BAB 5
Peminjaman Buku u-Pustaka
Di dalam bab ini, anda akan mempelajari cara untuk membuat carian
ke atas katalog u-Pustaka, peminjaman dari u-Pustaka dan
mengatur untuk mengambil buku dari perpustakaan konsortium atau
membayar untuk perkhidmatan penghantaran oleh PosLaju dan
pembayaran denda lewat pemulangan.
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Carian Katalog
Meminjam Buku u-Pustaka
5 – 1
5 – 2
5 – 10
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 1
1. Pengenalan
Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan u-Pustaka menyediakan
akses kepada maklumat secara telus kepada Katalog Induk Kebangsaan
(KIK) dan Sistem Pengurusan Perpustakaan (LMS) yang sedia ada di
tujuh perpustakaan. Permohonan peminjaman buku menerusi Portal u-
Pustaka berupaya untuk dirangkaikan kepada Gerbang Penghantaran
oleh pihak PosLaju dan Gerbang Pembayaran Tanpa Tunai oleh pihak
MEPS dan Touch ‘n Go bagi tujuan peminjaman, pemulangan,
penempahan dan pembaharuan sumber-sumber fizikal pada bila-bila
masa dan di mana sahaja anda berada.
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 2
2. Carian Katalog
Carian katalog mencari rekod katalog dari 8 perpustakaan dengan
menggunakan kemudahan perkhidmatan pangkalan data KIK (Katalog
Induk Kebangsaan). Anda dapat mencari rekod katalog, semak
ketersediaan bahan di perpustakaan, menambah bahan ke "Bakul Saya"
dan menempah bahan.
Dua jenis carian boleh didapati dalam Carian Katalog, iaitu, Carian
Pantas (Quick Search) dan Carian Layar (Browse Search). Sekiranya
anda seorang ahli u-Pustaka, anda dapat menikmati perkhidmatan
Simpan Carian (Saved Search).
Gambarajah 5.1: Carian Katalog u-Pustaka
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 3
2.1 Carian Pantas (Quick Search)
1. Dengan Carian Pantas (Quick Search), anda boleh mencari buku
secara atas talian dengan menggunakan kata kunci "Judul",
"Pengarang", "Perkara", "Penerbit", "ISBN", "ISSN", "Tahun" atau
"Semua". Sila rujuk gambarajah 5.2 di bawah.
Gambarajah 5.2: Carian Pantas (Quick Search)
2. Anda perlu memasukkan kata carian dalam kotak teks dan pilih
"Judul", "Pengarang", "Perkara", "Penerbit", "ISBN", "ISSN", "Tahun"
atau "Semua".
3. Jika anda ingin membuat carian spesifik dari perpustakaan
konsortium yang tertentu, anda hanya perlu perlu klik pada checkbox
Perpustakaan tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah
5.3. Selepas itu, anda hanya perlu klik pada butang "Cari".
Keputusan carian akan dipaparkan.
Gambarajah 5.3: Carian Katalog Perpustakaan Tertentu
2.2 Carian Layar (Browse Search)
1. Carian Layar membekalkan carian ke atas katalog berdasarkan
senarai subjek atau kategori yang telah disediakan.
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 4
2. Pada skrin Carian Katalog, klik pada ikon Carian Layar, paparan skrin
seperti gambarajah 5.4 akan ditunjukkan.
Gambarajah 5.4: Carian Layar
3. Klik pada mana-mana pautan yang tersedia untuk membuat carian.
Klik semula pada ikon Carian Pantas untuk kembali skrin carian
pantas.
2.3 Simpan Carian
1. Fungsi Simpan Carian membenarkan ahli u-Pustaka untuk
menyimpan kata kunci carian yang pernah dimasukkan. Fungsi ini
mengelakkan kemasukkan kata kunci yang sama berulang kali.
2. Ahli mesti mendaftar masuk ke Portal u-Pustaka sebelum
menyimpan cariannya.
3. Selepas membuat carian melalui Carian Pantas atau Carian Layar,
pautan [Simpan Carian] seperti dalam gambarajah berikut akan
dipaparkan:
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 5
Gambarajah 5.5: Simpan Carian
4. Selepas memilih ‘Simpan Carian’, ahli perlu memasukkan judul bagi
kata kunci carian yang hendak disimpan. Selepas masukkan judul,
klik pada butang OK untuk menyimpan kata kunci carian.
Gambarajah 5.6: Masukkan Judul Carian
5. Apabila hendak membuat carian dengan kata kunci yang telah
disimpan, ahli hanya perlu klik pada judul yang telah dimasukkan
semasa menyimpan kata kunci carian, seperti dalam gambarajah di
bawah:
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 6
Gambarajah 5.7: Kata Kunci Carian Yang Disimpan
2.4 Mencapai Keputusan Carian
1. Keputusan carian memaparkan rekod-rekod katalog yang berpadanan
dengan kata kunci carian.
2. Klik pada mana-mana judul dalam keputusan carian, dan sistem akan
memaparkan skrin berikut:
Gambarajah 5.8: Ketersediaan
3. Klik pada pautan ‘Semak ketersediaan’, dan sistem akan
memaparkan status ketersediaan seperti berikut:
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 7
Gambarajah 5.9: Semak Ketersediaan
4. Untuk melihat ulasan satu buku, anda boleh klik pada pautan Ulasan
Elektronik. Sila rujuk gambarajah di bawah:
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 8
Gambarajah 5.10: Ulasan Elektronik
5. Klik pada pautan Butiran, dan sistem akan memaparkan butiran buku
dalam format MARC dan format Linear.
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 9
Gambarajah 5.11: Format Linear
Gambarajah 5.12: Format MARC
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 10
3. Meminjam Buku u-Pustaka
1. Untuk meminjam buku melalui Portal u-Pustaka, ahli perlu membuat
carian dan tempahan supaya pustakawan dapat mengesahkan
ketersediaan sesuatu bahan.
2. Gambarajah di bawah menunjukkan proses membuat pinjaman
melalui u-Pustaka:
Gambarajah 5.13: Proses Pinjaman
3. Ahli juga boleh meminta untuk mengambil sendiri buku yang
ditempah.
3.1 Masukkan Judul ke Bakul Saya
1. Sebelum membuat tempahan, ahli perlu membuat carian dan
memasukkan judul buku yang hendak dipinjam ke Bakul Saya.
2. Selepas membuat carian pada skrin Carian Katalog, klik pada judul
buku untuk mencapai skrin Ketersediaan, seperti di bawah:
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 11
Gambarajah 5.14: Skrin Ketersediaan Bahan yang Dipilih
3. Anda perlu klik pada pautan Masukkan Judul Anda ke Bakul Saya.
Ahli boleh membuat semakan ketersediaan ke atas bahan yang dipilih
sebelum memasukkan judul bahan tersebut ke Bakul Saya tetapi
langkah tersebut tidak wajib.
4. Selepas itu, skrin Bakul Saya akan dipaparkan dan menunjukkan
bahawa satu buku baru telah dimasukkan ke dalam Bakul Saya.
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 12
Gambarajah 5.15: Bakul Saya
3.2 Menempah Buku
1. Untuk membuat tempahan baru, anda perlu klik pada kekotak bagi
judul buku yang ingin ditempah dan klik pada butang Pilih Judul
Buku. Anda akan ditanya sama ada pasti untuk meneruskan proses
tempahan. Klik pada butang OK untuk meneruskan proses.
Gambarajah 5.16: Menempah Buku
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 13
2. Skrin di bawah akan dipaparkan. Selepas tempahan berjaya, anda
hanya perlu menunggu pemberitahuan dari pihak perpustakaan sama
ada buku yang ditempah tersedia untuk pinjaman.
Gambarajah 5.17: Berjaya Menempah Buku
3.3 Pengesahan Tempahan Buku
1. Selepas pustakawan mengesahkan bahawa buku yang ditempah
adalah tersedia, pemberitahuan seperti dalam gambarajah berikut
akan dipaparkan pada Papan Pemuka ahli yang berkenaan:
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 14
Gambarajah 5.18: Pemberitahuan Buku Adalah Tersedia
2. Klik pada pautan di atas No. Tempahan untuk melayar ke skrin di
bawah:
Gambarajah 5.19: Pengesahan untuk Pinjaman Buku
3. Anda boleh memilih untuk mengambil sendiri bahan atau membayar
untuk perkhidmatan penghantaran supaya bahan dihantar ke alamat
rumah.
4. Untuk mengambil sendiri bahan, klik pada butang Ambil Sendiri.
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 15
Gambarajah 5.20: Ambil Sendiri
5. Slip tempahan akan dijana dan anda perlu mencetak sl ip tersebut
untuk mengambil bahan dari perpustakaan yang berkenaan.
Gambarajah 5.21: Slip Tempahan
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 16
3.4 Perkhidmatan Penghantaran
1. Ahli boleh memilih perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan oleh
PosLaju supaya buku yang ditempah akan dihantar ke rumahnya.
2. Selepas pustakawan mengesahkan bahawa buku yang ditempah
adalah tersedia, pemberitahuan seperti dalam gambarajah berikut
akan dipaparkan pada Papan Pemuka ahli yang berkenaan:
Gambarajah 5.22: Pemberitahuan Buku Adalah Tersedia
3. Klik pada pautan di atas No. Tempahan untuk melayar ke skrin di
bawah:
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 17
Gambarajah 5.23: Pengesahan untuk Pinjaman Buku
4. Anda boleh membayar untuk perkhidmatan penghantaran supaya
buku dihantar ke alamat rumah. Untuk mendapatkan perkhidmatan
penghantaran, anda perlu memilih salah satu pakej penghantaran
yang ditawarkan seperti berikut:
a. Parcel Sehala
b. Parcel Dua Hala
c. Kurier NDD (Next Day Delivery)
d. Kurier SDD (Same Day Delivery)
5. Untuk membuat bayaran, ahli boleh memilih kemudahan MEPS
FPX atau Quik2Go.
6. Selepas itu, klik pada butang Khidmat Penghantaran seperti yang
ditunjukkan di bawah:
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 18
Gambarajah 5.24: Khidmat Penghantaran
7. Tetingkap mesej untuk mengesahkan seperti contoh gambarajah
dipaparkan.
Gambarajah 5.25: Tetingkap mesej untuk meneruskan proses pembayaran
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 19
8. Jika cara bayaran yang dipilih ialah MEPS FPX, skrin di bawah akan
dipaparkan. Selepas itu, teruskan proses pembayaran mengikut
arahan pada skrin.
Gambarajah 5.26: Bayaran Melalui MEPS FPX
9. Jika cara bayaran yang dipilih ialah Quik2Go, skrin di bawah akan
dipaparkan. Selepas itu, teruskan proses pembayaran mengikut
arahan pada skrin.
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 20
Gambarajah 5.27: Bayaran Melalui Quik2Go
10. Setelah bayaran berjaya dilakukan, resit pembayaran akan dijana
oleh sistem. Ahli diberi pilihan untuk mencetak resit pembayaran
tersebut.
11. Klik pada butang “Cetak” untuk mencetak resit sebagai bukti
pembayaran.
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 21
Gambarajah 5.28: Resit Pembayaran
3.5 Pembayaran Denda Lewat Pemulangan
1. Ahli yang lewat memulangkan bahan pinjaman dari tarikh
pemulangan yang telah ditetapkan akan dikenakan denda sebanyak
RM1.00 pada hari pertama, RM0.10 pada hari berikutnya dan
maksimum sebanyak RM20 bagi setiap bahan yang lewat
dipulangkan.
2. Bahan perlulah dipulangkan ke perpustakaan berkenaan sebelum
denda pembayaran dapat dibuat melalui portal. Untuk menyemak
jumlah denda lewat pemulangan bagi sesuatu bahan, anda boleh log
masuk ke akaun u-pustaka dan akses ke papan pemuka anda seperti
yang ditunjukkan di dalam gambarajah berikut:
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 22
Gambarajah 5.29 : Menu ke paparan bil melalui papan pemuka ahli
3. Pilih jenis bil dan status bil untuk mempamerkan rekod denda
kelewatan anda seperti gambarajah 5.30 di bawah. Pilih rekod denda
yang berkenaan dan jumlah keseluruhan bil akan dipaparkan secara
automatik. Pilih cara pembayaran samada MEPS FPX atau Quick2go.
Klik pada butang “Bayar Bil”.
Gambarajah 5.30: Skrin Senarai Bil Saya
4. Pilih jenis bil dan status bil untuk mempamerkan rekod denda
kelewatan anda seperti gambarajah 5.30 di bawah. Pilih rekod yang
berkenaan dan klik pada butang “Bayar Bil”
5. Anda akan dipaparkan dengan butir-butir pembayaran seperti skrin
5.31. Teruskan pembayaran seperti arahan yang terdapat pada skrin.
Klik pada butang “Confirm”
6. Anda dikendaki memilih bank rakan MEPS FPX anda pada skrin yang
berikutnya seperti gambarajah 5.32.
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 23
Gambarajah 5.31 : Pembayaran denda melalui MEPS FPX
Gambarajah 5.32: Skrin pilihan akaun perbankan internet
7. Anda akan dikehendaki untuk log masuk ke akaun perbankan internet
anda mengikut bank yang telah anda pilih. Teruskan proses
pembayaran sehingga selesai mengikut arahan yang terdapat pada
skrin perbankan internet anda.
8. Bagi transaksi yang berjaya, portal akan memaparkan skrin berikut
yang mengadungi butir-butir transaksi berserta status transaksi. Anda
boleh mencetak resit tersebut dengan klik pada butang “Print”.
Manual Pengguna u-Pustaka Peminjaman Buku u-Pustaka
BAB 5 24
9. Anda boleh menyemak status rekod berkenaan melalui menu
“Senarai Bil Saya” seperti gambarajah 5.30 dimana rekod bil yang
telah dibayar tidak akan dipaparkan di bawah status rekod “ Aktif –
Transaksi Bil Yang Belum Dibayar”.
Gambarajah 5.33: Resit Transaksi Pembayaran Atas Talian