1
PENGENALAN
Pengajian Tingkatan Enam mengambil masa selama setahun setengah. Tingkatan Enam
dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai
Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ismail merupakan salah satu sekolah menengah yang
menawarkan Tingkatan Enam di Johor Bahru. Dua jurusan Tingkatan Enam yang ditawarkan
ialah kemanusiaan dan sains. Pada akhir Tingkatan Enam, pelajar akan dinilai melalui
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang merupakan peperiksaan
prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM adalah salah satu daripada dua
sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf
oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, sistem
modular baru akan menggantikan sistem terminal untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM).
SEJARAH PENUBUHAN SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail telah ditubuhkan pada tahun 1960. Pada awal
penubuhannya, pelajar-pelajar sekolah ini terpaksa menumpang di beberapa buah sekolah
lain di sekitar Johor Bahru. Pada tahun 1960, sebuah kelas Tingkatan Satu aliran Melayu
telah dimulakan di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Kemudian, pelajar-pelajar
dipindahkan ke sekolah lain mengikut jantina. Pelajar-pelajar lelaki dipindahkan ke Sekolah
Menengah Dato Jaafar (SDJ) manakala pelajar-pelajar perempuan dipindahkan ke Sekolah
Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS). Pada tahun 1961, terdapat enam buah kelas
Tingkatan Satu, tujuh buah kelas Tingkatan Dua dan tiga buah kelas Tingkatan Tiga didirikan
di SDJ. Pada tahun yang sama, dua buah kelas Tingkatan Satu dan sebuah kelas Tingkatan
2
Tiga sekali lagi berpindah ke SDJ dari Maktab Sultan Abu Bakar. Sehingga akhir tahun 1963,
bilangan pelajar ialah seramai 330 orang. Pelajar-pelajar perempuan kemudiannya telah
dipindahkan dari SIGS dan dikumpulkan sekali bersama-sama pelajar lelaki buat sementara
waktu di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Johor Bahru.
Pada bulan Mac 1964, kelas-kelas aliran Melayu ini telah dipindahkan ke bangunan sendiri di
Jalan Abdul Samad dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SSI).
Sejak itu, bermulalah kelas-kelas aliran Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di
sekolah itu. Visi sekolah ini ialah Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang manakala misi
sekolah ini ialah Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti. Sekolah ini
terkenal dengan motonya yang sangat gah, iaitu SSI Perkasa: Menjana Pemimpin Unggul.
Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail telah dirasmikan oleh Almarhum
Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim (Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada
masa itu) pada hari Khamis, 30 Mac 1967 bersamaan 18 Zulhijjah 1386. Nama sekolah ini
diperkenankan daripada nama Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Ibni
Almarhum Sultan Ibrahim, diambil sempena jasa-jasa baginda kepada rakyat negeri Johor
dan minat baginda dalam perkembangan pelajar kebangsaan.
SMK Sultan Ismail telah memulakan kelas-kelas Tingkatan Enam pada tahun 1969. Jurusan
yang ditawarkan di sekolah ini ialah Sains dan Kemanusiaan. Pelajar-pelajar SSI bukan
sahaja menempatkan pelajar-pelajar dari daerah Johor Bahru sahaja malah turut
menempatkan pelajar dari daerah-daerah lain di dalam negeri Johor. Pada tahun 1972,
sekolah ini telah bertukar menjadi Sekolah Menengah Atas yang hanya menawarkan kelas-
kelas Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam sahaja namun pada tahun 1975, status
sekolah ini telah dikembalikan semula menjadi sekolah menengah sepenuhnya iaitu
mempunyai kelas-kelas dari tingkatan peralihan hingga Tingkatan Enam. Dari tahun 1968,
tenaga pengajar sekolah ini telah meningkat daripada 18 orang kepada 60 orang dan semakin
3
meningkat hingga mencapai bilangan 100 orang pada tahun 1983. Kemudahan-kemudahan
asas juga dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
KELEBIHAN-KELEBIHAN TINGKATAN ENAM
i. KUOTA LEPASAN STPM LEBIH CERAH KE UNIVERSITI
Pelajar lepasan STPM lebih didahulukan. Pelajar berprasangka bahawa mereka dari lepasan
STPM tidak mempunyai peluang yang cerah kerana terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar
daripada matrikulasi dan diploma yang sudah semestinya mempunyai keputusan yang
memberangsangkan. Hal ini ternyata salah kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
telah memberi kelebihan kepada pelajar lulusan STPM untuk ke IPTA.
ii. PENGIKTIRAFAN SIJIL STPM
STPM telah diiktiraf oleh semua IPTA tempatan. Realitinya banyak universiti di peringkat
antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat
serta Ireland memperakui sijil STPM setaraf dengan A-Level. Hal ini sepatutnya telah
mengetepikan prejudis terhadap pengiktirafan sijil STPM dan pelajar seharusnya tidak berasa
ragu-ragu untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam. Pelajar perlu belajar
bersungguh-sungguh semasa di Tingkatan Enam dan mengambil peluang ini sebagai jalan
terbaik ke IPTA.
iii. PENJIMATAN KOS
Kebanyakan ibu bapa lebih menggalakkan anak mereka masuk ke program matrikulasi, kolej
atau mana-mana institusi pengajian tinggi berbanding ke Tingkatan Enam selepas SPM, tanpa
menyedari bahawa kos yang diperlukan adalah amat tinggi berbanding ke Tingkatan Enam.
4
Tingkatan Enam tidak memerlukan kos yang banyak berbanding apabila memasuki institusi
lain, ibu bapa terpaksa membelanjakan sejumlah wang bagi menampung kos keperluan
kemasukan seperti keperluan harian, bahan rujukan serta kos penginapan. Bahkan, pelajar
terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk menampung kos belajar di kolej.
PERKEMBANGAN TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
i. ALIRAN TINGKATAN ENAM
SMK Sultan Ismail telah memulakan kelas-kelas Tingkatan Enam sejak 46 tahun dahulu iaitu
pada tahun 1969. Aliran yang ditawarkan di sekolah ini ialah Sains dan Kemanusiaan.
Terdapat tiga pakej yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan Enam yang mendaftar di
sekolah ini. Subjek Pengajian Am merupakan subjek wajib diambil dan wajib lulus bagi
semua calon STPM. Subjek Malaysia University English Test (MUET) pula wajib diambil
oleh semua calon untuk memohon kemasukan ke universiti selepas STPM.
Aliran Sains Aliran Kemanusiaan
Pakej 1 Pakej 2 Pakej 3
Pengajian Am Pengajian Am Pengajian Am
Muet Muet Muet
Matematik Tambahan Matematik Tambahan Bahasa Melayu
Kimia Kimia Ekonomi
Fizik Biologi Sejarah
5
ii. AKTIVITI KOKURIKULUM PELAJAR TINGKATAN ENAM
Kokurikulum Tingkatan Enam di SMK Sultan Ismail diasingkan daripada pelajar arus
perdana. Walau bagaimanapun para pelajar Tingkatan Enam tetap diwajibkan menghadiri
aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu. Bagi unit beruniform, para pelajar wajib
menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan diwajibkan memakai pakaian uniform KRS
setiap hari Rabu. Bagi kelab dan persatuan, para pelajar dibenarkan memilih antara Public
Speaking and Debate Club dengan Kelab Bahas Ala Parlimen. Manakala, bagi sukan dan
permainan pelajar boleh memilih antara Kelab Bowling dengan Kelab Pentaque.
Para pelajar Tingkatan Enam juga terlibat dalam pertandingan-pertandingan luar seperti
Karnival Tingkatan Enam setiap tahun. Pada masa ini, pelajar Tingkatan Enam akan
mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan
debat, sketsa dan pengucapan awam. Pelajar Tingkatan Enam SMK Sultan Ismail juga
terlibat dalam pertandingan sukan dan kawad antara sekolah. Ini membuktikan pelajar
Tingkatan Enam tidaklah hanya berfokus kepada pelajaran semata-mata tetapi seimbang
daripada segi akademik dan kokurikulum kerana markah hasil penglibatan kokurikulum amat
penting untuk kemasukan ke universiti.
Selain daripada aktiviti kokurikulum, pelajar Tingkatan Enam di SMK Sultan Ismail juga
mempunyai satu organisasi yang dipanggil Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU)
di mana sebahagian pelajar dipilih melalui pilihan raya untuk menjadi ahli jawatankuasa.
MPPPU berperanan sebagai satu badan yang bertanggungjawab mengurus dan menganjurkan
segala aktiviti dan program pelajar Tingkatan Enam dan guru akan bertindak sebagai
penasihat. MPPPU dilihat sebagai satu badan yang membantu melatih kepemimpinan pelajar
Tingkatan Enam.
6
iii. PEMAKAIAN PELAJAR
Daripada segi pemakaian pelajar Tingkatan Enam pada awalnya, pelajar Tingkatan Enam
seluruh negara memakai uniform sekolah berwarna putih seperti pelajar biasa, bezanya
berseluar atau berkain kuning muda. Namun, mulai tahun 2015, pelajar Tingkatan Enam telah
dibenarkan memakai pakaian kasual atau tradisional ke sekolah mulai tahun 2015. Perkara
berkenaan adalah sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu pada musim persekolahan
2015 dan juga pelaksanaan penjenamaan semula pengajian Tingkatan Enam.
Berhubung dengan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam, perkara ini telah diluluskan oleh
kementerian menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia Ke-203 pada 21 November 2014 lalu. Surat Pekeliling Ikthisas
Bilangan 2 Tahun 2014: Etika Pakaian Tingkatan Enam juga telah dikeluarkan untuk
menetapkan pakaian murid Tingkatan Enam. Perkembangan ini dilihat sejajar dengan sistem
pendidikan prauniversiti seperti matrikulasi dan pusat asasi sains. Kod pakaian yang baharu
ini bertujuan menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian ke Tingkatan Enam.
7
Pelajar Lelaki
Dibenarkan memakai kemeja dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai
corak bunga atau rekaan lain. Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan.
Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat.
Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan.
Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada
bahan denim.
Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan sarung kaki.
Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan
kemeja-T lengan panjang atau pendek.
Pelajar Perempuan
Baju kurung atau pakaian tradisional.
Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun
labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
Pakaian ketat juga tidak dibenarkan.
Perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki.
Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan
kemeja-T lengan panjang atau pendek.
8
iv. KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SMK SULTAN
ISMAIL
Sumber: Soal Selidik
Pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan akan mendapat tawaran ke Tingkatan
Enam secara automatik. Masyarakat kini menganggap bahawa pelajar Tingkatan Enam
merupakan pelajar yang mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam SPM. Namun
melalui soal selidik yang telah dijalankan terhadap 30 pelajar Tingkatan Enam, 93.34%
pelajar yang menyambung pengajian di Tingkatan Enam SMK Sultan Ismail mendapat
keputusan yang cemerlang dan memuaskan dalam SPM dan ditunjukkan dalam gambar rajah
di atas.
6.66%
20%
33.33%
26.66%
13.33%
0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
30.00%
35.00%
Tiada A 1A - 3A 4A - 6A 7A - 9A 10 A dan ke
atas
Resp
on
den
Bilangan A yang diperoleh dalam keputusan SPM
Keputusan SPM pelajar yang mendaftar di Tingkatan Enam
Tiada A 1A - 3A 4A - 6A 7A - 9A 10 A dan ke atas
9
PERKEMBANGAN SISTEM PEPERIKSAAN STPM DARIPADA SISTEM
TERMINAL KEPADA SISTEM MODULAR
Peperiksaan STPM dalam sistem terminal diadakan pada akhir penggal ketiga setelah pelajar
belajar selama setahun setengah. Namun dalam sistem modular ini, peperiksaan STPM akan
dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung penggal. Perkembangan sistem
peperiksaan tingkatan daripada sistem terminal kepada sistem modular ini dilihat sebagai
salah satu usaha Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk
mentransformasikan pengajian Tingkatan Enam. Melalui soal selidik yang telah dijalankan,
seramai 25 orang responden bersamaan 83.33% bersetuju bahawa sistem baharu ini
membantu dalam penjenamaan semula dan menaikkan kualiti Tingkatan Enam. Dalam sistem
yang baharu ini, kandungan pengajian dibahagikan kepada tiga penggal, maka pelajar tidak
akan rasa terbeban dengan skop yang luas. Sistem modular baharu STPM telah dimulakan
pada ambilan Mei 2012/2013.
Keputusan peperiksaan STPM pula adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi
ketiga-tiga penggal. Dalam sistem modular ini, terdapat dua kaedah pentaksiran iaitu melalui
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran 20% hingga 40% dan pentaksiran
akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau
kerja kursus ini terdiri daripada laporan kerja kursus, pembentangan hasil kerja kursus, dan
soal jawab serta kajian amali di mana tugasannya disediakan oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM). Setiap wajaran dan jenis kerja kursus adalah berbeza mengikut subjek.
Pemeriksaan kerja kursus akan dibuat oleh guru mata pelajaran, manakala pemantauan dan
penyelarasan akan dikendalikan oleh pihak MPM sendiri. Melalui soal selidik yang telah
dijalankan, 28 orang daripada 30 orang responden bersamaan 93.33% bersetuju bahawa kerja
kursus membantu dalam markah peperiksaan mereka. Kerja kursus hanya dijalankan pada
penggal yang ditetapkan sahaja.
10
Dalam sistem ini, calon STPM juga dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap penggal
untuk memperbaiki keputusan dengan menduduki semula peperiksaan akhir bagi penggal
berkenaan pada hujung penggal ketiga. Bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan bagi
setiap kertas yang ingin diulang oleh calon STPM. Melalu soal selidik yang telah dijalankan,
76.67% responden bersetuju bahawa peperiksaan ulangan membantu mereka memperbaiki
keputusan mereka.
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN GURU DALAM
PELAKSANAAN SISTEM MODULAR
Menurut Oliver, A. (1977) (Curiculum Improvement. (2nd Ed.). New York: Harper & Row,
Publishers) apabila berlaku pembaharuan kurikulum dalam sesuatu sistem pendidikan pihak
yang menyokong kepada perubahan tersebut ialah guru, pelajar dan kurikulum itu sendiri,
namun pihak yang paling penting ialah guru. Dengan itu guru yang mengajar mata pelajaran
Tingkatan Enam perlu ada satu perubahan pemikiran untuk menerima perubahan pendidikan
Tingkatan Enam agar dapat mencapai matlamat perubahan iaitu mengangkat martabat
pendidikan Tingkatan Enam, mentransformasikan pentaksiran yang holistik, menyesuaikan
pelajar dengan sistem pendidikan ala universiti, serta membina kemahiran mengurus diri
secara berdikari.
Oleh itu, guru Tingkatan Enam perlu mengubah pemikiran bermula dengan perancangan
pengajaran, diikuti proses pengajaran dan selepas pengajaran. Guru Tingkatan Enam perlu
menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan tempoh masa yang singkat dalam
sistem penggal ini. Melalui temu bual yang telah dijalankan, sebagai guru Tingkatan Enam,
guru akan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan kursus-kursus
pedagogi yang dihadiri. Namun, guru juga akan membuat penyelidikan sendiri untuk
11
mendapatkan suasana pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang berkesan dan sesuai dengan
tahap pemikiran pelajar.
Menurut seorang guru Tingkatan Enam SMK Sultan Ismail yang telah ditemu bual, iaitu Cik
Nurul Shuhada Binti Abdul Rashid, beliau menggunakan kaedah 7M dalam proses
pengajaran beliau. Kaedah 7M yang dimaksudkan ialah memperkenal topik yang ingin
dipelajari, menerangkan serba sedikit mengenai topik tersebut supaya generalisasi dapat
dicapai dengan mudah, mengajar, membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan
memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis, mempersembahkan,
menyoal pelajar untuk menguji kefahaman dan merumus keseluruhan topik yang telah
dipelajari.
Selain itu dalam temu bual lain, Puan Kalthom Binti Ahmad, guru MUET di SMK Sultan
Ismail, beliau menggunakan strategi berpusatkan pelajar dalam proses pengajaran dan
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN GURU DALAM
PELAKSANAAN SISTEM MODULAR
STRATEGI
PENGAJARAN
KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN
Pemusatan
Guru
Pemusatan
Bahan
Pemusatan
Murid
Pemusatan
Aktiviti
Kaedah 7M
Memperkenal Menerangkan
Mengajar Membimbing
Mempersembahkan Menyoal
Merumus
12
pembelajaran (PDP) beliau. Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih
sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana sesuatu topik itu dapat
dipelajari. Pendekatan ini berbeza dengan strategi pemusatan guru dimana guru mendominasi
kelas. Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif
bagi membantu diri mereka sendiri belajar bagaimana untuk memahami sesuatu topik itu.
Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik di mana
pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Pengajaran di dalam kelas yang
berpusatkan pelajar selalunya kurang berstruktur.
Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkan pelajar
membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab
kepada pelajar. Guru akan memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan
tidak memusatkan kuasa kepada dirinya. Kelas yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan
perkembangan yang lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi. Unsur
utama yang dapat kita lihat dalam kelas yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar
ialah pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak
dijalankan secara keseluruhan kelas. Kaedah ini sedikit sebanyak memberikan pendedahan
awal kepada pelajar tentang teknik pembelajaran di universiti kerana sewaktu di universiti,
pelajar perlu lebih berdikari, berfikir secara kritis dan tidak mengharapkan ‘spoon-feeding’
daripada pensyarah.
Masa pembelajaran yang singkat agak membebankan pelajar dan guru kerana pelajar akan
menduduki peperiksaan pada setiap penggal. Lebih-lebih lagi, terdapat kerja kursus yang
perlu disiapkan tertutamanya pada penggal 2. Oleh itu, semua strategi PDP yang
dilaksanakan ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi fokus kepada para pelajar untuk
mahir dalam segala topik dalam jangka masa yang singkat sebelum menghadapi peperiksaan
pada akhir setiap penggal.
13
PENCAPAIAN STPM PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL DARI TAHUN 2010-2014
Perkembangan sistem peperiksaan terminal kepada sistem modular ini turut dilihat daripada
segi pencapaian pelajar Tingkatan Enam dalam peperiksaan STPM. Pencapaian calon STPM
SMK Sultan Ismail dilihat daripada tiga pecahan iaitu mengikut peratus kelulusan, bilangan
calon STPM yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran serta purata nilai gred
keseluruhan (PNGK). Jadual 3 menunjukkan analisis pencapaian calon STPM SMK Sultan
Sultan Ismail dari tahun 2010 hingga tahun 2014.
Jadual 3: Analisis Pencapaian Calon STPM SMK Sultan Ismail dari Tahun 2010-2014
TAHUN BIL. CALON
MENDAFTAR
LULUS GRED PURATA
SEKOLAH
SEMUA ‘A’
DALAM SEMUA
MATA
PELAJARAN
BIL %
2010 120 114 95 2.5 1 (0.83%)
2011 110 107 97.27 2.82 5 (4.55%)
2012 44 44 100.00 2.80 0 (0.00%)
2013 69 68 98.55 3.15 4 (5.80%)
2014 64 64 100.00 2.88 2 (2.13%)
14
i. PENCAPAIAN CALON STPM MENGIKUT PERATUS KELULUSAN
Rajah 2 menunjukkan pencapaian calon STPM mengikut peratus kelulusan dari tahun
2010 hingga tahun 2014.
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Pada tahun 2010, peratus kelulusan pelajar dalam peperiksaan ialah sebanyak 95%. Pada
tahun tersebut, 114 daripada 120 calon STPM lulus sepenuhnya. Pada tahun 2011 pula,
peratus kelulusan pelajar dalam peperiksaan STPM meningkat kepada 92.72%. Bilangan
calon yang mendaftar untuk peperiksaan STPM tahun tersebut ialah seramai 110 orang
namun hanya seramai 107 yang lulus sepenuhnya. Seterusnya pada tahun 2012, peratus
kelulusan calon STPM telah mencapai kelulusan 100% dengan kesemua 44 orang calon lulus
sepenuhnya. Namun pada tahun 2013, peratus kelulusan calon STPM 2013 menurun sedikit
kepada 98.6% di mana hanya 68 orang daripada 69 orang calon sahaja yang lulus
sepenuhnya. Akhir sekali pada tahun 2014, sekali lagi SMK Sultan Ismail berjaya
mencatatkan peratus kelulusan sebanyak 100% dengan kesemua 64 calon lulus sepenuhnya.
95.00%
97.27%
100.00%
98.60%
100.00%
92%
93%
94%
95%
96%
97%
98%
99%
100%
101%
2010 2011 2012 2013 2014
Pera
tus
Kelu
lusa
n
TAHUN
PENCAPAIAN CALON STPM MENGIKUT PERATUS
KELULUSAN TAHUN 2010-2014
15
ii. PENCAPAIAN CALON STPM MENDAPAT SEMUA A DALAM SEMUA
MATA PELAJARAN
Rajah 3 menunjukkan pencapaian calon STPM mendapat semua A dalam semua mata
pelajaran daripada tahun 2010 hingga tahun 2014.
Pada tahun 2010, pencapaian calon STPM yang mendapat semua A dalam semua mata
pelajaran mencatatkan peratusan sebanyak 0.83% dengan hanya 1 orang daripada 120 calon
mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. Pada tahun 2011, 5 orang daripada 110
orang calon bersamaan 4.55% berjaya mencatatkan kejayaan mendapat semua A dalam
semua mata pelajaran. Seterusnya pada tahun 2012, peratusan pelajar mendapat semua A
dalam semua mata pelajaran ialah 0.00% kerana tiada seorang pun pelajar daripada 44 orang
calon yang berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran. Pada tahun 2013 pula,
4 orang daripada 69 calon berjaya mendapat semua A dalam semua mata pelajaran
bersamaan 5.8%. Akhir sekali pada tahun 2014, seramai 2 orang daripada 64 orang calon
berjaya mendapat semua A dalam semua mata pelajaran bersamaan 2.13%.
0.83%
4.55%
0.0%
5.8%
3.13%
0.000.501.001.502.002.503.003.504.004.505.005.506.006.507.00
2010 2011 2012 2013 2014
Pera
tus
Sem
ua A
TAHUN
PENCAPAIAN CALON STPM MENDAPAT SEMUA 'A'
DALAM SEMUA MATA PELAJARAN TAHUN 2010-2014
16
iii. PENCAPAIAN CALON STPM MENGIKUT PURATA NILAI GRED
KESELURUHAN (PNGK) TAHUN 2010-2014
Rajah 4 pula menunjukkan pencapaian calon STPM mengikut purata Nilai Gred Keseluruhan
(PNGK) antara tahun 2010-2014.
Pada tahun 2010, PNGK yang dicatatkan ialah 2.5. Pada tahun seterusnya iaitu tahun 2011,
PNGK mencatatkan purata 2.82. Pada tahun 2012, PNGK pencapaian calon STPM berkurang
sedikit kepada 2.8 berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2013, PNGK naik kepada 3.15.
Akhir sekali, pada tahun 2014, PNGK yang dicatatkan ialah 2.88.
Secara kesimpulannya, pengenalan sistem modular ini telah membantu meningkatkan peratus
kelulusan calon STPM di SMK Sultan Ismail. Ini membuktikan sistem ini membantu pelajar
mencapai keputusan yang cemerlang dan meningkatkan kualiti pelajar lepasan STPM.
2.5
2.82 2.8
3.15
2.88
0.00
0.50
1.00
1.50
2.00
2.50
3.00
3.50
2010 2011 2012 2013 2014
Pura
ta N
ilai
Gre
d K
ese
luru
han
TAHUN
PENCAPAIAN CALON STPM MENGIKUT PURATA NILAI
GRED KESELURUHAN (PNGK) TAHUN 2010-2014
17
RUMUSAN
Secara kesimpulannya, STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan
modal insan yang berkualiti dari segi akademik, kokurikulum dan cemerlang dari segi
kepimpinan. Pendidikan di peringkat STPM amat meluas kerana ingin menghasilkan bakal
mahasiswa yang mampu dan lebih bersedia menghadapi cabaran dan beban tugas di IPTA
kelak. Rata-rata pelajar lepasan STPM mampu bersaing dengan pelajar lepasan kolej kerana
mereka lebih berdisiplin dan mampu membawa diri ketika di universiti. Misalnya, dalam
sistem modular, pelajar STPM sudah diajar untuk berdikari dengan membuat pembentangan
sendiri untuk projek kerja kursus dan sebagainya, maka ini sudah jelas menunjukkan bahawa
STPM melahirkan pelajar yang mempunyai soft skills dan tidak mengharapkan ‘spoon-
feeding’ semata-mata untuk berjaya. Kita seharusnya berterima kasih kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia kerana bersedia menjadikan Tingkatan Enam dan STPM sebagai laluan
perdana ke IPTA dengan membuka luas kuota kemasukan bagi pelajar lulusan STPM ke
IPTA.
Sebenarnya, sistem pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan Enam yang sedia ada mampu
melahirkan calon-calon STPM yang cemerlang asalkan beberapa perubahan daripada segi
identiti dan pendekatan pelaksanaan dilakukan pada bahagian yang difikirkan perlu seperti
perubahan sistem peperiksaan daripada sistem terminal kepada sistem modular yang telah
dilaksanakan ini. Namun untuk memperlihatkan sistem modular ini benar-benar
mentransformasikan pendidikan Tingkatan Enam dan berkembang dengan baik,
pengoperasian Tingkatan Enam Mod 1 perlu diperhebatkan lagi. Mod 1 merujuk kepada
sekolah yang hanya menempatkan pelajar dan guru Tingkatan Enam sahaja, manakala Mod 2
pula ialah pelajar Tingkatan Enam ditempatkan di blok berasingan tetapi masih di dalam
sekolah aliran perdana, sementara Mod 3 pula, pelajar bercampur dan berkongsi bangunan
dengan pelajar sekolah harian biasa. Maka dengan itu, pemisahan secara penuh Tingkatan
18
Enam di premis sendiri dilihat amat perlu supaya pendidikan Tingkatan Enam setanding
dengan program prauniversiti lain.
(3029 patah perkataan)
19
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Arjuna @ Mohd. Noor Yunus. “Teks STPM Sejarah (Sejarah
Islam)”. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2015.
Buletin Kementerian Pendidikan Malaysia (Jun 2000) “Kualiti Pendidikan Jadi Keutamaan
Alaf Baru”. Kementerian Pendidikan Malaysia
Oliver, A. (1977). Curiculum Improvement. (2nd Ed.). New York: Harper & Row,
Publishers.
Perkasa Jilid 48. 2014
Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia. http://www.mpm.edu.my/web/guest/stpm-baharu
.
20
LAMPIRAN
Foto 1: Contoh Kod Pemakaian Pelajar Tingkatan Enam Baru
21
Foto 2: Surat Pekeliling Kod Pakaian Tingkatan Enam
22
BORANG SOAL SELIDIK
SEJARAH
KERJA KURSUS ESEI ILMIAH 940/4
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
Sila tandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan.
1) Jantina
Lelaki Perempuan
2) Agama
Islam Buddha
Hindu Kristian
Lain-lain
3) Aliran
Sains Kemanusiaan
BAHAGIAN B: KEPUTUSAN SPM
Keputusan SPM: ______________________________
23
BAHAGIAN C: KELEBIHAN SISTEM MODULAR
Berdasarkan pada kenyataan yang diberikan, jawab soalan berikut dengan jujur dan telus.
Baca dengan teliti setiap kenyataan. Pilih satu jawapan dengan menandakan ( √ ) dalam
ruang berkenaan berdasarkan skala yang berikut:
Skala 1 = Sangat tidak setuju
2 = Tidak setuju
3 = Kurang setuju
4 = Setuju
5 = Sangat setuju
Bil. Kenyataan 1 2 3 4 5
1. Kandungan pengajian yang sesuai dengan tempoh
masa.
2. Skop yang dipelajari sedikit setiap semester.
3. Ulangan membantu saya memperbaiki keputusan.
4. Kerja kursus membantu markah peperiksaan saya.
5. Sistem ini melatih aspek kemahiran insaniah (soft
skills) dalam diri saya.
6. Sistem ini mengangkat martabat tingkatan enam.
7. Sistem ini selaras dengan transformasi pendidikan.
8. Sistem ini memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang universiti.
Borang 1: Borang Soal Selidik