MANUAL MPK BIL : 74 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
PANGKALAN DATA GIS
(PENGEMASKINIAN LOT-LOT TANAH)
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
KANDUNGAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
2
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 9
7.0 CARTA ALIR 10
8.0 PROSES KERJA 11
9.0 PENUTUP 12
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Jawatankuasa induk GIS MPK yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 berperanan untuk mengkuatkuasa segala sistem GIS yang dibangunkan agar ianya selaras dengan aspirasi Majlis untuk memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada masyarakat Klang khasnya. Perkembangan didalam Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) khususnya yang berkaitan dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS) perlu dilihat sebagai cabaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk diguna pakai segala kelebihannya. Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan di semua peringkat jabatan supaya kualiti kerja yang dilaksanakan dan perkhidmatan yang diberikan akan bertambah baik dan berkualiti. Dengan terbitnya “Manual Pangkalan Data GIS Majlis Perbandaran Klang” diharap ianya dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak pengurusan, kakitangan dan agensi dan masyarakat untuk mendapatkan maklumat Geospatial dengan cara yang cepat dan mudah di Majlis Perbandaran Klang. Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu: “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dan mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ehsan Bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya
Manual Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot
Tanah) Majlis Perbandaran Klang ini telah dapat
diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada semua yang
terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis
Perbandaran Klang bagi Edisi Pertama ini. Buku "Manual Pengkalan
Data GIS (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
"merupakan garis panduan edisi pertama yang diterbitkan bagi
memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan sistem GIS di Majlis
Perbandaran Klang. Tujuan garis panduan ini diterbitkan adalah untuk
memberi panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga
Klang. Manual Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada peraturan
dan undang-undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang
digunakan sebagai rujukan.
Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Pengkalan Data GIS (Pengemaskinian Lot-Lot
Tanah) Majlis Perbandaran Klang edisi pertama. Adalah diharapkan
agar apa yang dirancang akan menepati matlamat penghasilan buku
ini.
Wassalam.
En. Zailani Bin Panot
Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan
Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.
1.3 Manual ini menerangkan lapisan-lapisan data yang ada dalam
sistem GIS MPK dan prosedur-prosedur, berkenaan dengan
kaedah pemprosesan data GIS di MPK.
1.4 Manual ini juga menerangkan penggunaan aplikasi E-info bagi
mendapatkan maklumat-maklumat yang terdapat dalam sistem
tersebut.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Sistem GIS MPK telah dibangunkan pada tahun 1995.
2.2 Tujuan sistem GIS dibangunkan pada tahun 1995 adalah untuk
mengemaskini pelan-pelan lulus Majlis daripada salinan keras
(hardcopy) kepada format digital.
2.3 Pada masa ini, maklumat GIS Jabatan telah diseragamkan dan
telah digunapakai oleh semua jabatan dalam Majlis
Perbandaran Klang.
2.4 Pihak majlis telah mendapat bantuan dan bimbingan GIS dari
Pusat Infrastruktur Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar, serta Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM)
2.5 Satu Jawatankuasa Kerja GIS MPK telah ditubuhkan pada
tahun 2009 dengan keanggotaan seperti berikut :
a) Jabatan Perancang Bandar dan Desa (urusetia)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
6
b) Jabatan Teknologi Maklumat (Sokongan Teknikal)
c) Jabatan Kejuruteraan
d) Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
e) Jabatan Bangunan
f) Jabatan Taman dan Rekreasi
g) Jabatan Alam Sekitar
h) Jabatan Pelesenan dan Penjaja
i) Jabatan Kesihatan
j) Jabatan Pusat Semakan Setempat (OSC)
k) Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB)
3.0 DEFINISI
3.1 Sistem Maklumat Geografi (GIS) didefinisikan sebagai:
i. Sistem maklumat berkomputer memudahkan kerja-kerja
pengurusan pangkalan data sama ada dalam bentuk peta,
data atribut dan imej.
ii. GIS terdiri daripada komponen perisian, perkakasan,
pangkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang
mengguna dan mengurus maklumat.
iii. Kelebihannya ialah berupaya memaparkan maklumat hasil
daripada proses data integrasi atau gabungan antara
pangkalan data peta dengan pangkalan data atribut.
iv. Komponen GIS yang memenuhi keperluan sesebuah
organisasi adalah :
a. Pengguna/kepakaran
b. Kaedah/prosidur perlaksanaan
c. Sumber data/maklumat
d. Peralatan komputer
e. Perisian komputer
v. Skop latihan juga melibatkan aspek penggunaan perisian
GIS kepada pelbagai aspek lain seperti penggunaan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
7
peralatan komputer, pengstoran, polisi dan isu keselamatan
data, isu perkongsian data, standard pembangunan data
yang digunapakai masa kini.
vi. Kos pembangunan data dapat dikurangkan kerana data
digital daripada agensi tertentu adalah jalan terbaik untuk
menjimatkan kos pembangunan data.
vii. Pembangunan data GIS perlulah dilaksanakan secara
berterusan dengan melantik kakitangan khusus yang
bertanggungjawab dalam kerja-kerja pengemaskinian,
penyimpanan dan penyelengaraan data, sistem aplikasi,
infrastruktur dan peralatan komputer.
viii. Kelemahan menguruskan salah satu komponen GIS tersebut
akan menyebabkan proses penerapan sistem ini oleh
organisasi terbabit mungkin menemui kegagalan.
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J41)
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Kanan)
(J36)
Juruteknik Perancang Bandar (Kanan) (J22)
Juruteknik Perancang Bandar (J17)
Pembantu Tadbir (N17)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
8
5.0 SUMBER KUASA GIS
Garispanduan dan polisi yang digunapakai untuk membangunkan GIS
MPK adalah berpandukan kepada:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);
ii. Surat Perkeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial
Negara (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2009 – Panduan Bagi
Pembangunan dan Pelaksanaan Pusat Data Geospatial /
Geospatial Data Centre (GDC) Yang Dikeluarkan Oleh Pusat
Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCDGI), Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Oktober 2009.
iii. Malaysian Standard MS 1759:2004 (Geographic Infomation
Geomatic – Features and Attribute Codes).
iv. Manual Sistem Maklumat Geografi, Kajian Rancangan
Pemajuan, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
v. Pekeliling/Arahan daripada Yang DiPertua/Setiausaha
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
9
6.0 SKOP KERJA
6.1 Pengarah Perancang Bandar
Memberi arahan supaya lot – lot yang diluluskan ditandakan
dalam base-map.
6.2 Pegawai Perancang Bandar
Memastikan setiap pemajuan di atas lot-lot tanah tersebut
mempunyai kelulusan Majlis.
6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar
Menyemak dan merujuk lot-lot tanah pada pelan lulus Majlis
sebelum mendigit lot tersebut di dalam base-map.
6.4 Juruteknik Perancang Bandar
Mendigit data spatial dan mengemaskini data-data atribut ke
dalam base-map.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
10
7.0 CARTA ALIR
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
11
8.0 PROSES KERJA
Langkah Pertama : Pihak Berkuasa Tempatan menerima
permohonan pelan. Pelan pemajuan
daripada pihak perunding.
Langkah Kedua : Pelan yang telah diluluskan akan direkod
sebagai pelan Majlis dan salinan pelan
tersebut akan dihantar keunit GIS untuk
proses kemasukan ke pangkalan Data GIS.
Langkah Ketiga : Pelan-pelan pembangunan akan di imbas
(scanning) dan di laksanakan proses
penentuan koordinat. Pihak Majlis
Perbandaran Klang menggunakan sistem
koordinat Selangor Cassini Soldner sebagai
“projection” rujukan pada pelan.
Langkah Keempat : Pelan-pelan tersebut akan di digit
menggunakan perisian MapInfo dan
memasukkan butiran-butiran atribut
berkaitan. Pelan yang telah siap didigit
akan di upload ke dalam Pangkalan Data
GIS MPK.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang
12
9.0 PENUTUP
Pelaksanaan manual pengkalan data GIS di atas adalah bagi tujuan
memudahkan kerja-kerja pengurusan sama ada dalam bentuk peta,
data atribut ataupun imej dan berupaya memaparkan maklumat terkini
pada setiap lot di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan telah
diseragamkan untuk digunapakai oleh semua jabatan dalam Majlis
Perbandaran Klang.