Minit Mesyuarat
Fiesta Gala Geologi ‘15
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bil 8/2015
Tarikh : 2 Mac 2015
Hari : Isnin
Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 petang
Tempat : Makmal Peta, Bangunan Geologi
Perkara berbangkit : Menggariskan maklumat dan keperluan program Family Day
Agenda :
1. Setiap ketua pos menerangkan tugas-tugas yang telah dilaksanakan dan masalah yang dihadapi.
Perkara yang dicapai daripada mesyuarat :
1. Pos protokol :
Pengacara majlis rasmi dan tidak rasmi telah ditetapkan dari pelajar tahun 1.
Pengacara rasmi : Muhammad Firdaus dan Muhammad Asyraf
Pengacara tidak rasmi : Loh Kah Kit
Hanya beberapa alumni sahaja yang memberi respon untuk menghadiri makan malam. 13
Mac 2015 ialah tarikh akhir untuk mendapatkan respon daripada alumni.
Pos tugas-tugas khas :
Pentas akan dihias setelah pentas dan khemah dipasang di padang.
Barangan untuk menghias pentas sedang disediakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lain
Setiap resit barangan yang dibeli akan disimpan dan diberikan kepada bendahari.
Pos program :
Tentatif yang terbaru telah disiapkan. Permainan sukaneka telah dikurangkan daripada 13
kepada 7 permainan sahaja yang akan dimainkan.
Pelan tindakan untuk setiap permainan telah disiapkan.
Peralatan permainan telah dibeli dan permainan tersebut akan dicuba terlebih dahulu
Khemah akan ditempah seminggu sebelum program berlangsung
Pos cenderamata :
Kos untuk membeli hadiah akan dikurangkan
‘Door gift’ akan disediakan untuk anak-anak yatim
Pos jamuan :
‘Door gift’ akan diisikan dengan roti dan air mineral
Sarapan pada pukul 10 pagi, mihun goreng akan disediakan
Makan tengah hari pula, nasi tomato dan lauk-lauknya serta pencuci mulut(tembikai)
Sebanyak 185 orang yang akan terlibat dalam Family day termasuk pelajar(130 orang),
tetamu kehormat(20 orang) dan anak-anak yatim serta pengiringnya(35 orang).
Disediakan oleh:
__________________________
(SYAFRIN AQHASHA BINTI RAHMAT)
Timbalan Setiausaha
Fiesta Gala Geologi ‘15
Kelab Geologi
Universiti Kebangsaan Malaysia