Nak tahu cara buat Ais Krim Vanilla Oreo Homemade? Jom kita tengok resipi simple dan sedap
ini.
Bahan A:
- 1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu Full Cream)
- 1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan B: - 1 paket oreo
Bahan-bahannya
Caranya: - Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu
- Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak
perlu hancurkan sangat sampai lumat ye hihi
- Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim (baru la fefeeling ais krim) dan masukkan biskut
oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati
- Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim
- Masukkan ke dalam freezer sampa beku
- Siap!
Boleh tengok langkah bergambar di bawah:
Blend kesemua bahan A
Blend hingga gebu gitu
Tuangkan hasil blend ke dalam bekas ais krim
Hancurkan biskut oreo
Campurkan hasil blend dan biskut oreo yang telah hancur
Gaulkan kedua-duanya hingga sebati dan masukkan dalam freezer
Hasil ais krim yang siap untuk dimakan, sedap gila tau!
http://lovingcarehealthylife.blogspot.my/2014/07/resipi-ais-krim-vanilla-oreo-homemade.html