LAPORAN PROGRAM
LAWATAN KERJA KE PUSAT BALAI CERAP AL KHAWARIZMI,
MASJID TANAH, MELAKA
ANJURAN:
UNIT MATEMATIK
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TEMPAT:
PUSAT BALAI CERAP AL KHAWARIZMI
MASJID TANAH
MELAKA
TARIKH:
25 JANUARI 2019
1.0 PENDAHULUAN
Satu lawatan kerja ke Balai Cerap Al Khawarizmi, Masjid Tanah telah diadakan pada 25
Januari 2019 yang lalu melibatkan semua pensyarah Unit Matematik Kolej Matrikulasi Johor.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk meluaskan aplikasi Matematik dan mencambah ilmu
pengetahuan dalam ilmu Falah. Selain itu, pengalaman yang diperolehi boleh dikongsi
bersama para pelajar.
Tempoh masa lawatan adalah selama 1 hari. Pengisian lawatan dimulakan dengan ceramah
dan Tayangan Planetarium serta 3D pada sesi pagi, Lawatan Galeri,Lawatan Kubah
(Teleskop RCOS 16’) & Cerapan Matahari pada sesi petang dan cerapan langit malam pada
sesi malam.
2.0 PERJALANAN AKTIVITI
Masa Tentatif
8.15-9.30 pg
9.30-10.00 pg
10.00-11.00 pg
11.00 pg-12.30 tgh
12.30tgh-2.30ptg
2.30-4.00 ptg
4.00 ptg
4.47 ptg
5.30 ptg
7.24 mlm
8.00-10.00 mlm
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Bertolak dari KMJ.
Pendaftaran & Taklimat
Pengenalan Ilmu Falak & Aplikasi Matematik dalam Dunia Ilmu
Falak.
Tayangan Planetarium & 3D
Makan tengah hari , Solat Jumaat & Rehat
Lawatan Galeri,Lawatan Kubah ( Teleskop RCOS 16’) & Cerapan
Matahari
Majlis Penutupan Rasmi
Minum petang
Solat asar berjemaah
Aktiviti program riadah di Pantai Tanjung Bidara/ Cek in Penginapan
Solat maghrib berjemaah
Cerapan langit malam
Bersurai
Semua peserta lawatan bertolak ke Kompleks Al Falak Al-Khawarizmi pada kul 8.15 dan
berkumpul di Balai Cerap Al-Khawarizmi pada pukul 9.30 pagi untuk sesi pendaftaran dan
taklimat. Lawatan dimulakan dengan ceramah bertajuk “Peranan Ilmu Falak Dalam Ibadah”
oleh Encik Nor Nazmi Bin Razali dibantu oleh En. Yazid. Selepas ceramah, peserta lawatan
diajar cara untuk mengukur arah kiblat menggunakan cerapan matahari. Selepas itu, peserta
lawatan mengikuti tayangan planetarium dan 3D. Selepas tayangan berakhir jam 12.30pm,
peserta berehat untuk makan tengahari dan solat Jumaat.
Sesi petang bermula dengan lawatan galeri, lawatan kubah dan cerapan matahari. Lawatan ini
dibantu oleh Encik Yazid. Lawatan berakhir pada jam 4.30pm dan peserta dihidangkan
dengan minum petang. Sesi cerapan langit malam bermula pada jam 8.00mlm dimana peserta
melihat tayangan video dahulu sebelum mencerap. Cerapan malam berakhir pada jam
10.00mlm dan semua peserta bergerak pulang ke destinasi masing-masing.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, lawatan ini membantu peserta lawatan memahami kepentingan ilmu falak
dalam ibadah serta menambahkan ilmu pengetahuan tentang kepentingan ilmu ini dalam
Matematik. Lawatan galeri, kubah dan cerapan membantu peserta lawatan meningkatkan
ilmu pengetahuan dan dapat berkongsi pengalaman dengan para pelajar.
GAMBAR- GAMBAR AKTIVITI
Balai Cerap Al- Khawarizmi
Zon sistem suria
Zon Astronomi Islam
Zon penerokaan Angkasa Lepas
Zon langit malam
ANALISIS SOAL SELIDIK
Disediakan oleh,
.................................................
( Halimatul Saadiah Hashim )
AJK Dokumentasi Lawatan Kerja ke Balai Cerap
Unit Matematik,
Kolej Matrikulasi Johor