PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA OKTOBER 2017
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
4 OKTOBER 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed
Zaini bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia dan Salam 1Kimia.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
4
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
Pejabat bagi bulan Oktober 2017 pada
pagi yang indah ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Penyelidikan dan Jaminan Kualiti
(PJK) kerana telah mengatur dan
menganjurkan Majlis Perhimpunan
Bulanan kita pada pagi ini dengan baik
sekali.
5
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[MAAL HIJRAH 1439H]
3. Salam Maal Hijrah 1439H buat semua
warga Kimia yang beragama Islam.
Awal Muharam yang menandakan
awal tahun Hijrah mempunyai
pengertian yang amat besar bagi umat
Islam. Hijrah Rasulullah SAW dari
Kota Mekah ke Madinah adalah satu
rancangan strategik dalam menyusun
strategi bagi menjamin keselamatan
dan kemenangan Islam dan
6
mempertahankan agama Allah serta
nilai-nilai murni Islam untuk jangka
panjang.
4. Jika dilihat dari sudut era globalisasi,
hijrah itu merangkumi perubahan dan
penghijrahan dari pelbagai aspek iaitu
dari sudut fizikal, minda, sikap, hati,
persekitaran dan sebagainya.
Perubahan ini mampu mengubah
keadaan hidup samada dari segi
ekonomi, sosial, pendidikan dan taraf
hidup. Kini, negara kita telah
7
mengalami banyak perubahan dan
pencapaian dari satu peringkat
kepada peringkat yang lain yang lebih
baik dan cemerlang.
5. Bersempena dengan tema sambutan
Maal Hijrah tahun ini iaitu “Kesatuan
Ummah Kesejahteraan Negara”,
maka, marilah kita bersyukur ke
hadrat Ilahi di atas nikmat keamanan
dan keharmonian yang dikecapi pada
hari ini. Semoga sambutan kita pada
8
tahun ini lebih bermakna demi
NEGARAKU yang tercinta.
Warga Kimia sekalian,
[SIJIL AKTREDITASI MyPTP MS ISO/IEC
17043:2010]
6. Pada 05-07 September 2017 yang
lepas, pasukan penilai dari Jabatan
Standard Malaysia telah menjalankan
compliance audit kepada sistem kualiti
pembekal ujian kemahiran analisis
(PT) Jabatan Kimia Malaysia. Audit
telah dijalankan di Unit Ujian
9
Kemahiran, Bahagian PJK. Ini
merupakan audit terakhir untuk sijil
akreditasi MyPTP di bawah MS
ISO/IEC 17043:2010.
7. Sijil akreditasi sistem kualiti MyPTP
adalah khas untuk pembekal ujian
kemahiran analisis (PT). Jabatan
Kimia Malaysia merupakan agensi
yang pertama di Malaysia yang diaudit
oleh Jabatan Standard Malaysia di
bawah sistem tersebut.
8. Skop penilaian MyPTP ini melibatkan
sebanyak 30 skim Ujian Kemahiran
10
Analisis dalam 11 bidang iaitu
Narkotik, DNA, Toksikologi,
Kriminalistik, Pemeriksaan Dokumen,
Alam Sekitar, Air, Makanan, GMO,
Mikrobiologi dan Industri.
9. Sebanyak 3 minor NCR telah
dibangkitkan oleh pasukan penilai.
Semua tindakan pembetulan telah
dilaksanakan dan ditutup. Sijil
akreditasi akan diperolehi dalam masa
terdekat bergantung kepada
keputusan dari Jabatan Standard
Malaysia.
11
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[HARI SUKAN NEGARA]
10. Sambutan Hari Sukan Negara telah
diisytiharkan pada setiap hari Sabtu
minggu kedua bulan Oktober setiap
tahun. Sambutan Hari Sukan Negara
ini merupakan suatu inisiatif
Kementerian Belia dan Sukan di mana
ia adalah satu langkah proaktif dalam
proses transformasi ke arah mencapai
hasrat menjadikan Malaysia sebagai
12
sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting
Nation).
11. Bertepatan dengan Hari Sukan
Negara, Karnival Sukan Kimia 2017
akan diadakan pada 27 hingga 30
Oktober 2017 di Institut Penilaian
Negara (INSPEN) Bangi, Selangor.
12. Sukan yang akan dipertandingkan
adalah badminton, bola jaring, futsal,
sepak takraw serta bola tampar.
13. Besar harapan saya agar semua
warga Kimia dapat memberikan
sokongan dalam aktiviti ini.
13
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[BANGUNAN BARU JKMC
TERENGGANU]
14. Untuk makluman, pada 25 September
yang lepas, telah diadakan majlis
penyerahan bangunan baharu JKMC
Terengganu oleh Jabatan Kerja Raya
(JKR) kepada pihak MOSTI serta
Jabatan Kimia Malaysia.
15. Kita sedia maklum bangunan baru ini
mempunyai ciri-ciri reka bentuk terkini
dan dilengkapi dengan kelengkapan
14
pejabat dan makmal yang lebih
selesa. Secara tidak langsung,
dengan kemudahan yang disediakan,
ia diharap dapat memberi suntikan
baru dan dorongan semangat kepada
semua kakitangan Kimia Terengganu
untuk memantapkan lagi penyampaian
perkhidmatan kepada masyarakat
setempat. Saya yakin Jabatan Kimia
Malaysia melalui perkhidmatan
analisis yang ditawarkan akan terus
relevan dalam mendukung visi
kerajaan dalam menjamin
15
keselamatan dan kesejahteraan
rakyat.
16. Saya harap semua warga Kimia
Terengganu telah bersedia mental dan
fizikal bagi perpindahan ini. Makmal
juga seharusnya membuat
perancangan awal terutamanya dari
segi pemakluman awal kepada para
pelanggan dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
16
[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM
CAWANGAN SIBU]
17. Saya turut mengadakan lawatan kerja
ke JKMC Sibu pada 2 Oktober 2017
yang lepas.
18. Lawatan ini bertepatan dengan
saranan KSN supaya semua ketua
setiausaha dan ketua jabatan supaya
turun padang untuk melihat sendiri
keadaan kakitangan masing-masing
ke arah memberi perkhidmatan terbaik
kepada rakyat. Langkah ini bertujuan
17
menjaga kebajikan penjawat awam
dalam melaksanakan tugas.
19. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat
sendiri keadaan cawangan dan
beramah mesra dengan kakitangan
Kimia Sibu. Lawatan ini juga
membolehkan sistem terbuka
dijalankan, sebagai contoh, ruang
diberi kepada semua warga Kimia
untuk bersua muka dan memberi idea
atau menyatakan sebarang masalah
terus kepada saya.
18
20. Terima kasih kepada semua yang
telah memberi kerjasama dalam sesi
lawatan ini terutamanya yang memberi
pandangan semasa sesi dialog
diadakan. Pihak pengurusan akan
cuba untuk mengambil tindakan atas
segala pandangan yang diutarakan.
Warga Kimia yang saya kasihi sekalian, [TRAGEDI PUSAT TAHFIZ]
21. Pada 14 September yang lepas,
negara kita telah dikejutkan dengan
19
tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz
Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat,
Selangor. 21 orang pelajar dan 2
orang tenaga pengajar dilaporkan
maut.
22. Seksyen DNA, Kriminalistik dan
Toksikologi telah menerima pelbagai
sampel bagi membantu pihak
berkuasa dalam kes tersebut.
23. Di sini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan
tahniah kepada Bahagian Forensik
kerana telah menjalankan
20
tanggungjawab yang diamanahkan
dengan begitu komited dan
profesional. Penghargaan khusus jua
buat Seksyen DNA yang diketuai
Puan Nor Aidora yang telah berjaya
menyelesaikan kes dalam tempoh
kurang daripada 24 jam. Walau ada
pihak yang cuba mengambil nama di
atas kegigihan pegawai kita
menyelesaikan analisis, namun bagi
saya, keikhlasan kita untuk membantu
keluarga mangsa bagi
21
menyempurnakan urusan jenazah
adalah paling utama.
24. Bertepatan dengan kes tersebut, saya
juga ingin mengingatkan para pegawai
terutamanya pegawai muda atau
pegawai pelapis Jabatan Kimia
Malaysia untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan serta kemahiran masing-
masing dengan pantas dan cekap.
Sebagai generasi X, Y dan Z, anda
semua seharusnya lebih dominan dan
pantas menimba ilmu untuk
meningkatkan nama Jabatan Kimia
22
Malaysia ke peringkat yang lebih
cemerlang. Kekal serta tingkatkan
nama Kimia di mata umum.
25. Sebelum saya mengakhiri ucapan
saya pada kali ini, saya ingin
mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’
serta semoga panjang umur dan
murah rezeki kepada warga Kimia
yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan Oktober ini.