PENDEKATAN FLEKSIBEL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAGI MENGGALAKKAN PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT DI MALAYSIA
Mohd. Nasran Abd Halim, Mohd. Isa Hamzah dan Zolkepeli Haron
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mel: [email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak
Dengan kemajuan teknologi dan komunikasi hari ini, aktiviti pembelajaran tidak lagi terhad
di dalam bilik kuliah atau secara tradisional semata-mata. Sesuai dengan perubahan teknologi
ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran turut melalui evolusi tersendiri di mana kaedah
yang lebih kreatif dan inovatif telah dihasilkan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar.
Perubahan kaedah yang lebih kreatif dan inovatif dalam aktiviti pembelajaran ini
memberikan peluang dan fleksibiliti terutamanya kepada warga kerja untuk melanjutkan
pengajian tanpa meninggalkan kerjaya mereka. Ianya secara tidak langsung dapat
menggalakkan pembudayaan program sepanjang hayat (PSH) di kalangan masyarakat
Malaysia seperti digariskan dalam lonjakan ketiga dalam PPPM (PT) 2015-2025. Kertas ini
melaporkan sejauh mana kaedah-kaedah atau model pembelajaran yang diamalkan di Institusi
Pendidikan Tinggi dapat memberi peluang dan fleksibiliti kepada warga kerja untuk
mengikuti program-program PSH. Melalui pendidikan ini, bukan sahaja ilmu pengetahuan
dan kemahiran dapat dipertingkatkan malah yang lebih penting dapat memperbaiki atau
meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.
Kata Kunci: Pendidikan Sepanjang Hayat, Blended Learning, e-pembelajaran, Pendidikan
Jarak Jauh dan Terbuka (ODL)
2
Pengenalan
Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) pada hari ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada
agenda penting dalam perancangan pendidikan tinggi di Malaysia, malah menjadi agenda
global seiring dengan cabaran pembangunan masa kini. Kepentingan dan komitmen kerajaan
dalam menggalakkan pembudayaan PSH ini di kalangan masyarakat Malaysia diterjemahkan
dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara 2011 hingga 2015, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025 (PPPM (PT) 2015 - 2025) dan
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) yang bermula pada tahun 2016 hingga 2020. PSH
juga dilihat penting sebagai pemangkin kepada transformasi Malaysia menjadi sebuah negara
maju seperti mana yang dihasratkan kerajaan menjelang tahun 2020. Dalam konteks
Malaysia, PSH ditakrifkan sebagai “proses pendemokrasian pendidikan melalui pemerolehan
ilmu pengetahuan, kemahiran secara kaedah formal atau tidak formal serta boleh diakses
menerusi pelbagai kaedah pengendalian program”.
Menurut Asil Esaam Ghebllawi et al, 2011, PSH juga boleh dikaitkan dengan kebolehpasaran
dan produktiviti. Melalui PSH, setiap individu di negara ini mempunyai peluang untuk
memperoleh pengetahuan serta kemahiran secara berterusan (Nur Angriani Nurja et al, 2014).
Pembudayaan PSH ini telah menjadi salah satu teras penting sebelum pembangunan PPPM
(PT) 2015 - 2025 yang dikenali Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) di mana
ianya diperkenalkan pada tahun 2005. PSH menjadi agenda penting dan dimasukkan sebagai
salah satu daripada 10 Lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) ketika itu pada 7 April 2015 yang merupakan kesinambungan daripada PSPTN.
Melalui PSPTN, PSH telah menjadi saluran utama bagi seseorang individu, selari dengan
sistem pendidikan Negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pra
universiti dan seterusnya pengajian tinggi.
3
Melalui usaha pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan agensi di bawahnya iaitu
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) termasuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran seperti pendidikan jarak jauh, pembelajaran
separuh masa, e-pembelajaran atau blended learning, pendidikan jarak jauh dan terbuka
(ODL) dan pendidikan fleksibel bagi menggalakkan masyarakat untuk membudayakan PSH.
Dengan usaha yang giat dijalankan oleh pihak kerajaan dan IPT ini, ianya diharap dapat
menarik minat atau menggalakkan warga bekerja untuk terlibat dalam program PSH.
Kajian ini akan melihat apakah kepelbagaian dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran
khususnya ini dapat memberi tarikan dan memenuhi keperluan kepada masyarakat khususnya
golongan pekerja bagi mengikuti program PSH. Kajian lepas hanya memfokuskan kepada
penggunaan ICT dalam mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengendalian pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, kajian kurang memberi penumpuan kepada sejauh mana
kaedah-kaedah ini sebenarnya memberi fleksibiliti kepada warga kerja bagimenyahut hasrat
kerajaan dalam membudayakan program PSH.
Kajian ini cuba melihat pentingnya sistem pendidikan yang fleksibel khususnya di peringkat
pengajian tinggi bagi menggalakkan masyarakat khususnya golongan dewasa bekerja untuk
menyertai program PSH. Kajian ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian, pertamanya
membincangkan konsep dan kepentingan PSH,sambutan dalam program PSH, pendekatan
pembelajaran fleksibel, keduanya bagaimanakah sambutan masyarakat dalam program
pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia dan ketiganya perbincangan dan rumusan.
Tujuan artikel ini untuk membincangkan tiga model utama dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran sepanjang hayat iaitu model e-pembelajaran, Pendidikan Jarak Jauh dan
Terbuka dan yang terbaru iaitu Pendidikan Fleksibel.
4
Konsep PSH
Suruhanjaya bagi Negara-negara Eropah mendefinisikan PSH sebagai semua aktiviti
pembelajaran yang berkaitan dengan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi
dalam perspektif peribadi, sivik, sosial, dan/atau pekerjaan yang berkaitan. Negara-negara
anggota telah diminta untuk melaksanakan strategi PSH untuk melengkapkan individu
dengan kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja hari ini, untuk pembangunan kerjaya
dan mengurangkan ketidakpadanan (mismatches) kemahiran dan ‘kesesakan’ pasaran buruh.
Di Korea, PSH merujuk kepada segala bentuk aktiviti pendidikan terancang yang berlaku di
luar sekolah di mana kumpulan sasaran utama adalah orang dewasa (Asil Esaam Ghebllawi et
al, 2011). Menurut Lawrence Arokiasamy dan Ong Seng Fook (2008), pembelajaran
sepanjang hayat adalah konsep yang lebih menyeluruh yang termasuk pembelajaran tidak
formal, tidak disengajakan dan secara kebetulan.
Secara praktisnya. konsep PSH biasanya dikaitkan dengan pendidikan untuk orang dewasa
yang bekerja (Asil Esaam Ghebllawi et al, 2011). PSH merupakan satu proses memperoleh
atau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berasaskan objektif pembelajaran tertentu
bagi sesuatu kursus atau program yang ditawarkan oleh institusi pendidikan seperti Universiti
Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau pembekal latihan (training
provider).
Setiap negara mempunyai perbezaan dari segi mendefinisikan PSH. Dalam konteks Malaysia,
PSH ditakrifkan sebagai proses pendemokrasian pendidikan menerusi penguasaan ilmu,
kemahiran, dan keterampilan menerusi kaedah formal atau tidak formal berdasarkan
pengalaman di tempat kerja atau semasa latihan (PPPM (PT), 2015 -2015). Di negara-negara
seperti maju seperti di Eropah, dasar PSH ini telah dibentuk beberapa dekad yang lalu
berbanding dengan negara-negara membangun seperti Malaysia, Thailand, China dan
Vietnam. Melihat kepada kepentingan PSH ini, Malaysia dan juga seperti negara-negara lain
telah merangka strategi masing-masing dalam membangunkan PSH melalui transformasi
5
pendidikan seperti mana PSPTN dan PPPM 2015 – 2025 (PT), di samping mewujudkan
dana-dana khas untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam program-program PSH.
Menjelang tahun 2025, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhasrat untuk menjadikan
PSH sebagai satu budaya dalam kalangan masyarakat yang akhirnya sebati dalam budaya dan
gaya hidup rakyat Malaysia seperti mana dinyatakan dalam PPPM (PT) 2015 – 2025. Hasrat
ini akan tercapai menerusi pemantapan ekosistem PSH yang berkualiti tinggi, terselaras,
harmoni dan diiktiraf dalam kalangan komuniti pendukung PSH.
Kepentingan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
PSH dilihat semakin penting dalam usaha mentransformasikan Malaysia ke arah menjadi
sebuah negara maju. Kemajuan ekonomi Malaysia amat bergantung kepada penghasilan
warga kerja berkemahiran tinggi. Dalam era dunia global yang sentiasa berubah, kemahiran
perlu dipertingkatkan dan diperbaharui sentiasa. Oleh sebab itu, antara tujuan utama PSH
ialah untuk menyediakan dan mengisi keperluan bangsa dengan modal insan yang
berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten (Asil Esaam Ghebllawi et al, 2011). Inisiatif
PSH merupakan satu cara memastikan semua pekerja berpeluang mengikuti pendidikan untuk
kemajuan diri khususnya dalam meningkatkan prospek kerjaya mereka. Program
Transformasi Ekonomi Malaysia (ETP) memerlukan bakat berpendidikan tinggi, dengan
anggaran keperluan sebanyak 3.3 juta pekerjaan baharu menjelang 2020, dengan 1.3 juta
pekerjaan berada dalam kategori kerja berkemahiran sederhana dan tinggi (PPPM (PT) 2015
– 2025).
Melalui PPPM (PT) 2015 – 2025, PSH membolehkan warga Malaysia meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. PSH
mampu menggembleng potensi individu yang masih belum atau sedang berada dalam pasaran
kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan kemahiran serta memupuk minat dan
6
menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan
seharusnya tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu diteruskan sepanjang kehidupan
atau selagi hayat masih ada. Berdasarkan Pelan Induk PSH Malaysia 2011-2020, fokus diberi
kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kumpulan
tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi memaju dan
membangunkan ekonomi negara.
Program-program PSH di Malaysia
Dalam PPPM (PT) 2015 -2025 menjelaskan bahawa program PSH di Malaysia dibahagikan
kepada tiga kategori. Pertamanya, PSH formal di mana aktiviti pembelajaran berlaku
dalamsetting pembelajaran formal atau konvensional seperti di IPT. Individu yang mengikuti
program ini akan memperoleh kelayakan akademik seperti sijil, diploma, diploma eksekutif,
ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang diiktiraf. Program formal ini bukan sahaja
memberi peluang untuk meningkatkan taraf akademik, malah dapat membantu memajukan
kerjaya individu.
Keduanya, PSH bukan formal yangdilaksanakan di tempat selain daripada institusi yang
formal seperti di organisasi atau syarikat, pembekal latihan dan seumpamanya. PSH bukan
formal ini bersifat jangka pendek dan biasanya mempunyai kaedah dan pengendalian
program yang sistematik dan tersusun. PSH bukan formal pada umumnyaditawarkan kepada
pekerja yang sedang dalam perkhidmatan bagi tujuan meningkatkan kompetensi dan
pembangunan profesional. Ketiganya, PSH tidak formal iaitu PSH yang biasanya kurang
berstruktur dan pembelajaran dijalankan dengan tujuan untuk menambah baik kualiti
kehidupan peserta. Pada amnya, individu yang mengikuti program ini atas inisiatif sendiri
bagi memajukan dan menambah baik kemahiran atau potensi diri sendiri.Umumnya, tiada
kelayakan akademik diberikan bagi individuyang mengikutiprogram tersebut.
7
Berdasarkan Pelan Induk PSH Malaysia 2011-2020, sasaran peserta adalah memfokuskan
kepada individu yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kelompok umur
berkenaan merupakan golongan yang masih aktif dan produktif bagi memaju dan
membangunkan ekonomi negara. Di Malaysia,peluang rakyat untuk mengikuti program PSH
adalah terbuka luas dengan adanya Kolej komuniti yang menyediakan program pada
peringkat sijil dan diploma dalam bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kolej
komuniti juga menyediakan program PSH berbentuk kursus jangka pendek untuk semua
peringkat umur, selain program pembelajaran berasaskan kerja atau belajar sambil bekerja
(work-based learning) pada peringkat diploma untuk golongan pekerja. Kolej Komuniti yang
menjadi Hab PSH dan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) akan menerajui pendidikan
fleksibel di Malaysia (dipetik daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta
pula menawarkan PSH program di peringkat diploma/diploma eksekutif dan ijazah ke atas.
Dalam tempoh lima tahun (2009 – 2013), terdapat peningkatan yang menggalakkan dalam
enrolmen PSH. Sambutan terhadap PSH ini meningkat melebihi 10% daripada sasaran kadar
pertumbuhan tahunan. Pada tahun 2013, enrolmen PSH adalah 45% daripada keseluruhan
pengambilan sepenuh masa IPT awam seperti ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.
8
Rajah 1: Enrolmen Dalam Program PSH Yang Ditawarkan Oleh IPT Awam
Taburan pelajar PSH dalam tempoh lima tahun (2009-2013) menunjukkan peratusan
enrolmen pelajar meningkat dengan memberangsangkan seperti ditunjukkan dalam rajah di
atas. Pada tahun 2009 enrolmen dalam program PSH hanya 223,4000 orang, manakala
enrolmen tahun 2013 meningkat kepada 483,500 orang pelajar. Dalam tempoh 2002 hingga
2013, seramai 1.3 juta pelajar yang menyertai program PSH di kolej komuniti. Pada tahun
2002, hanya 1,800 orang peserta mendaftar program PSH di Kolej Komuniti dan ia
meningkat kepada 277,080 orang pada tahun 2013. Universiti Awam mencatat penyertaan
PSH kedua tertinggi dengan 131,000 (27%) enrolmen pelajar, menerusi program sijil
kemahiran profesional lanjutan, eksekutif, separuh masa, dan pembelajaran jarak jauh.
Enrolmen PSH yang ditawarkan oleh institusi ODL pula ialah 13% (65,000) pada tahun
2013.
9
Kini, hampir kesemua UA menubuhkan pusat atau unit bagi menawarkan program-program
PSH kepada warga kerja antaranya UKM melalui Pusat Kembangan Pendidikan (PKP), UM
melalui Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed), USM melalui Pusat Pengajian Pendidikan
dan Jarak Jauh (PPPJJ), UTM melalui UTM Space, UiTM melalui Institut Pendidikan Neo
(iNED) dan banyak lagi. Manakala bagi Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) pula,
universiti yang banyak menawarkan program-program PSH antaranya ialah seperti Universiti
Terbuka Malaysia (OUM), Universiti Terbuka Wawasan (WOU) dan Asia e-University.
Kesemua institusi ini menyasarkan golongan bekerja mengikuti program separuh masa,
evening classes atau secara pendidikan jarah jauh.
Model-Model PSH:
Bagi menggalakkan PSH, pendekatan pembelajaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini
telah disesuaikan dengan keperluan dan kemampuan masyarakat khususnya golongan bekerja
yang dilihat mempunyai pelbagai komitmen dan cabaran untuk melanjutkan pengajian. Oleh
itu, pendidikan tidak lagi dilihat semata-mata disampaikan sepenuhnya di dalam bilik kuliah
atau secara konvensional sebaliknya kini dijalankan secara jarak jauh atau kelas diikuti secara
alam maya (virtual classroom) dengan adanya bantuan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) yang semakin berkembang pada hari ini (Norazah Nordin et al, 2010). Penggunaan ICT
dan telefon pintar juga kini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada medium
penyampaian pembelajaran yang menyokong kepada kaedah pembelajaran secara
pembelajaran teradun (blended learning). Dengan kemajuan teknologi ini, IPT mula
memikirkan kaedah yang lebih inovatif dalam merangka proses pembelajaran bagi
meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran program.
Menurut Conti (1978) dalam Zamri Mahamod et. al (2011), pembelajaran yang aktif
merupakan kaedah pembelajaran yang diminati oleh pelajar dewasa. Oleh itu, pendekatan
dalam pengajaran dan pembelajaran program-program PSH biasanya dikaitkan dengan
10
pendekatan andragogi. Teori andragogi atau pembelajaran dewasa (adult learning)
diperkenalkan oleh Malcolm Shepherd Knowles (1913 – 1997). Knowles memperkenalkan
lima andaian pelajar dewasa (Knowles’5 Assumptions of Adult Learners). Pertamanya,
Konsep Kendiri iaitu menjelaskan konsep diri seorang yang matang biasanya akan berubah
menjadi individu atau personaliti yang berdikari.
Keduanya, Pengalaman Pelajar Dewasa, di mana pelajar dewasa mempunyai banyak
pengalaman yang menjadi sumber dalam pembelajaran mereka. Ketiganya, Kesediaan Untuk
Belajar, di mana sebagai seorang dewasa kesediaan mereka untuk belajar semakin
berorientasikan kepada tugas-tugas pembangunan peranan sosialnya. Keempatnya, Orientasi
Kepada Pembelajaran di mana perspektif orang dewasa berubah dari seseorang yang
menangguhkan aplikasi pengetahuan kepada mengaplikasikan segera pengetahuan yang
diperoleh. Kelimanya, Motivasi untuk Belajar, di mana motivasi seseorang pelajar dewasa
untuk belajar adalah dari dalamannya sendiri (Knowles 1984: 12).
Ini bermakna warga kerja yang mengikuti pengajian biasanya atas pilihan sendiri bagi tujuan
membangunkan kompetensi atau profesionalisme diri dan menambah baik pengetahuan serta
kemahiran sedia ada dan sekali gus membangunkan kerjaya masing-masing.
Model e-Pembelajaran
e- Pembelajaran atau e-Learning merupakan satu bentuk rangkaian atau pembelajaran atas
talian yang menggunakan teknologi multimedia sebagai medium tambahan pembelajaran
yang mengambil alih kaedah formal (Garisson & Anderson, 2003 dalam Muhammad Rais &
Yusup Hashim, 2004). Dalam konteks pendidikan tinggi, e-Pembelajaran atau e-learning
merupakan Projek Agenda Kritikal (CAPs) dan merupakan Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT). KPT juga telah
membangunkan dasar yang dikenali sebagai Dasar e-Pembelajaran Negara (DEPAN) pada
11
tahun 2011 sebagai panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi dalam melaksanakan e-
pembelajaran. e-Pembelajaran dikaitkan dengan penggunaan ICT dalam memudah cara dan
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohamed Amin Embi,2011
hampir semua IPT (90%) yang sudah mempunyai polisi e-pembelajaran mempunyai pelan
implementasi mereka sendiri. Daripada semua IPT yang mempunyai polisi e-pembelajaran,
70% mewajibkan penggunaan e-Pembelajaran dalam kalangan pensyarah dan pelajar mereka.
Menurut Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
dalam Marlia Puteh & Supyan Hussin (2007) e-Pembelajaran juga merujuk kepada
penggunaan teknologi rangkaian dan multimedia dalam meningkatkan kualiti pembelajaran
dengan membolehkan akses kepada ilmu pengetahuan dan sumber-sumber yang remote untuk
pembangunan k-masyarakat.Mengikut kontinum Bate’s dalam Marlia Puteh & Supyan
Hussin (2007) menunjukkan e-pembelajaran ditunjukkan seperti rajah di bawah:
Rajah 2: Kontinum e-Pembelajaran
Sumber: Marlia Puteh & Supyan Hussin (2007)
Melalui pendekatan menggunakan teknologi dan multimedia yang sesuai ini telahmemberi
nilai tambah dan meningkatkan persekitaran pembelajaran bercorak interaktif dan kolaboratif
bagi menghasilkan proses pembelajaran yang lebih efektif. Melalui pendekatan ini, para
pelajar boleh mengakses maklumat atau bahan pembelajaran secara atas talian pada bila-bila
Meningkatkan
penggunaan
teknologi dalam
kelas bersemuka
Pendidikan Jarak
Jauh
Tiada pengajaran atas talian
Mod campuran –sesi
bersemuka dikurangkan +
atas talian
Pengajaran
bersemuka di
dalam kelas secara
bersemuka
Pengajaran secara atas talian sepenuhnya
Pembelajaran
teradun
12
masa samaada sebelum atau selepas kelas atau di dalam atau luar kampus. Kaedah ini juga
dilihat dapat memberi fleksibiliti kepada pelajar kerana tempoh masa pertemuan bersemuka
dikurangkan dan diganti dengan komunikasi melalui platform e-pembelajaran di
sampingdapat melengkapkan keperluan kursus dengan kemudahan ini.
Kaedah e-pembelajaran atau pembelajaran atas talian merupakan salah satu kaedah
pembelajaran yang efektif di mana proses pembelajaran dilaksanakan secara hibrid iaitu
melalui kaedah bersemuka dan pendidikan jarak jauh (Muhammad Rais & Yusup Hashim,
2004). Terdapat tiga pendekatan yang digunakan dalam kaedah ini iaitu pertamanya
menggunakan teknologi untuk menyokong kursus yang dijalankan secara tradisional atau
bersemuka. Keduanya, menyepadukan aktiviti atas talian dalam kursus tradisional untuk
meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Ketiganya, penyampaian dalam atas talian
secara keseluruhannya. Kombinasi e-pembelajaran dengan kuliah bersemuka juga dikenali
sebagai kaedah blended learning. Kaedah blended learning ini telah terbukti sebagai sistem
pembelajaran yang efektif (Farahiza Zaihan Azizan, 2010). Kaedah pengajaran dan
pembelajaran boleh menarik minat golongan dewasa mengikuti pengajian jika
menggabungkan pembelajaran bersemuka di dalam kelas dan menggunakan ICT.
Kaedah ini juga memberi kepelbagaian pengalaman dalam konteks pembelajaran. Pendekatan
blended learning ini semakin popular di peringkat pengajian tinggi disebabkan kaedah ini
boleh meningkatkan kompetensi dan tahap keyakinan di kalangan pelajar. Menurut Raja
Maznah dalam Farahiza Zaihan Azizan, 2010 kesemua universiti bersedia melaksanakan
penyampaian secara atas talian bagi menyokong pendidikan jarak jauh. Kaedah ini menurut
beliau lagi menekankan kepada pembelajaran mengikut kebolehan dan kepelbagaian
keperluan individu bagi mencapai fleksibiliti dalam proses pembelajaran.
Pada masa ini, fleksibiliti atau kaedah pembelajaran teradun ini banyak memberi ruang
kepada pelajar dewasa menambah baik diri dan mengemas kini kemahiran mereka untuk
pembangunan kerjaya sambilmeneruskan kerjanya (Curtis J. Bonk, 2004). Mereka juga boleh
13
membuat keputusan untuk kembali mengikuti pengajian tanpa perlu hadir ke kampus
sepenuhnya. Melalui pendekatan ini pelajar dewasa mempunyai pilihan pembelajaran lebih
menarik pada masa akan datang.Kini, kebanyakan IPT telah melaksanakan e-pembelajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing.Walau bagaimanapun, masih ada
ruang untuk UAatau IPTS menambah baik kaedah pelaksanaan e-pembelajaran ini dari masa
ke semasa dan memperbaiki kekangan dan halangan yang ada memandangkan permintaan
dalam program PSH ini semakin meningkat di kalangan warga kerja dari tahun ke tahun.
Model Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh atau Open and Distance Learning (ODL)
Berdasarkan Kod Amalan ODL yang dikeluarkan oleh pihak MQA (2013), pembelajaran
ODL merupakan kaedah pembelajaran yang lebih fleksibel dari segi akses dan pemerolehan
ilmu pengetahuan dalam pelbagai mod. Menurut UNESCO, 2002 pembelajaran ODL
merujuk kepada proses pengajaran yang dikendalikan dalam masa dan ruang yang terpisah
dengan pelajar. Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) merupakan kaedah pengendalian pengajian
secara ODL yang dilaksanakan secara tidak bersemuka atau konvensional. Salah satu ciri
penting dalam pengendalian kursus pengajian PJJ ialah pertemuan bersemuka atau fizikal
bukanlah menjadi asas proses pengajaran dan pembelajaran. PJJ juga merupakan satu kaedah
pengajaran yang ditawarkan kepada pelajar tanpa memerlukan pelajar berada secara fizikal di
tempat program pengajian tersebut ditawarkan. Pengendalian program secara PJJ biasanya
melibatkan perancangan yang tersusun dan diatur untuk menyediakan bahan dan instrumen
pengajaran seperti bahan cetak (buku, jurnal, nota, pita rakaman dan video) atau media
komunikasi elektronik (internet, sidang video, sidang audio, faks, telefon) dan sebagainya
kepada pelajar dan melibatkan proses pengajaran yang terancang di mana pengajar dan
pelajar tidak berada di tempat yang sama.
Menurut Keegan (1995), Evans & Fan (2002) dan Baker (2003) dalam Dominic Wong
(2008), PJJ memberi kebebasan kepada pelajar merancang masa, tempat dan berulang-alik ke
14
tempat pengajian dalam usaha untuk memperoleh pengetahuan. PJJ melibatkan interaksi
antara pelajar dan pengajar dalam pelbagai bentuk termasuklah pertemuan bersemuka,
persidangan video, e-mel atau chat rooms. Pada masa ini pendekatan PJJ banyak
menggunakan mod atas talian yang juga ke arah pembelajaran.
Warga kerja menghadapi masalah untuk meluangkan masa disebabkan beban kerja,
komitmen terhadap keluarga dan komitmen sosial yang lain. Fleksibiliti dalam masa
pengajian untuk warga kerja dalam persekitaran pembelajaran ODL membolehkan pelajar
mencari masa yang sesuai untuk belajar (Yum, Kember & Siaw, 2001). Perkara utama yang
menjadi tarikan kepada program ODL ini ialah fleksibiliti dan keselesaan kepada pelajar, di
mana sesi pembelajaran boleh diakses di mana sahaja, bila-bila masa melalui penggunaan
komputer dengan rangkaian internet. Selain itu, satu manfaat yang boleh diperoleh melalui
program ODL ialah ianya membolehkan warga kerja mengaplikasikan apa jua ilmu yang
dipelajari dalam situasi kerja sebenar terutamanya mereka yang mengikuti program yang
berkaitan dengan tugas mereka(Collins, Buhalis & Peters, 2003).
Permintaan dalam program ODL mendapat sambutan menggalakkan daripada orang dewasa
yang bekerja terutamanya bagi mereka yang berhasrat melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran terkini. ODL dijangka berkembang sebanyak 33 peratus setiap
tahun (IDC, 2000 dalam Muhammad Rais & Yusup Hashim, 2004). Antara Universiti Awam
(UA) yang menawarkan program pembelajaran secara jarak jauh dan program sedia ada ialah
seperti UKM, UPM, USM, UTM dan UUM. Manakala terdapat empat Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta (IPTS) berstatus universiti terbuka nasional yang menawarkan program PJJ
sahaja seperti Universiti Terbuka Malaysia (OUM), 2001, Universiti Terbuka Wawasan
(WOU), 2006, Universiti Antarabangsa Al-Medinah (MEDIU), 2007 dan Asia e-University
(AeU), 2008. Faktor utama yang dilihat penting dalam menarik minat warga kerja mengikuti
program ODL ini kerana fleksibiliti yang diberikan oleh IPT dalam pembelajaran yang sesuai
dengan keperluan mereka. Selain daripada tidak perlu berulang alik kelas setiap minggu,
tempoh pengajian biasanya lebih panjang berbanding pelajar dalaman atau sepenuh
15
masa.Satu perkara yang menarik dapat dilihat di mana terdapat peningkatan jumlah pelajar
perempuan yang berminat menyertai program ODL di Malaysia (Mahmod et al., 2005).
Setakat ini walaupun sambutan terhadap program ODL amat menggalakkan, namun isu yang
sentiasa dibincang dan dikhuatiri oleh IPT ialah berhubung jumlah pelajar yang bergraduat
mengikut tempoh ditetapkan (graduate on time) dan jumlah keciciran pelajar (attrition). Di
OUM, misalnya kadar keciciran terkumpul bagi pelajar yang aktif sejak Ogos 2001 atas
jumlah enrolmen setakat Mei 2009 (sepanjang tempoh 8 tahun) adalah 42.3% (Latifah Abdol
Latif et al (2009).
Punca utama keciciran pelajar ODL ialah kelemahan dalam pengurusan masa, komitmen
kerja, kurangnya kemahiran belajar dan masalah peribadi serta kewangan (Latifah Abdol
Latif et al (2009). Antara lain ialah disebabkan terdapatnya perasaan 'kesunyian dan
pengasingan’ yang boleh diatasi dengan memastikan mereka sentiasa berhubung dengan
rakan-rakan dan guru mereka. Dalam konteks ini, ICT telah digunakan secara meluas oleh
OUM untuk memaksimumkan interaksi di kalangan komuniti pelajar melalui platform e-
pembelajaran atau sistem pengurusan pelajar (LMS). Ini akan memberi motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan pengajian mereka, sekali gus mengurangkan kemungkinan tarik
diri.
Pendidikan Fleksibel
Pendidikan fleksibel merupakan pendidikan yang direka bentuk untuk memberi peluang
kepada masyarakat untuk belajar pada bila-bila masa, tanpa kekangan dari segi lokasi dan
terbuka untuk semua lapisan masyarakat atau dengan kata lain anytime, anywhere, anyone
(dipetik daripada ucapan YB Menteri Pendidikan Tinggi sempena Amanat Tahun Baharu
2016). Seperti di Korea, inisiatif untuk memberi peluang pendidikan terbuka kepada sesiapa
(whoever), bila-bila masa (whenever), di mana-mana sahaja (wherever) dan dalam apa jua
persekitaran. Konsep pendidikan fleksibel ini masih baharu di Malaysia dan ianya akan
16
membawa perubahan dalam landskap pendidikan tinggi di Malaysia serta menjadi hala tuju
baharu KPT. Pendekatan ini mempunyai sedikit persamaan dengan program ODL, namun
ianya berlaku dalam konteks pembelajaran bagi program sedia ada di universiti yang sama.
Ianya berbeza dengan pendidikan fleksibel, di mana mengikut YB Menteri Pendidikan
Tinggi, pendidikan fleksibel mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
● Bersifat antara-bidang (interdisciplinary);
● Bersifat antara-universiti & pelbagai-IPT (inter university);
● Bersifat tempatan dan juga antarabangsa (localised yet globalised);
● Membenarkan mobiliti pelajar dan pendidik; dan
● Membenarkan pengiktirafan bersama bagi kursus oleh pelbagai IPT.
Pendidikan fleksibel ini mengiktiraf kaedah pembelajaran berasaskan teknologi atau di alam
maya melalui Massive Open Online Courses (MOOCs) dan pada masa yang sama,
pembelajaran secara bersemuka (face-to-face). Walau bagaimanapun, pendekatan fleksibel
ini masih di peringkat konseptual dan ianya memerlukan pengkajian lebih teliti dan satu garis
panduan perlu dibangunkan supaya pihak pembekal pengajian tinggi dapat melaksanakannya
seperti mana dihasratkan oleh pihak kerajaan. Sekiranya pendidikan fleksibel dilaksanakan
ianya akan memberi banyak manfaat kepada warga kerja dalam mengikuti pengajian.
Kesimpulan
Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran sentiasa melalui proses evolusi dan ianya
akan berterusan tanpa henti. Dengan perkembangan teknologi komputer dan internet pada
hari ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi dinamik dan secara tidak
langsung meningkatkan keberkesanan dalam proses pemerolehan ilmu. Kajian yang
dilakukan ini adalah untuk melihat pelbagai pendekatan pembelajaran yang boleh
menggalakkan PSH di kalangan masyarakat Malaysia khususnya warga bekerja. Kaedah atau
17
model yang digunakan oleh IPT kesemuanya adalah baik dan mampu meningkatkan
keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan menarik minat pelajar. Model pembelajaran
ODL juga memberi ruang kepada pelajar khususnya warga kerja untuk mengikuti program
secara jarah jauh dan waktu pembelajaran yang fleksibel. Dalam kajian Dominic Wong
(2008), semua pelajar dewasa bekerja dalam kajiannya berminat dengan idea masa yang
fleksibel untuk pembelajaran yang sesuai dengan jadual kerja mereka. Oleh itu, ODL
menyediakan platform pembelajaran yang baik untuk golongan ini terutama untuk mereka
semua yang sibuk bekerja sekarang.
Manakala pendidikan fleksibel merupakan idea baharu yang pada dasarnya agak rumit untuk
dilaksanakan, namun tidak mustahil untuk direalisasikan. Setiap model atau pendekatan
pembelajaran yang digunakan mempunyai cabarannya tersendiri kepada IPT. Misalnya
pendekatan e-learning yang digunakan tidak sepenuhnya mendapat sokongan pensyarah
kerana ramai di kalangan mereka yang sudah selesa dengan kaedah sekarang tanpa
penggunaan LMS (Afendi Hamat et al., 2011). Selain itu, terdapat juga pensyarah yang tidak
mempunyai kemahiran mencukupi dalam mengendalikan IT, staf akademik sibuk dengan
penyelidikan dan penerbitan, dibebani dengan beban pengajaran yang banyak serta skeptikal
dengan e-learning (Mohamed Amin Embi,2011). Masalah ini boleh diatasi dengan IPT
mengadakan perbincangan dan menjelaskan kepentingan penggunaan e-learning iaitu bagi
meningkatkan kefahaman dan keberkesanan pembelajaran. Pelaksanaan pembelajaran
program ODL juga mempunyai isu tersendiri iaitu berkaitan dengan kadar keciciran pelajar
yang tinggi dan kadar pelajar yang bergraduat mengikut jadual adalah rendah. Banyak faktor
menyumbang kepada dua isu ini, antaranya masalah dalam pengajian kerana kurang
pertemuan dengan pengajar, sukar mendapat sokongan dan perkhidmatan ketika diperlukan,
kurangnya latihan dalam aspek teknikal dan sebagainya.
18
Rujukan
Afendi Hamat, Mohamed Amin Embi & Abdul Halim Sulaiman. 2011. Learning
Management Systems in Malaysian Higher Education Institutions. In Mohamed Amin
Embi (Eds.), e-Learning in Malaysian Higher Education Institutions, 30-50.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 2013. Guidelines to Good Practices: Accreditation of
Prior Experiential Learning
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), 2013. Kod Amalan: Pembelajaran Terbuka dan Jarak
Jauh.
Asil Esaam Ghebllawi, Norlia Goolamally & Jamil Ahmad. 2011.Lifelong Learning in
Malaysia: Have We Achieved Our Goals? International Lifelong Learning
Conference 2011. Dimuat turun pada 2.6.16 dari
http://iclll2011.oum.edu.my/extfiles/pdf/Lifelong%20Learning%20in%20Malaysia%2
0-%20Have%20We%20Achieved%20Our%20Goals.pdf
Aslanian, C. (2007). Trends in adult learning: a recent snapshot. The Catalyst, 36 (3), 14 –
22
Collins, C., Buhalis, D., & Peters, M.,A. (2003). Enhancing SMTEs’ business performance
through the internet and e-learning platforms. Education & Training, 45 (8/9), 483-
494.
Curtis J. Bonk & Kyong-Jee Kim.2004. Future Directions Of Blended Learning In Higher
Education And Workplace Learning Settings Indiana University, USA
Dominic WONG.2008. Online Distance Learning provides Additional Learning
Opportunities and improves the Socioeconomic Status of Working Adults in Malaysia
University College Sedaya International, Malaysia.Asian Journal of Distance
Education.
European Commission Directorate-General for Education and Culture.2002. European
Report on Quality Indicators of Lifelong Learning. Working Group on Quality
Indicators of European Commission.Dimuat turun pada 2.6.16dari
http://ec.europa.eu/education/lifelong-learning-policy/doc28_
19
Faizah Abd. Majid & Hazadiah Mohamad Dahan An assessment of 21st century adult
learners’ needs: issues and challenges for institutions of higher education (published
in Strategies for Malaysian education in the 21st century. (Ros Aizan, Y.;Norshidah,
N.; Rohaya, A.W.; & Norshiha, S.; Walters, J.J. (Eds.). (2010). Shah Alam: UPENA.
pp. 53– 76. ISBN 9789673631124)
Farahiza Zaihan Azizan.2010. Blended Learning In Higher Education Institution In
Malaysia. Jabatan Teknologi Maklumat,Kulliyyah Muamalat Kolej Universiti
INSANIAH.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan
Tinggi) 2015 – 2025.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2012.Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. .
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.2012. My3L Direktori Pembelajaran Sepanjang
Hayat Peringkat Nasional 2012/2013.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Dimuat
turun pada 5.6.16 dari http://www.mohe.gov.my/psptn/
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.2011. Dasar e-Pembelajaran Negara
Khaled Nordin. 2011. Insan Sebagai Modal Negara. Kementerian Pengajian Tinggi
Mahmod, R., Dahlan, N., Ramayah, T., Karia, N., & Asaari, M.H.A.H. (2005). Attitudinal
belief on adoption of e-MBA program in Malaysia. Turkish Online Journal of Distance
Education, 6 (2).
Mohamed Amin Embi.2011. e-Learning in Malaysian Institutions of Higher Learning:
Status, Trends and Challenges Keynote Address presented at the International Lifelong
Learning Conference (ICLLL 2011), Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, 14-15
November 2011.
Latifah Abdol Latif, Sumalee Sungsri & Ramli Bahroom. 2009. Managing Retention in ODL
Institutions: a Case study on Open University Malaysia and Sukhothai Thammathirat
Open University. Asean jurnal of Open and Distance Learning.
20
Norazah Nordin, Mohamed Amin Embi, Melor Md. Yunus.2010. Mobile Learning
Framework for Lifelong Learning. Faculty of Education, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi
The Adult Learning Theory - Andragogy - of Malcolm Knowles
https://elearningindustry.com/the-adult-learning-theory-andragogy-of-malcolm-
knowles dimuat turun pada 20.6.16
Yum, J.C.K., Kember, D., & Siaw, I. (2001). Study examines coping methods in part-time
students. The Newsletter of the National Resource Centre for the First Year Experience
and Students in Transition, 14 (1), 4-5.
Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab & Mohammed Sani Ibrahim (2011).
Transformasi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Fakulti Pendidikan UKM