PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESELESAAN BENGKEL AMALI DI
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL ( FPTEK) DI UNIVERSITI TUN
HUSSEIN ONN MALAYSIA
MOHD AZLAN BIN ABD GHANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESELESAAN BENGKEL AMALI DI
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL (FPTEK) DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN
ONN MALAYSIA
MOHD AZLAN BIN ABD GHANI
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian
Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
DEDIKASI
Buat Insan-Insan Yang Tersayang
Bonda Yang Tercinta
(Fatimah Binti Ibrahim)
Yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya ini sehingga mencapai kejayaan di dunia
dan di akhirat. Semoga bonda sentiasa mendapat kasih sayang dariNYA. Tidak lupa
juga kepada Arwah Ayahanda semoga di tempatkan dikalangan orang beriman.
Adik Beradikku
(Mohd Syazwan Bin Abd Ghani)
Semoga kita sama-sama sampai ke menara gading
Pensyarah Yang Disanjungi
(En. Amirmudin Bin Udin)
Akan ku manfaatkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepadaku dengan sebaik-
baiknya. Semoga Allah akan sentiasa merahmati perjuangan kalian kerana sentiasa
mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Jutaan terima kasih diucapkan.
Buat Teman-Teman Seperjuangan
( Pelajar SPH, SPJ dan SPE)
Semoga kita terus berhubung walaupun nanti kita semua akan berpisah. Kenangan
bersama kalian tidak akan dilupakan. Semoga Allah memberkati usaha yang kita
lakukan selama ini
iv
PENGHARGAAN
Saya sebagai penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
Projek Sarjana Muda iaitu En Amirmudin bin Udin atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Penyelidikan ini banyak memberikan
pengetahuan dan pengalaman kepada penulis untuk persediaan masa hadapan. Tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau pastinya penyelidik tidak akan berjaya
dengan sempurna.
Terima kasih juga diucapkan kepada Dekan Fakulti pendidikan Teknikal
(FPTek) dan pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek) UTHM yang
terlibat sebagai responden dan telah banyak membantu penyelidik mendapatkan data
kajian ini. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar adalah amat memuaskan dan
melicinkan lagi kerja penyelidikan yang dijalankan.
Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada pensyarah dan rakan-rakan
terutama dari Fakulti Pendidikan UTM yang banyak membantu dalam memberikan
buah fikiran dan idea yang bernas bagi penyelidik menyiapkan kajian ini dengan
jayanya.
Sekian terima kasih
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti persepsi pelajar terhadap keselesaan
bengkel amali di Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek) Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). Empat aspek yang dikaji dalam meneliti tahap keselesaan bengkel
amali tersebut ialah aspek keselamatan, peralatan, kemudahan dan juga lokasi. Kajian
ini melibatkan seramai 120 orang responden terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana
Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional. Instrumen utama kajian ini ialah berbentuk
borang soal selidik yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik dan menggunakan
persampelan rawak mudah. Data demografi yang diperolehi telah dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16.0
sementara perisian Analysis of Moment Structure (AMOS) version 18.0 digunakan
untuk mendapatkan analisis pengesahan faktor (Confirmatory Factor Analysis). Hasil
analisis pengesahan faktor menunjukkan hanya 8 item sahaja yang signifikan sementara
22 item selebihnya perlu digugurkan kerana tidak relevan. Pelajar-pelajar didapati amat
selesa dengan tahap keselamatan bengkel amali, rekabentuk alat dan juga susun atur
alatan dalam bengkel, dan kemudahan yang ada di bengkel amali seperti sistem
pencahayaan dan sistem pengudaraan. Walaupun secara keseluruhan lokasi bengkel
berada di tempat yang strategik, kedudukannya yang berada di tempat yang sesak perlu
diberi perhatian bagi memastikan tahap keselesaan yang lebih baik. Beberapa cadangan
telah dikemukakan bagi meningkatkan keselesaan bengkel amali semasa digunakan.
Cadangan terperinci telah diterangkan dalam bab akhir kajian ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to examine students' perceptions of superior
practical workshops at the Faculty of Technical Education (FPTek) University Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM). Four aspects are examined the comfort level in
practical workshops is on safety, equipment, facilities and location. This study involved
120 respondents made up of students Bachelor of Technical and Vocational Education.
The main instrument of this study was a questionnaire form developed by the
researchers and used simple random sampling. Demographic data were analyzed using
Statistical Package for Social Science (SPSS) version 16.0 software while the Analysis
of Moment Structure (AMOS) version 18.0 was used to obtain confirmation of the
factor analysis (Confirmatory Factor Analysis). Confirmation factor analysis results
showed that only 8 items was significant while the remaining 22 items should be
dropped as irrelevant. Students were very comfortable with the security level in
practical workshops, the design and layout tools and the facilities existed in practical
workshops such as lighting and ventilation systems. Although the overall workshop
location is strategic position in the crowded areas should be addressed to ensure a better
comfortable level. Several suggestions were made to improve comfortable during the
workshops practical are used. Detailed proposals have been described in the final
chapter of this study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
viii
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Pelajar 9
1.6.2 Fakulti Pendidikan 9
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Bengkel 10
1.8.2 Keselamatan 10
1.8.3 Peralatan 11
1.8.4 Ergonomik 11
1.8.5 Susun Atur Peralatan 11
1.8.6 Kelengkapan 11
1.8.7 Pengajaran dan Pembelajaran 12
1.8.8 Persepsi 12
2 SOROTAN KAJIAN 13 2.1 Pengenalan 13
2.1.1 Kepentingan Ergonomik dalam Pendidikan 14
2.2 Aspek Keselamatan di Bengkel Amali 15
2.2.1 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 17
2.2.2 Pihak Pengurusan Universiti 18
2.2.3 Pelajar 18
2.3 Aspek Peralatan di Bengkel Amali 19
2.4 Aspek Kemudahan di Bengkel Amali 20
2.4.1 Pencahayaan 21
2.4.2 Pengudaraan dan Bauan 23
2.4.3 Warna 24
2.5 Aspek Lokasi Bengkel Amali 25
2.5.1 Ruang 26
2.5.1.1 Kepentingan Ruang dalam Pendidikan 27
ix
2.6 Kesimpulan 29
3 METODOLOGI KAJIAN 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Prosedur Kajian 31
3.4 Tempat Kajian 33
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 33
3.6 Instrumen Kajian 33
3.7 Kajian Rintis dan Kesahan 36
3.8 Kajian Sebenar 37
3.9 Analisis Data 38
3.10 Kesimpulan 39 4 PENGANALISISAN DATA KAJIAN 40
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Bahagian A 41
4.2.1 Umur 41
4.2.2 Jantina 42
4.2.3 Taraf Perkahwinan 42
4.2.4 Bangsa 43
4.2.5 Tahun Pengajian 43
4.3 Analisis Bahagian B 44
4.3.1 Aspek Keselamatan di Bengkel Amali 45
4.3.2 Aspek Peralatan di Bengkel Amali 47
4.3.3 Aspek Kemudahan di Bengkel Amali 50
4.3.4 Aspek Lokasi Bengkel Amali 52
x
4.3.5 Analisis keseluruhan untuk mendapatkan Analisis 55
Pengesahan Faktor.
4.3.6 Analisis Keseluruhan dan Dapatan Min bagi setiap 59
Persoalan Kajian
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 63
5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan 64
5.3 Perbincangan 67
5.3.1 Bahagian A: Demografi Responden 68
5.3.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 68
5.3.2.1 Aspek Keselamatan 69
5.3.2.2 Aspek Peralatan 70
5.3.2.3 Aspek Kemudahan 71
5.3.2.4 Aspek Lokasi 73
5.4 Cadangan 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.6 Penutup 78
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN 84
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 3.1 Nombor item soalan kajian 35
3.2 Skala likert beserta markah skor 35
3.3 Nilai kebolehpercayaan 37
3.4 Standart ukuran bagi skor min 39
4.1 Taburan responden mengikut umur 41
4.2 Taburan responden mengikut jantina 42
4.3 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan 42
4.4 Taburan responden mengikut bangsa 43
4.5 Taburan responden mengikut tahun pengajian 43
4.6 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Awal) Aras 45
Pertama bagi aspek keselamatan
4.7 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras 46
Pertama bagi aspek keselamatan
4.8 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Awal) Aras 48
Pertama bagi aspek peralatan
4.9 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras 49
Pertama bagi aspek peralatan
4.10 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Awal) Aras 50
Pertama bagi aspek kemudahan
4.11 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras 51
Pertama bagi aspek kemudahan
4.12 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Awal) Aras 53
Pertama bagi aspek lokasi
xii
4.13 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras 54
Pertama bagi aspek lokasi
4.14 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Awal) Aras 55
Kedua bagi keselesaan bengkel
4.15 Indeks kesepadanan Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras 57
Kedua bagi keselesaan bengkel
4.16 Rumusan analisis menggunakan AMOS untuk mendapatkan 58
Confirmatory Factor Analysis (CFA)
4.17 Item-item bagi setiap persoalan kajian mendapat CFA 59
4.18 Standart ukuran bagi Skor min 60
4.19 Taburan skor min bagi aspek keselamatan 60
4.20 Taburan skor min bagi aspek peralatan 60
4.21 Taburan skor min bagi aspek kemudahan 61
4.22 Taburan skor min bagi aspek lokasi 61
4.23 Taburan min keseluruhan bagi Persepsi Pelajar Terhadap 62
Keselesaan Bengkel Amali Di Fakulti Pendidikan Teknikal Di
UTHM
xiii
SENARAI RAJAH NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT 3.1 Kerangka Operasi Kajian 32
4.1 Model Pengukuran (Awal) Aras Pertama bagi aspek keselamatan 45
4.2 Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras Pertama bagi aspek 46
keselamatan
4.3 Model Pengukuran (Awal) Aras Pertama bagi aspek peralatan 47
4.4 Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras Pertama bagi aspek 48
peralatan
4.5 Model Pengukuran (Awal) Aras Pertama bagi aspek kemudahan 50
4.6 Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras Pertama bagi aspek 51
kemudahan
4.7 Model Pengukuran (Awal) Aras Pertama bagi aspek lokasi 52
4.8 Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras Pertama bagi aspek 53
lokasi
4.9 Model Pengukuran (Awal) Aras Kedua bagi aspek-aspek yang 55
mempengaruhi keselesaan bengkel
4.10 Model Pengukuran (Ubahsuai) Aras Kedua bagi aspek-aspek 56
yang mempengaruhi keselesaan bengkel
xiv
SENARAI SINGKATAN
PLSP : PUSAT LATIHAN STAF POLITEKNIK
UTM : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FPTek : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
JPK : JABATAN PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN
JPTV : JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
ITTHO : INSTITUT TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
UTHM : UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
AMOS : ANALYSIS OF MOMENT STRUCTURE
SPSS : STATISTICAL PACKAGE OF SOCIAL SCIENCE
CFA : CONFIRMATORY FACTOR ANALYSIS
RMSEA : ROOT MEAN SQUARE ERROR OF APPROXIMATION
NFI : NORMED FIT INDEX
STS : SANGAT TIDAK SETUJU
TS : TIDAK SETUJU
KS : KURANG SETUJU
S : SETUJU
SS : SANGAT SETUJU
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 84
B Pengesahan Soal Selidik 89
C Surat Kebenaran Mendapatkan maklumat 90
D Analisis Kajian Rintis 94
E Peta Minda 95
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Malaysia merupakan negara yang sedang melalui perkembangan teknologi
industri yang semakin maju dan seterusnya negara memerlukan banyak pekerja mahir
dan faham tentang penggunaan alat dan mesin yang canggih. Pendidikan teknik dan
vokasional merupakan suatu bidang yang amat penting pada masa sekarang. Ini kerana
mata pelajaran vokasional penting terhadap kemajuan teknologi masa kini yang dilihat
memang tidak dapat dinafikan. Oleh itu, pusat-pusat pengajian tinggi harus memainkan
peranan penting bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang akan dapat memainkan peranan
ke arah merealisasikan teknologi berasaskan peralatan mesin yang canggih. Dengan
yang demikian, pekerja yang diperlukan di dalam bidang ini ialah pekerja-pekerja
lepasan bidang vokasional dan teknikal yang mampu melaksanakan tugasan yang
diberikan dengan sempurna. Untuk merialisasikan matlamat ini, dalam pembentangan
bajet pada tahun 2006 kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM5 bilion
bagi perbelanjaan pembangunan pelajaran dan latihan bagi menentukan rakyat
dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni untuk menjadi tenaga
kerja yang menghayati budaya kerja berprestasi tinggi (Bernama, 30 September 2005).
Oleh yang demikian pusat-pusat pengajian harus mengambil peluang ini bagi
memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk
menjadikan hasrat ini tercapai.
Bengkel merupakan tempat untuk melakukan kerja-kerja pertukangan ataupun
tempat di mana menggunakan mesin-mesin yang canggih. Dalam menjalankan kerja
2
amali di dalam bengkel contohnya hendaklah mengikut peraturan yang ada di dalam
bengkel tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Aspek
keselamatan semasa bekerja di bengkel adalah merangkumi aspek fizikal, persekitaran,
mental, harta benda serta tempat kerja yang bebas daripada bahaya kepada diri sendiri
dan juga orang sekeliling. Kemalangan boleh berlaku di dalam bengkel yang sering
berpunca oleh faktor-faktor seperti faktor manusia dan juga faktor fizikal. Ini
diperkukuhkan dengan kenyataan Perdana Menteri ke-5 di dalam penulisan Rahizah
(2008), Kempen Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilancarkan bertujuan
untuk mewujudkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerja menjurus kepada
pembentukan “Budaya Kerja Selamat dan Sihat” di kalangan masyarakat tempatan.
Usaha kerajaan ini adalah untuk menangani masalah keselamatan di dalam industri dan
satu sistem perundangan yang komprehensif dan merangkumi hampir keseluruhan
tempat kerja di negara kita. Sistem yang dimaksudkan adalah Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta 514 yang telah dikuatkuasakan sejak April 1994
lagi untuk meningkatkan lagi keselamatan.
Setiap bengkel amali yang disediakan di pusat pengajian yang berlainan sudah
tentu berbeza dari segala aspek contohnya dari segi aspek keselamatan, pengurusan,
kelengkapan peralatan, ruang, persekitaran serta kemudahan yang diperuntukkan dan
sebagainya. Oleh yang demikian, tinjauan dari segala aspek berkaitan dengan bengkel
amali akan dapat mengumpulkan matlumat penting dan dapat mengenalpasti masalah
dan kelemahan yang wujud. Maklumat yang diperolehi ini akan dapat dijadikan garis
panduan dalam menyelesaikan masalah yang mungkin wujud. Seterusnya pelajar akan
dapat belajar dengan lebih selesa dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bengkel tidak terganggu serta boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.
Menurut Azhar (2009), bengkel yang selesa mestilah mempunyai ciri-ciri
ergonomik yang tinggi bagi menjamin keselesaan pelajar semasa menjalankan kerja-
kerja amali. Ini kerana keselesaan bengkel amatlah penting bagi mengurangkan kesan
sampingan yang mungkin berlaku ke atas pelajar akibat ketidakselesaan semasa
menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Keselesaan boleh dilihat dari beberapa aspek
3
seperti aspek keselamatan, peralatan, kemudahan yang ada dalam bengkel tersebut serta
lokasi bengkel amali tersebut dibuat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Malaysia mula melangkah ke arah negara maju semenjak mencapai
kemerdekaan hingga sekarang menerusi perkembangan teknologi yang begitu cepat
sekarang. Maka, tidak hairanlah negara kita memerlukan ahli-ahli teknologi yang
mantap, cekap dan mahir daripada segala aspek yang mana ianya hendaklah dipupuk
daripada peringkat bawahan lagi. Ianya bermula di sekolah, institut kemahiran, dan
pusat pengajian tinggi. Bagi tujuan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
diamanahkan dan diberikan tanggungjawab yang besar dalam memastikan kejayaan
pembangunan negara serta matlamat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020
akan tercapai dengan jayanya. Di samping itu, dalam merealisasikan matlamat tersebut
graduan yang mempunyai kelulusan daripada institut pengajian tinggi juga tidak
terkecuali daripada mengaplikasikan apa sahaja yang dipelajari di universiti bagi
mencapai matlamat tersebut. Sebagai masyarakat yang berilmu kita haruslah
memikirkan cara yang terbaik dalam mencapai matlamat negara bukan hanya
mengharapkan orang lain untuk membangunkan negara sendiri.
Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993
dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan
dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai
bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan
satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan
oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada
28 Jun 1993.
4
Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek) bermula dengan penubuhan awalnya
sebagai Jabatan Pendidikan dan Kemanusiaan (JPK) semasa di bawah pentadbiran
Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada tahun 1996. JPK telah distruktur
semula pada tahun 2001 dan dipecahkan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional (JPTV) dan Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi semasa ITTHO
dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Akhirnya pada 1 Mei
2004, JPTV telah diberikan mandat untuk menjadi sebuah fakulti yang dinamakan
Fakulti Pendidikan Teknikal bagi menampung keperluan tenaga pendidik dalam bidang
teknik dan vokasional. Kewujudan Fakulti Pendidikan Teknikal adalah memberikan
pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan teori dan praktis di bidang Teknikal
dan Vokasional serta Kejuruteraan, sahsiah dan akhlak yang mulia juga dipupuk dalam
menjamin tahap profesionalisme yang tinggi.
Menurut Kamus Dewan (1996), keselamatan bermaksud satu keadaan yang
terhasil daripada perubahan tingkah laku manusia atau persekitaran fizikal untuk
mengurangkan kemungkinan bahaya yang selanjutnya dan mengurangkan kemalangan.
Bengkel merupakan tempat yang mempunyai risiko bahaya yang tinggi. Bahaya ini
boleh menyebabkan kecederaan, penyakit, gangguan kesihatan, keresahan malahan
kematian. Bahaya boleh dikelaskan kepada beberapa jenis seperti bahaya bahan kimia,
sisa berbahaya, bahaya fizikal dan bahaya ergonomik. Bahaya bahan kimia disebabkan
oleh wap, gas atau pepejal dalam bentuk habuk pekatan tinggi. Sisa berbahaya terdiri
daripada benda hasil kerja servis. Bahaya fizikal termasuk bunyi, getaran, tekanan dan
suhu berlebihan. Manakala bahaya ergonomik ialah keadaan halangan biasa atau
pergerakan dan kedudukan badan.
Dalam sesebuah bengkel amali, keselamatan yang tinggi semasa menjalankan
kerja-kerja amali dapat memberikan keselesaan kepada pelajar semasa melakukan amali
di bengkel. Azhari (1990) menyatakan betapa pentingnya keselamatan di dalam bengkel
harus ditanam ke dalam jiwa setiap pengguna dan pekerja. Kemalangan merupakan
peristiwa yang tidak dapat dijangka oleh manusia. Setiap kemalangan mempunyai
punca-punca yang tersendiri.
5
Selain daripada itu, kesedaran tentang keselamatan juga harus dipupuk ke dalam
jiwa pelajar-pelajar dari masa ke semasa. Menurut kajian Rahizah (2008), keselesaan
dan keselamatan perlu dipupuk kepada setiap individu atau pelajar untuk dipraktikkan
ketika menjalani kerja amali, sama ada semasa di sekolah, pusat latihan atau di alam
pekerjaan. Ini kerana kerja amali merupakan satu sifat unik dalam pembelajaran yang
melibatkan faktor kemanusiaan. Bidang yang dipelajari bukan sahaja teori semata-mata
malah memberikan penekanan amali kepada asas-asas kursus yang berkaitan dan
kebiasaannya dijalankan di bengkel-bengkel yang telah dikhaskan. Bengkel amali juga
mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja amali yang menggunakan alatan tangan dan
mesin-mesin berkaitan di samping pendedahan kepada keselamatan di bengkel amali.
Kesedaran keselamatan merupakan aspek yang perlu dititikberatkan semasa
menjalankan aktiviti amali di bengkel. Oleh itu, sewajarnya aspek-aspek ergonomik
turut diambil perhatian bagi menjamin keselesaan dan keselamatan di sepanjang
melakukan kerja-kerja amali tersebut.
Ergonomik adalah penting dalam mengorganisasi kerja ketika menggunakan
tenaga kerja di sekitar bengkel amali. Untuk mencapai matlamat ini, adalah wajar aspek
ergonomik bagi menyediakan keperluan dengan mengambil kira faktor-faktor
kemanusiaan persekitaran dalam sesebuah bengkel yang meliputi aspek-aspek seperti
pencahayaan, peredaran udara, bunyi bising, suhu dan lain-lain. Menurut Muhamad
Khan (2005), ergonomik dapat membantu seseorang bekerja dengan selesa. Ini dapat
dilihat melalui sumbangan yang diberikan kepada suasana persekitaran sesuatu
pekerjaan tersebut. Contohnya rekabentuk kerusi, meja, bangku, dan sebagainya yang
boleh mempengaruhi pengguna secara fizikal.
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan sebelum ini menunjukkan kurangnya
perhatian pihak-pihak berkaitan dari segi kemudahan bengkel dan kelengkapan yang
mencukupi akan menimbul masalah serta rungutan dalam menjalankan kerja-kerja
amali. Pelajar-pelajar yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga berada
dalam suasana tidak selesa serta keselamatan pelajar tidak terjamin. Oleh itu penyediaan
kelengkapan haruslah sesuai, selesa, boleh menimbulkan minat pelajar mengikuti
6
pelajaran dan memenuhi keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tanpa
penyediaan kelengkapan bengkel yang memuaskan adalah mustahil aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Lokasi juga memainkan peranan penting dalam menjamin keselesaan semasa
menjalankan amali di bengkel. Menurut kajian Insel dan Lindren (1978) mendapati
bahawa lokasi yang tidak sesuai boleh menimbulkan rasa tekanan. Ini akan
menyebabkan kemungkinan pelajar bertingkah laku liar dan sukar untuk dikawal. Ini
menunjukkan bahawa pentingnya lokasi sesuai yang diambil kira semasa membina
bangunan bengkel amali. Kedudukan yang berada dalam keadaan sempit, sesak dan
tidak teratur kemungkinan besar menyebabkan pelajar akan mengalami tekanan. Ini
boleh mempengaruhi tahap pencapaian pembelajaran pelajar berkenaan.
Umumnya keselesaan adalah suatu perkara yang penting bagi mengurangkan
kesan sampingan yang mungkin akan berlaku ke atas pelajar-pelajar akibat daripada
ketidakselesaan semasa menjalankan kerja amali di bengkel amali. Untuk mendapatkan
kepastian tentang tahap keselesaan bengkel amali ini, maka kajian harus dijalankan.
Mungkin ketidakselesaan berlaku pada bengkel amali tersebut yang sebelum ini tidak
diketahui umum. Tanggapan pelajar-pelajar yang menggunakan bengkel ini harus
diselidik bagi mengetahui jawapannya. Ketidakselesaan bengkel amali dapat diperbaiki
dari semasa ke semasa untuk menjamin proses pembelajaran amali dapat berjalan
dengan lancar serta berkesan. Faktor-faktor yang biasa didengari daripada
ketidakselesaan bengkel amali ialah susun atur alatan bengkel. Dalam memperbaiki
keseluruhan bengkel supaya lebih selesa maka kajian dari sudut ergonomik dilakukan
bagi melihat persepsi pelajar terhadap keselesaan bengkel amali oleh pelajar-pelajar
Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan Teknikal
UTHM.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Bengkel merupakan tempat di mana kerja-kerja amali dijalankan. Maka pelbagai
kemungkinan kemalangan atau kesan sampingan akan berlaku terhadap pelajar yang
menggunakan bengkel sekiranya tidak mempunyai elemen-elemen ergonomik.
Ergonomik merupakan sains yang mempunyai cabang luas dan ianya penting bagi
mewujudkan keselesaan bagi sesebuah bengkel amali. Dalam menjadikan bengkel
berada pada tahap yang ergonomik dan memberi keselesaan kepada pelajar, maka satu
kajian harus dijalankan untuk melihat apakah persepsi pelajar terhadap keselesaan
bengkel amali tersebut.
Kajian ini dijalankan di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal UTHM. Ia
bertujuan untuk meningkatkan lagi keselesaan di bengkel amali Fakulti pendidikan
Teknikal UTHM pada masa akan datang dengan mengambil kira aspek keselamatan,
peralatan, kemudahan dan juga lokasi bengkel amali yang ergonomik yang disarankan
oleh ahli ergonomik menerusi persekitaran kerja yang selesa, selamat, dan tidak
membahayakan pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap
keselesaan bengkel amali di Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek) di Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Aspek-aspek yang dilihat dalam kajian secara khususnya adalah
seperti:
i. Mengenalpasti adakah aspek keselamatan di bengkel amali memberikan
keselesaan kepada pelajar.
ii. Mengenalpasti adakah aspek peralatan yang sedia ada di bengkel amali
memberi keselesaan kepada pelajar.
8
iii. Mengenalpasti adakah aspek kemudahan yang ada di bengkel amali
memberikan keselesaan kepada pelajar.
iv. Mengenalpasti adakah aspek lokasi bengkel amali memberikan keselesaan
kepada pelajar.
1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian bagi kajian ini adalah:
i. Adakah aspek keselamatan di bengkel amali memberikan keselesaan kepada
pelajar?
ii. Adakah aspek peralatan yang sedia ada di bengkel amali memberi
keselesaan kepada pelajar?
iii. Adakah aspek kemudahan yang ada di bengkel amali memberikan
keselesaan kepada pelajar?
iv. Adakah aspek lokasi bengkel amali memberikan keselesaan kepada pelajar?