BIOLOGI 1
MODUL TEKNOLOGI HIJAU
AKTIVITI MURID
BIOLOGI
EDISI PERTAMADibiayai oleh:
Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)
Program di bawah kerjasama:
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)
YAYASAN HIJAUMALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAKEMENTERIAN TENAGA,TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KeTTHA)
BIOLOGI2
BIOLOGI 3
Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Data Penerbitan
Modul Teknologi Hijau : Biologi (Aktiviti Murid)
Ketua Editor:Hashimah Mohd Yunus
Editor:Mohd Wira Mohd ShafieiMohd Sukri ShafieNurul Syazwani MansorSazwani AnsianNurul Husna Baharuddin
Teknikal Penerbitan:Badrol Hisham Mohd NowaniMaznah Mohamed SaiponSyafiq Saifullah AzmiShahrul Fadli Abd Rahman
Ilustrator/Grafik:Sherrilaida AidarusMohd Raffi Rosmi
ISBN:978-967-394-311-1
Penerbit: CETREE,Bangunan TORAY-USM, Aras Bawah (G), Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau PinangTel: 604-653 3888Fax: 604-653 6701
Teks dan Paparan:CETREE
Dicetak oleh:CETREE
Edisi PertamaBil. Cetakan : 03
CETAKAN KETIGAJANUARI 2018Hak cipta © 2018 oleh CETREE – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau ©. Semua hak cipta terpelihara. Melainkan sebagaimana yang diizinkan di bawah Akta Hakcipta Malaysia, tidak ada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dihasilkan semula atau diedarkan dalam sebarang bentuk atau menerusi sebarang cara, atau disimpan dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula, tanpa keizinan bertulis daripada penerbit.
BIOLOGI4
ISI KANDUNGAN
1
7
9
11
13
15
18
21
28
40
56
66
74
83
Kata Alu-aluan
Teknologi Hijau i. Pengenalan ii. Definisi Teknologi Hijau iii. Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan iv. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
v. Sektor Teknologi Hijau
Sektor Bekalan Tenaga
Kecekapan Tenaga
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
Sektor Bangunan
Sektor Pengangkutan
Panduan Menggunakan Modul Aktiviti Murid
Jadual IPCC (2014)
Teknologi Penanaman Vertikal ke Arah Pertanian Lestari
Memahami Impak Mikroorganisma ke atas Sisa untuk Kehidupanyang Lestari
Enzim Teknologi Hijau
Pengawetan Sisa Organik dalam Teknologi Hijau
Amalan Dapur Hijau
Panel Penulis
BIOLOGI 1
Definisi Teknologi Hijau
TEKNOLOGI HIJAU
Pengenalan
Populasi masyarakat dunia kini semakin meningkat secara eksponen berikutan peningkatan taraf hidup, kemudahan kesihatan, keperluan harian serta prasarana kehidupan yang semakin selesa. Bagi sesebuah negara yang membangun, pola peningkatan populasi penduduk kini memerlukan penyediaan tenaga kerja dalam bidang industri, pendidikan, perubatan, pentadbiran dan sebagainya. Oleh itu, semakin bertambah penduduk dunia maka kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan dan sumber semula jadi turut meningkat secara mendadak.
Namun, pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang boleh menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan ketidakseimbangan ekosistem bio. Penebangan hutan tidak terkawal, pelepasan asap berbahaya dari kilang dan kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, pembuangan sisa-sisa pepejal dan air sisa ke dalam sungai, penerokaan tanah yang berleluasa menjadi antara faktor utama terjejasnya kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Sekiranya hal ini berterusan sehingga beberapa tahun lagi tanpa pengawasan dan tidak diatasi, nescaya bumi yang kita diami ini akan musnah.
Masalah utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia sekarang ialah isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua cabaran ini harus ditangani dengan bijak dan secara kolektif demi memastikan kelangsungan hidup penghuni bumi baik manusia, haiwan dan tumbuhan pada masa akan datang. Di Malaysia khususnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah diamanahkan untuk memegang satu portfolio berkaitan Teknologi Hijau. Teknologi Hijau telah dikenal pasti sebagai salah satu cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar.
Teknologi Hijau (TH) didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA, 2016). Segala alat, produk serta sistem yang dapat mengurangkan degradasi kualiti persekitaran, rendah atau sifar pembebasan gas rumah hijau, jimat tenaga dan sumber asli, menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu serta selamat pada alam sekitar adalah merupakan TH (Iskandar, 2015). Jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada, TH merupakan teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara.
BIOLOGI2
Pada Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang menekankan kepada aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. DTHK mempunyai empat (4) tonggak utama iaitu:
i. Tenaga – Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenagaii. Alam sekitar – Meminimumkan kesan dan memulihara alam sekitariii. Ekonomi – Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi iv. Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua
Teknologi Hijau didapati dapat menjana tenaga dengan kos yang lebih murah selain selamat dan mesra pengguna justeru menjadikan Teknologi Hijau berpotensi besar sebagai alternatif dalam memacu pembangunan negara. DTHK memberi fokus kepada empat (4) sektor utama iaitu:
i. Sektor Bekalan Tenagaii. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisaiii. Sektor Bangunaniv. Sektor Pengangkutan
Namun begitu menurut Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC, 2014), terdapat tambahan tiga (3) sektor lagi yang boleh difokuskan dalam Teknologi Hijau iaitu:
i. Sektor Industriii. Sektor Pertanian dan Perhutananiii. Sektor ICT
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang ditubuhkan pada 1988 ialah badan antarabangsa yang terlibat dalam bidang sains berkaitan perubahan iklim. Badan ini telahditubuhkan oleh World Meteorological Organization (WMO) dan United Nations Environment Programme (UNEP). Badan ini bertanggungjawab dalam menyediakan penilaian tetap kepada penggubal dasar mengenai dasar saintifik perubahan iklim, kesan dan risikonya pada masa hadapan serta langkah untuk menyesuaikan dan mengurangkannya. Salah satu daripada kaedahnya ialah melalui Teknologi Hijau.
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
BIOLOGI 3
Definisi sisa ialah apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun apa-apa bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah dan lusuh. Sisa boleh dijana melalui beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial serta sisa khas. Sisa khas merujuk kepada sisa terkawal yang perlu dilupuskan menggunakan kaedah yang tertentu kerana sifatnya yang bahaya ataupun memudaratkan kesihatan. Contoh sisa khas adalah seperti bahan toksik yang dihasilkan dari premis perindustrian yang tidak boleh dihapuskan di tapak pelupusan biasa. Bahan sisa ini jika tidak dibuang dan dilupuskan secara terkawal akan menyebabkan pencemaran alam.
Manakala, air sisa ialah air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa manusia, sisa makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada beberapa jenis. Sebagai contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air larian stormwater. Pengurusan air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu kecekapan penggunaan sumber dan kesihatan awam.
Justeru, TH bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa adalah sangat penting bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam. Sisa yang dibuang boleh diolah menjadi suatu benda yang baharu contohnya seperti baja kompos. Salah satu pendekatan yang diketahui umum ialah konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle).
Sektor Pengurusan Sisa dan Air SisaB
Pasaran industri dunia hingga ke hari ini didominasi oleh keperluan dan penggunaan bahan api secara berterusan. Contoh bahan api fosil adalah seperti arang batu, petroleum dan gas asli. Bahan api fosil ini terhasil daripada pereputan hidupan mati yang tertanam di dasar lautan. Proses ini mengambil masa selama jutaan tahun sebelum terbentuknya bahan api fosil yang digunakan sekarang. Namun begitu, permintaan yang sangat tinggi terhadap bahan api fosil ini menjadikan stok bekalannya hampir berkurang selain pembakaran bahan ini yang menyumbang kepada pencemaran alam. Justeru, satu pendekatan yang proaktif dan berkesan harus diambil bagi mencari alternatif untuk menggantikan bahan api fosil ini. Salah satu cara adalah melalui Sektor Bekalan Tenaga yang banyak memfokus kepada Tenaga Boleh Baharu.
Tenaga Boleh Baharu merujuk kepada tenaga yang boleh dijana di sepanjang hayat manusia. Tenaga Boleh Baharu juga dikenali sebagai ‘Tenaga Bersih’ atau ‘Tenaga Hijau’ kerana tidak mencemarkan udara dan air. Antara contoh Tenaga Boleh Baharu yang semakin meluas penggunaannya ialah tenaga hidroelektrik, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga geoterma, tenaga solar, tenaga ombak dan bahan api bio.
Sektor Bekalan TenagaA
Secara umumnya, terdapat tujuh (7) sektor Teknologi Hijau yang utama iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Industri, Pertanian dan Perhutanan serta ICT. Berikut adalah penerangan ringkas bagi sektor-sektor tersebut:
Sektor Teknologi Hijau
BIOLOGI4
Pembebasan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berterusan menyumbang kepada faktor utama pemanasan global. Banyak pendekatan yang boleh diambil bagi mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau ke udara melalui Sektor Bangunan. Menurut United States Green Building Council (2006), Bangunan Hijau merujuk kepada aplikasi pembangunan lestari dalam Sektor Bangunan yang mengarah kepada sifat tanggungjawab kepada alam, keuntungan ekonomi serta tempat yang sihat untuk manusia bekerja dan tinggal.
Bangunan Hijau boleh dibina dengan menitikberatkan kepada orientasi optimal bangunan di atas tapak bina, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan, dan penghasilan sisa pepejal yang minimum.
Sektor BangunanC
Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (petroleum) sebagai bahan bakar. Pembakaran bahan api fosil ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke udara sekaligus meningkatkan jejak karbon negara. TH dalam Sektor Pengangkutan lebih menekankan kepada aspek prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan awam.
Pengangkutan hijau (lestari) merujuk pada sebarang bentuk pengangkutan yang memberi impak minimum kepada persekitaran ataupun kenderaan yang membebaskan kadar gas rumah hijau yang rendah, contoh seperti kenderaan yang menggunakan Tenaga Boleh Baharu. Antara bentuk pengangkutan hijau ialah berjalan kaki, berbasikal dan kenderaan hijau (menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar). Kereta hibrid merupakan salah satu contoh kenderaan hijau.
Sektor PengangkutanD
Bidang industri menggunakan satu per tiga daripada penggunaan tenaga keseluruhan. Perkembangan industri pembuatan dan industri pemprosesan yang agak pesat telah menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Hal ini disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau dalam kadar yang agak tinggi ke udara dan menyebabkan jerebu dan seterusnya fenomena hujan berasid. Program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga merupakan contoh inisiatif TH yang sesuai bagi Sektor Industri. Inisiatif tersebut perlu dilaksanakan bagi mengurangkan impak negatif daripada sektor ini.
Sektor IndustriE
BIOLOGI 5
Gas karbon dioksida banyak terhasil daripada pembakaran bahan api fosil bagi menghasilkan tenaga. Kandungan gas karbon dioksida di dalam udara ini boleh dikurangkan dengan adanya tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan menyerap gas karbon dioksida untuk membuat makanan dan membebaskan gas oksigen ke udara melalui proses fotosintesis.
Peratus gas karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dengan menanam lebih banyak pokok serta mengawal aktiviti pembalakan. Selain itu, penggunaan baja kompos untuk meningkatkan nutrien tanah, pengurusan pengairan tanaman (menggunakan air hujan untuk menyiram tumbuhan) serta menambah baik amalan penanaman juga merupakan salah satu pendekatan TH bagi Sektor Pertanian dan Perhutanan.
Sektor Pertanian dan PerhutananF
TH dalam Sektor ICT merangkumi amalan dan kajian dalam penggunaan komputer dan alat komunikasi. Amalan dan kajian ini memfokuskan kepada pembuatan, reka bentuk, penggunaan dan pelupusan alat komputer. Contoh tindakan dan pendekatan yang boleh diambil dalam mengamalkan ICT hijau ialah mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik, memanjangkan jangka hayat sesuatu peralatan secara efektif serta mempromosikan produk ICT yang boleh dikitar semula ataupun terbiodegradasi.
Sektor ICTG
Walau bagaimanapun hanya 6 sektor sahaja yang sesuai diterapkan dalam modul ini iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Pertanian dan Perhutanan serta Industri kecuali Sektor ICT. Sektor-sektor tersebut diterapkan mengikut kesesuaian dengan konsep dan tajuk dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Biologi.
Seterusnya, infografik disediakan sebagai ringkasan keseluruhan maklumat berkenaan TH diikuti dengan penerangan secara ringkas mengenai sebahagian daripada sektor-sektor tersebut disertakan dalam modul ini. Penerangan Sektor Bekalan Tenaga, Kecekapan Tenaga, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor Bangunan dan Sektor Pengangkutan dijelaskan oleh pakar-pakar TH dari Universiti Sains Malaysia.
BIOLOGI6
INFO
GR
AFI
K T
ENTA
NG
TEK
NO
LOG
I HIJ
AU
A
pa s
ahaj
a le
biha
n at
au k
elua
ran
yang
tida
k di
kehe
ndak
i, T
ekno
logi
Hija
u be
rper
anan
bag
i mem
inim
umka
n ke
san
pem
buan
gan
sisa
dan
air s
isa d
enga
n ko
nsep
3R
(Red
uce,
Reu
se
& Re
cycl
e), p
engu
rang
an d
an k
itar s
emul
a sis
a el
ektro
nik
dan
raw
atan
air s
isa Mer
ujuk
kep
ada
peng
uran
gan
pem
beba
san
gas
rum
ah h
ijau
(GHG
) Pen
gatu
ran
Bang
unan
Hija
u ya
ng s
empu
rna
PEN
GG
UNA
AN
BA
HAN
BIN
AA
N M
ESRA
ALA
M
PEN
CA
HAYA
AN
SEM
ULA
JA
DI
Mer
ujuk
kep
ada
beka
lan
tena
ga, f
okus
kep
ada
Tena
ga B
oleh
Bah
aru
yang
dik
enal
i seb
agai
Tena
ga B
ersih
ata
u Te
naga
Hija
u ya
ng b
oleh
di
jana
sep
anja
ng h
ayat M
eruj
uk k
epad
a pe
ngan
gkut
an b
erko
nsep
kan
Tekn
olog
i Hija
u de
ngan
pe
nggu
naan
Tena
ga B
oleh
Bah
aru
yang
tida
k m
ence
mar
kan
pers
ekita
ran
Peng
guna
an s
isa p
erta
nian
dan
pem
elih
araa
n pe
rhut
anan
unt
uk
men
gaw
al k
esei
mba
ngan
per
seki
tara
n da
n pe
ngur
usan
sisa
ta
nam
an u
ntuk
pem
buat
an b
aja
kom
pos
lest
ari
Tek
nolo
gi H
ijau
beru
saha
unt
uk m
engu
rang
kan
pem
beba
san
gas
rum
ah h
ijau
yang
ting
gi d
arip
ada
perin
dust
rian
deng
an p
engg
unaa
nte
naga
sec
ara
ceka
p
SEKT
OR
BEKA
LAN
TEN
AG
ASE
KTO
R PE
NG
AN
GKU
TAN
SEKT
OR
PEN
GUR
USA
NSI
SA
DAN
AIR
SISA
SEKT
OR
BAN
GUN
AN
SEKT
OR
INDU
STRI
SEKT
OR
PERT
AN
IAN
DA
NPE
RHUT
AN
AN
THPe
mba
ngun
an d
an a
plik
asi
prod
uk, p
eral
atan
ser
ta s
istem
unt
uk
mem
elih
ara
alam
sek
itar d
an a
lam
se
mul
a ja
di s
erta
mem
inim
umka
n at
au m
engu
rang
kan
kesa
n ne
gatif
da
ripad
a ak
tiviti
man
usia
(K
eTTH
A, 2
016)
TEKN
OLO
GI H
IJA
U
FEN
OM
ENA
PER
UBA
HAN
IKLI
M
KESA
N
KEM
ARA
U BE
RPA
NJA
NG
AN
BAN
JIR
MEL
AM
PAU
KEHI
LAN
GA
NBI
ODI
VERS
ITIRI
BUT,
TAUF
AN
D
AN
PUT
ING
BEL
IUN
G
SUHU
YA
NG
TE
RLA
LUPA
NA
S DA
N
SEJU
K
Mem
beba
skan
G
HG
Badan Bertanggungjawab M
alay
sia -
Kem
ente
rian
Tena
ga, T
ekno
logi
Hija
u dan Air (KeTTHA)
GEO
TERM
ATE
NA
GA
LA
UTA
NSO
LAR A
NG
IN
BAHA
N A
PI A
LTER
NA
TIF
AM
ALA
N P
EMA
NDU
AN
EKO
PERH
UTA
NA
N S
EMUL
A
PEN
GUR
USA
NTE
RNA
KAN
KEC
EKA
PAN
TEN
AG
A
Mem
beri
kesa
n
Peny
eles
aian
m
elal
ui
INDU
STRI
PEN
EBA
NG
AN
HU
TAN
PEN
GA
NG
KUTA
N
PEM
BAKA
RAN
BA
HAN
API
AKT
IVITI
MA
NUS
IAPE
MBU
AN
GA
N
SISA
DA
N A
IRSI
SA
Badan Bertanggungjawab A
ntar
aban
gsa
- Int
ergo
vern
men
tal P
anel
On C
limate Change (IPCC)
Dise
babk
an o
leh
HIDR
O
GA
S RU
MA
H HI
JAU
GRE
EN H
OUS
E G
ASE
S(G
HG)
Met
ana
Karb
on
diok
sida
N
itrus
oks
ida
Klor
oflu
oro
-kar
bon
CH4
CO
2
N2O
CFC
BAHA
N S
ISA
EL
EKTR
ON
IKRA
WA
TAN
AIR
SISA
PUS
AT P
ENG
UMPU
LAN
DA
N K
ITA
R S
EMUL
A S
ISA
KITA
R SE
MUL
A S
ISA
BIOLOGI 7
SEKTOR BEKALAN TENAGAOleh:Profesor Haslan Bin Abu HassanPengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)Universiti Sains Malaysia
Pengenalan
Sektor Bekalan Tenaga merupakan sektor dalam TH yang paling utama dibandingkan dengan sektor-sektor TH yang lain. Ini kerana tenaga memainkan peranan penting dalam Sektor Bangunan, Pengangkutan, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Pertanian dan Perhutanan, Industri dan ICT.
Terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan dalam Sektor Bekalan Tenaga. Pertama, cara tenaga tersebut dijana atau dibekalkan, dan kedua, cara tenaga yang telah dihasilkan itu diagih atau diguna dengan cekap tanpa pembaziran.
Tenaga yang dijana oleh sumber fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli diklasifikasikan sebagai tenaga tidak hijau atau tidak boleh baharu. Ini kerana sumber fosil yang diperoleh dari bawah permukaan bumi dibentuk beratus juta tahun yang lalu dan tidak dapat diganti dengan cepat selepas habis digunakan. Sejak terciptanya kereta bermotor berkuasa petroleum pada tahun 1865, petroleum telah digunakan dengan meluas bagi memacu kenderaan tersebut. Ketika ini, lebih kurang 70% penghasilan petroleum dunia diguna dalam bidang pengangkutan. Selain petroleum, arang batu dan gas asli dapat juga diguna bagi menjana elektrik. Kebergantungan kepada sumber fosil ini telah meningkatkan kandungan gas rumah hijau iaitu karbon dioksida (CO2) di atmosferaseterusnya menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim.
Perdana Menteri Malaysia telah membuat aku janji pada tahun 2009 semasa menghadiri Persidangan Perubahan Iklim (COP 15) di Copenhagen bahawa Malaysia akan mengurangkan pengeluaran keamatan karbon sebanyak 40% pada tahun 2020 dibandingkan dengan angka keamatan karbon pada tahun 2005. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah mengenal pasti sektor-sektor yang boleh diimplementasikan dengan TH. Bagi Sektor Bekalan Tenaga, penggunaan tenaga boleh baharu dan amalan kecekapan tenaga telah dikenal pasti dapat membantu pengurangan keamatan karbon.
Seperti yang diketahui sumber tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber tenaga boleh baharu (boleh dijana semula) dan sumber tenaga tidak boleh baharu (tidak boleh dijana semula). Sumber tenaga hijau atau boleh baharu ditakrifkan sebagai tenaga yang dapat diganti atau dihasilkan semula dalam tempoh hayat manusia. Tenaga juga boleh dikategorikan kepada tenaga primer dan tenaga sekunder. Tenaga primer ialah tenaga mentah yang terkandung dalam sumber-sumber semula jadi seperti arang batu, minyak, cahaya matahari dan biojisim yang tidak menjalani sebarang penukaran. Manakala tenaga sekunder ialah tenaga yang ditukarkan daripada bahan api lain atau sumber tenaga utama. Sebagai contohnya, bagi menjana atau menghasilkan tenaga elektrik kita boleh memilih sama ada untuk membakar bahan api fosil ataupun menggunakan sumber tenaga boleh baharu seperti solar, angin, biojisim, hidro, geoterma dan ombak. Namun di Malaysia, tumpuan tenaga boleh baharu adalah kepada solar, hidro dan biojisim, masing-masing kerana wujud sinaran matahari yang berterusan, taburan hujan yang banyak dan sumber organik yang mencukupi. Malaysia mensasarkan lebih daripada 10% daripada jumlah keseluruhan bekalan tenaga negara dijana oleh sumber tenaga boleh baharu menjelang 2020.
BIOLOGI8
Contoh
Terdapat dua jenis sistem solar. Jenis pertama dipanggil solar terma yang menghasilkan tenaga haba bagi pemanasan dan pengeringan. Sebenarnya solar terma ini telah lama diamalkan bagi pengeringan baju dan makanan. Apabila reka bentuk peralatannya ditambah baik dengan teknologi, pemanasan yang dihasilkan menjadi lebih cekap sehingga dapat memanas air bagi penggunaan domestik dan industri. Sistem solar jenis kedua dipanggil solar fotovolta yang menghasilkan elektrik secara terus oleh panel solar apabila disinari oleh matahari. Bahan panel solar kebiasaannya terdiri daripada bahan semikonduktor dengan kecekapan tertinggi menghampiri 21% menukar sinaran matahari ke elektrik.
Sistem hidro menukar tenaga keupayaan dan kinetik air yang mengalir dari tanah tinggi ke tanah rendah kepada tenaga mekanik dan kinetik turbin dan seterusnya ditukar menjadi tenaga elektrik oleh penjana. Antara semua sumber Tenaga Boleh Baharu, tenaga hidro paling meluas diguna bagi menjana elektrik di Malaysia.
Biojisim ialah sebarang bahan organik termasuk tumbuhan, sisa perbandaran, rumpai laut dan sisa haiwan yang dapat diguna sebagai sumber tenaga. Sumber asal tenaga biojisim adalah daripada matahari. Biojisim bertindak sebagai stor tenaga kimia. Tenaga kimia ini dapat ditukar kepada tenaga dalam bentuk haba, bahan api cecair dan gas dengan menggunakan teknologi canggih. Contohnya, cecair etanol iaitu bahan api alkohol hasil daripada penapaian selulosa biojisim seperti jagung, tebu, ubi kayu, gandum, beras, kentang dan sisa perladangan. Najis binatang, sisa makanan yang telah diproses dan sisa perbandaran ialah contoh-contoh biojisim yang dicerna oleh bakteria bagi menghasilkan biogas metana.
Kesimpulan
Kerajaan berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil sebagai bekalan tenaga negara. Tenaga Boleh Baharu ditetapkan sebagai komponen kelima sumber tenaga negara selepas petroleum, gas asli, arang batu dan hidro. Justeru, pemindahan ilmu berkaitan dengan Tenaga Boleh Baharu perlu dilaksanakan bagi mewujudkan kesedaran, penerimaan dan penggunaan Tenaga Boleh Baharu dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah dengan mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat rendah seterusnya menengah. Isi kandungan subjek sekolah yang dapat dikaitkan dengan Tenaga Boleh Baharu mesti diperluaskan supaya merangkumi teknologi terkini tentang Tenaga Boleh Baharu yang berkaitan. Bidang pekerjaan pada masa depan dijangka lebih berunsurkan TH. Justeru itu, pakar tenaga hijau yang terdiri daripada saintis dan jurutera mesti dilahirkan bagi menjamin keselamatan tenaga dan kelestarian negara.
BIOLOGI 9
KECEKAPAN TENAGAOleh:Dr Mardiana Idayu AhmadPusat Pengajian Teknologi IndustriUniversiti Sains Malaysia
Pengenalan
Setelah kita memahami tentang tenaga, maka lebih mudah bagi kita untuk memahami maksud kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga bermaksud penggunaan tenaga yang kurang untuk menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini. Kecekapan tenaga juga ditafsirkan sebagai nisbah tenaga yang digunakan oleh sesuatu sistem terhadap input tenaganya. Ini merangkumi tenaga yang dibekalkan pada bangunan, pencahayaan, sistem pemanasan, sistem pendingin hawa, kelengkapan elektrik, proses industri, pengangkutan atau kenderaan dan sebagainya. Daripada definisi ini, kita dapat lihat bahawa kecekapan tenaga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi untuk mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk sesuatu tujuan atau perkhidmatan. Selain itu, ia juga boleh merujuk kepada sikap dan kesedaran kita sebagai pengguna melalui penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.
Contoh
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sektor Bangunan menyumbang kepada hampir 40% daripada jumlah tenaga yang digunakan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Berikutan peratusan ini di samping turun naik harga tenaga dan cabaran perubahan iklim telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk penjimatan tenaga bangunan yang seterusnya membawa kepada keperluan kecekapan tenaga dalam bangunan. Kecekapan tenaga dalam bangunan boleh ditakrifkan sebagai menggunakan jumlah minimum tenaga untuk pemanasan, pendinginan, pencahayaan dan kelengkapan yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan kondusif di dalam sesebuah bangunan.
Selain itu, Sektor Pengangkutan menyumbang kepada 30% daripada peratusan penggunaan tenaga keseluruhan. Paradigma tenaga dalam sektor ini merangkumi tiga parameter utama iaitu bahan api kenderaan, perjalanan kenderaan dan populasi kenderaan. Oleh itu, langkah kecekapan tenaga bagi Sektor Pengangkutan perlu mengambil kira tiga parameter tersebut. Ini termasuk meningkatkan teknologi kenderaan (meningkatkan kecekapan tenaga kenderaan), sikap dan pemanduan (menggunakan kurang bahan api per jarak yang dipandu), mengurangkan jarak perjalanan per kenderaan dan menggunakan pengangkutan yang lebih lestari.
Manakala bagi Sektor Industri pula, penggunaan tenaga memberi pecahan satu per tiga daripada penggunaan tenaga keseluruhan. Oleh itu, kecekapan tenaga dalam Sektor Industri amat diperlukan yang menumpu kepada penjimatan tenaga, pengurangan pengeluaran gas karbon dioksida dan seterusnya membawa kepada pengurangan kos. Antara inisiatif kecekapan tenaga Sektor Industri ialah program kecekapan tenaga, pengurusan tenaga, insentif tenaga dan penilaian prestasi tenaga.
Penunjuk kecekapan tenaga adalah penting untuk menganalisis interaksi antara ekonomi dan aktiviti manusia iaitu penggunaan tenaga dan pengeluaran gas karbon dioksida. Selain itu, ia dapat mengukur prestasi sebenar tenaga dan mengenal pasti amalan pengurusan tenaga yang terbaik dan sesuai.
BIOLOGI10
Kesimpulan
Bagi memastikan matlamat kecekapan tenaga ini tercapai, semua pihak harus memainkan peranan sama ada di peringkat individu, peringkat sektor (ekonomi, industri, pengangkutan, komersil), peringkat nasional dan juga antarabangsa. Justeru, amalan kecekapan tenaga dan penyampaian maklumat berkaitan perkara ini wajar dimulakan di peringkat individu sama ada secara formal (di sekolah) ataupun secara tidak formal.
Komitmen Malaysia dalam kecekapan tenaga dapat dilihat melalui pelaksanaan polisi tenaga iaitu Pelan Induk Kecekapan Tenaga Nasional oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Pelan ini merupakan satu pelan induk untuk menjimatkan penggunaan tenaga negara dalam tempoh 10 tahun yang menumpukan kepada tiga sektor utama iaitu industri, bangunan dan kelengkapan elektrik. Bagi merealisasikan objektif pelan ini, antara inisiatif dan usaha yang dijalankan ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga ialah menerusi label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik, Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index), kempen teknologi cekap tenaga, kempen penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar dan kempen kesedaran terhadap pengguna melalui amalan penjimatan tenaga.
BIOLOGI 11
SEKTOR PENGURUSAN SISA DAN AIR SISAOleh:Prof Madya Dr Mohd Suffian YusoffTimbalan KetuaKluster Pengurusan Sisa Pepejal (SWAM@USM)Universiti Sains Malaysia
Pengenalan
Pertambahan kadar penjanaan sisa pepejal dari tahun ke tahun dipengaruhi oleh pertambahan penduduk dunia, peredaran zaman, perubahan gaya hidup dan sosio budaya, pertambahan prasarana dan peningkatan ekonomi. Secara tidak langsung, penjanaan, pelupusan dan penguraian sisa menyumbang kepada penjanaan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) serta perubahan iklim dunia. Amalan pengurusan sisa yang lestari berupaya mengurangkan pelepasan GHG. Inisiatif industri dan negara di seluruh dunia untuk menangani kesan karbon daripada aktiviti sektor sisa membuka peluang untuk pengurangan karbon yang masih belum diterokai sepenuhnya.
Pendekatan TH oleh sektor sisa menawarkan satu portfolio yang mantap, teknologi yang praktikal dan kos yang efektif serta boleh menyumbang kepada pengurangan GHG. TH yang disesuaikan dan digunakan selari dengan tradisi dan keperluan tempatan boleh membantu ke arah pengurangan pelepasan GHG global secara signifikan. Amalan TH dalam pencegahan penjanaan, pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula sisa semakin meningkat di seluruh dunia. Malah, amalan tersebut telah menunjukkan potensi yang semakin memberangsangkan dalam usaha mencegah pelepasan GHG melalui pemuliharaan bahan-bahan mentah dan bahan api fosil.
Contoh
Menerusi teknologi rawatan biologi aerobik dan anaerobik, sisa organik boleh diperoleh semula dan diubah menjadi penstabil tanah dan baja organik. Proses-proses ini mengurangkan pelepasan GHG melalui pencegahan karbon biogenik dalam tanah, meningkatkan sifat-sifat fizikal tanah, dan menambah nutrien tanah. Sisa juga berpotensi menjadi sumber penting kepada Tenaga Boleh Baharu. Teknologi pembakaran, penunuan serta pelbagai rawatan haba yang lain untuk penukaran sisa kepada tenaga, perolehan dan penggunaan gas tapak pelupusan, serta penggunaan pencerna biogas anaerobik memainkan peranan yang penting dalam pengurangan penggunaan bahan api fosil dan pelepasan GHG.
Pengkomposan merupakan proses penguraian sisa organik seperti sisa pertanian, sisa makanan, sisa dapur dan sisa taman kepada baja kompos secara semula jadi. Lambakan sisa makanan yang terjana sehingga melebihi 40% daripada jumlah sisa pepejal negara boleh ditukar kepada barangan berharga yang tidak mencemarkan alam sekitar. Kompos ialah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian organik. Asasnya, pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan organik di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Teknologi pengkomposan seperti sistem windrow (windrow system), timbunan statik berudara dan dalam bejana merupakan kaedah konvensional yang dilaksanakan pada skala kecil dan komersial.
BIOLOGI12
Pencernaan anaerobik untuk penjanaan biogas khususnya metana daripada sisa organik melalui proses penguraian tanpa oksigen adalah salah satu TH bagi menukarkan sisa kepada tenaga. Bahan yang sesuai untuk dijadikan suapan kepada loji reaktor anaerobik termasuklah enapcemar kumbahan, sisa pertanian, tinja haiwan dan sisa makanan. Gas metana yang terhasil boleh digunakan untuk kegunaan dapur dan menghidupkan jana kuasa elektrik. Penjanaan biogas boleh dijalankan pada skala kecil di rumah manakala penjanaan komersial memerlukan teknologi yang tinggi.
Penunuan atau insinerasi ialah satu teknologi olahan sisa yang melibatkan pembakaran bahan dan/atau benda organik. Penunuan dijalankan menggunakan jentera yang dipanggil penunu atau insinerator. Penunuan atau insinerator adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menghindarkan sisa daripada memenuhi ruang tapak pelupusan. Keberkesanan teknologi moden yang lestari sehingga 90% mampu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan dan mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar kerana penghasilan gas metana dan larut lesap (leachate) dari tapak pelupusan dapat dihindarkan. Terdapat pelbagai teknologi penunuan seperti rotary kiln, stocker grate, pirolisis, plasma dan lain-lain. Hasil sampingan proses penunuan ini adalah haba yang panas boleh menghasilkan stim serta menjana tenaga elektrik.
Air sisa merupakan air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa manusia, sisa makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada beberapa jenis. Sebagai contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air larian stormwater. Pengurusan air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu kecekapan penggunaan sumber dan kesihatan awam. Hal ini kerana pengurusan air sisa dan penggunaannya semula merupakan langkah yang tepat dalam menangani masalah kekurangan bekalan air dan mampu meningkatkan kecekapan penggunaan sumber. Selain itu, ianya mampu mengatasi masalah eutrofikasi akibat daripada pelepasan air sisa ke kawasan persekitaran seperti sungai atau perairan pantai.
Loji rawatan efluen yang diwujudkan untuk merawat air kumbahan yang terhasil daripada sumber perbandaran merupakan contoh pengurusan air sisa yang efisien. Loji rawatan air seperti ini mampu mengurangkan kos rawatan air mentah untuk menukar air buangan yang terpilih dengan penggunaan pelbagai teknologi rawatan air. Loji rawatan air sisa kebiasaannya direka untuk mengurangkan beban pepejal organik dan pepejal terampai. Proses rawatan air sisa kebanyakannya terdiri daripada pelbagai kombinasi operasi fizikal, kimia dan biologi untuk menyingkirkan bahan cemar seperti bahan organik dan nutrien daripada air.
Kesimpulan
Kaedah pengurusan sisa yang lestari bermula daripada penjanaan sehinggalah pelupusan boleh membantu dalam mengurangkan pengeluaran GHG serta menghindarkan pencemaran alam sekitar. Penjanaan sisa yang kian meningkat dari hari ke hari memerlukan komitmen daripada segenap lapisan masyarakat. Pendekatan TH boleh diamalkan pada setiap peringkat hierarki pengurusan sisa. Oleh itu pemindahan ilmu berkaitan dengan amalan pengurusan sisa lestari perlu dilaksanakan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah dengan mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat pra sekolah, rendah, menengah dan seterusnya. Kandungan mata pelajaran kurikulum dan aktiviti kokurikulum sekolah perlu diterapkan dengan kesedaran pengurusan sisa dan air sisa yang lestari disertai aplikasi TH.
BIOLOGI 13
SEKTOR BANGUNANOleh:Profesor Madya Dr Mohd Wira Bin Mohd ShafieiPengarahPusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)
Pengenalan
Mengikut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Intergovernmental Panel for Climate Change (IPCC, 2014), bangunan menggunakan 32% daripada jumlah penggunaan tenaga dunia dan mengeluarkan 19% daripada pengeluaran gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berkaitan dengan tenaga. Adalah dijangkakan jumlah guna tenaga dan pengeluaran GHG ini akan bertambah sebanyak dua kali ganda malah hal ini berkemungkinan mencecah sehingga tiga kali ganda pada tahun 2050 sekiranya pola penggunaan tenaga sekarang tidak berubah. Pertambahan populasi dunia, migrasi ke bandar-bandar besar, peningkatan tahap kekayaan dan perubahan gaya hidup selesa adalah faktor-faktor utama yang meningkatkan penggunaan tenaga di dalam bangunan. Bagi menghadapi perubahan ini, masyarakat dunia umumnya, dan Malaysia khasnya, perlu mempunyai rancangan dan tindakan yang menyeluruh supaya guna tenaga bangunan berada pada tahap yang selamat.
Contoh
Antara ciri-ciri utama reka bentuk bangunan hijau adalah: (1) tapak, orientasi dan bentuk bangunan;(2) spesifikasi sampul bangunan yang berprestasi tinggi; (3) memaksimumkan ciri-ciri pasif tenaga bangunan seperti pencahayaan siang, penyejukan bangunan dan ventilasi; (4) sistem mekanikal bangunan yang cekap tenaga; (5) penggunaan alatan dan peranti individu yang cekap tenaga; dan (6) sistem berpiawai di dalam pentauliahan (commissioning) bangunan, sistem dan alatan di dalam bangunan. Dalam tempoh sedekad yang lalu, banyak perubahan positif dan penting telah berjaya dicapai bagi menambahkan kecekapan tenaga di dalam bangunan. Antaranya ialah pencahayaan semula jadi dan pencahayaan berelektrik, alatan elektrik di rumah, bahan penebat (insulator) bangunan, pam haba, penggunaan sistem kawalan automasi bangunan yang berdigital, penggunaan meter pintar (smart meter) dan grid sebagai cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik semasa waktu puncak, dan kemajuan di dalam penghasilan tenaga boleh baharu.
Pengalaman pengurusan tenaga bangunan yang cekap menunjukkan penjimatan guna tenaga boleh dicapai secara lebih efektif dengan membuat usaha penjimatan pada tahap sistem, bukannya sekadar pada alatan dan peranti individu seperti pam, motor, kipas, dan sistem penyejukan. Penggunaan kaedah Proses Reka Bentuk Bersepadu (Integrated Design Process) membolehkan penjimatan pada tahap sistem dibuat dengan jayanya. Lebih penjimatan boleh diperoleh sekiranya kesemua pasukan projek pereka seperti arkitek dan jurutera berbincang bersama-sama untuk mereka bentuk bangunan daripada peringkat awal projek.
BIOLOGI14
Mutakhir ini, kemajuan yang telah dicapai dalam sektor ini ialah amalan reka bentuk dalam pembinaan bangunan dan perubahan sikap pengguna tenaga di dalam bangunan menunjukkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik sebanyak dua sehingga sepuluh kali ganda bagi bangunan baru. Bagi bangunan sedia ada pula, penjimatan tersebut adalah di antara dua sehingga empat kali ganda pengurangannya. Kemajuan TH juga membolehkan bangunan cekap tenaga dan bangunan sifar-tenaga dibina dengan keupayaan untuk memberikan pulangan positif kepada pelaburan yang dibuat semasa tempoh hayat bangunan tersebut. Bagi stok bangunan yang sedia ada, bukti yang menunjukkan kaedah penyesuaian semula (retrofit) bangunan mampu memberikan penjimatan tenaga sebanyak 50 sehingga 90 peratus. Selain daripada itu, alatan elektrik cekap tenaga, pencahayaan rendah tenaga, dan teknologi informasi komunikasi mampu menambahkan lagi kadar penjimatan tenaga bagi menghadapi cabaran guna tenaga masa hadapan.
Kesimpulan
Bangunan adalah elemen yang cukup kritikal dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan GHG yang berkaitan dengan tenaga. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil langkah dalam menggalakkan perkembangan bangunan yang lebih cekap tenaga. Usaha yang boleh diambil ialah dengan merangka instrumen polisi tenaga yang efektif dan menyeluruh. Seterusnya pihak kerajaan boleh membuat pembaharuan terhadap undang-undang kecil berkaitan bangunan. Contohnya, dengan memudahkan proses pembiayaan kewangan dan memberikan insentif kepada industri binaan yang bercirikan TH. Selain itu, pihak berkepentingan dalam industri binaan perlu membuat perubahan dengan melaksana amalan terbaik bangunan cekap tenaga. Salah satu kaedah ialah menjalankan program kecekapan tenaga, menggalakkan penggunaan penjimatan guna tenaga dan penggunaan TH secara menyeluruh di dalam bangunan. Oleh yang demikian, usaha untuk mewujudkan kesedaran pada peringkat sekolah boleh dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sebagai contoh, menggalakkan penggunaan alatan elektrik yang cekap tenaga dan penggunaan pencahayaan yang rendah tenaga di dalam bangunan sekolah. Maka dengan aktiviti ini hasrat kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau daripada bangunan dapat dicapai.
BIOLOGI 15
SEKTOR PENGANGKUTANOleh:Prof Madya Dr Soib bin TaibPusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan ElektronikUniversiti Sains Malaysia
Pengenalan
Pencemaran daripada pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim dunia iaitu menghampiri 25% pengeluaran CO2. Kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 75% daripada jumlah pengeluaran CO2 adalah berpunca daripada pengangkutan jalan dan jumlah ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. Didapati hampir 95% daripada Sektor Pengangkutan ini menggunakan bahan api minyak dan ini merupakan 60% daripada penggunaan minyak dunia.Usaha yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan dalam sektor ini bagi mengurangkan pencemaran udara dan juga untuk mencapai persekitaran yang lestari. Oleh sebab itu, penjenamaan Pengangkutan Hijau adalah berteraskan aktiviti pengangkutan yang mesra alam dan memberi kesan positif terhadap persekitaran sedia ada. Dalam hal ini Pengangkutan Hijau akan melibatkan kecekapan penggunaan sumber dan penstrukturan semula sistem pengangkutan supaya lebih selamat dan selesa.
Contoh
Rajah 1 menunjukkan huraian bagi Hierarki Mod Pengangkutan Hijau:
i. Pejalan kaki. Setiap orang digalakkan berjalan kaki dalam setiap aktiviti. Kaedah berjalan kaki tidak akan melibatkan pencemaran sebarang gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) serta percuma di samping menyihatkan badan.
ii. Basikal. Merupakan mod pengangkutan lebih cepat daripada berjalan kaki dan juga kos yang lebih murah serta aktiviti yang menyihatkan badan. Pembelian dan penyelenggaraannya juga murah dan mudah berbanding kereta.
iii. Pengangkutan awam. Merupakan pengangkutan terbesar dalam bandar yang menyediakan infrastruktur yang baik. Pengangkutan yang baik dan murah terutamanya bagi kumpulan warga emas dan pelajar.
iv. Kenderaan perkhidmatan atau pengangkutan barang. Kenderaan mod ini menyumbang hampir 9% pengeluaran gas rumah hijau. Kebanyakan kenderaan mod ini menggunakan diesel dan elektrik atau bateri.
v. Teksi. Penggunaan teksi yang lebih mesra alam iaitu kenderaan hibrid atau kenderaan elektrik merupakan mod pengangkutan terbaik dan menjadi pilihan utama.
vi. Kenderaan penumpang berkumpulan. Juga dikenali sebagai ‘carpool’. Merupakan salah satu mod Pengangkutan Hijau. Sekumpulan rakan-rakan, pekerja atau sebagainya menggunakan pengangkutan yang sama ke tempat yang sama secara berterusan. Berbanding 5 orang berlainan menggunakan 5 jenis kereta menuju tempat yang sama, maka mod ini adalah lebih ekonomik dan mengurangkan pencemaran.
BIOLOGI16
vii. Kenderaan individu. Mod terakhir dalam Pengangkutan Hijau yang menggunakan teknologi pembakaran terkini.
Rajah 1 : Mod Pengangkutan Hijau
Kelebihan Pengangkutan Hijau
Pengangkutan Hijau mempunyai pelbagai kebaikan dari segi persekitaran, kesihatan ekonomik dan perbelanjaan. Berikut adalah beberapa faedah yang diperoleh menerusi penggunaan Pengangkutan Hijau:
i. Persekitaran yang bersih. Pengeluaran CO2 daripada pembakaran bahan fosil daripada kenderaan merupakan penyumbang utama GHG. Oleh itu penggunaan kenderaan hijau adalah aktiviti penting bagi mengurangkan pencemaran udara.ii. Kesihatan lebih terkawal. Didapati banyak aktiviti berkaitan Pengangkutan Hijau dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan cara hidup manusia. Berjalan kaki atau mengayuh basikal menyumbang kepada latihan fizikal badan manakala kurangnya pencemaran udara mampu mengurangkan kesan negatif pada sistem pernafasan. Selain itu, kurangnya kesesakan jalan raya mengurangkan masa dan tenaga serta menjadikan jalan raya lebih selamat.iii. Pembangunan kelestarian lebih ekonomik. Penghasilan dan pembuatan produk kenderaan hijau atau pembaharuan sistem pengangkutan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, sekaligus memperbaiki ketidakseimbangan sosio-ekonomik.iv. Jimat wang. Aktiviti mod Pengangkutan Hijau dapat mengurangkan penggunaan minyak dan secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan.
BIOLOGI 17
Kesimpulan
Kerajaan berhasrat mengurangkan pencemaran daripada aktiviti pengangkutan kerana aktiviti ini telah menghasilkan sebanyak 25% pengeluaran CO2. Malah, aktiviti ini turut menjadi penyumbang kepada perubahan iklim dunia. Pelepasan Gas Rumah Hijau (Green House Gases, GHG) melalui aktiviti pengangkutan boleh meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding aktiviti yang lain, contohnya, aktiviti perindustrian. Melalui pengurangan pembebasan GHG secara agresif dan berterusan adalah perlu untuk memastikan pembebasan GHG yang rendah atau sifar. Hal ini kerana kesan positif dihasilkan dapat mengurangkan perubahan iklim dan boleh membantu mengekalkan keadaan alam sekitar yang lebih lestari. Oleh yang demikian, kesedaran mengenai penggunaan Pengangkutan Hijau perlu ditingkatkan dalam masyarakat Malaysia.
BIOLOGI18
PANDUAN MENGGUNAKANMODUL AKTIVITI MURID
BIOLOGI 19
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL AKTIVITI MURID
Pengenalan
Bahagian pengenalan Modul Aktiviti Murid telah memberikan maklumat tentang Teknologi Hijau (TH). Murid perlu memahami tentang Teknologi Hijau dahulu sebelum dapat menggunakan modul ini dengan berkesan. Definisi Teknologi Hijau serta Dasar Teknologi Hijau juga diterangkan untuk membantu murid memahami dengan jelas kepentingan Teknologi Hijau untuk disebar luas kepada murid-murid sebagai persediaan mereka untuk memahami dan mempunyai kesedaran tentang fenomena perubahan iklim. Di samping itu, terdapat sedikit penerangan daripada pakar tentang sektor Teknologi Hijau yang tertentu diguna pakai dan sesuai dengan konsep yang diajar dalam mata pelajaran Biologi. Modul Aktiviti Murid Teknologi Hijau ini memuatkan beberapa aktiviti berkaitan Teknologi Hijau merentasi mata pelajaran Biologi. Bagi setiap mata pelajaran, konsep yang telah dipilih daripada sukatan pelajaran adalah berdasarkan kesesuaian konsep tersebut untuk diintegrasikan dengan sektor Teknologi Hijau berdasarkan Jadual IPCC (2014).
Modul Aktiviti Murid yang disediakan ini bertujuan untuk murid menjadi murid yang aktif dan terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Murid juga akan memperoleh kemahiran belajar abad ke-21 melalui modul aktiviti ini. Kebanyakan kaedah menggunakan Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan murid berbincang, mencari maklumat dan perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti. Modul Aktiviti Murid ditulis dalam format yang tertentu. Berikut merupakan penerangan tentang format bagi setiap aktiviti:
• Tajuk Menyatakan tajuk, fokus atau isu utama keseluruhan aktiviti yang menarik.
• Objektif Menyatakan objektif aktiviti yang akan dilaksanakan serta menunjukkan perkaitan dengan sektor TH yang bersesuaian.
• Latar Belakang Menyatakan konsep mata pelajaran yang terlibat dalam aktiviti serta menerangkan perkaitan konsep tersebut dengan sektor TH yang dinyatakan dalam Jadual IPCC (2014). Bahagian ini juga menyatakan sektor TH bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam tajuk tersebut. Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti tersebut juga dinyatakan. Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan Jadual IPCC (2014). Jadual tersebut menyenaraikan sektor dan kategori TH yang terletak di bawah sektor berkenaan. Contoh: Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori yang terletak di bawah sektor ini ialah Tenaga Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga Boleh Baharu. Tenaga Boleh Baharu terdiri daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim dan Biotenaga, Geoterma, Solar Fotovolta dan lain-lain sebagai kaedah menyelesaikan masalah perubahan iklim menggunakan TH.
• Glosari Senarai glosari diberikan bagi setiap aktiviti. Perkataan atau istilah yang baru disertakan bertujuan memberikan kefahaman dan penjelasan ringkas untuk kefahaman murid bagi TH yang berkaitan dalam setiap aktiviti.
• Bahan dan Peralatan Senarai bahan dan peralatan (per kumpulan) yang diperlukan bagi menjalankan aktiviti disertakan. Walau bagaimanapun murid boleh/bebas menggunakan bahan atau peralatan lain mengikut kreativiti murid.
BIOLOGI20
• Kaedah Kaedah yang diikuti oleh murid ialah mengikut Pembelajaran Berasaskan Projek/ Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan murid berbincang, mencari maklumat dan perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti. Kaedah sebegini yang memerlukan murid untuk menghasilkan produk akan mengambil tempoh masa yang panjang.
Guru akan membimbing murid dalam proses pembelajaran sepanjang tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan produk. Semasa menjalankan aktiviti murid perlu bekerja sebagai satu kumpulan. Murid harus sedar aktiviti seperti ini memerlukan mereka untuk bekerjasama secara kolaboratif dalam mencari maklumat terutama melalui laman sesawang di internet dan lain-lain sumber rujukan serta berbincang untuk menghasilkan produk. Produk yang dihasilkan perlu menunjukkan kreativiti murid.
• Pemerhatian Bahagian ini menyenaraikan arahan atau soalan yang mengarah murid melakukan pemerhatian bagi setiap aktiviti yang murid lakukan (bergantung kepada aktiviti). Murid perlu berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian.
• Soalan Perbincangan Senarai soalan perbincangan diberikan supaya murid dapat berbincang dalam kumpulan semasa aktiviti dijalankan. Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini bertujuan membantu murid berfikir dengan lebih kritis. Soalan-soalan tersebut bertujuan menguji kefahaman murid tentang konsep Biologi dan konsep TH yang diintegrasikan dalam aktiviti berkenaan.
• Kesimpulan Murid perlu berbincang dan menuliskan kesimpulan daripada aktiviti tersebut dan perlu mengaitkan konsep Biologi dengan TH yang telah diaplikasikan.
• Kerjaya Dalam Teknologi Hijau Beberapa pekerjaan yang sesuai diberikan mengikut aktiviti supaya murid mempunyai pengetahuan tentang pekerjaan yang bersesuaian dengan TH yang tertentu. Maklumat tersebut dapat membuka minda murid serta menarik minat mereka ke arah TH dan Biologi.
• Sumber Rujukan Modul Aktiviti Murid juga diberikan senarai rujukan untuk makluman murid. Rujukan diasingkan mengikut aktiviti untuk memudahkan murid mencari maklumat dan membuat rujukan lanjut di laman sesawang bagi aktiviti yang spesifik.
BIOLOGI 21
REPORT OF INTERGOVERNMENTAL PANEL ON CLIMATE CHANGE (IPCC) 2014
Cambridge University Press32 Avenue of the AmericasNew YorkUnited States of Americawww.cambridge.org
BIOLOGI22
RE
PO
RT
OF
TH
E I
NT
ER
GO
VE
RN
ME
NTA
L PA
NE
L O
N C
LIM
AT
E
CH
AN
GE
(IP
CC
, 201
4)
(*A
dapt
ed fr
om IP
CC
repo
rt)
ENER
GY
SUPP
LY
SEC
TOR
ENER
GY
SUPP
LYC
ATEG
ORY
FOSS
IL E
NER
GY
NU
CLE
AR
EN
ERG
YR
ENEW
AB
LE
Coa
l and
Pea
t
Gas
eous
Fue
l
Petr
oleu
m F
uels
Unc
onve
ntio
nal O
il
Nuc
lear
Was
te M
anag
emen
t - F
uel r
epos
itory
- Im
prov
ing
prol
ifera
tion
res
ista
nce
Ura
nium
Exp
lora
tion,
Ext
ract
ion
and
Refi
ning
- r
epro
cess
ing
the
spen
t fue
l
and
ext
ract
ing
the
unus
ed
ura
nium
Nuc
lear
Fus
ion
- fus
ion
of h
eavy
hyd
roge
n fu
el- f
usio
n-po
wer
pro
duct
ion
Hyd
roel
ectr
icity
Win
d
Bio
mas
s an
d B
ioen
ergy
Geo
ther
mal
Sola
r The
rmal
Ele
ctric
Sola
r Pho
tovo
ltaic
Sola
r Hea
ting
and
Coo
ling
Oce
an E
nerg
y
Bio
fuel
s
Hyd
roge
n an
d Fu
el C
ells
Ther
moe
lect
ric G
ener
ator
s
BIOLOGI 23
WA
STE
AN
D W
AST
EWAT
ER M
AN
AG
EMEN
T
SEC
TOR
WA
STE
AN
D W
AST
EWAT
ER M
AN
AG
EMEN
T
CAT
EGO
RYPR
EVEN
TIO
N A
ND
M
INIM
IZAT
ION
SEPA
RAT
ION
AN
D
REC
YCLI
NG
CO
LLEC
TIO
N A
ND
TR
AN
SFER
TREA
TMEN
T A
ND
PR
OC
ESSI
NG
ULT
IMAT
E D
ISPO
SAL
AN
D
LAN
DFI
LLW
AST
EWAT
ER
TREA
TMEN
T
-
Food
was
te
p
reve
ntio
n -
H
otel
was
te
pre
vent
ion
-
Pape
r was
te
min
imiz
atio
n-
C
lean
er
pro
duct
ion
-
Alte
rnat
ives
p
ract
ices
for
pla
stic
film
/
S
tyro
foam
c
onta
iner
-
W
aste
se
greg
atio
n
-
W
aste
re
cycl
ing
-
E
-was
te
Col
lect
ion
met
hod
-
M
echa
nica
l
and
sem
i-
mec
hani
cal.
Sche
dulin
g an
d R
outin
g
-
M
inim
izat
ion
of c
olle
ctio
n
an
d tra
nsfe
r
tim
e -
Min
imiz
atio
n
of fu
el
cons
umpt
ion
-
U
tiliz
atio
n of
bi
ofue
l.
Phys
ical
trea
tmen
t-
M
inim
izat
ion
of
volu
me
and
wei
ght.
-
Alte
ratio
n
of w
aste
form
and
sh
ape
-
Was
te to
ani
mal
food
Ther
mal
Pro
cess
-
Was
te to
ene
rgy
Bio
logi
cal P
roce
ss-
W
aste
to e
nerg
y-
W
aste
to fe
rtiliz
er-
Bi
ogas
pro
duct
ion
-
Bioe
than
ol
pro
duct
ion
-
Bio-
hydr
ogen
p
rodu
ctio
n
-
Lan
dfill
min
ing
-
Met
hane
gas
b
iore
acto
r-
V
olat
ile fa
tty
aci
ds e
xtra
ctio
n
fro
m la
ndfil
l
l
each
ate
-
Lan
dfill
leac
hate
t
reat
men
t
m
etho
ds.
-
U
tiliz
atio
n of
slu
dge
in
in
dust
rial a
nd
a
gric
ultu
ral.
-
Bi
ogas
pro
duct
ion
fro
m s
ludg
e
CAT
EGO
RY
WA
STE
MA
NA
GEM
ENT
AN
D
GH
G-
MIT
IGAT
ION
TE
CH
NO
LOG
IES
CH
4 M
AN
AG
EMEN
T AT
LA
ND
FILL
S
INC
INER
ATIO
N A
ND
O
THER
TH
ERM
AL
PRO
CES
SES
BIO
LOG
ICA
L TR
EATM
ENT
WA
STE
RED
UC
TIO
N,
RE-
USE
AN
D
REC
YCLI
NG
WA
STEW
ATER
AN
D
SLU
DG
E TR
EATM
ENT
-Con
trolle
d la
ndfil
ling
a) la
ndfil
l gas
rec
over
yb)
with
out l
andfi
ll
gas
reco
very
- Opt
imiz
atio
n m
icro
bial
m
etha
ne
oxi
datio
n in
l
andfi
lls c
over
soi
l (
bioc
over
s)
- Ind
ustri
al
co-
com
bust
ion
-Flu
idiz
ed b
ed te
chno
logy
- Com
post
ing
- Ana
erob
ic D
iges
tion
- MB
T (M
echa
nica
l B
iolo
gica
l Tre
atm
ent)
-Was
te m
inim
izat
ion
BIOLOGI24
TRA
NSP
OR
T
SEC
TOR
TRA
NSP
OR
TC
ATEG
ORY
RO
AD
TR
AN
SPO
RT
RA
ILAV
IATI
ON
SHIP
PIN
G
Red
ucin
g Ve
hicl
es L
oad
-Use
ligh
twei
ght m
ater
ials
-App
ly a
erod
ynam
ic
impr
ovem
ent
-Mob
ile a
ir co
nditi
onin
g (M
AC) s
yste
m
Impr
ovin
g D
rive
Trai
n Effi
cien
cy-A
dvan
ced
dire
ct in
ject
ion
- Gas
olin
e / D
iese
l eng
ines
and
tra
nsm
issi
on-H
ybrid
driv
e tra
ins
Alte
rnat
ive
Fuel
s-B
iofu
els
-Nat
ural
Gas
(CN
G /
LNG
/ G
TL)
-Hyd
roge
n / f
uel c
ells
-Ele
ctric
veh
icle
s
Wel
l-to-
Whe
els
Ana
lysi
s of
Te
chni
cal M
itiga
tion
Opt
ions
a)
Roa
d tra
nspo
rt: m
ode
shift
s
-P
ublic
tran
spor
t
-N
on-m
otor
ized
tran
spor
t (N
MT)
Eco-
Driv
ing
Prac
tices
Red
ucin
g A
erod
ynam
ic
Res
ista
nce
Red
ucin
g Tr
ain
Wei
ght
Reg
ener
ativ
e B
raki
ng
Hig
her E
ffici
ency
Pr
opul
sion
Sys
tem
Tech
nolo
gy D
evel
opm
ents
Engi
ne D
evel
opm
ents
Airc
raft
Dev
elop
men
ts
Alte
rnat
ive
Fuel
s fo
r Avi
atio
n
Avia
tion
Pote
ntia
l Pra
ctic
es
Low
er F
light
Spe
eds
App
lyin
g C
urre
nt E
nerg
y-Sa
ving
St
rate
gies
Load
Opt
imiz
atio
n
Mai
nten
ance
BIOLOGI 25
BU
ILD
ING
S
SEC
TOR
BU
ILD
ING
S
CAT
EGO
RYTH
ERM
AL
ENVE
LOPE
IND
OO
R
ENVI
RO
NM
ENTA
LQ
UA
LITY
(IE
Q)
CO
OLI
NG
A
ND
C
OO
LIN
G
LOA
DS
HEA
TIN
G,
VEN
TILA
TIO
N
AN
D A
IR
CO
ND
ITIO
NIN
G(H
VAC
) SY
STEM
S
BU
ILD
ING
EN
ERG
Y M
AN
AG
EMEN
T SY
STEM
S
AC
TIVE
C
OLL
ECTI
ON
A
ND
TR
AN
SFO
RM
ATIO
N
OF
REN
EWA
BLE
EN
ERG
Y
DO
MES
TIC
W
ATER
LIG
HTI
NG
SY
STEM
SD
AYLI
GH
TIN
G
HO
USE
HO
LD
APP
LIA
NC
ES,
CO
NSU
MER
EL
ECTR
ON
ICS
AN
D O
FFIC
E EQ
UIP
MEN
T
Insu
latio
n
Win
dow
s
Air L
eaka
ge
Air Q
ualit
y
Com
forta
ble
Hum
idity
Tem
pera
ture
Red
ucin
g th
e C
oolin
g Lo
ad
Pass
ive
and
Low
-Ene
rgy
Coo
ling
Tech
niqu
es-N
atur
al
and
n
ight
-tim
e
ven
tilat
ion
-Eva
pora
tive
c
oolin
g-P
assi
ve
coo
ling
te
chni
ques
Air
Con
ditio
ners
an
d Va
por
Com
pres
sion
C
hille
rs
Alte
rnat
ive
HVA
C
Syst
ems
in
Com
mer
cial
B
uild
ings
-Rad
iant
chi
lled
c
eilin
g co
olin
g-D
ispl
acem
ent
ven
tilat
ion
Com
mis
sion
ing
Ope
ratio
n,
Mai
nten
ance
and
Pe
rfor
man
ce-C
ogen
erat
ion
a
nd D
istri
ct
Hea
ting/
Coo
ling
Bui
ldin
g-In
tegr
ated
PV
(BiP
V)
Sola
r The
rmal
En
ergy
for H
eatin
g an
d H
ot W
ater
Land
scap
e -s
olar
gar
den
Win
d En
ergy
Wat
er
Savi
ng
Fixt
ures
Wat
er
Effici
ent
Was
hing
M
achi
ne
Insu
late
d W
ater
H
eate
rs
Air-
sour
ce
or
Exha
ust-a
irH
eat P
umps
Sola
r Th
erm
alW
ater
H
eate
rs
Wat
er
Rec
yclin
g
Rai
nwat
erH
arve
stin
g
Hig
h Effi
cien
cy
Elec
tric
Ligh
ting
Use
of N
atur
al
Ligh
ting
Stan
dby
and
Low
Po
wer
Mod
e
Effici
ency
of
Biom
ass
Stov
es
Impr
oved
Ac
cess
to C
lean
C
ooki
ng F
uels
Sola
r Coo
kers
Smal
l Ele
ctric
C
ooki
ng
Equi
pmen
t
CAT
EGO
RYM
ATER
IALS
Use
of G
reen
Mat
eria
ls
Vola
tile
Org
anic
Com
poun
d (V
OC
) Pai
nts
Ren
ewab
le R
aw M
ater
ials
BIOLOGI26
AG
RIC
ULT
UR
E A
ND
FO
RES
TRY
SEC
TOR
AG
RIC
ULT
UR
E A
ND
FO
RES
TRY
CAT
EGO
RYC
RO
PLA
ND
MA
NA
GEM
ENT
GR
AZI
NG
LA
ND
MA
NA
GEM
ENT
AN
D
PAST
UR
E IM
PRO
VEM
ENT
MA
NA
GEM
ENT
OF
OR
GA
NIC
/PEA
TY
SOIL
SFO
RES
TRY
Impr
oved
Agr
onom
ic P
ract
ices
Nut
rient
Man
agem
ent
Tilla
ge/R
esid
ue M
anag
emen
t
Wat
er M
anag
emen
t
Ric
e M
anag
emen
t
Agr
o-Fo
rest
ry
Land
Cov
er (u
se) c
hang
e
Gra
zing
Inte
nsity
Incr
ease
d Pr
oduc
tivity
Nut
rient
Man
agem
ent
Fire
Man
agem
ent
Spec
ies
Intr
oduc
tion
Res
tora
tion
of D
egra
ded
Land
s
Live
stoc
k M
anag
emen
t
- Im
prov
ed fe
edin
g pr
actic
es- S
peci
fic a
gent
s an
d di
etar
y ad
ditiv
es- L
onge
r-ter
m m
anag
emen
t ch
ange
s an
d an
imal
bre
edin
g
Man
ure
Man
agem
ent
Bio
ener
gy
- Res
idue
s fro
m a
gric
ultu
re- D
edic
ated
ene
rgy
crop
s
Red
ucin
g D
efor
esta
tion
and
Deg
rada
tion
Affo
rest
atio
n/R
efor
esta
tion
Fore
st M
anag
emen
t to
Incr
ease
Sta
nd a
nd
Land
scap
e-Le
vel C
arbo
n D
ensi
ty
Incr
easi
ng O
ff-Si
te C
arbo
n St
ocks
in W
ood
Prod
ucts
and
En
hanc
ing
Prod
uct a
nd
Fuel
Sub
stitu
tion
BIOLOGI 27
IND
UST
RY
SEC
TOR
IND
UST
RY
CAT
EGO
RYEN
ERG
Y EF
FIC
IEN
CY
FUEL
SW
ITC
HIN
GPO
WER
R
ECO
VERY
REN
EWA
BLE
SM
ATER
IAL
EFFI
CIE
NC
YC
AR
BO
N
SEQ
UES
TRAT
ION
Ener
gy M
anag
emen
t Sy
stem
s
Effici
ent M
otor
Sy
stem
s
Ligh
ting
and
HVA
C
Shoe
Pre
ss
Effici
ent D
ryin
g
Refi
nery
Gas
Coa
l to
Nat
ural
G
as a
nd O
il
Was
te F
uels
Bio
gas
Bio
mas
s
Land
fill G
as
Cog
ener
atio
n
Pre-
Cou
pled
Gas
Tu
rbin
e
Pres
sure
Rec
over
y Tu
rbin
e
Hyd
roge
n R
ecov
ery
Ana
erob
ic D
iges
tion
Gas
ifica
tion
Was
te E
nerg
y R
ecov
ery
Bio
mas
s
Bio
gas
Win
d Tu
rbin
es
Hyd
ropo
wer
Bio
fuel
s
Sola
r Dry
ing
Sola
r Coo
ling
Sola
r Pr
oces
s H
eat
Hea
t pum
ps
Rec
yclin
g
Hig
h St
reng
th
Stee
l
Red
uctio
n Pr
oces
s Lo
sses
Thin
ner F
ilm a
nd
Coa
ting
Incr
ease
d Effi
cien
cy
Tran
spor
t Sec
tor
Re-
usab
le C
onta
iner
s
Clo
sed
Wat
er U
se
Oxy
-Fue
l C
ombu
stio
n
CO
2 Sep
arat
ion
from
Flu
e G
as
Hyd
roge
n R
educ
tion
Oxy
gen
Use
in
Bla
st F
urna
ces
App
licat
ion
to
Am
mon
ia,
Ethy
lene
Oxi
de
Proc
esse
s
O2 C
ombu
stio
n in
Kiln
O2 C
ombu
stio
n
BIOLOGI28
TEKNOLOGI PENANAMAN VERTIKAL KE ARAH PERTANIAN LESTARI
BIOLOGI 29
AKTIVITI 1
Objektif
i. Mengenal pasti kesan pertambahan populasi dunia kepada bidang pertanian dan alam sekitar (tanaman dan ternakan).ii. Menyediakan peta minda dalam kumpulan pembelajaran koperatif (cooperative) untuk menggambarkan hubungan sebab-akibat dengan bersandarkan kepada fakta sebenar.iii. Menerangkan keperluan meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan sebagai strategi untuk mengelakkan kekurangan makanan disebabkan oleh pertambahan populasi dunia dalam menangani masalah ini.
Latar Belakang
Pertumbuhan populasi manusia adalah suatu keadaan yang memberi impak kepada persekitaran dan masyarakat. Sektor Pertanian dan Perhutanan adalah salah satu sektor yang banyak memberi kesan terhadap alam sekitar. Aktiviti pertanian seperti penerokaan hutan untuk tujuan pertanian secara besar-besaran, penggunaan racun dan baja, perikanan yang berlebihan adalah contoh-contoh aktiviti manusia yang mengganggu ekologi dan diversiti alam sekitar. Melalui aktiviti ini, kita dapat memahami kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar pada masa akan datang, seiring dengan pertambahan populasi dunia. Aplikasi TH dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan melalui kategori Pengurusan Tanah Pertanian menggunakan kaedah Amalan Pertanian yang Lebih Baik perlu diterapkan dan dipertingkat bagi memastikan kelestarian alam.
Glosari
Agronomi – Cabang sains yang melibatkan pengurusan tanah pertanian dan pengeluaran hasil pertanian.
Amalan Pertanian yang Lebih Baik – Amalan pertanian yang efisien dan lestari dalam meningkatkan mutu dan hasil pertanian.
Sektor Pertanian dan Perhutanan – Merupakan salah satu sektor daripada tujuh sektor utama TH; melibatkan pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
Penggunaan ICT / kertas mahjung dan pen penanda (marker pen).
BIOLOGI30
Kaedah
i. Tonton video ringkas berkenaan pertambahan populasi penduduk dunia yang disediakan oleh guru.ii. Bentukkan satu kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang ahli bagi satu kumpulan.iii. Dalam kumpulan anda, gunakan tajuk “10 Bilion Penduduk Dunia” untuk membina peta minda. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan peta minda yang menarik.iv. Bincangkan impak pertambahan populasi dunia terhadap aktiviti pertanian. Lukis anak panah untuk menunjukkan perkaitan antara sebab dan akibat pertambahan populasi dunia kepada aktiviti pertanian.v. Setiap kumpulan harus melantik seorang wakil untuk memberi penerangan tentang peta minda yang telah dibina. Manakala ahli kumpulan yang lain dikehendaki bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk melihat dan mencatat komen-komen yang membina berdasarkan peta konsep kumpulan-kumpulan tersebut (kaedah gallery walk).vi. Setelah selesai sesi gallery walk, anda dikehendaki kembali semula ke kumpulan masing-masing dan bincangkan soalan perbincangan.vii. Setelah selesai, anda dikehendaki untuk berbincang dengan guru dan seluruh kelas tentang soalan perbincangan tersebut.
Soalan Perbincangan
i. Adakah anda bersetuju dengan hubungan sebab-akibat yang dinyatakan dalam peta minda rakan anda? Berikan alasan anda.ii. Adakah terdapat pola yang berkaitan dengan hubungan sebab-akibat yang dapat diperhatikan bagi setiap peta minda yang dipamerkan?iii. Gabungkan idea dalam peta minda daripada setiap kumpulan bagi menggambarkan keseluruhan idea yang lebih kompleks.iv. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelak atau membantu mengurangkan impak pertambahan populasi seperti yang dibincangkan.
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Saintis Alam Sekitar• Saintis Pertanian dan Makanan• Ahli Agronomi Lestari (Sustainability Agronomist)
Berdasarkan aktiviti ini, apakah kesimpulan yang boleh dibuat oleh kumpulan anda berkaitan dengan kesan pertambahan populasi dunia kepada pertanian? Kaitkan aktiviti ini dengan konsep TH yang anda gunakan dalam perbincangan kumpulan.
Kesimpulan
BIOLOGI 31
Sumber Rujukan
i. Overpopulation: A Growing Problem (Infographic) https://youtu.be/CAUVGYz3pZwii. Overpopulation and Our Environment https://www.youtube.com/watch?v=B7lrCMoZKUUiii. The Effect of Overpopulation http://www.everythingconnects.org/overpopulation-effects.htmliv. The Effects of Overpopulation https://www.youtube.com/watch?v=l7wiU_o4UlAv. United Nations, Department of Economic and Social Affairs, Population Division (2017). World Population Prospects: The 2017 Revision, Key Findings and Advance Tables. Working Paper No.ESA/P/WP/248
BIOLOGI32
AKTIVITI 2
Objektif
i. Memperkenalkan kaedah penanaman vertikal sebagai salah satu aplikasi TH.ii. Menerapkan cara-cara meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan melalui kaedah pertanian vertikal.
Latar Belakang
Pertanian vertikal (vertical farming) adalah amalan pertanian dalam susunan menegak atau pada permukaan condong sama ada di dalam atau di luar bangunan tertutup (Rujuk Gambar 1 dan 2). Aktiviti pertanian vertikal ini kebiasaannya turut menggunakan teknologi Controlled-Environment Agriculture (CEA) iaitu semua faktor persekitaran tidak akan menjejaskan tanaman. Dengan teknologi ini, tumbuhan boleh ditanam dalam persekitaran terkawal misalnya mengikut suhu dan kelembapan yang dikehendaki. Aplikasi TH dalam bidang pertanian seperti Amalan Pertanian yang Lebih Baik dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan dapat mengurangkan kesan negatif aktiviti pertanian kepada alam sekitar dan secara tidak langsung turut melibatkan pengurangan penebangan dan kemusnahan hutan. Aktiviti pertanian vertikal secara tidak langsung dapat Mengurangkan Penebangan dan Kemusnahan Hutan dalam kategori Perhutanan. Dengan menggunakan pengetahuan murid dalam topik fotosintesis, satu kajian tentang penanaman vertikal akan dijalankan untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah pertanian di kawasan bandar.
Gambar 1 Pertanian Vertikal di Singapura
BIOLOGI 33
Glosari
Pengurusan Tanah Pertanian – Kategori dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan yang melibatkan pengurusan tanah pertanian secara lestari iaitu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti hasil pertanian. Ia turut melibatkan amalan pengurusan tanah yang dapat meminimumkan kehilangan nutrien tanah dengan memelihara kesuburan serta aktiviti biologi tanah melalui penggunaan mikroorganisma serta menggunakan kaedah yang sesuai seperti penanaman kekacang dan penggiliran tanaman.
Pertanian Vertikal – Pertanian vertikal adalah satu teknologi pertanian berskala besar yang melibatkan penanaman dalam bangunan di kawasan bandar. Pertanian vertikal merupakan strategi intensif yang menggunakan teknik canggih seperti hidroponik dan aeroponik untuk menghasilkan tanaman seperti buah-buahan dan sayur-sayuran secara berterusan yang dapat memenuhi keperluan penduduk di kawasan tersebut.
Sektor Pertanian dan Perhutanan – Merupakan salah satu sektor daripada tujuh sektor utama TH; melibatkan pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
Video dan artikel tentang pertanian vertikal, contohnya :
i. The Future of Vertical Farming : Sustainable Gardens, Sustainable Agriculture: https://www.youtube.com/watch?v=fnFwkYyy3kAii. Vertical Organic Urban Farming: https://www.youtube.com/watch?v=MPvgkZhrWUAiii. Vertical Farms Solve Land Problem : https://www.youtube.com/watch?v=cY7O5YNxKuI
Gambar 2 Ladang Vertikal di Pennsylvania, AS
BIOLOGI34
iv. Vertical Farming : The Future of Food Energy https://www.youtube.com/watch?v=VvuJRgKaumQv. The Vertical Farm : http://www.verticalfarm.com/vi. How Vertical Farming is Revolutionizing the Way We Grow Food : http://io9.gizmodo.com/how-vertical-farming-is-revolutionizing-the-way-we-grow-1730550597
Kaedah
i. Tonton video ringkas berkenaan pertanian vertikal yang disediakan guru.
ii. Bentukkan satu kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang ahli bagi satu kumpulan. Bincangkan tentang kesesuaian menjalankan projek pertanian vertikal di Bandaraya Kuala Lumpur yang tinggi kepadatan penduduknya dan jauh dari kawasan pertanian.
iii. Tulis satu kertas kerja dalam kumpulan masing-masing. Anda diberi masa selama 1 minggu untuk menjalankan kajian tentang aktiviti pertanian vertikal.
iv. Kertas kerja perlu menerangkan perkara berikut:• Penerangan tentang pertanian vertikal dan langkah untuk menjalankan projek.• Keperluan tanaman untuk tumbesaran.• Menerangkan tentang keadaan fizikal tumbuhan yang ditanam menggunakan prinsip dan teknik penanaman vertikal berpandukan pengetahuan fotosintesis sedia ada.• Menyatakan faktor-faktor yang dapat membantu tanaman tumbuh dengan baik dalam bangunan yang tertutup.• Kebaikan dan keburukan pertanian vertikal.• Faedah daripada pertanian vertikal.• Golongan yang akan terkesan jika pertanian vertikal dijalankan di Bandaraya Kuala Lumpur.• Kesesuaian penanaman vertikal untuk dijalankan di Bandaraya Kuala Lumpur yang tinggi kepadatan penduduknya.• Nyatakan pandangan anda jika anda mempunyai pendapat berbeza tentang pelaksanaan pertanian vertikal di Kuala Lumpur (pandangan anda harus disokong dengan hujah dan contoh yang bersesuaian).
v. Serahkan kertas kerja kumpulan masing-masing kepada guru untuk penilaian.
Soalan Perbincangan
i. Bagaimanakah teknologi pertanian vertikal dalam pertanian dapat membantu dalam menangani krisis makanan dunia?ii. Bagaimanakah pertanian vertikal dapat membantu menangani kesan negatif pertanian terhadap alam sekitar?iii. Bagaimanakah pertanian vertikal dapat membantu dalam bidang kesihatan?
BIOLOGI 35
Berdasarkan aktiviti ini, apakah kesimpulan yang boleh dibuat oleh kumpulan anda berkaitan dengan pelaksanaan pertanian vertikal di Bandaraya Kuala Lumpur? Kaitkan aktiviti ini dengan konsep TH.
Kesimpulan
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Saintis Alam Sekitar• Saintis Pertanian dan Makanan• Ahli Agronomi Lestari (Sustainability Agronomist)• Usahawan Tani Moden
Sumber Rujukan
i. How Vertical Farming Is Revolutionizing The Way We Grow Food http://io9.gizmodo.com/how-vertical-farming-is-revolutionizing-the-way-we-grow- 1730550597ii. Pennsylvania builds world’s largest vertical farm https://sourceable.net/pennsylvnia- builds-worlds-biggest-vertical-farm/iii. The Future of Vertical Farming: Sustainable Gardens, Sustainable Agriculture https://www.youtube.com/watch?v=fnFwkYyy3kAiv. The Vertical Farm http://www.verticalfarm.com/v. Vertical Farming: The Future of Food Energy https://www.youtube.com/watch?v=VvuJRgKaumQvi. Vertical Farms Solve Land Problem https://www.youtube.com/watch?v=cY7O5YNxKuIvii. Vertical Organic Urban Farming https://www.youtube.com/watch?v=MPvgkZhrWUA
BIOLOGI36
AKTIVITI 3
Objektif
i. Menjalankan Projek Green Wall dalam Taman Sumber Sains atau kawasan sekolah menggunakan bahan terpakai. ii. Memupuk sikap menghargai tumbuhan dalam kalangan murid melalui aktiviti Taman Vertikal.
Latar Belakang
Taman Vertikal atau dinding hijau (Green Wall) adalah dinding yang sebahagian atau sepenuhnya dilitupi oleh tumbuhan. Taman Vertikal boleh dilaksanakan sama ada di luar atau di dalam bangunan, melekat pada dinding sedia ada serta terdapat dalam pelbagai saiz (Rujuk Gambar 3 dan 4). Kebanyakan dinding hijau atau Taman Vertikal ini dijumpai di kawasan bandar dan berfungsi untuk menurunkan suhu bangunan. Punca utama peningkatan haba di bandar-bandar disebabkan oleh proses insolasi iaitu penyerapan sinaran suria oleh jalan raya serta bangunan di bandar. Haba ini akan tersimpan dalam bahan binaan bangunan. Dengan adanya dinding hijau, proses transpirasi oleh tumbuhan akan menyebabkan suhu permukaan dinding tidak akan naik dengan tinggi. Oleh itu, penanaman tumbuhan di dinding luar bangunan dilihat sebagai alternatif untuk mengawal suhu bangunan di kawasan bandar di samping mengurangkan kesan Pulau Haba Bandar. Taman Vertikal dalam bangunan dapat memberikan kualiti udara yang lebih bersih sekaligus menyerap toksin berbahaya seperti formaldehid dan benzena daripada perabot untuk mengekalkan suasana kondusif di dalam sesebuah bangunan. Taman Vertikal turut memberi ketenangan minda kepada mereka yang melihatnya. Projek Taman Vertikal yang dijalankan di sekolah secara tidak langsung dapat memupuk peribadi murid untuk mengamalkan sikap menghargai tumbuhan dan alam semula jadi. Aktiviti ini mengaplikasikan Sektor Bangunan berdasarkan kategori Kualiti Persekitaran Dalaman dan kategori Sampul Bangunan. Penggunaan bahan terpakai dalam pelaksanaan Taman Vertikal adalah berdasarkan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
Gambar 3 Dinding Hijau di Ben’s, Publika
BIOLOGI 37
Glosari
Bangunan Hijau – Bangunan hijau adalah bangunan yang memaksimumkan ciri-ciri pasif tenaga bangunan seperti pencahayaan siang, penyejukan bangunan dan ventilasi.
Insolasi – Sinaran suria yang diterima di permukaan bumi.
Kecekapan Tenaga – Kecekapan tenaga dalam bangunan boleh ditakrifkan sebagai penggunaan jumlah minimum tenaga untuk pemanasan, pendinginan, pencahayaan dan kelengkapan yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan kondusif dalam sesebuah bangunan.
Kualiti Persekitaran Dalaman (Indoor Environmental Quality, IEQ) – Merujuk kepada kualiti persekitaran dalam sesebuah bangunan dan merupakan komponen penting dalam konteks bangunan mesra alam yang akan menentukan tahap kualiti kesihatan dan kesejahteraan penghuni di dalam bangunan tersebut. IEQ ditentukan oleh banyak faktor termasuk pencahayaan, kualiti udara dan kelembapan.
Penebat Haba – Penebat haba dalam bangunan merupakan faktor penting untuk mencapai keselesaan bagi penghuninya. Penebat mengurangkan penggunaan tenaga dalam bangunan dengan mencegah pertambahan atau kehilangan haba melalui sampul bangunan (thermal envelope).
Pulau Haba Bandar (PHB) – Merujuk kepada fenomena mikroiklim bandar yang mempunyai purata suhu lebih panas berbanding dengan kawasan pinggiran dan luar bandar yang disebabkan oleh aktiviti manusia.
Sampul Bangunan – Sampul bangunan merupakan komponen bangunan yang mengawal pergerakan tenaga di antara permukaan luar bangunan dengan permukaan dalam bangunan. Ia memainkan peranan penting dalam melindungi pengguna dan bangunan itu sendiri. Sesebuah sampul bangunan yang baik mestilah menyeimbangkan suhu, haba terma dan kelembapan pada waktu siang dan malam.
Gambar 4 Dinding Hijau di EcoSky, Kuala Lumpur
BIOLOGI38
Sektor Bangunan – Menerima pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
Bergantung kepada projek yang akan dijalankan oleh murid. Kebiasaannya projek menggunakan botol plastik terbuang dan diguna semula untuk penanaman pokok kecil. Murid digalakkan untuk menggunakan prinsip TH seperti penggunaan bahan kitar semula, penggunaan air hujan yang ditakung dan baja kompos mesra alam.
Kaedah
i. Tonton klip video ringkas berkaitan projek Taman Vertikal yang ditayangkan oleh guru anda.ii. Bentukkan satu kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang ahli bagi satu kumpulan.iii. Kumpul maklumat tentang projek penanaman vertikal daripada pelbagai sumber seperti internet atau majalah.iv. Bincangkan dalam kumpulan anda tentang teknik dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan Projek Green Wall mengikut kreativiti masing-masing.v. Hasilkan satu kertas kerja projek sebelum menjalankan projek.vi. Jalankan projek selama 4 minggu di bawah penyeliaan guru (lihat Gambar 5 sebagai contoh).vii. Di akhir projek, setiap kumpulan akan membawa guru dan rakan-rakan untuk melawat Taman Vertikal masing-masing dan guru akan menilai hasil kerja setiap kumpulan.
Gambar 5Contoh Projek Taman Vertikal
BIOLOGI 39
Soalan Perbincangan
i. Cadangkan aplikasi TH yang dapat diterapkan semasa penanaman tumbuhan bagi projek ini.ii. Bincangkan kebaikan Taman Vertikal kepada alam sekitar terutamanya di kawasan bandar raya.
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Arkitek Landskap• Jurutera Bangunan Hijau• Perancang Bandar Hijau
Sumber Rujukan
i. 39 Insanely Vertical Garden http://www.buzzfeed.com/marcelle/39-insanely-cool-vertical-gardensii. How To Build Vertical Garden Using Soda Bottles http://www.wikihow.com/Build-a-Vertical-Garden-from-Soda-Bottlesiii. How To Make A Hanging Disposable Bottle Garden https://www.youtube.com/watch?v=CHago_djZiwiv. Singapore’s First Commercial Vertical Farm, Urban Growth. http://www.urban-growth.com/ 2013/04/Singapores vertical-urban-farm.htmlv. Tanaman Vertikal Dari Botol Plastik Terbuang https://www.youtube.com/watch?v=JT_9M5earLAvi. The Green Wall – Educational Vertical Garden Bottle System Project https://www.youtube.com/watch?v=UCtAQOP3xuk
Berdasarkan aktiviti ini, apakah kesimpulan yang boleh dibuat oleh kumpulan anda berkaitan dengan projek Taman Vertikal ini? Kaitkan aktiviti ini dengan konsep TH.
Kesimpulan
BIOLOGI40
MEMAHAMI IMPAK MIKROORGANISMA KE ATAS SISA UNTUK KEHIDUPAN YANG LESTARI
BIOLOGI 41
AKTIVITI 4
Objektif
Mengitar semula sisa dapur seperti kulit buah-buahan, kulit telur, air sisa basuhan beras dan makanan yang sudah melepasi tarikh luput untuk menghasilkan baja semula jadi atau penggalak pertumbuhan tanaman.
Latar Belakang
Bahan buangan dari dapur yang dibuang begitu sahaja akan mencemarkan alam sekitar lebih-lebih lagi jika bahan buangan ini tidak diurus dengan baik. Sisa dari dapur yang tidak diurus dengan baik turut menghasilkan bau yang busuk. Bahan buangan dapur seperti sisa sayur-sayuran, buah-buahan, kulit telur, roti, dan lain-lain boleh ditukar menjadi bahan yang berguna kepada tanaman. Sektor TH yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melibatkan kategori Pengasingan dan Kitar Semula. Secara spesifiknya, aktiviti ini melibatkan Kitar Semula Bahan Buangan.
Glosari
Kitar Semula Bahan Buangan – Proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan bahan baharu bertujuan mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke tapak pelupusan sebagai sisa.
Pengasingan dan Kitar Semula – Tindakan mengasingkan dan memanfaatkan semula sisa domestik sebelum dihantar ke tapak pelupusan. Sisa dipisahkan mengikut jenis bahan dan diubah menjadi bahan baharu yang berguna.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
BIOLOGI42
Bahan dan Peralatan
i. 4 keping Roti yang sudah melepasi tarikh luputii. 500 g Kulit buah pisang / limau / nanas iii. 4 - 5 biji Kulit telur iv. 250 g Gula merah v. 2 sudu Cuka epal vi. 1 botol Minuman susu kultur vii. 1500 ml Air beras
Kaedah
i. Pembentukan Kumpulan• Anda perlu membentuk kumpulan dengan 4 orang ahli dalam setiap kumpulan.
ii. Pengenalan• Analisis gambar-gambar berikut :
iii. Bincangkan :• Mengapakah mengasing sisa adalah penting sebelum sisa dikitar semula?• Apakah kepentingan untuk mengitar semula bahan buangan daripada dapur?• Jelaskan keburukan bahan sisa dapur yang tidak diurus dengan baik kepada manusia.
iv. Pelan ProjekSetiap kumpulan perlu :• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh: melantik ketua kumpulan, pencatat dan sebagainya.• Mencari maklumat daripada pelbagai laman web dan merangka pelan tindakan untuk mengatasi masalah timbunan sisa dapur yang tidak diasingkan dengan mengaitkannya dengan TH iaitu Sektor Sisa dan Pengurusan Sisa, kategori Pengasingan dan Kitar Semula.• Merangka pelan tindakan untuk membuat baja semula jadi berbentuk cecair dan membuktikan bahawa baja semula jadi berbentuk cecair yang dihasilkan daripada sisa dapur ini lebih baik daripada baja kimia.• Membina hipotesis dan menentukan pemboleh ubah bagi aktiviti ini.• Hasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.
Gambar 6 Sisa dapur dan pelbagai jenis sisa dalam tong sampah
BIOLOGI 43
v. Tugasan ProjekSetiap kumpulan perlu :• Berbincang untuk melaksanakan projek penghasilan baja semula jadi berbentuk cecair dengan menggunakan pelan yang telah anda persetujui bersama dan mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan.• Berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dibina dengan menentukan pemboleh ubah.
vi. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut :
• Tajuk• Hipotesis• Bahan / Peralatan• Prosedur• Pemerhatian• Analisis Pemerhatian• Kesimpulan
• Setiap kumpulan boleh membuat pembentangan projek ini dengan menggunakan persembahan slaid atau tayangan rakaman video.• Masa untuk mendapatkan hasil yang baik bagi projek ini ialah 7 hari (seminggu).
Pemerhatian
i. Nyatakan pemerhatian anda untuk jenis sisa yang bagus dan menyumbang kepada pembiakan bakteria dengan baik melalui Pengasingan dan Kitar Semula.ii. Nyatakan pemerhatian yang anda dapati untuk dijadikan sebagai bukti bahawa baja semula jadi yang anda cipta telah berjaya dihasilkan.iii. Nyatakan perbezaan lebar daun dan ketinggian tanaman yang anda gunakan sebagai sampel kajian mengikut setiap pemboleh ubah yang anda telah tetapkan.
Soalan Perbincangan
i. Mengapakah mengasing sisa mengikut jenis sisa adalah penting sebelum sisa-sisa itu dikitar semula?ii. Bincangkan kesan pengumpulan sisa dapur yang tidak diurus dengan baik ke atas kesihatan manusia dan alam sekitar.iii. Apakah peranan kulit pisang, kulit limau dan kulit nanas dalam aktiviti ini?iv. Apakah peranan cuka epal dan gula merah?v. Apakah kebaikan menggunakan air sisa basuhan beras dalam aktiviti ini?vi. Pada pendapat anda, adakah aktiviti yang dijalankan membantu dalam TH? Bagaimana? Apakah impaknya pada masyarakat?
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang pengasingan sisa dapur untuk dijadikan baja semula jadi berbentuk cecair dengan membuat perhubungan dengan fungsi mikroorganisma. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor TH yang diaplikasikan.
Kesimpulan
BIOLOGI44
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Pakar Alam Sekitar • Pengurus Kelestarian
Sumber Rujukan
i. Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah http://www.kebunbandar.com/cara-buat-baja-organik-cecair-baja-buah/ii. Importance of Lactobacilli in Food and Feed Biotechnology – Science Direct http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0923250810000549
BIOLOGI 45
AKTIVITI 5
Objektif
Merawat air sisa dan enapcemar dalam sistem saliran seperti longkang di kawasan kantin sekolah dan kawasan perumahan dengan menggunakan serum bakteria Lactobacillus sp.
Latar Belakang
Menyingkirkan bahan enapcemar pada longkang dengan menggunakan cecair atau serbuk pencuci kimia memerlukan masa dan tenaga malah hasil cucian juga tidak memberangsangkan kecuali jika disental dengan bersungguh-sungguh. Dengan menggunakan semburan serum Lactobacillus sp., enapcemar boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa kudrat manusia. Selain dapat merawat air sisa, kaedah ini juga bersifat mesra alam. Sektor TH yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dengan menggunakan kategori Rawatan Air Sisa dan Enapcemar.
Glosari
Air Sisa – Sebarang jenis air yang sudah berubah kualitinya disebabkan oleh aktiviti manusia contohnya air kumbahan dari kawasan perumahan, industri, bandar, pertanian, penternakan dan pembalakan.
Enapcemar – Bahan pencemar yang melekat pada tebing sungai, parit dan dinding longkang.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
i. 1 cawan Beras berkanji ii. 300 g Gula merah iii. 1 L Susu UHT / segar iv. 1500 ml Air tanpa klorin / air bertapis / air hujan / air suling v. 2 unit Balang kecil 1.5 L vi. 1 unit Balang besar 2.5 L vii. 1 unit Penapis teh
BIOLOGI46
Kaedah
i. Pembentukan Kumpulan• Anda perlu membentuk kumpulan dengan 4 orang ahli dalam setiap kumpulan.
ii. Pengenalan• Analisis gambar berikut :
iii. Bincangkan :• Mengapakah air sisa dan enapcemar dalam longkang perlu dirawat?• Apakah kaedah yang biasa dijalankan untuk mencuci enapcemar degil dalam longkang?• Apakah kesan jangka panjang sekiranya cecair pencuci kimia sering digunakan untuk mencuci longkang tersebut?• Adakah anda mengetahui bahawa terdapat bakteria baik yang boleh membantu membersihkan enapcemar degil pada dinding longkang?
iv. Pelan ProjekSetiap kumpulan perlu :• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh : melantik ketua kumpulan, pencatat dan sebagainya.• Mencari maklumat daripada pelbagai laman web dan merangka pelan tindakan untuk mengatasi masalah enapcemar pada dinding longkang seterusnya mengaitkannya dengan TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, kategori Rawatan Air Sisa dan Enapcemar.• Merangka pelan tindakan untuk menghasilkan bahan pencuci yang terdiri daripada mikroorganisma efektif iaitu serum Lactobacillus sp. yang boleh berfungsi sebagai bahan pencuci enapcemar secara semula jadi.• Membina hipotesis dan menentukan pemboleh ubah bagi aktiviti ini.
v. Tugasan ProjekSetiap kumpulan perlu :• Berbincang untuk melaksanakan projek penghasilan serum Lactobacillus sp. yang boleh bertindak sebagai bahan pencuci enapcemar dengan menggunakan pelan yang telah dipersetujui bersama dan mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan.• Berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dibina dengan menentukan pemboleh ubah terlebih dahulu.
Gambar 7Enapcemar pada dinding longkang
BIOLOGI 47
vi. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut :
• Tajuk• Hipotesis• Bahan / Peralatan• Prosedur• Pemerhatian• Analisis Pemerhatian• Kesimpulan
• Setiap kumpulan boleh membuat pembentangan projek ini dengan menggunakan persembahan slaid atau tayangan rakaman video.• Masa untuk setiap kumpulan menyiapkan projek dan mendapatkan hasil yang baik ialah lebih kurang 14 hari (2 minggu).
Pemerhatian
i. Perhatikan lapisan-lapisan yang terbentuk selepas seminggu air basuhan beras diperam.ii. Perhatikan warna serum Lactobacillus sp. yang dihasilkan.iii. Perhatikan sama ada terdapat perubahan dari segi ketebalan enapcemar sebelum rawatan dan selepas rawatan dengan serum Lactobacillus sp.
Soalan Perbincangan
i. Mengapakah air bebas klorin digunakan dalam penyediaan serum Lactobacillus sp.?ii. Bagaimanakah serum bakteria Lactobacillus sp. bertindak untuk mengurangkan enapcemar pada longkang?iii. Pada pendapat anda, adakah aktiviti yang dijalankan membantu dalam TH? Apakah sektor dalam TH yang diguna pakai?
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Pegawai Penyelidik Mikrob • Jurutera Alam Sekitar
Sumber Rujukan
i. Lactobacillus Serum – The Unconventional Farmer http://theunconventionalfarmer.com/recipes/lactobacillus-serum/ii. MOL (Mikro Organisma Lokal) – Cara Membuat & Menggunakannya http://www.tinohtin.com/2015/08/cara-pembuatan-penggunaan-mol.html
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang keupayaan bahan pencuci semula jadi yang terdiri daripada mikroorganisma efektif yang terdapat dalam serum Lactobacillus sp. dalam menanggalkan kesan enapcemar dalam longkang. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dan kategori dalam TH yang diaplikasikan.
Kesimpulan
BIOLOGI48
AKTIVITI 6
Objektif
Menjelaskan cara Lactobacillus sp. meningkatkan kadar proses pereputan sisa dalam pembuatan kompos.
Latar Belakang
Penggunaan bahan kimia dalam bidang pertanian dapat memberi impak dengan memendekkan tempoh penuaian. Walau bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, bahan kimia ini akan meninggalkan sisa toksik dalam tanah. Kesannya, kualiti tanah akan menurun sekaligus menjejaskan kualiti hasil tuaian. Lama-kelamaan, petani terpaksa menggunakan bahan kimia yang lebih pekat, kerap atau pelbagai. Salah satu cara yang selamat untuk menjamin keseragaman dan kualiti medium penanaman yang digunakan adalah dengan menggunakan baja kompos. Baja kompos ialah bahan organik yang telah reput. Membuat baja kompos daripada bahan buangan organik bukan sahaja dapat mengurangkan sisa dan sampah, malah dapat menyuburkan tanah. Sektor TH yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa sementara kategori yang dirujuk ialah Rawatan dan Pemprosesan yang melibatkan Proses Biologi iaitu Sisa kepada Baja.
Glosari
Pengurusan Sisa – Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau pembuangan, dan pengawasan bahan sisa. Pengurusan sisa boleh membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya berbeza-beza.
Proses Biologi – Satu proses tindak balas kimia yang berlaku dalam organisma hidup. Penghasilan kompos merupakan salah satu proses biologi yang melibatkan proses penguraian (pereputan) bahan sisa organik semula jadi seperti sisa tumbuhan, kertas dan sisa makanan menjadi bahan baharu yang berfaedah kepada kehidupan dan alam sekitar.
Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa termasuk pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan yang berguna kepada kehidupan.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
BIOLOGI 49
Bahan dan Peralatan
i. 1 kg Rumput kering ii. 1 kg Rumput hijau iii. 1 kg Sisa sayur-sayuran iv. 1 kg Kulit buah-buahan v. 10 biji Kulit telur vi. 500 g Kertas vii. 200 g Hampas teh dan kopi viii. 300 g Serpihan sabut kelapa ix. 2 sudu besar Kapur makan x. 2 unit Bekas polistirena bersaiz besarxi. 100 ml Serum Lactobacillus sp. xii. 500 ml Air beras xiii. 500 ml Gula merah xiv. 500 g Tanah
Kaedah
i. Pembentukan Kumpulan• Anda perlu membentuk kumpulan dengan 4 orang ahli dalam setiap kumpulan.
ii. Pengenalan• Analisis gambar-gambar berikut :
Gambar 8 Sisa kebun dan sisa dapur
BIOLOGI50
iii. Bincangkan :• Apakah bahan yang berfaedah yang boleh dihasilkan daripada sisa-sisa yang ditunjukkan?• Apakah proses biologi yang penting dalam pembentukan bahan yang anda nyatakan?• Bagaimanakah cara untuk mempercepatkan proses tersebut?• Apakah faktor biotik yang boleh mempengaruhi kadar proses biologi tersebut?
iv. Pelan ProjekSetiap kumpulan perlu :• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh : melantik ketua kumpulan, pencatat dan sebagainya.• Mencari maklumat daripada pelbagai laman web dan merangka pelan tindakan untuk mengatasi masalah timbunan sisa dapur dan kebun dengan TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Rawatan dan Pemprosesan (Sisa kepada Baja).• Merangka pelan tindakan untuk menghasilkan baja kompos.• Membina hipotesis dan menentukan pemboleh ubah bagi aktiviti ini.
v. Tugasan ProjekSetiap kumpulan perlu :• Berbincang untuk melaksanakan projek untuk mempercepatkan kadar penghasilan baja kompos dengan menggunakan pelan yang telah dipersetujui bersama dan mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan.• Berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dibina dengan menentukan pemboleh ubah terlebih dahulu.
vi. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut :
• Tajuk• Hipotesis• Bahan / Peralatan• Prosedur• Pemerhatian• Analisis Pemerhatian• Kesimpulan
• Setiap kumpulan boleh membuat pembentangan projek ini dengan menggunakan persembahan slaid atau tayangan rakaman video.• Masa untuk setiap kumpulan menyiapkan projek ini dengan sempurna ialah lebih kurang 3 bulan.
Pemerhatian
• Rekodkan masa yang diambil untuk pembentukan kompos yang sempurna bagi setiap kotak kompos. Pemerhatian dibuat dengan merekod masa pembentukan kompos paling pantas. Kompos terbentuk dengan sempurna apabila semua bahan dalam bekas hancur menjadi humus.
BIOLOGI 51
Soalan Perbincangan
i. Bincangkan peranan serum bakteria Lactobacillus sp. dalam proses pembuatan kompos.ii. Senaraikan faktor-faktor lain yang anda ketahui dapat mempertingkatkan kadar pereputan sisa dalam pembuatan kompos.iii. Pada pendapat anda, adakah aktiviti yang dijalankan membantu dalam TH? Apakah sektor dan kategori dalam TH yang diguna pakai?
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Pakar Perhubungan Awam dan Alam Sekitar • Pengurus Kelestarian • Guru Sekolah • Pensyarah
Sumber Rujukan
i. Bokashi Composting System http://eftepe.kabel1.cz/em/bokashi/bokashi-compost-jillvannortwick.pdfii. Bokashi – The Fermentation of Organic Wastes – Compost Guy http://www.compostguy.com/bokashi-resource-page/
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang keberkesanan serum Lactobacillus sp. terhadap kadar pemprosesan sisa untuk menjadi baja kompos. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dan kategori dalam TH yang diaplikasikan.
Kesimpulan
BIOLOGI52
AKTIVITI 7
Objektif
Menghasilkan pelbagai saiz bebola tanah liat yang mengandungi ‘bokashi’ kertas surat khabar lama dan serum Lactobacillus sp. bagi tujuan mengurangkan tahap pencemaran ekosistem akuatik.
Latar Belakang
Pertambahan bahan cemar dalam sungai akan meningkatkan nilai BOD air seterusnya menjejaskan hidupan mikroorganisma akuatik. Penggunaan mikroorganisma efektif adalah sangat sesuai bagi merawat air sungai yang tercemar kerana kehadiran mikrob yang bermanfaat ini dapat mengawal pertumbuhan alga dengan cara mengurangkan nutrien dalam sungai. Sektor TH yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pencegahan dan Pengurangan iaitu Pengurangan Sisa Kertas.
Glosari
BOD (Biochemical Oxygen Demand) – Kuantiti oksigen terlarut yang diperlukan oleh mikroorganisma pengurai untuk menguraikan bahan organik dalam ekosistem akuatik.
‘Bokashi’ – Bahan organik yang sudah mengalami proses fermentasi bagi tujuan menghasilkan pembawa mikroorganisma baik.
Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke tapak pelupusan sebagai sisa.
Pengurangan Sisa Kertas – Satu proses untuk mengurangkan sisa daripada semua jenis kertas.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
i. 500 ml Serum Lactobacillus sp.ii. 2.5 kg Tanah liatiii. 5 helai Surat khabar lamaiv. 1 unit Besenv. 5 unit Plastik berzipvi. 1 unit Dulang (tray) vii. 500 ml Air gula merah (Molasses)viii. 500 ml Air hujan / air tanpa klorin
BIOLOGI 53
Kaedah
i. Pembentukan Kumpulan• Anda perlu membentuk kumpulan dengan 4 orang ahli dalam setiap kumpulan.
ii. Pengenalan
• Analisis gambar-gambar berikut :
iii. Bincangkan :• Apakah kesan buruk air sungai yang tercemar ke atas kehidupan akuatik?• Namakan kaedah untuk menentukan tahap pencemaran air sungai.• Apakah kaedah rawatan semula jadi yang anda ketahui untuk mengurangkan pencemaran sungai?• Namakan beberapa kaedah yang anda ketahui untuk mengurangkan sisa kertas.• Bolehkah sisa kertas digunakan untuk merawat sungai tercemar? Jika boleh digunakan, bagaimanakah caranya?
Gambar 9Beberapa batang sungai yang tercemar dan timbunan kertas surat
khabar lama
BIOLOGI54
iv. Pelan ProjekSetiap kumpulan perlu :• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh : melantik ketua kumpulan, pencatat dan sebagainya.• Mencari maklumat daripada pelbagai laman web dan merangka pelan tindakan untuk mengatasi masalah pencemaran sungai secara semula jadi yang melibatkan mikroorganisma dengan TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, kategori Pencegahan dan Pengurangan (Pengurangan Sisa Kertas).• Merangka pelan tindakan untuk menghasilkan bebola tanah liat yang mengandungi ‘bokashi’.• Membina hipotesis dan menentukan pemboleh ubah bagi aktiviti ini dan menyediakan kertas projek.
v. Tugasan ProjekSetiap kumpulan perlu :• Berbincang untuk melaksanakan projek untuk mengurangkan tahap pencemaran air sungai dengan menggunakan pelan yang telah dipersetujui bersama dan mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan.• Berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dibina dengan menentukan pemboleh ubah terlebih dahulu.
vi. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut :
• Tajuk• Hipotesis• Bahan / Peralatan• Prosedur• Pemerhatian• Analisis Pemerhatian• Kesimpulan
• Setiap kumpulan boleh membuat pembentangan projek ini dengan menggunakan persembahan slaid atau tayangan rakaman video.• Masa untuk menyiapkan projek ini ialah lebih kurang 30 hari. Pemerhatian terhadap keberkesanan produk yang dihasilkan bergantung pada kejayaan projek anda.
Pemerhatian
i. Rekodkan pemerhatian terhadap warna sampel air sungai sebelum rawatan dan selepas rawatan.ii. Rekodkan pemerhatian terhadap warna kertas litmus yang dicelupkan ke dalam sampel air sungai sebelum dan selepas rawatan.iii. Rekodkan nilai BOD sampel air sungai sebelum dan selepas rawatan.
Soalan Perbincangan
i. Terangkan kaedah menentukan nilai BOD dalam sampel air sungai.ii. Apakah yang anda faham dengan nilai BOD air sungai?iii. Bagaimana mikroorganisma efektif dalam bebola tanah liat itu dapat memperbaiki kualiti air sungai yang tercemar? Jelaskan.iv. Pada pendapat anda, adakah aktiviti yang dijalankan membantu dalam TH? Apakah sektor dan kategori yang diguna pakai?
BIOLOGI 55
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Pegawai Penyelidik Mikrob • Pakar Alam Sekitar • Pengurus Kelestarian
Sumber Rujukan
i. Bokashi – The Unconventional Farmer http://theunconventionalfarmer.com/natural-techniques/bokashi/ii. Lactobacillus Serum – The Unconventional Farmer http://theunconventionalfarmer.com/recipes/lactobacillus-serum/
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang keberkesanan bebola tanah liat pelbagai saiz yang mengandungi ‘bokashi’ kertas surat khabar lama dalam mengurangkan nilai BOD sampel air sungai yang tercemar. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dan kategori dalam TH yang diaplikasikan.
Kesimpulan
BIOLOGI56
ENZIM TEKNOLOGI HIJAU
BIOLOGI 57
AKTIVITI 8
Objektif
Menghasilkan eko-enzim daripada sisa buah-buahan bagi mengurangkan dan meminimumkan sisa.
Latar Belakang
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pencegahan dan Pengurangan dapat menukar sisa domestik terutamanya sisa buah-buahan kepada bahan yang berfaedah iaitu eko-enzim. Eko-enzim yang dihasilkan melalui proses penapaian merupakan hasil semula jadi dan lebih selamat untuk alam sekitar.
(Cadangan: Guna buah yang manis, tinggi kandungan gula dan kanji seperti manggis, rambutan atau anggur.)
Glosari
Enzim – Sejenis protein yang berfungsi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses tindak balas dalam tubuh badan manusia.
Fermentasi – Suatu proses penguraian zat daripada molekul kompleks menjadi molekul yang lebih sederhana menggunakan enzim pengurai dan menghasilkan tenaga.
Larutan eko-enzim – Larutan yang dihasilkan daripada proses fermentasi sisa buangan oleh bakteria semula jadi di persekitaran.
Mikroorganisma – Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik yang sedia wujud di persekitaran dan memainkan peranan penting dalam menyokong dan mengekalkan keseimbangan alam semula jadi dan kehidupan.
Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke tapak pelupusan sebagai sisa.
Pengasingan dan Kitar Semula – Tindakan mengasingkan dan memanfaatkan semula sisa domestik sebelum dihantar ke tapak pelupusan. Sisa dipisahkan mengikut jenis bahan dan diubah menjadi bahan baharu yang berguna.
Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau pembuangan, dan pengawasan bahan sisa dan air sisa. Frasa ini biasanya dikaitkan dengan bahan yang dihasilkan oleh kegiatan manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk mengurangkan kesannya pada kesihatan, persekitaran atau estetik. Pengurusan sisa dan air sisa boleh membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya berbeza-beza.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
BIOLOGI58
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
i. 1 L Airii. 100 g Gula merahiii. 300 g Kulit buah-buahaniv. Botol atau tong plastik berpenutup berkapasiti 1.5 L
Kaedah
i. Permulaan• Anda dikehendaki menonton klip video yang disediakan oleh guru anda. Bincangkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru anda.
ii. Pembentukan Kumpulan• Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid dalam satu kumpulan.
iii. Pelan Projek• Anda dikehendaki berbincang secara berkumpulan untuk menganalisis masalah yang dikenal pasti daripada video. Kumpulkan maklumat berkaitan masalah ini daripada sumber bacaan atau internet.• Anda perlu membuat pengagihan tugas secara berkumpulan bagi menghasilkan eko- enzim.• Hasilkan satu kertas kerja projek sebelum memulakan projek anda.
iv. Tugasan Projek• Anda dikehendaki berbincang secara berkumpulan bagi merangka langkah penghasilan eko-enzim.• Laksanakan projek anda seperti yang telah dirancang dalam kertas kerja projek.
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)• Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil produk dengan menggunakan persembahan slaid atau tayangan rakaman video.
Soalan Perbincangan
i. Apakah sumbangan yang telah anda lakukan apabila menghasilkan larutan eko-enzim?ii. Bagaimana TH terlibat dalam proses penghasilan larutan eko-enzim?
BIOLOGI 59
Bincang dan tulis kesimpulan hasil aktiviti yang dijalankan dengan mengaitkan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pencegahan dan Pengurangan.
Kesimpulan
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Usahawan Hijau• Pengurus Pelupusan Sisa dan Air Sisa• Pekerja Pemuliharaan Alam Sekitar
Sumber Rujukan
i. Amano enzyme Inc. (2007). What is enzyme? https://www.amano-enzyme.co.jp/eng/enzyme/about.htmlii. Choesf. (2009).Recipe For Homemade Citrus Enzyme Cleaner – Natural, Really Cheap (Almost Free) & Effective! http://happyhomemaker88.com/2009/05/02/recipe-for-homemade-citrus-enzyme-a- natural-cheap-effective-all-purpose-cleaner/iii. Green Pal. (2014). How to Make and Use Garbage Enzyme. https://www.youtube.com/ watch?v=DGSh3OMvb_siv. Holmes FL (2003). “Enzymes”. In Heilbron JL. The Oxford Companion to the History of Modern Science. Oxford: Oxford University Press.v. Novozymes.(2015).Enzymes Are Fully Biodegradable. http://www.novozymes.com/en/about-us/our-business/what-are-enzymes/pages/ default.aspx
BIOLOGI60
AKTIVITI 9
Perhatian: Gunakan hasil larutan eko-enzim daripada Aktiviti 8.
Objektif
i. Menjalankan uji kaji mengesan pembersihan oleh detergen komersial dan eko-enzim.ii. Membandingkan keberkesanan detergen komersial dengan eko-enzim.iii. Menyedarkan murid tentang sumbangan yang boleh dilakukan dalam penjagaan alam sekitar dengan menghasilkan bahan cuci daripada bahan semula jadi dan mesra alam.
Latar Belakang
Larutan eko-enzim yang dihasilkan dengan menggunakan sisa buah-buahan boleh memberi sumbangan kepada Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Dalam aktiviti ini, eko-enzim yang dihasilkan akan diuji. Kepentingan aktiviti ini adalah memastikan ujian yang dijalankan adalah adil secara saintifik dan dapat membuktikan bahawa eko-enzim yang dihasilkan dapat menjadi bahan pencuci. Eko-enzim yang dibuktikan berkesan akan memenuhi keperluan bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa berdasarkan kategori Pencegahan dan Pengurangan (Penghasilan Lebih Bersih).
Glosari
Enzim – Sejenis protein yang berfungsi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses tindak balas dalam tubuh badan manusia.
Fermentasi – Suatu proses penguraian zat daripada molekul kompleks menjadi molekul yang lebih sederhana menggunakan enzim pengurai dan menghasilkan tenaga.
Larutan eko-enzim – Larutan yang dihasilkan daripada proses fermentasi sisa buangan oleh bakteria semula jadi di persekitaran.
Mikroorganisma – Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik yang sedia wujud di persekitaran dan memainkan peranan penting dalam menyokong dan mengekalkan keseimbangan alam semula jadi dan kehidupan.
Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke tapak pelupusan sebagai sisa.
Pengasingan dan Kitar Semula – Tindakan mengasingkan dan memanfaatkan semula sisa domestik sebelum dihantar ke tapak pelupusan. Sisa dipisahkan mengikut jenis bahan dan diubah menjadi bahan baharu yang berguna.
Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau pembuangan, dan pengawasan bahan sisa dan air sisa. Frasa ini biasanya dikaitkan dengan bahan yang dihasilkan oleh kegiatan manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk mengurangkan kesannya pada kesihatan, persekitaran atau estetik. Pengurusan sisa dan air sisa boleh membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya berbeza-beza.
BIOLOGI 61
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
i. Kain putihii. Guntingiii. Gincuiv. Kanjiv. Pes Karivi. 15 Bikar 200 mlvii. 15 Rod kaca untuk mengacau larutanviii. 3 jenis Larutan eko-enzim yang telah disediakanix. Detergen (sabun serbuk – 5 g dalam 1 L air)x. Tisu dapur
Kaedah
i. Permulaan• Anda dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru tentang eko-enzim.
ii. Penyiasatan• Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid dalam satu kumpulan.• Anda perlu berbincang dan merancang dalam kumpulan untuk menjalankan penyiasatan dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru bagi menguji keberkesanan eko-enzim sebagai agen pencuci.• Anda dikehendaki melaksanakan penyiasatan yang telah dirancang.
iii. Membina Pengetahuan• Setiap kumpulan dikehendaki menterjemah dapatan penyiasatan dalam bentuk yang ringkas di atas kertas mahjung dan dipamerkan di hadapan kelas.
iv. Perbincangan• Anda dikehendaki membincangkan hasil penyiasatan daripada setiap kumpulan dan membuat rumusan tentang keberkesanan eko-enzim sebagai agen pembersih dan sumbangannya dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
v. Membuat Refleksi• Anda dikehendaki membuat refleksi dengan merujuk kembali soalan yang dikemukakan oleh guru dan seterusnya menjawab soalan perbincangan di bawah.
BIOLOGI62
Soalan Perbincangan
i. Campuran larutan mana yang paling cepat menanggalkan kotoran?ii. Adakah larutan detergen dapat melunturkan lemak, karbohidrat dan warna pes kari? Mengapa?iii. Di manakah semua larutan pencuci yang anda gunakan akan berakhir? Jangkakan perkara yang akan berlaku.iv. Apakah kesan penghasilan larutan eko-enzim dalam TH?v. Adakah TH perlu untuk kehidupan sekarang? Mengapa?vi. Darah pada kain sangat sukar dibersihkan. Jika kain yang terkena darah dibasuh dalam air panas, protein akan melekat lebih kuat. Oleh itu darah mesti dibasuh dalam suhu 30°C.
• Apakah larutan yang sesuai digunakan untuk mencuci darah pada kain?• Apakah kegunaan lain untuk larutan eko-enzim yang disediakan?• Mengapa kain yang mempunyai darah mesti dibasuh pada suhu 30°C?
vii. Apakah keuntungan yang boleh diperoleh daripada penggunaan larutan eko-enzim semula jadi?viii. Bagaimana larutan eko-enzim boleh menyumbang dalam TH?ix. Apakah kegunaan dan kebaikannya jika buah-buahan yang segar serta proses yang lebih bersih dilakukan untuk membuat larutan eko-enzim?
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Saintis Alam Sekitar• Perunding Tanah yang Tercemar
Sumber Rujukan
i. Amano enzyme Inc. (2007). What is Enzyme? https://www.amano-enzyme.co.jp/eng/enzyme/about.htmlii. Novozymes. (2015).Enzymes are Fully Biodegradable. http://www.novozymes.com/en/about-us/our-business/what-arenzymes/pages/default. aspx
Bincangkan kebolehan eko-enzim sebagai agen pembersih dan sumbangannya dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
Kesimpulan
BIOLOGI 63
AKTIVITI 10
Objektif
i. Merancang uji kaji keberkesanan eko-enzim sebagai pengurai minyak dan seterusnya dapat membersihkan saliran secara mesra alam.ii. Membuat rumusan bahawa enzim yang terdapat dalam eko-enzim boleh memecahkan lemak gris kepada molekul-molekul kecil dan menjadikan proses pembersihan lebih berkesan dan mesra alam.iii. Mencadangkan kegunaan-kegunaan lain eko-enzim dan sumbangan eko-enzim dalam TH.
Latar Belakang
Penggunaan eko-enzim sebagai pembersih bahan berminyak dari longkang atau saliran, contohnya di kawasan rumah atau kedai mengaplikasikan TH dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Rawatan dan Pemprosesan. Sisa buah-buahan apabila diolah melalui proses fermentasi menjadi lebih berfaedah dan bermanfaat kepada kehidupan serta mesra alam. Sisa buah-buahan yang diolah mengandungi enzim dan boleh memecahkan lemak serta gris kepada molekul-molekul kecil sekaligus menjadikan proses pembersihan lebih berkesan. Lemak dan gris yang telah bertukar menjadi molekul-molekul kecil lebih mudah mengalir dan tidak menyumbatkan saliran bangunan. Selain itu, hasil kumbahan yang dirawat dengan eko-enzim adalah lebih selamat dan mesra alam apabila dilepaskan ke dalam sistem saliran.
Glosari
Enzim – Sejenis protein yang berfungsi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses tindak balas dalam tubuh badan manusia.
Fermentasi – Suatu proses penguraian zat daripada molekul kompleks menjadi molekul yang lebih sederhana menggunakan enzim pengurai dan menghasilkan tenaga.
Larutan eko-enzim – Larutan yang dihasilkan daripada proses fermentasi sisa buangan oleh bakteria semula jadi di persekitaran.
Mikroorganisma – Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik yang sedia wujud di persekitaran dan memainkan peranan penting dalam menyokong dan mengekalkan keseimbangan alam semula jadi dan kehidupan.
Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke tapak pelupusan sebagai sisa.
Pengasingan dan Kitar Semula – Tindakan mengasingkan dan memanfaatkan semula sisa domestik sebelum dihantar ke tapak pelupusan. Sisa dipisahkan mengikut jenis bahan dan diubah menjadi bahan baharu yang berguna.
BIOLOGI64
Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau pembuangan, dan pengawasan bahan sisa dan air sisa. Frasa ini biasanya dikaitkan dengan bahan yang dihasilkan oleh kegiatan manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk mengurangkan kesannya pada kesihatan, persekitaran atau estetik. Pengurusan sisa dan air sisa boleh membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya berbeza-beza.
Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa termasuk pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan yang berguna kepada kehidupan.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
i. 9 Botol mineral berkapasiti 500 mlii. Minyak grisiii. Minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng ikaniv. Pencuci pingganv. Eko-enzimvi. Minyak hitam motor
Kaedah
i. Permulaan• Anda dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru tentang eko-enzim.
ii. Penyiasatan• Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid dalam satu kumpulan.• Anda perlu berbincang dan merancang dalam kumpulan untuk menjalankan penyiasatan fungsi eko-enzim bagi membersihkan bahan berminyak dari longkang atau saliran rumah atau kedai.• Anda dikehendaki melaksanakan penyiasatan yang telah dirancang.
• Rancang dan laksanakan eksperimen di dalam makmal yang boleh menguji keberkesanan eko-enzim untuk mengelakkan longkang tersumbat dengan menggunakan bahan dan peralatan yang disediakan.• Catat pemerhatian berdasarkan perubahan yang berlaku. • Buat kesimpulan berdasarkan dapatan yang dikumpul.
iii. Membina Pengetahuan• Setiap kumpulan dikehendaki menterjemah hasil penyiasatan dalam bentuk yang ringkas di atas kertas mahjung dan dipamerkan di hadapan kelas.
BIOLOGI 65
iv. Perbincangan• Anda dikehendaki membincangkan hasil penyiasatan daripada setiap kumpulan dan membuat rumusan tentang keberkesanan eko-enzim sebagai agen pembersih dan sumbangannya dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Rawatan dan Pemprosesan.
v. Membuat Refleksi• Anda dikehendaki membuat refleksi dengan merujuk kembali soalan yang dikemukakan oleh guru dan seterusnya menjawab soalan di bawah.
Soalan Perbincangan
i. Adakah eko-enzim dapat memecahkan gris? Mengapa?ii. Apakah yang akan berlaku jika eko-enzim dimasukkan ke dalam sungai?iii. Jelaskan perbezaan penggunaan detergen dengan eko-enzim dalam menjaga ekosistem sungai dan saliran.iv. Cadangkan penggunaan lain bagi eko-enzim yang dihasilkan.v. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dibuat ke atas eko-enzim yang dihasilkan untuk dikomersialkan.
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Perunding Alam Sekitar• Pengurus Pelupusan Sisa dan Air Sisa
Sumber Rujukan
i. Dr Lucy Lum. (2009). Making Your Home an Eco-Friendly Place. https://www.youtube.com/watch?v=rAgPMPod2WQii. S. C. David. (2001). The McGraw-Hill Recycling Handbook. Characterization of Waste Streams, pg. 3.13. New York: McGraw Hill.
Bincangkan hasil aktiviti dan laporkan. Dalam laporan anda, kaitkan peranan eko-enzim sebagai penyumbang kepada Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
Kesimpulan
BIOLOGI66
PENGAWETAN SISA ORGANIK DALAM TEKNOLOGI HIJAU
BIOLOGI 67
AKTIVITI 11
Objektif
Menghasilkan baja foliar daripada sisa dapur seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan manis yang telah rosak atau busuk untuk digunakan sebagai penggalak tanaman sayur-sayuran.
Latar Belakang
Baja yang telah diekstrak daripada sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang telah layu atau rosak ini bertindak sebagai penggalak tanaman (plant booster) pada tanaman sayur-sayuran. Kaedah penghasilan baja foliar ini mengaplikasikan konsep osmosis dengan mengkaji kesan larutan hipertonik terhadap sap sel tumbuhan. Larutan gula yang berkepekatan tinggi mampu memberhentikan tindakan mikroorganisma pada sisa sayur-sayuran dan buah-buahan (seperti dalam pengawetan penjerukan makanan) dan segala nutrien yang terdapat dalam sisa organik ini akan terkandung dalam larutan gula. Hasil ekstrak ini akan dijadikan baja semburan pada daun sayur-sayuran. Baja foliar yang dihasilkan adalah di bawah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dan Sektor Pertanian dan Perhutanan dalam TH.
Glosari
Baja Foliar – Baja jenis cecair yang digunakan pada daun tumbuhan.
Pengurusan Nutrien – Nutrien tambahan yang diberikan pada daun (sayur-sayuran) untuk mempercepat pertumbuhan dan kematangannya.
Pengurusan Tanah Pertanian – Kategori dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan yang melibatkan pengurusan tanah pertanian secara lestari iaitu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti hasil pertanian. Ia turut melibatkan amalan pengurusan tanah yang dapat meminimumkan kehilangan nutrien tanah dengan memelihara kesuburan serta aktiviti biologi tanah melalui penggunaan mikroorganisma serta menggunakan kaedah yang sesuai seperti penanaman kekacang dan penggiliran tanaman.
Proses Biologi – Satu proses tindak balas kimia yang berlaku dalam organisma hidup.
Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa termasuk pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan yang berguna kepada kehidupan.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Sektor Pertanian dan Perhutanan – Merupakan salah satu sektor daripada tujuh sektor utama TH; melibatkan pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
BIOLOGI68
Bahan dan Peralatan
i. 500 g Sayur-sayuran hijau yang telah rosak ii. 500 g Buah-buahan manis yang telah rosak iii. 1 kg Gula merah iv. Air sulingv. 2 unit Pisauvi. 2 unit Papan pemotongvii. 1 unit Penapisviii. 2 unit Bekas plastik bersama penutupnyaix. 2 unit Botol reagen jernihx. 1 unit Alat penimbangxi. 2 unit Bikar 500 mlxii. 1 unit Bikar 2000 mlxiii. 1 unit Silinder penyukatxiv. 1 unit Penunu Bunsenxv. 1 unit Tungku kaki tiga
Kaedah
Anda perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga murid dalam setiap kumpulan.
i. Bincangkan soalan berkenaan :• Apakah ciri-ciri buah-buahan dan sayur-sayuran yang rosak?• Apakah yang menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut mudah menjadi rosak? Terangkan.• Apakah teknik pengawetan yang digunakan pada buah-buahan dan sayur-sayuran segar untuk menjadikannya tahan lebih lama?• Apakah kemungkinan yang akan berlaku pada alam sekitar dan kehidupan sekiranya makanan yang rosak ini tidak diurus dengan baik?
ii. Penyiasatan• Anda perlu berbincang dalam kumpulan dan mencari maklumat daripada internet untuk cara menyediakan larutan gula hipertonik bagi sisa sayur-sayuran dan buah-buahan yang disediakan. Daripada larutan gula hipertonik, hasilkan baja foliar semasa kelas.
Gambar 10Peralatan dan Bahan untuk Aktiviti 11
BIOLOGI 69
• Anda perlu berbincang dalam kumpulan untuk melakukan penyiasatan terhadap jenis sayur-sayuran atau tanaman berdaun sebagai sampel eksperimen. Dalam perbincangan, pastikan perkara berikut diberi perhatian :
• Waktu semburan yang ditetapkan supaya menjadi faktor yang dimalarkan sepanjang tempoh masa kajian.• Melakukan penyiasatan hasil daripada kesan semburan baja foliar pada daun sayuran yang telah dipilih.• Penyiasatan perlu dilakukan selama 7 hari dan rekodkan pemerhatian anda dalam jadual.
iii. Membina Pengetahuan• Anda perlu berbincang dalam kumpulan berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan tersebut iaitu kesan semburan baja foliar pada daun sayur-sayuran dengan mengaitkan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dan Sektor Pertanian dan Perhutanan.
iv. Perbincangan• Anda perlu berbincang dalam kumpulan tentang :
• Hasil yang diperoleh sebelum dan selepas semburan baja foliar daripada ekstrak sayur-sayuran hijau pada daun.• Hasil yang diperoleh sebelum dan selepas semburan baja foliar daripada ekstrak buah-buahan pada daun.• Hasil yang diperoleh sebelum dan selepas semburan air biasa pada daun. • Kesan sebelum dan selepas semburan baja foliar pada daun sayur-sayuran.• Perbandingan keberkesanan kedua-dua jenis baja foliar pada sayur-sayuran yang dipilih dan menentukan baja foliar yang paling berkesan berdasarkan hasil pemerhatian.• Peranan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dan Sektor Pertanian dan Perhutanan dalam melestarikan pengurusan sisa pepejal ke arah TH.
v. Membuat Refleksi• Dalam kumpulan, anda perlu membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan membuat perkaitan antara konsep biologi dengan sektor yang dirancang.
Pemerhatian
i. Ukur panjang dan lebar daun sayur-sayuran sebelum semburan baja foliar. Rekod bacaan awal. Pastikan panjang dan lebar daun yang dipilih adalah sama ukurannya.ii. Catat bacaan panjang dan lebar daun selepas semburan baja daripada ekstrak buah- buahan, ekstrak sayur-sayuran dan air biasa.iii. Catatkan pemerhatian anda dalam jadual selama tujuh (7) hari bagi mendapatkan purata panjang dan lebar daun yang sebenar. iv. Bandingkan keberkesanan semburan baja foliar pada daun yang dipilih.
Soalan Perbincangan
i. Daripada hasil pemerhatian, semburan baja foliar yang manakah paling berkesan pada daun sayur-sayuran yang dipilih?ii. Mengapakah larutan gula perlu disediakan dengan kepekatan yang tinggi daripada sap sel tumbuhan?iii. Mengapakah pokok boleh menyerap nutrien melalui daun tanpa melalui sistem akar?iv. Apakah kelebihan menggunakan baja foliar organik berbanding baja kimia?v. Bagaimana aktiviti ini penting dalam TH?
BIOLOGI70
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Pegawai Penyelidik (MARDI)• Pembekal Bahan Pertanian• Pakar Perhubungan Awam dan Alam Sekitar
Sumber Rujukan
i. 7 Tip Pemberian Baja Foliar (Baja Semburan) Untuk Tanaman http://www.tinohtin.com/2015/07/7-tip-pemberian-baja-foliar-baja.htmlii. Cara Membuat Penggalak Tanaman http://www.ilmutani.com/?s=cara+membuat+penggalak+tanamaniii. Nutrient Sprays http://www.tfrec.wsu.edu/Horticulture/nutspray.html
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan kesan semburan baja foliar organik pada daun sayur-sayuran. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dalam TH yang digunakan.
Kesimpulan
BIOLOGI 71
AKTIVITI 12
Objektif
Menghasilkan tepung daripada kulit pisang untuk dijadikan bahan dalam pembuatan plastisin semula jadi.
Latar Belakang
Pokok pisang adalah salah satu tumbuhan pelbagai guna. Hampir kesemua bahagian daripada tanaman pisang dapat dimanfaatkan seperti daun, batang, pelepah dan buah. Bahagian pisang yang selama ini jarang dimanfaatkan adalah kulit pisang. Kulit pisang diolah menjadi tepung dengan mengaplikasikan kategori Rawatan dan Pemprosesan melalui kaedah Rawatan Fizikal iaitu Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan. Tepung kulit pisang ini akan menjadi salah satu bahan dalam pembuatan plastisin semula jadi dan hasilnya dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar guru dan murid. Aktiviti ini adalah di bawah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
Glosari
Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa termasuk pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan yang berguna kepada kehidupan.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Bahan dan Peralatan
i. Kulit pisang yang telah ranumii. Guntingiii. Mesin pengisar keringiv. 70 g Tepung jagungv. 150 g Tepung gandum vi. 30 ml Minyak masak vii. Pewarna makanan (3 jenis warna)viii. 100 ml Air sulingix. 1 spatula Garam halus x. 1 unit Alat penimbang
BIOLOGI72
Kaedah
i. Permulaan• Murid melihat sisa kulit pisang yang dibawa oleh guru.• Bincangkan soalan-soalan berikut :
• Apakah khasiat yang terkandung dalam kulit buah pisang yang telah ranum? • Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menguruskan sisa kulit pisang?• Apakah hasil yang diperoleh daripada aktiviti pengurusan sisa pepejal dan impak terhadap alam sekitar?
ii. Pembentukan Kumpulan• Anda perlu memilih rakan anda untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga orang murid bagi setiap kumpulan.
iii. Pelan Projek• Setiap kumpulan perlu :
• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan untuk menghasilkan plastisin semula jadi daripada bahan-bahan yang telah disediakan.• Mencari maklumat daripada media cetak atau elektronik berkaitan dengan soalan yang diajukan oleh guru serta maklumat tentang cara menghasilkan plastisin semula jadi.• Merangka pelan tindakan seterusnya untuk mengolah plastisin semula jadi dan membentuk model sel dan organel berserta fungsinya.
iv. Tugasan Projek• Setiap kumpulan perlu :
• Berbincang untuk melaksanakan pembinaan model sel dan organel yang telah dipersetujui dan mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan.• Berbincang dan memilih wakil ahli kumpulan untuk membentangkan hasil model kumpulan.
v. Pembentangan Hasil Kerja (Model)• Setiap kumpulan perlu membentangkan model yang dihasilkan dengan merujuk pada struktur sel dan organel yang dibentuk dan fungsinya.
Pemerhatian
i. Anda perlu mengumpulkan maklumat mengenai organel-organel yang terdapat dalam sel haiwan dan sel tumbuhan serta fungsi-fungsinya.ii. Setiap kumpulan dikehendaki mengkaji model sel dan organel yang telah dihasilkan.
Soalan Perbincangan
i. Mengapa pihak kerajaan ingin melaksanakan pengasingan sisa pepejal dalam kalangan rakyat Malaysia?ii. Bagaimanakah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa membantu dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di tapak pelupusan sampah?iii. Dapatkan maklumat daripada media cetak atau elektronik dan cadangkan beberapa produk lain yang boleh dihasilkan daripada kulit pisang.
BIOLOGI 73
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Juruteknik Air Sisa• Pereka Model Ekologi
Sumber Rujukan
i. Perusahaan Makanan Berasaskan Pisang http://perusahaanpisang.blogspot.my/2015/01/perusahaan-makanan-berasaskan- pisang.html?m=1ii. How to Preserve Food by Drying http://www.partselect.com/JustForFun/Preserving-Food-by-Drying.aspx
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang manfaat daripada pengurusan sisa pepejal. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dalam TH yang diaplikasikan.
Kesimpulan
BIOLOGI74
AMALAN DAPUR HIJAU
BIOLOGI 75
AKTIVITI 13
Objektif
i. Membina satu pencerna biogas yang menghasilkan gas metana untuk menjana Tenaga Boleh Baharu.ii. Menghasilkan biogas daripada sisa pepejal organik.
Latar Belakang
Biogas telah digunakan pada zaman dahulu dan masih digunakan sehingga kini. Satu pencerna ringkas dibina untuk menghasilkan sejumlah gas untuk pembakaran. Sisa pepejal organik dari dapur yang digunakan bertindak sebagai bahan yang dicerna. Proses penguraian sisa pepejal oleh bakteria pengurai dalam keadaan tanpa oksigen dikenali sebagai pencernaan anaerobik menepati Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dengan kategori Rawatan dan Pemprosesan melalui Proses Biologi. Hasil pencernaan anaerobik adalah karbon dioksida dan gas metana. Apabila sesuatu bahan organik terurai, gas metana kebiasaannya akan terbebas ke atmosfera dan boleh menyumbang kepada pemanasan global. Justeru, sumber gas metana boleh digunakan sebagai alternatif bagi menggantikan gas memasak selaras dengan kategori Tenaga Boleh Baharu dalam Sektor Bekalan Tenaga. Gas metana merupakan salah satu komponen dalam gas asli dan secara relatif menghasilkan pembakaran yang bersih, tidak berwarna dan tidak berbau menepati kategori Perkakasan Rumah dalam Sektor Bangunan.
Glosari
Biogas – Campuran gas berbeza yang mudah terbakar yang terhasil daripada proses penguraian bahan organik.
Pencernaan Anaerobik – Penguraian bahan organik yang berlaku tanpa kehadiran oksigen.
Penghasilan Biogas – Penghasilan biogas (gas metana) daripada tindak balas anaerobik.
Peningkatan Capaian ke Arah Bahan Api yang Bersih untuk Memasak – Peningkatan kemudahan bahan api memasak yang lebih bersih dan mesra alam.
Proses Biologi – Satu proses tindak balas kimia yang berlaku dalam organisma hidup.
Sektor Bangunan – Menerima pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan.
Sektor Bekalan Tenaga – Aplikasi TH dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
BIOLOGI76
Bahan dan Peralatan
i. 2 Botol minuman plastik 2 Lii. Sisa pepejal organik dari dapur (sisa nasi, sisa roti, sisa buah-buahan, sisa sayur-sayuran)iii. 1 Botol minuman susu kulturiv. 2 Penahan dua lubangv. 2 Penahan satu lubangvi. 3 Salur penyambungvii. Larutan natrium hidroksida cairviii. Air kapurix. 2 Belon Mylarx. 1 Tiub getah kecil
Kaedah
i. Permulaan• Anda dikehendaki menonton tayangan klip video yang ditunjukkan oleh guru dan menjawab soalan yang dikemukakan.• Anda dikehendaki berbincang dalam kumpulan untuk menjawab soalan berikut :
o Bagaimanakah masalah ini dapat diatasi?o Berikan justifikasi.o Mengapakah sisa pepejal organik dari dapur perlu diproses dengan lebih baik?o Apakah kesan pembuangan sisa pepejal organik secara berleluasa kepada manusia dan alam sekitar?
ii. Pembentukan Kumpulan• Anda dikehendaki bekerja secara berkumpulan (3 murid / kumpulan).
iii. Pelan Projek• Dalam kumpulan anda, bincangkan langkah-langkah dan bahan sisa pepejal yang dipilih untuk menjalankan aktiviti ini.• Senaraikan pembahagian tugas di dalam kumpulan masing-masing.• Kumpul maklumat tentang proses penghasilan biogas sebagai sumber Tenaga Boleh Baharu menggunakan sisa pepejal organik dari dapur berdasarkan kategori Tenaga Boleh Baharu dalam Sektor Bekalan Tenaga.
Gambar 11Bahan dan Peralatan bagi
Aktiviti 13
BIOLOGI 77
• Lakarkan model pencerna biogas yang telah dibincangkan.• Tentukan jenis sisa organik yang sesuai digunakan dalam proses penghasilan biogas.• Rancang langkah-langkah penyiasatan.• Hasilkan satu kertas kerja projek sebelum menjalankan projek.
iv. Tugasan Projek• Anda dikehendaki menjalankan penyiasatan dengan menggunakan sisa pepejal organik dapur menjadi biogas bagi menepati Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor Bekalan Tenaga dan Sektor Bangunan.• Anda boleh menggunakan maklumat untuk penghasilan biogas dalam pelan projek untuk melaksanakan penyiasatan ini.• Anda dikehendaki berbincang untuk mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah dan kekangan yang timbul semasa melakukan penyiasatan.
v. Pembentangan Hasil Projek• Setiap kumpulan membentangkan hasil projek yang dihasilkan.
Pemerhatian
i. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada sisa pepejal organik selepas beberapa hari.ii. Bagaimanakah anda menguji kehadiran gas karbon dioksida semasa eksperimen?iii. Bagaimanakah anda menguji kehadiran gas metana semasa eksperimen?
Soalan Perbincangan
i. Gas pertama yang terbebas adalah tidak terbakar. Gas ini adalah karbon dioksida. Bagaimanakah gas karbon dioksida terhasil? Gas yang terhasil seterusnya adalah metana. Bagaimanakah gas metana terhasil?ii. Pada pendapat anda, adakah bahan yang berbeza akan menghasilkan gas metana pada kadar yang berbeza? Terangkan jawapan anda.iii. Apakah kegunaan biogas?iv. Gas metana adalah sejenis Tenaga Boleh Baharu. Jelaskan.v. Nyatakan kelebihan dan kelemahan menggunakan biogas sebagai bahan api.
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan dengan penggunaan sisa pepejal organik dalam penghasilan biogas. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dalam TH yang digunakan.
Kesimpulan
BIOLOGI78
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Pengurus Pembinaan• Pengurus Pertanian• Mekanik Peralatan Industri• Ejen Jual Beli Biogas
Sumber Rujukan
i. Biogas as a Source of Energy http://www.build-a-biogas-plant.com/PDF/BiogasGrades-3-4-Lesson-3.PDFii. DIY Methane Generator http://www.small-farm-permaculture-and-sustainable-living.com/methane_generator.htmliii. Energy Education – National Renewable Energy Laboratory (NREL) http://www.nrel.gov/education/pdfs/educational_resources/middle_school/biogas_ generator.pdfiv. Food Waste – A Story of Excess https://www.youtube.com/watch?v=EwVuz0UJl2Av. Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning – PBL) https://pendidik21.files.wordpress.com/2010/05/brosur-pbl_pendidik21.pdfvi. School Bio Gas Kit http://www.build-a-biogas-plant.com/school-bio-gas-kits/vii. The Big Waste: Why Do We Throw Away So Much Food? https://www.youtube.com/watch?v=1aH7RwOD0RE
BIOLOGI 79
AKTIVITI 14
Objektif
Mengkaji keberkesanan bahan semula jadi sebagai penghalau semut bagi menggantikan semburan aerosol.
Latar Belakang
Koloni semut boleh dijumpai hampir di semua tempat. Apabila semut keluar mencari makanan, mereka menanda laluan dari sarang ke sumber makanan menggunakan laluan feromon. Semut lain akan mengesan laluan feromon dan mengikuti laluan tersebut. Semut boleh dibunuh dan laluan tersebut boleh dibersihkan, namun tidak lama kemudian, lebih banyak semut akan muncul dan memulakan proses tersebut sekali lagi. Sesetengah bauan botani akan mengganggu laluan feromon tersebut dan boleh digunakan sebagai bahan penghalau semut bagi menggantikan semburan aerosol yang mengurangkan kualiti udara. Bahan semula jadi seperti kulit kayu manis, bawang putih dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan penghalau semut dan menepati kategori Kualiti Persekitaran Dalaman dalam Sektor Bangunan.
Glosari
Koloni Semut – Sekumpulan semut yang hidup dalam satu sarang yang mempunyai peranan yang berbeza.
Kualiti Persekitaran Dalaman (Indoor Environmental Quality, IEQ) – Merujuk kepada kualiti persekitaran dalam sesebuah bangunan dan merupakan komponen penting dalam konteks bangunan mesra alam yang akan menentukan tahap kualiti kesihatan dan kesejahteraan penghuni di dalam bangunan tersebut. IEQ ditentukan oleh banyak faktor termasuk pencahayaan, kualiti udara dan kelembapan.
Kualiti Udara – Tahap keadaan udara di sekeliling, sama ada bebas pencemaran yang dinilai melalui beberapa indikator atau petunjuk pencemaran.
Sektor Bangunan – Menerima pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan.
Semut Pekerja – Kumpulan semut betina yang berperanan mengangkut makanan ke sarang.
Serangga Sosial – Serangga yang membentuk koloni dan mempunyai pembahagian tugas yang berbeza.
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
BIOLOGI80
Bahan dan Peralatan
i. Semut (20 ekor bagi setiap bahan yang diuji)ii. 2 Botol plastik 500 mliii. Tiub vinil / plastik jernihiv. Gelang getahv. Beg plastikvi. Jarum penitivii. Pita selofanviii. Makanan bergulaix. Bawang putihx. Kulit telurxi. Serbuk kayu manisxii. Serbuk lada sulahxiii. Garamxiv. Kertas pasir
Kaedah
Anda perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga orang bagi setiap kumpulan.
i. Bincangkan soalan berkenaan :• Mengapakah semburan aerosol yang terdapat di pasaran perlu diganti dengan bahan semula jadi?• Jelaskan kebaikan menggunakan bahan semula jadi berbanding semburan aerosol.• Cadangkan bahan semula jadi yang sesuai digunakan untuk menghasilkan penghalau serangga (semut) semula jadi.
ii. Penyiasatan• Anda perlu berbincang cara untuk menjalankan penyiasatan untuk menghasilkan penghalau serangga semula jadi.• Anda perlu berbincang dalam kumpulan bagi melakukan penyiasatan untuk mengenal pasti bahan yang sesuai digunakan sebagai penghalau semut.
iii. Membina Pengetahuan• Anda perlu berbincang dalam kumpulan berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan tersebut iaitu bahan yang sesuai digunakan sebagai penghalau semut.
Gambar 12Bahan dan Peralatan bagi Aktiviti 14
BIOLOGI 81
iv. Perbincangan• Anda perlu berbincang dalam kumpulan tentang :
o Keberkesanan setiap bahan untuk dijadikan penghalau semut.o Kesan penggunaan penghalau semula jadi terhadap kualiti udara.
v. Membuat Refleksi• Anda perlu membuat refleksi dalam kumpulan terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan membuat perkaitan antara konsep biologi dengan sektor yang diaplikasikan.
Pemerhatian
i. Kira bilangan semut yang terdapat dalam botol yang mengandungi makanan.ii. Kenal pasti bahan yang sesuai digunakan sebagai bahan penghalau semut.
Soalan Perbincangan
i. Cari maklumat secara saintifik tentang keberkesanan setiap bahan tersebut.ii. Adakah terdapat bahan penghalau yang berkesan seratus-peratus?iii. Berdasarkan eksperimen, adakah terdapat dua bahan penghalau yang mempunyai keberkesanan yang sama sebagai penghalau semut?iv. Cadangkan bahan lain yang boleh digunakan sebagai penghalau semut. Jelaskan jawapan anda.v. Terangkan kepentingan menggantikan semburan aerosol dengan bahan semula jadi sebagai penghalau semut berdasarkan kategori Kualiti Persekitaran Dalaman.
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
• Pengurus Kawalan Vektor dan Serangga Perosak• Pegawai Kawalan Vektor dan Serangga Perosak• Perkhidmatan Pengawalan Serangga Perosak• Pengurus Serangga Perosak
Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan bahan semula jadi yang sesuai digunakan untuk menghalau semut bagi menggantikan semburan aerosol. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dalam TH yang digunakan.
Kesimpulan
BIOLOGI82
Sumber Rujukan
i. 10 Interesting Facts About Ants You Need to Know http://www.rentokil.com/blog/10-interesting-facts-about-ants-you-need-to-know/ii. Ant Repellent (Search Results) http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/search.shtml?v=&s=ant+repellentiii. Drawing Circles Around Ants http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project_ideas/Zoo_p025.shtml# summaryiv. If an Ant Scout Doesn’t Return to Their Nest, Do Other Ants Go Searching for Him or Do They Not Notice He’s Gone Because of How Many Ants is In the Colony? – Ask Science https://www.reddit.com/r/askscience/comments/zsz1o/if_an_ant_scout_doesnt_ return_to_ their_nest_do/
BIOLOGI 83
PANEL PENULIS
TURUT MENYUMBANG
1. Prof. Haslan Abu Hassan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP) Universiti Sains Malaysia (USM)
2. Dr. Mardiana Idayu Ahmad Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM
3. Prof. Madya Dr. Mohd Suffian Yusoff Timbalan Ketua Kluster Pengurusan Sisa Pepejal (SWAM@USM), USM
4. Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei
Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), USM
5. Prof. Madya Dr. Soib Taib Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, USM
1. Dr. Hidayah Mohd. Fadzil Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM)
2. Juriah Abu Bakar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang
3. Dr. Maimunah Nasir SMK Ibrahim, Kedah
4. Nor Afisyah Saat SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Pulau Pinang
5. Ummi Kalsom Mustafar SMK Tasek, Pulau Pinang
BIOLOGI84
PENGHARGAAN
1. Puan Rozainum Ahmad Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK)
2. YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, Bahagian Pembangunan Kurikulum(BPK)
3. YBrs. Dr. Rusilawati Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik, BPK
4. Tuan Hj. Naza Idris Saadon Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan Vokasional, BPK
5. Puan Zalina Kamis Penolong Pengarah Sub Unit Sains, Matematik dan Teknologi, BKK
6. Puan Norhashimah Ismail Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam, BPK
7. Puan Suriani Ngatiman Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam, BPK
8. Encik Kasdi Kamin Penolong Pengarah Unit Sains Menengah, BPK
9. Puan Norfadhillah Yusoff Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK
10. Encik Anandan a/l Kanniapan Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK
11. Puan Nor’Aidah Nordin Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK
12. Prof. Dr. Rohaida Mohd. Saat Profesor, Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM)
BIOLOGI 85
BIOLOGI86