CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
BAHAGIAN I – NAMA & MULA KUATKUASA
TAFSIRAN
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
(Pendaftaran,Lesen,Penyeliaan & Pengujian,Bahan Kelengkapan & Kaedah Pepasangan, Pemasangan Papan Suis, Talian Bekalan Bawah Tanah dan lain-lain.)
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
(Peperiksaan Orang Kompeten,Orang Kompeten,
Pemeriksaan Tetap Oleh Orang
Kompeten,Pendaftaran Kontraktor/Pengilang
Papansuis,Kelulusan Kelengkapan dll)
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
BAHAGIAN IV – PENYENGGARAAN
(Penyenggaraan Pepasangan)
BAHAGIAN V – PELBAGAI
(Contoh Penalti, JADUAL PERTAMA,JADUAL
KEDUA dan lain-lain)
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Peraturan 1 : PERMULAAN
PPE 1994 & berkuatkuasa pada 30 Januari 1994
Peraturan 2 : Tafsiran
- Jurutera Elektrik Kompeten
- Jurutera Elektrik Kompeten Residen
- Penjaga Jentera
- Voltan amat rendah : 50V ac
- Voltan rendah :1000V ac
BAHAGIAN 1 - NAMA & MULA KUATKUASA TAFSIRAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Peraturan 3-7 : Pendaftaran Pepasangan
Exemption (Electricity Supply (Exemption) Notification
1994) section 2(b):
- pepasangan yang menerima bekalan elektrik
daripada pemegang lesen & jika terputus bekalan
menerima bekalan daripada janakuasa tunggusedia
- pepasangan yang menerima bekalan elektrik
daripada pemegang lesen pada voltan 11000 Volts dan
ke atas
P3(3) : Perakuan Pendaftaran sah bagi tempoh tidak
kurang daripada 1 tahun & tidak lebih 5 tahun dari
tarikh keluar
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Peraturan 5(2) : Pemeriksaan & Ujian Pepasangan
- bagi tujuan pendaftaran 21 hari selepas terima
Borang A, ST beri notis & pihak pengurusan
pepasangan perlu bersedia & hadir semasa
pemeriksaan & ujian itu.
Peraturan 8 – 10 : Lesen bagi pepasangan
Exemption (Electricity Supply (Exemption) Notification
1994) section 2(a) :
- Perlu lesen persendirian bagi pepasangan yang
menjana sendiri elektrik dan kapasiti melebihi 5 KW
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Peraturan 11-14 : Penyeliaan dan Ujian
Pepasangan.
P11(1) - tiada pendawaian atau pendawaian
semula sesuatu pepasangan atau tambahan
pada pepasangan sedia ada tanpa kelulusan
bertulis daripada pemegang lesen atau pihak
berkuasa bekalan
P11(2) – cara menghitung permintaan arus
maksimum bagi pepasangan domestik seperti
dalam Jadual Ketiga
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P12(1) - Mana-mana pendawaian elektrik
dalam sesuatu pepasangan yang menerima
bekalan daripada pemegang lesen atau pihak
berkuasa bekalan hendaklah di bawah
penyeliaan langsung pendawai. Perlu
memperakukan Perakuan Penyeliaan &
Penyiapan (Borang G)
P13(1-2) – Apabila siap pendawaian atau
pendawaian semula, pepasangan itu perlu
diuji oleh pendawai dengan kelayakan yg
berkenaan & mengesahkan Perakuan Ujian
(Borang H)
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P13(3) - Apabila siap pendawaian atau
pendawaian semula pada pepasangan yang
dikendalikan pada voltan tinggi,pepasangan
itu perlu diuji oleh Jurutera Perkhidmatan
Elektrik yang diambil bekerja sepenuh masa
oleh Kontraktor Perkhidmatan Elektrik
hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bg
pepasangan tersebut
P14 – Jika tidak mengemukakan Borang G & H
kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa
bekalan, tidak boleh menerima bekalan elektrik
atau diberi bekalan elektrik
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P15(1) - Mana-mana radas, konduktor atau aksesori bagi maksud penyambungan kepada sesuatu pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa & bilangan yang mencukupi bagi menepati maksud yang dicadangkan & hendaklah dibina, dipasang, disusun, dilindungi, dikerjakan dan disenggarakan sedemikian rupa bagi mencegah bahaya
P15(2) – Sesuatu konduktor hendaklah ditebat dan dilindungi secara berkesan atau ditempatkan atau dikawal keselamatannya sedemikian rupa bagi mencegah bahaya
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P15(6) - Mana-mana konduktor atau
radas yang terdedah kepada cuaca,
air, hakisan, pemanasan yang tak
sewajarnya atau digunakan dalam
persekitaran yang mudah meletup
hendaklah dibina atau dilindungi
sedemikian rupa bagi mencegah
bahaya.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P18 - Cara pengasingan
Dalam suatu sistem elektrik, cara yang
berkesan hendaklah diadakan bagi:
a) mematikan setiap bahagian sistem itu;
b) melindungi setiap bahagian sistem daripada
arus berlebihan
c) mematikan setiap cawangan sistem agihan
tanpa gangguan bekalan kepada sistem yang
selebihnya; dan
d) mematikan setiap sublitar sistem
pendawaian tanpa gangguan bekalan
kepada sistem yang selebihnya.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P19-21 - Pepasangan Papan Suis
P19(2) – Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah diletakkan di atas lantai di hadapan setiap papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali.
P19(3) – Sesuatu papan suis yang mempunyai
konduktor tak bersalut yang terdedah sedemikian rupa sehingga mungkin tersentuh, hendaklah, jika tidak terletak di suatu kawasan yang berasingan bagi maksud itu, dipagar atau dikepung selainnya.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P22-23 - Talian Bekalan Bawah Tanah
P22(2) & P22(3) – Pemecahan lebuh, jalan atau tempat awam bagi maksud meletakkan sesalur bawah tanah & sambungan baginya dan penimbusan serta pembaikan semulanya boleh dibuat kecuali satu notis yang munasabah telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa bekalan.
P23(2) – Sesuatu cantuman, sambungan atau penamatan mana-mana kabel hendaklah dijalankan oleh Pencantum Kabel.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P24-25 - Radas mudah alih secara am
P24(1) – Suatu kabel fleksibel bagi radas mudah alih hendaklah disambungkan kepada sistem dengan cantuman kekal atau palam dan soket yang dibina dengan sempurna.
P26-28 : Pemasangan Papan Tanda Elektrik
P27(1) – Suis bomba hendaklah diadakan bagi:
a.mana-mana papan tanda elektrik luar; dan
b.mana-mana papan tanda elektrik dalam,yang tidak dijaga
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P27(2) (b) - Radas mudah alih secara am
Suis bomba hendaklah dicat merah dan
dipasang berdekatan dengannya suatu plat
nama yang mempunyai perkataan “SUIS
BOMBA” yang tertulis di atasnya dalam huruf
besar berwarna putih dan kedudukan “ON”
dan “OFF” hendaklah ditunjukkan dengan
jelas dengan kedudukan “OFF” di atas dan
semua huruf hendaklah mudah dibaca orang
yang berdiri di atas tanah.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P29-33 : Pepasangan Lain
P29 – Apabila terdapat mana-mana bahagian sistem atau sesuatu pepasangan tidak digunakan, bahagian itu hendaklah diasingkan daripada punca elektrik dan tidak boleh dibiarkan bertenaga.
P32(4) – Mana-mana papan suis, papan fius, pemutus litar atau radas pengawalan elektrik yang lain (di tempat- tempat hiburan awam) hendaklah dipasang dengan apa-apa cara bagi mengelakkan daripada diakses oleh orang selain daripada orang kompeten atau orang yang di bawah penyeliaan langsung oleh orang kompeten.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P34-36 : Pembumian Pepasangan
P34(1) – Mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti cantuman, peti suis, peti fius, bingkai gear suis yang berlogam dan rangka dan tapak logam mana-mana janakuasa, penukar, rektifier dan motor, peti dan teras berlogam bagi mana-mana pengubah,kecuali yang digolongkan sebagai binaan kelas II, hendaklah dibumikan secara berkesan.
P34(2) & P34(3) –Mana-mana paip air (dan paip gas) yang disambungkan kepada sistem bekalan air (gas) awam tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara membumi
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P34(4) – Poin neutral sistem arus ulang-alik
atau poin tengah sistem arus terus tidak boleh
disambungkan ke bumi pada lebih daripada
satu poin, kecuali dengan kebenaran ST
P36(1) – Pepasangan di tempat hiburan awam,
perlindungan terhadap arus kebocoran bumi
bagi mana-mana litar akhir hendaklah
menggunakan peranti arus baki yang
mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak
melebihi 10 mA.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P36(2) – Bagi pepasangan yang berkemungkinan lantainya basah atau dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi bagi mana-mana litar akhir hendaklah menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 mA.
P36(3) – Pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau mungkin digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi bagi mana-mana litar akhir hendaklah menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 mA
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P36(4) – Bagi pepasangan lain selain yang disebut dalam SP (1), (2) dan (3), perlindungan terhadap arus kebocoran bumi bagi mana-mana litar akhir hendaklah menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 mA melainkan:
a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu; atau
b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P37-40 : Kehendak-Kehendak Am Pepasangan
P37 – Mana-mana bahagian sesuatu pepasangan yang papan suis atau kelengkapan dipasang di dalam mana-mana premis:
a) hendaklah cukup terang, dialih udara & sentiasa kering
b) hendaklah bebas daripada halangan bagi membolehkan papan suis atau kelengkapan itu dikendalikan dengan selamat
c) hendaklah cukup dimensinya bagi mengadakan ruang yang cukup bagi pengendalian atau penyenggaraan yang selamat; dan
d) tidak boleh digunakan bagi apa-apa jenis
penstoran.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P38 – Suatu notis standard yang mempamerkan perkataan “DILARANG MASUK” dan “BAHAYA” hendaklah diletakkan di luar tempat yang mengandungi kelengkapan elektrik.
P39 – Arahan dalam bahasa kebangsaan tentang cara merawat orang yang terkena renjatan elektrik hendaklah dilekatkan pada mana-mana pepasangan, selain pepasangan domestik.
P40 – Alat pemadam api hendaklah disediakan (selain pepasangan domestik) dan disimpan di premis itu untuk digunakan pada bila-bila masa.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P41–43 : Pepasangan Talian Aerial
P41(4) – Cara-cara yang berkesan hendaklah
diadakan bagi memastikan bahawa konduktor
talian itu mati selepas ia terjatuh disebabkan
terputus atau selainnya.
P41(7) – Neutral bumi berbilang tidak boleh
dipasang kecuali mendapat kelulusan bertulis
ST dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang
boleh dikenakan oleh ST.
BAHAGIAN II – PEPASANGAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P45-59 : Peperiksaan bagi Orang
Kompeten
- Jurutera Perkhidmatan Elektrik
- Jurutera Elektrik Kompeten
- Penyelia Elektrik
- Penjaga Jentera
- Pendawai
- Pencantum Kabel
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P60-65 : Orang Kompeten
P60(1) – Orang kompeten untuk kerja, kendali
atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja
atau pengendalian sesuatu pepasangan
disyorkan oleh orang berikut:
Voltan Rendah
600 Vac 132000 Vac
Voltan Tinggi
JPE/JEK/PE/JEKR JPE/JEK/JEKR JEKR
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P60(1)
Exemption [Electricity Supply (Exemption) Notification 1994: section 2(c) :
Jenis-jenis pepasangan yang memerlukan orang kompeten untuk kerja, kendali dan operasi:
a) pepasangan berlesen
b) pepasangan voltan tinggi
c) pepasangan voltan rendah yang menerima bekalan melalui peralatan suis pada 100A atau lebih
d) mana-mana pepasangan yang menjana elektrik lebih daripada 5 KW
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P63(7) – Pemunya, pengurusan atau
pemegang lesen sesuatu pepasangan perlu
mendaftar orang kompeten dalam masa 7 hari
dari pengambilan kerja atau perlantikan orang
kompeten dan perlu memaklumkan kepada ST
secara bertulis.
P64(1) – Tiada papan suis, gear suis atau
kelengkapan kecuali kelengkapan elektrik
yang direkabentuk untuk disambungkan
kepada soket alir keluar melalui palam, boleh
disambung kepada sesuatu pepasangan
melainkan di bawah kawalan orang kompeten
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P66–70 : Pemeriksaan Tetap oleh Orang
Kompeten
P67(2) – Bilangan lawatan bagi maksud
pemeriksaan
600 Vac 132000 Vac
Bil : 1x/bulan
CB ≥ 100A
JEKR
11000 Vac
2x/bulan
4x/bulan
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P68 – Setiap JPE/JEK/PE yang memeriksa pepasangan dibawah P67, hendaklah merekod dan menghantar dapatan, syor dan arahan kepada ST dan pemunya/pengurusan/pemegang lesen pepasangan dalam masa 2 minggu dari pemeriksaan – Borang I Jadual Pertama
Pemunya/pengurusan/pemegang lesen pepasangan perlu menyimpan buku tentang semua rekod dan laporan yang dibuat dan buku itu hendaklah dibuka bila-bila masa apabila diperiksa oleh ST
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P70 – Mana-mana JPE/JEK/PE yang
memeriksa pepasangan di bawah P67(2),
dan mengetahui tentang apa-apa
kecacatan dalam pepasangan itu/mana-
mana kelengkapan dalamnya hendaklah
serta-merta beritahu Pemunya/
pengurusan/pemegang lesen
pepasangan supaya
membaiki/menghapus kecacatan itu dan
perlu lapor segera kepada ST.
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P71-P74 : Pendaftaran Kontraktor
Perkhidmatan Elektrik
P75-79 : Pendaftaran Kontraktor Elektrik
P80-83 : Pendaftaran Unit Pendawaian
Persendirian
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P84-P87 : Pendaftaran Kontraktor Papan Tanda
Elektrik
P88-91 : Pendaftaran Kontraktor Pembaikan Elektrik
P92-96 : Pendaftaran Pengilang Papan Suis (VR & VT)
P97-101 : Kelulusan Kelengkapan
Tiada seseorangpun boleh mengilang, mengimport,
mempamer, menjual atau mengiklan: kelengkapan
domestik /kelengkapan dijual secara langsung kepada
orang awam/apa-apa kelengkapan yang tidak perlu
kemahiran khusus dlm pengendaliannya melainkan
kelengkapan diluluskan oleh ST
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
BAHAGIAN III – PENGENDALIAN
P102-109 : Pembaharuan, Pindahmilik, Pembatalan,
Pemotongan dan Pemasukan Semula Perakuan
BAHAGIAN IV – PENYENGGARAAN
P110-113 : Penyenggaraan Pepasangan
P110(1) – Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan
dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-
langkah awasan hendaklah dipatuhi setiap masa
untuk mencegah bahaya
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P110(3) – Sesuatu pepasangan, selain
daripada pepasangan domestik hendaklah
diperiksa dan diuji oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun
atau bila-bila masa yang diarah oleh ST.
P110(4) – Mana-mana geganti dan peranti
pelindung sesuatu pepasangan hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang
kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
dua tahun, atau bila-bila masa yang diarah
oleh ST
BAHAGIAN IV – PENYENGGARAAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
P111 – Tiada seorangpun, kecuali orang
kompeten atau yang bertindak di bawah
kawalan orang kompeten, boleh
mengusahakan utk menjalankan apa-apa
pembaikan, penggantian, penservisan atau
pembersihan mana-mana kelengkapan yang
menjadi sebahagian pepasangan.
P112(1) – Orang kompeten hendaklah
mengambil langkah awasan yang mencukupi
untuk mencegah mana-mana pepasangan
atau kelengkapan daripada terhidup secara
tidak sengaja semasa orang sedang bekerja.
BAHAGIAN IV – PENYENGGARAAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
BAHAGIAN IV – PENYENGGARAAN
P113 – Tiada kerja atau pengendalian di bawah kawalan
orang kompeten boleh dimulakan sehingga arahan
bertulis telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu
kepada orang di bawah kawalannya.
BAHAGIAN V – PELBAGAI
P114-123
P122 – Penalti : Kesalahan apabila disabitkan – denda
tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun
atau kedua-duanya.