Transcript
Page 1: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

KONSEP PENGASINGAN

KUASA

Pengasingan kuasa atau separations of power.Adalah satu doktrin dalam

pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada 3 cabang

utama iaitu pemerintahan (eksekutif),perundagan (legislatif),dan kehakiman.

Untuk mengelakkan atau menghindari bahaya kezaliman (tyranny),dimana dikatakan

doktrin pembahagian kuasa dapat mewujudkan dan mengekalkan

kepimpinan,kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma),dengan

cara membahagi- bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and

balance) antara kuasa tersebut.

Page 2: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

….

Walaubagaimanapun doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di

Malaysia berbeza daripada doktrin yang asal. Malaysia mengamalkan

doktrin yang mengutamakan kuasa relatif antara badan perundagan,badan

eksekutif dan badan kehakiman.Yang Di-pertuan agong (YDPA), sebagai

ketua negara mempunyai kusa tertinggi dalam ketiga-tiga badan

berkenaan, ini kerana Malaysia menggunakan konsep demokrasi

berpalimen dan raja berperlembagaan. Kuasa tertinggi diatas ketiga-tiga

badan itu terletak pada Yang Dipertuan Agung sebagai ketua negara.

Page 3: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

Menurut perlembagaan, baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif

malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39 perlembagaan persekutuan

iaitu kuasa memerintah persekutuan dan perkara 44 perlembagaan

persekutuan iaitu kuasa perundangan persekutuan. Disini, raja

berperlembagaan adalah raja yang memerintah secara terikat mengikut

perlembagaan yang telah ditetapkan. Baginda memerintah berdasarkan kuasa

yang telah diberikan kepada baginda. Ini bermakna, baginda tidak boleh

untuk memerintah secara mutlak mengikut kehendak hatinya sendiri.

Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh

perdana menteri dan mengikut budi bicara baginda sendiri yang termaktub

dalam perlembagaan, artikel 40, perkara 2.

Page 4: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

Maka itu, idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama

tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undangp-undang,

menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini

bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas

antara badan perundangan eksekutif, dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan.

Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya

dibenarkan dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta

tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain badan-badan yang memerintah hanya

dibenarkan menjalan pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-

undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman

yang hanya dibernarkan melaksanakan kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat

undang-undang atau menjalankan kusa undang-undang dan menjalankan kuasa

pemerintahan. Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan

pemusatan kuasa didalam tangan mana-mana pihak.

Page 5: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

Disamping itu,jika kita lihat pengamalannya di Malaysia, badan

perundagan dan badan pentadbiran tidak terdapat pengasingan secara ketat

diantara kedua-duanya dan ianya tidak selari dengan konsep “separations of

power” dimana kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau diasingkan.Disini

badan eksekutif yang mentadbir juga merupakan orang yang terlibat dalam

badan legislatif yang membuat perundagan untuk dilaksanakan. Ini kerana

ahli yang terlibat dalam perundagan dalam dewan rakyat juga merupakan

ahli dalam badan pentadbiran (legislatif).pihak eksekutif sepatutnya tidak

boleh menjadi seorang ahli badan perundagan (legislatif) dan badan

kehakiman semestinya bebas dari campur tangan pihak eksekutif dan

legislatif

Page 6: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

Pada masa yang sama perlembagaan persekutuan –perkara 122

memperuntukan bahawa perlantikan kehakiman mahkamah-mahkamah tinggi

adalah dibuat oleh pihak eksekutif yang menujukan ada kawalan tidak

langsung terhadap badan kehakiman. Pihak eksekutif pula dikawal oleh

parlimen dan bertanggungjawab kepadanya. Oleh yang demikian sistem

pengasingan kuasa berserta dengan konsep kawalan dan imbangan nampak

kepentingan dalam mengelakkan pemusatan kuasa pemerintahan didalam

tangan sesuatu kumpulan tertentu sahaja

Page 7: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

BADAN PERUNDANGAN

Institusi ini bertanggungjawab menggubal rang undang-undang.

Badan perundangan terdiri daripada tiga peringkat iaitu

• Peringkat persekutuan

• Peringkat negeri

• Peringkat kerajaan tempatan.

peringkat persekutuan

• Dewan negara merupakan dewan parlimen yang tertinggi. Ianya dikenalisebagai senat dan bertindak membahaskan semua undang-undang yang telah diluluskan oleh dewan rakyat secra terperinci. Ianya terdirri daripada70 orang ahli dan dikelnali sebagai senator dan tempoh jawatan bagi setiapahli ialah selama 3 tahun dan 2 penggal.

Page 8: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

Peringkat kerajaan tempatan.

Kerajaan tempatan juga dikenali sebagai pihak berkuasa tempatan.

Kerajaan ini mengandungi majlis daerah, majlis perbandaran dan dewan

bandaraya, umumnya, majlis tempatan terletak dibawah kuasa pentadbiran

negeri.

Fungsi utama:

• Menumpukan pembangunan sosio ekonomi dikawasan pekan atau bandar

dalam sesuatu daerah atau kawasan itu sahaja.

• Membuat undang-undang kecil tempatan serta menguruskn urusan kutipan

cukai dan sewa.

• Pentadbiran kerajan tempatan terdiri daripada 2 majlis iaitu

• A)majlis perbandaran

• B) majlis daerah

Page 9: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

JEMAAH MENTERI/ KABINET

PERDANA MENTERI

MENTERI

TIMBALAN MENTERI

MENTERI-MENTERI

KABINET

Tugas utama kabinet ialah menggubal dan

menjalankan dasar tertinggi negara. Ia diketuai

oleh perdana menteri dan diikuti oleh menteri-

menteri lain. Kesemua menteri kabinet

merupakan mereka yang menang secara majoriti

dalam pilihanraya

Perdana menteri dilantik oleh YDPA daripada

kalangan dewan rakyat yang memenangi

pilihanraya dengan undian majoriti. Perdana

menteri yang dilantik ialah ketua parti yang menang

pilihanraya.

PERINGKAT PERSEKUTUAN

Page 10: Mpw konsep pengasingan kuasa dan demokrasi (2)

~TERIMA KASIH~