MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16
POLITEKNIK MELAKA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
1. ATURCARA RAPTAI DAN MAJLIS KONVOKESYEN
a) Hari Raptai
Tarikh : 11 Ogos 2017 (Jumaat)
Waktu : 8.30 pagi ~ Pendaftaran graduan akan diadakan di Tulip Hall,
Freeport A’Famosa Outlet, Melaka.
2.45 ptg ~ Upacara raptai penyampaian sijil konvokesyen di
Tulip Hall, Freeport A’Famosa Outlet, Melaka.
b) Majlis Konvokesyen
Tarikh : 12 Ogos 2017 (Sabtu)
Tempat : Tulip Hall, Freeport A’Famosa Outlet, Melaka
Waktu : 7.30 pagi ~ Pendaftaran graduan
8.00 pagi ~ Perbarisan graduan mengikut jabatan
8.45 pagi ~ Perarakan masuk dewan
9.00 pagi ~ Majlis Konvokesyen
2. MAKLUMAT AKUAN KEHADIRAN
a) Para graduan yang ingin menghadiri majlis tersebut dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut :
i) Mengisi BORANG JAWAPAN AKUAN PENGESAHAN KEHADIRAN (BORANG US-1).
ii) Membuat bayaran sebanyak RM 230.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) No. Akaun
0410041000152319 dibayar atas nama “Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad”. Bayaran secara
wang tunai/cek tidak akan diterima. WANG INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN ATAS APA-APA
ALASAN JUA PUN.
iii) Satu keping sampul surat Pos Express C5 (separuh A4) agar penghantaran terjamin dan memudahkan
pengesanan surat. Sampul surat ini akan digunakan untuk mengepos Surat Kedua berkenaan
konvokesyen dan kad jemputan graduan. (Sila tuliskan Sesi Tamat Pengajian dan No.Pendaftaran di
bahagian atas sebelah kiri sampul surat).
Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir :
iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my . Sila rujuk maklumat terkini
melalui laman Facebook Unit Pengesanan Graduan PMK.
v) Menghadiri majlis raptai pada waktu yang telah ditetapkan. Graduan yang tidak menghadiri majlis
raptai atau lewat hadir tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.
b) Para graduan yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut :
i) Mengisi BORANG JAWAPAN AKUAN PENGESAHAN KEHADIRAN (BORANG US-1).
ii) Membuat bayaran sebanyak RM 148.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) No. Akaun
0410041000152319 dibayar atas nama “Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad”. Bayaran secara
wang tunai/cek tidak akan diterima. WANG INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN ATAS APA-APA
ALASAN JUA PUN.
iii) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my . Sila rujuk maklumat terkini
melalui laman Facebook Unit Pengesanan Graduan PMK.
Nota :
Perkara di atas adalah WAJIB dilaksanakan bagi semua graduan yang hadir atau tidak hadir ke Majlis
Konvokesyen. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan anda dihalang menghadiri Majlis
Konvokesyen atau pengeluaran transkrip akan ditahan.
c) Graduan yang HADIR MESTI mengikuti sesi berikut :-
a. Pendaftaran Graduan
b. Raptai Konvokesyen
c. Majlis Konvokesyen
3. ETIKA BERPAKAIAN
a) HARI RAPTAI
i) GRADUAN LELAKI
Baju kemeja lengan panjang/pendek dan seluar slack.
Graduan hendaklah berambut pendek. Graduan yang berambut panjang, berekor atau
diwarnakan dilarang mendaftar diri untuk raptai dan seterusnya tidak dibenarkan menyertai majlis
konvokesyen.
Graduan DILARANG TEGAS memakai seluar jenis ”jeans”, selipar, capal dan ’T-shirt’ berkolar
atau tidak berkolar semasa mendaftar.
ii) GRADUAN WANITA
Baju Kurung tradisional/ kebaya labuh/ kebarung ATAU blouse dan seluar slack / skirt yang
melepasi paras lutut ( bagi pelajar bukan beragama Islam sahaja).
Graduan dilarang sama sekali memakai pakaian yang tidak sopan, jarang, ketat atau
mendedahkan.
b) HARI KONVOKESYEN
Para graduan diwajibkan berpakaian seperti berikut pada hari konvokesyen :
i) GRADUAN LELAKI
Baju Melayu warna hitam, bersamping sebarang corak dan warna, bersongkok hitam ATAU
Lounge Suit ( Baju kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack berwarna gelap, blazer
warna gelap dan bertali leher )
Graduan mestilah berambut pendek.
ii) GRADUAN WANITA
Baju kurung tradisional/ kebaya labuh/ kebarung berwarna bebas dan tudung kepala berwarna
serba putih / cream ATAU blouse warna serba putih / cream dan skirt warna gelap yang
melepasi paras lutut ( bagi pelajar bukan beragama Islam sahaja).
Graduan wanita adalah dilarang memakai seluar panjang.
Graduan dilarang sama sekali memakai pakaian yang tidak sopan, jarang, ketat atau
mendedahkan.
4. KASUT
a) Graduan hendaklah memakai kasut yang bersih dan bersesuaian (bahagian depan kaki bertutup), sandal, capal
atau kasut jenis sukan tidak dibenarkan sama sekali.
b) Penggunaan kasut kulit berwarna hitam atau gelap amat digalakkan.
NOTA: SEGALA RAYUAN UNTUK MENDAPAT KELONGGARAN MENGENAI PERKARA 3 DAN 4 TIDAK AKAN
DILAYAN.
5. PEMINJAMAN JUBAH
a) Graduan hendaklah mengambil jubah masa yang telah ditetapkan semasa Hari Raptai. Proses pengambilan jubah
dihentikan semasa sesi raptai berlangsung. Pengambilan lebih awal adalah tidak dibenarkan.
6. URUSAN JUBAH
a) Jubah hendaklah dipulangkan sebaik sahaja Majlis Konvokesyen tamat atau mengikut waktu yang telah ditetapkan.
b) Kegagalan memulangkan jubah akan menyebabkan Diploma dan Transkrip Peperiksaan ditahan oleh Unit Peperiksaan.
c) Jubah yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran gantirugi.
d) Graduan boleh mengambil Diploma dan Transkrip Peperiksaan sebaik sahaja Majlis Konvokesyen berakhir dan
mengesahkan pemulangan jubah.
7. PENGAMBILAN DIPLOMA DAN SIJIL
a) Diploma & Transkrip Peperiksaan yang tidak dituntut akan disimpan oleh Unit Peperiksaan PMK. Sebarang
permasalahan atau maklumat lanjut sila hubungi 06-337 6003.
8. PAS MASUK KE MAJLIS KONVOKESYEN
a) Disebabkan tempat yang terhad dan bilangan graduan yang ramai, hanya SATU (1) keping pas masuk diberi untuk
kebenaran masuk DUA (2) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun
tidak dibenarkan masuk.
b) Pihak PMK akan menyediakan ruangan untuk ahli keluarga menonton siaran secara langsung di luar dewan.
c) Ibu bapa atau penjaga diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing sebelum jam 7.30 pagi pada hari
konvokesyen.
d) Pas masuk dewan mesti dibawa dan ditunjukkan kepada petugas. Pihak PMK memohon maaf sekiranya terdapat ibu,
bapa atau penjaga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kerana tempat adalah terhad.
e) Ibu, bapa atau penjaga perlu berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan Istiadat rasmi.
f) Mohon kerjasama ibu, bapa atau penjaga agar tidak meninggalkan dewan semasa majlis sedang berlangsung.
9. SESI BERGAMBAR (FOTOGRAFI)
a) Pihak PMK menyediakan perkhidmatan fotografi semasa majlis berlangsung.
b) PMK telah melantik syarikat fotografi luar dan diberikan tanggungawab mengambil gambar graduan semasa menerima
Diploma dan urusan selanjutnya (penyerahan gambar) adalah tanggungjawab syarikat berkenaan.
c) Semasa majlis sedang berlangsung, graduan dan tetamu DILARANG mengambil gambar di dalam dewan bagi
memastikan kelancaran majlis.
10. BARANG-BARANG PERSENDIRIAN
a) Pihak PMK tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan barangan peribadi.
b) Graduan dan tetamu adalah diingatkan supaya tidak membawa masuk ke dalam dewan seperti makanan, minuman
atau barangan persendirian yang boleh mengganggu perjalanan majlis seperti beg, kamera, telefon bimbit,
sebarang peranti atau alatan elektronik dan sebagainya.
c) Sila matikan atau tukar kepada Mod Senyap (Silent Mode) sekiranya membawa masuk alatan elektronik seperti telefon
bimbit , “tablet” dan lain-lain.
11. KUASA POLITEKNIK MELAKA
a) Graduan yang tidak mematuhi syarat dan arahan yang telah ditetapkan terutama tatacara berpakaian atau
penampilan diri yang tidak bersesuaian dengan Istiadat adalah dilarang atau ditahan daripada mengikuti majlis
Konvokesyen.
b) Sebarang keputusan mengenai larangan yang telah dikeluarkan adalah muktamad.
c) Justeru itu pihak Politeknik Melaka , memohon kerjasama semua graduan agar mematuhi segala peraturan yang
dinyatakan dan menerima teguran sekiranya diberi oleh mana-mana Pegawai.
12. PENGINAPAN
a) Penginapan di sepanjang konvokesyen adalah tanggungjawab graduan. Pihak Politeknik Melaka tidak menyediakan
sebarang tempat penginapan.
13. SURAT JAWAPAN KEHADIRAN
a) Surat jawapan hendaklah sampai sebelum atau pada 22 Jun 2017 dan dihantar kepada:
JAWATANKUASA JEMPUTAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16
Politeknik Melaka
No. 2, Jalan PPM 10
Plaza Pandan Malim
75250 Balai Panjang
Melaka
(U/P : Ketua Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar)
b) Surat jawapan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan dan graduan berkenaan dianggap
sebagai tidak hadir konvokesyen.
14. HAL-HAL LAIN
a) Tiada jamuan makan disediakan kepada graduan dan ibubapa semasa hari konvokesyen.
b) Sila hubungi jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Majlis Konvokesyen :
Jawatankuasa Jemputan Graduan
Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar PMK
06-337 6054 / 6058 / 6118
Jawatankuasa Pengesanan Graduan PMK
Puan Afrezayu binti Johari
06-337 6042
Jawatankuasa Alumni PMK / Majlis Jalinan Mesra 2017
En Hafis 017-665 0018
En Shukri 016-712 2972
c) Sila rujuk halaman portal rasmi Politeknik Melaka di www.polimelaka.edu.my jika terdapat sebarang perubahan atau
makluman terkini.
“ TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA ”
PERINGATAN Segala rayuan untuk mendapat kelonggaran mana-mana arahan yang telah ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. Nota: 1. Sebarang pertanyaan berhubung konvokesyen adalah di talian 06-337 6054/ 6058/ 6118.
2. Waktu berurusan adalah pada HARI BEKERJA antara jam 8.30 pagi – 4.30 petang
CARTA ALIR TINDAKAN GRADUAN
HADIR KONVOKESYEN
PROSES SEBELUM MENGHADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN
Menamatkan Pengajian
dengan Jayanya
Mendapat makluman Konvokesyen PMK ke-16 melalui
surat, Facebook dan Laman sesawang rasmi PMK
1. MEMBUAT BAYARAN berjumlah RM230.00
melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
dengan menggunakan slip bayaran atas nama
KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD
2. Membuat PENGESAHAN KEHADIRAN dengan
menghantar dokumen berikut ke Jawatankuasa
Jemputan Graduan
a) Borang Jawapan Akuan Pengesahan
Kehadiran
b) Salinan resit bayaran bernilai RM230.00
c) Sampul surat pos express C5 beralamat
graduan
3. Membuat kajian pengesanan Graduan (Tracer Study) di
laman web http://graduat.mohe.gov.my .
PROSES SEMASA MENGHADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN
Pendaftaran dan WAJIB menghadiri RAPTAI Istiadat Konvokesyen
Pendaftaran Graduan
(pada hari Istiadat Konvokesyen)
TIDAK HADIR KONVOKESYEN
PROSES YANG PERLU DILAKUKAN
Menamatkan Pengajian
dengan jayanya
Mendapat makluman Konvokesyen PMK ke-16 melalui surat, Facebook dan Laman sesawang rasmi PMK
1. MEMBUAT BAYARAN berjumlah RM148.00
melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional
(BSN) dengan menggunakan slip bayaran atas
nama KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA
BERHAD
2. Membuat PENGESAHAN KETIDAKHADIRAN
dengan menghantar dokumen berikut ke
Jawatankuasa Jemputan Graduan
a) Borang Jawapan Akuan Pengesahan Kehadiran
b) Salinan resit bayaran bernilai RM148.00
3. Membuat kajian pengesanan Graduan (Tracer Study) di
laman web http://graduat.mohe.gov.my
Tamat
Istiadat Konvokesyen PMK Ke-15 Berlangsung
Pemulangan Pakaian Konvokesyen
Pengambilan Sijil Graduan
Borang Jawapan AKUAN PENGESAHAN KEHADIRAN BORANG US-1
ISTIADAT KONVOKESYEN KE-16, POLITEKNIK MELAKA
No. Pend : No. KP :
(Sila kembalikan surat ini kepada Urusetia dengan segera supaya sampai SEBELUM ATAU PADA 22 JUN 2017)
Nama Graduan : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
No. Pendaftaran Pelajar : ……………………….………………… Sesi Tamat: Dis 2015 / Jun 2016
Alamat : ……………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………
……………………………………........................................ No. Telefon : ……………………………………………………
Tarikh : …………………………………………
JAWATANKUASA JEMPUTAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16
POLITEKNIK MELAKA
NO. 2, JALAN PPM 10
PLAZA PANDAN MALIM
75250 BALAI PANJANG
MELAKA
(U/P : KETUA JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR) No. Telefon : 06-337 6054 / 6058 / 6118
ISTIADAT KONVOKESYEN POLITEKNIK MELAKA KALI KE-16
Saya HADIR ke majlis tersebut di atas dan upacara raptai seperti yang
ditetapkan.
2. Sila tandakan (√) / lengkapkan maklumat di bawah:
Semasa Majlis Konvokesyen saya akan hadir bersama tetamu seramai :
(a) Seorang Jemputan ( )
(b) Dua orang Jemputan ( )
Saiz jubah : ……………..
3. Bersama-sama ini disertakan :
(a) No.Resit BSN ……………………. bernilai RM230.00
0410041000152319 , Bank Simpanan Nasional (BSN)
Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad
IKRAR
a) Saya faham bahawa segala bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan
jika saya menarik diri atas apa jua pun alasan .
b) Saya faham bahawa saya tidak akan dibenarkan menyertai Majlis
Konvokesyen ini jika saya tidak mengikut peraturan berpakaian
sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Konvokesyen.
c) Saya faham bahawa saya tidak akan dibenarkan menyertai Majlis
konvokesyen jika saya tidak melaporkan diri saya semasa Hari Raptai
pada Jumaat ,11 Ogos 2017, jam 10.00 pagi di tempat yang telah
ditetapkan.
…………………………………………
(Tandatangan)
Saya TIDAK HADIR ke majlis tersebut di atas.
2. Bersama-sama ini disertakan :
(a). No.Resit BSN ……………………. bernilai RM148.00
0410041000152319 , Bank Simpanan Nasional (BSN)
Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad
3. Sijil / Diploma saya mohon diposkan ke alamat seperti berikut ;
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………..
Poskod : …………………………….
…………………………………………
(Tandatangan)