`PENTIK'
Richard Ak Bandar
Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif Dengan Kepujian (Seni Halus)
2004
t'usat l1. ýidfa, l : ti: 1i: jLttlAi ýr: tÖrýnii" UNIVEkSITI A'Wi. AYSiA SAkiAWAlI
`PENTIK'
RICHARD AK BANDAR
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan kreatif dengan Kepujian
(Seni Halus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2004
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAKBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: `PENTIK'
SESI PENGAJIAN : 2001/2002
Saya RICHARD AK BANDAR
mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khdimat Maklumat Akademik; Uniiversiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan
untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik; Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat sauna n tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. *sila tandakan 0
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
RASHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
--.. r--- - ----------------------------------
ý ýý
Tigdatapgan Penulis ' Tandýangan PenyeliaT.. «: 1.1,. . M
. _ . . / it 1 . T....: 1 _l..
/ . t
iaiixii: i-ý 10 5 1 GI. -r iaiixu: / /C- /-, /- '.
NO. 150 Lot 6616 Fasa 9 Taman Matang Jaya 93050 Kuching
. a/ -> /v Y-
Calatan: * Tesis/laporan dimaksudkan sebagai tesis Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda Jika Tesis/laporan ini SULZT atau TERIIAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa 7 organisasi
herkenaan dengan menyatakan sekali se bab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau'1'GRHAD
11
Projek hertajuk `P>JNTIK' telah disediakan oleh Richard ak Bandar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus
Diterima untuk diperiksa oleh:
"ýý--------------------------------
fesor Madya Fauzan Omar)
Tarikh:
-'s"l__ ý ý a -ý4 -=--------iii
Penghargaan
Dalam melaksanakan penyelidikan ini, saya merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua staf Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak.
Terima kasih kepada Prof. Madya Fauzan Omar selaku penyelia kerana beliau
telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar yang amat dihargai. Saya juga rasa
terhutang budi di atas bantuan dan kerjasama yang dihulurkan dan saya ucapkan ribuan
terima kasih kepada: -
1. Semua pensyarah seni halus yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
2. Semua responden yang terlibat dari Kampung Mentu ,
Kampung Rayu dan
seisi keluarga saya.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu
menjayakan penyelidikan ini.
Terima kasih,
(RICHARD AK BANDAR) 7063
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan Kepujian (Seni Halus)
Universiti Malaysia Sarawak
Sesi 2001/2002
IV
r'i/S'sit 1111idrd: i( A'Iaj; lu: l); oi ýý9ý2rlýtik
UNNECLSITI t11ALAYSIA SAAAWAK
Kandungan Halaman
Halaman Tajuk Borang Pengesahan Status Dokumentasi ii Tandatangan Penyelia üi Penghargaan iv Jadual Kandungan v Abstrak vi - vii BAB SATU - PENTIK
1. Pengenalan 1 LI. Hipotesis 2 1. II. Rasional 2-3 1.111. Matlamat 3-4 1. IV. Objektif 4 1. V. Metodologi 4 1. VI. Masalah kajian 4-5 1. VII. Sumbangan kajian 5-6
BAB DUA 2. Kajian Lepas 7-9 2.1. Asal Usul Pentik 9-11 2.11. Jenis-jenis Pentik 12 - 14 2.111. Contoh-contoh karya yang berkaitan 15
BAB TIGAKepercayaan Masyarakat Than Tradisional
3. Kepercayaan Animisme 16 - 20 3.1. Perbezaan Patung Pentik dengan Patung lain 20 - 22
Sengalang Burung dan Simpulang Gana Pengasas Segala Adat dan Pantang Larang
3.11. Pengenalan 22 - 23 3.111. Bidang Kajian 23 - 25 3. IV. Kajian Pentik 25 - 26 3. V. Pentik Sebagai Subjek 26 - 28
BAB EMPAT 4. Pernyataan Karya
BAB LIMA 5. Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
29 - 32
33 - 34
35
36 - 38
Abstrak
Pentik adalah patung atau arca suku kaum Iban yang direka dan mempunyai ciri-
ciri bentuk manusia. la dipercayai ada semangat serta kuasa luar biasa. Amalan
kepercayaan animisme suku kaum orang Iban ini juga menyentuh tentang peranan pentik
dalam aktiviti sosial seperti upacara memburu, kematian, perubatan dan adat pertanian.
Saya mengkaji pentik itu dari pelbagai aspek keunikan, keindahan dan kesenian
kebudayaan masyarakat Iban. Saya menggunakan bulb-bulb yang beraneka warna untuk
dijadikan mata pentik. Kelipan dan kilauan cahaya yang pelbagai warna daripada mata-
mata pentik tersebut telah menonjolkan bahawa ia memiliki semangat. Matanya yang
pelbagai bentuk, saiz dan warna telah menggambarkan kelainannya daripada pentik asal.
VI
Abstract
Pentik' is a wooden Than sculpture that resembles the human figure which is
believed to have supernatural and spiritual powers. The beliefs of animism among the
indigenous Iban group also displays the activities roles of `Pentik' in social such as hunting, medication, burial ceremony and traditional agriculture. I studied `Pentik' from
various aspects such as its uniqueness, beauty and culture significance. I used bulbs of
various colors for its eyes. The blinks from the flashes of light represents the energy and
spiritual powers. I used bulbs different shapes, sizes and colors to create the distinctive
features that differs from the original `Pentik'.
VII
BAB 1
PENGENALAN1. Pendahuluan
Seni patung yang dihasilkan daripada bahan yang tahan lama seperti kayu keras
dikenali sebagai `pentik' dalam masyarakat Iban. Pentik ini begitu penting bagi suku
kaum Than pada ketika dahulu kerana ia dianggap mempunyai kuasa. Kuasa yang
dimaksudkan di sini iaitu boleh menolong seseorang itu menjadi berani ketika
berhadapan dengan musuh atau kuasa kejahatan. Walaupun pentik ini diperbuat daripada
kayu akan tetapi ia dipercayai memiliki kuasa, roh dan semangat yang luar biasa. Pada
suatu ketika dahulu, pentik ini terdapat pada setiap rumah panjang orang Than dan ia
diletakkan di halaman rumah sebagai penjaga rumah panjang berkenaan daripada apa jua
malapetaka. la dapat menghalau segala niat jahat dan boleh menegur salt sesiapa yang
hendak berkunjung ke rumah panjang tersebut.
Pentik ini mesti dijaga dan dipelihara dengan baik sama ada di rumah atau di
tanah. Kalau ia digunakan untuk tujuan keselamatan. la akan dibuat pondok kecil tanpa
lantai, Pentik ini akan dipacak di bawah pondok tadi dan mesti diberi makan.
Makanannya dibuat khas, sekurang-kurangnya terdiri daripada tujuh bahan yang
berlainan jenis dan dinamakan "piring". Piring ini dibuat daripada tepung padi `letup'
(padi yang digoreng tanpa minyak), ketupat khas dibuat kecil-kecil, telur ayam kampung,
tembakau rokok, sirih pinang dan sebagainya.
1
1. I. Hipotesis
Pentik atau Seni Patung terdiri dari pelbagai bentuk atau saiz yang sesuai dengan
peranan atau fungsinya menurut kepercayaan masyarakat Iban. Dipercayai Pentik ini
begitu hebat kuasanya dan dikatakan dapat memenuhi keperluan kaum tersebut sama ada
dalam bidang ekomoni atau keselamatan penduduk- penduduk setempat.
1.11. Rasional
Cara dan kehidupan kaum Iban pada suatu ketika dahulu memang terkongkong
dengan adat resam dan kepercayaan yang begitu mendalam. Semuanya akan diajar dan
diperturunkan kepada generasi ke generasi dan seterusnya. Ini adalah kerana suku kaum
Iban percaya bahawa adat resam dan pantang larang yang diwarisi semenjak turun-
temurun itu merupakan kepercayaan yang boleh dijadikan pedoman hidup dalam
melaksanakan segala aktiviti sejak dari lahir hinggalah ke peringkat kematian. Lagi pun
mengenai kepercayaan ia merupakan keperluan asas bagi manusia apatah lagi dalam
masyarakat Iban itu sendiri. Malah ia dianggap sebagai jalan damai sama ada di alam
nyata ataupun dengan makhluk - makhluk ghaib. Dipercayai ia dikatakan sebagai
tatacara hidup sebagai permulaan kehidupan atau perlaksanaan aktiviti sehelum ia
dipraktikkan. la juga dipercayai dapat menghindari kaum tersebut dari malapetaka dan
musibah yang tidak diingini.
Pada masa kini, Pentik ini merupakan salah satu identiti budaya masyarakat Iban.
Budaya seperti ini tidak harus dilupakan malah harus diperkembangkan dalam bentuk apa
2
sekalipun agar generasi pada masa akan datang tidak akan lupa tentang asal usul serta
budaya sendiri. Jika ia dilihat dari dalam konteks kepercayaan dan fungsinya
sememangnya perlu diubah agar selari dengan keperluan zaman.
Walaupun cara dan kehidupan masyarakat Than banyak dipengaruhi oleh
pegangan agama lain misalnya agama Kristian, tetapi sedikit sebanyak kepercayaanini
lama masih lagi menebal di kalangan orang Than terutama bagi mereka yang tinggal di
rumah - rumah panjang. Adalah baik generasi kini mempelajari adat resam dan budaya
lama kerana dengan cara ini sedikit sebanyak mereka dapat menapis budayabudaya
negatif yang datang dari luar, kerana setiap kaum itu ada mempunyai identiti masing -
masing.
1.111. Matlamat
(a). Pentik diketengahkan agar adat resam serta keprcayaan seperti ini
tidak hilang begitu sahaja. Bagi generasi seterusnya perlu didedahkan
dengan budaya diri sendiri supaya adat mengenali identiti suku kaum
sendiri untuk mengelakkan diri dari mudah dipengaruhi serta dijajah
orang asing.
(b). Mempertahankannya supaya tidak mudah lupa asal usul sendiri yang
mempunyai nilai budaya yang begitu tinggi terutama dalam
mempertingkatkan tatacara kehidupan.
©. Untuk memperkenalkan budaya kaum Than kepada masyarakat lain
3
dan seterusnya sebagai bahan rujukan kepada generasi akan datang.
(d). Atas rasa tanggungjawab dan perasaan kagum tentang peranan penting
pentik dalam kehidupan inasyarakat Than dapat dipertonjolkan
bahawa kita tetap kaya dengan budaya yang unik.
1. IV. Objektif
(a). Untuk memperluaskan lagi nilai seni yang terdapat dalam budaya
masyarakat Iban.
(b). Untuk memperkayakan lagi fungsi, peranan serta kegunaan pentik
pada masa kini dan masa depan.
(c). Untuk menonjolkan Pentik dalam pengucapan bahawa ia dapat dilihat
melalui karya seni
IN. Metodologi
Bagi mendapatkan semua maklumat, kaedah yang digunakan iaitu kaedah
perpustakaan dan seterusnya wawancara atau temu bual dengan beberapa orang yang
berpengalaman mengenai pentik.
1. VI. Masalah Kajian
Pengkaji menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat maklumat yang
lengkap kerana bahan yang sedia ada terhad dan terlalu umum. Malah orang yang
4
Pusai Ktiidiual hld; ýlurnýt ýýk: tºlr+ºii: UNIVERSfTI MALAYSIA SARAWAK
ditemuduga juga tidak dapat memberi penerangan yang terperinci serta sesuai dengan
sesuatu jenis pentik.
Tempat untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang lengkap hanya diperoleh
di Sarawak dan sedikit dari Kalimantan, Indonesia. Walaupun kita masih dapat melihat
arca-arca pentik dipacak di persimpangan jalan ke sesebuah rumah panjang, di kaki
tangga dan lain-lain. Tetapi tidak ramai penghuni mengetahui secara terperinci mengenai
ceritanya, apatah lagi pengaruh gaya hidup sekarang yang tidak kisah akan benda-benda
ini terutama generasi muda.
Dalam usaha untuk mendapatkan responden juga timbul pelbagai masalah kerana
responden yang terlibat sudah agak berumur di antara 60-70 tahun, gambaran yang
mereka berikan masih kabur dan tidak beberapa ingat dengan tepat serta menepati
kehendak pengkaji.
Ada di kalangan responden tidak memberikan kerjasama sepenuhnya, ramai juga
yang tidak tahu langsung asal usul `Pentik' itu sendiri malah ada yang keberatan untuk
menceritakannya kerana ia dianggap melanggar pantang larang. Mereka takut jika
maklumat-maklumat yang disampaikan bercanggah dan ia boleh membawa masalah atau
kecelakaan kepada mereka.
1. VII. Sumbangan kajian
Bagi generasi masa kini, memang telah banyak terdedah dengan budaya asing.
Malah ada yang tidak tahu asal usul sendiri dan apatah lagi mengenali budaya sendiri
5
yang dianggap lapuk. Memang menjadi tanggungjawab kita untuk memperkenalkan
warisan bangsa sendiri yang merupakan kekayaan yang dimiliki, tidak ada pada seni
budaya orang lain. Generasi muda harus didedahkan dengan aspek kehidupan masa
lampau nenek moyang kita supaya ia tidak hilang begitu saja.
Mungkin dari segi penggunaan Pentik itu boleh diubah mengikut keperluan dan
peredaran semasa. Cara rekaan atau pembuatannya boleh dipelbagaikan serta
menggunakan bahan lain selain daripada kayu belian. Kalau cara ini kita amalkan, ia
boleh menambahkan pendapatan sekiranya hasil tersebut dijual kepada orang ramai atau
pelancong asing. Pameran-pameran juga dapat membantu generasi muda mengenali
Pentik serta fungsinya dalam masyarakat Than pada suatu ketika dahulu, sebelum
kedatangan agama Kristian, Islam dan sebagainya. Para pencinta seni juga seharusnya
memainkan peranan penting dalam mengketengahkannya agar lebih banyak pameran
berkaitan seni budaya tempatan dapat dilaksanakan.
6
BAB 2
2. Kajian Lepas/Literature Review
Penampilan "Pentik" dalam mitos dan lagenda masyarakat Than telah banyak
ditulis oleh para penulis tempatan akan tetapi mereka hanya melihat dari sudut peranan
dan fungsinya. Di sini penyelidik atau pengkaji mengketengahkan tentang keunikan yang
terdapat pada pentik dari segi penggunaan bulb-bulb sebagai matanya.
Kadir (1993) dalam kertas kerjanya telah menyatakan tentang asal-usul pentik.
Beliau juga membicarakan tentang kemunculan orang Than pertama yang dicipta oleh
"Petara" (Tuhan) bernama "Pentik" daripada kayu besi iaitu `belian'.
Menurut Erick Jensen (1974: 16) menyatakan bahawa orang Than kebanyakannya
tinggal di kawasan kaki bukit yang jauh dari pantai dan mengusahakan penanaman padi
huma. Oleh yang demikian kawasan kediaman mereka semestinya berkait rapa dengan
7
keperluan hidup. Adalah wajar memahami kaitan alam sekitar dengan tempat dan
kepercayaan mereka.
Animisme merupakan satu kepercayaan yang terdapat di kalangan masyarakat
Iban. Asas kepercayaan animisme yang telah diwarisi daripada nenek moyang dari alam
tradisional mengenai alam ghaib. Masyarakat Than percaya bahawa alam ghaib itu luar
biasa dan lebih berkuasa ke atas manusia sejagat. Ekoran dari keyakinan ini maka
timbullah perasaan takut, ngeri, hormat dan cinta terhadap kuasa yang mereka percaya
hidup di alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Bagi menghindari daripada diganggu dan untuk berdamai serta meminta
perlindungan daripada makhluk-makhluk di alam ghaib ini maka perlulah dijalankan
beberapa upacara ritual tertentu. la diadakan dengan tujuan supaya dilindungi atau
diberkati segala aktiviti mereka di dunia ini.
Patung "Pentik"
8
Pondok dan makanan Pentik ini dipercayai tidak boleh diganggu kerana ia akan
mendatangkan malapetaka atau musibah kepada sesiapa sahaja yang terlibat. Sebagai
balasan orang tadi kemungkinan akan menghidapi penyakit ganjil dan lebih dahsyat lagi
boleh jadi gila atau meninggal dunia.
Pentik ini juga digunakan dalam upacara menolak bala supaya penghuni kampung
tersebut terhindar dari sebarang kemungkinan yang akan berlaku, terutama sekali yang
berkaitan dengan penyakit berjangkit yang berbahayayang boleh menyebabkan kematian
ramai orang.
Suatu ketika dahulu masyarakat Than boleh bermegah dengan identiti dan amalan
yang mereka praktik dan anuti. Mereka begitu percaya bahawa subjek ini mempunyai
kuasa ajaib serta dapat membantu pengamalnya dalam pelbagai aspek kehidupan. Mereka
begitu taksub sehingga kadang kala mereka terpaksa mengenepikan keselamatan diri dan
berserah kepada Pentik ini untuk menghalang anasir-anasir jahat. Sebagai contoh, pada
suatu ketika dahulu, biasanya Pentik yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan
penduduk kampung akan dipacak di hujung kampung tempat laluan orang ramai atau di
tepi sungai tempat orang mandi dan juga di kaki tangga rumah panjang. Dipercayai ia
boleh bercakap serta menghalau makhluk asing yang cuba berniat jahat atau pihak musuh
yang hendak menyerang penghuni rumah panjang tersebut.
9
2.1. Asal usul Pentik
Pentik bukanlah seperti patung biasa yang boleh diperlekeh akan kewujudannya
terutama dalam masyarakat Iban. Pentik memainkan peranan yang sangat penting dalam
kehidupan masyarakat Iban sama ada berperanan sebagai penjaga keselamatan atau
dalam bidang perubatan, pertanian, berburu dan sebagainya Selain dari itu, ia merupakan
seni arca yang sangat bernilai serta dipercayai mempunyai kuasa luar biasa dan semangat
Pentik merupakan patung keramat (ajaib) yang diguna oleh kaum Iban dan ia
sesuatu yang direka menyerupai sebuah patung yang berwajah manusia. Hubungkait
antara pentik dengan asal usulnya hanya dalam kosmologi masyarakat Iban. Menururt
kepercayaan masyarakat Iban, Pentik merupakan bangsa Iban pertama dicipta oleh
"Petera" (Tuhan) dari sejenis kayu yang disebut `belian' dan ia menyerupai figura
manusia.
"kedua-dua manusia itu mula-mula dicipta dari kayu keras iaitu kayu belian (kayu
besi/kayu keras) dalam bentuk Pentik (Patung Manusia)" -Kadir. 1993: 18
Dalam hal yang berkaitan dengan asal-usul Pentik juga turut diceritakan dalam
kosmologi orang Iban , "kedua-dua manusia pertama yang mula-mula sekali dicipta dari
kayu keras berbentuk Pentik dan ketika sedang membuatnya, datang
"Engkerasak"(sejenis burung kecil, dada berwama kuning, belakang berwarna coklat,
berparuh panjang) lalu bertanya kepada "Petara": "nama kebuah nuan begawaika pentik
10
belian", kenu ku Engkerasak, asai nuan gawai pentik tebelian nadai bayah tanah jalai
anak mensia belama idup"
Yang bermaksud:
"Mengapa ia diperbuat daripada kayu belian kata burung Engkerasak (kelicap),
kalau dibuat dari kayu itu pasti bumi ini tidak cukup kerana mereka akan panjang umur. "
Kemudian Engkerasak menyarankan agar manusia dibuat dari pohon pisang atau
kayu kumpang (sejenis kayu yang ringan mirip gabus dan mempunyai getah warna
merah). Petara pun bersetuju untuk membuat manusia daripada kayu kumpang sebab itu
dalam perubatan tradisional Tok Bomoh telah menggunakan Pentik kayu kumpang.
"Baru ia nebang batang, kumpang dipantap enggau dajab mata bilam, ujung
dilumpung kejung disan. Nya tekebaik ke dumai betang meraran, lalu digawai Petara
Tuai siku indu siku laki. " (Kadir, 1993). Maksudnya:
"Ditebangnya kayu kumpang dengan "mandau" (sejenis kapak) dipotong lalu
dipikul dan dibawa pulang ke rumah. Itu yang dibuat oleh Petara (Tuhan) menjadi
seorang perempuan dan seorang lelaki. "
Jika dilihat dari sudut asal-usul, Pentik dari segi kepercayaan dan peranannya,
terdapat beberapa persamaan dalam perlaksanaan dan fungsinya dengan sukusuku kaum
lain di pulau Borneo. Kepercayaan masyarakat Than tradisional terhadap pentik telah
banyak dipengaruhi oleh agama Hindu. Penyebaran dan penghijirahan agama Hindu ke
Nusantara telah banyak mempengaruhi agama aninisme masyarakat tempatan.
11
2.11. Jenis-jenis Pentik
Pentik diukir atau direka seakan-akan manusia cuma ia tidak mempunyai tangan
dan kaki yang lengkap. Bentuknya akan diukir mengikut keperluan dan begitu juga
saiznya yang berbeza-beza dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.
i) Pentik Sabang Pengkila Penanya
la mempunyai nama khas di alam nyata. Seorang bernama Serapoh dan seorang
lagi digelar Seganti. Dalam kepercayaan suku kaum Than kedua-dua pentik ini berfungsi
dalam adat istiadat dan upacara ritual. Keunikan Pentik Seganti (diperbuat dari kayu
kumpang) ialah ia digunakan oleh "manang" (bomoh) dalam upacara pengubatan kerana
dipercayai ia boleh menggantikan roh-roh pesakit untuk kembali ke tempat asal dan
membolehkan pesakit sihat seperti sedia kala.
Menurut Jensen (1994: 100 - 103) orang Than percaya setiap benda hidup
mempunyai semangat. Manusia pula mempunyai roh setelah tiga bulan di dalam
kandungan. Roh manusia boleh keluar sementara waktu daripada tubuh badan seseorang
ketika seseorang itu tidur atau sakit tenat. Ketika sakit tenat irilah peranan pentik Seganti
ini digunakan agar roh pesakit dapat kembali ke tempat asalnya.
12
ii) Pentik Penanya
Pentik Penanya berperanan untuk melindungi seluruh penduduk kampung
daripada musuh ataupun dari penyakit-penyakit berjangkit yang membahayakan
penduduk. la akan diletakkan di hujung kampung serta dibuat pondok kecil di atasnya
untuk meletakkan makanan yang dipanggil "piring" ( sejenis makanan yang dibuat khas
seperti ketupat kecil, kuih-muih dari tepung beras, sebiji buah kundur, dll. Ada 7 jenis).
Piring in akan diletakkan di tempat yang dikhaskan. Pondok Pentik dan makanannya ini
tidak boleh diganggu kerana ia dipercayai boleh mendatangkan malapetaka terhadap
orang tersebut terutama penduduk kampung itu sendiri.
iii) Tuntun (Tun-Tun)
Tuntun ialah ukiran yang diperbuat daripada kayu yang berbentuk manusia
diguna sebagai tangkal oleh suku kaum Iban bagi menarik perhatian binatang buruan
untuk terkena jerat. Tangkal ini mustajab bagi memburu haiwan yang besar. Tuntun ini
dipacak berhampiran dengan jerat yang dipasang dan dijampi serampah untuk memohon
semangatnya atau kuasanya supaya ia boleh mendorong haiwan buruan masuk ke dalam
perangkap atau terkena jerat. Terdapat dua jenis Tun- Tun yang digunkan dalam kegiatan
"meti"(menjerat)
13
(a). Tun-tun Induk
Tuntun Induk digunakan untuk "meti" (sejenis perangkap) babi hutan yang
dewasa. Saiznya sedikit lebih besar dan setinggi telunjuk jari hantu orang dewasa dan ia
diukir dari siku hingga ke paras tanah.
(b). Tun-tun Anak
Tuntun Anak mempunyai saiz lebih besar dari ibu jari dengan ketinggian dari
tanah sehingga ke paras siku. Tuntun anak ini digunakan untuk "meti" anak babi hutan.
iv) Numbing atau Abau
Numbing atau Abau diguna oleh suku kaum Than tradisional apabila diadakan
keramaian misalnya dalam majlis perkhawinan mengikut adat lama. la digunakan untuk
menakut-nakutkan kanak-kanak di rumah panjang supaya tidak berani bermain jauh dari
kawasan rumah kerana ia berbahaya jika ach musuh yang datang.
v) Engkeramba
Engkeramba biasanya digunkan sebagai tangkal untuk melindungi serta
menghalau makhluk-makhluk perosak dari mengganggu atau merosakkan tanaman
mereka sama ada serangga atau binatangbinatang dari hutan.
14
2.111. Contoh-contoh karya van, - berkaitan
Berhubung dengan semangat boleh dilihat pada contoh catan Goh Chai Seng,
bertajuk, "Red and Blue Spirit. " Mengenai kekuasaan pula dapat dilihat pada contoh
karya Hadi Salleh yang bertajuk, "Conflict within Two Powers. "
Hadi Salleh "Conflict within Two Powers.
Media Campuran
Goh Chai Seng, "Red and Blue Spirit. " Catan atas kanvas
15
BAB 3 Kepercayaan Masyarakat Than Tradisional
3. Kepercayaan Animisme
Animisme merupakan satu kepercayaan bahawa tiap-tiap benda (batu, kayu, arca
(patung) dan lain-lain) mempunyai roh, semangat dan kuasa luar biasa. Kepercayaan ini
masih menebal di kalangan orang-orang tua yang sudah lanjut usia di samping amalan
kehidupan yang sederhana.
E. B. Taylor telah menistilahkan kepercayaan animisme ini sebagai makhluk-
makhluk halus. Kepercayaan kepada makhluk halus dan roh ini merupakan asas kepada
pegangan kepercayaan Than tradisional yang mula-mula wujud di kalangan suku-suku
primitif menurut karya Ismail Hamid (1991; 28). Ini bertentangan dengan kepercayaan
pada zaman ini kerana ia dianggap khurafat dan tahyul setelah masyarakat moden ini
mengikuti ajaran agama yang dianuti.
Kepercayaan-kepercayaan animisme yang diwarisi daripada nenek moyang orang
Than juga sedikit sebanyak telah menerima unsur -unsur Hindu seperti kepercayaan
masyarakat Melayu di rantau Kepulauan Melayu (Mohd. Taib Osman, (1967, 1977), Hart
(1969), Endicott (1976-1-5), Chen (1974).
Orang Than juga percaya kewujudan alam ghaib yang luar biasa dan mungkin
lebih berkuasa ke atas manusia. Ekoran dari kepercayaan tersebut maka timbullah
perasaan takut, ngeri, hormat dan cinta terhadap kuasa yang mereka percaya boleh
16