Akuakultur 2010 Fa4.indd 1 11/02/2010 4:50:49 PM
KANDUNGAN
LATAR BELAKANG KURSUS
JADUAL KURSUS AKUAKULTUR AIR PAYAU 2010
JADUAL KURSUS AKUAKULTUR AIR TAWAR 2010
SINOPSIS KURSUS AKUAKULTUR AIR PAYAU
SINOPSIS KURSUS AKUAKULTUR AIR TAWAR
PROGRAM LATIHAN SANGKUT
PUSAT DAN MODUL LATIHAN SANGKUT
PETA PENUNJUK ARAH
MUKA SURAT
1 - 2
3
4
5 - 8
9 - 12
13
14
15 - 17
Isi Kandungan
Akuakultur 2010 Fa4.indd 2 11/02/2010 4:50 50 PM
OBJEKTIF KURSUS
1. Meningkatkan kemahiran penternak/pengusaha dengan kaedah dan amalan baik akuakultur yang moden dan mapan.
2. Meningkatkan produktiviti hasil ladang.
3. Memindahkan teknologi akuakultur kepada penternak/pengusaha.
4. Menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada penternak/pengusaha akuakultur.
KELAYAKAN PEMOHON
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
3. Mempunyai kesihatan yang baik.
4. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
5. Belia digalakkan memohon.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1. Penginapan.2. Sajian.
PERMOHONAN1. Permohonan digalakkan dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem
eLatihan yang boleh dicapai di laman web jabatan http://www.dof.gov.my atau http://www.eservices.dof.gov.my
2. Permohanan juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang KA1/04(pin3/2006) yang boleh diperolehi dari Pejabat Perikanan Daerah/ Negeri atau dimuat turun daripada laman web http://www.dof.gov.my
3. Borang hendaklah diisi dengan lengkap serta dimajukan semula ke pejabat tersebut enam minggu sebelum kursus dijalankan.
4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.5. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran oleh Pusat-
Pusat Latihan.
Organisasi yang berminat untuk menghantar penyertaan secara berkumpulan bolehlah mengemukakan permohonan bertulis kepada Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya dan kursus akan dijalankan mengikut kemampuan pusat latihan.
Latar Belakang Kursus
Permohonan hanya sah untuk tahun semasa. Permohonan semula perlu dibuat untuk tahun berikutnya.
1
Akuakultur 2010 Fa4.indd 1 11/02/2010 4:50 50 PM
2
Latar Belakang Kursus
PUSAT-PUSAT LATIHANSebarang pertanyaan mengenai kursus yang dijalankan bolehlah dikemukakan kepada pusat-pusat latihan yang berkenaan.
Kursus Akuakultur Air Payau
1. Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak, Kg. Pulau Sayak, 08500 Kota Kuala Muda,
Kedah Tel : 04-4374021 Faks : 04-4374470 E-mel : [email protected]
2. Pusat Pengeluaran Dan Penyelidikan Ikan Laut, Tanjung Demong, 22200 Besut, Terengganu
Tel : 09-6956778 Faks : 09-6958626 E-mel : [email protected]
3. Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, 81550 Gelang Patah, Johor Tel : 07-5101202 Faks : 07-5103015 E-mel : [email protected]
Kursus Akuakultur Air Tawar
1. Pusat Ikan Hiasan, Km 42 Jln Ipoh - K. Kangsar, 33600 Enggor, Perak
Tel : 05-7576300 Faks : 05-7578335 E-mel : [email protected]
2. Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, 27030 Jerantut, Pahang
Tel : 09-2601113 Faks : 09-2601110 E-mel : [email protected]
3. Pusat Pengembangan Akuakultur, 06000 Jitra, Kedah Tel : 04-9171468 Faks : 04-9171468 E-mel :
Akuakultur 2010 Fa4.indd 2 11/02/2010 4:50 51 PM
Sebarang pindaan/perubahan tarikh kursus adalah tertakluk kepada Jabatan Perikanan Malaysia tanpa sebarang notis.
Jadual Kursus Akuakultur Air Payau 2010
Singkatan:PPPIL - Pusat Pengeluaran & Penyelidikan Ikan Laut
IAM - Institut Akuakultur MarinPPTAP - Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau
3
KursusKod Tempat Bil Siri DisNovOktSepOgoJulJunMeiAprMacFebJanTempoh
(hari)Bil
Peserta
Asuhan Benih Ikan Marin Dalam TangkiAPBI 04 PPTAP Glg Patah 3 10 12 22 Mac - 2 Apr 12 - 23 25 Okt - 5 Nov
Teknologi Pembenihan Ikan MarinAPBI 05 PPPIL Tg Demong 2 15 13 13 - 25
Pembenihan & Pengurusan Hatcheri Udang MarinAPBU 01 IAM Pulau Sayak 1 20 20 11 - 30
Pembenihan & Pengurusan Hatcheri Udang GalahAPBU 02 IAM Pulau Sayak 1 30 30
Pengeluaran Benih Siput Sudu Dalam HatcheriAPBM 02 IAM Pulau Sayak 2 20 12 02 - 13 20 Jun - 1 July
Ternakan Ikan Marin dalam SangkarAPTI 05 PPPIL Tg Demong 2 15 6 6 - 11 31 Jul - 5 Ogos
Ternakan & Pengurusan Udang Marin Dalam KolamAPTU 01 IAM Pulau Sayak 2 20 12 4 - 15 26 Sept - 7 Oct
Penyediaan Makanan Rumusan Akuakultur Peringkat LadangAPFI 04 PPPIL Tg Demong 2 15 3 28 - 30 26-28
2Pengurusan Kesihatan Ikan MarinAPHI 01 PPPIL Tg Demong 15 6 3 - 8 2 - 7
2Teknik Penyediaan Makanan HidupAPFI 05 PPPIL Tg Demong 15 6 17 - 22 8 - 13
1 - 30
Ternakan Ikan Marin dalam TangkiAPTI 05 PPPIL Tg Demong 2 15 6 20 - 25 22 - 27
10-22
Akuakultur 2010 Fa4.indd 3 11/02/2010 4:50 51 PM
Jadual Kursus Akuakultur Air Tawar 2010
Sebarang pindaan/perubahan tarikh kursus adalah tertakluk kepada Jabatan Perikanan Malaysia tanpa sebarang notis.
Singkatan:PPA – Pusat Pengembangan Akuakultur
PIH – Pusat Ikan Hiasan
4
KursusKod Tempat Bil Siri DisNovOktSepOgoJulJunMeiAprMacFebJanTempoh
(hari)Bil
Peserta
11 - 15Pembenihan Ikan KeliATBI 02 PPA Jitra 5 20 5 7 - 11 21 - 25
16 - 2025 - 29
11 - 15Ternakan Ikan Dalam SangkarATTI 04 PIH Enggor 2 20 5 24 - 28
Ternakan Udang GalahATTU 01 PPA Perlok 2 25 5 21 - 25 20 -24
Teknologi Pembenihan Ikan KelisaATBI 03 PIH Enggor 2 20 5 14 -18 11 - 15
Taman AkuatikATLT 01 PIH Enggor 1 20 5 29 Mac - 2 Apr
Ternakan Ikan KelisaATBI 05 PIH Enggor 2 20 5 10 - 14 26 - 30
Asuhan Benih Ikan Keli Dalam Tangki / KolamATBI 04 PPA Jitra 2 20 5 17 - 21 7 - 11
Ternakan Ikan Air Tawar Dalam TangkiATTI 02 PIH Enggor 5 20 5 26 -30 21 - 25 5 - 9 20 - 241 - 5
1 - 4 Mac29 Mac - 4 Apr26 Apr - 29 Apr
Ternakan dan pengeluaran Ikan HiasanATTI 03 9 20 5 10 - 14
24 - 285 - 8
26 - 30 20 -2421 - 25PIH Enggor
Penyediaan Makanan Rumusan Akuakultur Peringkat LadangATFI 01 IAM Pulau Sayak 6 20 3 2 - 4 19 - 21 1 - 3 2 - 4 18 - 20 9 - 11
Pembenihan Ikan Air TawarATBI 01 PPA Perlok 3 20 8 19 - 26 31 Mei - 7 Jun 26 - 2 Ogos
Ternakan Ikan Air Tawar Dalam KolamATTI 01 PPA Perlok 8 25 5
22 Mac - 26 Mac29 Mac - 2 Apr12 Apr - 16 Apr
10 - 14 28 Jun - 2 Jul19 Jul - 23 Jul
27 Sep - 1 Okt11 Okt - 15 Okt
Ternakan Ikan Air Tawar Dalam KolamATBI 06 PPA Jitra 2 20 5 20 - 24 18 - 22
Akuakultur 2010 Fa4.indd 4 11/02/2010 4:50 51 PM
5
Sinopsis Kursus Akuakultur Air PayauAPBU 01 – PEMBENIHAN DAN PENGURUSAN HATCHERI UDANG MARIN
Melalui kursus ini pelatih diberi pendedahan secara teori dan amali mengenai teknik-teknik pembenihan Udang Harimau (Penaeus monodon) serta lawatan ke hatcheri-hatcheri udang marin. Kandungan kursus merangkumi pengenalan biologi udang marin, pemilihan dan reka bentuk tapak projek, pengurusan ternakan, pengurusan dan kawalan penyakit udang, kaedah pengurusan dan pengutipan hasil, penyelenggaraan peralatan ladang, pengurusan makanan dan pengenalan teknologi terkini ternakan. Latihan amali pula termasuk pengajaran mengenai pemilihan tapak projek, pensampelan dan penentuan kadar pemberian makanan, penggredan dan pengendalian hasil serta pengesanan dan pengurusan kejadian penyakit ternakan.
APBI 04 – ASUHAN BENIH IKAN MARIN DALAM TANGKI
Kursus memberikan pengetahuan secara teori dan praktikal mengenai kaedah asuhan benih ikan marin dalam tangki gentian kaca atau konkrit sehingga saiz 4 inci. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam teknik asuhan dalam tangki terutamanya kaedah pengurusan pengendalian ikan, penggredan, pemberian makanan rumusan, sistem kitaran air, kualiti air optimum, pengurusan kesihatan ikan serta kaedah pelupusan ikan-ikan yang dijangkiti penyakit.
APBI 05 – TEKNOLOGI PEMBENIHAN IKAN MARIN
Kursus adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal dalam teknik asuhan benih ikan laut yang merangkumi status dan potensi industri pengeluaran benih ikan, rekabentuk dan pembinaan tangki asuhan, pengurusan benih dan teknik pengredan, penyediaan keperluan makanan dan benih serta pengurusan kesihatan benih yang diberikan dalam kursus ini diharapkan dapat membantu meningkatkan hasil pengeluaran benih ikan laut.
Akuakultur 2010 Fa4.indd 5 11/02/2010 4:50 52 PM
Sinopsis Kursus Akuakultur Air PayauAPBU 02 – PEMBENIHAN DAN PENGURUSAN HATCHERI UDANG GALAH
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih meliputi pengenalan kepada sejarah perkembangan industri, status industri di Malaysia, pengenalan kepada COP (Code of Practice), dasar-dasar Jabatan Perikanan, teknik-teknik pembiakan secara tertutup dan terbuka, biologi Udang Galah, taburan semulajadi, pemilihan tapak, reka bentuk dan pembinaan hatcheri, kemudahan dan peralatan hatcheri, penyediaan air, makanan dan pemakanan larva/benih, pengurusan dan penyelenggaraan induk, penetasan larva, pengurusan ternakan larva, kutipan hasil, asuhan benih, pembungkusan dan pengangkutan benih, pengurusan dan penyelenggaraan peralatan hatcheri, rekod dan dokumentasi, ekonomi pembenihan, keperluan dan peraturan perdagangan antarabangsa. Latihan dijalankan secara teori, amali dan lawatan sambil belajar.
APBM 02 – PENGELUARAN BENIH SIPUT SUDU DALAM HATCHERI
Dalam kursus ini, pelatih akan diberi latihan secara amali dan teori dalam pelbagai aspek pembenihan dan ternakan siput sudu. Kandungan amali dan teori dalam kursus ini akan meliputi pemilihan dan pengurusan induk siput sudu yang berkualiti, biologi pembiakan dan kitaran hidup siput sudu, pengeluaran dan pengurusan benih atau larva siput sudu dalam tangki di dalam hatcheri, pengeluaran makanan hidup dan pemakanan larva siput sudu, penyediaan tali pemungut benih siput sudu, asuhan benih siput sudu dalam hatcheri dan sangkar ternakan, pembesaran benih siput sudu di sangkar untuk pasaran, musuh-musuh siput sudu di persekitaran semulajadi dan kawalannya, status penyakit siput sudu di Malaysia, pengurusan dan penyelenggaraan peralatan, jadual, rekod dan dokumentasi catatan serta penyimpanan rekod, ekonomi projek serta ciri-ciri usahawan yang berjaya.
6
Akuakultur 2010 Fa4.indd 6 11/02/2010 4:50 53 PM
APTI 05 – TEKNIK TERNAKAN IKAN MARIN (SANGKAR / TANGKI)
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih meliputi pengenalan kepada ternakan ikan laut dalam sangkar dan tangki, pemilihan dan biologi spesies-spesies ternakan, pemilihan tapak, reka bentuk sangkar/tangki, pembinaan sangkar/tamgki, keperluan kemudahan peralatan, penyediaan sangkar/tangki, pengurusan benih, pengurusan ternakan, penuaian, pengendalian dan penyelenggaraan peralatan, ekonomi ternakan sangkar/tangki, penyediaan kertas projek dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Kursus ini dijalankan secara teori, amali dan lawatan sambil belajar.
APTU 01 – TERNAKAN DAN PENGURUSAN UDANG MARIN DALAM KOLAM
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih secara teori, amali dan lawatan sambil belajar. Penumpuan lebih kepada Udang Harimau (Penaeus monodon) yang mempunyai nilai komersial. Kandungan kursus adalah meliputi industri penternakan udang laut, biologi dan ekologi udang penaeid, ekonomi ternakan, pengenalan kepada ekosistem air payau, pemilihan tapak, reka bentuk dan pembinaan kolam, penyediaan kolam untuk ternakan, penghasilan benih, tebaran benih dan makanan serta pemakanan udang, pengurusan kualiti air pada pada sistem kolam, pengurusan selepas tebaran, keperluan dan peraturan perdagangan antarabangsa serta ciri-ciri usahawan yang berjaya.
Sinopsis Kursus Akuakultur Air Payau
7
Akuakultur 2010 Fa4.indd 7 11/02/2010 4:50 54 PM
APFI 04 – PENYEDIAAN MAKANAN RUMUSAN AKUAKULTUR MARIN
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih mengenai panduan penyediaan makanan rumusan untuk ikan laut dan pengiraan formulasi makanan rumusan. Selain itu, ia juga menekankan tentang cara pemprosesan makanan ikan laut dan potensi bahan-bahan ramuan ini dalam ternakan ikan laut. Ia dijalankan secara teori, amali dan lawatan sambil belajar. Adalah dengan ini diharapkan para peserta mendapat kemahiran dalam memproses makanan ikan secara ‘home made’
APHI 01 – PENGURUSAN KESIHATAN IKAN MARIN
Kejadian penyakit dalam sistem ternakan dan hatcheri boleh memberi kesan terhadap penghasilan dan mengakibatkan kerugian. Dengan pengurusan kesihatan yang baik, penyakit ikan dapat dicegah dan dikawal di peringkat awal. Kursus ini dijangka dapat memberi pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dalam teknik pengurusan kesihatan ikan di mana peserta diajar secara tori dan amali dalam cara penyiasatan kematian ikan dan penghantaran sampel, mengenalpasti penyakit ikan dan kaedah rawatan, pengenalan kepada mutu air dan jenis sistem ternakan serta penggunaan peralatan Hatch Kit dalam analisa mutu air.
Sinopsis Kursus Akuakultur Air Payau
8
Akuakultur 2010 Fa4.indd 8 11/02/2010 4:50 55 PM
Sinopsis Kursus Akuakultur Air Tawar
ATBI 01 – PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR
Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah pembiakan spesies-spesies ikan air tawar terpilih secara semulajadi dan juga aruhan. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam memulakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti penentuan spesies, pemilihan tapak, merekabentuk, susunatur dan pembinaan hatcheri akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan hatcheri yang menyeluruh meliputi penyediaan tangki, pemilihan induk, penetasan telur, penyediaan makanan hidup, pemberian makanan, pemeriksaan mutu air, kawalan penyakit serta tuaian hasil akan diajar bagi memastikan operasi hatcheri yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.
ATBI 02 – PEMBENIHAN KELI
Melalui kursus ini pelatih akan didedahkan kepada teknologi terkini dalam menghasilkan baka benih yang cepat membesar melalui kaedah-kaedah pengurusan induk seperti pemilihan baka, pengasuhan, pemberian makanan, kematangan induk dan pembiakan secara terkawal. Kemahiran akan diterapkan kepada pelatih secara amali untuk menyediakan makanan, kaedah pengeluaran benih melalui hapa dan kolam, pengeraman tiruan, pengeluaran benih monoseks, penuaian hasil dan pembungkusan. Lawatan sambil belajar juga akan diadakan untuk mendedahkan secara amali untuk menyediakan makanan, kaedah pengeluaran benih dalam tangki, asuhan rega dan terdapat beberapa siri lawatan sambil belajar ke projek-projek yang berjaya.
ATBI 04 – ASUHAN BENIH IKAN KELI DALAM TANGKI / KOLAM
Kursus ini bagi pelatih yang pernah mengikuti kursus asas pembenihan ikan keli. Pelatih akan didedahkan kepada teknik asuhan benih di peringkat rega di dalam tangki dan kolam tanah. Pendedahan teori dan amali akan didedahkan kepada aspek penyediaan kolam asuhan, pengurusan benih, makanan, kesihatan, pengredan dan pembungkusan.
9
Akuakultur 2010 Fa4.indd 9 11/02/2010 4:50 56 PM
ATFI 01 – PENYEDIAAN MAKANAN RUMUSAN
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih mengenai panduan penyediaan makanan rumusan untuk ikan dan udang air tawar dan penggunaan ramuan dalam makanan akuatik. Selain itu, ia juga menekankan tentang cara pemprosesan makanan dan potensi bahan-bahan ramuan ini dalam ternakan udang atau ikan. Ia dijalankan secara teori, amali dan lawatan sambil belajar.
ATBI 06 / ATTI 01 – TERNAKAN IKAN AIR TAWAR DALAM KOLAM
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah menternak ikan air tawar dalam kolam tanah secara mapan. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti penentuan spesies ternakan, pemilihan tapak, merekabentuk, susunatur dan pembinaan kolam serta ladang akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan ternakan yang menyeluruh meliputi penyediaan kolam, peralatan, benih, mutu air, makanan, musuh, penyakit serta tuaian hasil diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.
ATTI 02 – TERNAKAN IKAN AIR TAWAR DALAM TANGKI
Kursus ini memberi pendedahan mengenai pelbagai pengetahuan dan kemahiran secara teori serta amali mengenai cara-cara, kaedah, prosedur dan pelaksanaan penternakan ikan tilapia. Kaedah pengurusan-pengurusan ternakan yang menyeluruh meliputi penyediaan kolam, peralatan, benih, mutu air, makanan, musuh, penyakit serta tuaian hasil diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus di samping terdapat beberapa siri lawatan sambil belajar ke projek-projek yang berjaya.
Sinopsis Kursus Akuakultur Air Tawar
10
Akuakultur 2010 Fa4.indd 10 11/02/2010 4:50 57 PM
Sinopsis Kursus Akuakultur Air TawarATTI 03 - TERNAKAN DAN PENGELUARAN IKAN HIASAN
Kursus ini memberi pendedahan awal mengenai teknik dan kaedah penternakan dan pengeluaran ikan hiasan. Peserta akan didedahkan dengan pelajaran teori dan praktikal / simulasi tentang teknologi ternakan dan pembiakan ikan hiasan. Diantara subjek yang akan diajar ialah pengenalan ikan hiasan airtawar, biologi pemilihan spesies, pengurusan muatuair, teknik-teknik pembiakan ikan hiasan, pengurusan makanan, pengurusan kesihatan ikan hiasan disamping program lawatan sambil belajar ke ladang-ladang ikan hiasan yang telah maju.
ATTI 04 – TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih tentang pelbagai pengetahuan dan kemahiran secara teori serta amali mengenai cara-cara, kaedah, prosedur dan pelaksanaan ternakan ikan air tawar dalam sangkar atau pen dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir. Pelatih akan didedahkan dengan jenis-jenis sangkar/pen ternakan di Malaysia, faktor-faktor untuk menentukan spesies ternakan yang berpotensi, pemilihan tapak, reka bentuk, penyediaan sangkar/pen dan penentuan saiz serta penstokan benih yang betul. Kursus ini juga memberi penumpuan terhadap pengurusan harian, kualiti air, kesihatan ikan, makanan, pemangsa dan penyakit serta rawatan. Tangkapan hasil dan pengendalian lepas tuai serta pegurusan kewangan akan diterapkan kepada pelatih di samping terdapat beberapa siri lawatan sambil belajar ke projek-projek yang berjaya.
11
Akuakultur 2010 Fa4.indd 11 11/02/2010 4:50 58 PM
ATTU 01 – TERNAKAN UDANG GALAH
Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah menternak Udang Galah dalam kolam tanah. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti pemilihan tapak, merekabentuk susunatur dan pembinaan kolam serta ladang akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan ternakan yang menyeluruh meliputi penyediaan kolam, peralatan, benih, mutu air, makanan, musuh, penyakit serta tuaian hasil akan diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek yang berjaya juga diaturkan semasa kursus.
ATBI 03 – SINOPSIS KURSUS TEKNOLOGI PEMBENIHAN IKAN KELISA
Melalui kursus ini pelatih akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan cara/kaedah pembenihan ikan kelisa. Pelatih juga akan diajar dengan kaedah pengurusan seperti pengenalan ikan kelisa, rekabentuk dan pembinaan kolam, automasi dan mekanisasi, biologi spesies, pengurusan baka induk/induk,kaedah pembiakan, pengeraman/penetasan dan asuhan rega dan benih. Pendedahan juga termasuk pengurusan makanan, kualiti air, kesihatan,pesaing dan musuh dan juga pengurusan hatcheri,seterusnya peserta akan didedahkan dengan tatacara ekspot dan import, kuarantin (CITES) dan juga mengikut program lawatan sambil belajar ke projek yang telah maju dan berjaya.
ATTI 05 – SINOPSIS KURSUS TERNAKAN IKAN KELISA
Memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenal kaedah menternak ikan kelisa. Peserta akan didedahhkan dengan persiapan awal sebelum memulakan ternakan. Peserta akan diajarkan cara penentuan spesies ternakan , pemilihan tapak, merekabentuk,susunatur dan pembinaan kolam/ladang. Kaedah pengurusan ternakan seperti penyediaan kolam, peralatan, benih/induk, kualiti air, makanan, musuh dan juga penyakit/kesihatan ikan. Peserta juga akan didedahkan kepada pengurusan rekod serta kewangan disamping lawatan sambil belajar ke projek-projek contoh.
ATLT 01 – TAMAN AKUATIK
Melalui kursus ini pelatih akan didedahkan kepada teknologi terkini dalam menghasilkan rekabentuk akuaskap yang unik dan tumbuhan akuatik yang berkualiti. Tumpuan terhadap merekabentuk dari bahan mudah, asli dan menghasilkan keativiti rupa yang bernilai komersial. Pemilihan dan susunatur tapak, pemilihan spesies tumbuhan akuatik di samping penyediaan tapak bagi semaian/tanaman dalam pengurusan ladang. Teknik-teknik pembiakan dan hiasan tumbuhan akuatik didedahkan kepada pelatih dalam merekacipta taman akuatik dan rekacipta hiasan akuarium disamping kerja-kerja pengurusan harian mengenainya. Kaedah kuarantin dan tatacara import dam eksport tumbuhan akuatik juga ditekankan bagi membuka minda pelatih tentang peluang pasaran yang lebih luas di pasaran antarabangsa. Aspek pengurusan kewangan juga akan ditekankan kepada pelatih disamping mengatur beberapa siri lawatan sambil belajar ke projek-projek yang berjaya. Di akhir kursus ini, pelatih akan memperolehi pelbagai pengetahuan dan kemahiran secara teori serta amali mengenai kaedah,prosedur dan pelaksanaan rekabentuk akuaskap dan tumbuhan akuatik.
12
Sinopsis Kursus Akuakultur Air Tawar
Akuakultur 2010 Fa4.indd 12 11/02/2010 4:50 58 PM
Objektif
Memberi peluang pengalaman kerja secara praktikal kepada penternak/pengusaha bagi meningkatkan kemahiran.
Syarat Kelayakan • Telah mengikuti kursus asas yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia di pusat-pusat latihan Jabatan atau ; • Sedang mengusahakan projek ternakan akuakultur atau ; • Sedang mengusahakan pusat pembenihan.
Bilangan PesertaBilangan peserta adalah tertakluk kepada kemampuan operasi Pusat Pengembangan Akuakultur yang berkenaan.
Pembiayaan• Semua kos adalah ditanggung oleh peserta.• Penginapan dan makan/minum tidak disediakan.
PermohonanPermohonan bertulis hendaklah dialamatkan ke Pusat Pengembangan Akuakultur berkenaan dengan menyertakan bersama salinan sijil kursus yang telah dihadiri dan/atau maklumat projek yang diusahakan.Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran oleh Pusat Pengembangan Akuakultur yang berkenaan.
PertanyaanSebarang pertanyaan mengenai kursus bolehlah diajukan ke Pusat Pengembangan Akuakultur yang berkaitan.Jabatan Perikanan Malaysia berhak meminda sebarang kursus yang dijadualkan tanpa sebarang notis.
Program Latihan Sangkut merupakan program lanjutan bagi penternak, kumpulan sasaran dan pihak industri menimba pengetahuan secara khusus melalui pengalaman bekerja sebenar di Pusat Pengembangan Akuakultur dalam menghasilkan sesuatu jenis ternakan akuakultur.
Program Latihan Sangkut
13
Akuakultur 2010 Fa4.indd 13 11/02/2010 4:50 59 PM
Bil Nama Pusat Modul Latihan Sangkut
1Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra, KedahTel : 04-917 1468Fax : 04-917 1468
Pembiakan TilapiaPembiakan KeliPembiakan PatinPembiakan Sepat
2Pusat Pengembangan Akuakultur Bukit Tinggi, PahangTel : 09-233 0258Fax : 09-233 0784
Pembiakan TilapiaPembiakan Keli
3Pusat Pengeluaran & Penyelidikan Benih Udang KebangsaanTel : 04-437 4021Faks : 04-437 4470
Pembenihan TiramTernakan Tiram
4Pusat Pengembangan Akuakultur Machang, KelantanTel : 09-975 2644Fax : 09-975 2644
Pembiakan KeliPembiakan Tilapia
5Pusat Pengembangan Akuakultur Tapah, PerakTel : 05-401 3545Fax : 05-401 3545
Pembiakan Tilapia
6Pusat Penetasan Udang Galah Kg Acheh, Sitiawan, PerakTel : 05-691 2026Fax : 05-691 2026
Pembenihan Udang Galah
Pusat Dan Modul Latihan Sangkut
14
Akuakultur 2010 Fa4.indd 14 11/02/2010 4:51 01 PM
Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, Gelang Patah, Johor
Pejabat & MakmalPusat PenyelidikanTernakan Air Payau,Gelang Patah
StesenKeretapiGelang Patah
RumahPegawai
Dari PTP,Tiga Kupang
Dari (Highway) Senai,Tmn Perling,Kuala Lumpur,Singapura
TamanNusaPerintis
Tmn.Syed Idrus
Ke PusatPenyelid kanTernakan Air Payau
RumahKakitangan
BangunanMARA
Dari Lima Kedai,Tmn. Ungku TunAminah
(Traffic light)Taman Nusa
PerintisDari PontianUlu Choh
Kompleks KolamFasa 1
Kompleks KolamFasa 2
Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut, Tanjung Demong, Terengganu
Peta Penunjuk Arah
15
Akuakultur 2010 Fa4.indd 15 11/02/2010 4:51 04 PM
Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok,Jerantut, Pahang
DariMaran/Jenka
ke Jerantut
30 km KePPA Perlok
16 km KePPA Perlok
FeldaGugusanJenderak
Pusat PengembanganAkuakultur Perlok
DariKualaLumpur
DariMentakab
PetronasSongsang
Tol
DariTemerloh
DariKuantan
Jalan SusurKeluar
30 km KeKuala Krau
StesenMinyak Bp
LEB
UH
RAYA
PAN
TAI TIM
UR
BandarJerantut
PekanKuala Krau
StesenKereta Api
23km keDamak
DariK.Lipis/Raub
Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra,Kedah
Susur KeluarBandar Darul Aman& Wang Tepus
POLIMAS
PPA Jitra
Lot. Kedai
Kompleks Kesihatan Jitra
Ke Alor Setar
Majlis Tanah Merah
ILP IPDA
Peta Penunjuk Arah
16
Akuakultur 2010 Fa4.indd 16 11/02/2010 4:51 09 PM
Exit
Sung
ai P
etan
i (U)
Exit
Sung
ai P
etan
i (S)
LEBU
HAYA
UTA
RA S
ELAT
AN P
LUS
Kota Kuala Muda
Institut Akuakultur Marin, Kg. Pulau Sayak, Kedah Pusat Ikan Hiasan, Enggor, Perak
Peta Penunjuk Arah
17
Akuakultur 2010 Fa4.indd 17 11/02/2010 4:51:15 PM
Disediakan dan diterbitkan oleh:Bahagian Pembangunan Sumber ManusiaJabatan Perikanan MalaysiaPutrajayaTel : 03-8870 4650 / 51Fax : 03-8889 1052
IBU PEJABAT PERIKANAN MALAYSIAJabatan Perikanan MalaysiaKementerian Pertanian dan Industri Asas TaniAras 1-6, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62628 Putrajaya, Malaysia.Tel: 603-8870 4000 Faks: 603-8888 9972Email: [email protected] Web: http://www.dof.gov.my
Pejabat Perikanan Negeri KedahAras 5, Zon C, Wisma Persekutuan,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muazam Shah, 06600 Alor Setar, Kedah.Tel : 04-734 2135Faks : 04-730 4623
Pejabat Perikanan Negeri PerlisTingkat 2, Bangunan Hj. Abd. Razak,01000 Kangar, Perlis.Tel : 04-976 1417Faks : 04-977 8431
Pejabat Perikanan Negeri Pulau PinangJalan Aquarium, Gelugor,11700 Pulau Pinang.Tel : 04-660 4702Faks : 04-657 2323
Pejabat Perikanan Negeri PerakTingkat 3, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30628 Ipoh, Perak.Tel : 05-255 4061 / 05-255 4062Faks : 05-254 2148
Pejabat Perikanan Negeri SelangorTingkat 16, Wisma MBSA,40000 Shah Alam, Selangor.Tel : 03-5519 0169 / 03-5519 0170Faks : 03-5519 0690
Pejabat Perikanan Negeri MelakaBatu Berendam,75350 Melaka.Tel : 06-317 2485Faks : 06-317 5705
Pejabat Perikanan Negeri SembilanNo. 31, Tingkat 1,Jalan Cattleya 6, Taman Cattleya,70450 Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.Tel : 06-675 2160Faks : 06-675 2161
Pejabat Perikanan Negeri JohorTingkat 6, Blok A,Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek,80000 Johor Bharu, Johor.Tel : 07-224 4079 / 07-223 4080Faks : 07-223 0779
Pejabat Perikanan Negeri PahangTingkat 2, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut,25000 Kuantan, Pahang.Tel : 09-516 1287 / 09-516 1508Faks : 09-516 4482
Pejabat Perikanan Negeri TerengganuWisma Perikanan Negeri, Taman Perikanan,21080 Chendering, Kuala Terengganu,Terengganu.Tel : 09-617 3352 / 09-617 3353Faks : 09-617 3351
Pejabat Perikanan Negeri KelantanTingkat 6, Wisma Persekutuan,Jalan Bayam,15628 Kota Bharu, Kelantan.Tel : 09-741 4778 / 09-741 4773Faks : 09-748 3433
Pejabat Perikanan Laut SarawakTingkat 15, Bangunan Sultan Iskandar,Jalan Simpang Tiga,Peti Surat 1375, 93728 Kuching, Sarawak.Tel : 082-252 743 / 082-250 357Faks : 082-415 499
Pejabat Perikanan Negeri SabahAras 4, Blok B, Wisma Pertanian Sabah,Jalan Tasik Luyang,88624 Kota Kinabalu, Sabah.Tel : 088-235 966 / 088-245 489 / 088-245 490Faks : 088-240 511
Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan LabuanJalan Patau-Patau,Peti Surat 395,87008 Labuan. Tel : 087-415 881Faks : 087-412 885
Senarai Pejabat Perikanan Negeri
Akuakultur 2010 Fa4.indd 18 11/02/2010 4:51:17 PM