e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI
rmc.kuis.edu.my/jpi/
e-ISSN 2289-7909
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
VOL. 4 NO.2 (SEPTEMBER 2017): pp 202-214
Diserahkan: 28 Februari 2017
Diterima: 31 Mei 2017
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB DI SEKOLAH
RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) SELANGOR
The Learning of Arabic Reading Skills at Integrated Religious Primary Schools (SRAI)
Selangor
1Mohamad Syukri Abd Rahman,
1Mohd Izzuddin Mohd Pisol
1Adnan Mat Ali,
1Ahmad Ismail, &
2Mohd Kamal Radiman
[email protected], [email protected]
[email protected] & [email protected] 1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
2Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
ABSTRAK
Sekolah Rendah Agama Integrasi negeri Selangor merupakan sebahagian institusi penting dalam
penyebaran bahasa Arab di negeri Selangor. Namun begitu sistem ini menghadapi beberapa
cabaran, antaranya ialah kelemahan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Kelemahan
tersebut sering dikaitkan dengan keupayaan dan peranan guru Bahasa Arab di dalam bilik darjah.
Secara perbandingannya dengan guru-guru mata pelajaran yang lain, guru-guru Bahasa Arab
dikatakan masih lagi mempunyai beberapa kelemahan dalam menggunakan kaedah dan
pendekatan yang terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justeru,
kajian ini akan menyentuh tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran kemahiran membaca
bahasa Arab, di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor. Antara objektif
kajian ini ialah mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca
bahasa Arab yang dilalui oleh murid dalam pembelajaran mereka dan mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI.
Diharap kajian ini dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab di Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri Selangor. Kajian ini menggunakan
kaedah tinjauan berbentuk deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan bagi
menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian ini seramai 419 orang murid
daripada sembilan buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini di mana 212 (50.6%) adalah murid
lelaki dan 207 (49.4%) murid perempuan. Dapatan kajian ini secara keseluruhan
menggambarkan guru kurang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam
kemahiran membaca bahasa Arab seperti menggunakan objek sebenar dalam menerangkan
makna perkataan. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa PdP kemahiran membaca
bahasa Arab di SRAI kurang menekankan galakan penggunaan kamus.
Kata Kunci: Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Pembelajaran Kemahiran Membaca,
Bahasa Arab.
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2
SEPTEMBER
2017
203
ABSTRACT
Integrated Religious Primary Schools in Selangor are one of the institutions that play
an important role in the propagation of the use of Arabic language in Selangor.
However, this system is presently experiencing a few challenges, among others is the
students’ inability to master the Arabic language. This weakness is often linked to the
issue of compentency and role of the Arabic language teacher in the classroom. When
compared to teachers who are teaching other subjects, the Arabic language teachers
are identified to have some weaknesses in applying the latest method and approach in
the teaching and learning in their classrooms. Therefore, this study will look at the
students’ perceptions towards the learning of Arabic reading skills at Integrated
Religious Primary schools around Selangor. Among the objectives are to identify the
effectiveness of the implementation of teaching and learning of Arabic reading skills
that the students have to go through in learning it and also to identify the strengths and
weaknesses in the teaching and learning of Arabic reading skills at SRAI. It is hoped
that this study can increase the level effectiveness in the teaching and learning of the
Arabic language at Integrated Religious Primary Schools throughout Selangor. This
study utilizes the descriptive observation method because the objective is to observe
and explore in order to explain the phenomenon that is happening. There are 419
pupils from nine schools involved in this study whereby 212 (50.6%) of the students are
male and 207 (49.4%) are female. The overall finding indicates that teachers do not
vary the activities in their teaching and learning of Arabic reading skills for example
by using real-life objects when explaining the meaning of words. Besides that, the
finding also shows that the teaching and learning of Arabic reading skills at SRAI does
not give much emphasis on the use of the dictionary.
Keywords: Integrated Religious Primary Schools (SRAI), the learning of reading skills,
Arabic language.
Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab
Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor
1.0 PENGENALAN
Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) mula dilaksanakan pada tahun 2000 melalui proses
projek rintis di sepuluh buah sekolah. Pengubahsuaian ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri
Selangor untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Islam berdasarkan resolusi Tonggak ke sepuluh
YAB Menteri Besar Selangor dalam meningkatkan penghayatan, kefahaman Islam dan moral
melalui pendidikan bersepadu serta menyeluruh dalam kalangan murid di peringkat pendidikan
rendah. Sehingga tahun 2010, sebelas buah SRAI telah beroperasi di lapan buah daerah.
Pentadbiran dan pengurusan SRAI adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS). Perlaksanaan kurikulum SRAI adalah menggabungkan Kurikulum Sekolah
Rendah Agama (KSRA) dibawah JAIS. Manakala, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR)/Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
Perjalanan waktu pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada sesi persekolahan
iaitu dua jenis sesi persekolahan (satu sesi persekolahan atau dua sesi persekolahan). Sistem
pendidikan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) telah berjaya mendidik pelajar untuk
menyambung ke peringkat Sekolah Menengah, khususnya dalam aliran agama. Sambutan
masyarakat terhadap sistem ini juga amat memberangsangkan dari masa ke semasa. Namun di
sebalik kejayaan, sistem ini menghadapi pelbagai cabaran arus pendidikan semasa. Antaranya
pendidikan bahasa Arab. Dalam ruang yang terhad ini penulis cuba membincangkan tajuk “
Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)
Selangor” bagi melihat sejauh mana kejayaan sistem ini dalam pengajaran bahasa Arab.
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB DI SEKOLAH
Pengajaran kemahiran membaca seharusnya membina kemahiran di kalangan pelajar untuk
memilih bahan bacaan yang berbeza menurut kecenderungan mereka sendiri. Sekiranya
kemahiran itu sudah dapat dikuasai, pelajar akan memiliki kemahiran membaca dengan pantas
dan dapat menguasai maklumat dengan baik. Kemahiran ini akan dapat dikuasai melalui latih
tubi, menguasai bacaan dengan fasih dan memberikan tumpuan kepada isi-isi penting dalam
bahan bacaan tersebut. Kemahiran juga akan muncul melalui aktiviti penyelidikan ilmiah dan
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2
SEPTEMBER
2017
205
minat pelajar terhadap bahan-bahan bacaan. Pakar-pakar dalam bidang pendidikan berpendapat
bahawa kemahiran membaca boleh diperincikan kepada menguasai kemahiran-kemahiran seperti
berikut:
i. Kemahiran menguasai atau memahami dengan baik bahan yang dibaca.
ii. Kemahiran mengumpul maklumat.
iii. Kemahiran belajar.
Penguasaan yang baik dalam kemahiran membaca merupakan asas penting kepada
penulisan yang baik (Wan Azura, 2007). Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang
terakhir dalam mempelajari bahasa asing. Ini kerana ia memerlukan kemantapan dalam
menggayakan ayat yang boleh menggambarkan buah fikiran, perasaan dan sebagainya yang
terdapat dalam pemikiran (Rosni, 2009). Menguasai kemahiran menulis dapat menjadikan
pelajar lebih yakin untuk menguasai bahasa Arab. Melalui pembacaan yang luas, pelbagai gaya
bahasa dan struktur ayat yang pelbagai dapat dikuasai (Wan Azura, 2007).
3.0 PENYATAAN MASALAH
Mengikut Ali Madkur (1985), salah satu masalah besar dalam program pengajaran bahasa Arab
kepada pelajar bukan Arab ialah kekurangan guru yang berkelayakan. Kebanyakan guru yang
mengajar bahasa Arab kepada penuntur bukan Arab di negara luar (bukan negara Arab) tidak
mempunyai latihan yang mencukupi dari segi kebahasaan, kepakaran profesional, kebudayaan
dan pengetahuan. Kelemahan guru bahasa Arab ini mendapat perhatian Ibrahim Ahmad al-
Hardlu (1980) yang menyatakan bahawa pengalaman Ma’had Khartoum Antarabangsa dalam
melatih guru-guru bahasa Arab dari kalangan orang bukan Arab mendapati bahawa masalah
besar yang dihadapi ialah kelemahan mereka bertutur dalam bahasa Arab dan menggunakan
bahasa dengan baik. Kesan daripada kelemahan ini menyebabkan pengajaran bahasa Arab
hambar dan kurang berkesan kerana para pelajar tidak dapat menjadikan mereka sebagai model
dalam penguasaan bahasa Arab, selain proses pengajaran dan pengajaran tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
Secara umum dapat dinyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di
Malaysia berada ditahap yang membanggakan namun pencapaian objektifnya masih
dipertikaikan dalam kalangan para pendidik dan pengkaji. Saufi Man (2003), menyatakan
Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab
Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor
bahawa halangan besar kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah
adalah tertumpu kepada kemahiran guru dalam berbahasa Arab, teknik pengajaran, buku teks
yang tidak menepati citarasa setempat dan persekitaran yang tidak menggalakkan. Berdasarkan
kajian-kajian lepas, terdapat beberapa halangan dan permasalahan dalam melaksanakan
pengajaran bahasa Arab. Antaranya ialah pelaksanaan teknik mengajar kemahiran membaca
bahasa Arab masih cenderung kepada teknik terjemahan teks (Hamid Norni Hamid, Aishah
Hasman, Zahriah Hussin, Kamarulzaman Abd. Ghani, 2010).
3.1 Objektif Kajian
Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI negeri Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat
beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu:
i. Mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa
Arab yang dilalui oleh murid dalam pembelajaran mereka.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca bahasa Arab di SRAI.
3.2 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini dapat memberi input kepada pihak sekolah berkenaan dan guru-guru bahasa
Arab dalam meningkatkan kualiti pengajaran. Ia juga dapat memberikan panduan kepada
Bahagian Pendidikan Islam JAIS unit Kurikulum dalam menyediakan latihan kemahiran
mengajar bahasa Arab kepda guru-guru berkaitan. Selain itu, ia juga memberi input kepada para
penyelidik berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat Sekolah Rendah,
khususnya SRAI di negeri Selangor.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan prosedur penting dalam menggabungkan pendekatan kajian serta
analisis data bagi memastikan dapatan penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna. Justeru itu, bagi
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2
SEPTEMBER
2017
207
memberi gambaran yang jelas tentang kajian ini pengkaji mengemukakan kaedah pelaksanaan kajian
meliputi reka bentuk kajian, instrumen kajian, lokasi kajian dan persampelan kajian.
4.1 Reka Bentuk Kajian dan Kaedah Persampelan
Kajian ini menggunakan proses pengumpulan data menggunakan persampelan rawak mudah
berdasarkan kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Menurut Mohd
Majid (2005), persampelan rawak mudah menghendaki setiap individu mempunyai peluang yang
sama untuk diambil atau digunakan sebagai sampel. Selain itu, persampelan rawak mudah sesuai
dilakukan sekiranya populasi yang dikaji mempunyai ciri-ciri yang seragam. Kajian ini
merupakan satu tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI. Kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan berbentuk deskriptif, iaitu tinjauan bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat
mengenai pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan suatu fenomena tanpa menyoal
mengapa pembolehubah tersebut wujud (Mohd.Majid Konting, 2005).
Ia dianggap sebagai kajian deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan
bagi menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 2005). Sekolah yang
terlibat dalam kajian ini adalah Sekolah Rendah Agama Integrasi di negeri Selangor yang
mempunyai sebelas buah sekolah. Responden kajian ini adalah murid-murid sekolah berkenaan.
Seramai 419 orang murid daripada sepuluh buah sekolah telah diilih sebagai responden kajian ini
melibatkan 212 (50.6%) orang murid lelaki dan 207 (49.4%) murid perempuan. Jumlah
responden yang diambil berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970).
Pada asasnya, pemilihan sekolah dan sampel kajian dilakukan berdasarkan kepada pembahagian
daerah. Sekurang-kurang 42 orang murid akan dipilih secara rawak daripada setiap sekolah bagi
menjawab borang soal selidik. Keutamaan ini diberikan kepada murid-murid darjah 6. Secara
keseluruhan dapat disimpulkan bahawa dalam menjalankan kajian ini penyelidik menggunakan
pensampelan gugus (Asmah Haji Omar, 2002:59).
Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab
Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor
4.2 Instrumen Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina untuk melihat persepsi
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SRAI. Soal
selidik ini menggunakan lima skala Likert untuk mengukur item-item yang disediakan. Dalam
kaedah penganalisisan data, pengkaji menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan min
untuk melihat kekerapan dan frekuensi. Kajian ini dilakukan di Sekolah Rendah Agama Integrasi
di negeri Selangor dengan melibatkan 10 buah sekolah iaitu:-
i. SRA Integrasi Bandar Baru Bangi
ii. SRA Integrasi Sungai Manggis
iii. SRA Integrasi Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah
iv. SRA Integrasi Pekan Beranang
v. SRA Integrasi Sungai Chinchin
vi. SRA Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor
vii. SRA Integrasi Muhammadiah, Pekan Sabak
viii. SRA Integrasi Dato' Mufti Yusoff Sahabuddin
ix. SRA Integrasi Taman Keramat
x. SRA Integrasi Salak Tinggi
4.3 Analisis Data
Penganalisisan data merupakan proses pengukuran. Data-data daripada borang soal selidik
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti peratus dan min, terutama yang
berkaitan dengan latar belakang sampel dan juga persepsi sampel terhadap item-item atau
pembolehubah kajian.
4.4 Kajian Rintis
Soal selidik merupakan instrumen penting kajian ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Idris Awang
(1989) bahawa metod soal selidik merupakan satu rangkaian soalan yang dibentuk khas dan
mempunyai objektif tertentu yang dilaksanakan ke atas orang tertentu pada masa tertentu. Dalam
menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina. Sebelum menjalankan
penyelidikan sebenar, instrumen tersebut telah disemak semula samada ia bersesuaian dengan
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2
SEPTEMBER
2017
209
murid darjah enam atau pun tidak. Responden dalam kajian rintis ini mempunyai ciri-ciri yang
sama dengan sampel kajian yang sebenar. Kajian rintis adalah satu usaha untuk meningkat dan
memastikan bahawa instrumen-instrumen yang akan digunakan mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan. Nilai kebolehpercayaan kajian rintis soal selidik murid berada pada nilai
0.772. Hal ini menggambarkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang dibina. Selain itu,
dapat dilihat bahawa murid hanya mengambil masa 20-30 minit untuk menjawab borang soal
selidik yang diberikan. Ujian bagi menentukan kebolehpercayaan kajian rintis ini dilakukan
menggunakan ujian cronbach. Chua (2006) meyatakan nilai alfa 0.65 hingga 0.95 dianggap
memuaskan.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian merupakan hasil analisis data yang diproses berasaskan metodologi dan kaedah
yang telah ditentukan. Dalam bahagian ini pengkaji cuba membincangkan dapatan kajian
berteraskan demografi responden dan persepsi murid terhadap pembelajaran kemahiran
membaca.
Jadual 1: Maklumat Profil Murid Berdasarkan jantina
Jantina Kekerapan Peratusan (%)
Lelaki 212 50.6
Perempuan 207 49.4
Jumlah 419 100
Jadual 1 menunjukkan taburan latar belakang murid, seramai 419 orang murid daripada
sepuluh buah sekolah telah terlibat melibatkan 212 (50.6%) adalah murid lelaki dan 207 (49.4%)
murid perempuan.
Berdasarkan jadual 2 mendapati skor min bagi kemahiran membaca pada keseluruhannya
berada di antara nilai 1.74 hingga 4.36. Dapatan kajian menunjukkan item Bb 11 “Guru saya
menterjemahkan makna perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu” mencapai nilai min
pada tahap tinggi. Nilai min bagi item ini ialah 4.36. Manakala item Bb 1 “Guru saya meminta
Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab
Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor
murid membaca perkataan bahasa Arab dengan suara yang jelas” berada pada tahap sederhana
tinggi. Nilai min bagi item ini ialah 3.73.
Jadual 2: Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Kemahiran Membaca
Bil Penyataan TP JJ KK K SK Min INT
Bb1 Guru saya meminta murid
membaca perkataan bahasa
Arab dengan suara yang jelas.
13
3.1%
51
12.2%
107
25.5%
115
27.4%
133
31.7%
3.73 ST
Bb2 Guru saya membimbing murid
membaca perkataan bahasa
Arab.
8
1.9%
55
13.1%
94
22.4%
149
35.6%
113
27.0%
3.73 ST
Bb3 Guru saya membimbing murid
membaca ayat bahasa Arab.
8
1.9%
74
17.7%
108
25.8%
146
34.8%
83
19.8%
3.53 ST
Bb4 Guru saya meminta murid
membaca ayat bahasa Arab
dengan bacaan kuat.
48
11.5%
100
23.9%
109
26.0%
77
18.4%
85
20.3%
3.12 ST
Bb5 Guru saya memastikan murid
memahami makna perkataan
bahasa Arab yang dibaca.
8
1.9%
28
6.7%
83
19.8%
112
26.7%
188
44.9%
4.06 T
Bb6 Guru saya meminta murid
membaca ayat bahasa Arab
secara senyap kemudian
menjawab soalan kefahaman.
97
23.2%
116
27.7%
98
23.4%
78
18.6%
30
7.2%
2.59 SR
Bb7 Guru saya mengunakan objek
sebenar (contoh: meja, kerusi
dll) dalam menerangkan
makna perkataan bahasa Arab.
74
17.7%
160
38.2%
92
22.0%
57
13.6%
36
8.6%
2.57 SR
Bb8 Guru saya memberikan contoh
semasa menerangkan makna
perkataan bahasa Arab.
16
3.8%
74
17.7%
143
34.1%
112
26.7%
74
17.7%
3.37 ST
Bb9 Guru saya menggunakan kata 58 200 88 45 28 2.49 SR
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2
SEPTEMBER
2017
211
seerti dalam menerangkan
sesuatu maksud perkataan
bahasa Arab.
13.8% 47.7% 21.0% 10.7% 6.7%
Bb10 Guru saya menggunakan kata
berlawanan dalam
menerangkan sesuatu maksud
perkataan bahasa Arab.
74
17.7%
188
44.9%
96
22.9%
41
9.8%
20
4.8%
2.39 SR
Bb11
Guru saya menterjemahkan
makna perkataan bahasa Arab
ke dalam bahasa Melayu.
3
0.7%
9
2.1%
46
11.0%
136
32.5%
225
53.7%
4.36 T
Bb12
Guru saya meminta murid
menggunakan kamus semasa
belajar bahasa Arab.
225
53.7%
115
27.4%
49
11.7%
24
5.7%
6
1.4%
1.74 SR
Bb13 Guru saya meminta murid
meneka makna perkataan
bahasa Arab.
37
8.8%
97
23.2%
145
34.6%
92
22.0%
48
11.5%
3.04 ST
Bb14
Guru saya melakukan aktiviti
memadan dan melabelkan
perkataan dengan gambar.
123
29.4%
151
36.0%
83
19.8%
46
11.0%
16
3.8%
2.24 SR
Min keseluruhan persepsi murid
terhadap pembelajaran kemahiran
membaca
3.73 ST
Dapatan item Bb 6 “Guru saya meminta murid membaca ayat bahasa Arab secara senyap
kemudian menjawab soalan kefahaman” pula memperolehi min 2.59, Bb 7 “Guru saya
mengunakan objek sebenar (contoh: meja, kerusi dll) dalam menerangkan makna perkataan
bahasa Arab” memperolehi min 2.57, Bb 9 “Guru saya menggunakan kata seerti dalam
menerangkan sesuatu maksud perkataan bahasa Arab” memperolehi min 2.49, Bb 10 “Guru saya
menggunakan kata berlawanan dalam menerangkan sesuatu maksud perkataan bahasa Arab”
memperolehi min 2.39 dan Bb 14 “Guru saya melakukan aktiviti memadan dan melabelkan
Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab
Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor
perkataan dengan gambar” memperolehi min 2.24. Dapatan ini menunjukkan kesemua item
memperolehi min yang berada pada tahap sederhana rendah.
Manakala item yang memperolehi min yang berada pada tahap rendah ialah item Bb 12
“Guru saya meminta murid menggunakan kamus semasa belajar bahasa Arab”. Ia memperolehi
min 1.73.
6.0 KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa guru kurang mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kemahiran membaca seperti menggunakan objek sebenar
dalam menerangkan makna perkataan. Demikian juga penggunaaan kata seerti, kata berlawanan
dan memadan perkataan dengan gambar. Hakikatnya penggunaan objek sebenar dalam
menerangkan makna perkataan dapat menguatkan ingatan murid dalam menghafal
perbendaharaan kata bahasa Arab. Dari sudut yang lain, kekerapan penggunaan kata seerti dan
kata berlawanan akan memberi kesan kepada murid dalam proses pengayaan perbendaharaan
bahasa Arab. Hal ini akan menyebabkan murid kreatif dalam penggunaan perkataan yang sesuai
dalam bertutur dan mengarang karangan bahasa Arab.
Dari segi memadan perkataan dengan gambar, ia amat penting dalam pembelajaran pada
peringkat awal kerana murid akan lebih mudah menghafal perkataan tersebut dan pembelajaran
akan menjadi lebih menyeronokkan.
Selain perkara di atas, dapatan juga menunjukkan bahawa PdP kemahiran membaca
bahasa Arab di SRAI kurang menekankan galakan penggunaan kamus. Dalam mempelajari apa
jua bahasa guru seharusnya menitikberatkan murid menggunakan kamus agar mereka dapat
memperkayakan perbendaharaan kata serta mengetahui makna perkataan baharu. Menurut
Asmah (2002: xxii) perbendaharaan kata merupakan unsur paling penting dalam mengetahui
sesuatu bahasa dan nahu datang kemudian. Manakala Rosni Samah (2012) pula berpandangan
bahawa perbendaharaan kata dilihat sebagai aspek penting yang merentas aspek pengajaran dan
pembelajaran dan kemahiran asas serta ia perlu dibangunkan secara berterusan. Pelajar perlu
dibekal dan didedahkan dengan teknik penguasaan perbendaharaan kata yang pelbagai supaya
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 4 NO.2
SEPTEMBER
2017
213
mereka boleh mengumpul seberapa banyak perbendaharaan kata bagi mengungkap ayat yang
mudah.
Dari sudut yang lain dapat dirumuskan bahawa PdP kemahiran membaca bahasa Arab di
SRAI menekankan latihan sebutan perkataan bahasa Arab dengan suara yang jelas dan kurang
menekankan pembacaan secara senyap bagi menjawab soalan kefahaman. Hal ini bertepatan
dengan pandangan Muhammad Kamil al-Naqah (1985), yang menyatakan bahawa antara
objektif kemahiran membaca yang ditetapkan adalah dapat menyebut perkataan dengan baik dan
tidak menepati pandangan beliau bahawa antara objektif kemahiran membaca memahami
dengan terperinci setiap isi perbincangan serta mengetahui hubungan antara isi perbincangan.
Menurut Rosni Samah (2009), sewajarnya guru hendaklah melatih pelajar bagi membaca teks
secara senyap sehinggalah mereka dapat membiasakan diri dengannya. Rahsianya adalah dengan
membiasakan diri mereka dengan bacaan cepat yang merupakan matlamat daripada kemahiran
membaca.
Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab
Di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor
RUJUKAN
Ali Ahmad Madkur. 1985. Taqwim Baramij I‘dad Mu‘llimi al-Lughah al-Arabiyyah li ghair al-
Natiqin biha. Riyadh: Universiti Malik Saud.
Asmah Omar. 2002. Pengenalan. Dalam Za’ba (Eds). Ilmu Mengarang Melayu-Edisi Ejaan
Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asni Tahir & Siti Hasnah Tanalol. 2004. Belajar Bahasa Kadazan Dusun: Pendekatan
Pembelajaran Hypermedia. Prosiding Program Seminar Kebangsaan Pengajaran Bahasa,
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. 8 – 9 Oktober 2004.
Azman & Goh. 2010. Situasai Pembelajaran Bahasa Asing di Institut Pengajian Tinggi:
Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Perancis. AJTLHE Vol. 2, No.
2, July 2010, 9-20.
Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku 2. Asas Statistik Penyelidikan.
Mc Graw Hill Kuala Lumpur.
Hamid Norni Hamid, AishahHasman, ZahriahHussin, KamarulzamanAbd.Ghani.
2010. Pendekatan Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Malaysia:
Pelaksanaan Dan Cabaran. Prosiding 1st International Conference On
Islamic Education. 29 th November – 1 Disember 2010. Holiday Villa
Hotel & Suites, Subang, Selangor, Persatuan Intelektual Muslim
Malaysia.
Al-Hardlu, Ibrahim Ahmad. 1980. I‘dad Mu‘allimin Ghair Arab li Ta‘lim al-Arabiyyah li Ghair
al-Natiqin biha: Tajribah Ma’had Khartoum. Dlm Fi sijill al-Ilm li al-Nadwah al-
Alamiyyah Al-Ula li Ta‘lim al-Lughah al-Arabiyyah li ghayri al-Natiqin biha. Jilid
2,ms:43-59. Saudi Arabiya: Universiti Riyadh.
Idris Awang, 1989. Penyelidikan : Jenis Dan Metod, Kuala Lumpur : Akademi Islam Universiti
Malaya.
Rosni Samah. 2012. Pembinaan Ayat bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah
Agama. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Volume 12(2) 566-567.
Rosni Samah. 2009. Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab Untuk Pelajar Bukan
Penutur Jati. USIM.
Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. USIM.
Saufi Man. 2003. Perkaedahan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia : Antara Tradisi dan
Inovasi.. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, Fakulti Pendidikan UKM.
Wan Azura Wan Ahmad. 2007. Pendekatan Dan Strategi Efektif Dalam Penguasaan
Bahasa Arab. USIM.