PAK PANDIR MENJEMPUT
TOK LEBAI
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Mak Andih mengadakan majlis
kenduri. Ramai orang kampung
datang ke rumah Mak Andih.
Satu-satunya orang yang belum
datang ialah Tok Lebai.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
“Mungkin Tok Lebai terlupa!” fikir
Mak Andih. Mak Andih lalu
menyuruh Pak Pandir pergi
menjemput Tok Lebai.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
“Saya tidak kenal sangat akan
Tok Lebai itu,” ujar Pak Pandir
dengan perasaan susah hati.
“Tok Lebai itu berjanggut dan
berkopiah putih,” jelas Mak Andih.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
4
Pak Pandir pun pergi mencari Tok Lebai.
Di pertengahan jalan, Pak Pandir
bertemu dengan seekor kambing
jantan. Kambing itu berjanggut. Di
atas kepalanya ada bulu putih.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
“Oh, Tok Lebai ada di sini!” kata
Pak Pandir. Dia menyangka
kambing itu ialah Tok Lebai.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
“Tok Lebai, marilah ke rumah
saya! Mak Andih buat kenduri,” kata
Pak Pandir lagi.
Dia terus mengheret kambing itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
Kambing itu mengembek-ngembek.
Embik! Embik!
“Nasi di rumah saya tidak lembik,”
jawab Pak Pandir.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
Apabila tiba di rumah, Pak Pandir
terus memberitahu Mak Andih, “Tok
Lebai sudah sampai.”
“Jemputlah Tok Lebai itu naik ke
atas rumah,” kata Mak Andih.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
"Tok Lebai tidak belum mahu naik.
Dia mahu makan rumput dulu,” ujar
Pak Pandir.
Mak Andih terkejut mendengar
jawapan Pak Pandir.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
10
“Ini bukan Tok Lebai! Ini ialah
kambing jantan,” kata Mak Andih.
Pak Pandir berdiam diri sahaja
kerana berasa malu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
11
Mahu tidak mahu, terpaksalahMak Andih pergi sendiri ke rumahTok Lebai.