1
NEGERI SABAH
[ JPAN : 700-4/1 JLD.3(202)]
PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 11/2017
BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN (BIP)
TUJUAN
1. Tujuan pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan tentang
pengiktirafan kawasan pedalaman negeri Sabah bagi maksud Bayaran Insentif
Pedalaman (BIP).
LATAR BELAKANG
2. Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
3. Kajian terakhir kawasan pedalaman di negeri Sabah telah dilaksanakan
pada tahun 2000. Sebanyak 581 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan
pedalaman dan disampaikan melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.
8/2000. Sebanyak 149 kawasan lagi telah dipersetujui oleh Pentadbiran
Negeri dan diisytiharkan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia. Jumlah keseluruhan kawasan pedalaman negeri Sabah adalah
sebanyak 730 kawasan setakat tahun 2015.
2
4. Dengan mengambil kira pembangunan yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan terhadap kawasan pedalaman di negeri Sabah dalam tempoh 15 tahun
(2000 – 2015), terdapat keperluan untuk mengkaji semula 730 kawasan
pedalaman yang telah diiktiraf, untuk menentukan sama ada kawasan tersebut
masih layak dikategorikan sebagai kawasan pedalaman atau sebaliknya.
HASIL PENILAIAN KAWASAN PEDALAMAN
5. Penilaian telah dijalankan terhadap 730 kawasan sedia ada dan 32
kawasan permohonan baharu, hasil daripada penilaian adalah seperti berikut:
5.1 Sebanyak 578 kawasan yang mendapat markah penilaian 49% ke
bawah telah digugur taraf sebagai kawasan pedalaman; dan
5.2 Sebanyak 184 kawasan yang mendapat markah penilaian 50% ke
atas layak dikekalkan dan diiktiraf sebagai kawasan pedalaman
negeri Sabah seperti dalam Lampiran A.
SYARAT BAYARAN INSENTIF PEDALAMAN
6. Bayaran Insentif Pedalaman sebanyak 10% daripada gaji pokok dibayar
kepada pegawai yang diarah bertugas di kawasan pedalaman tertakluk kepada
syarat-syarat seperti berikut:-
(i) diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman;
(ii) tinggal menetap di kawasan pedalaman; dan
(iii) berkhidmat selama tempoh satu bulan kalendar atau lebih di
kawasan pedalaman.
3
7. Pegawai yang bertugas di kawasan pedalaman tetapi tidak tinggal di
kawasan berkenaan, boleh dipertimbangkan Bayaran Insentif Pedalaman (BIP)
tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-
(i) rumah kerajaan tidak disediakan atau rumah kerajaan di kawasan
tersebut tidak mencukupi dan tidak ada rumah awam untuk disewa;
(ii) menghadapi masalah keluarga jika tinggal di kawasan pedalaman;
(iii) kawasan pedalaman tersebut tidak mempunyai kemudahan asas
serta kemudahan awam; dan
(iv) mendapat kebenaran tinggal di luar kawasan pedalaman daripada
Ketua Jabatan.
8. Agensi yang tidak disenaraikan dalam kawasan yang diiktiraf sebagai
kawasan pedalaman boleh dipertimbangkan untuk menerima Bayaran Insentif
Pedalaman (BIP) setelah mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah
berkenaan.
TARIKH KUAT KUASA
9. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 April 2018.
PEMAKAIAN
10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.
Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua
Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.
4
PEMBATALAN
11. Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka Pekeliling-
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah seperti yang berikut dibatalkan.
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 3/1986
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2/1988
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 6/1989
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 7/1994
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.10/1994
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 8/2000
12. Surat-surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia seperti berikut tidak lagi diguna pakai.
Surat JPA(S)1511/1 KLT.5(58) bertarikh 25 Ogos 2004
Surat JPA(S)1511/1 KLT.6(56) bertarikh 1 Mac 2007
Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Klt.8(11) bertarikh 28 Januari 2009
Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Klt.8(31) bertarikh 13 Disember 2010
Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Jld.9(14) bertarikh 9 Mac 2015
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ( TAN SRI SUKARTI BIN WAKIMAN ) Setiausaha Kerajaan Negeri Tarikh: 28 Disember 2017
5
s.k. Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Blok C, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat
88400 KOTA KINABALU
Jabatan Bendahari Negeri Sabah
Level 8,9,10 dan 11, Blok A
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat
88400 KOTA KINABALU
Pengarah Audit
Jabatan Audit
88990 KOTA KINABALU
Diedarkan kepada : Semua Setiausaha Tetap Kementerian Negeri
Semua Ketua Jabatan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun Negeri
Semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
Semua Pegawai Daerah
Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil
LAMPIRAN A
1
SENARAI KAWASAN PEDALAMAN NEGERI SABAH
Bil. Daerah Bil. Kawasan
1.
BANGGI
1.
Balambangan
2. Kapitungan
3. Kg.Palak
4. Laksian
5. Kampung Kobong/Loktuhog
6. Limbuak Darat
7. Limbuak Laut
8. Sabur
9. Dogoton
10. Pulau Tigabu
11. Pulau Malawali
12. Batu Layar
13. Semayan
14. Kerakit
15. Padang Maliu
2. KUDAT 1. Damparit (Dampirit)
LAMPIRAN A
2
Bil. Daerah Bil. Kawasan
3.
PITAS
1. Bawing
2. Liu
3. Mapan-Mapan
4. Melubang
5. Pinapak
6. Mangkapon
7. Telaga
8. Nibang
9. Moringan
10. Monggis
11. Sosop
4. KOTA MARUDU 1. Tagibang
2. SK. Magandai
5. KOTA BELUD 1. Taburan
2. Rampayan Ulu
3. Pulau Mantanani
4. Bubuk
5. Siudon
6. RANAU 1. Tiang Lama
2. Tinanom
3. Kigiwit
4. Kampung Nasakot
5. Nawanon
6. Melinsau
7. Mangkapoh
8. Kawiyan
9. Kg. Karagasan
10. Kg. Gusi Ulu Sugut (kawasan baharu)
LAMPIRAN A
3
Bil. Daerah Bil. Kawasan
7. TAMPARULI 1. Linungkuan
2. Giok
3. Rungus Nahaba
4. Saradan
8. TUARAN 1. Logub
2. Baru-Baru
3. Penimbawan
9. KOTA KINABALU 1. Kampung Ruminding
10. MEMBAKUT 1. Kampung Sinoko
2. Tamalang
3. Kampung Tiong
11. BEAUFORT 1. Jabang
2. Batu 65
3. Batu 60
12. SIPITANG 1. Long Pasia
2. Ulu Bole
LAMPIRAN A
4
Bil. Daerah Bil. Kawasan
13.
TENOM
1.
Rundum
2. Kampung Ulu Tomani
3. Kampung Kungkular
4. Kampung Bakuku
5. Kampung Tinura / Mogunsop
6. Kampong Sumambu
7. Kampong Kapulu
8. Kampung Tilis
9. Kg. Kolorok (kawasan baharu)
14. SOOK 1. Pohon Batu
2. Kalampun
3. Nangkawangan
4. Bonor
5. Malaing
6. Simbuan
7. Kuala Kahaba
8. Mamagun
9. Binanon/Ulu Binanon
LAMPIRAN A
5
Bil. Daerah Bil. Kawasan
15. NABAWAN 1. Saliliran
2. Ponontomon
3. Sibangali
4. Salinatan
5. Pangaraan
6. Layon
7. Batu Punggul
8. Tinanduk
9. Pekan Pensiangan
10. Babalitan
11. Saliku Sumatalun
12. Longongon
13. Salung/Buntulon
14. Sasandukan (kawasan baharu)
16. TAMBUNAN 1. Widu
2. Kaingaran
3. Monsok Tengah
4. Pegalan Kusob
5. Sintuong Tuong
6. Nukakatan
7. Kuala Namadan
8. Kuyungon/ Ragkam
9. Kitou
17. PENAMPANG 1. Buayan
2. Longkogungan
3. Terian
LAMPIRAN A
6
Bil. Daerah Bil. Kawasan
18.
SANDAKAN
1.
Sg. Madang
2. Sepinong
3. Tanjung Batu
4. Pulau Timbang
5. Pulau Sanghai
6. Terusan Baru
7. Kampung Baru
8. Bongon Besar
9. Pitas
10. Tanjung Pisau
11. Gum Gum Kecil
12. Rancangan Lubuh
13. Kg. Pertanian
14. Segaliud
15. Sungai Tiram
16. Bambangan
17. Pulau Libaran
18. Nunuyan Laut
19. Pamaguan
20. Semawang (Sungai Monyet)
21. Pulau Selingan (kawasan baharu)
22. Pulau Bakungan Kecil (kawasan baharu)
23. Pulau Gulisan (kawasan baharu)
LAMPIRAN A
7
Bil. Daerah Bil. Kawasan
19. KINABATANGAN 1. Balat
2. Tundon Bohangin
3. Kampung Sri Ganda
4. Kampung Abai
5. Kampung Sangau
6. Dagat (KKB)
7. Kg. Desa Permai
8. Kg. Litang
9. Ladang Temenggong
10. Ladang Sungai Bendera
20. BELURAN 1. Kampung Sungai-Sungai Sugut
2. Kampung Malalin
3. Kampung Tampat Sugut
4. Kampung Golong
5. Kampung Bawang
6. Kampung Lubang Buaya
7. Kampung Pantai Boring
8. Kampung Bukit Besi
9. Kampung Ulu Sapi
10. Kampung Abuan
11. Kampung Bintang Mas
12. Kampung Simpangan Paitan
13. Kampung Pinangkau
14. Kampung Maidan
15. Kampung Shariff Jambongan
16. Kampung Binsulung
17. Kg. Lingkabau
18. Kampung Monopod (Kawasan Baharu)
LAMPIRAN A
8
Bil. Daerah Bil. Kawasan
21. TELUPID 1. Kampung Ansuan
2. Kampung Kopuron
3. Kampung Ulu Ansuan
22. TONGOD 1. Kampung Kironggu
2. Kampung Keramuak
3. Kampung Linayukan
4. Kampung Maliau
5. Kampung Saguon
6. Kampung Sogo-Sogo
7. Kampung Langkabong
8. Kampung Mangkawago
9. Kampung Masaum
10. Kampung Kenang-Kenangan
11. Imbak
12. Langkabong
13. Inarad
14. Tampasak
15. Menanam