MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR
(A) PENGENALAN
Unit Kebajikan dan Pinjaman Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA)
adalah unit yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras segala urusan
berkaitan penajaan pinjaman dan biasiswa yang ditawarkan dengan mengiklankannya
kepada para pelajar. Unit ini juga pada masa yang sama harus memastikan segala
maklumat berkaitan dengan penaja disebarluaskan kepada pelajar bagi memastikan
semua pelajar mendapat maklumat yang betul dan terkini disamping menguruskan
segala urusan bersama semua penaja mengenai aktiviti-aktiviti mahupun program yang
dirancang seperti Program Perjumpaan Bersama Pelajar Tajaan, Urusan Temuduga,
Khidmat Nasihat, Taklimat, Rundingan, Notis Pemberitahuan serta urusan berkaitan
dokumentasi adalah lengkap sebelum diserahkan kepada penaja.
Unit ini juga pada masa yang sama bertanggungjawab dalam memastikan hal-hal
berkaitan kebajikan pelajar diuruskan dengan baik serta memastikan Dana bagi Tabung
Khas/Zakat mencukupi bagi menyediakan bantuan kepada semua pelajar yang
kesempitan kewangan serta diproses dalam tempoh masa yang ditetapkan melalui
Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik. Selain itu, unit ini juga harus memastikan setiap
hal yang berkaitan kebajikan pelajar seperti penyediaan Surat Jaminan Hospital,
Tuntutan Khairat Kematian, Tuntutan Insuran dan urusan lain berkaitan kebajikan pelajar
dibuat dengan cepat.
(B) JENIS-JENIS BANTUAN KEWANGAN
i ) Pinjaman Pelajaran
Bantuan kewangan ini adalah kategori terbesar yang boleh dipohon oleh pelajar
melibatkan bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Pusat,
Kerajaan Negeri mahupun Swasta. Antara penaja pinjaman terbesar adalah
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
ii ) Biasiswa
Biasiswa ini ditawarkan oleh badan-badan korporat, kerajaan ataupun swasta
kepada pelajar melalui iklan melalui media cetak dan lama sesawang masing-
masing. Proses temuduga juga selalunya di atur sendiri oleh agensi berkenaan
dengan bantuan HEPA dan pemilihan juga ditentukan oleh agensi berkenaan melalui
permohonan yang diterima serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
(C) SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON
Semua pelajar IPT warganegara Malaysia layak memohon dengan berpandukan
syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh penaja dengan jelas melalui Laman
Sesawang. Sila semak Iklan ataupun borang-borang permohonan yang terdapat di laman
sesawang dan hantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
(D) MASA UNTUK MEMOHON
Setiap permohonan telah ditentukan tarikh tutup permohonan. Pelajar boleh menyemak
di laman sesawang penaja, papan kenyataan HEPA, Kolej Kediaman dan portal UniMAP.
Bagi PTPTN pelajar boleh memohon bila-bila masa setelah mendapat tawaran masuk ke
UniMAP. Sebelum pelajar mendaftar diri ke UniMAP pelajar boleh menyemak dan
mencetak surat perjanjian serta membawa bersama bagi tujuan penyerahan semasa hari
pengumpulan perjanjian oleh pegawai PTPTN.
(E) CARA UNTUK MENDAPATKAN BORANG
Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan cara mengisi borang permohonan yang
boleh didapati di agensi-agensi berkenaan secara online atau di Unit Pinjaman dan
Kebajikan Pelajar, JHEPA (sekiranya agensi berkenaan membekalkan borang tersebut).
Biasanya agensi-agensi berkenaan akan memohon kerjasama JHEPA untuk membuat
hebahan tawaran tersebut kepada semua pelajar melalui emel dan papan-papan
kenyataan Kolej Kediaman UniMAP. Selain itu, pelajar boleh memohon borang
permohonan dengan cara menulis sendiri kepada agensi-agensi berkenaan.
Bagi Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ), Pelajar boleh memohon
secara online melalui laman web PTPTN. No PIN untuk password boleh didapati di Bank
Simpanan Nasional dengan harga RM5.00. Setelah permohonan diluluskan pelajar
boleh mencetak perjanjian dan menyerahkan dokumen perjanjian pada tarikh yang akan
dimaklumkan oleh HEPA( selewat-lewatnya dua (2) atau tiga(3) minggu selepas Minggu
Suaikenal selesai.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Call Centre PTPTN di talian 03-2080 4455.
(F) SENARAI SEMAK UNTUK PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN
PTPTN
1. Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat
permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN secara atas talian (Online) :
a. Memenuhi syarat-syarat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN;
b. Mempunyai akauan Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN) sebagai
syarat wajib memohon;
c. Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank
Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat
pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:-
ii. Kaunter
iii. Mesin Teller Automatik ( ATM )
iv. Mesin Deposit Tunai ( CDM )
No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh
pembelian No PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga
tarikh pendaftaran permohonan online.
d. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah
ditetapkan oleh IPT masing-masing.
Bagi UniMAP, pelajar-pelajar perlu membuka akaun di
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB).
e. Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN;
f. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu
sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi Gagal /
Berhenti / mendapat penaja lain serta membatalkan pembiayaan pendidikan
PTPTN.
(G) KAEDAH PERMOHONAN
Kaedah memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut :
Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online)
melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan Online di alamat
http://www.ptptn.gov.my ;
Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan
mengikut IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk membuat permohonan
mengikut IPT berkaitan boleh dirujuk di dalam Laman Web PTPTN
(http://www.ptptn.gov.my);
Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon
mana-mana pembiayaan pendidikan;
Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh
Masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari
Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian
yang bermula dengan perkataan “Bajet Mini” di Butiran Nama Program/Kursus;
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman
Web Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas
tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN;
Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web
Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan;
Pastikan komputer anda mempunyai program „Adobe Acrobat Reader‟ untuk tujuan
cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web
http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon „Get ADOBE READER‟
dan „Install‟ di komputer anda.
(H) DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISEDIA DAN DISAHKAN.
Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas
berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada
satu muka sahaja untuk setiap helaian ( bagi satu-satu muka surat ). Dakwat
cetakan hendaklah berwarna hitam.
i. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat)
Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan,
Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua
set dokumen berkenaan **.
ii. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat)
dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan
tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.
iii. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat)
Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar dikehendaki untuk
ditandatangan ringkas di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di
bahagian bawah dokumen berkenaan**;
iv. Sediakan2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen
Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah
dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan pada muka
depan setiap set dokumen perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN A PADA
DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN)
Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama SATU (1) SALINAN dokumen
sokongan yang telah TIDAK PERLU DISAHKAN / DITANDATANGANI seperti
berikut:
i. Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK
MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan
sebelum ini. dokumen ini tidak perlu disahkan.
ii. Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan
dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang
sama.
iii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). Slip transkrip keputusan
peperiksaan SPM / SPMV hanya sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi
tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil.
iv. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi
melalui cetakan internet / portal IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A
daripada IPT pelajar berkenaan sahaja
v. Salinan Buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip Deposit
Bank / Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah
ditetapkan oleh IPT. Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya berlaku
kesilapan no akaun pada Dokumen Perjanjian Penerima Biaya.
vi. Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk
lain. Contoh : STPM / Diploma / Matrikulasi/ Ijazah / Sarjana.
vii. Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata
Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -
PENJAGA PERTAMA (1).
viii. Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata
Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -
PENJAGA KEDUA (2).
ix. Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat
Pengesahan Pendapatan - PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya
masih bekerja)
x. Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan
Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PASANGAN PENERIMA
BIAYA. (sekiranya penerima biaya telah berkahwin)
xi. Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat
Zakat sekiranya penerima bantuan bulanan dari Agensi berkenaan- PENERIMA
BIAYA/ IBU BAPA KANDUNG / PENJAGA.
xii. Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. ( Bagi Penerima Biaya
yang menggunakan pengalaman kerja sebagai salah satu syarat kelayakan
masuk )
Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke
atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan:
i. Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan
ii Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. (Setiap dokumen
sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan
disahkan pegawai yang layak. Maklumat mengenai pegawai yang layak
mengesahkan dokumen boleh didapati daripada laman web PTPTN.)
Pegawai yang menjadi saksi PELAJAR dan PENJAMIN adalah seperti berikut:
a) Wakil Rakyat/Senator
b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c) Pengamal Undang-undang
d) Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai
e) Pengetua/Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
f) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat
Kapten atau setaraf dan ke atas
g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai
Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung)
h) Untuk SABAH dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/
Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah
(Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di
Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai jawatan pegawai
dan jabatan/alamat di mana pegawai bertugas)
Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kaedah permohonan pembiayaan PTPTN
boleh diperolehi dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my
(I) PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN
Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikreditkan terus ke akaun
pelajar. Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang
sempurna diterima oleh PTPTN;
Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN
menerima pengesahan daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya
meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas.
(J) PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN
Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00;
Menangguhkan pengajian;dan
Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.
(K) PERMOHONAN KENAIKAN KADAR PINJAMAN PTPTN
Permohonan kenaikan kadar boleh dibuat dengan menggunakan borang PTPTN-P-01/2-
2004 Pin.4 yang boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di IPT masing-masing
ataupun melalui laman web PTPTN.
Setiap permohonan mestilah dilampirkan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti
berikut :
1. Salinan slip gaji terkini/kad pesara/pengesahan pendapatan
ibubapa/penjaga terkini.
2. Salinan sijil kelahiran anak-anak dalam tanggungan
ibubapa/penjaga
3. Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan.
(Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui HEPA IPT masing-
masing dan sebarang kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan semasa)
(L) PENAMATAN / PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN
Pelajar perlu memaklumkan kepada Perbadanan sekiranya
Gagal/Berhenti/Batal/Penaja lain dengan menghantar surat rasmi atau
menghantar borang pembatalan pinjaman yang boleh diperolehi di IPT/Lawan
Web PTPTN kepada pihak PTPTN.
(M) PERTUKAR PROGRAM PENGAJIAN
MAKLUMAN KEPADA PELAJAR YANG BERHASRAT UNTUK MEMOHON
PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN SELEPAS PINJAMAN PTPTN DITERIMA:
Perbadanan berhak menamatkan Perjanjian Pinjaman Pendidikan sekiranya pelajar
menukar program/kursus pengajian tanpa persetujuan bertulis Perbadanan.
Pertukaran kursus yang menyebabkan pelajar kembali ke Semester 1 atau
menyebabkan pertambahan tempoh pinjaman adalah tidak dibenarkan.
Sekiranya pertukaran kursus dibuat juga, pinjaman akan ditamatkan dan pelajar
perlu mengemukakan permohonan semula pinjaman serta membuat penyelesaian
hutang ke atas jumlah pinjaman yang telah diterima bagi pengajian/kursus
terdahulu.
PERMOHONAN RAYUAN BAGI KES PERTUKARAN PROGRAM
PENGAJIAN/KURSUS
Pelajar yang terlibat dengan pertukaran program pengajian/kursus boleh mengemukakan
permohonan rayuan sebelum mengemukakan permohonan pinjaman baru. Antara
dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pertukaran pengajian/ kursus
adalah:
Surat rasmi permohonan pertukaran program/kursus daripada pelajar kepada
PTPTN;
Sesalinan surat tawaran kemasukan ke IPT bagi program/kursus lama yang
telah disahkan;
Sesalinan surat kelulusan pertukaran program/kursus baru daripada IPT yang
telah disahkan;
Surat pengesahan daripada fakulti baru sama ada pelajar mengulang semester
atau tidak mengulang semester.
*** Makluman berkaitan status rayuan akan dimaklumkan kepada
pelajar/Universiti.
(N) TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN:
KES TAMAT
• 6 bulan selepas tamat tempoh pembiayaan. Tindakan mahkamah
akan diambil kepada peminjam yang gagal membuat bayaran balik;
• Peminjam yang membuat bayaran balik dalam tempoh 6 bulan
selepas tamat pembiayaan, kos pentadbiran tidak akan dikenakan
KES GAGAL/BERHENTI
• 60 hari dari tarikh pembatalan pembiayaan
KES BATAL/PENAJA LAIN
• 60 hari dari tarikh pembatalan pembiayaan
(O) PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN
Bagi pelajar yang menerima tajaan lain, penangguhan tidak dibenarkan
kecuali bagi pembayaran PTPTN yang tidak bertindih dengan pembayaran
penaja baru. Sila hantar surat permohonan berserta salinan surat tawaran
penaja baru yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan
Pengurusan dan Profesional;
Bagi peminjam yang Gagal/Berhenti/Batal/Penaja lain, permohonan
penangguhan hanya dibenarkan jika pelajar menyambung pengajian. Sila
hantar surat permohonan berserta salinan surat tawaran pengajian yang
baru;
Tempoh penangguhan akan ditentukan oleh pihak PTPTN.
Pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan apabila hutang terdahulu
diselesaikan;
Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat
apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus
pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN
semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN.
(P)PELAKSANAAN DASAR PEMBIAYAAN BOLEH UBAH
BERMULA TAHUN 2010
Ucapan Bajet 2010 pada 23 Okt 2009, YAB Perdana Menteri telah
mengumumkan supaya pembiayaan PTPTN ditukar kepada biasiswa
bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda
kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun Januari 2010.
Antara syarat yang ditetapkan adalah:-
i. Mengikuti Pengajian secara sepenuh masa;
ii. Pelajar menamatkan pengajian dalam tempoh pinjaman atau lebih awal
seperti yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian;
iii. Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penaja
lain;
iv. Permohonan dikemukakan dalam tempoh dua belas(12) bulan
dari tarikh pengijazahan semasa konvokesyen;dan
v. Kursus yang diikuti mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi
Kelayakan Malaysia(MQA) (pelajar IPTS sahaja)
Permohonan Pertukaran Pembiayaan Kepada Pembiayaan Boleh Ubah Hendaklah
Dikemukakan Secara Rasmi Ke PTPTN Dengan Menyertakan dokumen-dokumen
Berikut:-
a. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang telah disahkan oleh
Pegawai Pendaftar/Penolong Pendaftar Bahagian Akademik IPT masing-
masing.
b. Salinan Transkript Peperiksaan (ringkasan setiap semester) yang telah
disahkan oleh Pegawai Pendaftar/Penolong Pendaftar Bahagian Akademik
sahaja.
c. Akuan pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun melalui laman
web PTPTN) dan;
d. Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA)
** Peminjam yang menerima penaja lain dan bertindih dengan
pembiayaan PTPTN, tukar program, peringkat pengajian, dan IPT
tanpa kelulusan PTPTN ataupun melanggar mana-mana syarat yang
ditetapakan seperti dalam salinan pinjaman tidak akan
dipertimbangkan u ntuk menerima kemudahan ini.
(Q) TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR
UniMAP amat perhatin serta mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajarnya.
Terdapat beberapa bentuk pinjaman dan kebajikan kewangan yang diwujudkan oleh
universiti ini demi untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan.
Di antara bantuan kewangan yang disediakan adalah:
Tabung Pinjaman Jangka Pendek
Tabung ini bertujuan untuk memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar yang
menghadapi masalah kewangan semasa pengajian dalam semester dengan syarat
mereka mempunyai pinjaman/biasiswa dari mana-mana penaja. Pembayaran balik
pinjaman ini adalah melalui pemotongan pinjaman / biasiswa pelajar berkenaan yang
dibuat oleh Jabatan Bendahari apabila ia mendapat pinjaman / biasiswanya.
Urusan permohonan boleh dikemukakan melalui Unit Pinjaman dan Kebajikan
Pelajar dan pelajar perlu melepasi beberapa tapisan dan syarat-syarat yang
ditetapkan.
Permohonan pinjaman ini adalah terbuka kepada semua pelajar UniMAP.
Tabung Amanah Khas UniMAP
Tabung ini adalah sebuah tabung yang dana kewangannya dari hasil kutipan derma
dan sumbangan ikhlas staf-staf Universiti Malaysia Perlis melalui pemotongan gaji
mereka pada setiap bulan. Tabung ini diwujudkan di atas keperhatinan dan sikap
mengambil berat oleh staf-staf berkenaan untuk membantu pelajar-pelajar yang
menghadapi masalah kewangan. Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan akan hanya dapat menerimanya sekali sahaja sepanjang pengajiannya di
universiti ini. Pelajar-pelajar yang mendapat bantuan kewangan dari tabung ini tidak
perlu membayar balik wang yang diterimanya.
Tabung Amanah Zakat UniMAP
Tabung ini adalah sebuah tabung yang sumber kewangannya dari sumbangan wang
zakat dari syarikat-syarikat swasta di negara ini. Pelajar-pelajar beragama Islam
yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan dapat menerima
bantuan kewangan dari tabung ini hanya sekali sahaja sepanjang pengajiannya di
universiti ini. Pelajar-pelajar yang mendapat bantuan kewangan dari tabung ini tidak
perlu membayar balik wang yang diterimanya.
* Pelajar juga boleh menyemak Laman Sesawang agensi-agensi kerajaan yang lain bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan bantuan kewangan yang disediakan.
PANDUAN HAL-HAL KEBAJIKAN PELAJAR UNIVERSITI
MALAYSIA PERLIS
1.0 Panduan Pelajar Sakit ( Ditahan Di Hospital )
1.1. Syarat – syarat permohonan
Pemohon mestilah pelajar UniMAP yang berdaftar dan berstatus aktif.
Warga Negara Malaysia.
Perubatan di lakukan di Hospital Kerajaan.
Pemohon / rakan / pelapor hendaklah mengisi borang permohonan
Selepas permohonan diterima dan semakan bagi tujuan pengesahan, Unit Pinjaman Dan
Kebajikan Pelajar akan memproses pengeluaran surat jaminan Universiti yang di
alamatkan ke Hospital yang berkenaan melalui unit hasil dan akan difaks, diposkan
ataupun diambil oleh pemohon mahupun wakil..
2.0 Panduan kebajikan sekiranya berlaku Kematian (Semasa Pelajar Berada Di
Dalam Pengajian)
2.1 Syarat pengurusan Jenazah Pelajar.
i. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis.
ii. Mendapat Kebenaran dari waris pelajar bagi urusan mandi, mengkafan,
sembahyang dan penghantaran pulang.
Unit kebajikan menerima laporan pelajar meninggal dari Hospital keluarga / teman/Kolej
Kediaman atau dari mana-mana pegawai. Urusan berkaitan pengurusan jenazah, solat
jenazah/Sijil Kematian/ sijil Penguburan dan kenderaan akan diuruskan dengan
kerjasama Pusat Isklam dan Kolej Kediaman sekiranya perlu.
2.2 Keperluan Tuntutan Khairat Kematian/ Insurans.
i. Salinan Sijil Kematian.
ii. Salinan Permit Penguburan.
iii. Salinan Kad Pengenalan simati.
iv. Salinan Kad Pelajar
v. Laporan Polis jika berlaku kemalangan.
vi. Laporan doktor jika berlaku penyakit kronik ( bagi tujuan insuran )
vii. Salinan Kad Pengenalan waris.
2.3 Kadar Bantuan Pengurusan Jenazah.
i. Bayaran pengurusan jenazah akan diberikan dengan kadar tidak melebihi
RM1,000.00 dengan menggunakan Tabung Amanah Khas Pelajar UniMAP.
ii. Bantuan kebajikan akan diberikan sebanyak RM3,000.00 dengan
menggunakan dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah waris
mengemukakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Sijil Kematian
Salinan Permit Penguburan
Kad Pengenalan dan alamat surat menyurat waris.
iii. Cek yang berkenaan akan diposkan ke alamat waris seperti yang
dipersetujui setelah selesai diproses.
2.4 Sekiranya berlaku Kematian Ibu dan Atau Bapa Pelajar Meninggal.
2.4.1 Syarat Pengurusan Pelajar Pulang.
i. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia
Perlis.
ii. Ibu atau dan Bapa pelajar meniggal dunia.
Setelah laporan diterima, Unit Pinjaman dan Kebajikan HEPA akan menghubungi
pelajar bagi mendapatkan pengesahan bagi memboleh urusan-urusan berkaitan
pengangkutan yang bersesuaian disediakan sama ada kenderaan awam mahupun
kenderaan dengan syarat mendapatkan kelulusan dari TNC HEPA.
2.4.2 Keperluan Dokumen Selepas Pengurusan Jenazah Bagi
Mendapatkan Tuntutan Dari Wang Kebajikan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Sijil Kematian.
Salinan Permit Penguburan.
2.4.3 Kadar Bantuan Dari Kebajikan Pelajar
Bayaran pengurusan penghantaran pelajar pulang akan ditanggung
oleh Universiti.
Pelajar akan hanya dihantar dengan menggunakan pengangkutan
sama ada teksi, bas, feri, kapal dan keretapi kecuali bagi pelajar
Sabah dan Sarawak.
Bantuan kebajikan akan akan diberikan sebanyak RM300.00 dengan
menggunakan dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah pelajar
mengisi borang permohonan dengan mengemukakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Sijil Kematian
Salinan Permit Penguburan
Cek akan dikeluarkan atas nama pelajar setelah diluluskan oleh TNC
JHEPA.
Pelajar akan dimaklumkan oleh HEPA dan boleh menuntut memunut
cek di JHEPA 10 hari setelah cek surat proses diserahkan kepada
Jabatan Bendahari.
2.5 Semasa Kematian Keluarga Terdekat ( Abang, Kakak dan Adik )
2.5.1 Syarat Pengurusan Pelajar Pulang.
i. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia
Perlis.
ii. Abang atau kakak atau adik pelajar meniggal dunia.
2.5.2 Aliran Pengurusan Penghantaran Pulang Pelajar yang meninggal di
Universiti.
i. Unit kebajikan menerima laporan keluarga terdekat pelajar
meninggal dari keluarga / teman / Kolej Kediaman atau dari mana-
mana pegawai.
ii. Unit Kebajikan akan menghubungi keluarga pelajar bagi mendapat
kepastian.
iii. Unit kebajikan akan menguruskan kenderaan bagi penghantaran
pelajar
iv. Sekiranya tidak terdapat kenderaan awam maka Unit kebajikan akan
menggunakan kenderaan Universiti dengan syarat mendapatkan
kelulusan dari TNC JHEPA.
2.5.3 Keperluan Selepas Pengurusan Jenazah Bagi Mendapatkan
Tuntutan Dari Wang Kebajikan
a. Salinan Kad Pelajar
b. Salinan Sijil Kematian.
c. Salinan Permit Penguburan.
2.5.4 Kadar Bantuan Dari Kebajikan Pelajar
Bayaran pengurusan penghantaran pelajar pulang akan dittanggung
oleh Universiti.
Pelajar hanya akan dihantar dengan menggunakan teksi, bas, feri,
kapal dan keretapi kecuali bagi pelajar Sabah dan Sarawak.
Bantuan kebajikan akan akan diberikan sebanyak RM50.00 dengan
menggunakan dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah pelajar
mengisi borang permohonan dengan mengemukakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Sijil Kematian
Salinan Permit Penguburan
Cek akan dikeluarkan atas nama pelajar setelah diluluskan oleh TNC
JHEPA.
Pelajar boleh memunut cek di JHEPA 10 hari setelah cek surat
proses diserahkan kepada Jabatan Bendahari.
3.0 Garis Panduan Menggunakan Wang Kebajikan pelajar
3.1. Tuntutan Wang Kebajikan Keluarga Meninggal ( Abang, Kakak dan Adik )
3.1.1 Syarat Tuntutan Pelajar
Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP
Keluarga yang meniggal mestilah keluarga terdekat.
Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan lampiran
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pelajar
- Sijil Kematian
- Permit Penguburan.
Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA
3.1.2 Kadar Tuntutan
Peruntukan RM50.00 akan diberikan kepada pelajar tersebut.
3. 2 Tuntutan Wang Kebajikan Ibu / Bapa Meninggal.
3.2.1 Syarat Tuntutan Pelajar
o Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP
o Keluarga yang meniggal mestilah Ibubapapalajar.
o Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan
lampiran
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pelajar
- Sijil Kematian
- Permit Penguburan.
(Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA)
3.2.2 Kadar Tuntutan
o Peruntukan RM300.00 akan diberikan kepada pelajar
tersebut.
3.3. Tuntutan Wang Kebajikan Pelajar Meninggal.
3.3.1 Syarat Tuntutan Pelajar
o Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP
o Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan
lampiran
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pelajar
- Sijil Kematian
- Permit Penguburan.
- Kad Pengenalan waris pelajar
(Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA)
3.3.2 Kadar Tuntutan
o Peruntukan RM3,000.00 akan diberikan kepada pelajar
tersebut.
4.0 Garis Panduan Tuntutan Insuran pelajar
4.1. Syarat Penerima Insuran
i. Pelajar yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP;
ii. Warganegara Malaysia;
iii. Membayar yuran semester kerana insuran akan dipotong dari yuran
Semester;
iv. Sekiranya pelajar tidak membayar yuran dan akan menghadiri program
luar, penaja hendaklah membayar insuran tersebut melalui Jabatan
Bendahari.
4.2. Aliran Permohonan Insuran
i. Penaja hendaklah memohon insuran menghantar surat permohonan
dan senarai nama pelajar yang terlibat ke Jabatan Bendahari.
ii. Beserta surat permohonan dan senarai juga disertakan duit insuran
kelompok senayak RM28.00 setahun.
iii. Bendahri akan memproses insuran tersebut dengan syarikat insuran.
4.3. Tuntutan Insuran Semasa Berlaku Kemalangan
4.3.1 Pelajar boleh menuntut insuran dengan mengisi borang yang boleh
didapati di Jabatan Bendahari UniMAP dengan membawa dokumen –
dokumen :
i. Salinan kad pengenalan
ii. Salinan Kad pelajar
iii. Salinan Laporan Polis
iv. Salinan Laporan doctor
4.3.2 Borang tersebut hendaklah di sahkan oleh JHEPA.
4.3.3 Borang tersebut akan dir poses melalaui Jabatan Bendahari
4.4. Tuntutan Insuran Bagi Pelajar Meninggal
4.4.1 Waris pelajar boleh menuntut insuran dengan mengisi borang yang
boleh didapati di Jabatan Bendahari UniMAP dengan membawa dokumen
– dokumen :
i. Salinan kad pengenalan
ii. Salinan Kad pelajar
iii. Salinan Sijil Kematian
iv. Salinan Permit Penguburan
v. Salinan Laporan Polis
vi. Salinan Kad Pengenalan waris
4.4.2 Borang tersebut hendaklah di sahkan oleh JHEPA.
4.4.3 Borang tersebut akan dir poses melalaui Jabatan Bendahari.
4.5. Perolehan Kadar Insuran Kematian Pelajar
Pelajar akan mendapat insuran sebanyak RM10,000.00
Bagi pelajar yang memegang pinjaman, Unit Pinjaman akan
mengeluarkan surat pengesahan kematian pelajar kepada penaja
bagi tujuan menamatkan pembayaran seterusnya menginsurankan
pinjaman pelajar tersebut.
5.0 Garis Panduan Pemohonan Tabung Kebajikan pelajar
5.1 Syarat Permohonan Tabung Amanah Khas UniMAP
Pelajar Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di
UniMAP.
Warganegara Malaysia
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,500.00
Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian.
5.2. Cara Memohon Tabung Amanah Khas UniMAP.
Mengisi borang permohonan Tabung Amanah Khas UniMAP.
Salinan Kad Pelajar
Slip gaji terkini Ibubapa / penjaga @ akuan pendapatan keluarga
bagi yang tidak mempunyai slip gaji (pengakuan pendapatan
keluarga hendaklah disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu /
Imam dan Pegawai Pengurusan Dan Profesional).
5.3 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan
Jawatan kuasa pemilihan permohonan akan dibuat mengikut jadual
yang ditetapkan.
Jawatan kuasa pemilihan terdiri dari :
i. Penolong Naib Cancelor HEPA sebagai pengerusi.
ii. Pegawai Unit Pinjaman Dan Kebajikan pelajar sebagai urusetia
/setiausaha
iii. Bendahari
iv. Pengetua Kolej Kediaman
v. Kaunselor
vi. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan )
vii. Pegawai Unit Agama Islam UniMAP.
5.4 Jumlah Pemberian
Jumlah pembayaran yang di persetujui dan ditetapkan RM300.00
dan RM500.00 ( bergantung pada jawatankuasa yang menimbang
permohonan )
5.5 Pelajar Menerima Cek.
Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun
Bank Muamalat dan surat makluman berkaitan akan diberikan
setelah mendapat kelulusan dari Naib Canselor UniMAP.
JHEPA akan mengumumkan senarai nama yang Berjaya melalui
Sistem E-Tabung dan pelajar akan mendapat maklumat tersebut
melalui emel yang di berikan.
6.0 Tabung Amanah Zakat Universiti Malaysia Perlis.
6.1 Syarat Permohonan Tabung Amanah Zakat UniMAP
o Pelajar Beragama Islam Diploma dan Ijazah yang berdaftar
dan berstatus aktif di UniMAP.
o Warganegara Malaysia
o Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,500.00
o Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian.
o Salinan Bukti Pelajar menganut agama Islam (bagi saudara
baru yang memeluk agama Islam ).
6.2. Cara Memohon Tabung Amanah Zakat UniMAP.
o Mengisi borang permohonan Tabung Amanah Zakat UniMAP
secara atas Talian di laman Web Jabatan Hal Ehwal Pelajar
di dalam system E-Tabung.
o Salinan Kad Pelajar
o Slip gaji terkini Ibubapa / penjaga @ akuan pendapatan
keluarga bagi yang tidak mempunyai slip gaji ( pengakuan
pendapatan keluarga hendaklah disahkan oleh Ketua
Kampung / Penghulu / Imam dan Pegawai Pengurusan Dan
Profesional).
o Lain-lain borang yang ditetapkan seperti dalam senarai
semak.
6.3 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan
Jawatankuasa pemilihan permohonan akan dibuat berdasarkan
jadual yang ditetapkan.
Jawatankuasa pemilihan terdiri dari :
i. Penolong Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
sebagai pengerusi.
ii. Pegawai Unit Pinjaman Dan Kebajikan pelajar sebagai
urusetia / setiausaha
iii. Bendahari
iv. Pengetua Kolej Kediaman
v. Kaunselor
vi. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan )
vii. Pegawai Unit Agama Islam UniMAP
6.4 Jumlah Pemberian
Jumlah pembayaran yang di persetujui dan ditetapkan adalah
RM300.00, RM500.00, RM700.00 dan RM1000.00 (bergantung pada
jawatankuasa yang membuat pertimbangan)
6.5 Pelajar Menerima Cek.
Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun
Bank Muamalat dan surat makluman berkaitan akan diberikan
kepada semua pelajar setelah mendapat kelulusan dari Naib
Canselor UniMAP.
JHEPA akan mengumumkan senarai nama yang berjaya melalui
Sistem E-Tabung dan pelajar akan mendapat maklumat tersebut
melalui emel rasmi yang di berikan.
7.0 Garis Panduan Permohonan Tabung Pinjaman Pelajar
7.1 Syarat Permohonan
Pelajar Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di
UniMAP.
Warganegara Malaysia
Telah mendapat penaja pinjaman Atau Biasiswa.
Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian.
Pelajar tahun akhir tidak digalakkan untuk memohon.
7.2 Cara Memohon Pinjaman Jangka Pelajar Pendek UniMAP
Mengisi borang permohonan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Tawaran Pembiayaan Penaja.
7.3 Jumlah Pemberian
Jumlah pemberian yang di persetujui dan ditetapkan RM500.00, (
bergantung pada jawatankuasa yang menimbang permohonan )
7.4 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan
Permohonan dibuka sepanjang semester.
Jawatan Kuasa pemilihan permohonan akan dibuat setiap 1 bulan
sekali.
i. Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Aluni sebagai pengerusi.
ii. Pegawai Unit Pinjaman Dan Kebajikan pelajar sebagai
urusetia / setiausaha
iii. Bendahari
iv. Pengetua Kolej Kediaman
v. Kaunselor
vi. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan )
7.5 Pelajar Menerima Cek.
Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun
Bank Muamalat dan surat makluman berkaitan akan diberikan
setelah mendapat kelulusan dari Naib Canselor UniMAP, atau
JHEPA akan menghubungi Pemohon untuk menuntut cek tersebutdi
JHEPA.
(M) Sebarang pertanyaan berhubung maklumat bantuan kebajikan dan kewangan
boleh menghubungi :
Unit Pinjaman dan Kebajikan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Malaysia Perlis
Jalan Serawak
02000 Kuala Perlis, Perlis.
No. Telefon : 04 – 985 1154 ( Puan Noora Binti Md. Yusoff )
: 04 – 985 4532/1098 ( Puan Nur Shuhada Binti Hakimin )
( Encik Mohd Hanie Bin Musa)
No. Faks : 04 – 985 1267