8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
1/84
PERUNDINGAN KAUNSELING IBUBAPA
Profesor Dr. Haji Othman Dato' Haji Mohamed
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
MODUL 1
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAANcopyright othmanmohamed
TUJUAN
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan
kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.
Sumber Pembelajaran
1. Pandangan umum tentang kandungan modul
2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan
3. Bahan bacaan
Tajuk Pembelajaran
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum
tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.
1. Konsep perundingan secara umum
2. Konsep perundingan dalam kaunseling
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
2/84
Kaedah Belajar
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian
1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul
ini, sila jawab soalan uji sendiri.
2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang berikut :
" Fahamkan definisi perundingan dan bezakan dengan definisi
kaunseling". Penulisan tidak melebihi 3 muka surat mengikut cara
penulisan American Psychological Association.
Teks WajibOthman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling.Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa. (1995). AsasPendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
TOPIK 1: KONSEP PERUNDINGAN KAUNSELING
PENGENALAN
Latihan yang diterima oleh seorang kaunselor adalah seimbang, memberi fokus
kepada kedua-dua pengetahuan tentang tingkahlaku manusia yang berbentuk afektif
dan kognitif. Latihan demikian menyediakan seorang kaunselor itu sebagai ahli
profesional yang unik dalam masyarakat sekolah kerana persediaan pengetahuan
asasnya kepada kefahaman tentang aspek psiko-sosial dan pendidikan. Kaunselor
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
3/84
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang tingkahlaku kanak-kanak, remaja,
serta proses pengajaran-pembelajaran.
Pengetahuan dan kemahiran ini boleh digunakan dengan lebih berkesan secara
berkongsi dan membantu guru-guru, ibu-bapa, atau kelompok yang signifikan untukmemahami tentang nilai, sikap, emosi serta tingkahlaku mereka. Penglibatan
sedemikian secara langsung membantu ibu-bapa, guru, dan kelompok yang signifikan
meningkatkan pengalaman dan pertumbuhan diri mereka. Aktiviti seperti ini adalah
selari dengan konsep perundingan atau konsultasi.
DEFINISI PERUNDINGAN KAUNSELING
Ada berbagai definisi perundingan yang terdapat di dalam rujukan kajian. Caplan(1970), memberikan satu definisi yang bersepadu. Perundingan melibatkan ciri
kesukarelaan, dan perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak
melibatkan perhubungan berhairaki. Biasanya professional yang terlibat adalah
berasal dari bidang yang berbeza, seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis,
pegawai kebajikan. Di samping itu, perundingan bermatlamat untuk 1) memperbaiki
tugas yang dijalankan oleh konsulti; 2) memperkembangkan kemahiran konsulti
sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa secara tersendiri pada
masa hadapan. Sehubungan ini, bantuan yang dihulurkan dapat membantu orang-
orang profesional itu dalam menanangi aspek kesihatan psikologikal dalam tugas
mereka semasa, dan membolehkan mereka menanangi masalah yang serupa padamasa depan dengan lebih berkesan.
Lippitt dan Lippitt (1978), pula menyatakan proses perundingan itu melibatkan antara
seorang perunding dengan berbagai corak individu dan sistem, termasuk keluarga,
sistem masyarakat dan sebagainya. Kedua-dua definisi ini mempunyai kekuatan dan
kelemahannya. Definisi Caplan (1970) memberi peneguhan kejituan kepada
perundingan apabila hanya dua pihak professional sahaja yang terlibat dalam proses
perundingan. Kelemahan definisi Caplan amat ketara kerana proses seperti ini tidak
dapat diperluaskan kepada khidmat dengan kelompok bukan profesional dalammasyarakat.
Apabila definisi perundingan diperluaskan kepada kelompok seperti keluarga, sistem
masyarakat, maka timbul kontroversi sama ada proses perundingan itu boleh
digunakan di luar ruang rujuk masalah pekerjaan. Katz & Kahn (1978) melaporkan
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
4/84
bahawa kebanyakan perunding berpendapat bahawa fokus yang penting adalah cara
proses perundingan itu dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan teknologi
yang spesifik bersamaan sistem komunikasi dan sumber maklomat yang baik. Tujuan
proses adalah supaya sumber yang mendapat khidmat itu menukarkan keadaan
semasanya ke arah matlamat yang hendak dicapai. Contohnya, satu proses
perundingan dengan seorang guru akan fokus kepada cara melayan pelajar yangkurang berminat dalam suatu matapelajaran. Fokus perundingan dalam keadaan ini
mungkin akan menumpu kepada cara mendapatkan maklomat mengenai masalah
pelajar tersebut, cara meyakinkan pelajar tersebut tentang pentingnya prestasi
akademik dengan kerjaya dan sebagainya.
Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987) pula menekankan ruang rujuk perundingan
kepada khidmat kemanusiaan. Ruang rujuk ini selari dengan pendapat Lippitt dan
Lippitt (1978). Perundingan bermirip khidmat kemanusiaan ini mementingkan proses
penyelesaiaan masalah itu secara sukarela. Khidmat perundingan boleh ditamatkan
sama ada oleh perunding atau konsultinya. Di samping itu, asas proses perundingan
bertujuan untuk membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya
supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia
bertanggungjawab. Tersemat dalam maksud ini memberi erti bahawa perundingan
diperluaskan kawasan pengunaannya kepada kelompok, organisasi, selain daripada
individu.
Antara aspek terpenting dalam proses perundingan ialah hubungan antara perunding
dengan konsultinya. Hubungan ini adalah sama rata. Ciri-ciri hubungan yang terbuka,
ikhlas, penuh kerelaan hati, empati dan ketulenan diri, kesemuanya menjamin hasil
yang baik.
Ciri-ciri seperti ini sangat terdekat dengan manifestasi proses kaunseling. Namun,
dalam kaunseling prosesnya akan bermatlamat ke arah membantu klien mengatasi
masalah psikologikal. Dalam proses perundingan, perunding boleh mengenalpasti
masalah psikologikal klien melalui konsulti dan memberi saranan cara yang boleh
dilaksanakan untuk mengatasinya. Sehubungan ini, proses perundingan tidak
berhasrat untuk menuju ke arah matlamat kaunseling secara langsung.
Berpegang kepada definisi yang dihuraikan, ada dua aspek yang ketara. Apabila
perundingan itu di analisis sebagai satu kemahiran atau kecekapan yang terampil,
maksud definisinya adalah terhad kepada ahli profesional. Apabila perundingan
dianalisis sebagai satu proses maka terapanya adalah lebih condong kepada hasrat
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
5/84
bagi memperbaiki hubungan sesama insan dan lebih komprehensif.
Dalam erti kata lainnya, perundingan dapat didefinisikan sebagai upaya peningkatan
keterampilan melalui proses komunikasi terbuka yang dapat membantu penyelesaian
masalah, di samping memastikan proses hubungan sesama insan yang berlangsungsecara sukarela dilaksana di dalam sistem yang komprehensif.
Proses perundingan melibatkan tiga peserta; perunding yang memberi khidmat
bantuan itu menyampaikan khidmat kepada klien melalui orang tengah atau perantara.
Perunding merupakan seorang yang mempunyai kepakaran. Kepakaran tersebut
biasanya dikongsi dengan seorang orang tengah dan secara tidak langsung membantu
pihak yang ketiga untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengubah
tingkahlaku dan sebagainya (lihat Rajah 1)
Dalam Rajah 1,orang tengah yang dimaksud itu dinamakan sebagai konsulti.
Konsultilah yang akan menjalankan proses membantu klien bagi menanangi
kerumitan yang sedang dihadapinya. Perunding pula merupaka seorang yang memberi
tunjuk ajar kepada konsulti cara bagaimana untuk menanangi masalah yang dihadapi
klien. Dalam keadaan demikian kontak klien secara langsung dalam menanangi
masalahnya adalah dengan konsulti. Dalam proses perundingan, perunding
menyalorkan kepakarannya kepada konsulti.
Dalam Rajah 2pula, jelas dapat dipaparkan proses perundingan antara perunding (A)
dengan konsulti (B). Manakala hubungan diantara konsulti (B) dengan klien (C)
adalah proses menolong. Sehubungan ini, dalam keadaan yang di luar proses
perundingan, apabila kaunselor menanangi masalah klien secara hubungan langsung,
interaksi ini tetap ke arah proses kaunseling (lihat Rajah 3)
copyright othmanmohamed
MODUL 2
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
http://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah2.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah2.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah3.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah3.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah3.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah3.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah2.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htm8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
6/84
Tujuan
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan
kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.
Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan3. Bahan bacaan
Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentangpembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.
Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat
tugasan yang disarankan seperti berikut:" Huraikan apakah yangdipentingkan dalam proses perundingan kaunseling".
Teks Wajib:Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas
Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
TOPIK 1: Interaksi Perundingan
Pengenalan
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
7/84
Secara umum, perundingan merupakan satu proses interaksi antara dua orang
profesional. Antara elemen ciri yang dapat dipersetujui dalam perundingan adalah
seperti berikut:
Perunding sebagai seorang spesialis Konsulti yang memerlukan pertolongan Konsulti bersetuju bahawa perunding adalah personel yang mempunyai
keterampilan bidang berkaitan pertolongan yang diperlukan
Ciri ini boleh melibatkan seorang klien atau melebihi satu orang klien. Interaksi
perundingan juga boleh melibatkan perancangan program atau pengurusan
pentadbiran.Rajah 4dapat memaparkan interaksi perhubungan perundingan antarakaunselor sebagai perunding dengan ibu bapa, guru, pengetua sebagai konsulti, dan
klien. Manakala klien mendapat pertolongan daripada konsulti.
Rajah 1jelas menunjukkan aliran proses perundingan di antara kaunselor dengan
konsulti. Pengilibatan ibu bapa, pengetua, atau guru tingkatan di sini sebagai konsulti
memaparkan bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
klien biasanya pelajar di sekolah.
ManakalaRajah 5pula menunjukkan keadaan proses perundingan antara perunding
dengan konsulti.
Perhubungan yang jelas dalam perundingan adalah seperti berikut:
Tidak ada hairaki di antara perunding dengan konsulti Proses perundingan dijalankan secara sukarela Perundingan dijalankan antara dua orang profesional Perundingan bertujuan memperbaiki tugas konsulti Perundingan memperkembangkan kemahiran konsulti Berlakunya perhubungan koordinat. Perhubungan ini bermaksud
pengetahuan yang diperolehi konsulti daripada perunding akan diserap ke
dalam sistem pemikiran konsulti
http://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah4.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah4.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah4.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah5.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah5.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah5.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah5.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah4.htm8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
8/84
Di dalam perhubungan perundingan, kedua-dua perunding dan konsulti dianggap
sebagai pakar. Perunding tidak ada kuasa ke atas konsulti. Ini memberi implikasi
bahawa konsulti boleh menolak saranan perunding. Implikasi selanjutnya kolsultilah
yang bertanggungjawab ke atas segala tindakannya sendiri.
Ciri Perundingan
1. Di dalam perundingan kesihatan mental, dua orang yang dianggap sebagaiprofesional akan terlibat dalam perundingan.
2. Konsulti memberi penjelasan tentang masalah yang sedang dihadapi seperti:
1. kecelaruan mental2. personaliti3. antara personel4. pengurusan
1. Perunding perlu memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang bidangyang dikemukan di dalam perenggan 2 di atas.
2. Tanggungjawab pengurusan, pentadbiran tentang masalah konsulti adalah hakkonsulti.
3. Konsulti tidak terikat dengan saranan perunding.4. Perhubungan secara koordinat atau perhubungan sama rata tanpa hairaki
membolehkan pertukaran idea yang selesa di antara perunding dengan konsulti.
5. Proses perundingan biasanya tidak berpanjangan. Lazimnya pertemuan akanberlaku sebanyak di antara dua hingga tiga sesi perundingan.
Ciri proses perundingan yang baik dapat dilihat seperti di dalamRajah 6.
MODUL 3
http://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah6.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah6.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah6.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah6.htm8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
9/84
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
copyright othmanmohamed
Tujuan
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan
kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.
Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan3. Bahan bacaan
Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.
1. Konsultasi kesihatan mental Caplan.2. Perundingan modaliti perkhidmatan insan Lippitt & Lippitt.
Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini,
sila buat tugasan yang disarankan."Huraikan perpezaan antara pendkatan
Caplan dengan pendekatan Lippitt & Lippitt".
Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
10/84
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas
Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Pengenalan
Sebagai seorang pengasas dalam ilmu perundingan kesihatan mental,
Caplan telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam proses
perundingan seperti berikut:
1. Perundingan dilakukan di antara dua orang profesional.2. Definisi masalah adalah seperti yang dikemukakan oleh konsulti.3. Tanggungjawab kerja pentadbiran dan tugas perlaksanaan adalah
ditanggung oleh konsulti.
4. Idea perunding tidak semestinya diterima oleh konsulti.5. Perhubungan di antara perunding dengan konsulti tidak ada
hairaki.
6. Biasanya perunding berasal dari luar organisasi di mana konsultiberkhidmat.
7. Pertemuan di antara perunding dengan konsulti adalah sekali-sekala.
8. Pemberian maklumat oleh perunding tidak menyeluruh keranaperlu mengelakkan pergantungan oleh konsulti kepada perunding.
9. Terdapat dua matlamat di dalam proses perundingan:1. memperbaiki
kefahaman
2. meningkatkemahiran
konsulti
10.Tujuan perundingan biasanya adalah bagi meningkatkan danmemperbaiki
prestasi kerja konsulti.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
11/84
11.Perundingan tidak fokas kepada masalah peribadi.12.Perunding peka kepada perasaan yang diluahkan oleh konsulti.13.Peranan tidak terhad kepada tugas perundingan dalam keadaan
kecemasan.
JENIS PERUNDINGAN
Caplan membezakan antara
empat jenis perundingan:
1. Fokus perundingan berkaitan dengankerumitan yang dialami klien.
2. Fokus perundingan berkaitan dengankerumitan pentadbiran.
3. Matlamat perundingan bagi memberimaklumat.
4. Matlamat perundingan bagi memperbaikidaya penyelesaian masalah konsulti.
Topik 2: Perundingan Modaliti Perkhidmatan Insan Lippitt &
Lippitt
Pengenalan
Model perundingan yang dikemukakan oleh Lippitt dan Lippitt (1978)
pula memberi fokus kepada interaksi serta proses yang berlaku semasa
perundingan di antara perunding dengan sistem. Sistem di sini
bermaksud individu, keluarga dan juga masyarakat. Model yang di
kemukakan oleh Lippitt dan Lippitt ini lebih meluas berbanding dengan
model Caplan. Lippitt dan Lippitt menamakan modelnya sebagai
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
12/84
Perundingan Perkhidmatan Insan. Definisi yang di kemukakan oleh
Lippitt dan Lippitt begitu bersepadu seperti berikut:
2. Perundingan adalah sebagai satu proses penyelesaian masalahsecara sukarela. Perkhidmatan ini pula boleh ditamatkan sama ada
oleh perunding atau konsulti.
3. Asas perundingan adalah bertujuan bagi membantu konsultimemperkembangkan sikap dan kemahiran, supaya membolehkan
konsulti berfungsi dengan lebih berkesan.
4. Matlamat di dalam proses perundingan adalah :1. Bagi memperbaiki khidmat kepada orang yang ketiga, iaitu
klien.
2. Bagi memperbaiki keupayaan konsulti untuk berfungsi dengan
lebih berkesan.
5. Di samping ini, perhubungan dan proses perundingan adalahsetaraf di antara perunding dengan konsulti.
6. Ciri di dalam proses perundingan terserlah dengan adanya sifatseperti:
1. Kerelaan hati perunding
2. Pandangan yang terbuka oleh perunding
3. Ketulenan diri oleh perunding
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
13/84
4. Wujud rasa empati oleh perunding
Apabila diperhatikan ciri di dalam proses perundingan yang
dikemukakan oleh kedua-dua Caplan dan Lippitt & Lippitt, maka agak
terserlah bahawa wujud keserupaan antara kaunseling dengan
perundingan. Malahan di dalam sorotan literatur pendekatan kaunseling
itu dianggap sebagai strategi intervensi orde yang pertama. Manakala
pendekatan perundingan adalah dianggap sebagai strategi intevensi orde
kedua. Jelas bahawa di dalam pendekatan perundingan sasaran utama
iaitu klien tidak bersemuka secara langsung dengan kaunselor yang
memberikan khidmat sebagai perunding. Klien mendapatkan
pertolongan melalui konsulti.
Perundingan modaliti oleh Lippitt & Lippitt bermatlamat bagi
mewujudkan perubahan yang positif dalam sistem emosi klien melalui
pertolongan yang disampaikan oleh konsulti. Perubahan ini boleh
berlaku dengan dua cara:
5. Secara pasif. Perubahan emosi melalui cara pasif dimanakuasa perubahan tidak terkawal oleh konsulti yangberkenaan. Dalam keadaan ini, kaitan secara langsung
tentang tindakan yang di ambil ke atas mengubah emosi
klien di lakukan selain dari konsulti. Ini bermakna bahawa
konsulti hanya bertindak sebagai pemangkin perubahan.
6. Secara aktif. Perubahan emosi adalah hasil daripada usahasistem itu sendiri yang mengarah penyelesaian masalah dan
pencapaian maklumat. Dalam keadaan ini, konsulti itusendiri yang memainkan peranan bagi menggerakkan
tindakan perubahan ke atas emosi kliennya. Konsulti
berperanan aktif dengan melakukan pelbagai tindakan yang
mempunyai unsur-unsur bagi mengubah emosi dan
perlakuan klien.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
14/84
copyright othmanmohamed
MODUL 4
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
Tujuan
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam
perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan
dalam pengurusan kaunseling.
Sumber pembelajaran:
7. Pandangan umum tentang kandungan modul8. Konsep penting dalam perundingan kaunseling
keibubapaan
9. Bahan bacaanTajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum
tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.
10.Cara perlaksanaan perundingan modaliti PerkhidmatanInsan.
11.Perubahan dalam perundingan.12.Matlamat perundingan modaliti Perkhidmatan Insan.
Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul
ini, sila buat tugasan yang disarankan. "Pilih tiga cara
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
15/84
perlaksanaan modaliti Perhubungan Insan dan huraikannya
besertakan contoh dalam pengalaman anda".
Teks wajib:Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan
Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa
(1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia.
Topik 1: Cara perlaksanaan perundingan modaliti
Perkhidmatan Insan
Pengenalan
Dalam modaliti ini terdapat lima cara bagi melaksanakan
proses perundingan seperti 1) Secara langsung; 2) Sebagaiperantara; 3) Secara kolaboratif; 4) Sebagai sistem
sokongan; 5) Kepekaan tentang sikap dan perasaan. Cara
atau elemen perlaksanaan ini penting kerana tersemat di
dalamnya ciri yang akan memudahkan proses perundingan
di antara perunding dengan konsultinya.
Secara langsung. Dalam keadaan ini, konsulti mendapatkan
perkhidmatan secara langsung dari perunding. Manakalaperunding pula tidak keberatan menjalankan proses
intervensinya secara langsung ke atas sistem sasarannya.
Keadaan ini dapat di paparkan seperti di dalam Rajah 6.
Dalam contoh ini, konsulti telah meminta perunding
menjalankan satu latihan di dalam organisasinya yang
melibatkan ahli di dalam organisasi. Ahli tersebut boleh
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
16/84
dianggap sebagai klien dalam erti kata definisi oleh
modaliti Lipit & Lipit. Apabila perunding bersetuju dengan
perlaksanaan latihan tersebut, perunding akan juga
menangung sepenuhnya tanggung jawab ke atas hasil
latihan yang akan dijangkakan ke atas sasarannya.
Sebagai perantara. Dalam keadaan ini perunding dianggap
sebagai memainkan peranagn orang perantaraan. Pada
biasanya, keadaan berlaku di mana masalah yang timbul
melibatkan terputusnya komunikasi akibat pertelingkahan
di antara individu atau pun kelompok. Perunding di sini
menerima tanggung jawab membuat analisis masalah yang
berlaku dengan pertolongan konsulti dan ahli lain yang
terlibat dngan masalah komunikasi tersebut.
Secara kolaboratif. Dalam keadaan ini, perunding
mempunyai anggapan bahawa konsulti adalah sebagai
rakan sekerjanya di dalam proses menghasilkan perubahan
dalam sistem sasaran. Biasanya keadaan ini agak teserlah
apabila sistem persekolahan itu diambil sebagai satu
contoh. Sasaran yang mungkin relevan adalah pelajar
sebagai klien yang memerlukan pertolongan. Guru sebagairakan sekerja kaunselor sekolah akan mendapatkan
perkhidmatan perundingan sebagai satu cara bagi
menanangi masalah yang dihadapi dengan pelajarnya baik
di dalam bilik darjah atau pun dalam interaksi biasa di luar
bilik darjah. Peranan kaunselor yang mewajarkan imej
melaksanakan tugas secara kolaboratif ini akan dapat
merapatkan lagi perhubungan dirinya sebagai seorang
profesional dengan guru dan personel sekolah yang lain.
Sebagai sistem sokongan. Perundingan adalah merupakan
sebagai sebahagian daripada cara pertolongan mekanisme
penyelesaian masalah. Dalam alam realiti, perundingan
tidak dapat digunakan secara bersendirian. Perundingan
merupakan sebagai satu dari alternatif mekanisme
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
17/84
pertolongan seperti kaunseling, kocing dan dalam keadaan
yang spesifik penyeliaan. Namun, perundingan mengambil
tempat istimewa dalam menyerlahkan kaedah pengajaran
secara bersahaja bagi mewujudkan peningkatan
pengetahuan dan kemahiran konsulti.
Kepekaan tentang sikap dan perasaan. Dua elemen, sikap
dan perasaan ini penting. Namun, perunding wajar
menumpukan tindakan yang berasingan terhadap kedua
elemen ini. Perunding mesti faham tentang hipotesis
berkaitan isu yang sedang menghindar konsulti dari
berfungsi secara optima. Contohnya, perasaan yang
disimpan oleh konsulti mesti dapat diselami oleh
perunding. Ada kemungkinan konsulti masih memendamsesuatu perasaan yang belum dapat diselesaikan. Dalam
keadaan demikian, adalah menjadi tanggungjawab
perunding dapat persetujuan dari konsulti bagi
menggerakkan proses penyelesaian perkara yang belum
selesai itu melalui proses kaunseling. Biasanya bagi
mengelakkan timbul isu perhubungan penduaan maka
kaunseling dijalankan oleh seorang kaunselor selain dari
perunding.
Perunding juga akan berhadapan dengan isu sikap dalam
perhubungan di antara perunding dengan konsulti. Sikap
adalah dipunyai secara tersendiri oleh konsulti. Setiap
konsulti sebagai seorang insan memang mewajarkan ciri
personaliti yang pelbagai. Cara melayan konsulti adalah
amat penting. Layanan yang menyerupai layanan seperti di
dalam proses kaunseling adalah sebahagian dari seni yang
begitu halus mesti diperolehi perunding. Dalam perkara ini,
kemahiran kaunseling amat penting diterapkan ke dalam
perlaksanaan proses perundingan.
Topik 2: Perubahan dalam perundingan
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
18/84
Pengenalan
Perundingan adalah strategi intervensi yang melibatkan
perhubunganantara seorang penolong profesional, kliennya dan
sistem sebagai sasaran yang berkehendakkan pertolongan. Pada
biasanya, perhubungan adalah bersifat sementara namun produktifapabila perhubungan itu berbentuk sukarela (Lipit dan Lipit). Dari
definisi ini dapat satu implikasi sekiranya dilihat dari aspek
keterampilan, maka perundingan hanya dapat diberi khidmat serta
dinikmati oleh orang profesional sahaja. Namun, apabila
perundingan itu sendiri seperti mana yang dikemukakan oleh Lipit
dan Lipit sebagai satu proses, maka kawasannya lebih meluas
mengabungi hubungan sesama insan.
Prinsip yang boleh melibatkan perubahan
7. Bagi perundingan dapat menikmati kejayaan, perkhidmatanini perlu mendapat sokongan oleh orang-orang yang paling
berkuasa di dalam sistem sasaran.
8. Perubahan dapat dilihat sebagai mengurangkan kerja,tanggungan yang semasa.
9. Sesuai dengan nilai dan idealisma sistem sasaran.
4. Menawarkan matlamat, penyelesaian, pengalaman yangdiminati oleh sistem sasaran.
5. Sistem sasaran tidak merasa bahawa intervensi perundingmenggangu keselamatan dan otonominya.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
19/84
6. Disokong secara sebulat suara oleh sistem sasaran.
7. Sistem sasaran faham, bersetuju tentang masalah pokokyang sedang dialaminya.
8. Sistem sasaran mengalami sokongan kepercayaan,keyakinan penerimaan dalam perhubungan antara
perundingkonsulti.
9. Sistem sasaran juga terlibat dalam proses penilaian.
Topik 3: Matlamat perundingan modaliti
Perkhidmatan Insan
Pendahuluan
Matlamat perlu dicapai di dalam sesuatu proses perkhidmatan
pertolongan. Matlamat dapat memberi arah tujuan bagi
melaksanakan sesuatu perancangan dan tindakan yang baik.
Dalam perundingan modaliti Perkhidmatan Insan matlamat
perundingan menumpu ke arah mengoptimumkan keberkesanan
sistem sasaran.
10.Timbulkan satu perasaan aktif tentang kesedaran dirikonsulti dan sistem sasaran.
11.Wujudkan suatu suasana di mana pembelajaran sertakefahaman diberi penghargaan.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
20/84
12.Pengaruh sistem sasaran agar lebih terbuka bagi menerimaperubahan.
13.Tanamkan satu perasaan keyakinan dan perasaan penuhkemahiran terhadap kebolehan sistem sasaran itu berupaya
menyesuaikan dengan perubahan yang positif.
Pindah ke laman forum dan maklum balas
MODUL 5
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAANcopyright othmanmohamed
Tujuan
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan
kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.
Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan3. Bahan bacaan
Tajuk pembelajaran:
http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU31128/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
21/84
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.
1. Peringkat dalam perundingan.2. Kemahiran perundingan.
Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila sila
buat tugasan yang disarankan.
1. "Bincang dan bezakan peringkat perundingan dengan kaunseling"?2. "Bagaimanakah perlunya kemahiran kaunseling diterap ke dalam prosesperundingan kaunseling keibubapaan"?
Teks wajib:Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas
Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Topik 1: Peringkat dalam perundingan
Pengenalan
Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987), mencadangkan peringkat seperti berikut:
1. Kemasukan. Sebaik sahaja seorang perunding bersedia melibatkan diri dalam
proses perundingan, beliau sudah boleh menilai dirinya dan persediaan konsulti
menerima proses tersebut. Di samping itu perunding sudah dapat mengenalpasti
masalah yang hendak diselesaikan. Dalam keadaan yang sama perunding besedia
menggunakan strategi membentuk hubungan bekerja secara bersepakat teamwork'.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
22/84
Dalam suasana demikian segala nilai, keperluan, anggapan pekerjaan sudah dapat
dijelaskan dengan baik, tujuan mengeratkan bekerja secara bersepakat.
2. Memulakan perhubungan perundingan. Hubungan yang positif mementingkan
hubungan yang sama rata di antara perunding dengan konsulti. Komunikasinya adalah
terbuka, bermakna prosedur ini memberi peluang kepada kedua-dua perunding dankonsulti menyatakan kehendak masing-masing, gaya bekerja masing-masing. Di
samping itu kedua-dua pihak adalah terikat dengan kerahsiaan dan komunikasi
maklomat. Taraf tidak berhairaki adalah penting di antara perunding dengan konsulti.
Walaupun perunding tidak mempunyai kuasa yang formal, kuasanya tersemat dalam
penghormatan yang diberi kepadanya oleh konsulti berasaskan kepakarannya.
3. Penentuan keperluan. Sebelum satu persetujuan diperolehi berhubung dengan
keadaan masalah yang sebenar, proses konsultasi tidaklah wajar untuk dimulakan.
Cara penilaian masalah sebenar adalah berbeza. Walau bagaimana pun, penaksiran
keperluan perunding -- konsulti biasanya tidak terkeluar daripada model perundingan.
4. Penentuan masalah dan matlamat. Masalah yang hendak diselesaikan perlu
dijelaskan secara terperinci dan mantap. Kedua-dua pihak perlu membuat analisis
tentang dasar yang akan dilaksanakan. Konsep tentang ruang rujuk kerja yang paling
sesuai wajar di kenalpasti dan difahami oleh semua pihak yang terlibat. Keseluruhan
proses kefahaman yang asas ini adalah untuk menentukan bahawa perundingan
dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang sebenar.
5. Pemilihan strategi. Selepas penjelasan matlamat secara jelas, perunding perlu
meneroka segala altenatif yang berkemungkinan. Dalam hal ini, perunding membantukonsulti meneroka altenatif merancang satu strategi yang baik. Prinsip teori bersistem
yang berasaskan kepada konsep equifinality' adalah penting kerana di dalam satu
sistem terdapat pelbagai strategi ke arah mencapai matlamat yang sama.
6). Melaksanakan strategi. Peringkat ini akan menentukan sama ada segala konsep
yang diterokai semasa persediaan proses benar-benar dapat dijayakan. Oleh yang
demikian, segala perancangan dan perlaksanaan wajar bermotif fleksibel. Masalah
yang tidak diduga berkemungkinan berlaku dan perlu dihadapi secara sistematik.
Perhubungan yang konsisten antara perunding dan konsulti adalah penting untuk
mengukur perkembangan yang semasa.
7. Penilaian. Setiap proses perundingan perlu mempunyai satu sistem bagi mengukur
perancangan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dijalankan secara formatif, apabila
kaedah serta proses tidak formal tidak begitu ketara. Dalam penilaian seperti ini,
tujuan adalah bagi mengenalpasti dan memantau sejauh manakah tindakan
perlaksanaan konsultasi berjaya seperti dirancangkan pada peringkat yang tertentu.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
23/84
Biasanya kerjasama adalah antara perunding dengan konsulti sahaja, dan tidak
melibatkan pihak lain. Penilaian secara summatif mementingkan laporan yang formal.
Maklombalas biasanya adalah diperlukan oleh pihak yang berkuasa tentang
perlaksanaan suatu dasar terhadap organisasi.
8. Tamat. Peringkat ini memberi satu formaliti bahawa proses perundingandiberhentikan secara persetujuan antara perunding dengan konsulti. Bagaimana pun
kesan dan hasil daripada proses perundingan itu tetap terjalin dengan klien yang
menerima khidmat tersebut.
Topik 2: Kemahiran perundingan
Baker (1981), mencadangkan bahawa perunding di alam pendidikan perlu mempunyaikemahiran yang berikut:
1). Kebolehan secara berkesan untuk menyampaikan kemudahan khidmat
perkhidmatan kepada bakal pelanggan.
2). Kefahaman tentang menggunakan satu sistem untuk menganalisis dan
menjalankan proses perundingan.
3). Memberi latihan kepada konsulti tentang kemahiran asas untuk melayan klien.
4). Faham tentang perkaitan antara proses psiko-sosial dengan proses pendidikan.
5). Membantu konsulti mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi.
6). Membantu konsulti menggubal strategi yang tertentu untuk menyelesaikan
masalah yang sedang dihadapi.
7). Membantu konsulti melaksanakan strategi penyelesaian masalah.
8). Patuh kepada syarat etika dan segala peraturan undang-undang.
Kemahiran yang berguna dalam peringkat perundingan
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
24/84
Peringkat kemasukan.
1. Perhubungan antara insan2. Mendengar secara aktif3. Empati4. Pengluahan swadiri5. Refleksi
Peringkat mengenalpasti masalah. Peringkat ini berkaitan dengan penentuan
keperluan , di samping menentukan masalah dan matlamat. Kemahiran yang sesuai
adalah seperti berikut:
1. Memberi fokus2. Parafrasa3. Mengulang4. Penentuan matlamat5. Empati6. Ketulenan diri7. Komitmen8. Penjelasan
Peringkat susulan.
1. Berani mengambil risiko2. Sikap terbuka3. Tegas4. Ketahanan diri
Peringkat perlaksanaan. Peringkat ini menumpu kepada aliran strategi semasa
melaksanakan proses perundingan. Kemahiran yang sesuai adalah seperti berikut:
1. Maklum balas2. Kesabaran3. Fleksibel4. Hubungan antara insan5. Empati
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
25/84
6. Ketulenan diri7. Mengatasi perasaan negatif8. Mengatasi rintangan swadiri
Peringkat tamat.
1. Memberi dan menerima maklumbalas2. Parafrasa3. Empati
copyright othmanmohamed
MODUL 5
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
Tujuan
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan
kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.
Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan3.
Bahan bacaan
Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.
1. Perundingan kesihatan mental Caplan.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
26/84
2. Ciri perundingan modaliti Caplan.Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat
tugasan yang disarankan. "Apakah ciri terpenting dalam perundingan
modaliti Caplan".
Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalamKaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas
Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Pengenalan
Pendekatan ini memberi tumpuan kepada konsep kesihatan mental komuniti. Fokus
adalah kepada pendekatan psikodinamik di antara konsulti dengan perunding dan
apabila proses pertolongan di ambil alih oleh konsulti, fokusnya beralih kepada
konsulti dengan kliennya. Elemen yang ditumpukan di dalam proses perundingan
adalah aspek wawasan psikologikal. Maka dari segi hasil yang hendak dicapai
daripada perundingan ada persamaannya dengan proses terapi psikodinamik.
Tiga perkara yang terserlah di dalam pendekatan perundingan Caplan adalah seperti
berikut:
1. Konsep perhubungan setaraf atau egalitarian di antara perunding dengankonsulti.
2. Gangguan tema.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
27/84
3. Empat pendekatan perundingannya seperti berikut:1. Pendekatan pemusatan klien2. Pendekatan pemusatan konsulti3. Pendekatan pemusatan program pentadbiran4. Pendekatan pemusatan konsulti pentadbiran
Topik 2: Ciri perundingan modaliti Caplan
1. Kaedah dilaksanakan di antara dua orang profesional.2. Modaliti ini banyak tertumpu kepada aspek kesihatan mental. Perunding
dianggap sebagai pakar dalam bidangnya. Fokus masalah yang ditangani adalah
seperti:
1. Kecelaruan mental yang merangkumi psikosis; neurosis;kecelaruan personaliti; masalah penyesuaian; dan kecelaruan
perlakuan.
2. Pertumbuhan kesihatan klien.3. Masalah antara insan.
3. Perunding tidak ada tanggungjawab pentadbiran ke atas konsulti.4. Perunding tidak terpaksa menerima idea, cadangan perunding.5. Perhubungan di antara perunding dengan konsulti tidak berhairaki. Wujudkebebasan menerima atau menolak idea. Keadaan ini adalah selari dengan
perhubungan koordinat.
6. Biasanya di dalam bentuk modaliti Caplan, perunding datang dari luar institusi.Penglibatannya adalah untuk seketika sahaja.
7. Siri temuduga di antara perunding dengan konsultinya adalah pendek danmengambil hanya lebih kurang dua atau tiga pertemuan sahaja. Sungguh pun
begitu perbincangan dan perjumpaannya tidak tetap.
8. Di samping pertemuan yang pendek, ianya tidak semesti berterusan.9. Pada lazimnya, perunding bergerak balas ke atas kehendak konsulti.10.Selain membantu memperbaiki masalah konsulti, perunding juga memperbaiki
kefahaman konsulti tentang masalahnya yang semasa. Di samping itu,
prosesnya juga dapat membantu meningkatkan kemahirannya menanangi
masalah akan datang.
11.Memperbaiki harga diri klien hasil dari usaha memperbaiki kemahiran konsulti.12.Tidak fokus kepada masalah peribadi konsulti.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
28/84
13.Sekiranya ada tumpuan kepada masalah peribadi konsulti, ianya lebih kepadaperbincangan dan bukan dalam erti kata proses kaunseling.
14.Mengguna kaedah perundingan yang bersesuaian. Di sini konsep vicariousliability tetap diambil perihatin bagi menjaga keselamatan konsulti dan juga
klien.
Pindah ke laman forum dan maklumbalas
MODUL 7
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
copyright othmanmohamed
Tujuan
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingankaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.
Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan3. Bahan bacaan
Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.
1. Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Model Pemusatan Klien
http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU31128/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
29/84
2. Langkah Perundingan Model Pemusatan Klien
Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat
tugasan yang disarankan. "Berasaskan Rajah 7 dalam modul, apakah
yang anda faham tentang proses perundingan kaunseling mengikut
model Pemusatan Klien"?
Teks wajib:Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas
Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental CaplanModel Pemusatan Klien
Fokus: Membuat satu perancangan yang dapat membantu klien cara yang sepsifik.
Matlamat: Menasihati konsulti tentang rawatan terhadap klien.
Peranan perunding: Tanggungjawab menilai. Selanjutnya cadangan tindakan.
Contoh: Kaunselor sebagai perunding diminta membuat diagnosis tentang masalah
penteng sekolah. Pada biasanya akan berjumpa dengan klien konsulti.
Dalam model pemusatan klien, konsulti akan meminta bantuan daripada perunding
tentang cara bagaimana menanangi kes yang dianggapnya rumit (Lihat Rajah 7) .
http://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah7.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah7.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah7.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah7.htm8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
30/84
Perunding akan secara langsung memeriksa dan membuat diagnosis terhadap masalah
yang dihadapai klien. Perunding dirujuk oleh konsulti sebagai seorang pakar atau
spesialis. Di samping memberi diagnosis, perunding akan memberi saranan preskriptif
secara lisan kepada konsulti apakah cara rawatan yang paling sesuai. Sasaran dalam
proses perundingan di sini adalah kemajuan klien. Inilah yang diharapkan sebagai
suatu hasil perundingan. Namun, tanggungjawab proses pertolongan masih di dalamkawasan konsulti.
Cara menangangi kes
Topik 2: Langkah Perundingan Model Pemusatan Klien
Pengenalan
Langkah I Wujudkan kontak permulaan.
1. Perbincangan awal tentang cara dan prosidur perundingan.2. Perlu dihuraikan peranan masing-masing di antara perunding dengan
konsulti.
Langkah II Perunding menjalankan penilaian terhadap klien.
1. Diagnosis oleh perunding dianggap penting.2. Mengumpulkan data secara pentigasegian.
Langkah III Sebaik mendapat mengumpulkan data, perunding akan kemukakan satu
laporan.
1. Perbincangan secara bersemuka dengan konsulti tentang bagaimanadiagnosis dilakukan serta memberi penjelasan ke atas pengumpulan data
dan diagnosis.
2. Perbincangan juga meliputi cara bagaimana untuk mengelakkan salafaham dan salah komunikasi antara perunding dengan konsulti.
:
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
31/84
Langkah IV Peranan perunding menyerlahkan perhubungan koordinat dalam
perancangan proses perundingan.
Langkah V Susulan.
1. Penilaian dan perancangan memperbaiki untuk keperluan yangmendatang.
copyright othmanmohamed
MODUL 8
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
Tujuan
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan
kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.
Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan3.
Bahan bacaan
Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang
pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling.
1. Perhubungan setaraf dan perhubungan koordinat.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
32/84
2. Perundingan kesihatan mental Caplan: Modaliti Pemusatan Konsulti.Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian:
Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini sila buat
tugasan yang disarankan. "Bincangkan bagaimana mekanisme beladiri
boleh menjadi penghalang dalam proses perundingan kaunseling"?
Teks wajib:Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas
Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Perhubungan setaraf dan perhubungan koordinat
Pengenalan
Konsep perhubungan setaraf atau perhubungan eglitarian sangat dituntut dalam proses
perundingan modaliti Caplan. Malahan di dalam pelbagai pendektan perundingan
selepas Caplan, konsep ini juga diterima pakai bagi menjalinkan suasana penerimaan
di antara perunding dengan konsulti. Di dalamRajah 8,dan lihat jugaRajah 5,di
dalam Modul 2, jelas menunjukkan tidak adanya tahap berhairaki di antara perunding
dengan konsulti. Malahan, perhubungan sama taraf atau perhubungan egalitarian iniboleh merangsangkan suatu penerimaan perbincangan di antara perunding dengan
konsulti tanpa rasa terancam.
http://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah8.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah8.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah8.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah5.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah5.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah5.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah5.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah8.htm8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
33/84
Dalam perundingan modeliti yang dikemukakan oleh Caplan, konsep perhubungan
koordinat ini memainkan perang yang penting kerana segala prosedur proses
berandaian bahawa perhubungan koordinat ini lumrah wujud dan difahami oleh kedua
pihak perundingkonsulti.
Konsep perhubungan koordinat memberi maksud wujudnya elemen yang berikut:
1. Rasa hormat menghormati.2. Wujudnya sokongan.3. Adanya penglibatan yang aktif.4. Wujudnya suatu jangkaan untuk mengambil rasa tanggungjawab ke atas
rawatan yang di beri.
Keseluruhan elemen yang disebutkan di atas memberi pengertian bahawa dalam
perhubungan di antara perunding dengan konsulti sewajarnya berlaku kesalingan
faham memahami. Di samping di antara perunding dengan konsulti juga digalakkansuatu kesalingan perhubungan yang sama rata.
Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Modaliti Pemusatan Konsulti
Pengenalan
Fokus di dalam modaliti adalah kepada konsulti. Modaliti ini beranggapan bahawa
konsulti tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha
untuk memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi oleh konsulti. Kekurangan
tersebut dipercayai akan mengurangkan kefungsian kaunseling yang dijalankan oleh
konsulti. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada disedari atau
tidak disedari oleh konsulti. Namun, di dalam proses ini, klien langsung tidak terlibat
di dalam interaksi perunding dangan konsulti.
Elemen utama di dalam modaliti Pemusatan Konsulti
Fokus:Memperbaiki fungsi profesional konsulti, terutama
kepada kes yang spesifik.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
34/84
Matlamat: Mendidik konsulti.Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar
berupaya mengenal pasti
punca kerumitan yang dihadapi oleh konsulti. Selanjutnya
bertindak secara tidak langsung bagi memperbaikikerumitan tersebut.
Contoh:Seorang guru atau pun kaunselor pelajar meminta
bantuan tentang cara bagi mengatasi masalah
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.Dalam
menanangi kes seperti ini perunding tidak ada hubungan
secara langsung dengan klien konsulti.
Masalah yang lazim dihadapi oleh konsulti dalam modaliti pemusatan konsulti
dan cara mengatasinya adalah seperti di dalamJadual 1.
Pindah ke laman forum dan maklumbalas
MODUL 9
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
copyright othmanmohamed
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Gangguan tema
Pengenalan
Dalam proses menjalankan perundingan, perunding mesti berinteraksi dengan
konsultinya. Konsulti pula ada kalanya berhadapan dengan pelbagai masalah yang
http://www.educ.upm.edu.my/~othman/jadual1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/jadual1.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/jadual1.htmhttp://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://www.educ.upm.edu.my/~othman/jadual1.htm8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
35/84
menjadi rintangan dalam melaksanakan perjalanan kaunseling atau pertolongan
dengan kliennya. Keadaan tersebut boleh berlaku hasil daripada pelbagai pengalaman
negatif yang dilalui oleh konsulti sendiri. Pengalaman lampau itu boleh menjadi
penghalang bagi membuka minda konsulti kepada suatu persepsi yang agak tidak
berbelah bagi apabila menghadapi dengan masalah yang diajukan oleh kliennya.
Keadaan yang dialami oleh konsulti itu mungkin merupakan satu masalah atau
kegagalan. Pengalaman yang dilalui itu pula menyerap didalam tahap bawah sedar
konsulti sehingga mempengaruhi segala jangkaan yang boleh merumitkan tugasnya
sebagai seorang penolong yang berkesan semasa menjalakna sesi pertolongan dengan
klien. Keadaan ini menyerupai suatu silogisma yang mana konsulti tidak dapat
mengelakkan kaitan diantara satu keadaaan yang pernah dialaminya dengan kesan
atau hasil yang tidak diinginkan. Sebagai contoh:
`A memberi suatu pernyataan keterangan tentang sesuatu keadaan yangbiasa berlaku pada dirinya. Perkara ini dimaklumkan kepada
kaunselornya. Namun, pernyataan `A itu belum ada penyelesaian yang
boleh dicapai oleh kaunselor dan juga `A. Pengalaman ini terterap didalam minda tahap bawah sedar kaunselor.
`B pula menghampiri kaunselor dengan keterangan pernyataan yang
serupa dengan apa yang sudah dialami oleh A. Manakala B pulamenyatakan hasil dari pengalaman yang dilaluinya menghasilkan suatu
kesan yang tidak menyenangkan bagi dirinya.
Kaunselor sebagai konsulti di sini menjelmakan suatu hubungan rangkai di dalam
persepsinya tentang sesuatu keadaan dengan kesan yang kurang menyenangkan. Ciri
pengtakrifan am secara sejagat ini akan menggerakkan seorang individu itu membuat
satu kesimpulan mudah bahawa apabila keadaan seperti `A berlaku maka kesan
sebagaimana yang dialami oleh `B akan tetap wujud (lihat Rajah 9).
Silogisma berlaku apabila kaunselor sebagai konsulti tetap akan mempunyai persepsi
keadaan "1" akan menghasilkan keadaan "2". Dalam keadaan yang serupa, konsulti
akan sentiasa bertindak bahawa pengalaman "A" adalah sama dengan pengalaman
http://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah9.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah9.htmhttp://www.educ.upm.edu.my/~othman/rajah9.htm8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
36/84
"B". Hasilnya adalah sama juga dan memang tidakada penyelesaian bagi mengatasi
masalah yang sedang dihadapi klien.
Bagi konsulti, pengalamannya berkaitan dengan gangguan tema ini menyebabkan
dirinya merasi begitu tidak berupaya serta kehilangan daya minda yang kreatif
sehubung usha bagi meneroka penyelesaian masalah kliennya. Sehubungan ini,konsulti apabila melaksanakan cara penerokaan dengan kliennya sering kali akan
terlibat dengan ciri tergesa-gesa dan tidak begitu berkesan. Suasana minda yang
dialami oleh konsulti ini ada kaitannya dengan ciri tahap bawah sedar konsulti sendiri.
Ciri intra psikik ini biasanya yang mempengaruhi tingkahlaku konsulti sehinggakan
kehilangan pedoman yang objektif dan tidak berbelah bahagi dalam usaha meneroka
masalah sebenar yang dilalui oleh kliennya.
Namun begitu, ada beberapa kaedah yang boleh diambil oleh perunding bagi
membantu konsulti mengatasi masalah gangguan tema. Dua cara yang biasa diguna
bagi mengatasi masalah gangguan tema adalah:
1. memutusakan rangkaian persepsi;2. mengurangkan gangguan tema.
Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Cara mengatasi gangguan tema
Pengenalan
Konsulti yang mengalami masalah gangguan tema akan memerlukan pertolongan
daripada perunding. Keadaan ini memastikan perunding bersedia dengan beberapa
cara mahu pun kaedah yang dapat diguna tujuan membantu konsulti. Dua cara yang
biasa diguna bagi mengatasi masalah gangguan tema adalah:
1. Memutusakan rangkaian persepsi
1. Mengurangkan gangguan tema.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
37/84
Memutuskan rangkaian persepsi
Dalam kaedah ini, perunding menggunakan segala pengaruhnya melalui perbincangan
dan anggapan rasional bagi menukar persepsi yang tersemat di dalam minda konsulti.Biasanaya, perunding akan menyampaikan ciri persepsi yang berlainan dan meminta
konsulti melihat kliennya dari aspek perspektif baru. Cara ini ada kaitannya dengan
teknik gambaran imejeri, di mana konsulti dapat mengikiskan gambaran asal terhadap
kliennya, di samping mengetepikan pemikiran yang menyeleweng persepsinya.
Cara memutuskan rangkaian persepsi melalui perubahan persepsi ini adalah satu
kaedah yang boleh berjaya. Namun, Caplan tidak begitu setuju dengan cara ini kerana
beliau berpendapat bahawa gangguan tema tetap wujud dan akan tetap berulang dalam
masa jangka pendek. Oleh yang demikian, cara yang sesuai adalah dengan
mengurangkan gangguan tema dan bukannya bermatlamat bagi menghapuskannyasama sekali.
Mengurangkan gangguan tema
Gangguan tema adalah satu gejala pengolahan minda yang bergerak di tahap bawah
sedar. Gangguan tema juga sangat berkaitan dengan segala konsep dan elemen yang
bersamaan dengan mekanisme bela diri. Dalam menanangi masalah mekanisme
beladiri, banyak kaedah pentafsiran diguna sealiran dengan teknik psikoterapipsikoanalisis. Di samping ini, biasanya pentafsiran digandingkan dengan interaksi
pujukkan serta melahirkan wawasan psikologikal kepada konsulti. Terdapat empat
kaedah bagi mengurangkan gangguan tema:
1. Fokus secara lisan kepada klien.2. Menggunakan kiasan.3. Fokus tanpa lisan kepada kes.4. Fokus tanpa lisan tentang perhubungan pertolongan.
Fokus secara lisan kepada klien
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
38/84
Dalam kaedah ini, kes konsulti berkaitan dengan kliennya akan di selidik secara
terperinci oleh perunding bersama konsulti. Secara bersama, perunding dan konsulti
berbincang dan perunding menyampaikan persepsinya terhadap kes kepada konsulti.
Juga secara bersama perunding dengan konsulti bersetuju dengan jangkaan hasil
pertolongan yang akan dicapai oleh konsulti dengan kliennya. Kedua perunding
dengan konsulti berbincang tentang persepsi baru tersebut. Isu yang penting bolehdiketengahkan dan suatu resolusi dicapai bagi membolehkan kejayaan "menang
menang" untuk kedua-dua konsulti dan juga kliennya. Ini bermaksud bahawa konsulti
faham tentang gangguan tema yang dihadapinya dan cara bagi mengurangkannya; di
samping klien pula dapat sekurang-kurangnya mengurangkan tahap masalah yang
sedang dihadapinya.
Perunding akan memberi ketegasan bahawa kemungkinan hasil yang dijangkakan
tidak dapat mengelakkan masalah yang dihadapinya secara sepenuhnya. Namun, ada
kemungkinan beberapa perkara yang tidak begitu berat dipikul oleh kliennya dapat
juga terhasil dari usaha yang baru itu.
Menggunakan bahasa kiasan, pepatah, metafora
Bahasa kiasan, pepatah dan metafora memang sudah menjadi resam dalam perbualan
seharian di dalam masyarakat Melayu. Ciri bunga bahasa ini boleh menjana ketajaman
minda serta upaya kreativiti dalam interaksi perbualan. Di samping memberikan suatu
gaya yang penuh dengan ciri keistimewaan cendikiawan yang disegani baik oleh
masyarakat orang biasa mahupun orang yang berilmu. Di dalam interaksi kaunselingdan perundingan, bahasa merupakan antara elemen yang terpenting bagi melahirkan
gerak balas yang berkesan di anatara kaunselorklien; konsultiperunding.Keupayaan menggunakan intonasi bahasa juga dapat melahirkan keistimewaan makna
dan maksud sesuatu istillah bagi memastikan perasaan yang sedang dilalui oleh klien
atau konsulti.
Semasa proses kaunseling atau pun konsultasi, kefahaman yang dituntut oleh kedua
pihak memastikan keupayaan pemikirannya sentiasa cergas dan peka dengan istilah
yang boleh memberi makna spesifik ke atas perlakuan yang hendak dihasilkan. Bagi
perunding, pengalamannya yang pernah dilalui boleh digunakan dalam perundingandan disampaikan kepada konsulti secara percontohan kiasan. Keadaan ini sangat
memerlukan perunding pandai menukarkan pengalaman yang pernah dilaluinya
sebagai satu contoh dengan melambangkannya dalam satu bentuk kiasan kepada
konsulti. Prinsip yang asas di sini adalah menuntut konsulti agar dapat mengguna
penaakulan di dalam mindanya mentafsirkan analogi atau kiasan yang diterima tadi
dan mengalihkannya kepada pengalamannya sendiri. Amndaiannya menuntut supaya
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
39/84
konsulti dapat satu persepsi yang baru hasil daripada penaakulan dalam mindanya
sendiri.
Fokus tanpa lisan kepada kes
Prinsip yang diguna dalam cara fokus tanpa lisan kepada kes memberi tumpuan
kepada keperihalan konsulti terhadap sesuatu pengalamannya yang perunding
menganggapkan sebagai keterlaluan. Perundingan akan menggerakkan satu
perbincangan dengan konsulti tentang kecemasan yang dilaluinya. Di samping
menunjukkan bahawa kecemasan itu sebenarnya keterlaluan dalam persepsi konsulti.
Perbincangan dilaksanakan dalam keadaan yang tenang di samping perunding dapat
mengajukan pentafsiran dan persepsi dari perspektif yang baru terhadap masalah yang
dialami konsulti.
Fokus tanpa lisan kepada perhubungan perundingan
Dalam penghalangan tema, persepsi dan juga perasaan konsulti biasanya tersisih dan
konsulti menganggapkan masalahnya sebagai satu kes peribadi yang begitu unik.
Konsulti secara langsung juga terperangkap di dalam mekanisme bela diri
pindahgantian dan mengkaitkannya di dalam hubungan perundingan tersebut. Peranan
perunding dalam keadaan demikian adalah untuk menunjukkan kepada konsulti
bahawa ekspektasi atau jangkaannya adalah salah dan tidak tepat. Kesabaran amatdituntut dalam diri perunding apabila berhadapan dengan konsulti yang melahirkan
pindahgantian ini. Perbincangan yang berlangsung juga mesti dilaksanakan dalam
keadaan yang penuh ketenangan.
Pindah ke laman forum dan maklumbalas
MODUL 10
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU31128/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
40/84
copyright othmanmohamed
Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Modaliti Pemusatan Pentadbiran Konsulti
Pengenalan
Fokus di dalam modaliti adalah kepada cara pengurusan dan pentadbiran konsulti
menjalankan tugasnya di dalam sesuatu organisasi. Modaliti ini beranggapan bahawa
konsulti tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha
untuk memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi oleh konsulti. Kekurangan
tersebut dipercayai akan mengurangkan kefungsian pertolongan dan pengurusan yangdijalankan oleh konsulti. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama
ada disedari atau tidak disedari oleh konsulti. Namun, di dalam proses ini, klien
langsung tidak terlibat di dalam interaksi perunding dangan konsulti.
Fokus: Memperbaiki fungsi cara pentadbiran dan pengurusan profesional
konsulti, terutama kepada kes yang spesifik dalam organisasinya.
Matlamat:Mendidik konsulti.
Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenalpasti
punca kerumitan yang dihadapi oleh konsulti berkaitan cara pengurusan dan
pentadbiran. Selanjutnya bertindak secara tidak langsung bagi memperbaiki
kerumitan tersebut.
Contoh:Seorang guru atau pun kaunselor pelajar meminta bantuan tentang
cara bagi mengatasi masalah interaksi di kalangan masyarakat guru di
sekolahnya. Dalam menanangi kes seperti ini perunding tidak ada hubungan
secara langsung dengan guru yang terlibat sebagai "klien" konsulti.
Perundingan yang jalankan bermatlamat bagi memperbaiki fungsi profesional ahli
pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Perunding memang mempunyai satu
komitmen bekerja dengan konsulti dalam jangka masa yang panjang bagi melahirkan
matlamat yang dituntut itu. Perunding juga diberi kebebasan oleh pihak atasan
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
41/84
organisasi untuk bergerak di semua tahap organisasi. Ini penting bagi memastikan
perunding mudah memperolehi maklumat yang diperlukan. Namun, dalam keadaan
yang kontranya pula, alhi di dalam organisasi tersebut terutama ahli eksekutif
mungkin merasa curiga dengan kebebasan ini.
Dalam modaliti perundingan ini, kedua pihak baik perunding mahu pun konsultibegitu aktif bekerjasama bagi memastikan kejayaan matlamat perundingan yang
dipersetujui. Perunding bergerak sebagai pemangkin, mendapat dan juga memberi
maklumat yang sangat releven bagi memastikan kejayaan yang diidamkan. Di
samping itu, perunding kerap akan melakukan pencerapan ke atas segala cara yang
sudah di tunjuk ajar kepada konsulti bersabit cara perlaksanaan pengurusan atau
pentadbiran yang bersesuaian dengan organisasi tersebut. Sudah tentunya, cara
perlaksanaan hanya akan dapat kejayaan apabila adanya sokongan yang kukuh darai
pihak atasan organisasi. Antara implikasi ke atas menenpah kejayaan modaliti ini
adalah pentingnya berlaku satu jaringan kerja yang berkesan di semua tahap lapisan
jabatan di dalam organisasi.
Proses perundingan
Perunding biasanya akan dijemput oleh staf sesuatu organisasi untuk menangani
sesuatu tugas pengurusan. Contohnya seperti menjalankan satu latihan program
perkembangan, cara menyediakan perlaksanan dasar, atau cara dan latihan bersabit
dengan pengurusan personel. Keseluruhan ini mempunyai unsur pengjaran.
Dalam perlaksanaan perundingan modaliti ini, sudah tentunya ciri perhubungan
koordinat wajar disedari berlaku semasa proses interaksi di antara perunding dengan
konsulti. Penting juga bagi perunding memastikan keupayaannya untuk mengenalpasti
perbezaan kuasa yang dipunyai oleh pelbagai para eksekutif di dalam organisasi
tersebut. Keupayaan ini adalah perlu supaya perunding cepat dapat mengenalpasti
akan masalah yang mungkin berlaku bagi staf tersebut dengan jabatannya.
Konsulti pula dijangka dapat meneroka tentang cara bagaimana penyelesaian sesuatu
masalah dapat di atasi pada peringkat awalan sebelum dibawa kepada perunding bagi
peneguhan atau mencari penyelesaian yang sebenar. Ini merupakan tanggungjawabkonsulti.
Tanggungjawab perunding pula adalah memberi sokongan, dan memberi bantuan
memperkembangkan keupayaan konsulti meneroka konsep masalah yang
dihadapinya.. Tugas perunding di sini adalah sebagai seorang fasilitator, sentiasa
menolong bagi mencari cara untuk mengatasi masalah yang di alami konsulti bersabit
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
42/84
organisasinya.. Contoh masalah yang dihadapi mungkin melibatkan emosi staf seperti
ketegangan, rasa hampa, stres yang mana secara langsung boleh menjejas prestasi
kekberkesanan organisasi.
Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan
Modaliti Pemusatan Program Pentadbiran
Pengenalan
Fokus di dalam modaliti ini adalah kepada program pentadbiran yang dijalankan didalam sesuatu organisasi. Modaliti ini beranggapan bahawa konsultiiaitu organisasi
yang memerlukan perundingan tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan
ini, perunding berusaha untuk memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi oleh
organisasi tersebut. Kekurangan tersebut dipercayai mengurangkan kefungsian
keberkesanan organisasi. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama
ada disedari atau tidak disedari oleh pihak organisasi.
Fokus: Memperbaiki fungsi program di dalam sesuatu organisasi.Matlamat:Mendidik konsulti.
Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal
pasti punca kerumitan yang dihadapi oleh organisasi berkaitan cara pengurusan
dan pentadbiran. Selanjutnya bertindak secara tidak langsung bagi
memperbaiki kerumitan tersebut.
Contoh:Sebuah organisasi yang meminta bantuan tentang cara bagi mengatasi
masalah penentuan missi organisasi.
Tumpuan yang dikenalpasti dalam modaliti ini bersabit dengan program pentadbiran
yang dikehendaki sebagai satu matlamat organisasi. Biasanya masalah yang ada
berkaitan dengan perkembangan program baru. Sehubungan ini sudah tentunya
masalah yang dikemukakan berkaitan dengan pengurusas, maka perunding wajar
memahami dan berpengetahuan tentang pelbagai teori organisasi, perancangan,
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
43/84
kewangan dan juga isu perjawatan dan personel. Perunding mesti aktif dalam usaha
pengumpulan data dan faham cara menganalisisnya.
Bagi menyahut kehendak dan tuntutan kefahaman masalah yang bersabit dengan
pelbagai isu yang terdapat di dalam sesuatu organisasi, maka perunding mesti faham
tentang organisasi yang menjadi konsulti. Di sina perunding wajar diberi segalakerjasama sehubungan dengan usahanya bagi meneliti semua dokumen bertulis yang
relevan. Contohnya, semua dokumentasi berkaitan dengan perkara berikut: 10
matlamat organisasi; 20 misi organisasi; 3) peranan organisasi; 4) struktur organisasi;
5) produk yang dikeluarkan; 6) segala macam memo yang berkaitan; 7) laporan
jabatan, cawangan dan sebagainya; 8) isu yang muktakhir yang mungkin menjejas
keberkesanan organisasi. Semua data ini perlu bagi menjamin perunding betul-betul
faham akan perkara yang dihadapinya sebagai masalah. Cara bagi mengumpul data ini
boleh dilakukan secara temuduga, soal selidik, pencerapan perlakuan staf atau pun
secara pencerapan bagaimana prosedur dilaksanakan.
Proses perundingan
Dalam modaliti ini, perunding dijemput oleh pihak pentadbir organisasi bagi
menjalankan perundingan. Dalam keadaan demikian, kepakaran perunding amat
ketara dalam keupayaannya menanangi masalah yang dihadapi konsulti. Biasanya
konsulti sudah kenalpasti keupayaan pelbagai perunding sebelum membuat satu
pemilihan perunding yang paling sesuai bagi menanangi masalah yang dihadapi
organisasi sewajarnya. Namun, tanggunagjawab berkaitan dengan perlaksannan acara
perundingan masih dipegang oleh konsulti.
Proses perundingan akan mengikuti cara kemasukan yang biasa dilakukan di dalam
perundingan kaunseling. Urutan proses sangat dipengaruhi dengan cara pegangan
kuasa atau autoriti yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Peranan pegawai atau
eksekutif mesti diambil kira oleh perunding agar ianya tidak mewajarkan rasa
terancam atau pun dirasai sebagai melanggar kuasa yang selama ini dipunyai oleh
pegawai tersebut. Perhubungan yang rapat di antara perunding dengan semua lapisan
masyarakat organisasi adalah sangat dialukan. Tugas mengumpul data di dalam
sesuatu organisasi tidaklah sebetitu mudah yang dijangka. Perunding mesti berani dan
sabar menghadapi segala rintangan dalam usaha ini. Kerahsiaan serta penyebaran
maklumat terhad bersabit data yang diperolehi sangat diperlukan dan mesti
mengambil tempat yang istimewa dalam perlaksanaan segala acara yang dirancang
oleh perunding. Kuasa dan peranan kuasa mesti difahami oleh perunding bagi
menjamin perhubungan yang mesra.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
44/84
Di dalam proses perundingan modaliti ini, perhubungan koordinat di antara perunding
dengan staf atau kelompok staf yang ada kaitan langsung dengan perlaksannna
perundingan masih diperlukan. Namun ada kalanya ciri hubungan kesamarataan
dikecualikan apabila teras tanggungjawab perlaksannna dan tugas pencerapan
perlaksanaan acara yang spesifik berhubung dengan perundingan itu dituntut bagi
memasti matlamat dan sasaran tercapai. Di samping itu, perunding juga dikehendakimenyediakan satu laporan tentang prestasi, perlakuan koporat dan maklom balas ini
memang dijangka oleh pihak pentadbir yang pada asalnya menjemput perunding bagi
menjalankan perundingan tersebut.
Pindah ke laman forum dan maklum balas
MODUL 11
EDU 3112
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
copyright othmanmohamed
Tujuan
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingankaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.
Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan3. Bahan bacaan
Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang
penerapan pendekatan teori tingkahlaku dalam perundingan kaunseling.
Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU31128/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
45/84
Penilaian:
Soalan uji sendiri:
1. Apakah yang dimaksudkan teknik lisan berstruktur?2. Apakah kesan emitters dan elicitors dalam perundingan tingkahlaku?
Teks wajib:Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas
Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Topik 1: Perundingan Kaunseling Pendekatan Teori Tingkahlaku
Pengenalan
Dalam perundingan kaunseling, pendekatan teori tingkahlaku jaga diguna bagai
menghasilkan satu cara yang boleh membantu perunding serta konsultinya dalam
menangani masalah yang dihadapi klien. Lazimnya diketahui bahawa terdapatpelbagai modaliti tentang penerapan pendekatan teori tingkahlaku berdasarkan kepada
aliran rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan yang berlangsung bersama
rangsangan dan gerakbalas tersebut. Namun dalam perundingan kaunseling, Bergan
telah mengemukakan satu definisi sehubungan dengan apakah yang dimaksudkan
perundingan kaunseling secara pelaziman perlakuan.
Perundingan di sini dimaksudkan sebagai satu perkhidmatan penyelesaian masalah
secara tidak langsung yang melibatkan hubungan serakan antara perunding dengan
konsulti di mana perunding mendapatkan serta menyampaikandata psikologikal. Data
yang berguna itu bersabit dengan masalah yang dipunyai oleh konsulti, di sampingwujudnya prinsip psikologikal yang membolehkan konsulti menggunaka data
tersebut.
Sehubungan dengan definisi di atas, Bergan juga telah memberikan tiga matlamat
perundingan: 1)mengubah perlakuan klien; 2) meminda perlakuan konsulti; dan 3)
mewujudkan perubahan di dalam organisasi. Antara objektif perubahan di dalam
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
46/84
organisasi pula adalah bagi memperbaiki komunikasi dan penyelesaian masalah di
dalam organisasi.
Di dalam perlaksanaan perundingan perlakuan, kawalan dianggap sebagai satu prinsip
yang penting. Tidak dapat dinafikan bahawa proses pelaziman itu sememangnya
berdasarkan kepada prinsip kawalan ke atas objek yang hendak diubahsuaikan. Didalam perundingan kaunseling, kawalan ke atas konsulti di anggap penting oleh
perunding. Sehubungan dengan ini maka perhubungan peranan menggunakan teknik
komunikasi yang spesifik memainkan peranannya yang induk dalam perlaksanaan
interaksi di antara perunding dengan konsulti. Interaksi ini berasaskan kepada suasana
lisan bagi kedua pihak yang terlibat dalam proses perundingan. Ini diserta pula dengan
peranan yang dimainkan oleh perunding-konsulti masing-masing.
Peranan induk perunding
Peranan yang pertama bagi perunding adalah tugasnya untuk memberi informasipsikologikal. Peranannya yang kedua adalah untuk mengutarakan prinsip penting
kepada konsulti.
Peranan induk konsulti
Konsulti dikehendaki menghuraikan secara spesifik masalah yang dialaminya. Di samping itu,
konsulti juga perlu membuat keputusan akan perancangan tindakan berasaskan masalah
kliennya. Sehubungan dengan perancangan yang dikemukakan, konsulti perlu berusahamelaksanakan tindakan yang sewajarnya. Apabila perlaksanan tindakan dilangsungkan, konsulti
juga perlu meneruskan penyeliaan ke atas perlakuan kliennya bagi memastikan perubahanmemang boleh dinilai dan diukur keberkesanannya.
Topik 2: Urutan Proses dalam Perundingan Tingkahlaku
Pengenalan
Urutan proses adalah penting di dalam perundingan kaunseling teori tingkahlaku.
Secara spesifik urutan proses mewajarkan cara intervensi perundingan menjadi lebih
sistematik. Data yang sempurna merupakan bahan penting di dalam persediaan
intervensi mengikut pendekatan teori ini. Oleh yang demikian, perunding wajar dapat
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
47/84
mengumpulkan data secara sistematik. Berikut adalah kebiasaan urutan proses yang
terdapat dalam perlaksanaan perundingan perlakuan:
Definisi masalah
Kumpul data asas
Kenalpasti penyebab
Kenalpasti konsekuen
Wujudkan strategi intervensi
Awasi keberkesanan intervensi
Teknik lisan berstruktur
Ungkapan lisan oleh perunding merupakan kunci bagi penyampaian informasi dan
pengaruh ke atas perlakuan konsulti. Penyampaian informasi bertujuan bagi memberi
penjelasan tentang latarbelakang keadaan muktakhir bersabit dengan masalah yang
dialami klien. Satu bentuk komunikasi sebagai ungkapan lisan adalah soalan secara
langsung yang diguna oleh perunding bagi mengawal proses komunikasi.
Biasanya soalan diguna bagi mendapatkan maklumat atau data. Secara tidak langsung
proses persoalan ini sudah menghasilkan satu ciri peneguhan yang agak bersistematik
ke atas diri konsulti kerana terpaksa memberi jawapan. Apabila jawapan dipersetujui,ini sudah menghasilkan sati peneguhan. Oleh yang demikian berlakulah kawalan.
Teknik lisan berstruktur kerap diguna dalam penerokaan dan secara langsung juga
menyerap ke dalam minda konsulti. Langkan ini dapat mengubah perlakuan klien
secara tidak langsung melalui konsulti. Langkah tersebut juga dapat mengarah,
membuat pilihan mengubah tentang perlakuan konsulti. Secara tidak langsung juga
boleh mengubah atau mewujudkan perubahan ke atas suasana, perlakuan staf di dalam
organisasi.
Topik 3: Proses Perundingan
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
48/84
Maklumat penting dalam proses perundingan perlakuan
Berikut adalah maklumat yang dianggap penting bagi menjamin kelicinan proses
dalam perundingan perlakuan.
1. Latarbelakang2. Tempat di mana perlakuan terjadi3. Parameter perlakuan klien4. Ciri khusus klien5. Keadaan pencerapan dilakukan6. Perancangan yang telah dicuba7. Data tambahan
Keupayaan mendapatkan maklumat di atas bersandar kepada cara komunikasi yang
berunsurkan persoalan secara terarah. Ciri ini memang sejati dengan aliran proses
layanan mengikut pendekatan teori perlakuan.
Latarbelakang
Fokusnya adalah kepada alam persekitaran terdekat yang wujud di mana masalah
berlaku. Tanda-tanda yang melahirkan informasi penting bersabit dengan ini pula
berkaitan dengan penyebab tentang sesuatu perlakuan atau acara yang menghasilkan
konsekuennya.
Sehubungan ini, terdapat beberapa acara yang boleh dikategorikan seperti berikut:
Subkategori perlakuan
Kategori ini memerlukan penghuraian yang tepat berkaitan sesuatu perlakuan seperti:
1. kekerapan2.jangka waktu3. kepesatannya4. bila sesuatu perkara itu berlaku dan sebagainya
Ciri-ciri khusus
1. kelemahan pembelajaran2. kesulitan atau kecelaruan neurologi dan lain-lain
Data pencerapan
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
49/84
Biasanya kategori ini berkaitan dengan matlamat organisasi yang sedang diberi
khidmat perundingan.
Perancangan tindakan
Proses ini berkaitan dengan cara membuat keputusan sama ada secara demokratik atauautokratik.
Topik 4: Pemerosesan lisan
Pengenalan
Interaksi proses di dalam pendekatan perundingan kaunseling teori tinglahlaku
memerlukan ciri perbualan yang sememangnya teratur. Perunding wajar boleh
mengawal keadaan perundingan bagi memastikan ia mendapat maklumat yang
relevan bagi tujuan intervensi. Berikut adalah kategori pemerosesan lisan yang
dianggap penting dalam usaha interaksi di antara perunding dengan konsultinya.
1. Spesifikasi2. Penilaian3. Inferensi4. Rumusan5. Kesahan
Spesifikasi penting di dalam pemerosesan lisan. Data yang diperlukan wajar
dinyatakan secara khusus dan terperinci. Ini penting kerana semua perancangan yang
akan dijalankan adalah bergantong kepada maklumat terperinci hasil dari penghuraian
data yang diperolehi. Di samping itu, perunding juga wajar dapat memastikan bahawa
wujud keupayaan untuk membuat penilaian tentang emosi konsulti dan juga terhadap
klien hasil darai maklumat yang diberi oleh konsulti. Dalam keadaan demikian,
perundingan tidak dapat lari dari keadaan mempunyai pandangan nilainya juga akan
mempengaruhi penilaian yang diutarakan oleh konsulti. Namun, dengan kesedaraanini perunding akan dapat membezakan, di samping sedar apakah nilainya dan apakah
nilai yang dipegang oleh konsulti, klien. Langsung membuat keputusan tanpa merasa
janggal, bersalah dengan keputusan yang diambil.
Inferensi dimaksudkan dengan pengtakrifan data berkaitan dengan emosi yang
disampaikan oleh konsulti semasa proses perundingan. Penyampaian ini boleh berlaku
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
50/84
sama ada secara lisan atau tanpa lisan. Manakala rumusan pula adalah keupayaan
perundingan memilih data yang relevan, menyaringnya bagi tujuan mendapatkan
ketepatan pengumpulan data dari konsulti. Bagi menangani bahawa masalah yang
dihadapi itu benar sah, maka perunding pada suatu ketika juga wajar menjalankan
tinjauan bagi menentukan konsensus yang nyata.
Perunding dan cara berkomunikasi
Bagi Bergan, proses komunikasi adalah penting dalam perundingan. Maklomat boleh
disubkategorikan dan mencerminkan komunikasi bagi mengenalpasti masalah serta
cara menananganinya. Terdapat dua cara perunding berkomunikasi bagi memperolehi
maklomat dari konsulti. Perunding dengan secara sedar atau tidak sedar menggunakan
dua cara: 1) "emitters"; 2) "elicitors".
Emitters
Perunding yang berkomunikasi menggunakan cara ini tidak mempunyai kesan
kawalan ke atas orang atau konsulti yang berinteraksi dengannya. Cara emitters
bersabit dengan pernyataan yang hanya ada kaitan dengan isi kandung dan proses
yang disampaikan semasa dalam intyeraksi sahaja. Ciri yang biasa bersabit dengan
emitters adalah unsur layanan refleksi perasaan seperti mana yang berlaku di dalam
kaunseling. Dalam keadaan ini, walau pun klien akan respon, namun tidak terdapat
tindakbalas spesifik yang dikehendaki.
Elicitors
Cara ini mempunyai kesan kawalan ke atas orang yang mendengar semasa di dalam
interaksi. Di dalam proses perundingan, pernyataan yang berbentuk terbuka dna
sebenarnya mempunyai unsur arahan adalah ciri elicitors. Contohnya soalan secara
langsung seperti: "Sekiranaya tak keberatan maklomkan kedada saya ."
Cara ini diguna bagi mengawal aliran maklomat bagi mendapatkan latar belakang,
perlakuan, ciri-ciri personal, data tertentu dan sebagainya. Ini memberi pengertian
bahawa hasil data yang diperolehi adalah lebih spesifik.
Pindah ke laman forum dan maklum balas
MODUL 12
EDU 3112
http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3112http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU31128/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
51/84
PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN
copyright othmanmohamed
Tujuan
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan
kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling.
Sumber pembelajaran:
1. Pandangan umum tentang kandungan modul2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan3. Bahan bacaan
Tajuk pembelajaran:
Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang
penerapan pendekatan teori psikologi individu Adler dalam perundingan kaunseling.
Kaedah belajar:
Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.
Penilaian:
Soalan uji sendiri:
"Berdasarkan kepada prinsip teras pendekatan perundingan psikologi individu,
bincang bagaimana anggapan matlamat yang salah boleh membantui perunding dalam
menangani masalah konsulti".
Teks wajib:
Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
52/84
Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas
Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Topik 1: Perundingan Pendekatan Teori Psikologi Individu
Pengenalan
Perundingan yang merujuk kepada pendekatan teori psikologi individu berlandaskan
jalinan kesalingan hormat menghormati dan beberapa andaian tentang perlakuan
manusia yang sememangnya berpolakan bentuk bermasyarakat.. Dalam pendekatan
perundingan teori ini, manusia diandaikan sebagai mahlok yang suka berkongsi baik
dari segi masalahnya, kegembiraannya dan juga lain-lain kegiatan yang melibatkan
kemasyarakatan.
Bagi pendekatan ini, perkongsian merupakan satu pendidikan yang dapat dilahirkan
melalui dasar demokrasi sosial. Bersamaan dengan prinsip demokrasi ini wujudnya
logik tentang falsafah yang memberi kewujudan bahawa wujud taraf kesamarataan di
kalangan semua manusia. Dalam fahaman psikologi Adler juga wujud satu kefahaman
bahawa patologi atau perlakuan bilazim itu bukannya sebagai suatu yang menjadi
sumber masalah bagi interaksi di dalam masyarakat.
Hakikatnya di dalam proses interaksi perundingan, konsulti sememangnya sanggup
untuk berubah perlakuannya, sikapnya dan juga bersedia menerima tanggungjawab.Perunding pula mesti bersedia tentang perkara atau keadaan yang tidak dijangka
kerana bukannya semua perakaun olehnya akan dilaksanakan oleh konsulti. Dalam
cara bagi menanangani sesuatu isu, kaedah galakkan merupa suatu cara yang
disanjungi. Sehubungan ini, konsulti sememangnya menggerakkan inisiatif diri dan
inovasi daripada saranan yang diberi daripada perunding.
Prinsip teras
Berikut adalah prinsip teras bersabit dengan perundingan mengikut pendekatan teori
psikologi individu:
1. Merupakan satu modaliti yang mirip ke arah pendidikan psikologikal.2. Andaian bahawa kekurangan maklumat atau pengalaman, bukannya keuzuran
atau penyakit mental yang menyebabkan tingkahlaku bermasalah.
8/3/2019 PERUNDINGAN KAUNSELING IBU
53/84
3. Menggunakan kedua-dua perundingan individu dan juga kelompok.4. Fokus kepada pengajaran ibu bapa dan guru bahawa perasaan dan rasa kekitaan
ialah satu pendorong yang kuat menggerakkan tingkahlaku manusia.
5. Semua tingkahlaku secara sedikit sebanyak terarah kepada perasaan dan rasakekitaan.
6. Kesihatan mental diterap dengan berlakunya perhubungan di antara insansecara berkerjasama; mempunyai daya untuk membuat kesilapan; berani untuk
membuat kesilapan dan sanggup mempelajari dari kesilapan tersebut.
Topik 2: Matlamat dan Proses Perundingan
Tanggapan matlamat yang salah di dalam kefahaman psikologi individu
Manusia diandaikan sering mempunyai kefahaman tentang matlamatnya yang salah
untuk mendapatkan rasa kekitaan. Matlamat ini biasanya punca dorongan bagi
tingkahlaku yang tidak normal. Dorongan tingkahlaku yang tidak normal itu berpunca
daripada matlamat diri yang salah seperti berikut:
1. kehendak bagi mendapatkan perhatian2. kehendak bagi mendapatkan kuasa3. kehendak bagi mendapatkan dendaman4. wujudnya perasaan serta rasa serba kekurangan
Proses perundingan
Terdapat beberapa langkah yang penting bagi memastikan proses perundingan dapatdilaksanakan sesempurnanya. Dalam kaedah perundingan mengikut psikologi
individu, sokongan sosial yang terdapat di dalam sesuatu organisasi itu sangat penting
digunakan oleh perunding dan juga oleh konsulti bagi memastikan kesemp