0
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM FIST SESI 2015/2016 KOLEJ MARA KUALA NERANG, LOT 566, DAERAH PADANG TERAP, 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.
2015
No. Telefon: 04-7867250 / 04-7867255 | No. Faks: 04-7867254 | Laman Web: www.kmkn.edu.my
Tarikh Kemaskini: 7hb Mac 2015
PROGRAM KEJURUTERAAN FOUNDATION IN SCIENCE & TECHNOLOGY (FIST) UNIKL SESI 2015/2016
Kandungan
1.0 Pendaftaran…………………………………………………………………………………………….. 3
1.1 Butir-butir Pendaftaran
1.2 Penampilan Pelajar
2.0 Yuran Pengajian……………………………………………………………………………………….. 4
3.0 Latar Belakang Kolej…………………………………………………………………………………... 5
4.0 Profil Korporat………………………………………………………………………………………….. 6
5.0 Ahli Pengurusan Kolej…………………………………………………………………………………. 7
6.0 Program Pengajian di Kolej…………………………………………………………………………… 10
6.1 Program Matrikulasi Jurusan Perakaunan Kementerian Pendidikan Malaysia
6.2 Program Foundation in Science & Technology (FIST) UniKL
6.3 Program Kejuruteraan Foundation in Science (FSc) UniKL – United Kingdom
6.4 Program Perubatan Foundation in Science (FSc) UniKL – Vinayaka India
6.5 Program Perubatan Foundation in Science (FSc) UniKL – RCMP Ipoh
6.6 Program Farmasi Foundation in Science (FSc) UniKL – RCMP Ipoh
6.7 Program Kejuruteraan Foundation in Science (FSc) UniKL – Australia / New Zealand
6.8 Program Perakaunan Foundation in Business (FiB) UniKL – Australia / New Zealand
7.0 Pembangunan Hal Ehwal Akademik………………………………………………………………… 12
7.1 Kehadiran
7.2 Penilaian
7.3 Jam Kredit
7.4 Bahasa Penghantar
7.5 Jadual Sesi Pengajian
8.0 Pembangunan Hal Ehwal Pelajar……………………………………………………………………. 14
8.1 Sistem Mentor Mentee
8.2 Kokurikulum
8.3 Unit Kaunseling & Kerjaya
9.0 Etika Berpakaian………………………………………………………………………………………. 15
9.1 Ketika Waktu Akademik
9.2 Ketika Aktiviti di Luar Waktu Akademik
10.0 Kemudahan…………………………………………………………………………………………….. 16
10.1 Kebajikan Pelajar
10.2 Prasarana Kolej
11.0 Waktu Melawat…………………………………………………………………………………………. 19
12.0 Peta Perjalanan ke Kolej……………………………………………………………………………… 20
13.0 Senarai Lokasi Penginapan………………………………………………………………………….. 21
14.0 Lampiran………………………………………………………………………………………………... 24
3
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
1.0 Pendaftaran
1.1 Butir-butir Pendaftaran
Tarikh : 17hb Mei 2015 (Ahad)
Tempat : Dewan Badlishah, Kolej MARA Kuala Nerang
Masa Aktiviti
8.00 – 9.30 pagi : Pendaftaran pelajar.
9.30 – 11.00 pagi : Mesyuarat Agong MUAFAKAT Cawangan KMKN
11.00 – 1.00 petang
:
Sesi taklimat Ibu bapa / waris bersama Pengarah Kolej Pengarah CPS UniKL Ahli Pengurusan KMKN
1.00 – 3.00 petang
:
Majlis Bersurai Urus diri di Asrama
3.00 – 5.00 petang : Taklimat Minggu Silaturrahim
1.2 Penampilan Pelajar
Lelaki Perempuan
Memakai baju kemeja lengan panjang (kemas dan bersih).
Baju kurung (bertudung bagi
muslimah).
Seluar “slacks”. Kasut hitam bertutup.
Kasut kulit atau PVC hitam dan sarung kaki.
Sarung kaki.
Rambut:
Bahagian depan tidak melebihi kening.
Bahagian belakang tidak melebihi kolar baju.
Bahagian sisi tidak menutupi cuping telinga.
4
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
2.0 Yuran Pengajian
Butiran Pembayaran
Bil. Perkara Jumlah (RM)
1 Pakej Pendaftaran & Minggu Silaturahim (MSR) 130.00
2 Yuran dan Saham Koperasi 32.00
3 Yuran Dobi (RM10/bulan) 50.00
4 Yuran HEP / Perubatan 100.00
5 MUAFAKAT 70.00
6 Yuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 30.00
7 Modul Pembelajaran 38.00
8 Pakaian Unit Beruniform / Kokurikulum 50.00
Jumlah Keseluruhan 500.00
Kaedah Bayaran Pendaftaran
Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan pada hari pendaftaran secara:
TUNAI atau
“MONEY ORDER” atau “BANK DRAF” atas nama “PENGARAH KOLEJ MARA
KUALA NERANG”.
Wang tunai sebanyak RM150.00 perlu disediakan untuk pembelian buku rujukan. Pihak
Kedai Koperasi akan menguruskan pembelian buku teks tersebut selepas Minggu
Silaturrahim.
JIKA PELAJAR MENARIK DIRI DARI PROGRAM, ATAU DITAMATKAN
PENGAJIAN, SEMUA YURAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
5
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
3.0 Latar Belakang Kolej
Kolej MARA Kuala Nerang atau ringkasannya KMKN, memulakan operasi dan misi
utamanya dalam mendidik anak bangsa bermula pada 1hb Disember 1994.
Pembinaannya mencecah belanja sebanyak RM16 juta di dalam kawasan seluas 36 ekar.
KMKN terletak di dalam daerah Padang Terap, Kedah dan berdekatan Pekan Kuala
Nerang. KMKN dihubungkan sejauh 29km dengan Bandaraya Alor Setar.
Hala tuju Kolej dikawal oleh Bahagian Pendidikan Tinggi MARA yang berpejabat di
Bangunan MARA, Kuala Lumpur. MARA adalah sebuah badan berkanun dan agensi
dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Selain daripada Kolej
MARA, terdapat banyak lagi Institusi Pendidikan MARA (IPMA) lain seperti Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej Profesional MARA (KPM), Institut Kemahiran MARA
(IKM), Giat MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Institusi seperti Kolej
PolyTech MARA (KPTM) dan UniKL berada dalam kelas tersendiri kerana mereka
merupakan anak syarikat MARA.
Kolej tidak mempunyai program-program akademik yang dibangunkannya sendiri.
Sebaliknya pihak Kolej hanya menjalankan program bagi pihak penganjur program seperti
Kementerian Pendidikan Malaysia dan UniKL. Program sulung Kolej bermula pada tahun
1995 iaitu Program Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Selepas penamatan tempoh
program tersebut pada tahun 2000, Kolej meneruskan operasinya dengan menjalankan
Program Matrikulasi Jurusan Perakaunan Kementerian Pendidikan Malaysia dan diikuti
Program Asasi UniKL sehingga kini.
6
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
4.0 Profil Korporat
Visi
Peneraju Keunggulan Pendidikan dan Keusahawanan.
Misi
Menjadi Institusi Pendidikan Terunggul untuk Melahirkan Pelajar yang Berkemampuan
dan Berpotensi Tinggi dalam Bidang Sains, Teknologi dan Keusahawanan.
Slogan
Keunggulan Budaya Kita.
Objektif
1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, sekurang-kurangnya 75%
pelajar mendapat PNGK 3.00 ke atas pada akhir semester 2.
2. Memastikan 100% pelajar berjaya ke universiti setelah tamat sesi pengajian.
3. Membentuk modal insan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan
mengamalkan nilai-nilai murni.
4. Melengkapkan dan menguruskan kemudahan alatan pengajaran dan
pembelajaran, ICT serta prasarana PSP mengikut piawaian MARA.
5. Membentuk warga kolej yang berintegriti dan beretika kerja cemerlang.
6. Mendedahkan warga kerja dengan kursus/latihan yang bersesuaian dengan
perkhidmatan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
7. Mematuhi arahan dan peraturan MARA dan Kementerian Pendidikan Malaysia,
serta memenuhi syarat-syarat CQA UniKL dan MQA.
8. Menunaikan tanggungjawab sosial kepada ibu bapa, masyarakat dan organisasi
luar.
9. Mengamalkan prinsip 5S sepanjang masa.
7
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
5.0 Ahli Pengurusan Kolej
Pn Hjh Shaariah binti Dahman
Pengarah
En Shahrani bin Mohamed
Timbalan Pengarah HEA
En Shamsudin bin Mahmud
Timbalan Pengarah HEP
Pn Zairani binti Ismail
Ketua Jabatan Sains Sosial
8
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
Cik Norsitah binti Shaari
Ketua Jabatan Bahasa
En Roslan bin Hanafi
Ketua Jabatan Matematik
Tn Hj Mohd Nizam bin Jamaludin
Ketua Jabatan Sains
Pn Saidatul Nadia binti Sulaiman
Kaunselor
Pn Shamshul Mardziyah binti Arshad
Penyelaras Program FIST UniKL
9
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
Pn Nabilah binti Hashim
Penyelaras Program FSc UniKL
Pn Edwiah binti Shafie @ Hanafi
Penyelaras Kokurikulum
En Jamal Nasir bin Hj Musa
Ketua UPPK
En Abu Bakar bin Ismail
Ketua Felo
En Ahmad Sofi bin Ismail
Penolong Pegawai Tadbir Kanan
10
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
6.0 Program Pengajian di Kolej
Program : Matrikulasi Jurusan Perakaunan 1 Tahun
Penganjur Program : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Jabatan : Bahagian Matrikulasi (BM)
Kumpulan Pelajar Pertama : 2000
Pendaftaran Pelajar : Mei
Program : Foundation in Science & Technology (FIST)
Penganjur Program : Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Jabatan : Centre for Preparatory Studies (CFS)
Kumpulan Pelajar Pertama : 2009
Pendaftaran Pelajar : Mei
Program : Foundation in Science (FSc) United Kingdom
Aliran : Kejuruteraan
Penganjur Program : Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Jabatan : Centre for Preparatory Studies (CFS)
Kumpulan Pelajar Pertama : 2008
Pendaftaran Pelajar : Julai
Program : Foundation in Science (FSc) Vinayaka, India
Aliran : Perubatan
Penganjur Program : Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Jabatan : Centre for Preparatory Studies (CFS)
Kumpulan Pelajar Pertama : 2009
Pendaftaran Pelajar : Julai
11
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
Program : Foundation in Science (FSc) RCMP, Ipoh
Aliran : Perubatan
Penganjur Program : Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Jabatan : Centre for Preparatory Studies (CFS)
Kumpulan Pelajar Pertama : 2008
Pendaftaran Pelajar : Julai
Program : Foundation in Science (FSc) RCMP, Ipoh
Aliran : Farmasi
Penganjur Program : Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Jabatan : Centre for Preparatory Studies (CFS)
Kumpulan Pelajar Pertama : 2010
Pendaftaran Pelajar : Julai
Program : Foundation in Science (FSc) Australia / New Zealand
Aliran : Kejuruteraan
Penganjur Program : Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Jabatan : Centre for Preparatory Studies (CFS)
Kumpulan Pelajar Pertama : 2009
Pendaftaran Pelajar : Februari
Program : Foundation in Business (FiB) Australia / New Zealand
Aliran : Perakaunan
Penganjur Program : Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Jabatan : Centre for Preparatory Studies (CFS)
Kumpulan Pelajar Pertama : 2013
Pendaftaran Pelajar : Julai
12
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
7.0 Pembangunan Hal Ehwal Akademik
7.1 Kehadiran
Pelajar wajib menghadiri semua kuliah, tutorial, amali, aktiviti kokurikulum dan
semua aktiviti rasmi kolej mengikut masa dan jadual yang ditetapkan.
Setiap pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri aktiviti –
aktiviti di dalam kolej atau di luar kolej.
Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil cuti sakit yang sah atau
mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah, Timbalan Pengarah HEA
atau HEP dibenarkan meninggalkan kuliah dan aktiviti kokurikulum.
7.2 Penilaian
Penilaian terhadap mata pelajaran dilakukan secara berkala dan berterusan
berdasarkan tugasan dan tutorial yang dibuat dalam minggu perkuliahan sesuatu
semester mengikut kaedah – kaedah yang dibenarkan.
Penilaian terhadap mata pelajaran dinilai seperti berikut :
Kerja Kursus dan Peperiksaan Akhir 100% Kerja Kursus
Kerja Kursus terdiri daripada:
Ujian Pertengahan Semester
Kuiz
Tugasan / Kajian / Projek / Tutorial
Amali (Fizik & Kimia)
Ujian
Kuiz
Tugasan / Kajian / Projek / Tutorial
Amali (Pendidikan Islam dan Study
and Critical Thinking Skills)
Peratusan peperiksaan akhir adalah 70% (bagi subjek teras sahaja) daripada markah
keseluruhan mata pelajaran.
13
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
7.3 Jam Kredit
Jam kredit bagi setiap kursus berdasarkan waktu pertembungan antara pelajar dan
pensyarah. Penetapan jam kredit bagi setiap kursus seperti berikut:
1 jam kuliah seminggu dalam satu semester biasa = 1 jam kredit atau
1 kelas amali (2-3 jam) seminggu dalam satu semester biasa = 1 jam kredit.
7.4 Bahasa Penghantar
Bahasa pengantar yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran
adalah Bahasa Inggeris kecuali Pendidikan Islam.
Semua kerja kursus yang dilakukan mestilah dalam Bahasa Inggeris kecuali
subjek Pendidikan Islam.
7.5 Jadual Sesi Pengajian
Rujuk lampiran atau laman web di http://www.kmkn.edu.my
14
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
8.0 Pembangunan Hal Ehwal Pelajar
8.1 Sistem Mentor Mentee
Sistem Mentor merupakan suatu proses interaksi antara individu atau kumpulan
yang melibatkan mentor membimbing, menyokong, memberi nasihat dan
bimbingan terhadap mentee.
Setiap kumpulan mempunyai 11 – 15 orang pelajar dan dikendalikan oleh mentor
yang terdiri daripada pensyarah.
Memberi nasihat yang berkaitan hal ehwal akademik dan perkara – perkara lain
yang berkaitan peningkatan kecemerlangan pelajar.
8.2 Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum telah diberi pengiktirafan sebagai sebahagian mata pelajaran
akademik. Setiap pelajar diwajibkan lulus mata pelajaran kokurikulum sebagai salah
satu syarat penganugerahan sijil tamat pengajian.
8.3 Unit Kaunseling & Kerjaya
Unit Kaunseling berfungsi membantu pelajar dalam usaha menyokong
perkembangan pelajar untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti dan seimbang.
15
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
9.0 Etika Berpakaian
9.1 Ketika Waktu Akademik
Lelaki Perempuan
Memakai baju kemeja tanpa corak berlengan panjang.
Baju kurung (bertudung bagi
muslimah).
Seluar “slacks”.
Tudung berwarna cerah tanpa
corak.
Kasut kulit atau PVC berwarna hitam dan bersarung kaki.
Kasut: Bertutup dan berwarna hitam
serta bersarung kaki. Berketinggian 1 inci. Tali Leher
9.2 Ketika Aktiviti di Luar Waktu Akademik
Lelaki Perempuan
Sepasang pakaian kebangsaan (baju melayu hitam) lengkap bersamping serta songkok hitam untuk majlis rasmi kolej.
Baju kurung (bertudung bagi
muslimah).
Sepasang pakaian kebangsaan (sebarang warna) lengkap bersamping serta songkok hitam untuk Solat Jumaat.
Sepasang kasut sukan, sarung kaki,
seluar “track bottom” dan baju T berlengan panjang (sebarang warna tanpa corak).
Sepasang kasut sukan, sarung kaki, seluar “track bottom” dan baju T berkolar (sebarang warna tanpa corak).
Telekung (bagi pelajar Islam).
Sepasang sandal. Sepasang sandal.
16
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
10.0 Kemudahan
10.1 Kebajikan Pelajar
Rawatan di Hospital Kerajaan
Semua pelajar diberi rawatan percuma sebagai pesakit luar dan dikenakan caj
tertentu oleh pihak hospital sekiranya dimasukkan ke wad. Hospital terdekat ialah
Hospital Kuala Nerang dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Penginapan dan Makanan/Minuman
Sepanjang sesi pengajian, penginapan disediakan di Kolej Kediaman manakala
makanan dan minuman disediakan secara percuma kepada pelajar oleh pihak
MARA di Dewan Selera Kolej MARA Kuala Nerang.
10.2 Prasarana Kolej
Prasarana Catatan
Bangunan Akademik
Menempatkan 3 blok bangunan akademik iaitu Blok Cemerlang, Blok Gemilang dan Blok Unggul yang menempatkan bilik tutoran, dewan kuliah, makmal komputer dan makmal sains.
Gimnasium
Terdapat 2 buah gimnasium. Umumnya kedua-dua gimnasium tersebut dikategorikan kepada cardio training equipment dan strength training equipment.
Bilik Muzik
Menyediakan pelbagai alatan muzik moden dan tradisional seperti keyboard, gitar akustik, gitar elektrik, gitar bass, drum set, angklung, kompang dan gendang. Lazimnya pelajar memainkan alatan-alatan tersebut pada majlis-majlis rasmi kolej.
Senam Riang (Sedang dinaik taraf)
Seperti di taman-taman rekreasi, alatan senaman disediakan untuk kemudahan pelajar-pelajar melakukan senaman ringan di luar waktu akademik.
Dewan Utama
Dewan Utama yang dikenali sebagai Dewan Badlishah merupakan pusat pelajar yang digunakan untuk pelbagai majlis rasmi dan aktiviti.
17
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
Prasarana Catatan
Dewan Selera
Dewan Selera ini dinamakan Sri Nerang. Pelajar menikmati hidangan percuma di dewan selera sebanyak 5 kali sehari.
Pengangkutan
Kolej MARA memiliki sebuah bas dan 3 buah van sebagai alat pengangkutan bagi pelajar sekiranya pelajar-pelajar perlu menghadiri aktiviti di luar kawasan kolej. Van juga disediakan untuk pelajar yang ingin ke hospital.
Kedai Koperasi
Kedai Koperasi menjual barangan kegunaan harian dan menyediakan perkhidmatan fotostat.
Surau
Surau yang diberi nama al-Huda boleh memuatkan 1000 jemaah. Surau dilengkapi pendingin hawa dan LCD projector.
Pusat Dobi
Pelajar hanya perlu menghantar pakaian pada sebelah pagi sebelum masuk ke kelas dan mengambil semula pada sebelah petang. Bayaran dobi telah dijelaskan ketika pendaftaran.
Kemudahan ICT
Unit ICT telah membangunkan beberapa kemudahan ICT bertujuan memudahkan proses pembelajaran pelajar seperti Zon WiFi, Makmal Komputer, Perkhidmatan Percetakan Berinternet, Kemudahan Pengimbas (Flatbed Scanner dan Mouse Scanner), Kamus Digital dan LCD Projector.
Perpustakaan
Perpustakaan yang diberi nama Pustaka Budiman menempatkan sejumlah 12,227 buah buku pelbagai kategori dan tajuk. Pustaka Budiman mempunyai dua tingkat dan dilengkapi Zon WiFi.
Prasarana Sukan
Pengurusan Kolej sentiasa menaik taraf prasarana sukan bagi memenuhi keperluan pelajar setiap tahun. Antara prasarana tersebut adalah padang bola, padang ragbi, gelanggang takraw, gelanggang bola jaring, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, gelanggang tenis, gelanggang bola baling, gelanggang street soccer dan gelanggang badminton. Keperluan permainan lain seperti ping pong, memanah dan petanque juga disediakan.
18
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
Prasarana Catatan
Kafetaria
Kafetaria menyediakan makanan berlauk dan bergoreng. Lazimnya kafetaria menjadi tumpuan staf dan pensyarah. Namun pelajar-pelajar yang ingin menukar selera sekali sekala daripada makanan rutin di dewan selera, bolehlah berbelanja di kafetaria.
Kolej Kediaman
Kawasan Kolej Kediaman atau lazimnya dikenali sebagai asrama pelajar menempatkan lima blok utama terdiri daripada Insaniah, Iltizam, Ikhlas, Iman dan Ikhsan. Setiap aras di dalam sesebuah blok dilengkapi bilik untuk menonton televisyen, sudut seterika, pantri dan mesin basuh berbayar.
19
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
11.0 Waktu Melawat
Pelawat dikehendaki melapor diri di Balai Pengawal Kolej MARA Kuala Nerang. Waktu
melawat adalah seperti berikut:
Khamis : 5.00 ptg – 6.30 ptg
Jumaat : 10.00 pg – 6.30 ptg
Sabtu : 8.00 pg – 6.30 ptg
(Waktu lawatan juga dibenarkan atas kes – kes kecemasan dengan kebenaran Pengarah
Kolej MARA Kuala Nerang).
Tempat berjumpa pelajar adalah di Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman (PPKK).
20
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
12.0 Peta Perjalanan ke Kolej
Plaza Tol Alor Setar (U)
Pusat Bandar Alor Setar
Dari arah Stesen Bas Sahab Perdana,
Plaza Tol Alor Setar (S)
Dari arah Bandar Jitra
Dari arah Pekan Langgar
Balai Polis Pokok Sena
Hospital Sultanah Bahiyah
Dari arah Pekan
Kuala Nerang
Dari arah Kg. Rambutan
Dari arah Kg. Nako Nambua
Kolej MARA Kuala Nerang
29 KM
Nota:
1. Hanya lampu isyarat dan simpang utama sahaja ditunjukkan. Bilangan sebenar melebihi daripada yang
ditunjukkan di dalam peta.
2. Jarak Kolej MARA Kuala Nerang dengan Pekan Kuala Nerang adalah 5km sahaja. Ibubapa dan pelajar
boleh membeli barang keperluan di pekan tersebut.
21
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
13.0 Senarai Lokasi Penginapan
SERI MALAYSIA (32 KM)
Lot 005127, Mukim Alor Malai,
Daerah Kota Setar, Jalan Stadium,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047308737
www.serimalaysia.com.my
HO
TE
L
HOLIDAY VILLA (33 KM)
Lot 162 & 163, Jalan Tunku Ibrahim,
Bandar Alor Setar, Mukim Kota Setar,
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047349999
www.holidayvillaalorsetar.com
HO
TE
L
REGENCY (33 KM)
Lot 134-141, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047335917
aor.theregency.com.my
HO
TE
L
NEW REGENT (33 KM)
1536, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047315000
newregent.my
HO
TE
L
STARCITY (31 KM)
No. 88, Jalan Pintu Sepuluh,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047355888
www.starcity.com.my
HO
TE
L
GRAND CRYSTAL (31 KM)
40, Jalan Kampung Perak,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047313333
www.grandcontinental-
hotels.com/Grand_Crystal_Alor_Star/Top/
HO
TE
L
GRAND ALORA (32 KM)
No. 888, Persiaran Bandar Baru Mergong,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047708888
www.grandalorahotel.com
HO
TE
L
THE LEVERAGE (32 KM)
12, Jalan Lengkok Sari,
Taman Bandar Baru Mergong,
05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047355555
www.leveragehotel.com
HO
TE
L
HOTEL ROYALE (31 KM)
97, Jalan Putra,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047330922
HO
TE
L
SENTOSA REGENCY (31 KM)
250, Jalan Putra,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047303999
www.sentosaregencyhotel.com.my
HO
TE
L
22
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
DUSUN RESORT (8 KM)
KM4, Jalan Padang Sanai,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047864388
www.dusunresort.com
RE
SO
RT
TERAP INN (2 KM)
Jalan Bukit Gedung,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047860639
RE
SO
RT
PJ SENTOSA RESORT
KM33, Jalan Puncak Janing,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047865555
RE
SO
RT
MOTEL (HOMESTAY)
No. 3 & 4, Taman Desa Ilmu,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047821294,
0125292190 (Hj. Sobri) M
OT
EL
T+ HOTEL (32 KM)
No. 12 & 13,
Kaw. Perusahaan Tandop Baru,
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047718888
www.thotel.com.my
HO
TE
L
SUDIN HOMESTAY (1 KM)
Taman Pelangi,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman.
Tel: 047869168, 0194108948 (Halim),
0194809300 (Din)
HO
ME
ST
AY
MY HOMESTAY (1 KM)
Taman Sri Emas
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0194124052 (Pak Ku)
HO
ME
ST
AY
BELIMBING INDAH (2 KM)
No. 41, Taman Belimbing Indah,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0194580914
http://belimbingindah.blogspot.com/
HO
ME
ST
AY
HOMESTAY-TAMAN JATI (3 KM)
No. 196, Taman Jati
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0135318855,
0195469966
HO
ME
ST
AY
HOMESTAY-TMN AKASIA (6 KM)
Taman Akasia,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0195486518
HO
ME
ST
AY
23
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
HOMESTAY ALHUSNA (6 KM)
No. 87, Taman Akasia,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0194505338, 0194058392,
0195640167
HO
ME
ST
AY
HANI HOMESTAY (6 KM)
No. 84, Taman Akasia,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0134971447,
0199179884
HO
ME
ST
AY
NUR AUNI HOMESTAY (6 KM)
Taman Akasia,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0134524292, 0124411307
HO
ME
ST
AY
D’ SIMPLE (1 KM)
Taman Cengal,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0164050989,
0174809818
HO
ME
ST
AY
HOMESTAY MAT (1 KM)
Taman Pelangi,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 047864977, 0164809818
HO
ME
ST
AY
POKOK SENA HOMESTAY (12 KM)
Lot 1956-1959, Batu 9, Jalan Pokok Sena,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0124273120 (Hjh Hartini),
0124123120 (En Harzley) H
OM
ES
TA
Y
D’ SEMELIANG (5 KM)
65, Kampung Semeliang,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0194310659 (Khairul Azizi),
0108376151 (Zuraini), 0194988004 (Isa),
0195419892 (Fauziah)
www.anzdynamic.com/homestay/
HO
ME
ST
AY
SIREH INN HOMESTAY (1 KM)
No. 9, Taman Cengal,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0123845814,
0135336302, 0195517279
HO
ME
ST
AY
HOMESTAY (1 KM)
Taman Cengal,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0134268333,
0194184894
HO
ME
ST
AY
HOMESTAY (1 KM)
No. 11, Taman Cengal,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 0195658830 (Ah Kow),
0135360183 (Jan)
HO
ME
ST
AY
24
2015 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
14.0 Lampiran
Kalendar Akademik
Etika Pemakaian Pelajar
Kategori Kesalahan
Carta Alir Proses Pendaftaran
Dokumen A (Senarai Semak Borang)
Borang KN1
Borang KN2
Borang KN3
Borang KN4
Borang KN5
Borang KN6
Borang KN7
Borang Keahlian MUAFAKAT
Resit Bayaran Yuran
PROGRAM FOUNDATION IN SCIENCE & TECHNOLOGY (FIST) UNIKL
SESI 2015/2016
SEMESTER I
AKTIVITI BILANGAN MINGGU TARIKH
Pendaftaran 17/05/15
Minggu Silaturrahim (MSR) 1 minggu 17/05/15 – 21/05/15
Kuliah 8 minggu 24/05/15 – 16/07/15
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu 17/07/15 – 25/07/15
Kuliah 8 minggu 26/07/15 – 17/09/15
Minggu Ulangkaji 1 minggu 20/09/15 – 24/09/15
Peperiksaan 1 minggu 27/09/15 – 01/10/15
Cuti Akhir Semester 4 minggu 02/10/15 – 31/10/15
SEMESTER II
AKTIVITI BILANGAN MINGGU TARIKH
Reorientasi / Taklimat Akademik 1 minggu 01/11/15 – 05/11/15
Kuliah 8 minggu 08/11/15 – 31/12/15
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu 01/01/16 – 09/01/16
Kuliah 8 minggu 10/01/16 – 03/03/16
Minggu Ulangkaji 1 minggu 06/03/16 – 10/03/16
Peperiksaan 1 minggu 13/03/16 – 17/03/16
Cuti Akhir Semester 5 minggu 18/03/16 – 21/04/16
SEMESTER III
AKTIVITI BILANGAN MINGGU TARIKH
Technical Training 8 minggu 24/04/16 – 16/06/16
TAMAT PROGRAM
Tarikh Penting
Ujian MUET Akhir Tahun
i. Speaking: 7, 8, 9, 10, 14 & 15 September 2015
ii. Listening, Reading & Writing: 7 November 2015
18 Jun 2015 Awal Ramadhan
17 – 18 Julai 2015 Hari Raya Aidil Fitri
31 Ogos 2015 Hari Kemerdekaan
16 September 2015 Hari Malaysia
24 – 25 September 2015 Hari Raya Qurban
14 Oktober 2015 Maal Hijrah
10 November 2015 Deepavali
24 Disember 2015 Maulidur Rasul
25 Disember 2015 Hari Krismas
8 - 9 Februari 2016 Tahun Baru Cina
KALENDAR AKADEMIK
ETIKA BERPAKAIAN
Bertali Leher
Memakai Kad Pelajar
Memakai Tali Pinggang
Memakai Kemeja Berlengan Panjang
Memakai Kasut Kulit atau PVC Hitam
Memakai Seluar “Slacks”
KESALAHAN KELAS A
KATEGORI KESALAHAN TATATERTIB TINDAKAN / HUKUMAN
PENENTU /
PELAKSANA
HUKUMAN
1.1 Berzina / mengadakan hubungan seks
atau hubungan seksual luar tabii.
A. Laporkan kepada pihak berkuasa / polis
DAN / ATAU
B. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa / penjaga dalam tempoh 24 jam
DAN / ATAU
C. Penarikan balik biasiswa atau elaun
DAN / ATAU
D. Cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari kolej
Jawatankuasa Pengadilan Tatatertib Kolej (JPTK) ATAU Penaja
1.2 Hamil luar nikah dalam tempoh
pengajian.
1.3 Merogol / melakukan paksaan seksual
terhadap orang lain.
1.4 Berkhalwat atau berpasangan sama /
berlainan jantina dalam keadaan
sumbang atau mencurigakan.
1.5 Menyimpan, memiliki, mengguna,
mengedar, menghasil atau menjual
sebarang bahan berunsur lucah, ganas
atau tidak bermoral.
1.6 Mencabul atau cubaan mencabul
kehormatan orang lain.
1.7 Gangguan seksual (rujuk pekeliling
terbaru MARA).
1.8 Melakukan perbuatan, aksi atau pertuturan yang tidak bermaruah atau lucah.
1.9 Menyebabkan kematian secara sengaja / tidak sengaja dengan senjata / tanpa senjata.
1.10 Mendera / menyeksa / membuli seseorang secara berseorangan atau berkumpulan.
1.11 Bersubahat mendera / menyeksa seseorang secara berseorangan atau berkumpulan.
1.12 Mencedera / menyebabkan kecederaan kepada seseorang atau berkumpulan.
KATEGORI KESALAHAN
KATEGORI KESALAHAN TATATERTIB TINDAKAN / HUKUMAN
PENENTU /
PELAKSANA
HUKUMAN
1.13 Pergaduhan yang mengakibatkan kecederaan sama ada sesama pelajar, dengan anggota kerja kolej atau dengan pihak luar.
A. Laporkan kepada pihak berkuasa / polis
DAN / ATAU
B. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa / penjaga dalam tempoh 24 jam
DAN / ATAU
C. Penarikan balik biasiswa atau elaun
DAN / ATAU
D. Cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari kolej
Jawatankuasa Pengadilan Tatatertib Kolej (JPTK) ATAU Penaja
1.14 Menyimpan memiliki, mengguna, mengedar / menjual sebarang jenis dadah dan /atau sebarang peralatan berkaitan penyalahgunaan dadah.
1.15 Menyimpan memiliki, mengguna, mengedar atau menjual sebarang jenis minuman keras.
1.16 Menyimpan dan memiliki senjata api dan apa jua bahan letupan.
1.17 Cubaan membunuh diri.
1.18 Mengamuk yang mendatangkan kesusahan / kecederaan / kerosakan / kemusnahan kepada orang lain dan mana-mana harta benda.
1.19 Merompak atau juga tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai rompakan / samun melibatkan ugutan / senjata.
1.20 Menganjurkan, menggerakkan / menghasut orang lain agar berkumpul dan bertindak ganas / menunjuk perasaan yang boleh menyebabkan kerosakan harta / mengancam keselamatan kolej / awam.
1.21 Melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan nama baik kolej dan / atau terlibat dalam mana-mana prosiding jenayah di mahkamah sivil dan / atau mahkamah syariah semasa masih menjadi pelajar.
1.22 Diputuskan bersalah oleh mahkamah atas sebarang kesalahan jenayah atau yang melibatkan denda RM500 ke atas.
1.23 Menyimpan, memiliki, mengguna, membuat, mengedar, membawa atau menjual sebarang senjata, bahan letupan atau alatan yang boleh membahayakan.
KATEGORI KESALAHAN TATATERTIB TINDAKAN / HUKUMAN
PENENTU /
PELAKSANA
HUKUMAN
1.24 Menyiar dan / atau mencetak dan / atau membuka laman sesawang (web) dan / atau mononton dan / atau menyebarkan maklumat / dokumen yang mengandungi bahan berunsur lucah dan / atau ganas dan / atau tidak bermoral dan / atau mengancam keselamatan negara.
A. Laporkan kepada pihak berkuasa / polis
DAN / ATAU
B. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa / penjaga dalam tempoh 24 jam
DAN / ATAU
C. Penarikan balik biasiswa atau elaun
DAN / ATAU
D. Cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari kolej
Jawatankuasa Pengadilan Tatatertib Kolej (JPTK) ATAU Penaja
1.25 Bekerjasama dan / atau terlibat dalam mempromosi dan / atau merekrut, melatih sebarang kumpulan / pertubuhan haram.
1.26 Memeras ugut atau apa jua tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai peras ugut dengan menggunakan sesuatu ancaman berupa fizikal dan / atau mental, atau tekanan keselamatan kepada mana-mana pihak.
1.27 Berjudi dan / atau terlibat dalam sebarang bentuk / kegiatan perjudian, loteri atau pertaruhan wang dan sebagainya.
1.28 Memecah dan / atau menceroboh masuk sesuatu premis (zon dan / atau pada waktu larangan) dan / atau mencuri harta benda / wang / maklumat / dokumen dan sebagainya.
1.29 Melakukan sebarang bentuk pencerobohan kepada sebarang maklumat di dalam sistem maklumat kolej.
1.30 Mencuri dan / atau memiliki harta benda / wang kepunyaan orang lain tanpa izin yang jumlah keseluruhan bernilai RM100 dan ke atas.
1.31 Mengambil / memiliki / mengedar dalam sebarang bentuk kertas soalan ujian atau peperiksaan yang belum dijalankan.
1.32 Memalsu / menipu / menyalah guna / mengedar / menjual sijil cuti sakit hospital atau klinik atau apa-apa dokumen yang dikawal dalam apa cara sekalipun.
1.33 Meniru tandatangan pengarah, kakitangan, pensyarah atau individu lain
A. Laporkan kepada pihak berkuasa /
Jawatankuasa Pengadilan Tatatertib
KATEGORI KESALAHAN TATATERTIB TINDAKAN / HUKUMAN
PENENTU /
PELAKSANA
HUKUMAN
untuk kepentingan sendiri atau individu lain.
polis DAN / ATAU
B. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa / penjaga dalam tempoh 24 jam
DAN / ATAU
C. Penarikan balik biasiswa atau elaun
DAN / ATAU
D. Cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari kolej
Kolej (JPTK) ATAU Penaja 1.34 Menyalahgunakan nama dan / atau
jawatan seseorang untuk kepentingan sendiri atau individu lain.
1.35 Melakukan sebarang bentuk suapan / rasuah kepada pensyarah dan / atau mana-mana kakitangan kolej.
1.36 Mengasas dan / atau menyebar dan / atau mengamalkan ajaran sesat dan / atau ekstrim yang bertentangan dengan akidah Islam, perundangan negara dan sebagainya.
1.37 Melakukan dan / atau disabitkan mana-mana Kesalahan Tatatertib Kategori B melebihi 3 kali.
KESALAHAN KELAS B
KATEGORI KESALAHAN TATATERTIB TINDAKAN / HUKUMAN
PENENTU /
PELAKSANA
HUKUMAN
2.1 Mencuri dan / atau memiliki harta benda /
wang kepunyaan orang lain tanpa izin yang
jumlah keseluruhan bernilai kurang dari
RM100.
Pelajar boleh dikenakan mana-mana hukuman berikut: a. Digantung pengajian
bagi tempoh tidak melebihi 2 minggu bagi KM dan 2 semester bagi KPM.
DAN / ATAU b. Penarikan balik
biasiswa atau elaun sara hidup;
c. Amaran bertulis; d. Menandatangani Surat
Akujanji; e. Melaksanakan kerja
amal; f. Dilucut hak
penggunaan kemudahan kolej;
g. Menghadiri sesi kaunseling;
h. Tahanan dalam kolej bagi tempoh tidak melebihi 4 minggu dengan mengikut peraturan berikut:
Tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej.
Tidak dibenarkan pulang bermalam.
Tidak dibenarkan mengikut, turut serta atau mewakili kolej dalam apa jua aktiviti yang diadakan di luar kolej.
Mesti melaporkan diri di Pejabat Felo Kolej di sepanjang tempoh tahanan berkenaan pada waktu yang ditetapkan.
Jawatankuasa
Pengadilan Tatatertib
Kolej (JPTK)
2.2 Merosakkan atau menyalahgunakan alatan
atau kemudahan kolej / awam / orang lain
dengan sengaja.
2.3 Bersikap biadap dan / atau berkelakuan tidak
sopan terhadap pensyarah / kakitangan dan
individu lain.
2.4 Menggelar atau melabelkan dan / atau
menuduh dan / atau memfitnah yang boleh
menjatuhkan maruah dan nama baik
pensyarah / kakitangan dan mana-mana
individu lain dengan apa cara sekalipun.
2.5 Ponteng kolej / kuliah (terlakluk kepada
peraturan kolej berkenaan).
2.6 Ingkar arahan pensyarah / kakitangan dan
mana-mana wakil yang menjalankan tugas
dan tanggungjawabnya.
2.7 Menipu dan / atau berbohong kepada
pensyarah atau kakitangan atau individu lain
untuk kepentingan sendiri.
2.8 Menganjurkan atau turut serta dalam pesta dan / atau majlis dan / alau aktiviti yang bercanggah dengan nilai-nilai moral dan agama Islam.
2.9 Berambut panjang hingga menutup telinga, mencecah kolar kemeja atau mencecah kening bagi lelaki dan / atau fesyen rambut yang tidak sesuai (contoh: afro, punk, skinhead, berekor dan yang seumpama dengannya) dan / atau mewarnakan rambut dan apa jua gaya yang tidak mengikut peraturan kolej.
KATEGORI KESALAHAN TATATERTIB TINDAKAN / HUKUMAN
PENENTU /
PELAKSANA
HUKUMAN
2.10 Tidak mematuhi peraturan berpakaian kolej.
Pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja bakti:
Bagi tempoh tidak
melebihi 2 jam. Dilakukan secara
individu / kumpulan, dan diletakkan dibawah seliaan guru / kakitangan yang ditetapkan oleh Pengarah.
DAN / ATAU Mengikuti tindakan pemulihan dalam tempoh 24 jam. DAN / ATAU Membayar ganti rugi mengikut jumlah yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa.
2.11 Memakai aksesori / barang kemas seperti gelang, rantai, subang dan sebagainya bagi pelajar lelaki.
2.12 Bertindik dan / atau bertatu pada mana-mana bahagian badan yong difikirkan tidak wajar oleh pihak kolej.
2.13 Mengotorkan bangunan dan premis kolej.
2.14 Keluar masuk kolej tanpa mengikut masa yang ditetapkan.
2.15 Keluar masuk kolej tanpa kebenaran pihak berkuasa kolej.
2.16 Enggan membayar hutang kepada kolej.
2.17 Membuat bising atau melakukan sesuatu yang mengganggu ketenteraman kolej atau perjalanan majlis.
2.18 Perbuatan untuk merancang melindungi, menolong, bekerjasama, memberi peluang dan enggan memberi kesaksian ke atas kesalahan yang dilakukan adalah dikira bersubahat.
2.19 Memperaga imej negatif yang bertentangan dengan peraturan dan budaya kolej dalam apa cara sekalipun.
2.20 Membawa masuk orang awam ke kawasan kolej tanpa kebenaran.
2.21 Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau menjual sebarang jenis bahan tembakau.
2.22 Menganjur, melibatkan diri sama ada secara langsung atau tidak langsung atau menghadiri sebarang aktiviti politik kepartian.
2.23 Menyertai sebarang aktiviti / pertandingan yang dianjurkan pihak luar tanpa kebenaran pihak kolej.
KATEGORI KESALAHAN TATATERTIB TINDAKAN / HUKUMAN
PENENTU /
PELAKSANA
HUKUMAN
2.24
Gagal mendaftar dan / atau mengemaskini nombor telefon dan nombor siri telefon bimbit masing-masing.
2.25 Kegagalan melaporkan pertukaran alamat atau keterangan mengenai hal-hal peribadi.
2.26 Sambungan secara haram sebarang alat elektrik.
2.27 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan wajar oleh pihak kolej untuk diambil tindakan.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN
KAUNTER PENGESAHAN TAWARAN
a. Tunjuk surat tawaran pengajian.
b. Isi borang kad matrik (No. Kolej).
c. Sediakan gambar berukuran pasport (Tulis nama dan no. k/p di belakang
gambar)
d. Dapatkan kupon koperasi , kupon makan dan tentatif pendaftaran.
KAUNTER BAYARAN YURAN
a. Membayar yuran.
b. Dapatkan resit bayaran.
KAUNTER DATA PELAJAR
a. Serahkan resit bayaran, no. kolej, sekeping gambar ukuran pasport.
b. Dapatkan tag nama sementara.
KE KOPERASI KMKN
a. Dapatkan barangan pakej pendaftaran.
b. Tunjukkan kupon
KE PEJABAT PENTADBIRAN KOLEJ KEDIAMAN (PPKK)
a. Dapatkan kunci bilik asrama.
1
2
3
5
4