1
“MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN MELALUI
TARBIYYAH RAMADHAN” (11 Mei 2018M / 25 Sya’ban 1439H)
ل م الح ر ج يذ ال ه ل د ش ه و ال ب ر ك ات ع ل ر ات ي ال خ ر ش ه ،ر م ض ان الصي ام ر ش ه ال ق ي ام و ان ي ة هل ك ي ر ش ل هد ح و اللل إ ه ل إ ل ن أ ده ش أ و ، د ب ال و ح ف ر د ال من
و ا الشهو ر ر ة ال ذ يف ض ل ب ع ض ر م ض ان ل و ال قد ر ع ل ىب ع ضو ج ع ل ش ه ي ام م ن ا و ا ي ام هم ن ال ع ظ ام ر ال ك ر ام ل الشهو دهب داع م ح امن ي ب ن او ن د يس ن أ ده ش أ و ،ي ام
ل ل ع ال م ي ن هلو سر و ة م ر ح الل ه ا ر س ل ه ال ذ ي ، ع ب د ك ع ل ى و س لم ص ل ا لل هم س ا ب إ ح ت ب ع هم و م ن ب ه و ص ح و ع لىآل ه مح م د س يد ن ا ل ك ل ق اء و ر سو م إ ل ىي و ن
ات :دع اب م أ .ر به م الل ه االل و ف ي اع ب اد ر ه ات غر ن كمل قو ي م ص ن ي اف إ ن ي اة الد ال ح : ىال ع ت اللال ق .إ ل ىالز و ال
ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ﴿
﴾ڦ ڦ ڦ
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat
keberkatan di dunia dan di akhirat. Bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang
mulia, khutbah hari ini akan membicarakan tajuk: “Mensyukuri Nikmat
Keamanan Melalui Tarbiyyah Ramadhan”.
2
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Alhamdulillah, negara baru sahaja selesai melalui proses pemilihan barisan
kepimpinan yang baharu. Tahniah kepada yang berjaya dan ingat bahawa ini
adalah satu amanah besar ke arah mensejahterakan ummah dan negara. Namun
paling penting kita sebagai rakyat perlu menerima keputusan dengan hati
terbuka dan bersama-sama menumpahkan taat setia. Sesungguhnya memilih
pemimpin menjadi suatu kewajipan yang dituntut oleh agama Islam. Oleh itu,
kita perlu bijak dan teliti kerana pemimpin menjadi penentu dasar negara dan
pembina corak budaya bangsa ke arah kehidupan yang sejahtera. Bahkan
pemimpin adil menjadi sumber keberkatan.
Dalam konteks ini, utamakanlah pemimpin yang memiliki ciri-ciri keunggulan.
Akhirat menjadi wawasan, berilmu penuh wibawa, integriti menjulang agama,
cakna rakyat jelata, bertaqwa menjauhi dosa, Al-Quran dan al-sunnah jadi
dasarnya, jawatannya adalah amanah dan keredhaan Allah jadi matlamat.
Gemar mencurah kebaikan dan khidmat memastikan rakyat selamat, negara
berkat dan mendapat rahmat. Sebagaimana jawapan Rasulullah SAW kepada
Saidina Abu Zarr r.a.
ق ذخأن مل إ ة امدنوى ز خ ة اميالق وميهان إ وة انمأهان إ ا)رواهمسلم(يهف ال ذ ىىد أوهاب Mafhumnya: “Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi
punca kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan
haknya dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya”.
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Beberapa hari lagi kita akan memasuki ambang Ramadhan yang diwajibkan
padanya kita berpuasa. Ramadhan saban tahun menjelang tiba dan berlalu pergi.
Mungkin ada dalam kalangan kita yang berfikir bahawa Ramadhan hanyalah
tentang puasa, atau tentang menahan diri dari segala perbuatan yang
membatalkan puasa sahaja, lebih parah lagi ada di kalangan kita yang sebelum
memasuki Ramadhan sudah memikirkan baju raya yang ingin dipakai ketika 1
syawal nanti. Sepatutnya kedatangan Ramadhan perlu dilihat dari kerangka
yang lebih luas. Apa yang Ramadhan tawarkan kepada kita umat manusia.
3
Apakah maqasid (objektif) yang ingin dicapai melalui Ramadhan, apakah
hikmah pensyariatan puasa di bulan Ramadhan. Inilah sebenarnya tujuan dan
matlamat puasa sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah,
ayat:183;
ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ﴿
﴾ڦ ڦ ڦ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya
kamu bertakwa.”
Imam Ibn Kathir menyebut bahawa firman Allah ini ditujukan kepada orang-
orang yang beriman dari kalangan umat manusia dan ini merupakan perintah
untuk melaksanakan ibadah puasa. Imam At-Tobari pula menafsirkan ayat ini :
“Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, yang
membenarkan kedua-duanya dan berikrar kepada keduanya”. Dari dua tafsiran
ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan rapat antara ibadah puasa dengan ciri-
ciri orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah SWT hanya
memerintahkan puasa ini kepada mereka yang beriman dan Allah SWT juga
hanya menerima ibadah puasa dari jiwa-jiwa mereka yang beriman sahaja.
Demikianlah jelas tujuan pensyariatan ibadah puasa di bulan Ramadhan, iaitu
bertaqwa kepada Allah. Imam As-Syahid Said Qutb menyimpulkan dalam
tafsirnya bahawa taqwa inilah yang membangkitkan kesedaran dalam hati
sehingga mahu menunaikan kewajipan ini. Taqwa inilah yang menjaga hati
sehingga tidak rosak puasanya dengan maksiat. Taqwa merupakan puncak
ketinggian rohani orang-orang yang beriman, dan puasa ini merupakan salah
satu alatnya dan jalan untuk mencapai taqwa.
Justeru, bagi kita mencapai manifestasi taqwa melalui ibadah puasa,sewajarnya
kita melaksanakan prasyarat berikut:-
4
Pertama, seorang yang berpuasa haruslah meninggalkan apa yang diharamkan
(perkara yang membatalkan puasa) serta segala bentuk larangan Allah SWT
(perkara-perkara maksiat yang lain). Dia meninggalkan semua perkara ini demi
mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengharapkan redha-Nya. Kedua,
seorang yang berpuasa bermaksud individu muslim tersebut sedang melatih
jiwanya untuk sentiasa muraqabatullah (merasakan diri sentiasa diawasi oleh
Allah SWT). Dia meninggalkan segala kehendak hawa nafsunya (makan,
minum dan segala perkara yang membatalkan puasa) padahal dia mampu untuk
melakukannya tanpa diketahui oleh orang lain. Ketiga, ibadah puasa
sebenarnya telah menyempitkan pergerakan syaitan dalam tubuh badan manusia
melalui saluran darah. Seperti yang diriwayatkan dalam hadis sahih,
م رى:ف قالس ب حانالل ه يارس ولالل ه .قال ن سان ناإل الش ي طاني ر ىم إ ن ق ل وب ك ماس وءا ي ق ذ فف أن يت خش ،وإ ن قال–الد م .شي ئا–أو
Mafhumnya: “Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya syaitan menyusup
dalam diri manusia melalui aliran darah. Aku khawatir sekiranya syaitan itu
menyusupkan kejelekan dalam hati kalian berdua.” (Sahih al-Bukhari)
Keempat, ibadah puasa dapat menambahkan ketaatan kepada Allah SWT.
Amal ibadah ditingkatkan, masjid-masjid dipenuhi masyarakat, dihidupkan
masjid dengan qiamullail jamai’e,
Antara ciri ketaqwaan yg diharapkan sempena kedatangan Ramadhan apalagi
selepas pasca Pilihan Raya Umum 14 untuk kita hidup bersatu padu, saling
bermaafan, hormat menghormati dan melupakan perselisihan sepanjang kempen
Pilihan Raya serta menghormati mandat yang telah diberi oleh rakyat bagi
memilih kerajaan. Marilah kita rapatkan ukhuwah dan persaudaraan antara kita
sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat: 103,
ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ﴿
ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ
﴾ک ک ک ک گ گ گ
5
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
(agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat
Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu),
lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu
dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang
Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu
dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah
menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat
petunjuk hidayah-Nya”.
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin menekankan beberapa
intipati penting yang boleh diambil;
Pertama: Islam yang berkonsepkan taqwa berjaya menghapuskan amalan
negatif dalam kehidupan manusia, khususnya kezaliman,
penipuan, rasuah, salah laku dan lain-lain.
Kedua: Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk melatih diri menjadi
hamba Allah SWT yang bertaqwa.
Ketiga: Islam telah berjaya menghapuskan perkara negatif bukan sahaja
dengan undang-undang yang dikuatkuasakan, tetapi lebih
daripadanya ialah jati diri seseorang dengan sifat taqwa.
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ﴿
﴾ڦ ڦ ڦ
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah; dan
hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan
untuk hari esok. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat
Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Surah al-
Hasyr ayat 18)
6
7
KHUTBAH KEDUA
8
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara
kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.