanti.
Selepas bersembahyang,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan kerja-kerja yang diberi.Pengagihan kumpulan adalah seperti di bawah :
Mengecat kawasan sekiling kuilRahu Sellappa,Shanmuga Priya Raj Kumar,Livesha Singgaravi,Thulasi Balasubramaniam,Sarvindran Manogaran
Mencuci tempat ibadat di sekitar kuilHeamah Palan,Thillai Malar Thallai Muthu,Shalani Nagappan,Logeswary Suresh
Membersih dan menyusun periuk(thee satti)Komathi Elangovan,Sumithra Pushpanathan,Kalaivaani Rajandran,Canthirikka Mohgan
Membersihkan kawasan sekelilingShantini Raman,Kalaivaani Sunmugam,Renu Priya Manimaran,Vichitra Kumarian
Mengecat patungCanthirikka Mohgan,Komathi Elangovan,Kalaivaani Rajandran
Melukis Kolam Sumithra Pushpanathan,Livesha Singgaravi
Kerja mengecat tempat sekitar kuil adalah perkara yang sangat sukar dan mencabar
sebab tidak terdapat kemudahan ataupun peralatan mengecat yang mencukupi iaitu tidak ada
bekas untuk menuang cat agar dapat dibahagikan antara ahli kumpulan dan juga tiada bekas
yang digunakan bersama dengan roller iaitu berus mengecat.Selain itu,kami juga tidak
dibekalkan dengan peralatan untuk membuka tin cat tersebut.Jadi,kami terpaksa berfikir dan
mencari jalan penyelesaiannya.Kami telah menggunakan sebuah bekas tumbler yang didapti
sekitar kuil dan berusaha begitu tekun untuk membuka tin cat dengan
menggunakannya.Akhirnya,kami berjaya membukanya.Kami juga menjumpai sebuah baldi
yang lama di sekitar kuil dan menggunakannya untuk menuang cat dan bahagikannya bersama
dengan ahli kumpulan.Kami bahagikan tugas kami di mana orang yang menggunakan roller
akan mengecat bahagian yang besar dan mudah manakala sesiapa yang menggunakan berus
kecil akan mengecat di celah – celah batu.Kami membuat kerja sambil berjenaka dan
berseronok di mana kami langsung tidak berasa sayu walaupun ketika itu masing-masing
sangat letih dan penat.
Seterusnya adalah kerja mencuci tempat ibadat dan juga patung dewa di sekitar kuil.Kami
begitu berhati-hati ketika mencuci tempat-tempat ibadat supaya tidak terlanggar patung-patung
dewa di sekeliling dan seterusnya supaya tidak melakukan sebarang perkara yang boleh
dianggap sebagai tidak menghormati tuhan.Kami berasa sangat teruja untuk melakukan
perkara-perkara tersebut sebab ia merupakan pengalaman pertama kami memandikan patung-
patung dewa dan seterusnya melakukan pemujaan yang betul.
Kami juga terlibat dalam aktiviti membersih dan seterusnya menyusun periuk ataupun
dipanggil sebagai ‘thee satthi’ yang selalunya digunakan untuk upacara penyembahan.Kami
mengira jumlah periuk yang terdapat,membersihkannya dan seterusnya menyusunnya dengan
teratur di tempat yang sepatutnya.Para guru pelatih sangat berhati-hati ketika membersihkan
dan seterusnya menyusunnya supaya tidak menjatuhkannya sebab ia adalah periuk yang
dibuat daripada tanah liat di mana ia mudah pecah.
Seterusnya saya membersihkan kawasan di sekiling kuil di mana saya disuruh untuk
menggores dan mengeluarkan ‘vibuthi’ yang terdapat pada patung-patung dewa.Para guru latih
bertungkus lumus dan berusaha dengan sedaya upaya untuk mengeluarkannya sebab ia bukan
perkara yang mudah yang memerlukan kesabaran dan sikap ingin buat.Bersyukur pada tuhan
sebab tiada guru latih yang merungut ataupun buat kerja endah tak endah malah semua sangat
teruja dan bersemangat melakukan kerja.
Kami juga mengambil peluang keemasan untuk meninggalkan identiti kami di kuil tersebut
dengan melukis kolam dan mewarnakannya di mana ia menambah seri kecantikan kuil yang
sedia ada.Kami mengambil inisiatif untuk berfikir secara kreatif tentang corak kolam yang ingin
dilukis supaya ia kelihatan ringkas tetapi cantik dan menarik.Akhirnya,kami dapat satu idea dan
melukisnya di sekitar kuil.Kami turut mendapat bimbingan dan pertolongan daripada mentor
kami Puan Sugunah tentang cara – cara melukis dan mewarna yang betul.Kami sangat
menghargai bimbingan daripada beliau.Kami berasa sangat seronok ketika melukis dan
mewarnakan kolam.Walaupun pada mulanya kami berasa sedikit kekok dengan lukisan
kolam,tetapi selepas diberi bimbingan oleh mentor,kami telah membetulkan kesilapan dan
berasa sangat bangga apabila hasil kolam yang dilukis dan diwarnakan oleh kami kelihatan
sangat cantik dan menarik.
Kerja terakhir yang dilakukan oleh kami adalah mengecat kaki patung kuda yang sedikit
tercalar terdapat di kuil.Kami berhati-hati ketika mengecat kaki kuda tersebut supaya tidak
terkena pada bahagian-bahagian yang lain.
Saya berasa sangat berpuas hati setelah menghabiskan semua kerja yang diberi.Pihak
pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami sebab kehadiran kami sedikit
sebanyak telah meringankan kerja mereka.Mereka juga mengatakan bahawa mereka sentiasa
mengalu-alukan kedatangan kami ke kuil tersebut.Kami telah memberi cenderahati sebagai
tanda penghargaan kepada pihak pengurus kuil dan juga untuk mentor kami.Pihak pengurusan
juga membekalkan kami dengan cenderahati daripada kuil yang dipanggil ‘prasatham’ untuk
disimpan di tempat pemujaan di rumah.Mereka juga telah menyediakan makanan tengahari
kepada kami.Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan juga
mentor kami sebab banyak memberi tunjuk ajar dan pertolongan sepanjang proses gotong –
royong yang dijalankan.Akhirnya,kami mengambil gambar di hadapan kuil sebagai kenangan
dan menikmati makanan tengahari yang disediakan sebelum berangkat pulang.
Pemberian cenderahati kepada pihak pengurusan
Pemberian cenderahati kepada guru pelatih
Walaupun pada hari tersebut saya semua berasa sangat letih dan penat,tetapi saya terasa
sangat bersyukur dan bangga sebab telah melakukan satu kerja amal dan juga secara tidak
langsung telah mengamalkan dan meningkatkan semangat berpasukan,kerjasama dan juga
tanggungjawab.Saya juga dapat meningkatkan pengetahuan yang sedia ada supaya dapat
digunakan pada masa kelak.Saya berasa Program Khidmat Masyarakat sangat berfaedah
kepada saya,para guru pelatih yang akan membentuk generasi pemimpian akan datang.
ISU MASALAH
Antara masalah yang dihadapi menerusi aktiviti ini adalah tidak terdapat kemudahan ataupun peralatan mengecat yang mencukupi iaitu tidak ada bekas untuk menuang cat agar dapat dibahagikan antara ahli kumpulan dan juga tiada bekas yang digunakan bersama dengan roller iaitu berus mengecat.Selain itu,saya juga tidak dibekalkan dengan peralatan untuk membuka tin cat tersebut.
B) ANALISIS SWOT
i. KEKUATAN
1) Saya dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan saya.
2) Saya dapat mengenai pasti potensi diri saya.
3) Saya dapat membantu rakan rakan saya dalam mengecat ‘Kolam’.
4) Saya dapat berkomunikasi degan semua dengan baik.
5) Saya berusaha untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
ii) KELEMAHAN
1) Saya mudah putus asa jika menghadapi kerja yang agak susah.
2) Tempat yang tidak kondusif dan selesa.
3) Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan yang disediakan.
iii) PELUANG
1) Saya mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan mesra dengan mentor dan juga rakan rakan lain.
2) Saya memahami tugas saya sebagai bakal guru dalam pembangunan masyarakat .
iv) ANCAMAN
tiada ancaman
REFLEKSI KENDIRI ( laporan individu )
i) MANFAAT PROGRAM BIG
1) Program BIG kali ini dapat menyemaikan sikap prihatin terhadap masyarakat.
2) Saya dapat mengenal pasti potensi diri saya dan sumbangan saya kepada pembangunan masyarakat.
3) Saya dapat bekerjasama dengan masyarakat yang merupakan sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak.
ii) PENAMBAHBAIKAN
1) Perancangan awal amat penting dalam mengendalikan sesuatu aktiviti.
2) Kerjasama kumpulan perlu dipupuk untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.
Tandatangan Pelapor, Disahkan oleh Penyelia,
( KALAIVAANI SUNMUGAM ) ( NAMA MENTOR : PN SUGUNAH A/P SUPERMANE )