PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 166 - 178
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
Peranan Pelancongan Pendidikan ke atas Pendapatan Negara
Siti Hajar Hussein
Jabatan Ekonomi
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Malaysia Terengganu
E-mail: [email protected]
Mohd Anuar Md. Amin
Jabatan Ekonomi
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Malaysia Terengganu
E-mail: [email protected]
ABSTRAK
Pelancongan merupakan salah satu industri di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sebagai
pemacu utama dalam sektor perkhidmatan dan penyumbang ketujuh terbesar kepada ekonomi Malaysia
dengan jumlah Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM37.4 bilion pada tahun 2011 (Laporan
Tahunan Program Transformasi Ekonomi, 2011). Pada awal tahun 2000, pelancongan pendidikan
menjadi salah satu produk baru yang berpotensi tinggi kepada industri pelancongan. Kajian ini
bertujuan untuk melihat peranan pelancongan pendidikan ke atas pendapatan negara. Satu model
persamaan serentak telah dibangunkan dan berdasarkan data dari tahun 1997-2011, keputusan kajian ini
mendapati faktor pelancongan pendidikan adalah lebih anjal berbanding dengan pelancongan kesihatan
ke atas sektor pelancongan. Peningkatan 1 peratus pelancongan pendidikan akan meningkatkan sektor
pelancongan sebanyak 0.334 peratus dan secara tidak langsung meningkatkan sektor perkhidmatan
sebanyak 0.069 peratus serta KNK sebanyak 0.025 peratus. Hasil kajian juga mendapati, sektor
perkhidmatan dan pelancongan didapati masih berada pada tahap yang sederhana dalam memainkan
peranan terhadap KNK. Walaubagaimanapun, terdapat ruang untuk menambahbaik pasaran
pelancongan melalui transformasi kepada sub-sektor pelancongan pendidikan. Oleh itu, Malaysia perlu
mengambilkira faktor tolakan dan tarikan dalam menambahbaik perancangan pembangunan sistem
pendidikan tinggi dan pembentukan promosi yang berbeza berdasarkan kehendak dan faktor yang lebih
dominan.
Kata kunci: Pelancongan Pendidikan, Model Persamaan Serentak, Peranan Kerajaan.
ABSTRACT
Tourism is one of the industries under the National Key Economic Areas (NKEAs) as a key driver in the
service sector and the seventh largest contributor to the Malaysian economy with a Gross National
Income (GNI) total of RM37.4 billion in 2011 (Economic Transformation Programme Annually Report,
2011). In the early year 2000, education tourism becomes one of the new products with high potential
to tourism industry. This study aims to review the role of education tourism on economic growth. A
simultaneous equation model was developed and based on data from year 1997 to 2011, the results of
this study showed that the education tourism is the most elastic factor compared to medical tourism. 1
percent increase in education tourism will directly increase the tourism sector by 0.334 percent and
indirectly increase the service sector by 0.069 percent as well as 0.025 percent to GNP. This study also
found that the service and tourism sector are still at low level in play a role to GNP. However, there is a
space to improve the tourism market through the transformation to the education tourism sub-sector.
Therefore, Malaysia needs to take into account the push and pull factors in the development planning
to improve the higher education system and the formation of different promotions and attractions based
on the dominant factors.
Keywords: Education Tourism, Simultaneous Equation Model, Government Responsibilities.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 167
PENGENALAN
Perkembangan kerjasama di dalam sektor pendidikan tinggi telah bermula sejak 30 tahun yang lepas di
seluruh dunia (Bodycott, 2009). Pasaran pendidikan tinggi ini telah dipelopori oleh beberapa negara
seperti Australia, Kanada, New Zealand dan Amerika Syarikat dengan meningkatkan mutu strategi
pemasaran dalam menarik kemasukan pelajar antarabangsa (Mazzarol et al., 2003). Ini dibuktikan
dengan peningkatan jumlah pelajar ke luar negara bagi tujuan melanjutkan pendidikan tinggi sejak
awal tahun 1990. Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu,
UNESCO (2010) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, OECD (2009) statistik
pendidikan tinggi menunjukkan sebanyak 2.98 juta orang pelajar melanjutkan pendidikan di luar
negara pada tahun 2008 berbanding 1.2 juta orang pada tahun 1990 dan 0.6 juta orang tahun 1975.
Bilangan pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara asal mereka dijangka meningkat kepada
6.0 juta pada tahun 2020, di mana 70 peratus berasal dari Asia Pasifik dan seterusnya kepada 7.2 juta
orang menjelang tahun 2025 berbanding 1.8 juta pada tahun 2000 (Bohm et. al., 2002). Kepesatan
sektor pendidikan tinggi global telah mendorong kepada kemunculan dua buah hab pendidikan tinggi
yang baru seperti Singapura dan Malaysia. Menyedari kepentingan dalam pendidikan antarabangsa,
institusi pendidikan tinggi di Malaysia semakin giat menjalankan promosi untuk menambah bilangan
kemasukan pelajar antarabangsa.
Malaysia kini berada pada kedudukan mantap di pasaran ini iaitu menjadi pengeksport
pendidikan ke-11 terbesar pada tahun 2009 (UNESCO). Di samping sektor pendidikan, pelancongan
juga menyumbang kepada pendapatan negara dan kemajuan sektor perkhidmatan. Sektor pelancongan
dipilih sebagai salah satu peneraju utama pembangunan ekonomi dengan menjana sebanyak RM 36.9
bilion kepada pendapatan negara kasar (PNK) dalam tahun 2009. Di Malaysia, kemasukan pelajar
antarabangsa dari berbagai negara mendorong kepada permintaan terhadap produk pelancongan secara
tidak langsung. Perbelanjaan pelajar antarabangsa terhadap perkhidmatan kesihatan, membeli-belah
dan melancong ke tempat-tempat menarik sepanjang pengajian akan meningkatkan pendapatan tukaran
asing daripada pendidikan seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara. Kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) melaporkan enrolmen pelajar asing adalah
sebanyak 92,318 pelajar dengan menyumbang sebanyak RM1.4 bilion kepada pendapatan tukaran
asing. Justeru, perkembangan pendidikan dan pelancongan dilihat sebagai suatu sektor yang memberi
impak positif kepada aspek ekonomi dan sosial pada dekad ini (Ritchie, 2006). Oleh itu, dalam usaha
kerajaan bagi menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kerajaan perlu melihat bagaimana
kesan kedua-dua sektor ini bergerak dan berinteraksi secara serentak dalam menyumbang kepada
pendapatan negara melalui penumpuan terhadap peranan produk pelancongan pendidikan.
Merujuk kepada definisi Kementerian Pelancongan, pelancongan pendidikan merupakan
aktiviti atau usaha bagi menyasarkan dan menarik pelajar antarabangsa untuk belajar di Malaysia.
Manakala, berdasarkan Ritchie (2006), pelancongan pendidikan ditakrifkan sebagai kegiatan yang
dijalankan oleh pelancong yang bercuti dalam tempoh semalaman atau lebih dan mereka yang
melanjutkan pendidikan atau mengikuti kursus pembelajaran di luar negara asal sebagai tujuan primer
atau sekunder. Pasaran pelancongan pendidikan bukanlah sesuatu isu yang baru dalam sektor
pendidikan tinggi di negara maju (Gibson, 1998; Holdnak dan Holland, 1996). Namun, didapati kajian
di Malaysia masih kurang dilakukan terhadap peranan pelancongan pendidikan secara menyeluruh.
Antara kajian yang telah dilakukan seperti Baharun (2004) mengkaji pelajar tempatan yang menuntut
di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kajian Sidin et al. (2003) pula melihat skop pasaran
pendidikan di antara Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Selain itu, beberapa pengkaji lain
pula hanya mengkaji faktor ketibaan pelajar antarabangsa ke Malaysia seperti Fadli et al. (2011) dan
Lim et al. (2011). Kekurangan ini jelas menunjukkan pengkaji lepas tidak mengambilkira rantaian
hubungan yang wujud secara dinamik di dalam pasaran pelancongan pendidikan. Perkembangan
pelancongan pendidikan memerlukan kajian yang lebih mendalam bagi memahami dan meningkatkan
peranan dan kemapanannya sebagai salah satu pelancongan alternatif di Malaysia bagi memacu
transformasi sektor pelancongan dan sektor pendidikan.
Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis peranan pelancongan pendidikan secara
menyeluruh dan mengkaji hubungan yang wujud secara langsung dan tidak langsung di antara setiap
sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara. Terdapat 3 sektor yang dipilih sebagai fokus
kajian iaitu sektor perkhidmatan, sektor pelancongan dan sektor pendidikan. Di samping itu, kajian ini
juga bertujuan untuk membentuk model persamaan serentak bagi pasaran pelancongan pendidikan
dengan melibatkan ketiga-tiga sektor terpilih sebagai asas untuk menganalisis kesan rantaian hubungan
di antara satu sektor dengan sektor yang lain dalam menjana pendapatan negara. Berdasarkan objektif
di atas, pelancongan pendidikan dijangka memberi sumbangan yang paling dominan terhadap sektor
168 Siti Hajar Hussein, Mohd Anuar Md. Amin
pelancongan dan secara tidak langsung memainkan peranan yang signifikan dalam memajukan sektor
perkhidmatan dan mampu untuk menjana pendapatan negara. Justeru, kajian ini merupakan satu
sumbangan pengetahuan untuk mengisi jurang dalam penyelidikan pasaran pelancongan pendidikan di
Malaysia.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Kebanyakan negara-negara maju telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan aktiviti perdagangan
antarabangsa di dalam sektor pendidikan tinggi. Kajian Cheung, et al. (2011) menyatakan
perkhidmatan pendidikan antarabangsa merupakan sumber utama kepada pendapatan negara maju
dengan pulangan perniagaan mencecah jutaan dolar. Oleh yang demikian, keadaan ini menjadikan
negara maju seperti Australia, Kanada, New Zealand dan Amerika Syarikat sebagai peneraju utama
pelancongan pendidikan di dunia. Pelancongan pendidikan telah dikenal pasti sebagai sub-sektor utama
dalam industri pelancongan. Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis dan Jerman adalah
antara lima buah negara penerima pelajar antarabangsa yang terbanyak dengan merangkumi hampir 50
peratus daripada populasi pelajar antarabangsa pada tahun 2008 (OECD, 2010).
Di rantau Asia Pasifik, Malaysia telah mengalami perkembangan pesat di dalam sektor
pendidikan tinggi. Sistem pendidikan tinggi di negara ini telah mengalami transformasi pesat dalam
tempoh 15 tahun yang lalu (Yussof dan Zakariya, 2009). Manakala, Molly (2004) merumuskan terdapat
tiga peringkat iaitu peringkat pertama berlaku sejak era mencapai kemerdekaan dari penjajahan British.
Peringkat kedua berlaku pada tahun 1970-an dan 1980-an apabila wujud usaha dari pihak pemerintah
untuk mengatasi ketidakseimbangan antara kaum dari segi peluang mendapatkan pendidikan. Peringkat
ketiga pula berlaku di sekitar 1990-an yang menyaksikan perkembangan pesat Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta (IPTS) seiring dengan perkembangan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Menariknya, setiap peringkat perkembangan ini mempunyai hubungan rapat dengan tahap
pembangunan ekonomi negara. Sehingga kini, negara telah dikenali sebagai salah satu negara
pengeluar yang menawarkan pelbagai program bagi pendidikan antarabangsa selaras dengan hasrat
Malaysia untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan tinggi di rantau Asia Pasifik. Sebagai usaha
untuk menggalakkan pelancongan pendidikan secara berterusan dalam jangka masa panjang, lima Pusat
Penggalakan Pendidikan Malaysia ditubuhkan di Beijing, Dubai, Ho Chi Minh, Jakarta dan Jeddah
untuk mempromosi peluang pendidikan yang terdapat di Malaysia di samping menambah bilangannya
di bandar-bandar terpilih (Sim, 2007).
Terdapat pelbagai perbincangan yang dilakukan oleh pengkaji sebelum ini berkaitan dengan
hubungan pelancongan, pendidikan dan pertumbuhan ekonomi. Kajian Othman et al. (2008)
membuktikan sektor pelancongan mempunyai hubungan signifikan yang positif terhadap pertumbuhan.
Beliau menyatakan sekurang-kurangnya peningkatan 10 peratus bilangan pelancong akan
meningkatkan 1.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Manakala, kajian oleh
Sarmadi dan Norlida (2010) melihat perkaitan hubungan secara dinamik di antara perdagangan,
pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Malaysia. Pengkaji menggunakan kaedah ujian kointergrasi
di bawah Autoregrasi Taburan Lat (ARDL) mendapati dalam jangka pendek, bilangan kedatangan
pelancong adalah signifikan terhadap aliran dagangan dan kedua-dua faktor ini mempunyai hubungan
positif kepada pertumbuhan pendapatan benar negara. Seterusnya, kajian Lin (2004) pula mendapati
sektor pendidikan tinggi menyumbang kepada pembangunan ekonomi Taiwan dalam tempoh 1965
hingga 2000. Hasil daripada kajian, beliau mendapati peningkatan 1 peratus dalam graduan pendidikan
tinggi akan menyumbang sebanyak 0.19 peratus kepada pertumbuhan ekonomi.
Peranan pelancongan pendidikan kepada pendapatan negara sesebuah negara dapat dilihat
melalui pulangan ekonomi yang diperolehi daripada kedua-dua sektor tersebut. Kajian lepas
menunjukkan sistem pendidikan tinggi berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara (Lin, 2004). Kajian oleh Michael et al. (2004) mendapati aktiviti berkaitan pelancongan yang
dijalankan oleh para pelajar luar negara menyumbang kira-kira A$8.2 juta kepada ekonomi Victoria.
Angka ini akan melebihi dua kali ganda iaitu kira-kira A$17.2 juta jika termasuk perbelanjaan melawat
rakan dan saudara mara. Sektor pendidikan, pelancongan dan perkhidmatan saling mempengaruhi di
antara satu sama lain. Ini adalah kerana, sektor pendidikan dan pelancongan adalah sektor yang
menjalankan aktiviti penawaran produk perkhidmatan dan berperanan dalam memajukan sektor
perkhidmatan sebagai sumber pendapatan yang terbesar di dalam ekonomi sesebuah negara. Oleh itu,
kajian ini memberi tumpuan kepada pelancongan pendidikan, khususnya dalam menganalisis peranan
serta mengkaji kesan tidak langsung terhadap pendapatan negara.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 169
TEORI DAN SPESIFIKASI MODEL
Berdasarkan permasalahan dan objektif kajian, model persamaan serentak digunakan untuk melihat
hubungan dua arah antara pemboleh ubah endogen dan eksogen. Model persamaan serentak ini berguna
untuk menyelidik bagaimana pemboleh ubah endogen saling mempengaruhi antara satu sama lain dan
bagaimana beberapa pemboleh ubah eksogen memberi kesan kepada pemboleh ubah endogen selepas
mengambilkira interaksi dinamik antara pemboleh ubah endogen bagi mencapai keseimbangan di
dalam sistem persamaan serentak (Wend dan Born, 2005). Model persamaan serentak di dalam pasaran
sub-sektor pelancongan pendidikan digambarkan dalam Rajah 1 di mana garisan lurus menandakan
kesan langsung di antara faktor manakala garisan putus-putus menandakan kesan tidak langsung di
antara faktor. Di samping itu, Redzuan et al. (2006) mengkaji penentu utama permintaan pelancong
antarabangsa ke Malaysia dari pasaran Asia Timur dan Pasifik menyatakan produk pelancongan
Malaysia boleh diklasifikasikan sebagai barang normal. Maka daripada segi teori, pelancongan
pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai barang normal. Kajian ini menganalisis 10 sumbangan sektor
ekonomi kepada Keluaran Negara Kasar. Berasaskan kepada fungsi di bawah didapati setiap sektor
mempunyai hubungan di antara satu sama lain.
Fungsi bagi setiap sektor adalah seperti berikut:
Y1 = f (X1, X2, X3, X4, Y2) [1]
Y2 = f (X5, X6, Y3) [2]
Y3 = f (X7, X8) [3]
Dengan:
Y1 = Keluaran Negara Kasar (RM juta)
Y2 = Sumbangan Sektor Perkhidmatan (RM juta)
Y3 = Sumbangan Sektor Pelancongan (RM juta)
X1 = Sumbangan Sektor Pertanian (RM juta)
X2 = Sumbangan Sektor Perlombongan (RM juta)
X3 = Sumbangan Sektor Pembuatan (RM juta)
X4 = Sumbangan sektor Pembinaan (RM juta)
X5 = Sumbangan Sektor Kewangan (RM juta)
X6 = Sumbangan Sektor Perdagangan (RM juta)
X7 = Sumbangan Sub-sektor Pelancongan Pendidikan (Orang pelajar antarabangsa)
X8 = Sumbangan Sub-sektor Pelancongan Kesihatan (Orang pesakit antarabangsa)
Berasaskan ciri ekonomi, statistik dan ekonometrik, model yang terbaik dalam hubungan di
atas bagi fungsi [1] dan [2] adalah bentuk exponen. Manakala, bagi fungsi [3] pula adalah dalam
bentuk linear. Selanjutnya, setiap fungsi di atas di tukar kepada persamaan berbentuk struktur.
Model struktur terbaik bagi fungsi di atas adalah seperti berikut:
Y1 = α0 X1α1
X2α2
X3α3
еα4X4
Y2α5
еµ1
[4]
Y2 = β0 еβ1X5
еβ2X6
Y3β3
еµ2
[5]
Y3 = Ω0 + Ω1X7 + Ω2X8 + µ3 [6]
Dengan:
α, β, Ω adalah parameter bagi setiap persamaan di atas.
Berdasarkan persamaan [4] hingga [6], nilai kesan secara langsung perubahan setiap seunit
faktor dan nilai keanjalan boleh diperolehi melalui rumus matematik. Sebagai contoh persamaan [4]
nilai kesan perubahan seunit faktor X1 terhadap Y1 dan nilai keanjalan boleh dikira seperti berikut.
Perubahan X1 terhadap Y1 ialah:
170 Siti Hajar Hussein, Mohd Anuar Md. Amin
Manakala, nilai keanjalan X1 kepada Y1 ialah:
(Dengan rumus yang sama, gantikan X2, X3, Y2 ke dalam X1 dan α2, α3, α5 ke dalam α1 untuk
mendapatkan perubahan dan keanjalan X6 terhadap Y1. Manakala, bagi persamaan [5] juga
menggunakan rumus yang sama dengan menggantikan Y2 ke dalam Y1, Y3 ke dalam X1 dan β3 ke
dalam α1 untuk mendapatkan perubahan dan keanjalan Y3 terhadap Y2).
Faktor X4 adalah berbentuk exponen maka untuk mencari perubahan seunit faktor X4 terhadap
Y1 dan nilai keanjalannya adalah seperti di berikut.
Perubahan X4 terhadap Y1 ialah:
Manakala, nilai keanjalan X4 kepada Y1 ialah:
(Bagi persamaan [5], dengan rumus yang sama, gantikan Y2 ke dalam Y1 dan X5, X6 ke dalam X4, serta
β1, β2 ke dalam α4 untuk mendapatkan perubahan dan keanjalan X5, X6 terhadap Y2).
Seterusnya, bagi persamaan [6] yang berbentuk linear, untuk mencari perubahan seunit faktor
X7 dan X8 dan nilai keanjalan terhadap Y3 adalah seperti berikut. Sebagai contoh, nilai kesan perubahan
seunit faktor X7 terhadap Y3 dan nilai keanjalan adalah:
Perubahan X7 terhadap Y3 ialah:
Manakala, nilai keanjalan X7 kepada Y3 ialah:
(Dengan rumus yang sama, gantikan X8 ke dalam X7 dan Ω2 ke dalam Ω1 untuk mendapatkan
perubahan dan keanjalan X8 terhadap Y3).
Pengiraan yang telah dihuraikan di atas menunjukkan kesan perubahan secara langsung dan
nilai keanjalan antara faktor yang terdapat di dalam persamaan yang sama sahaja. Namun, dalam sistem
persamaan serentak, terdapat kesan tidak langsung yang saling berhubungan di antara setiap faktor bagi
ketiga-tiga persamaan tersebut. Kesan tidak langsung ini wujud dalam dua keadaan. Pertama, kesan
perubahan seunit faktor X5, X6, X7, X8 dan Y3 terhadap Y1. Kedua, kesan perubahan seunit faktor X7
dan X8 terhadap Y2. Nilai kesan tidak langsung dan keanjalan boleh diperolehi berdasarkan formula
pengiraan di bawah.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 171
a) Perubahan X5 terhadap Y1 ialah:
Manakala, nilai keanjalan X5 kepada Y1 ialah:
(Dengan rumus yang sama, gantikan X6 ke dalam X5, dan β2 ke dalam β1 untuk mendapatkan
perubahan dan keanjalan X6 terhadap Y1).
b) Perubahan Y3 terhadap Y1 ialah:
Manakala, nilai keanjalan Y3 kepada Y1 ialah:
c) Perubahan X7 terhadap Y2 ialah:
Manakala, nilai keanjalan X7 kepada Y2 ialah:
172 Siti Hajar Hussein, Mohd Anuar Md. Amin
(Dengan rumus yang sama, gantikan X8 ke dalam X7, dan Ω2 ke dalam Ω1 untuk mendapatkan
perubahan dan keanjalan X8 terhadap Y2).
Berasaskan kepada model struktur di atas, model terturun adalah seperti berikut:
Y1 = π10 + π11X1 +π12X2 + π13X3 + π14X4 + π15X5 + π16X6 + π17X7 + π18X8 + ε1 [7]
Y2 = π20 + π21X1 +π22X2 + π23X3 + π24X4 + π25X5 + π26X6 + π27X7 + π28X8 + ε2 [8]
Y3 = π30 + π31X1 +π32X2 + π33X3 + π34X4 + π35X5 + π36X6 + π37X7 + π38X8 + ε3 [9]
Dengan:
πij = f (αm, βn, Ωp)
εi = ƒ(αm, βn, Ωp, μi)
m = 0, 1, 2, 3, 4, 5
n = 0, 1, 2, 3
p = 0, 1, 2
i = 1, 2, 3
j = 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
π ialah pekali model terturun
KAEDAH PENGANGGARAN DAN SUMBER DATA
Dalam kajian ini, langkah pertama adalah menukar persamaan [1] hingga [3] kepada model struktur
terbaik seperti yang ditunjukkan oleh persamaan [4] hingga [6] bagi membina persamaan bentuk
struktur. Persamaan bentuk struktur ini menunjukkan pemboleh ubah endogen berfungsi sama ada
kepada pemboleh ubah endogen atau eksogen. Daripada model yang dianggarkan, didapati pemboleh
ubah Keluaran Negara Kasar (Y1), sektor perkhidmatan (Y2), sektor pelancongan (Y3), kesemuanya
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, kaedah kuasa dua terkecil (OLS) yang lazimnya
digunakan oleh ahli penyelidik tidak cekap untuk digunakan dalam kajian ini. Selain itu, pencaman
juga telah dilakukan terhadap setiap persamaan untuk memastikan persamaan dalam model struktur
dapat dicamkan atau tidak. Penentuan pencaman adalah bergantung kepada dua syarat iaitu syarat
susunan dan syarat pangkat. Berasaskan kepada syarat-syarat di atas, didapati kesemua persamaan
dalam model struktur dapat dicamkan dan bentuk pencamannya adalah lebih tercam.
Oleh yang demikian, kaedah penganggaran yang paling sesuai digunakan untuk
menganggarkan parameter yang terdapat dalam persamaan tersebut adalah Kaedah Kuasa Dua Terkecil
Dua Peringkat (KDT2P). Langkah seterusnya, adalah menukar persamaan bentuk struktur kepada
persamaan bentuk terturun di mana pemboleh ubah endogen hanya berfungsi kepada pemboleh ubah
eksogen sahaja. Parameter yang terdapat dalam model terturun terdiri daripada kesan langsung dan
tidak langsung pemboleh ubah eksogen ke atas pemboleh ubah endogen. Model terbaik bagi persamaan
[1] dan [2] adalah berbentuk exponen manakala persamaan [3] adalah berbentuk linear. Data yang
digunakan dalam kajian ini diperolehi dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Pelancongan
dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tempoh 1997-2011.
Secara terperinci, Keluaran Negara Kasar (KNK), sumbangan sektor pertanian, perkhidmatan,
pembuatan, pembinaan, perlombongan, kewangan dan perdagangan yang digunakan dalam kajian ini
adalah data mengikut harga malar. Nilai sumbangan bagi setiap pemboleh ubah adalah dalam unit RM
juta. Manakala, sektor pelancongan adalah merujuk kepada ketibaan pelancong ke Malaysia dalam unit
juta orang. Bagi pelancongan pendidikan, enrolmen pelajar antarabangsa digunakan sebagai proksi
kepada permintaan terhadap pendidikan tinggi dan pendaftaran pesakit antarabangsa dijadikan proksi
kepada permintaan pelancongan kesihatan. Perisian SAS digunakan untuk menganggar parameter yang
terdapat di dalam model persamaan serentak.
KEPUTUSAN KAJIAN
Terdapat tiga model persamaan serentak yang telah dianggarkan menggunakan kaedah KDT2P iaitu
model Keluaran Negara Kasar [10], model sektor perkhidmatan [11] dan model sektor pelancongan
[12].
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 173
Anggaran model Keluaran Negara Kasar:
^
Y1 = (antilog -0.04234) X10.550
X2− 0.039
X30.275
е− 0.00000666X4
Y20.364
[10]
se (0.288)** (0.065) (0.086) ** (0.0000444)* (0.114)**
R2 = 0.9993
F = 2745.72
DW = 1.850
(angka dalam kurungan ialah ralat piawai)
* signifikan pada aras keyakinan 90 peratus
** signifikan pada aras keyakinan 99 peratus
Berasaskan kepada keputusan di atas, didapati tiga sektor berhubung secara positif dengan
KNK iaitu sektor pertanian, perkhidmatan dan pembuatan dan masing-masing signifikan pada aras
keyakinan 99 peratus. Manakala, sektor pembinaan dan perlombongan berhubungan secara
negatif terhadap KNK namun hanya sektor pembinaan signifikan pada aras keyakinan 90 peratus. Nilai
R2 adalah 0.9993 menunjukkan sebanyak 99.93 peratus daripada perubahan dalam KNK dapat
diterangkan oleh kesemua sektor di atas. Nilai DW adalah 1.850 menunjukkan terdapat autokorelasi
positif pada aras keyakinan 95 peratus.
Anggaran model sektor perkhidmatan:
^
Y2 = (antilog 8.247334) е0.000039X5
e− 0.00003X6 Y3
0.206 [11]
se (0.00000715)** (0.00000725)** (0.121)*
R2 = 0.9883
F = 309.61
DW = 2.338
(angka dalam kurungan ialah ralat piawai)
* signifikan pada aras keyakinan 90 peratus
** signifikan pada aras keyakinan 99 peratus
Daripada keputusan di atas menunjukkan sektor pelancongan dan kewangan berhubung secara
positif terhadap sektor perkhidmatan dengan masing-masing signifikan pada aras keyakinan 90 peratus
dan 99 peratus. Sebaliknya bagi sektor perdagangan didapati berhubung secara negatif terhadap sektor
perkhidmatan dengan signifikan pada aras keyakinan 99 peratus. Nilai R2 bersamaan 0.9883 bermakna
sebanyak 98.83 peratus daripada perubahan dalam sektor perkhidmatan dapat diterangkan oleh ketiga-
tiga sektor tersebut. Nilai DW adalah 2.338 menunjukkan terdapat autokorelasi negatif pada aras
keyakinan 95 peratus.
Anggaran model sektor pelancongan:
^
Y3 = 5929782 + 128.4633X7 + 21.52511X8 [12]
se (52.155)* (9.048)*
R2 = 0.9370
F = 89.25
DW = 1.727
(angka dalam kurungan ialah ralat piawai)
* signifikan pada aras keyakinan 99 peratus
Seterusnya, hasil penganggaran bagi model sektor pelancongan mendapati kedua-dua sub-
sektor pelancongan berhubung secara positif dengan sektor pelancongan. Di mana, pelancongan
pendidikan dan kesihatan signifikan pada aras keyakinan 99 peratus. Nilai R2 adalah 0.9370
menjelaskan sebanyak 93.70 peratus perubahan dalam sektor pelancongan dapat diterangkan oleh
pelancongan pendidikan dan kesihatan. Nilai DW adalah 1.727 menunjukkan autokorelasi gagal diuji
pada aras keyakinan 95 peratus. Hasil kajian membuktikan kedua-dua sub-sektor menyumbang kepada
174 Siti Hajar Hussein, Mohd Anuar Md. Amin
perkembangan sektor pelancongan di Malaysia.
Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan penggunaan model persamaan serentak terhadap
ketiga-tiga model yang telah diterbitkan memberi keputusan yang baik dan cekap. Model persamaan
serentak ini dapat menjelaskan secara terperinci kesan langsung dan tidak langsung di antara
pembolehubah terhadap Keluaran Negara Kasar (Rujuk Jadual 1 hingga 5). Hasil kajian mendapati
daripada kelima-lima sektor ekonomi, tiga sektor iaitu sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan
adalah anjal ke atas KNK di mana masing-masing ialah 0.550, 0.275 dan 0.364. Didapati, sektor
perkhidmatan berada pada kedudukan kedua terpenting selepas sektor pertanian terhadap KNK (Rujuk
Jadual 1). Kenaikan 1 peratus dalam sumbangan sektor perkhidmatan menambahkan KNK sebanyak
0.364 peratus manakala kenaikan 1 peratus dalam sumbangan sektor pertanian akan meningkatkan
KNK sebanyak 0.550 peratus. Analisis juga menunjukkan sektor perlombongan tidak memainkan
peranan yang signifikan dalam menentukan pertumbuhan ekonomi dengan nilai koefisien keanjalan
adalah negatif 0.039 peratus. Peningkatan 1 peratus kegiatan perlombongan akan mengurangkan
sebanyak 0.039 peratus KNK. Ini menunjukkan sumbangan sektor perlombongan semakin berkurangan
mungkin disebabkan oleh penurunan permintaan dan penutupan lokasi perlombongan yang
menyebabkan harga bahan mentah meningkat serta kos pemprosesan semakin tinggi. Bagi sektor
pembuatan dan penbinaan pula, masing-masing memberi nilai keanjalan sebanyak 0.275 dan 0.094. Di
mana, dapat disimpulkan sektor pembuatan merupakan sektor ketiga terpenting diikuti sektor
pembuatan dalam menjana pendapatan negara Malaysia.
Selanjutnya, Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa setiap 1 peratus pertambahan dalam
sumbangan sektor kewangan, perdagangan dan pelancongan, KNK akan bertambah masing-masing
sebanyak 2.439 peratus, 1.793 peratus dan 0.206 peratus. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa
sektor pelancongan merupakan sektor yang masih membangun sebagai sumber penjanaan baru kepada
sektor perkhidmatan di Malaysia. Oleh itu, peranan sektor pelancongan masih boleh dimajukan dengan
menumpukan kepada sub-sektor pelancongan yang lebih mapan dan fleksibel. Model sektor
pelancongan dibentuk bagi melihat peranan yang wujud dalam sub-sektor baru iaitu pelancongan
pendidikan dan pelancongan kesihatan. Jadual 3 menunjukkan faktor pelancongan pendidikan adalah
lebih anjal berbanding dengan pelancongan kesihatan terhadap perkembangan sektor pelancongan.
Kenaikan 1 peratus pelancongan pendidikan akan meningkatkan sektor pelancongan sebanyak 0.334
peratus berbanding dengan 1 peratus peningkatan pelancongan kesihatan hanya meningkatkan sektor
pelancongan sebanyak 0.283 peratus. Ini membuktikan faktor pelancongan pendidikan adalah lebih
sensitif dalam menentukan hala tuju sektor pelancongan di Malaysia. Daripada segi perubahan
mendapati bahawa pertambahan 1 unit pelancongan pendidikan dan kesihatan, masing-masing akan
menghasilkan sebanyak 128.46 unit dan 21.53 unit ke atas sektor pelancongan. Oleh yang demikian,
keupayaan pelancongan pendidikan sebagai sub-sektor yang paling dominan terhadap sektor
pelancongan perlu dipertingkatkan dengan menambahbaik perancangan pembangunan pendidikan
tinggi dan promosi untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Hasil keputusan dalam Jadual 4 membuktikan pulangan daripada sektor pelancongan,
pelancongan pendidikan dan kesihatan masih belum mencapai tahap optimum ke atas KNK berbanding
dengan sektor kewangan dan perdagangan. Pertambahan 1 unit sumbangan pelancongan, pelancongan
pendidikan dan kesihatan menyebabkan KNK bertambah masing-masing hanya pada kadar 0.03 unit,
0.238 unit dan 0.04 unit. Walaubagaimanapun, ini jelas menunjukkan perubahan bagi sub-sektor
pelancongan pendidikan lebih sensitif terhadap perubahan KNK jika dibandingkan di antara ketiga-tiga
pasaran pelancongan di atas. Bagi melihat kesan tidak langsung sub-sektor pelancongan pendidikan
dan kesihatan terhadap sektor perkhidmatan, Jadual 5 menunjukkan perubahan pelancongan pendidikan
juga adalah lebih sensitif berbanding pelancongan kesihatann terhadap sektor perkhidmatan. Di mana,
pertambahan 1 unit pelancongan pendidikan akan menyebabkan sumbangan sektor perkhidmatan
bertambah sebanyak 0.38 unit manakala pertambahan 1 unit pelancongan kesihatan akan menyebabkan
sumbangan sektor perkhidmatan bertambah sebanyak 0.06 unit sahaja. Daripada sudut keanjalan pula
masing-masing mempunyai keanjalan sebanyak 0.069 dan 0.058. Di mana, 1 peratus peningkatan
pelancongan pendidikan akan menyumbang kepada sektor perkhidmatan sebanyak 0.069 peratus
berbanding peningkatan 1 peratus pelancongan kesihatan hanya meningkatkan sektor perkhidmatan
sebanyak 0.058 peratus. Ini bermakna pelancongan pendidikan adalah lebih anjal berbanding
pelancongan kesihatan di Malaysia.
KESIMPULAN
Perbincangan hasil kajian ini menunjukkan bahawa wujud rantaian hubungan secara langsung dan tidak
langsung di antara setiap pemboleh ubah di dalam model persamaan serentak bagi pasaran pelancongan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 175
pendidikan di Malaysia. Bagi keseluruhan jenis sektor, sektor perkhidmatan dan pelancongan didapati
masih berada pada tahap yang sederhana dalam memainkan peranan terhadap Keluaran Negara Kasar.
Walaubagaimanapun, terdapat ruang untuk menambahbaik pasaran pelancongan melalui peralihan
penumpuan tarikan pelancongan kepada pasaran sub-sektor pelancongan baru yang lebih berpotensi.
Dalam konteks memantapkan pengurusan dan pelaksanaan dasar awam negara, kerajaan harus
meningkatkan kerjasama di dalam pengurusan di antara kementerian pelancongan dan pendidikan
sebagai platform untuk menjayakan pelancongan pendidikan. Ini adalah kerana pelancongan
merupakan pencetus peluang perniagaan dan salah satu penggerak ekonomi manakala pendidikan
merupakan pemangkin kepada pembangunan modal insan dan intelektual.
Berdasarkan kajian ini, didapati pelancongan pendidikan adalah lebih anjal berbanding
pelancongan kesihatan. Peranan sebanyak 0.334 peratus terhadap perkembangan sektor pelancongan
menunjukkan pulangan pendapatan tukaran asing daripada pelancongan diperolehi daripada
perbelanjaan yang diperuntukkan oleh pelajar antarabangsa sepanjang mengikuti pengajian tinggi di
Malaysia. Keadaan ini akan secara tidak langsung berperanan dalam memajukan sektor perkhidmatan
sebanyak 0.069 peratus dan peningkatan pendapatan negara sebanyak 0.025 peratus. Hasil kajian
mendapati, terdapat ruang dan peluang ekonomi yang boleh diperbaiki bagi tujuan memastikan
kejayaan ETP dan Wawasan 2020. Berdasarkan kepentingan ini, kerajaan perlu mengubah cara sektor
awam dan swasta khususnya IPTA dan IPTS dalam melaksanakan tugas dari aspek perkhidmatan
pendidikan, komunikasi, sebaran maklumat dan sebagainya. Melalui pelancongan pendidikan, kerajaan
berupaya untuk meningkatkan daya saing pendidikan tinggi negara dan menambahbaik dari sudut reka
bentuk promosi dalam menarik lebih ramai kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT Malaysia.
Bagi mengukuhkan lagi keberkesanan pelaksanaan strategi dan promosi, kerajaan harus
menitikberatkan faktor dominan dalam pemilihan destinasi pengajian tinggi oleh pasaran atau
kumpulan sasaran di kalangan pelajar antarabangsa. Perbezaan negara akan mempengaruhi perbezaan
daya tarikan dan demografi pelajar antarabangsa dalam membuat pemilihan bagi melanjutkan
pengajian tinggi di luar negara asal. Oleh itu, kajian terhadap faktor ketibaan pelajar antarabangsa di
Malaysia boleh dilaksanakan dengan mengambilkira faktor tolakan dan tarikan dalam membuat
perancangan dan pembentukan promosi yang berbeza berdasarkan kehendak dan faktor yang lebih
dominan. Usaha ini akan meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan tinggi dan juga memberi
manfaat kepada pelajar tempatan.
Ketibaan pelajar antarabangsa akan meningkatkan perolehan pendapatan tukaran asing yang
berganda melalui pecahan perbelanjaan yang akan dikeluarkan sepanjang mengikuti pengajian dan
tinggal di Malaysia. Ia adalah selari dengan usaha Projek Permulaan (EPP) pelancongan untuk
menjayakan pusat membeli-belah, pusat rekreasi dan warisan semulajadi negara. Ini kerana, pelajar
antarabangsa turut meluangkan masa dan wang untuk berbelanja dan berkunjung ke pusat-pusat
pelancongan negara di waktu lapang. Oleh itu, bagi memastikan usaha kerajaan untuk menjadikan
sektor pendidikan tinggi sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi serantau dan menjadikan
Malaysia sebagai destinasi utama pilihan pelancong seterusnya mencapai negara berpendapatan tinggi,
pelancongan pendidikan merupakan produk baru yang berpotensi tinggi bagi memacu transformasi
ekonomi secara dinamik.
Kajian ini merupakan asas pemulaan dalam menilai peranan dan kesan hubungan yang wujud
secara langsung dan tidak langsung pelancongan pendidikan terhadap pendapatan negara melalui
pembentukan model persamaan serentak. Justeru, perancangan menuju negara maju menjelang tahun
2020 memerlukan penelitian mendalam bagi menjamin keupayaan dan impian negara tercapai. Usaha
meningkatkan mutu pengajian tinggi, infrastruktur Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan tenaga akademik
bertaraf dunia melalui penelitian terhadap faktor-faktor yang lebih relevan mengikut variasi pelajar
antarabangsa akan memajukan sektor pendidikan dan menggalakkan perkembangan sektor
pelancongan seterusnya sektor perkhidmatan. Kajian ini membuktikan ketiga-tiga sektor iaitu
pelancongan pendidikan, pelancongan dan perkhidmatan memainkan peranan yang signifikan terhadap
pendapatan negara dan mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan seiring dalam memacu
transformasi ekonomi negara.
RUJUKAN
Baharun, R. (2004). Identifying needs and wants of university students in Malaysia. Malaysian
Management Review, Vol. 39(2). Diakses pada 17 Jun 2012 dari
http://mgv.mim.edumy/MMR/0412/041208.htm.
Bodycott, P. (2009). Choosing a higher education study abroad destination – What mainland Chinese
parents and students rates as important. Journal of Research in International Education, Vol.
176 Siti Hajar Hussein, Mohd Anuar Md. Amin
8(3), 349-373.
Bohm, A., Davis, D., Meares, D. & Pearce, D. (2002). The Global Student Mobility 2025 Report:
Forecasts of the Global Demand for International Education. Canberra: IDP.
Cheung, A.C.K. et al., (2011). Strategies and policies for Hong Kong's higher education in Asian
markets: Lessons from the United Kingdom, Australia and Singapore. International Journal of
Educational Management, Vol. 25(2), 144-163.
Fadli et al. (2011). Modelling Education Tourism Using Gravity Model in Malaysia Public Higher
Education Institutions. Australian Journal of Basic and Applied Science,Vol 5(5), 1257-1274.
Gibson, H. (1998). The Educational Tourist. Journal of Physical Education, Recreation and Dance,
69(4), 32-34.
Holdnak, A. dan Holland, S. (1996). Edutourism: Vacationing to Learn: Parks and Recreation, 72-75.
Ishak Yussof dan Zainizam Zakariya. (2009). Pertumbuhan Ekonomi dan Keperluan Pendidikan Tinggi
di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 43, 85-105.
Laporan Program Transformasi Ekonomi, Bab 14: Pendidikan. Diakses pada 13 Mac 2012 dari
http://www.fkm.utm.my/~istaz/etp_roadmap/bab14.pdf.
Lin, T.C. (2004). The Role of Higher Education in Economic Development: An Empirical Study of
Taiwan Case. Journal of Asian Economics, 15, 355-371.
Mazzarol, T., Soutar, G.N., dan Sim, M.Y.S. (2003). The third wave: future trends in international
education. International Journal of Educational Management, Vol. 17(3), 90-99.
Michael, I., Armstrong, A. dan King, B. (2004). The Travel Behaviour of International Students: The
Relationship Between Studying Abroad and Their Choice of Tourist Destinations. Journal of
Vacation Marketing, 10,57.
Molly, N.N.Lee. (2004). Restructuring Higher Education in Malaysia. Monograph Series No:4/2004,
Penang: School of Education Studies, Universiti Sains Malaysia.
Organisation for Economic Co-operation and Development. (2010). Education at a Glance 2010:
OECD Indicators. Paris: OECD Institution for Statistics.
Othman, R. dan Salleh, N. H. M. (2008). Relationship Between Tourism Industry Development and
Economic Growth in Major ASEAN Countries Munich Personal RePec Archive, (1-13).
Diakses pada 20 Januari 2013 dari http://www.mpra.ub.muenchen.de/224457/.
Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia. (2010). Diakses pada 12 Mac 2012 dari
http://www.mohe.gov.my/web_statistik/perangkaan_2010.pdf.
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). (2011). Diakses
pada 10 Mac 2012 dari http://www.unesco.org/new/en/unesco/.
Redzuan, O. et al. (2006). Penentu Utama Permintaan Pelancong Antarabangsa ke Malaysia dari
Pasaran Asia Timur dan Pasifik. IJMS, 13(2), 197-216.
Ritchie, B.W. (2006). Managing Educational Tourism. India: Viva Books Private Limited.
Sarmidi, T. dan Salleh, N. H. M. (2011). Dynamic Inter-relationship between Trade, Economic Growth
and Tourism in Malaysia. Int. Journal of Economics and Management, 5(1), 38-52.
Sidin, et al. (2003). An exploratory study of factors influencing the college choice decision of
undergraduate students in Malaysia. Asia Pacific Management Review, Vol. 8(3), 259-280.
Sim, C.L. (2007). Pelancongan Pendidikan dan Pelancongan dalam MICE: Edu Quest.
Wen, M. dan Born, P. (2005). Firm-Level Data Analysis of the Effects of Net Investment Income on
Underwriting Cycles : An Application of Simultaneous Equations. Journal of Insurance Issue,
1(28), 14–32.
Yet, M.L., et al. (2011). Destination choice, service quality, satisfaction and consumerism :
International students in Malaysian institutions of higher education, 5(5), 1691-1702.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 177
Sub-sektor Sektor Pertanian
Pelancongan Sektor
Pendidikan Pelancongan
Sektor Perkhidmatan
Sektor Keluaran
Kewangan Sektor Pembuatan Negara Kasar
Malaysia
Sektor Sektor Pembinaan
Sub-sektor Perdagangan
Pelancongan
Kesihatan Sektor Perlombongan
RAJAH 1: Model Persamaan Serentak Di Dalam Pasaran Sub-sektor Pelancongan Pendidikan
JADUAL 1: Perubahan dan Keanjalan Faktor Penentu Keluaran Negara Kasar Mengikut Jenis Sektor
(Kesan Secara Langsung)
Faktor Model Keluaran Negara
Kasar
Perubahan Setiap Pertambahan
Unit
Keanjalan
Sektor Pertanian 6.46 0.550
Sektor Perlombongan -0.43 -0.039
Sektor Pembuatan 0.88 0.275
Sektor Pembinaan -2.53 -0.094
Sektor Perkhidmatan 0.64 0.364
JADUAL 2: Perubahan dan Keanjalan Faktor Penentu Sektor Perkhidmatan Mengikut Jenis Sektor
(Kesan Secara Langsung)
Faktor Model Sektor
Perkhidmatan
Perubahan Setiap Pertambahan
Unit
Keanjalan
Sektor Kewangan 8.50 2.439
Sektor Perdagangan 6.54 1.793
Sektor Pelancongan 0.04 0.206
JADUAL 3: Perubahan dan Keanjalan Faktor Penentu Sektor Pelancongan Mengikut Jenis Sub-sektor
(Kesan Secara Langsung)
Faktor Model Sektor
Pelancongan
Perubahan Setiap Pertambahan
Unit
Keanjalan
Pelancongan Pendidikan 128.46 0.334
Pelancongan Kesihatan 21.53 0.283
JADUAL 4: Perubahan dan Keanjalan Terhadap Keluaran Negara Kasar Mengikut Jenis Sektor
(Kesan Secara Tidak Langsung)
Faktor Terhadap Keluaran
Negara Kasar
Perubahan Setiap Pertambahan
Unit
Keanjalan
Sektor Kewangan 5.44 0.888
Sektor Perdagangan 4.18 0.653
Sektor Pelancongan 0.03 0.075
Pelancongan Pendidikan 0.24 0.025
Pelancongan Kesihatan 0.04 0.021
178 Siti Hajar Hussein, Mohd Anuar Md. Amin
JADUAL 5: Perubahan dan Keanjalan Terhadap Sektor Perkhidmatan Mengikut Jenis Sektor
(Kesan Secara Tidak Langsung)
Faktor Terhadap Sektor
Perkhidmatan
Perubahan Setiap Pertambahan
Unit
Keanjalan
Pelancongan Pendidikan 0.38 0.069
Pelancongan Kesihatan 0.06 0.058