pengajaran dan
pembelajaran
fizikal dan deria
masalah pertuturan kesihatan mental emosi
MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN
Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan masing-masing. Banyak
perbezaan dari segi bakat, minat, dan lain-lain lagi. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat
belajar dengan tekun dan penuh minat di dalam bilik darjah. Ada yang cepat belajar dan
ada yang sebaliknya. Pelajar- pelajar yang lambat ini adalah disebabkan oleh beberapa
faktor seperti:
Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran
Seorang guru menggunakan pendekatan serta kaedah yang berbeza. Sesetengah
kaedah sesuai bagi pelajar namun mungkin tidak sesuai bagi sebilangan kecil pelajar.
Sebilangan kecil inilah yang perlu diberi perhatian. Bahan P&P haruslah menarik dan
mudah difahami oleh golongan ini jika tidak mereka akan bosan dan mereka akan
membenci matapelajaran yang diajar, guru, sekolah dan keseluruhannya. Apabila hal
ini berlaku mereka akan mula ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, guru perlu
bijak memilih bahan pengajaran agar sesuai dengan tahap pelajarnya.
Faktor Fizikal Dan Deria
Keadaan fizikal yang buruk, kurang makanan, dan penyakit dikaitkan dengan masalah
pembelajaran. Keadaan fizikal yang lemah akan menggangu penumpuan terhadap
pembelajaran. Kawalan motor yang lemah serta penglihatan atau pendengaran yang
kurang baik menambahkan lagi masalah pembelajaran. Kecacatan penglihatan berlaku
dalam dua bentuk. Sesetengah pelajar mempunyai masalah membaca bahan dari jarak
dekat seperti membaca buku. Sebaliknya, ada juga yang menghadapi masalah
membaca tulisan dari jarak jauh seperti membaca di papan hitam. Masalah
pendengaran pula akan menjejaskan kebolehan pelajar untuk membaca. Pendengaran
yang baik akan membantu pelajar untuk mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru.
Masalah Pertuturan
Masalah ini pula akan menjejaskan perkembangan bahasa pelajar dari segi lisan.
Kebolehan bertutur dengan baik adalah disebabkan oleh alat artikulator yang
sempurna. Kecacatan alat ini akan menyebabakan pelajar gagal menyebut sesuatu
perkataan dengan tepat. Sebutan bunyi juga tidak jelas, pic yang berubah serta tidak
konsisten dan intonasi yang tidak jitu. Dengan masalah seperti ini pelajar akan gagal
membaca dengan sempurna.
Faktor kesihatan
Kesihatan pelajar adalah sangat penting bagi menentukan keberkesanan pembelajaran.
Masalah yang berkaitan dengan kesihatan ini adalah seperti kekurangan makanan
berzat yang menyebabkan pelajar keletihan dan tidak bermaya semasa di dalam kelas.
Pelajar-pelajar yang letih tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Keadaan
pelajar yang lemah dan kesihatan yang tidak dijaga akan menyebabkan ketidakhadiran
mereka ke sekolah.
Faktor Mental
Mental sangat penting dan jika mental bermasalah maka keseluruhan pencapaian
akademik seseorang pelajar akan terganggu. Masalah mental mungkin disebabkan oleh
faktor-faktor seperti kelahiran awal bulan,kecederaan akal akibat kemalangan atau
terjatuh dari tempat tinggi dan seterusnya adalah faktor penyakit yang menyebabkan
bengkak pada sesuatu kawasan otak seperti demam yang menyebabkan seseorang
individu mengalami suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama.
Faktor Emosi
Masalah emosi selalunya berlaku di rumah yang berpunca dari keluarga yang tidak
harmonis. Kelahiran bayi baru dan seterusnya telah menggugat kasih sayang yang
telah diberikan pada pelajar tersebut akan menggangu emosinya. Perasaan kecewa
dan sedih kerana telah menyebabkan ibu dan bapanya mengalih perhatian kepada bayi
tersebut juga akan menggangu penumpuannya dalam bilik darjah. Selain itu, ibu bapa
yang berkelahi juga akan menggangu emosi pelajar. Pelajar tersebut akan tertekan
dengan keadaan seperti itu dan semasa di sekolah pelajar itu tidak dapat memberikan
penumpuan yang penuh kerana masih ingat pada pergaduhan ibu dan bapanya.
Faktor- faktor yang menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dalam pembelajaran
adalah terlalu kompleks. Faktor tersebut jelas akan menjejaskan pembelajaran pelajar.
Oleh itu, seseorang guru perlu berusaha untuk mengurangkan faktor-faktor penghalang
itu demi kepentingan pelajar.
CARA- CARA PENGESANAN MASALAH PEMBELAJARAN
Guru kelas merupakan orang yang paling baik untuk mengesan aspek-aspek
kelemahan pelajar. Guru perlu mengesan masalah pembelajaran ini semenjak dari awal
lagi iaitu di penggal pertama ketika pelajar di tahun satu.
pemerhatian
pentafsiran rekod prestasi
rekod profil
ujian kertas dan pensel
Antara cara- cara untuk mengesan masalah pembelajaran ini adalah melalui beberapa
cara seperti:
Pemerhatian
Melalui cara ini, guru dpat memperoleh berbagai- bagai maklum balas tentang
seseorang pelajar. Pemerhatian yang teliti merupakan faktor yang paling penting dalam
pengesanan pelajar untuk pendidik pemulihan. Setiap pelajar yang memberikan reaksi
yang lambat dalam pelajaran akan menunjukkan ciri- ciri yang nyata yang dapat
dikesan oleh seseorang guru. Dalam pemerhatian guru, guru akan dapat melihat
terdapatnya beberapa masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajarnya sebagai
contoh, pelajar yang menghadapi masalah lemah dalam bacaan. Pelajar yang lemah
dalam bacaan biasanya menunjukkan tiga ciri.
Pertama, kegagalan menyebut perkataan. Pelajar akan berhenti membaca dan tidak
dat meneruskan bacaan tanpa dibantu oleh guru. Kedua, berhenti sejenak, pelajar
terpaksa berhenti satu atau dua saat sebelum menyebut satu- satu perkataan. Ketiga,
salah menyebut perkataan. Dari segi matematik pula guru dapat membuat pemerhatian
bagi dua perkara iaitu kegagalan pelajar membezakan bentuk segi empat sama dengan
segi empat tepat. Pemerhatian tentang masalah-masalah pembelajaran ini juga dapat
membantu guru menganalisis tingkah laku pelajar serta sikapnya terhadap kejayaan
dan kegagalan.
Selain daripada pemerhatian yang dibuat di dalam bilik darjah, guru juga boleh
membuat pemerhatian di dalam bilik darjah. Seorang pelajar yang pendiam atau suka
berseorangan ketika makan di kantin atau berjalan balik ke rumah mungkin mengalami
masalah sosioemosi. Masalah seperti ini juga dapat menggangu penumpuan pelajar
terhadap pelajarannya di dalam bilik darjah.
Pentafsiran Rekod Prestasi
Rekod prestasi adalah seperti bentuk senarai semak, iaitu senarai kemahiran-
kemahiran kecil dikemukakan. Contohnya, satu bentuk senarai semak yang telah
disediakan guru untuk melihat sejauh mana prestai muridnya dan kemahiran-
kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajarnya. Bagi setiap kemahiran yang diperoleh
pelajar, tanda (√) akan diletak di sebelah namanya. Dengan ini, jelaslah bahawa
penelitian tentang rekod prestasi merupakan stau cara yang baik untu kmengesan
kesukaran pembelajaran pelajar.
Pentafsiran Rekod Profil
Pentafsiran rekod profil memberi gambaran tentang pencapaian pelajar secara
keseluruhannya. Rekod ini biasanya disediakan pada setiap penghujung penggal.
Pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran dicatatkan dalam bentuk gred. Bagi
pelajar yang mendapat gred rendah maka guru perlu memberikan pemulihan terhadap
pelajar tersebut bagi mana- mana mata pelajaran yang menunjukkan gred yang tidak
memuaskan.
Ujian Kertas Pensel
Ujian seperti ini adalah sangat terkenal dalam kalangan guru. Kebanyakan guru akan
menggunakan kaedah ini bagi menilai tahap pencapaian pelajarnya. Ujian ini terdiri
daripada ujian objektif dan subjektif. Pelbagai jenis ujian ini akan dapat memberikan
gambaran pencapaian pelajar- pelajar dalam mana- mana mata pelajaran sekalipun.
Skor yang diperoleh akan menunjukkan tahap pemahaman pelajar. Skor yang rendah
akan menunjukkan kelemahan pelajar dalam satu-satu mata pelajaran. Oleh itu,
pendidikan pemulihan perlu diadakan untuk mengatasi kelemahan- kelemahan
tersebut.