1.0 Pengenalan
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-
kanak. Ia merupakan satu jangka masa yang penting dalam proses pembesaran kanak-
kanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia
sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan mudah dan berjaya
sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini, mereka juga akan
berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan
apa yang mereka temui sebelum ini.
Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat
berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan
Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah
Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika
adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Untuk Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program
awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika
secara ringkas. Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka
masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Dalam konteks kanak-
kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang
serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa
sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperolehi, ia
akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan
sehariannya ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang
(Department of Education and Science 1990). Oleh hal yang demikian, kurikulum yang
seimbang dan menyeluruh dapat membantu menjayakan matlamat yang ingin dicapai.
1
1.0 Perbezaan Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak
2.0 Cara mendidik
Imam Al-Ghazali Ibnu Khaldun Martin Luther
Didik kanak-kanak dengan
pelajaran agama, adab
sopan, adab makan minum,
mencuci badan, berwuduk
dan bersembahyang.
Bentuk kanak-kanak dengan
penuh kasih sayang, lemah
lembut dan bertimbang rasa
bukannya dengan cara
kekerasan.
Menyarankan pendidikan
universal dan wajib, serta
menitikberatkan keperluan
mendirikan sekolah bagi
mengajar kanak-kanak
membaca.
Didik kanak-kanak supaya
memperoleh tingkah laku
yang mulia, merendah diri,
tidak berbohong,
bersederhana dalam
perlakuan, tidak berkawan
dengan orang jahat dan
tidak berbangga.
Belajar dari mudah kepada
yang lebih susah secara
berperingkat-peringkat,
mengadakan latih-tubi,
menggunakan benda-benda
maujud dan menggunakan
bahan-bahan bantu untuk
mengajar.
Mengintegrasikan muzik
dan pendidikan jasmani
dalam kurikulum.
Bersikap tegas dengan
kanak-kanak, jangan
biasakan mereka bersenang-
senang, jangan berseronok
atau bermanja-manja
apabila bergaul dengan
mereka.
Ajarkan pembacaan Al-
Quran sebelum
menghafalnya. Apabila
sampai umur tertentu dan
sesuai dengan daya
pemikiran barulah diajar
tafsir, hukum dan lain-lain.
2
John Amos Comenius Jean Jacques Rosseau Johann Pestalozzi
Pendidikan perlu mengikut
aturan semula jadi iaitu
mengikut umur dan kaedah
yang betul dan
mengelakkan pembelajaran
secara paksa sebelum
kanak-kanak bersedia.
Kanak-kanak perlu
dibiarkan membesar
mengikut kebolehan semula
jadi mereka berdasarkan
konsep naturalisme.
Membimbing kanak-kanak
secara perlahan-lahan
berdasarkan potensi yang
ada padanya. Bimbingan itu
perlu bermula daripada
pengalaman deria kepada
idea yang abstrak.
Friedrich Wilheim Froebel Maria Montessori John Dewey
Dalam mendidik,
cadangkan kanak-kanak
menggunakan objek supaya
menimbulkan minat dalam
pembelajarannya.
Guru hanya perlu menunjuk
ajar dan membimbing
mereka dalam pemilihan
bahan dan aktiviti.
Dalam menyampaikan
pelajaran kepada kanak-
kanak mulakan dengan
kumpulan kecil, kemudian
seorang demi seorang.
Tekankan disiplin diri
terhadap kanak-kanak dan
motivasi dalaman adalah
penting bagi kanak-kanak.
Guru hanya perlu
membantu kanak-kanak,
bukan memaksa ataupun
menentukan arah
pembelajaran mereka.
Tekankan kaedah bermain
kepada kanak-kanak dan
biarkan mereka belajar
melalui membuat.
3
2.1 Penegasan
Imam Al-Ghazali Ibnu Khaldun Martin Luther
Seorang anak harus dididik
dari lahir. Seorang bayi
jangan diberikan kepada
orang lain menjaganya
kecuali wanita yang kuat
agama dan mulia tingkah
lakunya.
Jangan diajar kanak-kanak
dengan perkara-perkara
yang susah dan jangan
dibebankan dengan perkara-
perkara yang diluar
kemampuan mereka.
Luther berpendapat tujuan
utama persekolahan adalah
untuk mengajar agama.
Disamping itu, beliau
menegaskan muzik dan
pendidikan jasmani perlu
diintergrasikan dalam
kurikulum.
John Amos Comenius Jean Jacques Rosseau Johann Pestalozzi
Beliau berpendapat bahawa
pendidikan perlu memberi
pengalaman pembelajaran
yang positif termasuklah
kebebasan, kegembiraan,
dan keriangan.
Beliau berpendapat kanak-
kanak dilahirkan semuanya
baik tetapi manusialah
merosakkanya. Selain itu,
pendidikan akan terhasil
dan berkembang jika
seseorang itu diberikan
kebebasan belajar secara
langsung dengan alam
sekitar.
Anak-anak perlu dibimbing
secara perlahan-lahan
berdasarkan potensi yang
ada padanya. Seterusnya,
bimbingan itu perlu
bermula daripada
pengalaman deria kepada
idea yang abstrak. Melalui
pengalaman itu kanak-
kanak boleh mencapai
potensi mereka yang
semulajadi.
4
Friedrich Wilheim Froebel Maria Montessori John Dewey
Pembelajaran bukanlah
sesuatu yang terpisah
namun ia saling berkaitan
antara satu sama lain.
Taman kanak-kanak pula
merupakan satu pendekatan
terhadap latihan kanak-
kanak. Seterusnya,
pendidikan adalah
pembinaan watak atau
peribadi kanak-kanak. Ia
hendaklah berdasarkan
kepada keperluan dan
keupayaan kanak-kanak.
Dalam mendidik kanak-
kanak, kita mestilah
menghormati mereka. Oleh
itu, persekitaran yang
terancang, kemahiran hidup,
disiplin diri dan arahan
adalah prinsip penting
dalam pendidikan kanak-
kanak. Menurut beliau,
pendidikan adalah untuk
menolong kanak-kanak dan
membentuk serta membantu
perkembangan intelek,
fizikal, sosial, emosi dan
rohani.
Pendidikan sebenar adalah
satu proses yang aktif
kepada kanak-kanak
berdasarkan keadaan
semulajadi mereka dan
pembelajaran pula perlu
dilaksanakan melalui
pengalaman dan
eksperimen.
2.2 Alat bantu mengajar
Martin Luther John Dewey
Menggunakan muzik dan pendidikan
jasmani dalam kurikulum.
Memberi kaedah projek kepada kanak-
kanak iaitu suatu aktiviti dan gerak kerja
kanak-kanak.
5
3.0 Persamaan Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak
3.1 Alat bantu mengajar
Ibnu khaldun John Amos Comenius Jean Jacques Rosseau
Kanak-kanak diperingkat
prasekolah menggunakan
benda-benda maujud dan
contoh-contoh yang konkrit
yang boleh difahami
melalui pancaindera
mereka.
Menekankan penggunaan
bahan konkrit dan deria.
Memastikan bahan
pengajaran yang konkrit
pada kanak-kanak.
Johann Pestalozzi Friedrich Wilheim
Froebel
Maria MontessoriImam
A-Ghazali
Pendidikan
berasaskan
pengalaman deria
dan pengajaran
yang dibentuk
berdasarkan objek.
Mendidik kanak-kanak
bermain menggunakan
objek bagi
menimbulkan minat
dalam
pembelajarannya.
Mendidik kanak-kanak
bermain menggunakan
objek bagi
menimbulkan minat
dalam
pembelajarannya
dalam persekitaran
yang lengkap dan alat
pembelajaran yang
tersusun dan bersaiz
kanak-kanak.
Menggalakkan
kanak-kanak
bermain dengan
menggunakan
objek.
6
3.2 Persekitaran
Maria Montessori Friedrich Wilheim Froebel Jean Jacques Rosseau
Persekitaran yang
menggalakkan
perkembangan kanak-kanak
ialah persekitaran
lengkap dengan bahan-
bahan yang dapat
menyokong pembentukan
konsep dan pengetahuan
kanak-kanak apabila
mereka memerlukannya.
Taman kanak-kanak
perlulah dipenuhi dengan
keindahan untuk menarik
perhatian kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya ia
dicat dengan warna yang
terang, mempunyai bilik
yang senang dimasuki
cahaya, dipenuhi dengan
taman-taman, binatang dan
gambar-gambar.
Kebebasan belajar secara
langsung dengan alam
sekitar. Berkonsep pada
naturalisme dimana kanak-
kanak perlu dibiarkan
membesar mengikut
kebolehan semula jadi
mereka.
7
4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dan
ia harus dimulakan sejak lahir seseorang bayi itu. Kita semua harus ingat bahawa kanak-
kanak ialah pemangkin sesebuah negara dan ketua atau pemimpin masa hadapan.
Justeru, sikap, minda dan kebolehan generasi muda ini yang positif harus dibentuk sejak
awal lagi. Dengan ini, pemimpin yang berdaya maju, cekap dan berdaya saing dapat
dilahirkan.
5.0 Rujukan
a) http://zulky54prasekolah.blogspot.com/
b) http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/tokoh-pengasas-pendidikan-
awal-kanak.html
c) http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2011/12/konsep-awal-kanak-
kanak.html
8
6.0 Lampiran
Imam Al-Ghazali Ibnu Khaldun Martin Luther
John dewey Friedrich Wilheim Froebel Maria Montessori
9
Johann Pestalozzi Jean Jacques Rosseau John Amos Comenius
10
Recommended